Memaparkan catatan dengan label SPP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPP. Papar semua catatan

PEMBANTU PENGURUSAN MURID & SENARAI TUGAS PPM (PRASEKOLAH)

pembantu pengurusan murid prasekolah


Ringkasan Perkhidmatan & Skop Tugas PPM

  • Pembantu Pengurusan Murid Gred N19 (Kementerian Pendidikan Malaysia)

  • Kumpulan Perkhidmatan - Pelaksana

  • Klasifikasi Perkhidmatan - Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

  • Jadual Gaji

Syarat Lantikan
 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • (a) warganegara Malaysia;

  • (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

  • (c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

  • (d) kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Taraf Jawatan : Tetap


Senarai Tugas Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah)

Senarai Tugas Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah) adalah terbahagi kepada empat bahagian iaitu :

Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah

  • Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.

  • Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.

  • Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.

  • Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.

  • Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.

  • Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.

  • Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.

  • Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah.

  • Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah.

  • Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah.

Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah

  • Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.

  • Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat danmenggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.

  • Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untukmeneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah.

  • Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolahsupaya bersedia untuk belajar.

  • Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yangsesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.

  • Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.

  • Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.

  • Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaranprasekolah.

Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih

  • Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.

  • Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan,peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.

  • Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.

  • Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.

Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid

  • Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.

  • Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid darisegi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.

  • Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.

  • Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.

  • Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.

  • Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.

Panggilan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19 Kali Ke-3

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys lama dah tidak cerita pasal SPP kan. Alhamdulillah, aku dapat panggilan temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19 untuk kali ketiga. Masya'Allah. Rezeki betul dengan SPP nie.

Untuk temuduga kali ini, dukacita aku ingin maklumkan aku tak dapat pergi. Secara ringkas tidak mahu pergi sebenarnya. Aku menolak jawatan ini.

Pembantu Pengurusan Murid N19

Bukan sebab aku putus ada 2 kali gagal. Tetapi aku cuma rasa rezeki untuk kerja sebagai penjawat awam bukan untuk aku. 

Kalau ikutkan hati mahu juga pergi sebab mahu tahu apa soalan interview untuk kali ini. Haha~ Aku mahu sangat kongsi di blog sebagai rujukan pengalaman interview tu. Sebelum ini dah pernah kongsi juga. Alhamdulillah, ada calon yang berjaya ada juga tidak. 

Semuanya rezeki dari ALLAH SWT.

Mungkin niat masa tu bukan sebab mahu jawatan tu kot. Jadi aku pun tak dapat. Aku pergi interview sebab mahu rasai sendiri dan ceritakan kepada orang pengalaman tu sebagai rujukan (termasuklah bagi soalan-soalan bocor masa interview) hahaha~

Aku rasa kalau pergi interview kali ke-3 nie dan lulus belum tentu lagi aku happy. 

Pertama, sebab aku dah berkahwin. Suami lebih prefer aku kerja dari rumah. Dan aku sendiri lebih suka bekerja di rumah sebagai blogger sepenuh masa. Hal ini kerana aku bebas untuk urus masa sendiri. Tidak terikat dengan waktu pejabat. 

Dan suami aku pula jarang dapat balik. So, waktu kami berdua untuk spent masa bersama memang tak lama. Nanti kalau suami aku balik, aku pula takda kat rumah. So aku dengan rela ingin berkhidmat sebagai suri hati suami. Hahaha~

Kedua, mungkin ada yang tahu pasal masalah kesihatan aku sebelum ni. Memang aku masih sakit dan tak dapat kerja lama. Bila berblog ni aku bebas nak buat kerja bila-bila masa yang aku mahu. 

Kalau aku kerja di pejabat aku terikat dengan waktu. Nak rehat mungkin tak lama. I mean rehat yang aku maksudkan kat sini baring atau tidur. Dan bila badan aku penat, aku tak dapat buat banyak kerja. Kadang nak bangun pun payah. Huhu~ 

Mujurlah dah kahwin ada ringan sikit sebab ada suami yang selalu tolong. Kalau sakit ada yang jaga. 

Aku sebelum ini dah macam-macam jenis kerja juga aku buat. So aku faham sangat wanita yang bekerjaya ini penat dia lain. Apatah lagi yang dah kahwin dan ada anak. Penat kat luar belum hilang, penat di rumah lagi. 

Kerja blog sekarang pun sudah cukup memenatkan buat aku, apatah lagi kerja kat luar. Apapun I really respect wanita yang bekerjaya. 

Aku hargai sangat-sangat korang yang sudi baca blog aku. Khususnya buat calon-calon temuduga SPP ni. Ada yang email dan tanya pengalaman interview aku sebelum ini. Aku pun tak dapat nak bantu dan kongsi banyak sangat walaupun aku mahu juga tolong. 

Ada yang prihatin dan tanya aku dah berkhidmat tak sebagai PPM? Ada juga yang sanggup email dan say 'thank you' dan kongsikan pengalaman mereka lulus interview. 

Alhamdulillah, aku happy sangat-sangat buat calon-calon yang berjaya temuduga PPM ni. All the best buat korang yang dipanggil temuduga. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan korang dunia akhirat.

Semoga apa yang aku kongsikan di blog ini walau sepatah kata menjadi manfaat buat korang.





SOP Calon Temu Duga Secara Bersemuka SPP 2022

PROSEDUR OPERASI STANDARD URUSAN TEMU DUGA DI BAWAH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (NORMA BAHARU)

SOP ini merangkumi urusan temu duga secara bersemuka di semua pusat temu duga yang ditetapkan oleh SPP. 

SOP Calon Temu Duga Secara Bersemuka SPP 2022

1. Waktu operasi pusat temu duga adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

2. Bagi memastikan pematuhan kepada SOP yang telah ditetapkan, semua aspek susun atur tempat pendaftaran, ruang menunggu, bilik temu duga dan ruang rehat di pusat-pusat temu duga diselaraskan dengan mengambil kira penjarakan fizikal.

3. Semua pihak yang terlibat iaitu panel temu duga, calon serta urus setia mestilah mematuhi SOP standard iaitu :

  • mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera, 
  • sentiasa memakai pelitup muka (face mask), 
  • menggunakan cecair sanitasi tangan (hand sanitizer) dan 
  • pemeriksaan suhu badan serta gejala akan dibuat di tempat pendaftaran masuk ke pusat temu duga.

4. Individu yang tidak memakai pelitup muka tidak akan dibenarkan memasuki ke pusat temu duga.

5. Mana - mana individu yang positif COVID-19/berstatus kontak rapat atau mempunyai suhu badan yang melebihi 37.5'C atau mempunyai gejala COVID-19 seperti batuk, sakit tekak dan selesema tidak akan dibenarkan untuk memasuki ke pusat temu duga.

6. Selain itu, semua individu yang terlibat dengan urusan temu duga juga termasuk calon perlu melaksanakan ujian kendiri COVID-19 sekurang- kurangnya 30 minit sebelum urusan temu duga bermula 

7. Calon perlu mengemukakan kit keputusan ujian kepada urus setia temu duga semasa proses pendaftaran berlangsung. Mana-mana pihak yang didapati positif COVID-19 tidak dibenarkan sama sekali terlibat dengan urusan temu duga.

8. Calon juga tidak dibenarkan berhimpun semasa berada di pusat temu duga. Calon hanya dikehendaki hadir dan masuk ke pusat temu duga 30 minit sebelum waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan calon hadir lebih awal supaya tidak berlaku kesesakan di pusat temu duga. Ahli keluarga atau pengiring calon tidak dibenarkan memasuki ke pusat temu duga.

9. Selain itu, setiap individu perlu sentiasa memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu (1) meter sepanjang masa semasa berada di pusat temu duga dan dilarang bersalaman.

10. Bagi individu yang beragama Islam dikehendaki membawa peralatan untuk menunaikan solat masing - masing.

11. Bagi calon yang positif COVID-19/berstatus kontak rapat, salinan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Jangkitan Penyakit COVID-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] hendaklah dikemukakan kepada urus setia di alamat e-mel uscsabah@spp.gov.my


Sebelum Temu Duga

  • Muat turun panggilan temu duga serta dokumen yang disertakan.
  • Muat turun aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit masing – masing.
  • Lakukan ujian kendiri COVID-19 sekurang-kurangnya 30 minit sebelum urusan temu duga bermula dan mengemukakan kit keputusan ujian (pastikan dalam bekas tertutup) kepada urus setia temu duga.
  • Bawa alat tulis sendiri.

Semasa Temu Duga

  • Pakai pelitup muka sebelum memasuki pusat temu duga.
  • Menjalani pemeriksaan saringan suhu badan dan gejala di kaunter pendaftaran.
  • Daftar kehadiran melalui aplikasi MySejahtera atau Buku Log Kehadiran yang disediakan di kaunter pendaftaran.
  • Bagi calon (Orang Kurang Upaya) OKU, urusan pergerakan calon di pusat temu duga akan dibantu oleh urus setia sehingga selesai.
  • Amalkan membersihkan tangan dengan kerap menggunakan sabun atau cecair sanitasi tangan.

Selepas Temu Duga

Beredar dari pusat temu duga dengan kadar segera setelah selesai urusan.


PENETAPAN DASAR

Sekiranya calon didapati tidak melepasi pemeriksaan saringan kesihatan (positif COVID-19/berstatus kontak rapat/bergejala) calon akan dikategorikan sebagai “Hadir Tidak Ditemu Duga” dan penjadualan semula tarikh temu duga akan dibuat sebelum tarikh terakhir temu duga
bagi program berkenaan.

Calon – calon dari kawasan / tempat yang diwartakan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga tidak dibenarkan untuk menghadiri temu duga dan penjadualan semula tarikh temu duga akan dibuat sebelum tarikh terakhir temu duga bagi program berkenaan.

Sekiranya calon masih tidak dapat hadir untuk ditemu duga sehingga tarikh terakhir program berkenaan, calon perlu membuat permohonan semula (di mySPP) bagi dipanggil untuk sesi temu duga akan datang.

Semua urusan temu duga secara bersemuka yang dilaksanakan di bawah SPP di mana – mana pusat temu duga yang telah ditetapkan adalah tertakluk kepada pematuhan SOP ini. Walau bagaimanapun SOP ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan selaras dengan perubahan dasar, pekeliling dan peraturan baharu dari semasa ke semasa yang berkuat kuasa.

Sumber : MYSPP

Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui MySPP

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, ada berita baik buat korang yang ingin memohon jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), kini pendaftaran tidak lagi dibuat di jobsmalaysia guys. 

Kalau korang lihat di entri aku tentang Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui JobsMalaysia ramai sangat yang komen dan mengadu mempunyai masalah pendaftaran. Sampai aku sendiri ni dah macam pekerja Jobsmalaysia ja menjawab segala pertanyaan korang. 

Yang peliknya, apabila aku daftarkan untuk orang okay ja pun. Bila orang yang buat ada ja yang tak kena. Padahal aku buat step by step kot tutorial tu. Alhamdulillah, akhirnya SPP telah upgrade sikit sekarang dan buat laman khas untuk memohon jawatan di Pendidikan. So okaylah. 

Tahniah buat SPP kerana telah mengambil alternatif untuk mewujudkan laman MySPP. Semoga ia dapat membantu lebih ramai orang lagi yang selama ini tidak berpeluang untuk memohon jawatan di SPP.

Mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan. Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP). Namun demikian, permohonan jawatan SPP melalui Portal Jobs Malaysia masih boleh diteruskan sehingga 31 Julai 2020.Maklumat lanjut berkaitan mySPP : Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (hanya akan mula beroperasi pada 15 Julai 2020)
Sumber : SPP

Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui MySPP


Langkah 1
Perlu diingat ya, Pendaftaran MyID hanya dilakukan sekali sahaja. Jadi mohon sangat guys, jangan SALAH ISI untuk pendaftaran okay. Banyak kali dah aku terjumpa orang yang salah isi ini. 

MyID adalah nombor kad pengenalan korang. Hanya perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu dengan menggunakan MyID sebelum mengisi mySPP.

Korang boleh mendaftar MyID dengan klik pada pautan "DAFTAR AKAUN BAHARU" di laman utama myspp online 

Korang digalakkan supaya menggunakan mySPP untuk permohonan jawatan SPP. Namun demikian, permohonan jawatan SPP melalui Portal JobsMalaysia masih diteruskan sehingga 31 Julai 2020 sahaja.

Jadi yang dah isi jawatan di Jobsmalaysia, korang kena daftar semula di MySPP okay. 

Langkah 2

Skrin Daftar Akaun Baharu akan dipaparkan seperti di bawah:



Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.

Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui telefon dan emel.

Sila pastikan korang mengingati soalan keselamatan kerana akan digunakan bagi tujuan reset kata laluan.

Langkah 3

Login myspp dahulu. Masukkan MyID dan Kata Laluan dan klik pada butang Log Masuk.

Pastikan maklumat yang dipaparkan seperti di bawah adalah BETUL. Pendaftaran MyID hanya dilakukan sekali sahaja. Jadi mohon sangat guys, jangan SALAH ISI untuk pendaftaran okay. Kalau salah isi tak boleh edit/ubah dah.

Pada bahagian MAKLUMAT PEMOHON dan skrin berikut akan dipaparkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses daftar akaun baharu.


Kena ingat korang perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).

Ketinggian adalah maklumat pilihan. Namun begitu terdapat beberapa jawatan yang memerlukan pemohon memasukkan maklumat Ketinggian.


Klik butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi.

Langkah 4

Sekiranya korang ingin menukar kata laluan & soalan keselamatan, korang hanya perlu klik pautan KATA LALUAN/SOALAN KESELAMATAN. Skrin Tukar Kata Laluan seperti di bawah akan dipaparkan.


Langkah 5

Pada bahagian MAKLUMAT AKADEMIK, bagi korang yang telah memohon SPP sebelum ini, korang telah mempunyai maklumat akademik sedia ada. Sila klik butang (-) terlebih dahulu untuk memadam maklumat tersebut, sebelum hendak mengemaskini.

PT3/PMR/SRP/LCE

Klik pada ruang Tahun dan masukkan Tahun Peperiksaan PT3/PMR/SRP/LCE yang diduduki.

Pastikan korang perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*) ya.

Pilih Mata Pelajaran dan Gred yang berkenaan. Jika korang mempunyai jumlah Mata Pelajaran melebihi daripada ruang yang disediakan, tekan butang “+ Tambah” sahaja.

Seterusnya tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi.



SPM/MCE/SPM(V)

Sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / MCE / SPM (V) / SPVM / SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) - Peperiksaan Kali Pertama.

Sila pilih Tahun & Jenis Sijil semasa menduduki peperiksaan. Pilih Pangkat yang diperolehi. Kosongkan ruang Pangkat bagi pemohon yang menduduki Peperiksaan SPM mengikut Sistem Terbuka.

Kemudian pilih Lulus atau Gagal bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia yang diperolehi dan kosongkan ruang tersebut bagi pemohon yang menduduki Peperiksaan SPM mengikut Sistem Terbuka.

Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dalam ruang Gred kerana subjek tersebut wajib diisi.

Seterusnya korang isi secara manual matapelajaran selain Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred.


Jika pemohon mempunyai jumlah Matapelajaran melebihi daripada ruang yang disediakan, tekan butang “+ Tambah”. 

Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

Seterusnya korang isi maklumat akademik untuk (sama ja seperti langkah di atas) :
  • STPM/STP/HSC
  • STAM

Pengajian Tinggi PHD/Sarjana/Ijazah/Diploma/Sijil

Bagi kolum Institusi yang mengeluarkan sijil adalah bermaksud: Institusi yang mengeluarkan sijil Ijazah / Diploma / Sijil yang diterima semasa graduasi dan BUKAN tempat Kolej / Universiti calon belajar.

Korang boleh memilih Bidang pengkhususan Pendidikan / Bukan Pendidikan / Semua bagi memudahkan carian pengkhususan.

Manakal sekiranya korang yang memiliki sijil Ijazah / Diploma / Iktisas pendidikan boleh tandakan bidang pengkhususan Pendidikan untuk menyenaraikan semua sijil berkaitan pendidikan.

Bagi yang memiliki sijil Ijazah / Diploma bukan pendidikan, boleh tandakan bidang pengkhususan Bukan Pendidikan untuk menyenaraikan semua sijil berkaitan bukan pendidikan.

Manakala, tandakan bidang pengkhususan Semua, untuk menyenaraikan semua sijil berkaitan pendidikan dan bukan pendidikan. 

Kemudian, tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

(Kalau tak faham boleh rujuk gambar di bawah)


Pada bahagian Keputusan - 2 atau Keputusan - 3 tu hanya kepada yang mempunyai lebih daripada satu (1) sijil Pengajian Tinggi. Kemudian ulangi langkah yang dinyatakan seperti di atas.

Jika mempunyai lebih daripada tiga (3) sijil Pengajian Tinggi, klik pada butang + bersebelahan dengan Keputusan – 3. Jumlah maksimum maklumat Pengajian Tinggi yang boleh dimasukkan adalah lima (5) sahaja.

Langkah 6

Seterusnya sila isi bahagian Maklumat Ko-Kurikulum dan Maklumat Tambahan (wajib isi)




Langkah 7

Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Klik pada JAWATAN DIMOHON. Calon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Pastikan jumlah jawatan keseluruhan adalah betul untuk memastikan jawatan dimohon tidak akan hilang apabila klik butang SIMPAN.


Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon.

Jika ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih jawatan tersebut di ruang Jawatan Yang Dipohon dan tekan butang <<

Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan. Dan tekan butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat yang telah diisi atau tekan butang BATAL untuk membatalkan maklumat yang telah dimasukkan.

Langkah 8 

PENGAKUAN PEMOHON

Sila pastikan semua maklumat yang telah diisi adalah betul. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.

Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses.

Korang boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.


PERINGATAN : Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang dimohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh daftar adalah sama. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai ke SPP. Jika tidak sama, sila semak semula padanan maklumat yang dimasukkan di setiap menu. Pastikan semua medan bertanda (*) diisi dan di SIMPAN. 

Langkah 8

STATUS PERMOHONAN

Korang boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon. Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).

Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.

Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan. 

Antaranya adalah kredit dalam matapelajaran tertentu. Dalam perkara ini, SPP menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan


Nota Tambahan 
  • Untuk paparan dan fungsi terbaik, sila gunakan Google Chrome Version 48.0.2564 ke atas, Mozilla Firefox 45.0 ke atas atau Internet Explorer (IE) 11.0.9600.18499 dengan resolusi minima skrin 1024 x 768. Anda juga perlu mengaktifkan javascript di Pelayar Web anda.

  • Pendaftaran mySPP tidak memerlukan pengaktifan melalui e-mel. Alamat E-mel hanya digunakan untuk pengumuman SPP atau panggilan temu duga atau keputusan temu duga.

  • Anda perlu mendaftar akaun baharu di mySPP dan perlu menggunakan alamat e-mel yang sama semasa pendaftaran di Portal JobsMalaysia.

  • Sekiranya anda tersilap memasukkan no. kad pengenalan semasa pendaftaran MyID, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP 03-8893 4019 / 4020 / 4021 / 4022 atau SISPAA-SPP


SELAMAT MENDAFTAR & GOOD LUCK!


Keputusan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19 Gagal Lagi

Assalamualaikum
Bismillah

Ada yang curious dan balik-balik tanya macam mana dengan result temuduga aku hari tu. So, aku ingin mengumumkan bahawa keputusan temuduga aku pada tahun lalu adalah GAGAL. Semakan boleh dibuat di laman SPP.


Aku dah kongsikan semuanya pada entri aku sebelum dari macam mahu memohon jawatan ini, persediaan temuduga, apa contoh soalan. So, aku harap pengalaman yang aku lalui ini sedikit sebanyak membantu korang. 

Aku sangat bersyukur kerana dapat menjalani sesi temuduga ini sebanyak 2 kali. Cuma memang bukan rezeki aku untuk dapat pekerjaan ini. Dengan ini semakin jelaslah matlamat aku bahawa aku akan teruskan dengan kerjaya aku sebagai blogger sepenuh masa. 



Memandangkan aku gagal sesi temuduga ini. Aku tak bolehlah kongsikan apa jawapan aku. Hehe~ Benda yang tidak membantu buat apa nak kongsi betul tak. Tahniah yang berjaya temuduga. Semoga dipermudahkan urusan korang. Doakan aku juga supaya diberikan ilham juga untuk berkongsi manfaat di blog. 



Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran)

Assalamualaikum
Bismillah

Pada entri sebelum ini aku telah berkongsi tentang Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui JobsMalaysia tetapi masih ramai lagi yang menghadapi masalah semasa mendaftar seperti pendaftaran RALAT atau PENDAFTARAN TIDAK BERJAYA.

Di akhir tutorial aku akan kongsikan cara mendaftar dengan betul dan kenapa pendaftaran korang mungkin tidak berjaya. 


Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran)


1. Login Jobsmalaysia.

2. Klik Profile > Kemaskini Jawatan Dimohon (rujuk gambar dibawah)


3. Setelah itu, klik ikon/simbol seperti pensel di atas sebelah kanan untuk jawatan SPP. 

Korang akan nampak terpapar Pusat Temuduga, Kelulusan, dan Nama Jawatan. Pastikan pusat temuduga dan kelulusan adalah betul. 


4. Pilih maksimum 3 jawatan sahaja yang boleh dimohon. 

Setelah itu, skrol paling bawah dan klik SIMPAN untuk permohonan dikemaskini. 



5. Korang akan nampak gambar seperti di bawah sekiranya profile berjaya untuk dikemaskini. 


6. Klik setuju untuk PENGESAHAN.


7. Cetak akuan penerimaan permohonan sebagai rujukan.


Setelah itu, korang kena tunggu 3 - 5 hari bekerja untuk permohonan dikemaskini di SPP.

Untuk makluman korang yang mendaftar Jobsmalaysia, pastikan :
  • Korang mendaftar menggunakan laptop/PC
  • Sila TULIS NAMA PENUH sebiji seperti dalam Kad Pengenalan. Sekiranya nama korang ditulis "Binti" jangan letak "Bte". Sekiranya nama korang ada tanda simbol seperti "Nur`Aina" sila letak simbol tersebut dengan betul okay. 
  • Semak nombor telefon korang. NO TEL yang ditulis adalah double contohnya +60 [0108810083] - Sila buang "0" dihadapan. 
  • Sekiranya dinyatakan bahawa IC anda telah didaftarkan, ini bermaksud anda PERNAH MENDAFTAR JOBSMALAYSIA sebelum ini. Disebabkan pendaftaran menggunakan IC jadi tidak boleh buat akaun jobsmalaysia baru. 
  • KLIK FORGOT PASSWORD untuk reset kata laluan akan dihantar ke email yang anda dah daftarkan sebelum ini. 
  • Taip KOD VERIFIKASI mengikut kod (huruf besar, huruf kecil dan nombor).


Semoga bermanfaat.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19

Assalamualaikum
Bismillah

Sebelum aku nak berkongsi tentang pengalaman temuduga Pembantu Pengurusan Murid kali kedua ini, aku nak korang baca info beberapa perkongsian tentang Pembantu Pengurusan Murid di blog aku. 

Di situ aku senaraikan macam mana aku memohon jawatan ini, bagaimana nak selesaikan masalah pendaftaran (Kod Verifikasi), cara semak dan kemaskini permohonan dan banyak lagi. Jangan terlepas info tau. Terutama sekali yang ingin memohon jawatan Pembantu Pengurusan Murid dan bakal ditemuduga.

Kalau yang pernah baca blog aku, korang memang tahulah bahawa ini merupakan temuduga aku yang kedua.

Temuduga pertama aku gagal disebabkan kurang persediaan dari aspek etika berpakaian, persediaan mental menghadapi soalan-soalan temuduga. Aku memang sedar banyak sangat kekurangan semasa temuduga pertama. 

Kalau nak tahu pengalaman temuduga pertama serta soalan yang ditanya boleh baca Panggilan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19 Kali Ke-2 Walaupun aku gagal temuduga, at least korang dapat gambaran lah kan macam mana sesi temuduga tersebut dijalankan. 

Untuk pengalaman temuduga aku kali kedua, sama seperti temuduga pertama. Temuduga aku dijalankan di lokasi yang sama iaitu Pusat Kegiatan Guru Daerah Kudat. 

Aku terpaksa turun dari Kota Kinabalu ke Kudat selepas Subuh kerana perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Mujurlah tidak sesak, jadi aku sampai ke Kudat jam 7 juga. 

Sebelum temuduga pastikan korang isi perut dulu ya sebab sesi temuduga itu mengambil masa yang panjang. Ada yang temuduga habis petang sebab menunggu giliran untuk dipanggil.

Kalau nama korang dalam senarai yang terakhir, memang lambatlah giliran korang dipanggil. Kalau pengalaman sebelum ini tidak ikut senarai nama. Siapa yang dah bersedia boleh terus hantar fail dokumen untuk disemak.

Bingung dokumen apa yang perlu di bawa? Boleh baca Persediaan Sebelum Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19.


Sebelum temuduga 

  1. Korang terus ke lokasi temuduga masing-masing. 
  2. Sampai saja di lokasi temuduga, korang perlu sign kehadiran. Selepas itu duduk sehinggalah nama korang dipanggil.
  3. Semak semua dokumen. Pastikan tiada yang tercicir. 
  4. Apabila nama dipanggil, korang kena bagi borang semakan dan fail yang berisi dokumen seperti sijil dll.
  5. Tunggu sehingga giliran dipanggil. Biasanya sebelum masuk bilik temuduga kumpulan korang diminta untuk tunggu di ruangan menunggu 5 minit sebelum temuduga dijalankan.

Semasa Temuduga

  1. Ketuk pintu sebelum masuk. Ucapkan Assalamualaikum atau selamat pagi.
  2. Berdiri sehinggalah panel temuduga meminta korang untuk duduk. Jangan nervous, tegang ke. Tarik nafas perlahan dan senyum. 
  3. Duduk dalam keadaan yang sopan. 
  4. Dengar arahan dan jawab apabila diminta. 
  5. Biasanya panel temuduga terdiri daripada 2 orang. 
  6. Sebelum temuduga dijalankan panel akan terangkan bagaimana sesi dijalankan. Sebagai contoh dalam sesi temuduga apa yang dilihat adalah dari segi etika pemakaian, keyakinan, kemahiran berfikir, pengetahuan berkaitan isu semasa dan soalan yang berkaitan dengan jawatan yang dipilih. 

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19


Di bawah aku telah senaraikan beberapa soalan yang ditanya semasa sesi temuduga. Aku cuba beri sedikit gambaran sahaja. Tidak semestinya soalan-soalan ini akan ditanya pada sesi temuduga yang akan datang.

At least korang lebih bersedia dan dapat meramal soalan yang mungkin akan ditanya pada sesi temuduga. 

  1. Ceritakan sedikit latar belakang anda, pengalaman kerja dan apa yang anda lakukan sekarang? Ceritakan semua apa yang anda ingin ceritakan kepada kami...
  2. Apakah tugas Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah?
  3. Kenapa anda memilih untuk berpakaian sedemikian? (Maksudnya panel itu tanya, kenapa korang memilih untuk memakai baju yang dipakai ketika itu...) Contohnya, aku semasa temuduga aku berpakaian baju kurung. 
  4. Mengapa anda memilih jawatan Pembantu Pengurusan Murid dan berikan sebab kami perlu memilih anda untuk memegang jawatan ini?
  5. Apakah pilihan raya yang baru-baru dijalankan? (Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai...)
  6. Mengapakah kerajaan kalah pada pilihan raya tersebut?
  7. Sekiranya guru tidak hadir di dalam kelas, apakah yang harus dilakukan oleh Pembantu Pengurusan Murid?
  8. Sekiranya anda diterima bekerja dalam sektor kerajaan, boleh atau tidak kakitangan kerajaan post status di media sosial? Kalau boleh nyatakan sebab? Kalau tidak boleh berikan sebab anda mengapa tidak boleh?
  9. Pernahkah anda terlibat dalam aktiviti NGO selain di sekolah/universiti atau di tempat kerja?
  10. Sekiranya anda dipilih, adakah anda sanggup untuk ditempatkan di kawasan pedalaman?

Itulah antara soalan-soalan yang ditanya. Memang agak banyak berbanding temuduga pertama aku. Soalan yang ditanya tidaklah juga susah sangat pun. 

Cuma semasa kita menjawab tu kadang-kala panel akan tiba-tiba memotong jawapan kita dan bertanya soalan yang lain pula. Jadi kadang-kadang tu aku dah fikir nak jawab apa tiba-tiba hilang macam tu sahaja. Hahaha >,<

Mungkin itu adalah skills mereka untuk menguji kita. Yang penting yakin sahaja dengan apa yang kita jawab. Aku pun yakin sahaja. Hopefully dapatlah.

Kalau tak dapat pun mungkin bukan rezeki lagi kot. Yang penting pengalaman tu yang berharga, sekurang-kurangnya aku dapat juga berkongsi di blog kan. 

Semoga perkongsian ini membantu korang sebab aku faham sangat kita mahukan info yang banyak lagi pasal temuduga ini. Aku doakan apa sahaja temuduga yang korang bakal hadapi, semoga Allah permudahkan semuanya buat korang. 

Sekiranya aku berjaya temuduga tersebut, nanti aku kongsi di blog pula apa jawapan aku semasa temuduga. hehe~ Kalau tak berjaya tu maksudnya jawapan aku tu tak boleh pakai lah. Hahaha hon 

Cara memohon jawatan PPM ini tidak perlu isi borang permohonan jawatan pembantu pengurusan murid secara manual. Korang cuma perlu isi secara online melalui laman web MySPP sahaja. 

Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com


Panggilan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19 Kali Ke-2

Assalamuslaikum
Bismillah

Sebenarnya aku agak terkejut juga sebab tak sangka aku dapat panggilan temuduga untuk Pembantu Pengurusan Murid untuk Fasa 2. Ini merupakan temuduga aku yang ke-2 untuk jawatan yang sama juga. 

Baca Sini : Semakan Panggilan Temuduga SPP

Temuduga kali pertama aku gagal. Kenapa gagal temuduga? Aku rasa sebab kurang persediaan dari segi pakaian yang kurang sesuai kot dan aku tak bawa semua sijil yang berkaitan.

Pendek kata memang tiada persediaanlah. Mungkin sebab tiba-tiba kena panggil temuduga kan. Jadi adalah panik sikit. Hahaha~

Memang ada sedikit penyesalan jugalah semasa temuduga pertama tu. 

Untuk panggilan temuduga kali ke-2 ini aku rasa okay sikit sebab dah tahu flow interview nanti macam mana kan. Hanya perlu buat persediaan nak cakap macam mana saja nanti.

So far okay jugalah apabila gagal temuduga sebelum ini, sebab boleh perbaiki lagi kan.

Baca Sini : Persediaan Sebelum Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19

Cuma aku tak sangka itu cepat pula keluar Fasa 2. Ingatkan tahun depan ke. Oh ya, bagi yang dapat temuduga ini. Aku nak share pengalaman temuduga pertama aku. 

Kalau korang nak tahu temuduga akan dijalankan secara berkumpulan dalam 4 - 5 orang dalam satu kumpulan.

Memandangkan ia dijalankan dalam kumpulan, so korang kena berebut jawab. Haha~ Siapa yang jawab dulu mungkin akan diberi markah lebih.

Antara soalan yang ditanya semasa aku ditemuduga :

1. Perkenalkan diri/Ceritakan tentang diri kamu, pengalaman kerja dan apa yang korang buat sekarang?

2. Apa yang korang faham tentang Pembantu Pengurusan Murid?

3. Berikan skop kerja Pembantu Pengurusan Murid. 

4. Isu semasa - Adakah prestasi sekolah bandar lebih baik daripada sekolah luar bandar. Bincangkan. Ini soalan yang ditanya pada group kami pada masa tu. Setiap group dapat soalan yang berbeza. So kena bersedialah untuk menjawab soalan yang tidak terjangkau oleh fikiran kita. Banyakkan ambil tahu isu semasa terkini. 

5. Adakah sanggup untuk ditempatkan di kawasan pedalaman. Jujurlah aku kata yang dia maksudkan pedalaman itu memang betul-betul pedalaman guys. Takda elektrik, bekalan air, dan susah untuk dapat kenderaan.

Malah ada yang ditempatkan di pulau-pulau yang kita tak pernah dengar pun. Apabila aku bagitau mak aku yang kekosongan hanya di Pulau Tigabu, terus my mum suruh reject hahaha~ Sebab jauh kot. Tak caye tengoklah kat maps. 

Tetapi masa temuduga tu aku kata sanggup dan bersedia untuk ditempatkan di kawasan pedalaman. Memang pengsan lah my mum haha.

Mungkin ada hikmahnya juga kenapa aku gagal temuduga. So far, itu saja yang aku dapat kongsikan pengalaman temuduga yang tidak seberapa . 

Hopefully membantulah. Apapun doakan aku ya semoga dipermudahkan semasa temuduga nanti. 

Kod Verifikasi Salah Pendaftaran SPP Tidak Berjaya

Assalamualaikum
Bismillah

Sebelum ini aku pernah post Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui JobsMalaysia. Tetapi nampaknya ramai yang stuck di langkah dua dimana korang kena si MAKLUMAT DIRI seperti Nombor IC, Nama Penuh, Nombor telefon (terkini), Email, KOD Verifikasi dan klik DAFTAR. 



Pelik juga sebab aku daftarkan untuk cousin dan beberapa orang yang email minta daftarkan SPP okay je takda masalah pula. Jadi entri kali ini aku hanya fokuskan bahagian KOD VERIFIKASI masa daftar tu sahaja memandangkan ramai yang tidak berjaya daftar kat sini. 

Setelah aku buat beberapa pendaftaran untuk orang lain. Aku ada dapat kenal pasti kenapa pendaftaran SPP tersebut menjadi RALAT atau TIDAK BERJAYA, antaranya ialah :

1. Korang digalakkan untuk mendaftar menggunakan PC/Laptop

2. Pastikan korang ISI NAMA PENUH sebiji dengan dalam KAD PENGENALAN. (Misalnya kalau nama korang Aminah Binti Mohamad, tulis AMINAH BINTI MOHAMAD bukan AMINAH BT MOHAMAD)

3. Korang sudah pernah mendaftar sebelum ini (jadi just masukkan NO IC dan klik FORGOT PASSWORD)

4. Jangan gunakan EMAIL YANG SAMA

5. Semak nombor telefon korang. NO TEL yang ditulis adalah double contohnya +60 [0108810083] - Sila buang "0" dihadapan. 

6. Sekiranya dinyatakan bahawa IC anda telah didaftarkan, ini bermaksud anda PERNAH MENDAFTAR JOBSMALAYSIA sebelum ini. Disebabkan pendaftaran menggunakan IC jadi tidak boleh buat akaun jobsmalaysia baru. 

7. Taip KOD VERIFIKASI mengikut kod (huruf besar, huruf kecil dan nombor).


Setakat ini itu sahaja yang aku tahu. Baiklah, kita teruskan pula dengan tutorial. Baca betul-betul tutorial ini tau. Jangan tengok gambar sahaja. Kalau tak faham boleh komen kat ruangan di bawah, InsyaAllah sama-sama kita selesaikan. 

Langkah 1 : Pegi ke laman JOBSMALAYSIA Isikan MAKLUMAT DIRI seperti Nombor IC, Nama Penuh, Nombor telefon (terkini), Email, KOD Verifikasi dan klik DAFTAR (seperti gambar di bawah)

Pastikan email dan nombor telefon korang aktif. 


 Langkah 2 : Semak email setelah pendaftaran berjaya didaftarkan untuk mengaktifkan akaun. 


Langkah 3 : Sila klik pada "pautan pengaktifan"



Langkah 4 : Korang akan dibawa terus ke laman ini. Taip ID anda (NO IC korang). Buat password baru dan masukkan KOD VERIFIKASI tersebut. Klik submit. 


Itu sahaja. Lepas tu korang dah boleh isi maklumat lain seperti yang aku dah nyatakan di entri sebelum ini. Baca kat sini → Cara Memohon Jawatan SPP

Lagi satu, Jobsmalaysia ini hanyalah cara kita untuk memohon jawatan di SPP sahaja. Kalau nak semak permohonan korang, boleh semak di Portal Rasmi SPP.




Untuk lebih jelas boleh rujuk video yang aku buat. Semoga membantu.

Sekiranya pendaftaran tidak berjaya SILA KLIK OK dahulu dan semak balik part mana yang salah sebab akan ada dinyatakan disana bahagian mana yang salah samada KOD VERIFIKASI, NO IC, NO FON ataupun SALAH TAIP NAMA (tidak ikut sepeti dalam IC)

Ramai di antara anda yang mendaftar terlepas pandang bahagian tersebut dan hanya stop di situ sahaja bila nampak sahaja RALAT atau PENDAFTARAN TIDAK BERJAYA.

Persediaan Sebelum Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19

Assalamualaikum
Bismillah


Alhamdulillah, pada Bulan Mac yang lalu, permohonan aku dalam SPP telah diterima. Dan aku telah menerima SMS untuk menghadiri temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi jawatan Pembantu Pengurusan Murid N19. 

Ini adalah contoh SMS yang aku terima. 

Kalau ada di antara anda yang terpilih untuk menghadiri temuduga, aku pasti anda juga akan bingung dan tercari-cari maklumat berkenaan jawatan tersebut. Jangan risau, aku lagi panik apabila terima SMS ini yang datang secara mengejut.

Pada hari ini, aku ingin berkongsi tentang Persediaan Sebelum Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19.

1. Semak Tempat Temuduga
Perkara pertama sekali yang anda perlu lakukan adalah SEMAK TEMPAT serta TARIKH TEMUDUGA. Semakan boleh dibuat di → SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA


Masukkan NO KAD PENGENALAN

Pastikan anda semak :
  • Tarikh dan masa temuduga
  • Jawatan yang dipohon 
  • Tempat temuduga (cari di google maps sekiranya anda kurang pasti lokasi temuduga)
  • Cetak Slip Temuduga dan Senarai Semak

 Ini adalah contoh slip temuduga. Pastikan NAMA PENUH dan 
NO KAD PENGENALAN adalah betul.


Ini adalah contoh SENARAI SEMAK DOKUMEN yang perlu disediakan 
sebelum menghadiri temuduga.


2. Sediakan Dokumen Yang Diperlukan
Pertama sekali semak satu persatu senarai semak tersebut. Seperti yang dinyatakan di dalam senarai semak, anda perlu sediakan DOKUMEN ASAL (original) dan SALINAN (photocopy). 

Bagi yang bertanda (WAJIB), anda wajib membawa dokumen tersebut. Ketiadaan dokumen yang wajib boleh menyebabkan anda tidak dapat menjalani sesi temuduga. 

Sediakan dua keping gambar berukuran passport yang terkini. Susun semua dokumen mengikut urutan senarai semak. Masukkan semua dokumen di dalam clear file (apa-apa jenis fail pun boleh). 

Susunan fail adalah seperti berikut :
  1. Gambar Berukuran Pasport (dua keping) **
  2. Kad Pengenalan (WAJIB) **
  3. Sijil Kelahiran/ Sijil Pendaftaran Kelahiran/ Sijil Anak Angkat **
  4. Lesen Memandu (Bagi Jawatan Pemandu Kenderaan/ Pemandu Operasi)
  5. Slip Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau setaraf (WAJIB bagi jawatan Gred 11)
  6. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau setaraf (WAJIB) **
  7. Sijil Berhenti Sekolah **
  8. Sijil kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu peringkat SPM atau setaraf sekiranya berkaitan
  9. Sijil Penghargaan/ Penyertaan Kegiatan Luar (sekiranya ada) **
  10. Salinan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Nilaian Prestasi terkini yang disahkan Ketua Jabatan (bagi calon yang sedang berkhidmat secara tetap,kontrak atau sementara dalam perkhidmatan awam)
  11. Surat Sokongan Permohonan dan Kebenaran Menghadiri Temu Duga oleh Ketua Jabatan (bagi calon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam) (Format surat boleh diperolehi di portal www.spp.gov.my)
  12. Dokumen Pengesahan Status Orang Kurang Upaya (OKU)(sekiranya berkaitan)
  13. Surat Pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (sekiranya berkaitan)
Yang bertanda ** adalah dokumen yang aku sediakan. 

Buat satu salinan semua sijil tersebut dan susun sama seperti susunan Sijil Asal. Pastikan semua helai salinan hendaklah DISAHKAN oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa untuk mengesahkan dokumen.

(Aku tak sempat minta pengesahan dokumen masa tu, mujurlah dokumen aku diterima). Jadi untuk mengelakkan diri daripada tidak ditemuduga, adalah lebih baik buat pengesahan dokumen. Please, jangan tiru macam aku yang kurang persediaan. 
Ini adalah contoh BORANG MAKLUMAT CALON TEMU DUGA 
(SILA LENGKAPKAN BORANG INI DAN BAWA SEMASA TEMU DUGA)

Lengkapkan BORANG PENGAKUAN beserta TANDATANGAN.

Isi borang maklumat calon dan tampal sekeping gambar diruang yang disediakan. Pastikan anda mengisi pengalaman bekerja. Tidak kira pengalaman bekerja sendiri, berniaga ataupun part time. Sebaik-baiknya adalah yang berkaitan dengan jawatan Pembantu Pengurusan Murid.
NOTA TAMBAHAN : Semua sijil asal hendaklah disusun secara teratur mengikut turutan si atas menggunakan fail (folder) semasa pendaftaran. Kegagalan tuan/ puan mengemukakan dakumen WAJIB seperti di atas akan menyebabkan tuan/puan tidak dibenarkan menjalani sesi temu duga.
Masa ini jangan fikirkan pasal temuduga tu dulu kerana dokumen yang tidak lengkap akan menyusahkan diri sendiri pergi fotostat, print dan sebagainya. Pastikan semuanya lengkap dan tiada yang tercicir sebelum pergi temuduga.

3. Fahami Fungsi Jawatan
Cari sebanyak mana maklumat tentang Pembantu Pengurusan Murid. Banyakkan buat pembacaan tentang jawatan yang dipohon. Di bawah adalah beberapa info tentang Pembantu Pengurusan Murid :
  1. Ringkasan Perkhidmatan dan Skop Tugas PPM (PDF)
  2. PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PRASEKOLAH) N19
  3. PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PENDIDIKAN KHAS) GRED N19
  4. Profil kompetensi pembantu pengurusan murid (asrama) - KPM 

Tunjukkan bahawa anda sebenarnya telah betul-betul memahami tentang jawatan tersebut. Sekiranya anda tiada pengetahuan tentang jawatan tersebut, bagaimana mahu meyakinkan panel untuk mengambil anda bekerja? Prepare yourselves ^^ ~

4. Lengkapkan Diri Dengan Ilmu Pengetahuan serta Isu Semasa
Baca isu-isu semasa terkini samada di dalam atau luar negara, isu tentang pendidikan, dan dasar-dasar kerajaan. Selain itu, banyakkan juga pembacaan tentang kabinet-kabinet negara. Anda tidak tahu apa soalan yang bakal ditanya. Persediaan itu penting. 

Secara ringkas apa yang anda perlu baca :
  1. Pengetahuan am seperti Rukun Negara, sejarah negara, nama-nama Perdana Menteri Malaysia
  2. Nama-nama barisan kabinet terkini
  3. Nama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan negeri. (gelaran sehinggalah nama penuhnya)
  4. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 
  5. Sistem Pendidikan Malaysia
  6. Isu semasa : global warming, isu politik terkini & sebagainya

Itu sahaja yang dapat aku kongsikan. Semoga bermanfaat dan membantu korang semua. Good luck and all the best! 

Akan datang aku akan kongsi tentang pengalaman semasa temuduga dan soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga. 

#TemudugaSPP
#PembantuPengurusanMurid

Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui JobsMalaysia



Assalamualaikum
Bismillah


Bagi yang belum pernah mendaftar dalam JobsMalaysia, anda dikehendaki untuk mendaftar dahulu sebagai "PENCARI KERJA" dalam laman web JobsMalaysia. Hal ini demikian kerana Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) hanya boleh dimohon melalui JobsMalaysia.


LANGKAH 1 : DAFTAR dan klik "PENCARI KERJA". Klik sini untuk terus ke laman pendaftaran → Pendaftaran Pencari Kerja



LANGKAH 2 : Isi MAKLUMAT DIRI seperti Nombor IC, Nama Penuh, Nombor telefon (terkini), Email, KOD Verifikasi dan klik DAFTAR. 


Langkah 3 : Semak Email untuk mengaktifkan pendaftaran. 


LANGKAH 4 : Seterusnya ke halaman lengkapkan profil pencari kerja buat kali pertama. Anda diminta untuk membuat pengesahan akan mematuhi syarat dan terma sebagai pencari kerja di portal JobsMalaysia dengan klik "SAYA BERSETUJU"


LANGKAH 5 :Seterusnya anda hanya perlu ikut langkah seperti yang diterangkan dalam gambar. 



Isikan MAKLUMAT TAMBAHAN yang berkaitan. 


Bagi jawatan dalam SPP terbahagi kepada Jawatan Guru & Bukan Guru. Antaranya ialah :


Jawatan Guru
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dan DG29

Jawatan Bukan Guru
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
Penyelia Asrama Gred N19
Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 
Pembantu Makmal Gred C19
Pembantu Operasi Gred N11
Pemandu Kenderaan Gred H11


Masukkan MAKLUMAT AKADEMIK ataupun SIJIL KEMAHIRAN yang berkenaan. 


Nyatakan MAKLUMAT PEKERJAAN (Pengalaman bekerja) yang pernah dilakukan agtaupun sedang dilakukan. Sebaiknya adalah berkaitan dengan jawatan yang dipohon. 


Isikan MAKLUMAT TAMBAHAN khususnya kepada calon yang memohon dalam SPP. 


LANGKAH 6 : Masukkan maklumat RUJUKAN (Nama Penuh, Alamat & nombor telefon terkini serta Pekerjaan). SEMAK SEMULA maklumat agar tidak tertinggal. SIMPAN & HANTAR. 


Saya telah membuat permohonan di jobsmalaysia, Bilakah saya akan dipanggil temu duga?

Semua pemohon yang telah berdaftar di jobsmalaysia akan dipertimbangkan panggilan temu duga sekiranya:
  • Terdapat kekosongan jawatan yang dipohon
  • Memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon; dan
  • Melepasi asas tapisan.
Setiap pemohon boleh menyemak pendaftaran melalui pautan Semakan Status Pendaftaran di Portal SPP.

Kenapa saya tidak dipanggil temu duga?

Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama berdaftar di jobsmalaysia seperti:
  • Tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan kepada SPP
  • Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam bank data SPP
  • Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah laku pendaftaran dan pemohon tidak memperbaharuinya
  • Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon dan
  • Pemohon tidak melepasi asas tapisan.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di jobsmalaysia?

Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP. 

Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian. 

Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.


Since many of you were asking about SPP in my blog. So, hari ini aku kongsi dengan kamu semua Cara Daftar SPP Dengan Betul. Hopefully this video will help you.
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh terus ke laman Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran → https://www.spp.gov.my/ms/Untuk pertanyaan Persediaan semasa temuduga dan soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com


UPDATE * 

Sekiranya pendaftaran tidak berjaya SILA KLIK OK dahulu dan semak balik part mana yang salah sebab akan ada dinyatakan disana bahagian mana yang salah samada KOD VERIFIKASI, NO IC, NO FON ataupun SALAH TAIP NAMA (tidak ikut sepeti dalam IC)

Ramai di antara anda yang mendaftar terlepas pandang bahagian tersebut dan hanya stop di situ sahaja bila nampak sahaja RALAT atau PENDAFTARAN TIDAK BERJAYA.

Sekiranya dinyatakan bahawa IC anda telah didaftarkan, ini bermaksud anda PERNAH MENDAFTAR JOBSMALAYSIA sebelum ini. Disebabkan pendaftaran menggunna IC jadi tidak boleh buat akaun jobsmalaysia baru. 

Anda kena KLIK FORGOT PASSWORD untuk reset kata laluan akan dihantar ke email yang anda dah daftarkan sebelum ini. Kalau tak ingat juga email atau no telefon yang lama aku tak boleh nak bantu  korang. Jadi sila contact pihak jobsmalaysia sendiri.

Sekiranya bahagian seperti NO TEL, NAMA, ataupun EMAIL yang mempunyai masalah. Ada kemungkinan anda TERSILAP TAIP NAMA (Tidak mengikut IC), NO TEL yang ditulis adalah double contohnya +60 [0108810083] - Sila buang "0" dihadapan. 
© all rights reserved
made with by templateszoo