Memaparkan catatan dengan label Blogging Challenge. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogging Challenge. Papar semua catatan

Cabaran 15 Hari | Cara Anda Berfesyen

Assalamualaikum
Bismillah

Ya Allah lamanya nak habiskan cabaran nie kan haha. Aku takda idea nie nak tulis apa di blog, sebab tulah aku nak sambung tulis cabaran 15 hari menulis blog ni. Cabaran yang dah gagal pun tetapi takpa kita habiskan saja hehe~

Cabaran 15 Hari | Cara Anda Berfesyen

You know what, masa buat cabaran ni kan my fesyen sangat berbeza dengan sekarang ya. Cepatnya manusia berubah kan. Benda yang aku tidak expect pun perubahan dari segi berpakaian. Bukanlah sebelum ni tak okay, cuma for me dah lama nak fesyen macam sekarang. 

So, fesyen terkini aku lebih suka pakaian yang muslimah dan bertudung labuh. Aku baru juga belajar pakai tudung labuh dan aku rasa selesa dengan cara berpakaian sekarang. Selalu guna tudung labuh bidang 45. Sekarang dah guna tudung labuh bidang 55 atau 60. Aku beli semuanya kat shopee. Memang murah, cepat dan baju pun padan dengan harga. Suka sangat-sangat!

Tudung labuh

Tudung Labuh

Baju Tshirt Muslimah : ATIEF DESIGN Tshirt Muslimah DILAILA (RM39.99)


Tudung Labuh Bidang : BAWAL COTTON EMBOSS PLAIN TUDUNG LABUH BIDANG 60 (RM19.00) - Tudung dia selalu sold out!


Baju Blouse Muslimah : Khadijah Blouse / Tunic Blouse Muslimah (RM36.00)

Skirt Muslimah : Muslimah Plain Full Length Skirt (RM29.00)


Saja nak share kat mana beli baju dan tudung. Manatau ada yang macam aku dah lama teringin beli baju-baju muslimah dan tudung labuh yang lawa tetapi tak tahu beli kat mana. Nak beli di luar pun sekarang susah kan. 

Pakaian melambangkan keperibadian kita. Apapun pakaian bagi yang beragama Islam, pakailah yang menutup aurat. Yang rasa nak berpakaian muslimah ke, tudung labuh ke tetapi belum terbuka lagi nak pakai, takpa aku faham juga tu. 

Korang beli saja pun tak salah. Bila-bila nanti rasa nak pakai bolehlah pakai. Apapun aku doakan semoga kita semua sentiasa dikasihi dan disayangi oleh Yang Maha Esa. 


Cabaran 15 Hari Menulis Blog Hanya Tinggal Cabaran

Assalamualaikum
Bismillah

Ya Allah, aku tak tahu apa dah jadi dengan mood berblog aku ini. Aku buat cabaran ini end up gagal dengan cabaran sendiri hahaha. Hari ke-6 aku dah stop menulis pasal cabaran ni. Aduhai. Mula-mula bukan main excited. Sekalinya laptop pula buat masalah. Terus mood menulis pun ke laut. (Ahh alasan tu bhaa) haha



Kalau korang berminat boleh lah baca Cabaran 15 Hari Menulis Sekiranya korang tiada idea dan nak pinjam idea ini pun boleh juga. At least blog ber'update jugalah sikit kan hehe. 

Walaupun cabaran menulis blog aku hanya tinggal cabaran, aku memang plan nak habiskan juga cabaran ini. Cuma tak tahu bila haha~ Ya Allah malasnya sii nurul nie. 

By the way, walaupun aku tak habis menulis cabaran ini. Aku sangat excited tengok sahabat blogger yang lain buat juga cabaran ni. Jangan lupa baca Cabaran 15 Hari Menulis Blog dorang juga tau. Aku dah senaraikan di bawah. Jemputlah blogwalking ya :)

So far itu ja yang aku jumpa. Kalau korang ada join cabaran ini. Just komen ya, nanti aku update kat list! 

Cabaran 15 Hari | Difficult Time In My Life - Kemurungan (Major Depression)

Assalamualaikum
Bismillah


Difficult Time In My Life - Kemurungan (Major Depression)

Aku ingat lagi sepanjang hidup aku the most difficult time in my life when I was in Form 4. Aku selalu sebutkan benda ini sebagai kisah silam. Perkara paling down yang aku pernah hadapi selama hidup. 

Aku rasa semua orang ada fasa di mana dia rasa mahu putus asa macam tu. Masa itu aku menghadapi kemurungan (Major Depression). It happend almost a year jugalah. Tambahan pula masa tu kebanyakkan orang tidak aware sangat tentang kesihatan mental ini. Tidak macam zaman sekarang. 

Dan paling teruk masa tu aku ada perasaan mahu lari dari rumah dan bunuh diri. Astaghfirullah al'azim memang gila lah kalau fikir balik. But it's real. Kehilangan orang tersayang, financial and families problem, studies and relationship hit me that time. Semuanya berlaku serentak and I just can't handle the problems. Aku tak mahu ulas sangat sebab aku bukan pakar. 


Aku ingat lagi aku pernah bagitau kawan-kawan aku "Aku rasa mahu bunuh diri dan tidak tahan dengan hidup". Please guys, jangan ambil remeh kalau korang dengar siapa-siapa dalam kalangan kawan-kawan korang ataupun ahli keluarga cakap macam tu.

Malah ada yang ketawa dan terus label orang tu kurang iman. Betul memang masa tu aku rasa iman di hujung rambut. Fikiran yang ketika itu tidak dapat berfikir dengan waras. Tetapi ditertawakan pula. Someone need your help. Jangan kerana tindakan kita yang tidak aware dengan perasaan orang menyebabkan keadaan bertambah buruk. Kita tidak berada di situasi orang itu. 

Alhamdulillah sangat-sangat kerana kasih sayang dan rahmatNya aku masih bernafas sehingga sekarang. A lot of things happend in my life. Alhamdulillah, syukur semua yang terjadi memang ada hikmahnya.

Semua orang ada kisah tersendiri. Walaupun sekarang dah okay. Aku rasa ada side effect juga. Aku tak boleh berhadapan dengan perkara negatif seperti berita, too much toxic people on social media, ataupun orang-orang disekeliling yang terlalu berfikiran negatif. Boleh trigger benda-benda lampau.

Akhir kata sekiranya berhadapan dengan orang-orang seperti ini control diri dari cakap lebih-lebih pasal orang, takut-takut silap hari bulan terkena batang hidung sendiri atau orang terdekat kita. Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Kita tak rasa apa yang mereka rasa.

Kita hanya melihat. Melihat dari jauh. Cukuplah kita doakan yang baik-baik untuk orang daripada bercakap buruk pasal orang. 


Cabaran 15 Hari | Kalau kaya apa yang anda ingin buat?

Assalamualaikum
Bismillah

Topik kali ini sangat menarik. Siapa yang tak nak kaya? Aku rasa semua orang pun nak kaya cuma bagaimana menggunakan kekayaan yang kita ada itu untuk membantu orang lain. Aku dulu pernah berangan-angan juga kalau aku kaya apa aku nak buat dengan kekayaan aku?


Kalau kaya apa yang anda ingin buat?

1. Bayar Hutang

Perkara pertama sekali aku nak buat ialah bayar hutang orang. Dari dulu sampailah sekarang aku selalu mengelak mahu berhutang dengan orang lain. Aku bukanlah dalam kalangan orang berada bukan juga terlalu susah. Hidup keluarga aku pun sederhana sahaja. Tetapi tidak dinafikan, masa aku kecil dulu keluarga aku memang sangat-sangat susah. Nak sekolahkan aku dan adik-adik aku banyak keluarkan duit. 

Kadang sampai terpaksa hutang sana sini. Inilah benda pertama yang aku akan lakukan sekiranya aku mempunyai duit yang banyak. Aku nak balas jasa orang-orang yang pernah tolong keluarga aku, adik-beradik aku yang lain. Termasuklah kawan-kawan sekolah aku. 

2. Berbisnes

Aku dari dulu memang sangat minat berbisnes. Sekarang pun ada bisnes sendiri juga. InsyaAllah kalau takda halangan dan dimurahkan rezeki dalam perancangan juga nak daftar SSM dan buka akaun perniagaan. 

Kalau aku kaya aku nak buat bisnes yang boleh tolong orang lain buat bisnes juga. Misalnya beli tapak yang besar untuk orang lain berniaga. Ataupun beli bangunan khas untuk orang lain buat bisnes yang mana tak perlu sewa pun. Haha besar kan angan-angan. 

3. Hadiah kepada ibu bapa

Antara impian aku juga ingin beri hadiah kepada orang tua yang telah berkorban dengan membesarkan aku serta adik-beradik yang lain. Hadiah seperti menunaikan haji, bawa family travel ke mana sahaja. Spent time dengan mereka sementara Allah masih beri peluang kepada aku untuk berbakti kepada ibu bapa. Dan azamku tahun ini untuk melakukan ibadah korban. Semoga Allah permudahkan, InsyaAllah. 


Apapun kaya atau tidak yang penting selalu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jangan lupa banyakkan bersedekah juga. 

Dalam sebuah hadis direkodkan daripada Abu Hurairah: "Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: "Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?"

Rasulullah SAW menjawab: "Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu, hartamu pasti akan menjadi milik warismu." (Riwayat al-Bukhari)

ALLAH SWT berfirman: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), ALLAH SWT mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Surah Ali 'Imran, ayat 133-134)
 

Cabaran 15 Hari | Sebelum tidur anda buat apa?

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, baru ada peluang mahu menulis balik di blog. Beberapa hari ini aku terpaksa menangguh buat Cabaran 15 Hari Menulis Blog disebabkan oleh kerosakan pada charger laptop aku. Sedih sebenarnya. Dugaan akhir tahun banyak perancangan yang tertangguh dan ada juga yang cancel. Takpa lah perkara dah berlalu, nanti aku cerita di lain entri. 

Cabaran 15 Hari | Sebelum tidur anda buat apa?

Hari ini aku kongsi pula apa yang aku biasanya buat sebelum tidur.

1. Catat To-Do List
Pertama sekali, aku akan buat perancangan apa yang aku akan buat untuk hari esok (to-do-list). Aku akan catat kat nota bangun sahaja dari tidur apa yang aku akan buat dari segi aktiviti di rumah dan aktiviti blogging aku.

Memandangkan aku bekerja sebagai blogger sepenuh masa, jadi aku kena rancang masa aku dengan baik. Inilah cabaran aku bekerja di rumah juga. Aku sendiri kena bahagi masa aku untuk kerja dan masa di rumah bersama keluarga. 

2. Blogwalking & Tulis Draft
Biasanya sebelum tidur sekiranya aku tiada idea nak tulis apa aku akan blogwalking blog kawan-kawan. Masa inilah aku habiskan masa aku untuk membalas komen di blog dan komen di blog rakan-rakan yang lain.

3. Minum Flavettes Effervescent Vital
Aku memang selalu ada masalah dalaman seperti cepat letih, kekurangan kalsium dan mengalami gusi berdarah. Oleh sebab itu sebelum tidur aku mesti ambil sebiji Flavettes Effervescent Vital nie. InsyaAllah nanti aku akan buat review pasal ini.

4. Dengar ayat al-Quran 
Aku memang tak boleh tidur kalau tak pasang mp3 ayat al-Quran. Aku suka dengar bacaan dari Mishary bin Rashid Alafasy. 


Amalan lain yang kita boleh amalkan sebelum tidur. Semoga bermanfaat. 

Cabaran 15 Hari | Pictures of my handwriting

Assalamualaikum
Bismillah





Tulisan tangan kita melambangkan personaliti kita. Kalau dinilai secara kasar, orang yang mempunyai tulisan cakar ayam ni selalunya dikategorikan sebagai orang yang selekeh, jenis tak ambil kisah dan lebih menjurus ke arah personaliti yang negatif.

Namun, tanggapan ini tak boleh diguna pakai sepenuhnya kerana penganalisa tulisan ada membuat kajian mendalam tentang ini dan majoriti keputusan yang diperoleh agak bertentangan dengan apa yang kita sangkakan.


Pictures of my handwriting

Cabaran 15 Hari | Pictures of my handwriting

Cabaran 15 Hari | Pictures of my handwriting

Cabaran 15 Hari | Pictures of my handwriting

8 Jenis Tulisan Tangan Yang Melambangkan Personaliti Seseorang.

  • Huruf besar-besar - Seorang yang mudah bergaul dan senang mempunyai ramai kawan.

  • Huruf kecil-kecil - Seorang yang pemalu dan tak suka terlalu menonjol.

  • Tulisan kecil atau terlalu rapat - Seorang yang mempunyai pemikiran logik yang tinggi.

  • Tulisan jarak-jarak - Mempunyai gerak hati atau instinct yang bagus.

  • Tulisan terlalu mengiring (ke kiri atau kanan) - Seorang yang penyayang!

  • Tulisan tegak, tak mengiring - Seorang yang tak suka terlalu mengikut perasaan.

  • Tulisan terlalu rapat dengan margin - Seorang yang suka berjimat cermat dan pandai menguruskan kewangan.

  • Tulisan jarak dengan margin - Seorang yang pemurah.

Boleh baca  Kajian ini telah dilakukan oleh Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah tentang Kenali Personaliti Melalui Tulisan Tangan

Cabaran 15 Hari | Sumber inspirasi ketika berblog

Assalamualaikum
Bismillah

Ya Allah, baru hari kedua terasa susahnya menulis ikut jadual ni hahaha. Hari ini cabaran hari ke-2 menulis blog dengan tajuk sumber inspirasi ketika berblog. Aku berfikir agak lama sebenarnya mahu tulis tentang perkara ini.


Sumber inspirasi ketika berblog

Sebenarnya salah satu sumber inspirasi aku ketika berblog adalah berpegang dengan matlamat atau motto aku sendiri "Menulis Untuk Berkongsi". Diri sendiri adalah sumber inspirasi untuk aku terus berblog. Aku jadikan blog aku sendiri sebagai inspirasi untuk membantu mereka yang memerlukan.

Setiap kali aku belajar sesuatu yang baru yang aku rasakan bermanfaat untuk orang lain aku terus kongsikan di blog. Terutama sekali hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan aku sendiri seperti pengalaman aku temuduga, pengalaman semasa belajar psikologi kanak-kanak & keluarga di UMS, macam mana aku boleh jadi blogger sepenuh masa dan banyak lagi. 

Basically aku menulis apa yang aku sendiri alami, apa yang aku dengar daripada orang sekeliling dan apa yang aku lihat berdasarkan pemerhatian. Dari situlah tercetusnya idea untuk terus menulis. Ada ramai blogger yang aku jadikan inspirasi juga untuk menulis. 

Cuma ada beberapa blogger yang mempunyai passion yang sama seperti aku. Aiihh susahnya nak explain macam mana. Agaknya korang faham ka ya maksud aku? hahaha~ Kadang-kala tu boleh dikatakan aku jatuh cinta dengan blog sendiri gitu. 

Susahnya tajuk kali ni hahaha sampai tak terluah.

Apapun itulah aku. Terlalu suka berblog dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan menambah ilmu supaya aku dapat berkongsi dengan korang sesuatu yang memberi manfaat.


Cabaran 15 Hari | Gambar Terbaru & Fakta Tentang Anda

Assalamualaikum
Bismillah


Cabaran 15 Hari | Gambar Terbaru & Fakta Tentang Anda

Mulanya plan nak start tulis esok saja cabaran ni. Sementara ada mood ni baik tulis sekarang kan. Tiba-tiba saja ada idea nak menulis di blog. Nak tahu secara ringkas tentang aku boleh baca kat SINI Nak tanya apa-apa soalan tentang aku boleh juga email dan follow facebook dan instagram aku. 

My latest photo

Fakta Tentang Sii Nurul


1. Ramai yang tahu aku minat menulis. Yang mungkin kebanyakkan orang tak tahu selain menulis blog aku sangat suka tengok anime. Tetapi belum sampai tahap OTAKU lagi lah. 

2. Aku suka minuman yang berkafein dan aku ambil sehari lebih dari 3 gelas which is not good for your health. But I'm really addicted to it! Susah nak berhenti minum. 

3. Sehari tak makan ais tak sah. Selain ketagihan minuman berkafein aku juga sangat suka minum sejuk yang berais. Nescafe ais, milo ping, ais lemon teh dan segala bentuk minuman yang sejuk. Jangan ikut tabiat macam aku. 

4. Aku mempunyai alergik yang teruk dari segi deria rasa dan bau. Aku sangat sensitif dengan makanan yang kuat baunya seperti durian, ketam & any seafood. Aku sanggup tak makan sehari semata-mata mahu mengelak terhidu makanan seafood. 

Pernah paksa makan tetapi aku muntah. Pernah cuba masak tetapi pening-pening lalat dan seminggu bau tu melekat di hidung aku. Sangatlah tidak selesa. Disebabkan itu juga aku tidak pakai sebarang minyak wangi atau deodoran. 

5. Aku juga alergik dari segi kulit muka dan badan. Tak boleh kena gigit nyamuk, sensitif dengan tempat yang berhabuk walaupun nampak kemas. Aku tak boleh pakai perhiasan seperti jam tangan, subang, anting-anting, rantai apatah lagi barang-barang kemas. 

Aku pernah kena jarum di telinga bengkak disebabkan oleh anting-anting melekat di telinga aku tak boleh tanggal. Hahaha trauma sampai sekarang. 

6. Aku fobia dengan darah. Memang tak boleh luka atau tengok darah. Pernah sekali aku potong kentang dan jari terluka. Terus muka aku pucat dan pengsan. Hahahaha

7. Aku tidak pernah makan pizza dan McDonald Hahaha... Aku makan KFC saja. 

8. Percaya tak aku tak tengok pun TV kecuali berita saja. Setiap hari aku akan sambungkan hardisk ke TV tengok anime, Running man dan dengan lagu sahaja. Aku tak pernah tengok mana-mana drama tak kira melayu atau korea. 

9. Aku suka tengok Anime dan KPOP reaction di youtube. Aku suka lagu KPOP dari YG Entertainment. Bigbang is my favourite one and my latest fav boy band from YG is TREASURE. 

10. Aku cepat mabuk perjalanan. Mabuk jalan jauh. Mabuk naik flight. Mabuk naik feri. Hahaha 


Cukuplah itu saja. Ada yang mempunyai persamaan dengan aku ka? hehe~



Cabaran 15 Hari Menulis Blog

Assalamualaikum
Bismillah 

Aku betul-betul dalam kebuntuan mahu menulis apa sekarang ni. Dalam hati meronta-ronta mahu menulis tetapi idea tak kunjung tiba. Semangat dan motivasi berblog entah hilang ke mana sudah. Dari tadi duduk menghadap laptop tetapi fikiran melayang. Haha~

Teringat pula besok ada orang ajak pergi hiking. Mungkin apabila dah keluar rumah dan tengok dunia baru ilham datang kot. Nervous juga ni mahu pergi hiking walaupun tidak pernah hiking haha. Habislah aku, stamina pun takda tetiba mood nak hiking pula. 

Cabaran 15 Hari Menulis Blog

Memandangkan aku tiada idea nak tulis apa, aku pun cubalah buat Cabaran 15 Hari Menulis Blog. Ada sesetengah topik yang aku dapat dari Pinterest dan setiap topik direka mengikut kesesuaian dengan diri aku. Yang tiada idea bolehlah ikut cabaran ini. 

Antara topik dalam Cabaran 15 Hari Menulis Blog ini ialah :
  1. Gambar Terbaru & Fakta Tentang Anda
  2. Sumber inspirasi ketika berblog
  3. Pictures of my handwriting
  4. Sebelum tidur anda buat apa?
  5. Kalau kaya apa yang anda ingin buat?
  6. Difficult time in my life
  7. Obssession / Hobi / Passion
  8. Cara anda berfesyen
  9. Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda
  10. Gambar bilik idaman anda
  11. Favourite quotes
  12. Genre buku kegemaran anda
  13. 5 things I hope to have in future
  14. Sejauh mana anda berubah dalam masa 2 tahun?
  15. Dimanakah anda pada 10 tahun kemudian?

Semoga semangat berblog kembali pulih. Rindu mahu menulis. Rindu blog. Huhu~


© all rights reserved
made with by templateszoo