Memaparkan catatan dengan label Sample Percuma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sample Percuma. Papar semua catatan

Dapatkan Sampel Percuma Dishwash & Softener di SproutMe

Assalamualaikum
Bsimillah

Pagi tadi check email nampak ada notifikasi SproutMe. Dah lama rasanya tak jenguk laman ini. Kalau dulu aku suka login setiap hari sebab setiap kali login dapat 100 points. Untuk dapatkan sampel kena cukupkan points dahulu supaya dapat tebus sampel percuma. 

sampel-percuma


Setiap points yang terkumpul akan dibahagikan kepada beberapa peringkat :
  • Level 1 (Newbie Sampler) 1,500 points - 1 sample per week

  • Level 2 (Newbie Sampler) 5,000 points - 1 sample per day

  • Level 3 (Super Sampler Club) 10,000 points - 1 sample per day & access to SproutMe Reward Promotion.

  • Level 4 (Super Sampler Club) 50,000 points - 1 sample per day, access to SproutMe Reward Promotion & eligible to participate in exclusive samples and rewards.

  • Level 5 (Super Sampler Club) 100,000 points - 1 sample per day, access to SproutMe Reward Promotion, eligible to participate in exclusive samples and rewards & eligible for a free grocery voucher each time the Member accrues an additional 25,000 points above its 100,000 points.
sproutme

Cara Nak Dapatkan Sampel Percuma di SproutMe 

1. Sign Up di http://www.sproutme.my/

2. Pilih produk yang available, submit borang. Sampel akan dihantar ke rumah. 

3. Apabila barang dah sampai, korang hendaklah cuba dan bagi feedback di SproutMe. Dan korang akan diberikan ganjaran. 



Dulu masa belajar di Uni aku selalu join sampel percuma. Pernah juga sekali dapat Softener, Colgate dan banyak lagilah. Sekarang nie rasa macam nak aktif balik join sampel percuma. Manatau ada rezeki dapat tebus sampel percuma. 

Sample Percuma Nutox

Assalamualikum
Bismillah

Nutox Advanced Serum Concentrate

Minggu lalu aku ada dapat sample percuma dari Nutox. Dalam banyak form yang aku isi, ini baru pertama kali dapat sample percuma. Jadi memang excited lah. 

Memandangkan aku menggunakan alamat orang lain, jadi agak terkejut juga tiba-tiba kena chat ada surat sampai. Ingatkan surat kena blacklist PTPTN ke. haha~ Rupa-rupanya dapat sample percuma Nutox.


Sample percuma ini bagus sebenarnya. Memudahkan kita untuk mencuba produk itu sesuai atau tidak. Tetapi tidak semua juga sample kita dapat. 

Beginilah rupa sebenar sample Nutox. Ada dua paket kecil iaitu Nutox Advanced Serum Concentrate dan Nutox Anti-Ageing Cream. 


Selepas aku menggunakan Nutox selama 3 hari, ini adalah review aku berkenaan produk ini.

Review Nutox Advanced Serum Concentrate

Walaupun sample yang diberi agak kecil tetapi sebenarnya boleh guna sampai 7 hari sebab tak banyak pun nak guna di muka. My first impression apabila guna serum ini, aku suka sangat dengan bau dia. 

Selain itu, serum ini juga cepat menyerap ke kulit dan tidak melekit. Dan paling best boleh rasa perbezaan yang ketara dalam masa 3 hari. Serious guys!

Ada yang kata serum ini sesuai untuk wanita yang berusia 20 tahun ke atas. I'm not sure. Mungkin sebab umur aku 25 tahun dah kot tu yang takda masalah nak guna. Alhamdulillah sesuai juga dengan kulit aku yang berminyak dan sesnsitif. 

Kalau nak cuna boleh beli kat watson atau guardian. Di bawah adalah bentuk serum sebenar. Aku tidak pasti juga berapa harga sebenar. Anggaran dalam RM57 - RM64 juga. 


NUTOX
Advanced Serum Concentrate 30ml

Review Nutox Anti-Ageing Cream

Untuk Nutox Anti-Ageing Cream pula sangat berbeza dengan serum. Apabila apply kat muka aku rasa pedih dan panas. Tetapi tidaklah teruk sangat. Mungkin sebab anti-ageing kot. Ia membuatkan muka lebih anjal. 

Selain itu kulit wajah juga semakin halus dan liang pori juga mengecil. This is the best part of the cream. Nampak sangat perbezaan yang ketara selama 7 hari. Harga cream ini dalam RM33 - RM45 gitu. Boleh tahan jugalah. 


Nutox 
Anti-Ageing Cream 30ml


Kesimpulan

Aku suka produk Nutox sebab boleh mengecilkan pori, menghaluskan wajah dan kulit kurang berminyak. Cuma semasa nak apply tu saja ada rasa pedih dan terbakar. Macam terkena sunburn gitu. Harga pun agak mahal bagi aku. Jadi aku tak jadi beli produk ini. 

Kalau korang berminat nak dapatkan sample ini boleh isi form INI



© all rights reserved
made with by templateszoo