Kod Verifikasi Salah Pendaftaran SPP Tidak Berjaya

Assalamualaikum
Bismillah

Sebelum ini aku pernah post Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui JobsMalaysia. Tetapi nampaknya ramai yang stuck di langkah dua dimana korang kena si MAKLUMAT DIRI seperti Nombor IC, Nama Penuh, Nombor telefon (terkini), Email, KOD Verifikasi dan klik DAFTAR. 



Pelik juga sebab aku daftarkan untuk cousin dan beberapa orang yang email minta daftarkan SPP okay je takda masalah pula. Jadi entri kali ini aku hanya fokuskan bahagian KOD VERIFIKASI masa daftar tu sahaja memandangkan ramai yang tidak berjaya daftar kat sini. 

Setelah aku buat beberapa pendaftaran untuk orang lain. Aku ada dapat kenal pasti kenapa pendaftaran SPP tersebut menjadi RALAT atau TIDAK BERJAYA, antaranya ialah :

1. Korang digalakkan untuk mendaftar menggunakan PC/Laptop

2. Pastikan korang ISI NAMA PENUH sebiji dengan dalam KAD PENGENALAN. (Misalnya kalau nama korang Aminah Binti Mohamad, tulis AMINAH BINTI MOHAMAD bukan AMINAH BT MOHAMAD)

3. Korang sudah pernah mendaftar sebelum ini (jadi just masukkan NO IC dan klik FORGOT PASSWORD)

4. Jangan gunakan EMAIL YANG SAMA

5. Semak nombor telefon korang. NO TEL yang ditulis adalah double contohnya +60 [0108810083] - Sila buang "0" dihadapan. 

6. Sekiranya dinyatakan bahawa IC anda telah didaftarkan, ini bermaksud anda PERNAH MENDAFTAR JOBSMALAYSIA sebelum ini. Disebabkan pendaftaran menggunakan IC jadi tidak boleh buat akaun jobsmalaysia baru. 

7. Taip KOD VERIFIKASI mengikut kod (huruf besar, huruf kecil dan nombor).


Setakat ini itu sahaja yang aku tahu. Baiklah, kita teruskan pula dengan tutorial. Baca betul-betul tutorial ini tau. Jangan tengok gambar sahaja. Kalau tak faham boleh komen kat ruangan di bawah, InsyaAllah sama-sama kita selesaikan. 

Langkah 1 : Pegi ke laman JOBSMALAYSIA Isikan MAKLUMAT DIRI seperti Nombor IC, Nama Penuh, Nombor telefon (terkini), Email, KOD Verifikasi dan klik DAFTAR (seperti gambar di bawah)

Pastikan email dan nombor telefon korang aktif. 


 Langkah 2 : Semak email setelah pendaftaran berjaya didaftarkan untuk mengaktifkan akaun. 


Langkah 3 : Sila klik pada "pautan pengaktifan"



Langkah 4 : Korang akan dibawa terus ke laman ini. Taip ID anda (NO IC korang). Buat password baru dan masukkan KOD VERIFIKASI tersebut. Klik submit. 


Itu sahaja. Lepas tu korang dah boleh isi maklumat lain seperti yang aku dah nyatakan di entri sebelum ini. Baca kat sini → Cara Memohon Jawatan SPP

Lagi satu, Jobsmalaysia ini hanyalah cara kita untuk memohon jawatan di SPP sahaja. Kalau nak semak permohonan korang, boleh semak di Portal Rasmi SPP.




Untuk lebih jelas boleh rujuk video yang aku buat. Semoga membantu.

Sekiranya pendaftaran tidak berjaya SILA KLIK OK dahulu dan semak balik part mana yang salah sebab akan ada dinyatakan disana bahagian mana yang salah samada KOD VERIFIKASI, NO IC, NO FON ataupun SALAH TAIP NAMA (tidak ikut sepeti dalam IC)

Ramai di antara anda yang mendaftar terlepas pandang bahagian tersebut dan hanya stop di situ sahaja bila nampak sahaja RALAT atau PENDAFTARAN TIDAK BERJAYA.

30 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. nice sharing thank yooouuu sebab kita pun tak berjaya daftar...

    Jom visit https://theathra.blogspot.com/ after a long hiatus hehe

    BalasPadam
  2. nice sharing ciknurul. dah lama kita tak semak SPP tu. kecewaaa.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. your welcome Hayati.. sy pun kecewa gagal iv haha tp boleh cuba lagi hehe

      Padam
    2. Still xblh register kod verifikasi jgk.. Aduiii

      Padam
    3. Saya pun sama, masalah dekat kod veritfikasi

      Padam
  3. banyak kali buat masih tak boleh regi. hurmm sedeyyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau masih x dapat boleh email sy ya :)

      Padam
    2. Trima kasih atas sharingnya.. Tpi sya still x boleh nak masuk knpe ye?

      Padam
  4. saya pun mengalami masalah untuk mendaftar. pendaftaran tidak berjaya. macam mana nak fix ya?

    BalasPadam
  5. di situ la kelemahan pguna smartphone.. beli ribu2 nak daftart benda ni pun takleh kihkihkih

    BalasPadam
  6. Saya masih tak dapat juga daftar walaupun dah taip kod verifikasi dengan betul. Macam mana ya sis?

    BalasPadam
  7. Hai terimakasih atas info yang sangat berguna ini. Saya tak ambil diploma jadi saya tidak isi maklumat untuk diploma. saya ambil stpm n terus ke degree. tapi untuk buat pengesahan dia cakap maklumat untuk diploma tak lengkap? macam mana ya? ada sesapa yang ada masalah yang macam ni tak?so sampai sekarang kalau saya check dekat spp dia cakap permohonan saya takde dalam senarai.

    BalasPadam
  8. kod verifikasi asyik salah ja masa login, apa masalah job malaysia ni?

    BalasPadam
  9. hai terima kash atas info. saya dh taip kod verifikasi dengan betul knpa ya masih tidak berjaya.. keluar "RALAT, SILA MASUKKAN KOD VERFIKASI DENGAN BETUL' .. xada sebarang space kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg salah bukan kod verifikasi.. once keluar RALAT ataupun PENDAFTARAN tidak berjaya sila klik OKAY dahulu dan semak bahagaian mana yg salah kerana ada dinyatakan juga bahagian mana yg salah..

      Padam
    2. Yeaa.. takda space dan kena taip sebiji huruf besar, kecil dan nombor

      Padam
  10. Sis macam kalau nombor kad pengenalam didaftarkan di dalam portal? Namun tidak boleh log masuk...cara mengatasi mcm mane ye sis...harap membantu

    BalasPadam
  11. Hai cik nurul...memag tak dptlah...penat cuba..susah lah skrg cari kedai siber ..tuk daftar.emm

    BalasPadam
  12. Tq Sharing. Sy tlh beberapa kali buat pendaftaran ttp "pendaftaran gagal".

    BalasPadam
  13. salam cik nurul. sama la sy pon tak dapat. buat kod verifikasi betul pon still takleh, banyak kali buat pon takleh gak

    BalasPadam
  14. Salam cik nurul. Sama lah sy pon stuck dekat kod verifikasi, buat banyakkali pon tak dapat. tapi dah buat dgn betul

    BalasPadam
  15. Kenapa keluar error active password.dia minta contact web admin.x faham la.
    dah nak masuk 8 tahun.��

    BalasPadam
  16. Salam.saya pernah daftar jugak dan dorang hantar email suruh activate link tapi masa daftar tu saya lupa nak klik activate acc link tu. Sekarang ni bila nak log in balik tak boleh.Keluar perkataan " ID ini tiada dalam sistem" padahal saya dah pernah daftar.Guna email lain pun tak boleh sebab guna id yang sama. Macam mana ye? 😥

    BalasPadam
  17. salam.dulu sye pnh daftar kat job malaysia.tapi email yg sye daftar x bole buka.skg nk daftar spp x bole sbb sye dah pnh daftae guna email lama.mcm mn sye nk daftar kat job malaysia guna email baru?

    BalasPadam
  18. Thank you <3 sangat membantu ^^

    BalasPadam
  19. Hi, sy xboleh nk buka link jobmalaysia tu xtau lah knp asyik ralat ja

    BalasPadam
  20. hi kenapa no postcode tak bole masuk ye

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.