Memaparkan catatan dengan label kerjaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerjaya. Papar semua catatan

PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 BAGI GRADUAN PENDIDIKAN TAHUN 2023

permohonan-guru-2023
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa graduan pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti pada tarikh tutup hebahan ini bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara TETAP di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KETERANGAN

1.1. Syarat-syarat lantikan PPP Gred DG41 secara tetap:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;

(c) Memiliki kelayakan seperti berikut: 

i. ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
 
ii. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(e) Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Inggeris, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR). 

(f) Bagi opsyen mata pelajaran di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/Pendidikan Islam/Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM;

(g) Bagi opsyen mata pelajaran di SJKT (kecuali Bahasa Melayu/Pendidikan Islam/Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di peringkat SPM;

(h) Bagi opsyen Tahfiz, graduan disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Bagi graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat tersebut; dan

(i) Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Semai/ Kadazandusun/ Iban, graduan perlu memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai/ Kadazandusun/ Iban. Graduan yang tidak memiliki kelulusan tersebut, tetapi merupakan penutur asli (native speaker) atau yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut juga layak untuk dipertimbangkan.

GRADUAN YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

2.1. Graduan dalam kategori berikut tidak layak memohon:

(a) Graduan Pendidikan Tajaan KPM;

(b) Guru Interim;

(c) Guru Kontrak (Lantikan SPP);

(d) Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam;

(e) Seorang bankrap; dan

(f) Memperoleh keputusan senat universiti selepas 21 April 2023.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

3.1. Graduan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) sebelum atau pada 21 April 2023 (Jumaat).

3.2. Graduan adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

3.3. Graduan TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan daripada tarikh tutup hebahan bermula 22 April 2023 sehingga 1 Jun 2023.


MAKLUMAT DAN PERHATIAN

4.1. SEMUA GRADUAN YANG MEMILIKI C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) dikehendaki mengemukakan salinan keputusan kepada guru@spp.gov.my. 

4.2. Graduan perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada MQA untuk dibawa semasa menghadiri temu duga.

4.3. Graduan boleh menyemak taraf kelayakan pendidikan di pautan berikut:



TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 April 2023 (Jumaat) 


SUMBER : 

Tips Dapatkan Kerja Bagi Lepasan SPM

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku rasa terpanggil untuk menceritakan beberapa pengalaman dan sedikit tips macam mana nak dapatkan kerja bagi lepasan SPM. Aku merupakan pelajar lepasan SPM 2012, dah 9 tahun berlalu. 

Kalau nak tahu pengalaman kerja selepas sahaja habis SPM, aku pernah bekerja di kilang, cashier supermarket, promoter, pembantu kedai, dan houskeeping di homestay. Ada banyak lagi kerja yang lain korang boleh baca di entri aku.

Guys aku bagi tips ni bukan nak dapatkan kerja yang jawatan tinggi tau. Aku bagi tips ni macam mana nak cari kerja saja. Asal korang ada kerja dan tidak duduk menganggur tak buat apa-apa. Kalau rasa cara ini membantu korang, Alhamdulillah syukur sangat. 

kerja-selepas-spm

Kredit Gambar : Odisi 

Tips Dapatkan Kerja Bagi Lepasan SPM

1. Pengalaman / Bantu Ibu Bapa

Macam mana aku boleh dapat kerja begitu banyak? Setiap tahun saja aku dapat kerja. Perkara pertama sekali ialah PENGALAMAN.

Bagi aku pengalaman itu yang penting. Apatah lagi kalau ibu bapa korang yang jenis berniaga. Tak kisahlah berniaga tepi jalan ke, nasi lemak, apa sahaja bisnes. 

Aku sangat galakkan korang libatkan diri dengan bisnes ibu bapa korang. Tak kisah lah COD makanan ke, bungkuk makanan ke, ataupun jaga gerai. Apabila korang habis sahaja belajar, cuba memohon kerja yang berkaitan dengan bisnes ibu bapa korang.

Sebagai contoh, korang selalu hantar COD barang. Jadi korang boleh memohon kerja sebagai pemandu grab, atau rider foodpanda. 

Contoh yang lain, ayah korang kerja sebagai pemandu lori, ataupun sekuriti. Korang cuba cari kerja sebagai sekuriti ataupun pemandu lori. Kalau kena interview pun korang boleh bagitau korang ada pengalaman sebab selalu tolong ayah macam tu.

So nampak tak point di sini? Korang dah ada pengalaman.

Jadi cuba lihat ibu bapa korang kerja apa? Kalau cikgu dan parents korang ada buat tuiyen, boleh bantu ibu bapa juga mengajar tuisyen apatah lagi kalau korang memang sangat baik dari segi akademik. Ambil pengalaman mengajar tuisyen tu dan memohon kerja sebagai guru tuisyen.


2. Tanya Ibu Bapa / Saudara Mara Ada Kerja Kosong Tak

Baiklah, macam aku sendiri kan. Kerja pertama aku ialah kerja kilang masa aku baru Tingkatan 2 (2009). Masa ni mama aku nak berhenti kerja sebab mengandung. 

So, waktu inilah aku ambil peluang untuk ganti tempat mama aku. Jadi mama aku rekomenkan aku untuk bekerja di kilang tersebut. Cuma waktu tu aku hanya bekerja selama 2 minggu sahaja waktu cuti sekolah.

Kalau ikutkan memang tak bolehlah sebab aku masih bawah umur. Cuma waktu tu memang kurang orang. Takpa lah kita cuba kan. Dapat atau tidak tu bergantung rezeki. 

Kadang peluang untuk dapat kerja itu lagi mudah kalau ada saudara mara kita yang bekerja di tempat tu.

Grab peluang tersebut walaupun korang kerja sekadar 2 minggu sebab pengalaman tu yang sangat penting. Macam aku kerja cuma 2 minggu tetapi setiap kali cuti sekolah saja aku dapat masuk kerja di kilang tu sebab prestasi kerja aku yang baik. 

Dan walaupun aku dah habis SPM, pihak majikan masih ambil aku bekerja dan offer untuk jawatan sebagai kerani kilang disebabkan keputusan SPM aku yang baik. Cuma waktu ini aku memang tolak tawaran tersebut sebab aku nak sambung belajar ke Tingkatan 6. 

Di sini aku dah ada pengalaman hampir dekat setahun juga kerja kilang.

3. Kumpul Pengalaman & Kemahiran

Sebenarnya ada banyak sangat kerja yang memerlukan kelayakan SPM. Cuma terlalu ramai yang memilih kerja juga. Bagi aku tak salah memilih, cuma kumpul pengalaman itu yang penting. 

Cuba kerja dulu dalam masa setahun (sekiranya korang tak sambung study). Apabila dah ada kemahiran tertentu dan pengalaman kerja korang boleh cari kerja dengan gaji yang lebih baik.

Contoh kerja lepasan SPM yang paling senang nak cari :
  • Cashier (Supermarket, Mini Market)
  • KFC, McDonalds, Upperstar, dll
  • Panggung Wayang / Kaunter Jual Tiket
  • Promoter
  • Pembantu Kedai
  • 7Eleven, Orange
  • Car wash
  • Perhotelan
  • Customer Service
  • Restaurant / Kedai Makan

4. Cukup Pengalaman Cari Kerja Yang Sesuai Kelayakan

Bayangkan umur korang lepasan SPM 17 tahun, korang kerja dalam 3 tahun sahaja. Tak kisahlah part time ataupun fulltime. Kalau keputusan korang baik sebenarnya korang dah ada pakej pengalaman, kemahiran dan kelayakan akademik yang baik. 

Nak memohon kerja mana-mana pun mudah sebab korang tak ada alasan bilang tiada pengalaman.

Kebanyakkan majikan dia bukan tak nak bagi kerja kepada pelajar lepasan SPM, cuma majikan kurang yakin kita ini boleh bekerja atau tidak. 

Majikan nak lihat kemampuan bekerja dalam kumpulan, komunikasi, produktiviti, dan cara kita menyelesaikan sesuatu masalah. 

Yelah kerja kita belajar sahaja kan. Sedangkan belajar dengan bekerja ini memang tak sama. Jauh sangat bezanya. Masa ini korang boleh memohon kerja yang berjawatan. Ada banyak website popular korang boleh cari kerja.


5. Buat Kerja Berdasarkan Minat

Bukan senang sebenarnya nak buat kerja berdasarkan minat ni. Ramai sekarang yang cipta peluang pekerjaan berdasarkan minat. 

Contohnya jadi youtuber, blogger, freelancer, wedding fotografer, personal shopper, designer, ambil upah melukis dan banyak lagi. 

Macam aku sendiri bekerja sebagai blogger sepenuh masa. Dan ini masuk tahun ketiga dah aku just work from home sebagai blogger.

6. Cari Side Income Dengan Bisnes

Selain itu korang boleh buat bisnes. Ada banyak sangat bisnes korang boleh buat. Contohnya :

Kesimpulannya

Kalau korang nak cari kerja dah tak macam dulu yang bergantung dengan kelayakan akademik semata. Persaingan sangat banyak dan kena kreatif dalam mencari peluang pekerjaan. 

Jangan hadkan pemikiran nak kerja di ofis sahaja. Sudah tentulah kita nak jawatan dan gaji yang lebih baik. Tetapi tetap pengalaman itu sesuatu yang sangat mahal sebenarnya.

Lagi-lagi dengan keadaan sekarang ni kan, ramai yang dibuang kerja, bisnes gulung tikar, dan kebanyakan orang asal ada kerja saja daripada menganggur. 

Kebanyakkan kerja pun dilakukan dari rumah. Apapun semoga dipermudahkan urusan adik-adik semua. Aku doakan semoga korang dapat kerja yang baik. 

Apapun kerja korang biarlah halal supaya rezeki diberkati. Kalau korang rasa cara ini relevan dan membantu untuk cari kerja syukurlah. Semoga bermanfaat.

Kerjaya Blogger Sepenuh Masa Bukanlah Suatu Kerjaya Yang Boleh Dibanggakan

Assalamualaikum
Bismillah

Hai semua, apa khabar. Hari ini menulis random post ja. Sesuatu yang dah lama bermain dalam fikiran cuma tak tahu macam mana mahu luahkan. Adakala mengganggu, kadang-kala tu aku abaikan saja. 

Sepanjang aku berblog, aku cuma nak bagitau korang kerjaya blogger sepenuh masa bukanlah suatu kerjaya yang boleh dibanggakan. 

Hmm macam mana ya nak cakap? Dia macam ni tau. 

Aku belajar dari peringkat sekolah rendah sehinggalah Universiti. Ada Ijazah dalam bidang psikologi. Of course kalau orang tanya latar belakang pendidikan tu nampak wow sudah. 

Tetapi bila kena tanya "Kau kerja apa?"  Biasanya aku cakap "Menulis artikel" 

Kalau cakap "Blogger sepenuh masa" orang kadang tak faham kerja ni macam mana. Kadang malas nak explain satu-satu apa aku buat. Tak macam "Youtuber" ramai yang faham. Kalau blogger ini kasihan kadang tak ramai yang tahu. 

Kerjaya Blogger Sepenuh Masa Bukanlah Suatu Kerjaya Yang Boleh Dibanggakan


Kerjaya Blogger Sepenuh Masa Bukanlah Suatu Kerjaya Yang Boleh Dibanggakan

Apabila orang tahu kerja aku tu first impression orang boleh nampak dah. Belajar tinggi tetapi kenapa pilih kerjaya ini? 

Aku dah biasa dengan reactions orang macam tu. 

Cuma kadang ada rasa sedih sikit apabila orang tanya orang tua aku. "Anak kau kerja apa?". 

Disebabkan parents pun tak tahu macam mana nak explain kerjaya anaknya. So kebanyakkan respon dorang "Anak aku duduk di rumah saja, buat kerja online". 

Then adalah kadang suara sumbang kata "Kenapa tak memohon kerja kerajaan". Ada kerja macam ni, macam tu. Actually, aku hargai sangat sebab ramai yang rekomen aku kerja kerajaan. Keputusan aku pun tak teruk. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki aku banyak dapat offer kerja cuma aku yang menolak. 

Ada ramai sangat yang nak aku kerja kerajaan sebab latar belakang pendidikan aku. Rugi belajar tinggi-tinggi. Kalau kerja kerajaan banyak benefits, ada potongan, bonus dan macam-macam lagi. Boleh beli macam-macam untuk ibu bapa. 

Dan aku rasa yang buat aku sedih sebab ramai kot yang kata aku belum balas jasa ibu bapa lagi sebab tak dapat kerja yang lebih baik. 

Aku tahu walaupun family aku tidak pernah larang pun dengan apa yang aku buat. Tetapi mungkin jauh di sudut hati mereka nak juga aku kerja yang lebih baik. 

Entahlah.

Aku sebenarnya happy dengan apa yang ada sekarang. Duit tak banyak tetapi aku dikurniakan oleh Allah masa bersama keluarga. Tambahan lagi dalam keadaan pandemik sekarang pasti ramai nak luang masa dengan family.

Dulu aku fikir macam tu. Apabila poket tebal kita boleh beli macam-macam untuk family. Aku pernah rasa juga. Aku mula kerja dari Tingkatan 2 lagi sampai Universiti. Duit banyak memang dah pernah pegang. Tetapi aku kehilangan banyak masa dengan keluarga.

Sedar-sedar adik aku dah besar. Pejam celik aku perasan adik-adik aku they always look at me. Jadikan aku role model. Dorang bangga ada kakak macam aku, nak jadi macam aku. Tetapi dorang tak boleh catch up dari segi akademik. 

Sejak aku sakit aku banyak luang masa dengan adik-beradik. Selalu dengar luahan mereka. Banyak sangat benda yang aku terlepas pandang. Aku sedar sebenarnya banyak benda lagi aku belum buat untuk family aku. 

Cuma kebahagiaan bagi aku bukanlah dari segi pekerjaan. Aku boleh kerja macam orang lain tetapi aku rasa tiada kepuasan dengan apa yang aku buat. Aku rasa aku tidak suka dengan kerja yang aku buat sebelum ini walaupun gaji besar. 

Tidak semua orang faham. Lagipun kehidupan setiap orang tidak sama. Mungkin bagi orang lain kerja kerajaan merupakan salah satu cara untuk balas jasa ibu bapa. Ataupun pekerjaan tu boleh buat dorang happy. 

Hakikatnya kita semua memang tidak akan pernah sama. Kemahuan, jalan hidup, tujuan hidup, cita-cita. Ada orang bahagia punya kereta mewah. Ada orang bahagia dengan naik basikal. Ada orang dia bahagia dengan apa yang dia ada. 

Andai ada dalam kalangan korang yang seperti aku, yang rasa belajar tinggi-tinggi tetapi mungkin hampa sebab tak dapat tunaikan hajat ibu bapa kita. Aku cuma nak bagitau satu ja. Hidup kita ini PILIHAN. 

Kita berhak memilih. Ada banyak cara untuk bahagiakan orang tua. Tidak semestinya dengan kekayaan dan kemewahan. Kalau korang happy dengan kerja korang tu, teruskan. Biarlah orang nak pandang apapun. Selagi mana ibu bapa kita redha dengan pekerjaan kita. Teruskan :)

Sabda Rasulullah SAW: “Reda ALLAH bergantung kepada reda ibu bapa, manakala kemurkaan ALLAH bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.” (Riwayat at-Tirmidzi)


Macam Mana Nak Jadi Blogger Sepenuh Masa

Assalamualaikum
Bismillah

Hai semua, hari ini aku nak kongsi sedikit berkenaan kerjaya sebagai blogger sepenuh masa ini. Ada beberapa pembaca yang bertanya apakah persediaan aku sebelum aku decide mahu jadi blogger sepenuh masa. 

Jadi aku cerita sedikitlah ya. Mungkin ada yang merancang mahu jadi blogger sepenuh masa tapi tak tahu mahu mula dari mana. 


1. PERANCANGAN

Sebelum korang decide untuk menjadi blogger sepenuh masa pertama sekali yang paling penting adalah apakah perancangan korang berkenaan blog?

Dan paling penting sekali macam mana mahu jana pendapatan dari blog? Sebab apabila korang dah tetapkan untuk menjadi blogger sepenuh masa, ini bermaksud blog korang bukan lagi menulis yang sekadar untuk suka-suka tetapi haruslah mempunyai hasil (income) dari blog. 

Ada banyak cara untuk jana pendapatan melalui blog antaranya ialah ghostwriter, affiliate, google adsense, penulisan artikel review dan lain-lain. Contohnya macam aku sendiri, sebelum decide mahu jadi fulltime blogger aku memang plan mahu jana pendapatan melalui Google Adsense. 

Aku memang dah lama lulus Google Adsense sebelum jadi blogger sepenuh masa, boleh baca artikel di bawah. Cuma masa tu memang tak fokus lagi berkenaan earning. Kalau ada, syukur. Kalau tak pun biar ja macam tu. 


Aku memulakan kerjaya sebagai blogger sepenuh masa pada bulan September 2019. Dan masa ini income Google Adsense aku sekitar 60USD. Setiap bulan aku dapat 10USD sahaja sebelum aku jadi fulltime blogger. 

Jana Income Google Adsense Setiap bulan

Alhamdulillah, selepas aku memilih kerjaya sebagai blogger sepenuh masa dan fokus naikkan trafik blog. Income blog aku meningkat mendadak 40USD sebulan dan aku berjaya cashout Google Adsense pertama kali pada Bulan Oktober 2019. 

Bayangkan aku ambil masa 2 tahun untuk dapat 100USD pertama. Dan 9 bulan untuk dapat income setiap bulan melalui adsense. 


2. PERSEDIAAN

Aku sedia maklum memilih untuk menjadi blogger sepenuh masa perlu banyak berkorban masa. Persediaan aku pada ketika ini memang ZERO. Duit pun tiada. Yang aku ada hanya pengalaman berblog yang sedikit sahaja. 

Mujurlah aku tinggal dengan parents. Jadi makan minum semuanya ditanggung. Tiada bayar apa-apa pun dari segi sewa dan sebagainya. Malah nak bayar bil internet pun guna duit parents guys huhu~ Kalau aku stay sendiri mungkin aku berfikir berkali-kali juga nak memilih kerjaya ini. 

Jadi apa yang aku nak sampaikan kat korang, sebelum memilih untuk jadi blogger sepenuh masa apakah korang seorang : 
  • Penganggur / tidak bekerja
  • Suri rumah
  • Student / Part-time bekerja
  • Bekerja kerajaan / swasta
  • Berniaga / kerja sendiri

Sekiranya korang tidak bekerja mungkin senanglah nak mula. Tetapi kalau korang dah ada kerjaya adakah berbaloi korang berhenti kerja untuk memilih kerjaya sebagai blogger?

Selain itu, MACAM MANA DENGAN MASA KORANG?

Adakah korang masih bujangan? atau dah berkahwin? Ada tanggungan tak? Ada anak tak? Semuanya perlu diambil kira guys! Sebab untuk dapatkan income berblog ini KENA BANYAK KORBAN MASA. 


3. MELABUR UNTUK ILMU BLOGGING

Perkara pertama yang aku fikirkan selepas menjadi blogger sepenuh masa ialah MELABUR UNTUK ILMU sebanyak yang mungkin. Tiada yang percuma di dunia ini. Nak belajar sesuatu pun KENA BANYAK KORBAN DUIT & MASA. 

Walaupun ada banyak tips boleh didapati di google tetapi masih tidak cukup tanpa GROUP SUPPORT YANG KUKUH. Apabila ada group support ini kita dapat belajar banyak benda daripada rakan-rakan blogger yang lain. Boleh bertukar pandangan dan ilmu. Sejujurnya susah nak belajar sendiri. Aku belajar design blog saja pun ambil masa 2 tahun. 


4. MATLAMAT BERBLOG & MINAT

Nak jadi blogger ini kena pastikan yang korang ada minat menulis. Tidak kiralah kerja sebagai apapun kalau takda minat benda yang kita buat pun jadi tak seronok. Apatah lagi yang berani ambil risiko untuk bekerja sendiri ini. 

Sebenarnya ada ramai juga blogger yang menulis bukan kerana minat. Tetapi mereka mempunyai matlamat yang jelas menulis blog kerana apa. Blogging without passion is for people passionate about making money. If you are passionate about blogging then you will surely earn. 

5. FUTURE PLANNING

Dah dapat income yang stabil kena buat future planning tau. Korang kena banyak backup plan dan jangan fokus satu sumber income sahaja. Selain bergantung kepada Google Adsense, dalam masa yang sama aku juga menyediakan servis :
  • Penulisan artikel review
  • Penulisan artikel untuk blog
  • Blog Konsultan
  • Design Blog 
Dan kadang-kala aku buat kerja luar dari bidang blogger itu sendiri. Bukan itu sahaja aku juga ada buat blog yang kedua iaitu Blog Inspirasi Kami yang terdiri daripada beberapa orang penulis. Alhamdulillah, blog kedua aku pun dah lulus adsense juga.




Hasil berblog melalui penulisan artikel review dan blog, design dan blog konsultan pada tahun lalu dan tahun ini. 



Hasil berblog daripada penulisan artikel blog & review, design blog dan beberapa job dari Bite Media Consultant


Hasil berblog untuk BLOG INSPIRASI KAMI


Bukan itu sahaja, hasil berblog ini jugalah aku mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual minyak wangi, baju budak dan dewasa secara offline. Bukan mudah sebenarnya, tetapi Alhamdulillah semuanya dengan izin-Nya aku masih bertahan sehingga sekarang. 

Apa yang aku nak sampaikan kat korang ialah kerjaya blogger sepenuh masa ini bukan mudah. Semua benda kena buat sendiri. Kalau tak pandai urus masa dengan baik mungkin korang akan jadi tekanan. Ibarat kita berbisnes juga sebenarnya, kalau rajin adalah hasilnya. Kalau malas mungkin hasil pun takda.

Selain itu, NIAT itu yang paling penting. Kita berblog kerana apa? Jadikan penulisan kita sesuatu yang bermanfaat buat pembaca. InsyaAllah, kita mudahkan urusan orang lain Allah akan limpahkan rezeki dari yang kita tak sangka-sangka. 

Masih berminat nak jadi blogger sepenuh masa? Nak servis blog konsultan? Boleh email kat nurulatikayunus23@gmail.com


Rutin Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa [Blog Cara Sii Nurul]

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, begitu cepatnya masa berlalu sehingga tak sedar rupanya dah masuk setahun aku jadi blogger sepenuh masa. Siapa yang bercita-cita untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya ini adalah antara rutin yang aku buat setiap hari. 

Sebelum tu, korang nak tahu tak, aku habiskan masa 5 hari untuk siapkan entri ini. Setiap perenggan aku buat hampir 2 - 3 jam. Hahahaha~ Tulis dengan penuh perasaan gitu. Semoga tulisan kali ini sampai ke hati hehe. 


Baiklah, jom kita lihat apakah rutin harian aku sebagai blogger sepenuh masa. Let's start!

1. Banyakkan Membaca Untuk Dapatkan Idea Menulis

Sebagai seorang blogger kenalah rajinkan diri membaca pelbagai jenis bahan bacaan samada melalui bahan cetakan ataupun media elektronik. Terpulang dari korang nak baca topik apa sekalipun. Politik, hiburan, isu semasa, resepi dan lain-lain. 

Sekarang ini semuanya di hujung jari. Nak baca berita boleh baca di facebook. Google sahaja apa yang korang nak tahu pak google dah tolong bagi jawapan. Padahal yang menulis kebanyakkan di google tu pun blogger juga. Hehe


Nak dapatkan idea, wajib membaca. Membaca bukan sahaja dapat menambah pengetahuan dalam pelbagai bidang. Bagi aku apabila banyak membaca semakin banyak benda yang dipelajari dan semakin banyak perkara yang boleh kita fahami. 

Apabila banyak membaca nak menulis pun senang sebab idea datang mencurah-curah. Kadang sampai tak berhenti ditambah lagi dengan mood menulis yang tengah baik masa tu. 

Membaca juga dapat meningkatkan kekuatan memori dan merupakan senaman minda kerana sel-sel dalam otak akan aktif dan membuatkan minda menjadi lebih sihat. 

Membaca juga boleh melatih diri untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan meningkatkan kreativiti, meningkatkan kemahiran tata bahasa dan membantu cara berkomunikasi dengan lebih baik dan teratur.

2. Catat Apa Yang Anda Baca

Sebelum menulis entri, perkara yang paling penting sekali bagi aku adalah mencatat point penting untuk dijadikan idea selepas membaca. Aku memang tak bolehlah tak catat. Nanti aku lupa. Write things down. Your mind might be sharp but that won't last forever. Get in the habit of writing them down. 

Biasanya apabila membaca sesuatu aku akan sediakan nota, kertas, sticky note ataupun terus catat di phone. Bukan itu sahaja, aku tengok youtube pun aku catat maklumat penting. 

Cara-Cara Mencatat Nota :

1. Cari topik yang mahu di bacaMisalnya untuk menulis entri tentang rutin harian blogger, aku akan fokus baca topik tentang "blogging" sahaja. Jadi di sini aku akan lebih fokus untuk menulis dan tidak lari daripada topik asal. 

Sebab itu kadang-kadang ada orang apabila menulis entri, dia pandai hilang fokus dan mulalah tulis benda yang tak penting. Tajuk tentang rutin harian blogger tetapi banyak cerita tentang aktiviti memasak di rumah. Kan dah lari tajuk sebab syok sendiri hehe.

2. Di mana nak dapatkan info? - Boleh cari di google, blogger lain, linkedin, facebook, pinterest, quora, twitter dan banyak sangat maklumat yang kita boleh peroleh secara online. Kalau ada buku pasal blogging lagi bagus. 

3. Catat keywords penting sahaja - Kena faham rutin harian blogger tu yang macam mana? Rutin harian blogger sepenuh masa mungkin tak sama dengan part-time. Tajuk memainkan peranan yang sangat penting kerana tajuk mewakili konten keseluruhan entri. 

Jadi dalam Rutian Harian Seorang Seorang Blogger Sepenuh Masa ini aku tulis tentang rutin harian aku bukan orang lain. 

Oleh itu, cara aku lepas baca aku terus catat supaya aku boleh hasilkan entri yang berkualiti, mudah untuk difahami dan berbeza dari yang lain. 


3. Menulis Entri Berkualiti / SEO 

Point ini tidak kiranya korang blogger sepenuh masa ataupun separuh masa menulis entri adalah aktiviti wajib sekali. Tiada orang lain yang jadi blogger tapi tidak menulis. Tulislah entri yang bermanfaat di blog. 

Aku bukannya mahir sangat bab SEO ini. Ada juga beberapa orang yang bertanya macam mana menulis mengikut gaya SEO. Susah sebenarnya nak terangkan. Cuma apabila dah jadi blogger sepenuh masa sangatlah penting untuk menulis entri yang unik dan berkualiti apatah lagi ditambah dengan SEO menjadikan entri tersebut mudah berada di halaman pertama google. 



Semakin banyak entri yang berada di halaman pertama maka trafik blog juga akan meningkat. Walaupun korang tak update blog setiap hari namun setiap hari akan ada sahaja pengunjung yang datang ke blog korang.


4. Melakukan Aktiviti Blogwalking

Aktiviti blogwalking merupakan aktiviti wajib bagi seorang blogger. Walaupun mungkin aku tak update entri untuk hari ini tetapi setiap hari aku pasti blogwalking di blog orang lain. 

Cuma ada blogger dia blogwalking tapi jadi silent reader sahaja. (Aku kategori yang ini). Ada yang rajin sangat-sangat tinggalkan komen. Aku memang respect dengan blogger yang rajin komen ni. 


Lagi-lagi kalau ada blogger yang setiap bulan buat giveaway, segmen atau bagi hadiah kepada komentator memang beruntung lah siapa yang rajin sangat komen tu. Tidak kiralah korang blogger baru atau lama aktiviti blogwalking ini merupakan amalan yang sangat digalakkan.

Kenapa wajib blogwalking?

1. Untuk dapatkan idea menulis.
2. Nak tahu info dan cerita menarik dari blogger lain.
3. Mengeratkan hubungan sesama blogger
4. Tingkatkan trafik blog 
5. Mempromosikan blog kita
6. Backlink - semakin banyak backlink yang kita terima semakin popular blog kita.


5. Berkongsi Artikel / Promosikan Blog 

Dah penat menulis sudah tentulah kena kongsi artikel yang aku tulis kepada umum (pembaca). Nak menulis dan publish di blog itu mudah sahaja yang menjadi sukar adalah bagaimana mahu menarik orang untuk baca artikel ini. 

Harapkan orang yang datang baca artikel blog kita sebaik sahaja publish memang susahlah. Melainkan anda memang seorang yang popular dan ramai followers. Jangan risau aku juga bukan blogger yang popular atau ramai followers tetapi aku berjaya juga tarik trafik yang tinggi ke blog ini. 

Caranya adalah dengan belajar teknik SEO dengan betul, cuba buat analisis keyword apa yang popular, tulis entri evergreen dan banyak lagi. Nak tahu dengan lebih mendalam joinlah TEAM BITE MEDIA CONSULTANT. Korang akan belajar dari zero to hero semua tentang blog. 

4. Jana Pendapatan Pasif 

Apabila dah jadi blogger sepenuh masa aku sentiasa bertanya kepada diri  "apa entri yang aku nak tulis untuk pembaca?". Berbeza sangat menulis sekadar untuk mengisi masa lapang. Dah namanya blogger sepenuh masa jadi kenalah ada hasil kan. 

Tak boleh nak samakan part-time blogger yang menulis sebab hobi (kepuasan) dengan fulltime blogger yang menulis sebab kepuasan dan income. Ramai sangat dah aku jumpa blogger yang kata "Aku menulis bukan sebab nak income". 

Iya memang betul sebab anda mungkin hanyalah part-time blogger dan mempunyai pekerjaan di luar sana ataupun anda tidak bekerja tetapi ada yang bagi anda duit setiap bulan. So setiap orang berblog dengan sebab yang berbeza. Sedangkan aku hanya mengharap sepenuhnya duit daripada blog untuk teruskan kehidupan dan buat belanja keluarga. Sekurang-kurangnya aku tidaklah menganggur dan berharap ibu bapa sahaja. 

Sebelum ini apabila menulis kerana hobi ataupun suka-suka aku tak kisah pun kalau blog ini tidak berupdate berbulan. Apabila dah ada komitmen dengan blog, aku bukan sahaja tulis sebab aku suka menulis tetapi aku mestilah ada target pageviews sebulan berapa dan berapa target income adsense atau berapa job menulis aku dapat aku untuk bulan ini. 




Pokoknya, sesiapa yang menjadikan blog sebagai kerjaya kenalah ada hasil (income daripada berblog). Cara jana pendapatan pasif melalui blog ialah melalui affiliate, servis menulis, pemasangan template, google adsense & innity, paid review, ghostwriter dan banyak lagi. 


Cuma setakat ini aku hanya fokus sepenuhnya income daripada Google Adsense & Innity sahaja. Selebihnya kalau ada rezeki dapatlah job menulis 2 - 3 dalam sebulan. Jujurlah guys, ambil masa berbulan-bulan juga tau nak capai 100USD tu. Nak capai 3.50USD sehari pun Ya Allah memang payah sangat. 

Alhamdulillah sekarang aku dah berjaya maintain income 5USD - 10USD sehari. Dan usaha untuk stabilkan lagi. Asalkan dapat 100USD pun dah kira bersyukur sangat. 



5. Tambah Ilmu Blogging & Praktikkan

Setiap hari aku akan baca tips-tips blogging. Hal ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang blog dengan lebih mendalam. Yang mana panduan sesuai dengan blog aku akan cuba aplikasikan terus di blog. Try and error. 

Yang mana berjaya aku akan catat sebagai pengalaman aku untuk aku kongsikan dengan korang. Yang tidak berjaya aku akan cari punca kenapa tidak berjaya. Jadi bolehlah buat bahan untuk menulis entri kan. 

Oleh sebab itulah aku susah nak kongsi dengan korang tentang tips-tips blog sebab aku sendiri juga masih dalam proses belajar dan belajar lagi. Aku boleh saja sebenarnya kongsi tips blog cuma aku inginkan sedikit kelainan. 

Aku suka berkongsi pengalaman macam mana aku boleh dapatkan trafik 10 ribu sehari. Aku mahu kongsi dengan korang macam mana aku boleh dapat maintain income adsense setiap bulan. 

Aku mahu cerita dengan korang macam mana blogger baru boleh berjaya juga dalam masa setahun. InsyaAllah aku akan kongsikan juga semuanya. 

6. Sentiasa Update Media Sosial 

Kalau sesiapa yang follow aku di media sosial seperti Facebook, FBPage, Instagram, LinkedIn dan Telegram korang akan perasan yang aku sangat rajin post. Kebanyakkan trafik datang daripada media sosial. Jadi rajinkan diri untuk selalu post di media sosial.

Kalau link blog korang kena block di facebook cuba cari alternatif lain untuk share samada di LinkedIn, Twitter, Pinterest ataupun Telegram. Kalau nak sesuatu kita kena usaha. Kalau nak income tinggi kena kerja keras. Kena kerja 2x ganda dari orang lain. Nak pageviews tinggi kena usaha lagi dan lagi. 

Bacalah tips banyak mana pun kalau tiada usaha tetap tiada perubahan. Aku dah kenal ramai blogger yang usaha dia 5x ganda dari aku dan tidak hairan juga income dan pageviews dia lebih banyak. 

So, tiada istilah dengki-mendengki antara blogger. Apapun rezeki semuanya datang dari Allah yang penting kita dah usaha. 

7. Balas Komen Pembaca 

Selain blogwalking, antara rutin harian aku adalah membalas komen pembaca. Setiap kali aku buka blog aku akan periksa siapa yang komen blog aku. 

Jadi blogger yang selalu komen tu aku akan terus blogwalking dan baca apa entri yang menarik. Cuma masalahnya aku jarang komen balik hahaha. 

Pertama sekali tujuan aku balas komen adalah sebagai tanda penghargaan kepada pembaca yang sudi baca dan tinggalkan komen di blog aku.  

Sebab kedua kalau ada persoalan yang ditanya oleh pembaca, mungkin dorang akan datang balik untuk tengok jawapan kepada komen dorang. Ini pendapat akulah. Setiap komen yang diberikan bagi aku merupakan tahap nilai dan respon pembaca ke atas sesuatu entri yang ditulis.

Cuma aku akan tetapkan masa dan hari untuk balas semua komen pembaca yang blogwalking. Apapun terpulang dengan korang. Inikan cara aku hehe.


Cuma dalam banyak entri, ada satu entri ni yang aku memang tak balas komen walaupun banyak sangat pertanyaan sebab melibatkan perhubungan. Sedih tau baca komen-komen pembaca tapi nak buat macam mana kan, aku bukan pakar. 

8. Semak Email 

Rutin harian aku juga adalah semak email setiap hari. Setiap hari ada sahaja email yang aku dapat berupa pertanyaan berkenaan beberapa artikel yang aku pernah publish di blog. Dan email yang blogger selalu nanti-nantikan adalah email untuk job menulis. 




Baiklah, cukuplah itu sahaja rutin harian aku sebagai blogger sepenuh masa. Penat sudah mahu fikir ni apa yang mahu ditambah. Hahaha

Semoga bermanfaat. 


Dah Habis SPM? Lepas Ini Nak Sambung Mana....

Assalamualaikum
Bismillah

Sebelum ini aku pernah kongsi juga Hala Tuju Selepas SPM tetapi entri itu lebih kepada pengalaman aku nak sambung mana selepas habis SPM. Jadi mungkin adik-adik lepasan SPM yang baca sedikit kecewa sebab masih tak tahu nak sambung mana kan.

Aku pasti ramai yang bingung, keliru dan tak tahu kan. Cita-cita nak jadi guru tapi tak tahu nak sambung mana. Akhirnya, ramai yang salah pilih haluan selepas SPM. Akulah antara orang yang keliru nak sambung mana dulu..

Dah Habis SPM? Lepas Ini Nak Sambung Mana....

Yang kebanyakkan orang tahu habis belajar saja sambung Tingkatan 6, Diploma atau Matrikulasi kan. So, kali ini aku berkongsi panduan nak sambung mana selepas habis SPM. 

1. STPM (Tingkatan 6)

Mesti dah ramai tahu pasal Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kan. Yang berminat bolehlah sambung ke Tingkatan 6. Aku pun dulu bekas pelajar Tingkatan 6 juga. Form 6 dah tak macam dulu, sebab Tingkatan 6 dah dikategorikan sebagai Pra-Universiti. 

Peperiksaan pun dah tak macam dulu. Kalau gagal boleh repeat paper haha. Sesiapa yang memilih STPM juga korang boleh terus sambung Ijazah selepas habis belajar. Kiranya pilihan ini merupakan "Fast Track" nak masuk Universiti lah. Belajar pun tak lama, hanya setahun setengah sahaja berbanding diploma. 

Kelebihan masuk Tingkatan 6 juga adalah dari segi kos pengajian yang murah. Lagi-lagi kalau Pusat Tingkatan 6 korang berdekatan rumah, bertambahlah jimat poket korang. Selain itu, dari segi pakaian pun dah macam ala-ala di Universiti. Tak perlu pakai baju sekolah. Peluang pekerjaan untuk STPM juga ada just in case korang dah tak nak sambung Ijazah. 

2. STAM (Tingkatan 6)

Memandangkan aku bukanlah pilih STAM selepas SPM, aku pun tak berapa tahu sangat tentang Sijil Tertinggi Agama Malaysia (STAM). Bagi yang memilih haluan ini, kebanyakkan tertumpu kepada pelajar aliran agama. 

STAM ini sama saja dengan STPM, dah habis belajar boleh terus sambung ke peringkat Ijazah di universiti. Kalau keputusan STAM korang bagus, boleh juga sambung belajar di luar negara seperti Jordan dan Mesir. 


3. Matrikulasi

Kebanyakkan pelajar yang memilih aliran Matrikulasi ini lebih cenderung ke arah aliran kejuruteraan, perakaunan dan aliran sains tulen. Abang dan adik lelaki aku selepas SPM terus sambung Matrikulasi. Aku pula tak minat nak belajar sains walaupun aku daripada aliran sains tulen semasa SPM.

Ramai yang pilih haluan ini. Kebanyakkan pelajar cemerlang sahaja yang ditawarkan ke Matrikulasi. Sekiranya ditawarkan ke Matrikulasi, secara automatik memang tak dapatlah masuk Tingkatan 6. Matrikulasi ini bukan di sekolah lagi. 

Macam kat Sabah ini, Matrikulasi Labuan. Tempoh program matrikulasi bergantung dengan course yang diambil samada korang pilih program 1 atau 2 tahun. 

Selepas tamat pengajian di Matrikulasi korang boleh pilih mana-mana universiti awam di Malaysia. Cuma apa yang aku faham berdasarkan pengalaman adik aku yang belajar di Matrikulasi Labuan, bidang yang dipilih di universiti nanti berdasarkan keputusan matrikulasi korang.

Sesiapa yang pernah sambung matrikulasi bolehlah share di ruangan komen di bawah ya. Sama-sama kita bantu kongsi ilmu dan pengalaman supaya adik-adik kita ini boleh buat keputusan dengan baik nak sambung mana.

4. Asasi

Dulu aku tak berapa faham sangat dengan Asasi ni. Sekiranya korang nak sambung program Asasi ini pun bagus juga sebab Asasi sama juga seperti Matrikulasi. Cuma yang membezakan Asasi dengan Matrikulasi ialah ia dikendalikan oleh pihak universiti. Orang kata kalau pilih Asasi memang dah confirm dapat tempat di universiti.

Cuma sekiranya korang nak memilih asasi, pastikan korang dah tahu nak ambil course apa masa sambung Ijazah nanti. 

5. Diploma

Korang juga boleh memilih untuk meneruskan pengajian di peringkat diploma. Program diploma yang bestnya ada ditawarkan di univeristi awam, swasta dan mana-mana kolej yang berdekatan. Biasanya diploma akan mengambil masa dalam tempoh 2 tahun setengah atau 3 tahun. Bergantung lah dengan course yang korang ambil. 

Aku ada sepupu yang sambung Diploma dalam bidang perakaunan di MSU. Program pengajian dia hanya 2 tahun sahaja. Memandangkan program peringkat diploma ini telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Jadi, korang kena tahu dah apa pilihan course yang diminati.

Kalau minat nak jadi guru bolehlah ambil bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Minat memasak? Korang cari bidang Kulinari atau perhotelan. Jangan main-main tau dengan orang yang sambung peringkat diploma ni sebab kebanyakkan course yang ditawarkan mempunyai peluang yang baik untuk pasaran kerja akan datang. 

Pelajar lepasan Diploma juga boleh terus bekerja ataupun meneruskan pengajian Ijazah. Ada yang meneruskan pengajian dalam peringkat Ijazah dalam bidang yang sama. So, korang boleh melakukan pengecualian kredit supaya dapat memendekkan tempoh pengajian semasa degree nanti.

6. Politeknik

Hah.. yang tak berapa okay sangat akademik tetapi nak juga sambung belajar bolehlah pilih Politeknik. Politeknik ini pilihan yang sangat tepat buat pelajar lepasan SPM yang cenderung ke arah kemahiran. Ada orang dia mungkin tak berapa okay dari segi akademik, tetapi kemahiran dia power! 

Jangan ingat lepasan Politeknik ini tak laku kalau kerja. Berbanding graduan lepasan universiti, tahap kebolehpasaran graduan lepasan Politeknik ini lebih tinggi sebab korang bukan sahaja belajar teori, malah praktikal sekali.

Politeknik menerapkan pembelajaran 50% teori dan 50% praktikal, berbanding institut universiti yang hanya 80% teori dan 20% praktikal. Yuran pengajian juga murah berbanding universiti awam. Politeknik ini juga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).


7. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Siapa cita-cita nak jadi guru tu? Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin menjadi cikgu sekolah, inilah peluang korang untuk sambung pengajian dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Secara ringkasnya, PISMP merupakan program guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pelajar lepasan SPM.

Korang yang berminat dengan pilihan ini akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama setahun di IPG yang telah ditetapkan. Pelajar yang lulus akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan kemasukan ke PISMP selama 4 tahun secara sepenuh masa.

Bagi yang meminati sangat bidang perguruan, bolehlah memilih PISMP. Korang yang berumur tidak lebih dari 20 tahun layak memohon. Program ini melatih bakal-bakal guru lepasan SPM. Terdapat pelbagai program yang korang boleh pilih seperti Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan lain-lain lagi.

Apabila korang dah tamat pengajian akan mengajar di sekolah kebangsaan mengikut bidang yang diceburi. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di web rasmi PISMP. Bagi pemohon yang pertama kali perlulah mendaftar terlebih dahulu.


8. Latihan Separa Perubatan

Kalau korang berminat dalam bidang separa perubatan boleh memohon Latihan Separa Perubatan di laman web rasmi SPA. Sekiranya lulus exam online dan temuduga, segala kos pembelajaran ditanggung sepenuhnya oleh kementerian. Selain itu, sesiapa yang memasuki Latihan Separa Perubatan, korang dibayar untuk belajar. 

Apabila memasuki Latihan Separa Perubatan, sebaik sahaja habis belajar, peluang untuk terus diserap masuk sebagai penjawat awam sangat tinggi. Tetapi tiada jaminan akan akan dipanggil berkhidmat dengan KKM. Kerana sekarang ini masih ramai lepasan Latihan Separa Perubatan menunggu panggilan dipanggil untuk berkhidmat.

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun. Bagi pemohon yang baru pertama kali perlulah mendaftar terlebih dahulu di web rasmi SPA. Di SPA juga terdapat pelbagai jawatan lain seperti diperingkat PMR, SPM, Diploma/STPM mahupun Ijazah.



9. Latihan Kemahiran Malaysia

Bagi yang meminati bidang pelbagai kemahiran, korang boleh memohon samada Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Komuniti, Akademi Binaan Malaysia, Giatmara dan banyak lagi. Kursus juga banyak ditawarkan seperti automotif, menjahit, memasak dan lain-lain lagi. Ramai yang tak tahu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ini mempunyai beberapa tahap. 

10. Bekerja

Haa.. Yang tak minat nak sambung bolehlah terus bekerja. Cuma kalau nak terus bekerja tidak boleh terlalu memilih. Ambil pengalaman yang penting. Ramai je pelajar lepasan SPM yang lebih berjaya apabila memilih untuk bekerja. Tak masuk Universiti tidak semestinya tidak berjaya dalam hidup kan.


Fuh.. panjang gila nak menaip kali ini. 

Akhir kata, walau apa pun keputusan yang kamu pilih. Pilihlah dengan sebaik mungkin, kerana ini melibatkan masa depan kita sendiri. Kalau korang rasa sambung belajar itu lebih baik, maka sambunglah. Lagi-lagi yang ada minat. Insya'Allah Allah akan permudahkan setiap jalan yang kita pilih.

Kalau dengan bekerja itu korang rasa itulah pilihan yang lebih baik. Maka, teruskanlah dengan pilihan korang. Sebenarnya nak sambung atau tidak itu dari diri kita sendiri saja. Apa sahaja pilihan yang korang pilih tiada yang betul atau salah. 

Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com 



Pengalaman Kerja Part-Time

Assalamualaikum
Bismillah

1. Kerja Kilang (2009)

Ini adalah kerja pertama aku sebagai part-time. Aku mula kerja kilang semasa cuti sekolah seminggu rasanya. Masa ini aku baru Tingkatan 2. Aku dapat kerja ini pun sebab mama aku pernah bekerja di kilang tersebut. Pada mulanya parents aku memang tidak benarkan aku untuk bekerja. Tetapi memandangkan kilang itu tidak jauh dari rumah kami dan bos kilang tu pun kenal mama aku. Aku dibenarkan untuk bekerja. 

Susah tau budak bawah 18 tahun ni kerja. Itupun mujurlah ada kabel. Alasan aku nak kerja masa cuti pun sebab aku bosan duduk rumah. Dan aku nak rasai sendiri pengalaman bekerja macam mana. Upah aku bekerja pada masa itu adalah RM20 sehari. So dapatlah rm140 untuk seminggu bekerja. Masa pertama kali terima gaji tu memang excited gila. RM140 pun bagi student macam aku cukup banyak dah. 

Kerja aku di kilang adalah packing baju T-Shirt. Mula-mula tu memang janggal sebab tak pernah lagi buat kan. Selepas beberapa hari tangan pun dah biasa. Iron baju, lipat then packing dalam plastik. Kalau aku kerja lagi lama mungkin boleh jadi mesin kilang dah packing baju. hahaha~

Dulu aku selalu jugalah pandang rendah kerja kilang ini. Dulu okay! Tetapi apabila kita dah rasa sendiri macam mana kerja itu, it's not a bad thing. Pengalaman kerja kilang inilah build up my self confident untuk berhadapan dengan manager dan pekerja lain. Bayangkan umur begitu muda dah terdedah dengan persekitaran bekerja. Sangat berbeza dengan suasana belajar. 

Selepas itu, setiap kali cuti sekolah aku akan kerja balik di kilang tersebut. Adalah dalam beberapa kali juga. Seingat aku Tingkatan 3 - 4 aku masih kerja di tempat yang sama setiap kali cuti sekolah. Cuma gaji aku adalah naik sikit ke RM400 setiap bulan.

2. Cashier Supermarket (2012)

Aku mula bekerja sebagai cashier selepas aku habis SPM. Mulanya aku tak nak kerja sebagai cashier sebab aku malu nak berhadapan dengan customer. Kalau kerja kilang korang tak payah layan orang pun sebab fokus dengan kerja yang sama saja. Tetapi aku gagahkan diri juga untuk kerja sebagai cashier di sebuah supermarket di pekan. 

Sebelum diambil bekerja sebagai cashier aku disuruh untuk menjawab beberapa soalan matematik. Setelah itu aku diberi uniform khas untuk pekerja cashier sahaja. Keesokkan hari aku diminta untuk datang awal Jam 9 pagi. Disebabkan aku masi baru, aku diberi latihan dahulu sebelum buka kaunter sendiri. Kalau dah buka kaunter sendiri tu sekiranya ada short memang potong gaji lah. 

Di sinilah aku belajar banyak ragam customer. Aku pernah kena marah sebab parking kat supermarket takda. Boleh pula cashier yang kena marah benda yang takda kena mengena langsung. Aku pernah kena tegur sebab campurkan makanan dengan sabun. MALU GUYS! Tetapi tebalkan muka sajalah sebab aku tak tahu pun masa tu. Sampai sekarang aku ingat benda kecil macam tu. Aku pernah kena marah sebab staf lain salah letak harga (ini selalu kena huhu T-T) Aku pernah juga short sampai RM30 sepanjang aku kerja cashier. Syukur sebab tak sampai ratus. 

Aku suka kerja cashier ini sebab ada potongan KWSP. Gembira jugalah sebab umur 17 tahun dah ada KWSP hahaha. Cuma aku terpaksa berhenti sebab gaji murah sangat tak sampai RM500 pun huhu. Aku kerja cashier sebulan ja.

3. Promoter Kedai Telefon (2012)

Selepas berhenti kerja di supermarket tu, aku cuba nasib pula di sebuah kedai telefon ni. Aku walk in interview terus dapat kerja sebagai promoter. Memandangkan aku dah ada keyakinan untuk berhadapan dengan customer, so takda masalah untuk aku jadi promoter. 

Gaji aku kat sini memang tinggilah masa tu. Gaji basic dalam RM900 sebulan belum lagi masuk komisen jual telefon dan aksesori. Pernah juga gaji aku samoai RM1800. Cuma penat sangat sebab kedai awal buka jam 8.30 pagi balik pula jam 10. Malah aku tidak diberi cuti selama sebulan kononnya sebagai permulaan. Cuma aku tak sangka aku boleh bertahan juga untuk kerja di kedai telefon tu selama 3 bulan. Dan aku hanya cuti 2 kali sahaja. Boleh bayang tak penat aku macam mana?

Lepas tu hari-hari gaduh dengan bos sebab kena push jual telefon. Gaji tinggi tetapi tekanan pun tinggi boleh jadi sakit mental. hahaha~ Aku nak berhenti pun tak boleh. Mentang-mentang aku baru budak mentah lepasan SPM kena tindas habis. Kalau ingat balik bikin sakit hati pula. Tetapi nak buat macam mana kan pengalaman itulah yang berharga dan itulah tempat cari makan. Akhirnya aku berhenti sebab sambung belajar di Tingkatan 6. Aku kerja sini 3 bulan je. Sebab aku penat dengan attitude kerja and environment yang tak best.

4. Promoter Kedai Kasut Sukan (2013)

Dalam banyak kerja part-time aku buat. Inilah kerja yang aku paling suka. Aku kerja sebagai promoter di sebuah kedai kasut sukan dengan bantuan daripada kawan sekelas aku. Seperti biasa aku kerja setiap kali cuti sekolah. Disebabkan bos dia baik hati, dia benarkan aku untuk kerja setiap kali hujung minggu (sabtu dan ahad). Jadi setiap hari Isnin - Jumaat aku sekolah, hujung minggu pula aku kerja.

Memang agak penat dan gaji tidaklah sebesar kerja di kedai telefon tetapi aku happy sebab bos dia sangat menjaga kebajikan pekerja. Malah manager dia pun sangat memahami. Kerja aku tidaklah juga terlalu santai. Ada customer aku layan, cari size kasut, jaga kaunter dan kemas stok. Dan pekerja pun ramah. Tetapi sayangnya kedai itu tidak bertahan lama disebabkan sewa lot yang terlalu tinggi. Aku bekerja di sini pun dalam 7 bulan jugalah sampai kedai tu tutup. 

Pengalaman yang aku dapat sepanjang bekerja di sini kalau korang adalah bos atau manager jagalah kebajikan pekerja juga. Aku percaya kalau semua bos macam tu pekerja akan hormat dan bertahan lebih lama. Dan setiap kali ada masalah bos aku biasanya akan buat meeting dan semua pekerja akan sama-sama menyuarakan pendapat masing-masing. Biasanya masalah akan settle time meeting juga. Tetapi aku tidak nafikan ada juga pekerja yang ambil kesempatan dengan kebaikan bos/manager. So, entahlah. Susah juga nak cakap. 

5. Pembantu Kedai (2014)

Yang ini pula aku kerja selepas habis STPM. Mulanya aku tak nak kerja sebab setiap kali cuti sekolah aku memang tidak pernah miss tak cari kerja. Kononnya mahu berehat sebab dah penat belajar. Tetapi seminggu sahaja aku bertahan duduk di rumah. Bosan gila. Duit pun takda.

Trust me, kalau korang dah biasa cari kerja dan pegang duit sendiri memang panas punggung kalau duduk terperap ja kat rumah. So aku pun carilah kerja sementara tunggu keputusan UPU keluar. Aku dapat kerja di sebuah kedai lebih kurang macam Kedai OneStop sebagai pembantu kedai dan cashier. Aku kerja di sini pun lebih kurang 3 - 5 bulan juga aku pun dah tak ingat sangat.

Kerja ini tak juga penat dan bolehlah. Pengalaman yang aku tak boleh lupa apabila kedai kami kena rompak dan banyak barang-barang yang dicuri. Dan kedai macam ini biasanya kurang pekerja lelaki. Aku berhenti pun sebab dapat tawaran sambung belajar di UMS.

6. Housekeeping Homestay (2016)

Hah.. yang ini pula antara kerja part-time yang paling lama aku pernah buat. Aku dapat kerja ini pun sebab ada iklan jawatan kosong sebagai housekeeping homestay di bawah apartment tempat aku tinggal masa belajar dulu. Memandangkan aku stay kat luar hostel so senang sikit buat kerja part-time. Aku memang nak sangat pengalaman kerja housekeeping ni sebab kalau dah habis belajar pun bolehlah letak pengalaman ini dalam resume dan memohon kerja di mana-mana hotel atau homestay. 

Aku kerja housekeeping ini pun dalam pertengahan bulan Oktober sampailah aku habis degree. Gaji taklah banyak sangat sebab kerja aku sekali housekeeping terus dibayar. Paling banyak pendapatan aku dapat kalau semasa cuti sekolah sebab ramai yang booking homestay masa tu. Owner merangkap bos aku pun sangat memahami dan baik hati, malah beliau pun Alumni UMS juga.

Pengalaman sepanjang jadi housekeeper sangatlah berharga. Kalau nak tahu orang itu pengotor atau tidak korang cubalah kerja jadi houseeper guys. Sangat memenatkan. Aku pernah bersihkan homestay yang penuh dengan sampah dan lantai berminyak. 

Aku nasihatkan kalau korang nak sewa homestay tolonglah jaga kebersihan. Memanglah ada yang bersihkan homestay tetapi kebersihan itu kan mencerminkan peribadi seseorang. Dalam Islam sendiri mengatakan bahawa "Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman". So, jagalah kebersihan di mana pun anda berada.

7. Pembantu Guru Pendidikan Khas (2018)

Ini pula adalah pengalaman aku bekerja tanpa gaji (internship) di sebuah Pusat Pendidikan Khas. Selama 3 bulan lebih aku menghabiskan latihan praktikal aku di sini. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang praktikal ialah membawa rombongan kanak-kanak OKU ke Muzium Negeri Sabah dan bermain Bowling. Sangat memcabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Dan yang lain aku sudah pernah kongsikan sebelum ini di blog. Antaranya ialah

  • Fulltime Blogger 
Sekiranya korang sebelum ini tidak pernah kerja part-time jangan segan untuk cari kerja walaupun gaji murah dan kerja biasa-biasa sahaja sebab pengalaman itulah yang paling mahal nak dapat. Dan berdasarkan pengalaman kerja part-time lah aku mudah dapat kerja di luar. 


Kerja Tidak Sama Dengan Bidang Pengajian

Assalamualaikum
Bismillah

Kerja Tidak Sama Dengan Bidang Pengajian

Adakah pekerjaan yang kita miliki harus sealiran dengan bidang yang diambil ketika di universiti?

Secara peribadi jikalau dilihat pada pekerjaan aku yang sekarang memang sangatlah berbeza dengan apa yang dipelajari semasa di universiti. Oleh itu, aku kurang bersetuju bahawa pekerjaan harus selari dengan apa yang diambil semasa di universiti dulu.

Kalau boleh kita memang mahu punya pekerjaan yang sama dengan bidang yang diambil semasa belajar, tetapi rezeki akan datang itu kita tidak pasti.

Bagi aku apapun pekerjaan yang dilakukan asalkan menghasilkan pendapatan serta rezeki yang kita dapat itu bermanfaat dan halal. Kalau kita cari pekerjaan yang perfect sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat kerja.

Mengapa kebanyakkan orang berfikiran bahawa setiap pekerjaan itu harus selari dengan bidang yang diambil ketika di universiti?

Hal ini demikian kerana merasakan belajar selama 3 - 5 tahun itu adalah sia-sia sekiranya ijazah yang dimiliki tidak dapat digunakan. Ataupun berasa sia-sia kerana sudah buang masa belajar begitu lama tetapi ternyata pekerjaan yang diperoleh adalah lain. 

Seharusnya kita ubah mind set kita tentang belajar, kerana aku juga punya mind set yang sama dimana kita belajar dengan harapan akan mempunyai pekerjaan yang baik.

Dan kebanyakkan kita memilih jurusan kerana melihat kepada prospek pekerjaan, kita hanya memilih bidang yang mempunyai prospek pekerjaan diluar. Hal ini kerana ketakutan dalam diri bahawa kita tidak akan mendapat pekerjaan pada masa akan datang.

Mungkin ramai yang kata bahawa sia-sia aku belajar tetapi akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak memilih pekerjaan selari dengan bidang yang diambil. Tetapi bagi aku segala ilmu yang dipelajari semasa di universiti itu sedikit pun adalah tidak sia-sia. 

Pertama sekali kenapa aku berasa belajar psikologi itu adalah bukan perkara yang sia-sia ??

Sebab aku at least mempunyai pengetahuan tentang psikologi yang kebanyakkan orang tidak tahu. 

Pemikiran aku in terms of psychology lebih kritis misalnya seperti psikologi perkembangan kanak-kanak, pengetahuan tentang kanak-kanak dalam keluarga bermasalah, psikologi abnormal dan asas perubahan tingkah laku. Sifat ingin tahu itu lebih cenderung kepada psikologi gitu. 

Apa yang aku belajar ketika di universiti itulah yang membentuk peribadi diri aku yang sekarang. Aku menjadi seorang yang peka dengan perkembangan kanak-kanak, mula menyampaikan ilmu berkaitan dengan keibubapaan di blog dan berkongsi pengalaman ketika berada di universiti.

Jadi aku merasakan bahawa aku tidak belajar sia-sia, tidak rugi waktu dan wang kerana ilmu apapun yang dipelajari suatu hari nanti pasti akan memberi manfaat kepada diri kita dan orang lain.


Adakah pekerjaan harus dilakukan hanya setelah kita habis belajar atau graduate?

Bagi aku pekerjaan itu tidak semestinya dilakukan setelah habis belajar. Even ketika belajar pun kita sudah boleh bekerja misalnya kerja part-time, berniaga dan sebagainya. 

Aku mula bekerja masa umur aku 14 tahun. Aku bekerja di kilang. Itupun secara part-time dan semasa cuti sekolah. Sejak dari itu aku mula mencari kerja-kerja part-time setiap kali cuti sekolah.

Antara kerja yang aku pernah buat adalah cashier di sebuah supermarket, kerja kilang, sales girl, dan promoter. Malah sehinggalah aku di universiti aku masih bekerja secara part-time sebagai housekeeping di sebuah homestay. 

Disebabkan pengalaman kerja yang aku ada itulah memudahkan aku untuk mencari peluang pekerjaan. 

Selepas graduate pun aku dah dapat 3 tawaran kerja. Tetapi rezeki tidak meyebelahi aku sebab aku ada sakit yang menyukarkan aku untuk bekerja lebih lama. So sekarang inilah kerja aku, menulis blog.

Adakah seseorang harus mempunyai pekerjaan yang jelas barulah dia dianggap mempunyai pekerjaan?

Actually zaman sekarang pendapatan seseorang itu sudah fluid bukannya solid. Tidak semua orang mempunyai pekerjaan yang pendapatannya adalah tetap (solid) setiap bulan. 

Misalnya jadi blogger sepenuh masa tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Ataupun menjual barang secara online juga tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Malahan ada orang yang bekerja online mempunyai pendapatan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan orang yang bekerja makan gaji setiap bulan. Semuanya bergantung dengan usaha dan kerajinan kita.

Sekarang merupakan zaman digital dimana terciptanya pekerjaan baru iaitu bekerja di internet samada youtuber, media sosial, blogger dan sebagainya. 

Sebenarnya ibu bapa kita hanya ingin yang terbaik buat diri kita sahaja. Kebanyakkan mereka tidak terdedah dengan keadaan zaman sekarang jadi kebanyakkan mereka itu hanya fikir bahawa anak aku hanya akan lebih berjaya kalau anak aku jadi doktor, cikgu atau kerja di pejabat.

Tidak semua ibu bapa yang melarang anak-anaknya untuk mencari pekerjaan yang aneh tetapi mereka hanya not well informed sahaja dengan pekerjaan diinternet sekarang. Kalau anda seorang blogger then bincang baik-baik dengan parents bahawa anda sebenarnya bukannya mengadap laptop tanpa buat apa-apa kerja.

Sekiranya dapat job review, dapat payment then tunjukkan bukti kat mereka inilah hasil anda sepanjang berblog. Mulanya mereka mungkin rasa pekerjaan kita itu tidak menjamin masa depan, tetapi sekiranya kita betul-betul jujur dan yakin dengan apa yang kita buat, InsyaAllah mereka pasti akan menerimanya. 



Apa yang penting sekali ialah apa sahaja pekerjaan yang dilakukan itu mendatangkan pendapatan dan halal. Rezeki itu boleh diperoleh melalui apa sahaja dan prosefion apapun sekalipun sekadar cleaner.

Belajar dan bekerja dua perkara yang berbeza. Apa yang kita belajar mungkin takkan sama dengan kerja. Walaupun bekerja di bidang yang sama dengan bidang belajar , kita tetap juga akan rasa kejutannya.

Jangan sesekali katakan apa yang kita belajar itu salah sia-sia. 

Dengan ilmu psikologi inilah keluarga aku lebih memahami tentang maksud kanak-kanak OKU yang sebenar. Dengan belajar psikologi inilah aku dapat berkongsi pengalaman dengan orang lain tentang pengalaman aku belajar 3 tahun di Universiti Malaysia Sabah kat blog sehingga entri aku setiap tahun itulah yang meletop setiap kali musim pelajar masuk Uni.

Dia tak dapat belajar tingi itu adalah rezeki dia sebab mungkin dia lebih berjaya apabila bekerja selepas habis SPM. Rezeki setiap orang adalah tidak sama.

Jangan rasa apabila dapat kerja luar bidang terus down tak bersemangat. Apa yang dipelajari tetap boleh digunakan dalam keadaan lain, kerana belajar itu proses seumur hidup.

Jadilah bijak sikit dan berfikir diluar kotak. Gunakan ilmu yang kita ada untuk cipta pekerjaan baharu. Takkan seumur hidup asyik nak kerja dibawah orang sahaja kan?

Even orang yang makan gaji pun ada yang cari sumber pendapatan lain. Bukan sebab gaji tidak cukup, tetapi kepuasan bekerja setiap orang itu adalah tidak sama. 

Aku nie kalau dah serius sangat korang layanlah entri yang panjang berjela nie. Setiap yang ditetapkan oleh Allah itu pasti lebih baik. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Bersyukur dengan apa yang ada. 

© all rights reserved
made with by templateszoo