Memaparkan catatan dengan label McDonald. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label McDonald. Papar semua catatan

McDonald’s Malaysia Bagi Makanan Percuma kepada 65,000 Rider Sempena #LekLuMcDBelanja

McDonald’s Malaysia Bagi Makanan Percuma kepada 65,000 Rider Sempena #LekLuMcDBelanja

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia, sudah pastinya memberi kesan kepada seluruh rakyat. Termasuk mereka yang bergelar ‘rider’. Mereka juga antara frontliners kita sepanjang pandemik ini. Kadang kala tengok para rider seperti FoodPanda, atau grab Grab ke memang kesian sangat.

Sibuk hantar makanan tidak kira cuaca panas mahupun hujan. Ada yang naik basikal lagi hantar makanan. Tetapi apakan daya, demi sesuap nasi untuk kelangsungan hidup, terpaksa redah juga. Tambahan pula sewaktu PKP ini, semakin ramai yang duduk di rumah, semakin banyak jugalah permintaan daripada pelanggan.

Ingat lagi tak artikel lepas yang aku tulis di blog? Kalau nak cakap pasal kempen McDonald’s, memang dah macam-macam kempen yang McDonald's dah buat. Baru-baru ni, kempen baharu mereka ialah #LekLuMcDBelanja.

McDonald’s Malaysia Rai 65,000 Penghantar Makanan 


McDonald’s Malaysia Bagi Makanan Percuma kepada 65,000 Rider Sempena #LekLuMcDBelanja


Baca nama kempen pun dah rasa terharu. Kempen ini dijalankan sebagai tanda terima kasih McDonald’s kepada semua penghantar makanan Malaysia yang tidak lekang menerima dan menghantar permintaan orang ramai. Sudah semestinya kita hargai mereka yang sanggup berhadapan dengan risiko covid-19 kerana berhadapan dengan ramai orang setiap masa.


Dengan kempen ini, McDonald’s Malaysia rai penghantar makanan seluruh Malaysia yang telah bertungkus-lumus terutama sekali sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. McDonald’s Malaysia ingin belanja makan penghantar makanan sebagai tanda penghargaan mereka selama ini.


Dengan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju, McDonald’s Malaysia telah membelanja seramai 65,000 penghantar makanan di seluruh negara. Jasa para penghantar makanan ini dipandang tinggi sehingga boleh dipanggil frontliners kerana mereka juga antara barisan hadapan dalam menjalankan kerja harian mereka.

McDonald’s Malaysia Bagi Makanan Percuma kepada 65,000 Rider Sempena #LekLuMcDBelanja

“Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar.” Kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Betul sangat! Aku baru-baru ini ada menggunakan khidmat rider untuk beli makanan, apabila sampai saja kat rumah agak terkejut juga sebab dia datang dengan naik basikal sahaja. Apabila aku tanya, ‘dah makan tak? Katanya belum lagi sebab banyak sangat order’. 

Oleh itu, korang kalau pesan makanan jangan marah kalau makanan tu lambat sampai. Cuba untuk bersikap toleransi dan memahami juga. Kalau mampu berilah sedekah lebih untuk mereka. Pasti mereka happy!

McDonald’s Malaysia Bagi Makanan Percuma kepada 65,000 Rider Sempena #LekLuMcDBelanja

McDonald’s hargai penghantar makanan Malaysia

Dengan Kempen #LekLuMcDBelanja ini menunjukkan betapa pihak McDonald’s sangat menghargai para riders kita. 

Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia berkata “Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.”

“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa rehat untuk makan.” tambah beliau.

Apa Respon Riders Tentang Kempen LekLuMcDBelanja

Roslina Talhad, salah satu penghantar makanan McDelivery turut serta memberikan sedikit kata. Ibu kepada lima anak ini perlu bekerja demi mendapatkan pendapatan untuk kegunaan keluarga. Suaminya pula tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik ini.

“Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.”

Walaupun mereka mempunyai kekangan dari segi cuaca dan penat semasa menjalankan tugas, mereka tetap menjalankan tugas mereka dengan baik dan berusaha untuk memastikan makanan sampai dengan cepat dan selamat.

William Quah, yang telah bekerja sebagai penghantar makanan untuk McDonal’s selama dua tahun mengatakan,

“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.” 
“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.” tambah William.

Melalui kempen ini, semua penghantar makanan termasuk FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) layak untuk menerima dan menjamu set hidangan percuma dari McDonald’s Malaysia! Set hidangan yang diberikan ialah Quarter Pounder dengan Keju.

McDonald’s Malaysia Bagi Makanan Percuma kepada 65,000 Rider Sempena #LekLuMcDBelanja

Kita sering lihat pelajar yang bekerja sambil belajar. Baru-baru ini, ada viral video penghantar makanan FoodPanda yang sempat mengikuti kelas secara Zoom walaupun sedang bekerja sebagai riders. 

Video yang dirakam itu telah banyak mendapat pujian dan komen baik dari netizen. Dalam kesibukan mencari nafkah, bukan penghalang untuk meneruskan pelajaran.

Seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah univerisiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian.

Mohamad Azyhan Musa, berkata “Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.”

Kempen seperti ini sememangnya dapat meningkatkan lagi nama baik McDonald’s Malaysia. ini bukan kempen pertama yang mereka pernah laksanakan. Masih banyak lagi kempen-kempen lain yang telah dibuat dengan tujuan untuk membantu negara dan orang ramai.

Kempen ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dimana semua penghantar makanan boleh menebus set hidangan itu di restoran McDonald’s seluruh negara. 

Kalau nak kongsikan gambar atau video bersama mereka di laman sosial, jangan lupa tag #RiderKu #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider

McDonald’s Malaysia Taja Makanan Untuk Hospital Sungai Buloh Sebagai Tanda Sokongan & Penghargaan

Sejak dari awal berlaku pandemik di negara ini, kita dapat melihat sebenarnya petugas barisan hadapan sudah penat, tetapi mereka masih gagahi demi menyelamatkan nyawa pesakit yang dijangkiti Covid-19 

Menyedari kesukaran yang dihadapi barisan petugas hospital ketika ini, lebih daripada 10,000 pek makanan telah ditaja ke Hospital Sungai Buloh sejak pandemik melanda negara Malaysia. Sebagai tanda sokongan dan penghargaan dari McDonald's Malaysia kepada petugas barisan hadapan kesihatan dalam memastikan warga Malaysia selamat sewaktu pandemik.

McDonald’s Malaysia Taja Makanan Untuk Hospital Sungai Buloh

Restoran khidmat segera atau quick service restaurant itu terus menerus menyalurkan tajaan makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan kesihatan di Hospital Sungai Buloh. McDonald’s Malaysia bergiat aktif menyumbang makanan sejak daripada awal PKP pada Mac tahun lau.

Hospital Sungai Buloh dapat tajaan makanan McDonald’s

Hospital Sungai Buloh merupakan pusat rawatan utama pesakit-pesakit yang dijangkiti Covid-19. Petugas-petugasnya juga amat sibuk dalam menjaga dan merawat pesakit Covid-19 yang semakin hari semakin bertambah.

Menjadi antara hospital pertama yang menerima tajaan daripada McDonald's sejak pandemik melanda negara, Hospital Sungai Buloh telah menerima lebih daripada 10,000 tajaan makanan kepada petugas-petugasnya.

McDonald’s Malaysia Taja Makanan Untuk Hospital Sungai Buloh

McDonald's Malaysia hantar makanan ke Hospital Sungai Buloh.

Kesinambungan daripada kempen sebelum ini yang telah disambung semula pada awal bulan Mei, baru-baru ini McDonald's telah menaja 300 pek makanan sekerap tiga kali seminggu di samping memastikan standard operating procedure (SOP) dipatuhi sepanjang penghantaran makanan ke hospital itu.

Dengan lebih daripada 70 buah hospital telah mendapat manfaat daripada tajaan ini, McDonald's Malaysia terus komited memainkan peranan dalam menyokong usaha pemulihan negara daripada pandemik Covid-19.

Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur berkata, "Sebagai pusat rawatan utama pesakit Covid-19, petugas kesihatan kami di Hospital Sungai Buloh menjalankan tugas tanpa mengira masa dalam menjaga dan memenuhi keperluan pesakit-pesakit kami".

Sebagai wakil hospital, Dr Kuldip Kaur telah menerima bekalan makanan yang telah ditaja oleh pihak McDonald's. "Kami bersyukur atas usaha bermakna daripada pihak McDonald's Malaysia sejak dari PKP pertama pada Mac tahun lalu. Usaha ini telah membantu ringankan beban para petugas kesihatan kami dan membangkitkan semangat serta menceriakan hari-hari mereka". tambah beliau.

McDonald's Malaysia hargai frontliners Hospital Sungai Buloh

Hospital Sungai Buloh merupakan hospital pertama menerima sumbangan daripada McDonald's sejak awal pandemik Covid-19 melanda Malaysia. Ketika negara menghadapi waktu yang sukar, kami terus berterima kasih kepada hero kita para petugas barisan hadapan yang sentiasa memastikan keselematan kita semua. Kami akan terus menyokong melalui inisiatif ini sepanjang situasi pandemik  agar kami dapat santuni lebih ramai lagi petugas barisan hadapan". kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia.

McDonald’s Malaysia Taja Makanan Untuk Hospital Sungai Buloh

#KitaBoleh

McDonald's Malaysia adalah salah sebuah syarikat di Malaysia yang aktif dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Kempen #KitaBoleh merupakan salah satu usaha mereka dalam mengajak rakyat Malaysia berganding bahu dalam melawan penularan wabak Covid-19. 

Inisiatif #KitaBoleh ini juga adalah kesinambungan daripada inisiatif #KitaBoleh sebelum ini yang telah dimulakan sejak PKP yang pertama lagi pada Mac tahun yang lalu.

Konsep #KitaBoleh yang telah dimulakan oleh pihak McDonald's Malaysia sendiri melalui platform sosial media mereka. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan semangat seluruh Malaysia agar bersatu padu dan terus kuat dalam menghadapi waktu yang sukar ini. 

#KitaBoleh juga merupakan panggilan buat seluruh rakyat Malaysia dalam mengkhabarkan keberanian para petugas barisan hadapan yang tanpa mengenal erti lelah terus melawan penularan pandemik Covid-19.

McDonald’s Malaysia Taja Makanan Untuk Hospital Sungai Buloh

Pada ketika ini, ramai yang terkesan disebabkan oleh PKP dan kes Covid-19 yang meningkat saban hari. Dengan kes yang meningkat pastinya frontliner kita dah penat dan tak cukup tangan.

Kita perlu mengambil berat dan mempunyai kesedaran tentang risiko jangkitan Covid-19 ini. Hal ini bukan sahaja bantu meringankan beban frontliners malah membantu negara kita untuk turunkan angka kes harian. Doakan agar frontliners kita dilindungi dan dikurniakan kekuatan oleh Allah Subhana
Wa Ta’ala dalam melaksanakan tugasan mereka

Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald's Malaysia, boleh layari Facebook
McDonald's Malaysia di www.facebook.com/My.McDonalds/

McDonald's Malaysia Menunjukkan Penghargaan kepada Frontliner Perubatan melalui Kempen #KitaBoleh

McDonald's Malaysia Menunjukkan Penghargaan kepada Frontliner Perubatan

McDonald's Malaysia Menunjukkan Penghargaan kepada Frontliner Perubatan melalui Kempen #KitaBoleh

McDonald’s Malaysia baru-baru ini penghantaran makanan kepada lebih 70 buah hospital yang merawat pesakit COVID-19 di seluruh negara, yang menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan (frontliners).

Kempen ini merupakan salah satu usaha terbaru dari McDonald’s Malaysia. Ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh di seluruh negara, yang dimulakan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama tahun lalu.

"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap kehidupan selama wabak ini," kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

Kita sendiri sedia maklum dengan suasana di hospital yang merawat pesakit Covid-19 melalui berita-berita harian. Mereka semua memainkan peranan yang sangat penting sejak berlakunya penularan penyakit ini.

McDonald's Malaysia Menunjukkan Penghargaan kepada Frontliner Perubatan melalui Kempen #KitaBoleh

Usaha para frontliner sudah sewajarnya dihargai dan dipuji. Tanpa mereka, sudah pasti Negara akan menjadi semakin nazak dalam mengharungi penularan penyakit Covid-19 ini. 

Sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah melakukan sidang video bersama petugas kesihatan Hospital Sungai Buloh di Bangunan Perdana Putra. 

Dalam sidang video tersebut Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata “Mereka bersama ribuan petugas di seluruh negara adalah wira negara. Wira yang tak didendang. ‘Unsung heroes’ yang bekerja keras sejak dari awal wabak ini dikesan. Saya sampaikan kepada mereka yang dunia kini mengiktiraf keupayaan negara dalam menangani penularan COVID-19. Ini semua adalah kerana peranan yang dimainkan mereka dan semua barisan hadapan dalam menjayakan langkah yang diambil kerajaan. Kita adalah antara yang terbaik di dunia! Terima kasih kepada semua ahli keluarga mereka kerana memahami dan merestui para ‘frontliners’ bertugas.Pengorbanan mereka cukup besar dan tidak ternilai harganya.” - Berita Harian

Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah berkali-kali merakamkan perhargaan kepada para petugas barisan hadapan yang sudah bertungkus lumus dalam menangani penyakit ini. Mereka sanggup mengambil risiko tinggi untuk berjuang bersama-sama demi kebaikan Negara. Hal ini sudah cukup untuk membuat mereka disayangi dan dihargai oleh semua orang. 

McDonald’s Malaysia, yang turut serta membantu para frontliners telah memulakan seruan #KitaBoleh dengan tujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa sukar. 

"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa mencuba ini adalah ketekunan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir.

Sejak 11 Mac 2020 iaitu sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), McDonald’s Malaysia merupakan salah satu organisasi terawal yang bangkit memberikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan. 

Seiring dengan usaha petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam mengawal dan merawat pesakit Covid-19 ini, McDonald’s Malaysia juga turut serta dalam menyumbangkan pertolongan dari segi penghantaran makanan.

McDonald's Malaysia Menunjukkan Penghargaan kepada Frontliner Perubatan melalui Kempen #KitaBoleh

Panggilan #KitaBoleh McDonald’s juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahukan keberanian diam para barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak tersebut. Sejak bermulanya MCO ini, McDonald’s turut serta membantu frontliner dengan menaja makanan ke lebih 70 buah hospital yang merawat pesakit-pesakit COVID-19.

Semua individu juga perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk menangani penularan penyakit Covid-19 ini. Setiap arahan dan nasihat daripada kerajaan perlu dipatuhi terutama dari kebersihan diri masing-masing dan pengamalan penjarakan sosial.

Azmir juga turut mengenali pasukan restoran yang telah bertugas untuk menghantar makanan ke hospital, dan hasilnya meletakkan senyuman di wajah para petugas barisan hadapan di hospital.

Inisiatif ini sekaligus menunjukkan keprihatinan McDonald’s Malaysia untuk menyumbangkan pertolongan dari aspek pemakanan selain mengetengahkan pengorbanan semua frontliner yang sudah berjuang untuk bekerja di hospital.

“Sorakan hebat diberikan kepada pasukan restoran McDonald’s yang telah terlibat dengan hospital, dan memastikan agar barisan perubatan mendapat makanan kegemaran mereka” kata Azmir.

Para frontliners juga masih berjuang untuk menangani penyakit ini. Jika semua pihak mengambil langkah untuk mengikut nasihat daripada kerajaan, pastinya penyakit ini dapat dikurangkan. Untuk maklumat terkini mengenai McDonald’s Malaysia, sila lawati www.facebook.com/My.McDonalds/

Cikgu Ling Fong Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Mencadangkan Shadow Theatre untuk Membentangkan Hasil Kerja Pelajar

Tahniah aku ucapkan kepada semua 25 pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 ni. Memang tak dinafikan semua 4,000 guru yang telah dicalonkan untuk anugerah ini memang luar biasa dan hebat-hebat belaka. Jasa mereka tidak ternilai jika dibandingkan dengan wang ringgit.

Sebelum ini aku ada ceritakan tentang 3 orang guru hebat yang telah dicalonkan untuk AGI2021 ini iaitu Cikgu Eva, guru yang ingin mewujudkan STEM Centre di SK Sipinong Sabah, sekolah yang terletak di dalam pulau.

Cikgu Mohd Hasnizan, guru yang digelar ayahanda di kalangan pelajar serta guru di SMA MAIWPL, Labuan kerana banyak peristiwa menyentuh hati terhadap bantuan yang disalurkan dari segi kewangan, inspirasi serta motivasi oleh beliau.

Cikgu Dahlia yang merupakan cikgu pra-sekolah di SK Kaingaran Tambunan yang terletak di pedalaman yang tidak mengeluh, malah bersemangat hadir dan mengajar murid-murid walaupun majoriti setiap hari kehadiran murid-murid kurang daripada 10 orang!

Rezeki berpihak kepada Cikgu Mohd Hasnizan kerana pada 31 Mei yang lepas, pihak McDonald’s telah mengumumkan bahawa Cikgu Mohd Hasnizan merupakan salah seorang daripada 25 orang guru yang menerima anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021. Tahniah Cikgu Mohd Hasnizan!

Seorang lagi penerima AGI2021 yang aku nak ceritakan di sini ialah Cikgu Ling Fong, guru di SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah. Di sini aku kongsikan kisah Cikgu Ling Fong yang sangat aku kagum dengan semangatnya kerana pada awalnya, beliau bukanlah seorang guru yang berlatarbelakangkan guru pendidikan khas.

Cikgu Ling Fong Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021

McDonald’s Mengumumkan Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021!

Pada 31 Mei 2021 yang lalu, McDonald's Malaysia mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi 2021, bersempena dengan sambutan Hari Guru Kebangsaan pada tahun ini. Anugerah edisi kelima ini menerima lebih daripada 4,000 pencalonan dari seluruh rakyat Malaysia yang bermula dari 2 April sehingga 18 April 2021. Daripada pencalonan yang menonjolkan guru luar biasa di seluruh negara ini, 25 guru dipilih sebagai penerima anugerah.

Penerima anugerah dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada wakil dari McDonald's, Kementerian Pendidikan dan media. Kriteria pemilihan dalam mengenalpasti guru yang dipilih termasuklah meningkatkan prestasi akademik para pelajar, menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan berfikir di luar kotak, melaksanakan kerja yang diluar daripada tugas untuk membantu pelajar dan perubahan positif pelajar kesan daripada pengajaran dan pembelajaran oleh guru terhadap pelajar.

Setiap daripada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 menerima hadiah wang tunai RM5,000, trofi dan sijil pengiktirafan, sementara pencalon guru tersebut menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.

Belajar Bahasa Isyarat Demi Anak Murid

Cikgu Ling Fong merupakan seorang guru yang berkelulusan dalam jurusan ekonomi. Cikgu Ling Fong bukanlah seorang guru yang berlatarbelakangkan guru pendidikan khas. Beliau tiada pengalaman mengajar pelajar-pelajar khas.

Disebabkan kegagalan penempatan akibat tiada kekosongan untuk guru ekonomi, Cikgu Ling Fing ditawarkan untuk mengajar pelajar pendidikan khas.

"Saya kagum dengan guru saya di mana dia datang ke sekolah ini tanpa kemahiran untuk berkomunikasi dalam bahasa isyarat tetapi telah berjuang untuk menguasai bahasa isyarat setelah 6 bulan berkhidmat," kata bekas pelajarnya, Jesnih.

Sumbangan dan Pencapaian Semasa Dalam Perkhidmatan

Peringkat Antarabangsa / Kebangsaan

• Pembentang Peringkat Negeri Sabah - Pencalonan Anugerah Princess Maha Cakri.
• Pertandingan International Young Scientist Innovation.
• Pingat Emas dan Perak Pertandingan Pencipta Inovasi.
• Pingat Emas dan anugerah khas Pertandingan International Young Scientist Innovation.
• Pertandingan Special Education International Conference.
• Sumbangan bahan pembelajaran subjek Matematik 'Ungkapan Algebra'.
• Sumbangan bahan pembelajaran subjek Matematik 'Kadaran'.
• Pertandingan Reka Cipta Poster UNITAR.

Peringkat Negeri / Daerah

• Membina Google Sites Pengajaran dan Pembelajaran Alternatif.
• Penceramah "Project Base Learning & Teknik Penulisan Modul".
• Kursus Bahasa Isyarat Bersama Persaruan Remaja Sda Kota Belud.
• Pertandingan Inovasi Dalam Pendidikan Sabah.
• Bengkel Sabah ICT Challenge.
• Penyelaras Program GForce PT3 & SPM.
• Peserta Peningkatan Bahasa Isyarat Malaysia.
• Penyelaras Program Outreach.
• Program ICT.
• Penceramah dalam Rancangan Pengajaran Individu - Jemputan sekolah-sekolah.
• Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif.

Peringkat Institusi / Sekolah

• Program GForce
• Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Penglibatan Cikgu Ling Fong Dalam Kokurikulum

Peringkat Antarabangsa / Kebangsaan

• Pertandingan Mysce - Pingat Emas Anugerah Khas
• Jurulatih Pertandingan Robocon Malaysia Junior Workshop - Johan

Peringkat Negeri / Daerah

• Pertandingan Ekad Hari Guru - Johan
• Iceaf Kdca - Pingat Emas
• Pertandingan melukis sketch gaya street (Pam) - Naib Johan

Peringkat Institusi / Sekolah

• Panji Lestari - Naib Johan


Cikgu Ling Fong Mencadangkan "Shadow Theatre" untuk Membentangkan Hasil Kerja Pelajar

Cikgu Ling Fong merupakan seorang guru yang peramah dan pandai bergaul dengan pelajar. Beliau tidak segan untuk belajar bahasa isyarat dengan para pelajarnya.

"Saya berasa sangat terinspirasi dengan Cikgu Ling Fong. Pada kami beliau sangat istimewa kerana beliau sentiasa memberi sokongan dan percaya bahawa kami boleh," kata Jesnih.

Semasa pertandingan membuat poster yang dianjurkan oleh UNITAR, pelajar dari SMK Datuk Peter Mojuntin yang dikelolakan oleh Cikgu Ling Fong menjadi Johan dalam pertandingan tersebut di peringkat negeri Sabah. Pelajar sekolah ini terpilih untuk mewakili UNITAR Sabah bertanding di Peringkat Nasional. SMK Datuk Peter Mojuntin mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

"Apa yang menggembirakan kami bukanlah pingat atau hadiah yang kami menangi tetapi kepercayaan yang diberikan olehnya," kata Jesnih.

Salah satu syarat pertandingan adalah pelajar dikehendaki membuat pembentangan untuk hasil poster. Pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin merupakan satu-satunya kumpulan peserta yang terdiri daripada pelajar khas. Cikgu Ling Fong memberitahu bahawa dia tidak dapat membantu menjadi penterjemah bahasa isyarat dan pelajarnya perlu yakin pada diri sendiri.

Cikgu Ling Fong mencadangkan untuk menghasilkan rakaman video "Shadow Theatre" untuk melakukan pembentangan poster tersebut. Pembentangan pelajar berjaya meyakinkan para juri dan mendapat pujian daripada banyak pihak.

"Memang kami tidak menyangka bahawa kecacatan kami sebenarnya merupakan kekuatan bagi kami. 'Shadow Theatre' adalah usaha cikgu, di mana beliau mendapat inspirasi daripada menonton rancangan televisyen 'British Got Talent'. 'Shadow Theatre' yang dipersembahkan tidak menggunakan suara tetapi berjaya memikat hati dan perasaan penonton," sambung Jesnih lagi.

Menubuhkan Kumpulan "Shadow Theatre" di Sekolah

Sejurus daripada pertandingan itu, Cikgu Ling Fong telah menubuhkan sekumpulan pelakon "Shadow Theatre" yang terdiri daripada murid pekak. Cikgu Ling Fong telah mendapat peruntukan untuk membeli LCD yang bertindak sebagai sumber cahaya dari belakang tabir dan kain putih dijahit untuk mendapatkan skrin mengikut ukuran yang diperlukan. 

Setiap posisi pergerakan untuk membentuk bentuk bayangan yang diingini, Cikgu Ling Fong mengkaji bersama-sama dengan pelajar dan hadir ke sekolah pada waktu malam untuk melakukan latihan bersama. Hasilnya, kumpulan "Shadow Theatre" SMK Datuk Peter Mojuntin selalu menerima undangan dari kerajaan dan NGO untuk membuat persembahan.

Membawa Pelajar Khas Melihat Dunia Luar Melalui Program "Deaf-Jam"

Cikgu Ling Fong mendorong pelajarnya supaya melihat dunia luar. Satu pengalaman yang paling menggembirakan kepada pelajarnya kerana dapat menaiki kapal terbang ke Semenanjung Malaysia. Bukan sahaja untuk bertanding tetapi Cikgu Ling Fong juga membawa pelajarnya melawat di sana apabila ada waktu senggang. Cikgu Ling Fong tidak pernah kedekut untuk belanja dan menghabiskan masa dengan pelajarnya.

Selain itu, beliau juga membawa pelajarnya ke program "Deaf-Jam" untuk melatih meningkatkan keyakinan diri. Program ini merupakan program persembahan lagu menggunakan bahasa isyarat, puisi dan juga bengkel bahasa isyarat bersama-sama orang ramai di tempat awam seperti hotel, sekolah, pantai atau pusat membeli-belah. Dengan adanya program seperti ini, masyarakat berpeluang mengenali mereka, bahasa isyarat dan juga merapatkan silaturrahim. Pada masa yang sama, dapat melatih sifat kepimpinan mereka.

Cikgu Ling Fong Menjadi Youtuber Ketika Musim Pandemik Covid-19

Akibat Pandemik Covid-19, semua sekolah terpaksa ditutup termasuklah SMK datuk Peter Mojuntin. Semua pelajaran dilaksanakan secara PDPR di mana belajar secara online. Bagi pelajar kurang upaya yang menpunyai masalah pendengaran, melaksanakan PdPR adalah sukar kerana pelajar belajar secara visual.

Cikgu Ling Fong yang kreatif sentiasa mencari penyelesaian kepada masalah tersebut dan menjadi sebagai youtuber dengan merakam dirinya mengajar menggunakan isyarat untuk membuat penerangan dan menghantar rakaman video kepada setiap pelajar. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan penggunaan data pelajar dan memudahkan pelajar memuat turun video tersebut. Tidak terhad setakat itu sahaja, beliau juga menyedikan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk power point, papan hitam, perakam dan sebagainya.

She Makes Our Disability To Ability - Jesnih

"Kadang kala, Cikgu Ling Fong mengorbankan waktu rehat dan masa percutiannya untuk membantu kami menyiapkan tugasan. Beliau dihormati bukan kerana ketegasannya sahaja malahan karakternya yang seperti seorang rakan kawan dan boleh bergurau dengan kami. Apa yang paling penting adalah "She makes our disability to ability," kata Jesnih.

Cikgu Ling Fong telah dianugerahkan sebagai Guru Cemerlang pada tahun 2011 dan 2019. Beliau juga mendapat anugerah sebagai Guru Pendidikan Khas Cemerlang di Peringkat Daerah pada tahun 2019 dan Guru Pendidikan Khas Tokoh di Peringkat Negeri pada tahun 2020.

Aku yang bukan anak muridnya pon merasa terharu menonton video yang dibuat khas untuk Cikgu Ling Fong oleh bekas pelajarnya, Jesnih.

Kisah Inspirasi 25 Pemenang Guru Inspirasi McDonalds 2021 yang Mengujakan!

Korang boleh baca semua kisah inspirasi 25 pemenang guru inspirasi di sini :

Video Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021) :


Sekali lagi aku ucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021. Tahniah juga kepada semua guru-guru yang dicalonkan untuk AGI2021. Semua jasa dan semangat guru-guru mendidik pelajar-pelajar mereka akan dikenang sampai bila-bila.

#AnugerahGuruInspirasiMcDonalds2021
#AnugerahGuruInspirasi2021
#AnugerahGuruInspirasiMcD
#HariGuruMcD
#TerimaKasihCikgu
#CikguLuarBiasa

Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 | Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman

Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 : Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman | Dah baca kisah inspirasi dua orang guru iaitu Cikgu Eva dan Cikgu Mohd Hasnizan yang aku kongsikan sebelum ini yang telah dicalonkan untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021? 

Kisah yang aku rasa sangat menyentuh hati dan memberikan inspirasi kepada guru-guru yang lain. Kisah calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 pada kali ini yang aku nak kongsikan adalah mengenai seorang guru pra sekolah iaitu Cikgu Dahlia. 

AnugeCabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman

Jika nak dibandingkan kisah di antara Cikgu Dahlia dengan Cikgu Eva dan Cikgu Mohd Hasnizan, pengalaman Cikgu Dahlia agak berbeza sedikit cabarannya kerana Cikgu Dahlia merupakan seorang guru pra sekolah SK Kaingaran Tambunan, Sabah yang terletak di pedalaman.

Latar Belakang Cikgu Dahlia

Nama penuh Cikgu Dahlia ialah Dahlia binti Ali. Cikgu Dahlia dilahirkan pada 22 Disember 1993. Usia Cikgu Dahlia sudah mencecah 28 tahun pada tahun ini. Cikgu Dahlia mempunyai kakak kembar iaitu Rahimah binti Ali Berasal dari Kampung Pantai Sipitang, tapi menetap di Kampung Laut Kinarut Papar. Cikgu Dahlia merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik..

Pendidikan Awal Sebelum Bergelar Guru

Cikgu Dahlia mendapat pendidikan awal di SK Pekan Putatan semasa beliau di sekolah rendah. Kemudian, beliau melanjutkan pelajarannya di SMKA Tun Dato Mustapha semasa di peringkat sekolah menengah. Cikgu Dahlia menyambung pengajiannya di Maktab Perguruan Keningau. Di sana beliau mengambil jurusan pra sekolah. Dan kini beliau mengajar dalam pendidikan Prasekolah.

"Sejurus tamat  pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, ambilan pada tahun kami  terus dipanggil untuk panggilan interim atas sebab pada tahun tersbut (2017) ramai guru memohon untuk pindah dan terlalu banyak kekosongan. Saya ditempatkan di kawasan sekolah pedalaman iaitu Sk Kaingaran, Tambunan dan menjalani perkhidmatan sebagai guru interim selama 4 bulan. Pada 2 Mei 2017, saya diserap semula menjadi guru tetap di sekolah yang sama sehinggalah ke hari ini." Kata Cikgu Dahlia semasa sesi interview bersama beliau dijalankan. 

Pencapaian Sepanjang Bergelar Guru Prasekolah
  • Tempat ke-5 individu dalam kejohanan catur PSKPP peringkat bahagian 2017
  • Menjadi juru utama daerah tambunan bagi standard kualiti pendidikan kebangsaan (2018)
  • Johan (kumpulan) kejohanan bola jaring PSKPP peringkat bahagian.

Aktiviti Yang Dijalankan di SK Kaingaran Tambunan

Program Sambutan Hari Jadi Murid SK Kaingaran Tambunan
Program Sambutan Hari Jadi Murid

Anugerah Guru Inspirasi McD 2021
Proram 3 dalam 1, Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan dan Hari Jadi Prasekolah 
Peringkat Sekolah

Penyampaian sijil tamat prasekolah peringkat daerah
Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah Peringkat Daerah

Sambutan Hari Sukan Sekolah

Lawatan sambil belajar murid dan ibu bapa prasekolah
Lawatan sambil belajar murid dan ibu bapa prasekolah


Rintangan yang Terpaksa Ditempuhi Ketika Menjadi Guru Pra Sekolah Di Pedalaman

Cikgu Dahlia telah mempunyai pengalaman mengajar menjadi seorang guru pra sekolah lebih kurang 5 tahun di SK Kaingaran Tambunan, Sabah.

Setiap hari Cikgu Dahlia akan berulang alik memandu kenderaannya sendiri dari rumah sewa ke sekolah. Perjalanan dari rumah sewa ke sekolah mengambil masa yang agak lama untuk tiba. Setiap kali memandu ke sekolah, Cikgu Dahlia terpaksa mengharungi jalan yang berlumpur dan berbatu. Liputan telekomunikasi di kawasan sekolah pon tidak begitu bagus, sekejap ada sekejap tiada.

"Rintangan paling mencabar yang pernah saya lalui apabila pertama kali saya dilantik sebagai guru interim. Pada ketika itu, saya menggantikan guru prsekolah yang telah diluluskan perpindahan beliau. cabaran dirasai apabila murid yang diajar beliau cuma sempat bersama saya selama setahun..dalam masa setahun itulah,saya perlu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap murid. dalam masa itu juga, saya didedahkan dan dilantik dengan tugas baru selain daripada guru prasekolah seperti setiausaha, guru pembimbing sukan dan sebagainya. pada ketika itu, cabaran tersebut merupakan cabaran yang sangat besar terutamanya bagi guru baharu". Kata Cikgu Dahlia.

Selain itu beliau juga menambah "Rintangan kedua adalah laluan kesekolah terutamanya ketika hujan yang mana kadangkala berlaku tanah runtuh, jalan tanah terlalu licin yang menghalang guru ke sekolah.. Tambahan lagi dengan keadaan jalan yang dahulunya batu-batu tajam yang boleh menyebabkan tayar kereta pancit. Tapi rintangan tersebut tidak pernah melunturkan semangat saya untuk pergi ke sekolah."

Tak dinafikan, menjadi seorang guru pra sekolah, agak mencabar. Cikgu-cikgu perlu menghadapi kerenah murid-murid yang berumur 5 dan 6 tahun. Tambahan pula, Cikgu Dahlia merupakan cikgu pra sekolah di sekolah pedalaman, situasinya amatlah mencabar.

Di SK Kaingaran Tambunan, kadangkala murid-murid yang hadir ke sekolah kurang daripada 10 orang sehari. Disebabkan semangat yang ada dalam diri untuk mendidik, Cikgu Dahlia sentiasa melakukan yang terbaik untuk anak muridnya walaupun jumlah murid yang hadir tidak ramai.

"Saya mencalonkan adik kembar saya sendiri untuk mendapat anugerah inspirasi ini, kerana adik saya seorang wanita yang berani dan cekal walaupun sebagai seorang wanita yang kudratnya tidak sekuat lelaki tapi mampu mengharungi perjalanan setiap hari ke sekolah dengan memandu kenderaan pacuan 4 roda sendiri dengan dugaan tayar pancit dan sebagainya," kata kakak kembarnya, Rahimah.

Cabaran yang Dihadapi Sepanjang Sebagai Guru di Pra Sekolah

Menjadi seorang guru pra sekolah bukanlah mudah seperti yang disangka. Aku percaya, kalau orang luar yang melihat kerjaya sebagai seorang cikgu pra sekolah ni mudah. Hanya ajar anak-anak murid apa itu A, B, C dan 1,2,3. Apalah sangatkan? Tapi, sebenarnya tanggungjawab cikgu pra sekolah ini lagi meluas.

Antara cabaran yang dihadapi sepanjang menjadi guru di SK Kaingaran Tambunan ialah masalah untuk mengakses internet dan kekurangan bahan mengajar. 

Beliau berkata "Saya sukar mencari maklumat secara pantas untuk dapatan pembelajaran murid. kekangan ini menjadi lebih sukar apabila murid- murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah yang mana menyukarkan lagi guru untuk berhubung dengan ibubapa dan murid-murid apatah lagi memberi tugasan. Memandangkan sekolah saya merupakan salah satu sekolah jenis pedalaman dan jauh dari bandar, sedikit sebanyak boleh menganggu proses pdp apabila bahan yang disediakan disekolah tidak cukup dan kurang sesuai untuk jangka masa lama. (mudah rosak)."

Tanpa guru pra sekolah, anak-anak tak kenal A, B, C dan 1, 2 ,3. Bagaimana hendak membaca dan mengira kalau tiada asas ini kan? Aku juga percaya, kerjaya sebagai cikgu pra sekolah bukan sekadar menjadi "guru" malahan menjadi seperti seorang ibu kepada anak-anak ini. Cikgu pra sekolah perlu melayan kerenah anak-anak yang menangis, perlu memujuk murid-murid, menguruskan urusan tandas dan pelbagai lagi situasi yang dihadapi oleh cikgu pra sekolah.

Strategi dan inisiatif yang dilakukan oleh cikgu untuk menarik minat murid datang ke sekolah/belajar.

"Saya mengaplikasikan beberapa program untuk menarik minat murid ke sekolah. salah satu daripadanya adalah sistem token. bintang kecil akan diberi kepada setiap hari bagi murid yang hadir. ianya dikumpul dan akan diberikan hadiah pada setiap bulan. semua murid tetap akan mendapat hadiah biarpun kehadiran cuma sedikit supaya dapat menarik lagi minat murid untuk terus hadir ke sekolah. Selain itu, saya juga sedaya upaya menyediakan bahan pdp yang melibatkan pelbagai aktiviti seperti seni,  kraftangan dan aktiviti kendiri dalam masa sama boleh menerapkan kemahiran 3M agar murid tidak bosan". Kata Cikgu Dahlia

Tugas seorang cikgu pra sekolah bukan hanya sekadar mengajar. Cikgu Dahlia setiap hari perlu berfikir tentang modul dan pelajaran yang harus diajar untuk kanak-kanak yang masih kecil ini dan yang baru mula pandai mengenal huruf dan membaca. Bukan senang hendak tarik perhatian supaya anak-anak ini untuk belajar dan memberikan tumpuan di dalam kelas. Cikgu Dahlia perlu sentiasa memikirkan idea yang kreatif supaya anak-anak ini minat untuk belajar.

"Saya hormat terhadap cikgu-cikgu yang bekerja sebagai cikgu kerana tahap kesabaran mereka sangatlah tinggi. Begitu jugalah dengan semangat yang ada pada Cikgu Dahlia Ali yang sentiasa berusaha untuk memberi ilmu kepada anak didiknya," kata Rahimah.

"Semoga ada rezeki buat adik kembar saya dan berharap pihak McDonalds dapat membuat lawatan ke pra sekolah SK Kaingaran Tambunan dan merasai sendiri pengalaman bagaimana hendak menyusuri perjalanan ke sekolah tersebut," kata Rahimah lagi.

Impian dan harapan Cikgu Dahlia hanya ingin melihat anak muridnya berjaya & tidak ketinggalan dalam pendidikan.

"Impian dan harapan utama saya pada masa akan datang adalah melihat anak-anak murid saya berjaya dan tidak ketinggalan dalam pendidikan. juteru, saya berharap pihak yang berkenaan dan terlibat bolehlah membantu untuk menaikkan lagi taraf kualiti pendidikan bagi kawasan pedalaman dan luar bandar iaitu dengan menambahbaik akses internet agar jurang capaian pendidikan sama rata antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan sepertimana yang di nyatakan dalam 5 aspirasi pendidikan yang mana salah satunya adalah ekuiti" Kata Cikgu Dahlia. Begitulah besarnya harapan beliau untuk melihat anak muridnya mendapat pendidikan yang sama seperti di luar bandar. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 (AGI 2021)

Anugerah Guru Inspirasi McDonalds (AGI 2021) tahun ini merupakan anugerah tahun yang kelima yang telah dilaksanakan oleh pihak McDonalds Malaysia. Anugerah ini diwujudkan bagi menghargai jasa-jasa guru yang senitiasa bersemangat dan berdedikasi membimbing anak-anak murid.

Untuk AGI 2021 ini, seramai 25 orang guru yang dipilih daripada ribuan pencalonan yang diterima. Guru yang memenangi anugerah ini akan menerima wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.


#AnugerahGuruInspirasiMcDonalds2021 
 #AnugerahGuruInspirasi2021 
 #HariGuruMcD 
#TerimaKasihCikgu 
#CikguLuarBiasa


Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 Kisah Cikgu Mohd Hasnizan Menyentuh Hati Guru dan Pelajar

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan Menyentuh Hati Guru dan Pelajar Apabila Membelanjakan Duitnya Sendiri Berjumlah RM6,000 Membeli Tiket Peserta Pertandingan Majlis Tadarus Al Quran yang Terlepas Penerbangan! | Sebelum ini aku ada kongsikan mengenai kisah calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 iaitu Cikgu Eva yang menyatakan hasratnya untuk mewujudkan STEM Centre di SK Sipinong supaya pelajar di pulau tidak ketinggalan dalam kepesatan teknologi. 

Lain pula dengan kisah Cikgu Mohd Hasnizan dari Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (SMA MAIWPL) yang digelar "Ayahanda" di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah ini. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan

Kali ini aku nak kongsikan kisah Cikgu Mohd Hasnizan menyentuh hati guru dan pelajar apabila membelanjakan duitnya sendiri berjumlah RM6,000 membeli tiket peserta Pertandingan Majlis Tadarus Al Quran yang terlepas penerbangan! 

"Banyak kekangan dan rintangan semasa mengajar termasuklah isu pelajar yang kurang menguasai sesuatu topik, gangguan kesihatan di kalangan pelajar, kekangan masa untuk menghabiskan silibus, gangguan ancaman pandemik Covid-19, kekangan pelbagai kehadiran mesyuarat dalam dan luar sekolah, jemputan pelbagai program dan aktiviti di dalam dan luar sekolah, tugasan segera arahan pihak atasan, pelbagai permasalahan pembelajaran secara Pdpr secara online, permasalahan talian internet yang sentiasa tidak stabil dan lain-lain." kata Cikgu Mohd Hasnizan.

Latar Belakang Cikgu Mohd Hasnizan

Guru yang memberi sumber inspirasi ini dilahirkan pada hari Khamis jam 10.00 malam bertarikh 8 Julai 1976. Beliau telah selamat dilahirkan di Hospital Kajang. Sepanjang beliau membesar, beliau diberikan didikan yang sempurna di samping dikelilingi oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekat daripada dunia pendidikan. Beliau telah berkeluarga dan mempunyai 4 orang cahaya mata.

Pendidikan Cikgu Mohd Hasnizan

Semasa beliau berada di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), Shah Alam, Selangor, beliau seorang yang aktif dalam pelbagai kegiatan akademik, kepimpinan, sahsiah diri dan ko-kurikulum di peringkat daerah, zon, negeri dan peringkat kebangsaan. Cita-cita beliau diteruskan ke pengajian di Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah dan Perundangan. 

Semangat keilmuan yang tinggi diteruskan oleh beliau untuk menyambung pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang Sains Teknologi Maklumat. Beliau juga merupakan pemegang Diploma Ikhtisas Pendidikan di Maktab Perguruan Islam, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Perjalanan Kerjaya Cikgu Mohd Hasnizan sehingga digelar "Ayahanda"

Cikgu Mohd Hasnizan mempunyai pengalaman kerja yang luas dalam pelbagai bidang hal ehwal pengurusan dan pendidikan. Kini beliau diamanahkan bertugas di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (SMA MAIWPL) sebagai seorang guru dan pentadbir sekolah. 

Cikgu Mohd Hasnizan mengajar matapelajaran Kurikulum Berasaskan Dinni yang terdiri daripada Lughatul Muasarah, Usul Ad-Din dan Al-Syariah Islamiah. Manakala matapelajaran Kurikulum Perdana pula ialah Pendidikan Seni Visual. Cikgu Mohd Hasnizan digelar “Ayahanda” di SMA MAIWP kerana ciri-ciri kebapaan yang penyayang, mudah didekati, mudah dibawa berbincang dan merupakan guru yang usia paling senior.

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan


Pencapaian Sepanjang Perkhidmatan Sebagai Seorang Guru

Peringkat Antarabangsa
  • Peserta International Chess 2020 anjuran Universiti Sabah Malaysia Kampus Antarabangsa Labuan (UMS).

  • Mengetuai kontigen Badan Beruniform Pengakap untuk First International Fun Walk For Peace 2019 sempena United Nations International Day of Peace 2019.

  • Mengetuai peserta untuk Wau International Training Programme 2019.

Peringkat Kebangsaan
  • Peserta Inovasi Perkongsian Pintar - Inovasi STEM Era Industri Revolusi 4.0 sempena Minggu Sains Negara 2021.

  • Mewakili delegasi Persekutuan Pengakap ke program 1st National Scoutmasters Summit.

  • Mendapat tempat kelima dalam perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat pada tahun 2018.
Peringkat Negeri/Sekolah

  • Menerima Anugerah Pemimpin Kumpulan Terbaik (Individu) anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan.

  • Naib Johan keseluruhan kategori Agensi Kerajaan dalam Perarakan Perbarisan sempena Sambutan Hari Malaysia 2018.

  • Menyertai pertandingan Global Zakat Game anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Labuan.

Gred Purata Sekolah Meningkat Setiap Tahun

Beliau berjaya membangunkan kecemerlangan yang seimbang dari segi akademik, sahsiah diri, kepimpinan, ko-kurikulum selama 10 tahun di SMA MAIWPL. Bermula daripada “Zero hingga menjadi Hero”. Setiap tahun, ramai pelajar SMA MAIWPL mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik terutamanya calon-calon SPM. 

Peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) sentiasa meningkat saban tahun dan tidak ketinggalan melahirkan pelajar yang mempunyai 9A secara konsisten setiap tahun. Impak kejayaan-kejayaan ini menyebabkan pelajar-pelajar akan menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi seperti Kolej Matrikulasi, Kolej Asasi, IPTA, IPTS dan juga Institut Pengajian Luar Negara seperti di Mesir dan Jordan. Setiap tahun SMA MAIWPL tidak ketandusan pelajar yang akan menyambung pengajian ke Timur Tengah.

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan

Semua kejayaan ini bukanlah kejayaan beliau seorang sahaja malah dibantu oleh semua warga pendidik SMA MAIWPL yang berada di bawah bimbingan dan penyeliaan beliau scara konsisten. Beliau juga amat menitikberatkan kemenjadian pelajar dari segi akhlak, disiplin dan kepimpinan. Semua pelajar sentiasa disarankan mempunyai sikap keyakinan diri yang tinggi dan semangat ingin mencuba dalam semua perkara yang positif. 

Beliau banyak memberi galakkan kepada semua pelajar untuk berani mencuba dan memberi peluang sama rata dengan seluas-luasnya kepada semua pelajar untuk menerokai bidang kepimpinan samada di sekolah mahupun di asrama.

Kata Cikgu Mohd Hasnizan, "Harapan saya terhadap guru adalah sentiasa mencari ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang efisyen, bersatu secara berpasukan menjalankan tanggungjawab, berintegriti dengan ilmu pengetahuan, berdisiplin menguruskan masa, sentiasa menjadi role model terbaik pada semua pelajar, sentiasa merebut peluang pelbagai kejayaan secara individu atau berkumpulan, sentiasa mendampingi komuniti masyarakat setempat dan sentiasa menjaga kebajikan setiap anak murid."

Sambungnya lagi, "Saya berharap murid sentiasa menghormati guru, ibu bapa dan masyarakat, berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap matapelajaran, mengekalkan tahap disiplin yang tinggi, sentiasa menyemaikan jati diri, berkarisma dalam kepimpinan, meningkatkan kualiti ibadah, mengamalkan ilmu pengetahuan yang ada dalam kehidupan seharian dan sentiasa berkeinginan mencipta ruang kejayaan dalam pelbagai dimensi."

Cikgu Mohd Hasnizan Memperkenalkan IHES yang Pertama di W.P Labuan

Cikgu Mohd Hasnizan telah membawa dan memperkenalkan Integrated Holistic Education System (IHES) yang pertama di W.P Labuan dan dijadikan modul utama pembentukan sahsiah dan jati diri bagi semua pelajar-pelajar SMA MAIWPL.

Kejayaan ko-kurikulum dan extra ko-kurikulum merupakan matlamat utama keseimbangan kejayaan setiap pelajar di bawah kepimpinan beliau. Pelbagai kejayaan telah dicapai sama ada di peringkat sekolah-sekolah menengah di W.P Labuan, peringkat negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Pelbagai koleksi himpunan piala, medal, sijil kemenangan berjaya dikumpulkan setiap tahun dan tersergam disusun di ruang galeri kejayaan SMA MAIWPL.

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan

Selain itu beliau juga amat menekankan penghayatan berjinak-jinak dengan pelbagai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Beliau juga amat aktif dan mempunyai “keistimewaan aura tersendiri” dikalangan masyarakat W.P Labuan. Beliau juga pernah dan turut memegang beberapa jawatan utama di W.P Labuan termasuk Bendahari Kehormat Jawatankuasa Ahli Majlis, Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan,Yang Di-Pertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang, Pengerusi Jawatankuasa Sukan Institusi-Institusi Agama W.P Labuan dan sebagainya.

Peristiwa Menyentuh Hati Sepanjang Perkhidmatan di SMA MAIWPL

"Sepanjang saya mengenali dan mendekati beliau sama ada dalam dan di luar sekolah, banyak kenangan dan peristiwa yang amat menyentuh hati dan saya serta kebanyakkan rakan-rakan yang lain menyuarakan perasaan yang sama iaitu terinspirasi dengan tindakan dan usaha yang dilakukan oleh beliau," kata rakan seperjuangannya Cikgu Muhammad Yatim.

"Dengan pencapaian, kredibiliti dan karisma kepimpinan beliau di atas, saya amat yakin bahawa beliau layak dipertimbangkan sebagai calon ikon “Cikgu Luar Biasa” bagi Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021," kata Cikgu Muhammad Yatim lagi.

Antara peristiwa yang menyentuh hati :

#1 Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran

Tindakan beliau yang pantas bagi menyelesaikan permasalahan di mana seramai 7 orang pelajar SMA MAIWPL yang mewakili negeri W.P Labuan ke Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan pada tahun 2014 telah terlepas menaiki jadual penerbangan asal kerana terdapat kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Melihat kepada kesuntukan masa yang tinggal dan tiada lagi jadual penerbangan pesawat daripada Labuan ke Kuala Lumpur pada hari tersebut.

Memandangkan pagi esok akan bermula acara pertandingan, guru ini telah memberi idea supaya pelajar-pelajar ini menggunakan jalan laut dan darat untuk pergi ke Kota Kinabalu, Sabah dan dari situ akan bergerak ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.

Memandangkan kos semakin bertambah, guru ini telah mengeluarkan semua perbelanjaan perjalanan laut dan darat ini menggunakan kad kredit beliau dianggarkan berjumlah RM 6,000.00. Kesemua kos ini ditanggung penuh oleh beliau tanpa perlu diganti, malah beliau beranggapan itu adalah sebagai amalan bersedekah daripada beliau kerana mengharumkan nama SMA MAIWPL di peringkat kebangsaan.

#2 Pelajar Nekad Melarikan Diri Dari Asrama. Ayahanda Menggunakan Pendekatan Secara Psikologi.

Semasa minggu pertama kemasukan pelajar baharu Tingkatan 1 ke asrama pada awal sesi persekolahan 2016. Tedapat seorang pelajar lelaki ini yang sentiasa murung dan sentiasa kelihatan sedih mulai dari hari pertama tinggal di asrama. Pelajar ini kerap menunggu di pintu utama pagar asrama setiap hari selepas balik daripada sesi persekolahan. Ramai pelajar senior dan warden mendekati pelajar ini untuk bertanya permasalahan utama pelajar ini. Namun pelajar ini tetap berdiam diri.

Cerita ini sampai ke pengetahuan “Ayahanda”. Beliau menggunakan pendekatan psikologi yang berbeza dengan membawa pelajar ini keluar daripada kawasan asrama seketika untuk mencari ketenangan dan membawa pelajar ini makan memandangkan pelajar ini tidak mempunyai selera makan beberapa hari semenjak duduk di asrama.

Akhirnya pelajar ini menceritakan segala permasalahannya kepada Ayahanda. Pelajar ini merasakan dirinya serba kekurangan dari segi persediaan kelengkapan pakaian dan pembelajaran disebabkan permasalahan kewangan keluarga pelajar ini. Pelajar ini tidak mempunyai bapa kerana telah meninggal dunia, manakala ibunya seorang yang bertugas sebagai pembantu tukang masak di restoran masakan yang memiliki pendapatan yang rendah. Manakala pelajar ini merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik.

Disebabkan kurang keyakinan diri dan merasai bahawa serba kekurangan berbanding rakan-rakan sebaya yang lain, pelajar ini nekad untuk melarikan diri daripada asrama.

Kepantasan Ayahanda bertindak dengan membawa pelajar ini untuk memenuhi segala kekurangan persediaan kelengkapan pakaian dan pembelajaran dengan menggunakan kewangan peribadi Ayahanda sendiri bagi membantu meringankan beban keluarga pelajar ini.

“Jika kita diuji dengan sedikit kelebihan, jangan kita lupa untuk membantu bagi mereka yang memerlukan,” kata Cikgu Mohd Hasnizan.


#3 Membelanjakan Duitnya Sendiri Sejumlah RM12,500 kerana Mencabar Pelajar!

Cikgu Mohd Hasnizan telah mencabar calon-calon SPM pada tahun 2016 dan 2017. Tujuan awal cabaran ini dilontarkan disebabkan keputusan peperiksaan percubaan SPM yang kurang memberangsangkan pada masa tersebut.

Khuatir dengan perkembangan ini, guru ini telah mencabar kepada semua calon yang dapat memperolehi keputusan 5A ke atas akan memperolehi ganjaran sebanyak RM 500.00 daripada sumbangan peribadi melalui duit gaji beliau sendiri.

Keputusannya, SPM sebenar telah berlaku peningkatan peningkatan pada kedua-dua tahun tersebut. Seramai 8 orang (calon SPM 2016) dan seramai 17 orang (calon SPM 2017) menjadikan 25 orang telah menerima sumbangan RM 500.00 setiap orang atas kejayaan ini. Bermakna guru ini telah membelanjakan sebanyak RM 12,500.00 daripada sumbangan gaji beliau kepada kejayaan pelajar-pelajar ini.

#4 Ayahanda Berunding Dengan Agensi Berkuasa Tempatan dan Negeri untuk Membawa Pulang Pelajar

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun 2020 dikuatkuasakan dimana sesi sekolah telah kembali dibuka mulai bulan Julai hingga November 2020. Permasalahan utama ketika ini adalah untuk membawa pulang pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak seramai 32 orang untuk merentasi negeri bagi pulang menghabiskan cuti persekolahan akhir tahun 2020.

Kerumitan ini disebabkan prosedur yang berbeza bagi kemasukkan orang luar ke Sabah dan Sarawak. Negeri Sarawak mengenakan amalan prosedur yang ketat untuk memasuki negeri tersebut. Oleh yang demikian pelajar-pelajar SMA MAIWPL terkandas di W.P Labuan selama hampir 2 minggu.

Memandangkan pengangkutan awam laut dan darat tidak beroperasi seperti biasa. Ini merumitkan lagi keadaan. Akhirnya guru ini cuba mencari solusi secara rundingan di atas meja melibatkan beberapa agensi-agensi berkuasa tempatan dan negeri dan akhirnya berjaya menyelesaikan permasalahan ini secara penyelarasan kerjasama. Semua ini dimulakan dengan pengorbanan usaha beliau untuk membantu kebajikan pelajar-pelajar sentiasa terjaga.

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan

Sempat Memberikan Motivasi Kepada Calon SPM Sebelum Menghabiskan Masanya di Hospital

Pada awal bulan Mac yang lalu, Cikgu Mohd Hasnizan telah dikejarkan ke Wad Kecemasan di Hospital Labuan sebanyak 2 kali. Beliau mengidap sakit tulang belakang (slip disc) daripada tahun 2007 lagi. Namun kecekalan beliau melawan penyakit ini selama 14 tahun dan menanggung kesakitan berpanjangan tanpa dimaklumkan kepada sesiapa.

Pada masa itu, Cikgu Mohd Hasnizan sempat melihat calon-calon peperiksaan SPM batch 2020 untuk 3 matapelajaran sahaja. Selebihnya guru ini menghabiskan masanya menerima rawatan di hospital. Guru ini juga sempat memberi suntikan motivasi kali terakhir kepada semua calon-calon SPM di SMA MAIWPL. Semua guru dan pelajar terkesan dan sedih setelah mendapat tahu guru ini akan melakukan pembedahan bila-bila masa daripada sekarang.

"Saya dan semua warga SMA MAIWP Labuan serta komuniti setempat sentiasa mendoakan agar guru ini pulih kembali dan dipermudahkan segala urusan beliau dan keluarga beliau," kata Cikgu Yatim.

Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 (AGI 2021)

Untuk pengetahuan korang, Anugerah Guru Inspirasi McDonalds ini telah diwujudkan bagi menghargai jasa-jasa guru yang tidak jemu membimbing anak-anak murid. Ini merupakan tahun yang kelima anugerah ini telah diwujudkan.

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan

25 orang guru yang terpilih daripada ribuan pencalonan akan menerima wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.

#AnugerahGuruInspirasiMcDonalds2021
#AnugerahGuruInspirasi2021 
 #HariGuruMcD 
#TerimaKasihCikgu 
#CikguLuarBiasa


Cikgu Eva, Anugerah Guru Inspirasi McD 2021 Dari SK Sipinong Sabah Menyatakan Hasrat Ingin Mewujudkan STEM Centre supaya Pelajar di Pulau Tidak Ketinggalan

"Jika Diberi Sumber Kewangan, Tenaga dan Masa, Saya Ingin Mewujudkan STEM Centre supaya Pelajar di Pulau Tidak Ketinggalan." Cikgu Eva, Calon Guru Inspirasi McD 2021 Dari SK Sipinong Sabah Menyatakan Hasrat untuk Memajukan Anak Didiknya | Betullah seperti yang dikatakan oleh pepatah, Guru Ibarat Lilin, Membakar Diri untuk Menerangi Orang Lain. Aku kagum dengan calon guru inspirasi 2021 McDonald yang dicalonkan oleh suaminya sendiri iaitu Puan Eva binti Lahi.

"Saya di sini tidak memuji atau memuji dia kerana dia adalah isteri saya. Tetapi saya rasa dia layak mendapat penghargaan ini kerana kerja kerasnya. Lagipun, majoriti pelajarnya tidak mempunyai telefon bimbit untuk mencalonkan namanya. Jadi di sinilah saya sebagai suaminya yang setia dan penyayang, mencalonkan isteri saya untuk anugerah yang luar biasa ini." kata suami Puan Eva.

Aku tertarik dengan kisah Cikgu Eva yang tidak lelah membimbing anak murid di Sekolah Kebangsaan Sipinong yang terletak di sebuah pulau yang terpencil di Sandakan Sabah. Setiap hari Cikgu Eva berulang alik dari jeti di bandar Sandakan menaiki bot sehingga ke pulau.

"Dari bandar ke pulau jauh juga. Kalau cuaca ok, mengambil masa 45 minit. Kalau cuaca tak ok, sejam juga perjalanan menaiki bot kami yang agak usang," kata Cikgu Eva.

Di sini aku nak kongsikan dengan korang mengenai kisah Cikgu Eva dan pencapaiannya sebagai seorang pendidik yang begitu berdedikasi, cekal dan tabah mengharungi rintangan di SK Sipinong, Sabah ini.

Jika Guru Saya Ketika Itu seperti Isteri Saya, Puan Eva, Pasti Bahasa Inggeris Saya A++

Suami Puan Eva begitu kagum dengan isterinya apabila melihat usaha Puan Eva yang tidak terhingga dan membuat keputusan untuk bekerja di sebuah pulau terpencil yang terletak di Sabah. Sekolah itu agak jauh dan memerlukan Puan Eva pergi ke sana dengan menaiki bot. Walaupun begitu, dia menjalani rutin setiap hari dan tak pernah mengeluh.

Cikgu Eva berjaya merancang pengajarannya dengan sangat menarik. Ini kerana beliau inginkan pelajar di SK Sipinong mendapat pendidikan sama rata seperti di bandar. Cikgu Eva menyatakan bahawa seharusnya tiada mana-mana pelajar yang ketinggalan dalam pelajaran. Beliau membuat satu program yang dikenali sebagai Pen Pal. 

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penulisan pelajarnya. Ke hulu ke hilir Cikgu Eva menghantar surat dari pelajar-pelajarnya di pulau hantar kepada pelajar lain di bandar. Mereka bertukar-tukar cerita tentang kehidupan, pengalaman dan juga rahsia mereka.

"Kesungguhannya memberi inspirasi kepada saya dan saya berfikir, bagaimana jika guru saya ketika itu seperti dia? Saya sangat yakin dapat memperoleh A ++ untuk subjek Bahasa Inggeris saya," kata suami Cikgu Eva.

Cikgu Eva, Calon Guru Inspirasi McD 2021 Dari SK Sipinong Sabah
Program Book Devotee bersama murid Tahun 4

Tetap ke Pulau Semasa Sesi Pengajaran PdPr Ketika Pandemik Covid-19

Ketika Pandemik Covid 19 mula melanda Malaysia sejak tahun lalu, semua kaedah pengajaran perlu dilakukan secara dalam talian. Cikgu Eva selalu membuat video pengajaran untuk pelajarnya. Disebabkan segelintir pelajar di pulau itu tidak mempunyai telefon bimbit untuk sesi pembelajaran, beliau menyediakan modul dan lembaran kerja untuk mereka.

"Pada hujung minggu, saya akan menjadi peneman setianya untuk menghantar semua modul dan lembaran kerja ke pulau," kata suami Cikgu Eva.

"Cikgu Eva sangat gembira kerana majoriti pelajarnya menyerahkan tugasan dan menghantar karya melalui aplikasi whatsapp. Ibu bapa pelajar memuji cikgu Eva untuk videonya dan bahkan guru-guru lain di sekolah cemburu dengan tekadnya dalam mengajar," tambah suami Cikgu Eva lagi.

Cikgu Eva, Calon Guru Inspirasi McD 2021 Dari SK Sipinong Sabah
Susun atur SOP untuk pembukaan sekolah

Biodata Puan Eva
Nama penuh Cikgu Eva ialah Eva binti Lahi. Beliau berusia 29 tahun. Cikgu Eva berasal dari Tawau dan kini menetap dan bekerja sebagai seorang guru di sekolah rendah di kawasan luar bandar di daerah Sandakan. Beliau pernah mewakili sekolah, daerah, negeri dan juga di peringkat antarabangsa untuk beberapa program, kursus dan pertandingan.

Pendidikan Awal Puan Eva Sehingga Bergelar Seorang Guru
Cikgu Eva mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan St. Patrick, Tawau dan kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kunak 1. Selepas keputusan UPSR dikeluarkan, Cikgu Eva melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Sabah.

Selepas tamat persekolahan, Cikgu Eva sempat melanjutkan pelajaran selama setahun di Kuching, Sarawak dalam bidang Computer Programming.

Pada tahun 2011, Cikgu Eva melanjutkan pelajarannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pendidikan Teaching English as Second Language (TESL) di Institut Perguruan (IPG) Kampus Gaya.

Setelah tamat belajar, Cikgu Eva ditawarkan bekerja pada tahun 2017. Posting pertama beliau adalah di Sekolah Kebangsaan Sri Melanta Jaya, Sabah.

Pada tahun 2019, Cikgu Eva dipindahkan ke sekolah yang beliau sedang berkhidmat sekarang iaitu SK Sipinong. Cikgu Eva mengajar subjek English dan Matematik di sekolah tersebut.

Cikgu Eva, Calon Guru Inspirasi McD 2021 Dari SK Sipinong Sabah

Panik! Bot Hampir Terbalik Semasa Perjalanan Ke Sekolah!

Tipulah kalau tiada pengalaman pahit dan manis semasa menjadi seorang cikgu. Bukan kerjaya cikgu sahaja, kerjaya sebagai seorang doktor, bomba atau polis pon pasti melalui pengalaman pahit dan manis semasa bekerja. Cikgu Eva juga pernah melalui pengalaman pahit dan manis semasa di dalam kerjayanya.

Menurut Cikgu Eva terlalu banyak pengalaman manis yang terpatri di dalam memorinya. Salah satu yang paling tak dapat dilupakan adalah beliau dapat mewakili Sandakan dalam pelbagai program. Beliau juga pernah ditawarkan kenaikan pangkat di pejabat pendidikan Daerah Sandakan, tetapi tawaran itu ditolak kerana Cikgu Eva ingin meneruskan cita-citanya untuk memberi ilmu kepada anak didiknya.

Di sebalik pengalaman manis, terdapat juga pengalaman pahit yang ditempuhi oleh Cikgu Eva sepanjang bekerja sebagai seorang guru dan ianya menjadi kenangan sehingga kini. Kisah pada hari Cikgu Eva hendak bertolak ke sekolah, waktu itu cuaca terlalu buruk. Bot yang dinaiki oleh Cikgu Eva dan beberapa penumpang yang lain hampir terbalik. Misi mencari bot beliau dan penumpang lain oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menemui jalan buntu. Bot mereka tidak ditemui sebab hujan sangat lebat dan ribut petir melanda ketika itu.

"Panik betullah masa tu sebab tak pandai berenang," kata Cikgu Eva.

Pencapaian dan Sumbangan Puan Eva Sepanjang Kerjaya Sebagai Seorang Cikgu

Banyak pencapaian dan sumbangan yang aku kagum dengan Cikgu Eva. Pelbagai pencapaian yang telah dicapai oleh Cikgu Eva di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan sekolah. Antaranya :

Peringkat Antarabangsa
• Peserta dan telah berjaya memperkenalkan murid tentang teknik asas penulisan blog menggunakan sistem HTML (coding) pada tahun 2002.

Peringkat Kebangsaan
• Wakil Negeri Sabah dan telah mengadakan dua siri bengkel PLC ELT bersama guru-guru di daerah Sandakan pada tahun 2019. Hasil daripada bengkel tersebut, ianya telah membantu guru untuk mengajar subjek MUET dengan lebih efektif kepada murid-murid di sekolah masing-masing.

Peringkat Negeri/Sekolah
• Mewakili daerah Sandakan ke peringkat negeri sebagai jurulatih utama negeri untuk Computational Thinking and Computer Science Certificate pada tahun 2018. Beliau berjaya menperkenalkan asas software "scratch" kepada murid-murid di daerah Sandakan.

• Wakil sekolah dan daerah di dalam pertandingan inovasi di bawah kelolaan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah bertajuk "Walking Dictionary" pada tahun 2018.

• Peserta kursus peringkat negeri untuk Microsoft Office 365 pada tahun 2019.

• Jurulatih utama daerah bagi progran penataran CEFR bagi guru-guru di Negeri Sabah pada tahun 2018 dan 2019. Program tersebut memberi peluang kepada Cikgu Eva untuk melatih guru-guru di daerah Sandakan tentang pengenalan kurikulum baharu Kementerian Pendidikan Malaysia.

• Salah seorang pengarang modul. Modul tersebut akan digunakan sebagai rujukan aktiviti kokurikulum kelab Bahasa Inggeris bagi sekolah-sekolah di daerah Sandakan.

• Peserta bengkel Future Read Asean Microsoft Workshop pada tahun 2019 dan telah melayakkan diri sebagai peserta di peringkat antarabangsa.

• Menambah potensi diri dengan mengikuti kursus Arduino Robotik Siri 1 yang berlangsung di Perpustakaan Negeri Sabag pada tahun 2019.

• Menjadi fasilitator kepada guru-guru di sekolah yang terdapat di daerah Sandakan supaya pentaksiran bilik darjah lebih mudah difahami dab dapat dijalankan dengan lebih berkesan pada tahun 2021.

• Menjadi salah seorang peserta bengkel Horizon Baharu kumpulan inovatif dan kreatif PPD sandakan pada tahun 2021 yang mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh murid dan guru sekolah. Hasil bengkel, inovasi telah dilaksanakan bagi menyelesaikan beberapa masalah yang terdapat di sekolah-sekolah daerah Sandakan.

• Melaksanakan Project Based Learning untuk murid dan komuniti (ibu dan bapa) sepanjang PDPR semasa pandemik Covid-19.

Cikgu Eva, Calon Guru Inspirasi McD 2021 Dari SK Sipinong Sabah
Semasa jurulatih di SK Sipinong

Mindset Pelajar Di sini Hanya Belajar Sehingga Darjah 6 atau Tingkatan 5 Sahaja!

Menurut Cikgu Eva bermacam-macam perkara yang beliau hendak lakukan apabila ditanya mengenai perubahan atau pembaikan yang ingin dilakukan di sekolah sekiranya diberikan sumber dari segi kewangan, tenaga dan masa.

"Saya ingin buat satu bilik khas atau STEM (Science Technology, Engineering and Math) centre. Di mana ia menempatkan barang-barang IT (teknologi). Ini kerana saya mahu memperkenalkan kepada murid-murid di SK Sipinong dengan lebih mendalam dan memberi pendedahan terhadap teknologi yang moden. Di sini, mereka agak ketinggalan, tetapi saya yakin mereka ada potensi jika diberi peluang. Zaman sekarang, murid perlu mengejar teknologi supaya mereka tidak terlalu ketinggalan. Saya juga ingin membuat program STEM yang boleh membantu mereka untuk lebih maju. Saya ingin melatih mereka untuk mahir dalam bidang sains, english dan teknologi supaya boleh membantu meningkatkan kebolehpasaran murid-murid apabila mereka masuk ke alam pekerjaan di masa hadapan," kata Cikgu Eva.

Beliau turut berkata, "Pelajar di SK Sipinong, majoriti mindset mereka belajar hanya sampai darjah 6 atau tingkatan 5 sahaja. Saya mahu mewujudkan peluang dan kemahiran teknologi yang lebih meluas supaya mereka berfikiran lebih moden, lebih berdikari dan maju ke hadapan."

"Itulah impian saya untuk murid-Murid di pulau," sambung Cikgu Eva lagi.

Cikgu Eva, Calon Guru Inspirasi McD 2021 Dari SK Sipinong Sabah

Doa aku, semoga Cikgu Eva terus bersemangat dalam kerjayanya walaupun terpaksa mengharungi rintangan, menaiki bot, berhujan, berpanas dan meredah laut demi mendidik anak-anak muridnya.


© all rights reserved
made with by templateszoo