Cara Semak Bil Elektrik (SESB) Paling Mudah Masukkan Kod Sahaja
Assalamualaikum
Bismillah
Sejak dari mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, semakin hari semakin banyak sistem semak dan bayar secara online dibuat yang mana sangat memudahkan pengguna tanpa perlu ke kaunter bayaran untuk berbaris. Ini akan mengurangkan risiko diri terkena pandemik covid-19.
Sebelum ini aku pernah berkongsi Daftar Akaun Online Customer Service (OCS) Untuk Semak Bil Elektrik (SESB) tetapi aku perasan ramai yang tak dapat daftar dan masalah-masalah lain yang timbul semasa pendaftaran.
Oleh itu, aku cuba untuk sedaya upaya mencari alternatif lain untuk semua pengguna sesb supaya korang mudah untuk semak bil elektrik. Alhamdulillah, kini aku telah jumpa caranya. Ikuti langkah berikut.
Cara Semak Bil Elektrik (SESB) Paling Mudah Masukkan Kod Sahaja
1. Klik sahaja link https://ocs.sesb.com.my/OCS_QUICK
2. Masukkan KOD STESEN dan NO AKAUN yang tertera pada bil elektrik korang.
3. Tanda "I am not robot" dan tekan "SEARCH" untuk semak. Korang akan nampak berapa pembayaran bulan lepas, jumlah bil elektrik sebelum diskaun dan jumlah yang perlu dibayar.
Contohnya bil elektrik sesb di bawah adalah termasuk tunggakan. So, kelemahan semakan ini bagi aku korang tidak dapat lihat amaun bil semasa. Melainkan korang memang takda tunggakan lah.
Semoga perkongsian ini membantu memudahkan urusan korang.
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi :
a) Talian SESB CARELINE 15454 atau 088-515 000, atau emel : komersil@sesb.com.my
b) Talian hotline myGCC 03-8000 8000
c) Talian hotline Sekretariat PRE2020 di 03-8882 9089
uih mudah aje.. aritu hubby check punya lah seksa haha
BalasPadamWahhh mudahnya ..esok nak try
BalasPadamnak try lah
BalasPadamdah tunggu bil elektri dua bulan x dapat2 lagi pun
hahaha
wow cara ni lagi mudah. aritu jenuh juga pikir macam mana nak tengok bil tnb ni. boleh juga try cara ni >> https://tiaarasapphire.blogspot.com/2020/04/cara-pantas-semak-bil-elektrik-online.html
BalasPadamla mudah..semuanya boleh buat online
BalasPadamthanks sangatla muda..
BalasPadambrapa lma baru update bill slepas pmbayaran
BalasPadam