Assalamualaikum
Bismillah
Aku memang dah lama merancang mahu mencarum KWSP sendiri. Dan yang bestnya blogger pun boleh mencarum juga tau. Cuma bezanya takda lah caruman dari majikan. Tapi takpa lah untuk simpanan hari tua juga. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur.
Kenapa aku pilih untuk mencarum kwsp sendiri? Aku mencarum kerana tiada komitmen atau paksaan untuk menyimpan, dan boleh mencarum di KWSP mengikut amaun dan kemampuan sendiri.
Selain daripada duit simpanan yang telah dicarumkan itu juga boleh korang dapat menikmati dividen tahunan ke atas simpanan persaraan.
1. Login ke CIMB CLICKS (Korang login guna internet ya bukan di apps)
2. Setelah itu, pilih PAY & TRANSFER. Pilih EPF/KWSP TRANSFER (rujuk gambar diatas ya)
3. Pada bahagian EPF/KWSP TRANSFER isi details seperti dalam gambar ya. Masukkan NO EPF/KWSP korang. Boleh lihat di penyata gaji korang.
Kalau takda NO EPF boleh ke kaunter KWSP untuk buka akaun kwsp ya. Sekiranya korang dah ada NO EPF KWSP boleh semak di i-Akaun KWSP.
4. Pada bahagian EPF CONTRIBUTION TYPE. Terdapat 2 jenis contribution iaitu SELF EMPLOYED ataupun i-Saraan/i-Suri.
Aku pilih i-Saraan/i-Suri, sesuai sangat kepada individu yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja (tidak bekerja di bawah orang).
5. Masukkan NO IC & Amaun (RM) yang korang nak. Tiada had minimum, masukkan saja berapa yang korang mampu.
6. Semak butiran maklumat korang ya. Pastikan betul ya NO IC dan NO EPF tu. Then submit. Tunggu dalam beberapa hari lepas tu korang boleh semak kat i-Akaun KWSP.
Bukti yang caruman telah berjaya masuk kat akaun KWSP. Untuk maklumat lanjut boleh terus berhubung melalui pihak KWSP :
- Cawangan KWSP mengikut Negeri
- Telefon : 03 – 8922 6000
- Faks : 03 – 8922 6222
- Masa Operasi: Isnin - Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang