Memaparkan catatan dengan label SGShop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SGShop. Papar semua catatan

[Review] Barang Dari SGShop Dah Sampai

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan sabar menunggu, akhirnya barang dari SGShop dah sampai dengan selamat. Banyak sangat cerita tentang SGShop bermula daripada tidak dapat register sehinggalah menang giveaway. Dan berpeluang merasa berbelanja di SGShop merupakan satu pengalaman shopping secara online yang menyeronokkan bagi aku. Cewaah ayat! Hehehe



Gambar barang yang dibeli daripada SGShop


Secara jujurnya, aku beli 3 jenis barang. Tetapi kasut yang aku nak tu takda stok. Alhamdulillah, duit dikembalikan dan aku masukkan dalam akaun aku buat belanja hehe. So, hanya dua barang kat atas sajalah yang di beli. 



Walaupun masa penghantaran diambil agak lama, tetapi aku tak rasa lama sebab sibuk haha. So, kira okaylah. Terima kasih kat abang posmen yang hantar barang tue walaupun cuaca agak kurang baik kat Sabah. Dahlah hantar barang kat kolej kediaman, lepas tue nak cari aku minta tanda tangan pun payah hahaha. Apa boleh buatlah nak, aku tinggal luar. Just tumpang alamat kolej kediaman ja. Tetapi memang terbaiklah sebab hantar sampai depan pintu rumah lagi. 



Gambar sebelum 


Gambar selepas 


Serius, aku suka sangat sandal tu dengan saiz yang betul kat kaki walaupun aku main agak-agak ja masa tu. hehe. Memang selesalah pakai. Tapak sandal pun lembut dan tidak menggigit kaki walaupun kali pertama guna. Cewaahh! hahaha. Beg pun comel,cuma menyesal tak pilih warna lain huhu.

Secara keseluruhan memang puas hatilah. Aku harap pada masa akan datang akan lebih banyak lagi  giveaway SGShop dianjurkan. hehe


Pertama Kali Shopping SGShop

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah tak sangka pertama kali join giveaway SGShop pertama kali juga menang giveaway ini. Yeeeeppiiii~~ Walaupun sebelum ini agak kecewa dengan SGShop siapa sangka rezeki memihak kepada aku. Ehh bila masa pula aku kecewa ini? Baca kat SINI 


Kredit image : dululainsekaranglain

Pada Ogos yang lalu, aku telah join ‘SGshop Merdeka Giveaway‘. Ada 2 list barang daripada SGShop yang aku nak beli sekiranya aku menang giveaway ini.

Lepas tue baru-baru ini aku ada nampak pula blogger post tentang pemenang giveaway. Pemenang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori blogger dan kategori terbuka. Alhamdulillah rezeki aku kerana tercalon sebagai "Pemenang SGshop Merdeka Giveaway" Kategori Blogger dengan memenangi shopping kredit SGshop Malaysia bernilai RM100. 

Tahniah kepada pemenang! Baiklah selesai pasal tu. Aku nak cerita pula apa aku shopping kat SGShop ni huhu~ Pertama Kali Shopping SGShop tau hahaha. Lagi satu aku tak tau pula kalau shopping kat situ mahal sangat shipping kena cas huhu.

Inilah antara list barang yang telah ditempah. Alhamdulillah sekarang dalam proses penghantaran ke Malaysia. Dalam sebulan macam tu sampailah huhu. 


Price : RM9.93 


Price : RM18.03


Price : RM14.11 

Itu saja. InsyaAllah apabila barang dah sampai. Nantikan review aku lepas ini ya hehe~



Tekanan Dengan Giveaway SGshop

Assalamualaikum
Bismillah

Setiap kali blogging ramai yang aku tengok blogger join Giveaway SGshop. Dalam group Whatsapp Sabahan Blogger pun bukan main rancak lagi yang terpilih sebagai pemenang. Dan aku pun semakin tekanan dengan Giveaway SGshop nie sebab aku tak boleh register SGshop. huhu T-T




Aku pun tak tahu apa masalahnya. Siapa juga yang tidak mahu join giveaway tu kan. Manalah tahu ada rezeki aku, mahu juga berbelanja untuk raya. Dahlah tekanan tak dapat balik kampung raya tahun ini. Haha ini mahu melepaskan tension tak dapat balik kampung lahr nie.


Setiap kali aku register SGshop, akan ada masalah bahagian "SEND CODE". Walaupun aku dah tukar nombor phone lain pun, tetap aku tak terima mesej untuk verification code tu. Lepas tu, aku cuba link sign up blogger lain bagi pun tetap sama juga. 

Aku cuba pula register dengan facebook masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Aku cuba guna second email dan ubah username pun, nasib tidak menyebelahi aku. Dan akhirnya aku give up ja dengan semua giveaway ini. huhu~~

© all rights reserved
made with by templateszoo