Assalamualaikum
Bismillah
Kita tahu bahawa ais krim adalah sejenis makanan yang sedap untuk dimakan terutama pada waktu panas. Namun, aiskrim juga dapat digunakan sebagai salah satu alat untuk mengajar kanak-kanak tentang konsep mengira dalam Matematik.
Aktiviti ini dilakukan dengan membina sebuah kon aiskrim sekali gus melatih kanak-kanak dalam kemahiran mengira (counting skills).
- Kertas lukisan
- Kertas berwarna coklat
- Kertas warna (3 jenis warna)
- Gam
- Gunting
- Pensel
- Pen marker
Cara Aktiviti Dilakukan
1. Gunting 9 helai kertas berwarna coklat bersaiz segi tiga. Pastikan size kon aiskrim betul-betul muat di atas kertas lukisan nanti.
2. Gunting 45 keping kertas berwarna (3 jenis warna) bersaiz bulat.
3. Nomborkan kon segi tiga daripada 1 sehingga 9 menggunakan pen marker.
4. Gam kertas kon tersebut di atas kertas lukisan mengikut urutan nombor menaik.
5. Bimbing kanak-kanak untuk gamkan bilangan "scoops" aiskrim mengikut nombor yang telah ditulis.
Mudah sahaja kan?
Korang boleh ajar kanak-kanak mengira mengikut bilangan scoops aiskrim tersebut.
Apabila kanak-kanak boleh menjawab dengan baik, belanjalah sedikit aiskrim hehe~
Aktiviti ini dapat meningkatkan minat kanak-kanak untuk belajar kerana kanak-kanak secara semula jadinya suka belajar sambil bermain.
Semoga bermanfaat! :)