Memaparkan catatan dengan label Al-Quran & Surah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al-Quran & Surah. Papar semua catatan

Ayat Al-Quran Menghilangkan Kesedihan (Surah Adh-Dhuha & Ash-Syarh)

Ayat Al-Quran Menghilangkan Kesedihan (Surah Adh-Dhuha & Ash-Syarh) | Dalam banyak ayat al-Quran, dua surah ini antara surah yang menyenangkan hati aku setiap kali dalam kesulitan ataupun kesedihan. 

Apabila menonton penjelasan daripada Ustadz Adi Hidayat berkenaan ayat ini diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad SAW menambahkan lagi rasa sayu, tenang, dan nyaman. 

Surah Adh-Dhuha (Ayat 1 - 11)

Surah Adh-Dhuha (Ayat 1 - 11)

[1] Demi waktu dhuha,

[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi

[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Surah Ash-Syarh (Ayat 1 - 8)

Surah Ash-Syarh (Ayat 1 - 8)

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).




Kelebihan Membaca “Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat”

Assalamualaikum
Bismillah

Sesungguhnya nikmat Allah SWT sangat banyak dan antara nikmat yang selalu kita abaikan adalah nikmat kesihatan dan kelapangan masa. Adapun nikmat diberikan kelapangan masa ini adalah nikmat yang besar kerana di dalamnya disibukkan dengan ketaatan kepada ALLAH SWT. 

Berapa banyak nafas kita telah berlalu namun tidak diisi dengan beribadah kepada Allah. Padahal dengan menggunakan beberapa saat sahaja seseorang boleh memperoleh pahala yang besar dari Allah. Bukan itu sahaja, seseorang itu juga boleh mencapai kedudukan orang yang dikasihi Allah. 


Antara istighfar yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada kita diriwayatkan dengan sanad yang baik, baginda bersabda ;

"Barangsiapa yang beristighfar untuk mukmimin dan mukminat nescaya akan dikurniakan oleh Allah kepadanya satu hasanah (pahala kebaikan) untuk setiap mukminin dan mukminat." 

Hanya perlu mengucapkan beberapa saat sahaja kalimah istighfar ini, maka kita akan memperoleh hasanah sebanyak bilangan muslimin dan muslimat dan dapat menutup lubang-lubang zulumat (kegelapan) yang masuk ke dalamnya dosa dan maksiat ke atas muslimin dan muslimat serta menjadi asbab keselamatan mereka. 

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani rah. 

"Barangsiapa yang beristighfar kepada Allah untuk mukminin dan mukminat sebanyak 27 kali maka doanya akan menjadi mustajab dan ahli bumi akan diberi hujan dengan berkat orang tersebut." 

Dengan amalan yang mudah dan ringkas iaitu istighfar “Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat” sahaja. 

Allah SWT telah berfirman kepada Nabi Muhammad SAW, 

"Maka ketahuilah (Wahai Muhammad) bahawa Tiada Tuhan melaiankan Allah. Dan beristighfarlah untuk kesalahanmu dan mukminin dan mukminat, Allah mengetahui tempat bolak balik dan tempat diammu." 

Apabila kita telah diberi taufiq mendengar mengenai kelebihan doa ini, berdoalah kepada Allah meminta taufiq dariNya untuk kita dapat mengamalkannya. Amalkan istighfar ini walau hanya sekali kerana ia akan dibukakan kepada kita pintu-pintu yang dapat mendekatkan kita kepadaNya serta penyucian jiwa. 

Disampaikan Oleh: Habib Musa Kadzim Bin Jaafar Assagaf


Mengapa Aku diuji Begini??

Assalamualaikum
Bismillah


1. Kenapa Aku Diuji?

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan solat serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan jua dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil, orang-orang yang demikian sifatnya, dan mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa." (Surah al-Baqarah ayat 177)


Orang-orang yang bertakwa itu diuji untuk menguji ketakwaan mereka kepada Allah. Bukan sekadar berkata aku adalah orang-orang yang bertakwa tanpa didatangi ujian. 

Macam mana kita mahu tahu diri kita dalam kalangan orang yang beriman dan bertakwa kalau bukan dengan ujian? 

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut ayat 2-3)



2. Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.(Surah al-Baqarah ayat 216)

Kita tidak tahu apa yang ada di hadapan kita. Boleh jadi apa yang kita inginkan itu menjadikan kita semakin lalai. Oleh itu, Allah jauhkan kita daripada sesuatu yang menurutNya tidak baik. Cuma kita sahaja yang kurang sabar dalam memahami hikmah disebalik semuanya. 



3. Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah ayat 286)


Allah tidak membebankan kita dengan ujian. Tetapi mengirimkan ujian supaya kita semakin kuat dan tabah. Setiap ujian yang hadir adalah mengikut kesanggupan kita. 

Kalau kita rasa tidak sanggup, hal itu kerana kita tidak serahkan masalah kita kepada-Nya. Kita tidak bergantung dengan Allah. Kita tidak meminta pertolongan kepada Allah. 


4. Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Ali-Imran ayat 139)


Hidup di dunia cuma sementara. Semua keperitan, kepayahan, kesakitan akan hilang. Kita akan pulang ke negeri akhirat. Sabar sedikit masa lagi. InsyaAllah, semuanya akan berakhir dan kita akan bahagia bersama di SyurgaNya. 


5. Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali-Imran ayat 200)

 

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)

Bersabarlah dengan solat. Mintalah dengan Allah dengan doa. Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya. Kita mungkin tak dapat solusi waktu itu. 

Tetapi percayalah apabila hati kita tenang dan lapang, kita akan lebih mudah untuk menghadapi masa-masa sulit. 

Percayalah Allah tidak pernah menolak doa hambaNya yang meminta kepadaNya. Cepat atau lambat semuanya akan dipermudahkan. InsyaAllah. 


6. Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…" (Surah at-Taubah ayat 111)



Apa lagi yang lebih mahal selain dari syurganya Allah? Kita kekal di dalamnya buat selamanya.  



7. Kepada Siapa Aku Berharap?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah ayat 129)


Cukuplah hanya Allah yang tidak pernah sesaat pun meninggalkan kita. Walau berapa banyak dosa yang kita lakukan Allah sentiasa buka pintu taubatNya. Allah sentiasa menunggu hamba-hambaNya yang ingin kembali dan bertaubat.


8. Aku Tak Tahan! Aku Dah Bosan!

“… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf ayat 87)


Janganlah berputus asa wahai sahabatku. Kerana Rahmat Allah sungguh luas. Kasihnya Allah tiada terhingga kepada hambaNya. Jom, kita pulang ke jalan Allah. Jom kita gapai syurgaNya bersama. 


9. Tolonglah Tenangkan Hatiku

"Kami tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya (Surah al-Mukminun ayat 62)

Jangan bersedih hati. Allah sentiasa bersama hambaNya.


10. Apa Punya Musibah Yang Kau Timpakan Ini?

"Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperolehi kecuali oleh orang yang mukmin. Apabila dia mendapat kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya." (HR Imam Muslim)

Cara Untuk Mendapatkan Rahmat ALLAH | Surah Ali 'Imran Ayat 132 - 136

Assalamualaikum
Bismillah

Surah Ali 'Imran

Surah Ali 'Imran Ayat 132 - 136



Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat. (3:132) 


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (3:133) 


Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (3:134) 


Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (3:135) 


Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (3:136)


Dalam Al-Quran sendiri telah diterangkan bagaimana cara untuk mendapatkan RAHMAT ALLAH SWT. Salah satunya adalah dengan :

1. Taat kepada ALLAH & Rasul-Nya
2. Bersegera dalam melakukan amal-amal kebaikan
3. Menjadi orang-orang yang bertaqwa, mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, menahan kemarahannya, memaafkan kesalahan orang, berbuat perkara-perkara yang baik
4. Orang yang melakukan dosa segera kembali kepada ALLAH & memohon keampunan.
5. Tidak mengulangi dosa yang sama (bertaubat)



Himpunan Doa Nabi-Nabi Dalam Al-Quran

surah al-baqarah 2 : 186


Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. (Surah Al-A'raaf 7: Ayat 55 - 56)

Himpunan Doa Nabi-Nabi Dalam Al-Quran

1. Doa Nabi Ibrahim AS

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (Surah Ibrahim 14: Ayat 40 - 41)


"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim". (Surah Asy-Syu'araa' 26: Ayat 83 - 85)


2. Doa Nabi Sulaiman AS

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (Surah An-Naml 27: Ayat 19)


3. Doa Nabi Muhammad SAW

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 201)


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)


Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku" (Surah Al-Israa' 17: Ayat 80)


4.  Doa Nabi Adam AS

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Surah Al-A'raaf 7: Ayat 23)


5. Doa Nabi Nuh AS

Nabi Nuh berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi". (Surah Hud 11: Ayat 47)


6. Doa Nabi Zakaria AS

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". (Surah Ali'Imraan 3: Ayat 38)


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Surah Al-Anbiyaa' 21: Ayat 89)


7. Doa Nabi Musa AS

Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku, Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku". (Surah Taha 20 : Ayat 25 - 28)


8. Doa Nabi Yusuf AS

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh". (Surah Yusuf 12: Ayat 101)



Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Surah Ghaafir 40 : Ayat 60)



Surah An-Nasr, Ayat 1 - 3

Assalamualaikum
Bismillah


Surah An-Nasr, Ayat 1 - 3

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), (An-Nasr 110:1) 

Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, (An-Nasr 110:2)

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (An-Nasr 110:3)


Kenapa Kita Diuji? | Surah Al-'Ankabut Ayat 2-3

Assalamualaikum
Bismillah


 Surah Al-'Ankabut Ayat 2-3


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-'Ankabuut 29:2) 


Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-'Ankabuut 29:3)

Salah satu bukti bahawa manusia itu benar-benar beriman apabila diberikan ujian. Samada ujian yang berbentuk kesenangan mahupun kesusahan. 


© all rights reserved
made with by templateszoo