Memaparkan catatan dengan label SESB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SESB. Papar semua catatan

Cara Semak & Bayar Bil SESB Secara Online Melalui MySESB

Assalamualikum
Bismillah

Terima kasih aku ingin ucapkan kepada pembaca blog ini yang bagi infomasi bahawa nak semak bil sesb dan bayar melalui OCS Quick dah tak boleh digunakan.

Sekarang korang dah boleh semak dan bayar bil sesb secara online melalui MySESB yang boleh dimuat turun di playstore.


Cara Semak & Bayar Bil SESB Secara Online Melalui MySESB 

bil-sesb-mysesb

1. Pertama sekali korang pergi ke playstore dan muat turun aplikasi MySESB.


2. Kemudian, korang boleh register akaun MySESB sekiranya belum sign up. Sekiranya korang pernah daftar OCS, cuma masukkan email dan password yang berdaftar di OCS. 


3. Korang akan menerima emel untuk RESET PASSWORD. Korang tekan butang 'Click Here' yang tertera pada emel.


4. Seterusnya, pastikan nama yang tertera sama seperti dalam resit bil elektrik korang ya. Kemudian masukkan password baru untuk reset. 

5. Password hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 8 karakter, Huruf Besar, Huruf Kecil, Nombor dan Simbol. Kemudian tekan SUBMIT. 



6. Seterusnya, korang hendaklah isi bahagian MY HOME seperti yang tertera pada gambar di bawah. Tekan butang SUBMIT. Dah selesai. Korang boleh lihat berapa jumlah bil yang hendak dibayar. 

7. Korang boleh klik 'View Bill' untuk semak bil elektrik. Kemudian, klik butang 'PAY NOW' untuk bayar bil elektrik sesb. 


8. Pada bahagian 'MAKE A PAYMENT', sila pilih amaun (RM) yang ingin dibayar. Korang boleh pilih untuk bayar keseluruhan bil, bil semasa ataupun berapa sahaja amaun yang korang nak bayar.

9. Bahagian 'PAYMENT METHOD' terbahagi kepada online banking atau kredit/debit kad sahaja. Klik 'PAY' untuk bayar. 


10. Gambar di bawah adalah contoh bil elektrik sesb yang telah berjaya di bayar. Korang boleh view bil dan download melalui pdf sebagai rujukan. 


Alhamdulillah, dengan adanya aplikasi MySESB ini sememangnya memudahkan para pengguna untuk lihat bil elektrik sendiri tanpa perlu menunggu resit datang setiap bulan. 

Semoga artikel ini memudahkan urusan korang semua. Jangan lupa share supaya lebih ramai yang tahu. 

Cara Semak Bil Elektrik (SESB) Paling Mudah Masukkan Kod Sahaja

Assalamualaikum
Bismillah

Sejak dari mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, semakin hari semakin banyak sistem semak dan bayar secara online dibuat yang mana sangat memudahkan pengguna tanpa perlu ke kaunter bayaran untuk berbaris. Ini akan mengurangkan risiko diri terkena pandemik covid-19.

Oleh itu, aku cuba untuk sedaya upaya mencari alternatif lain untuk semua pengguna sesb supaya korang mudah untuk semak bil elektrik. Alhamdulillah, kini aku telah jumpa caranya. Ikuti langkah berikut.

Cara Semak Bil Elektrik (SESB) Paling Mudah Masukkan Kod Sahaja


1. Klik sahaja link https://ocs.sesb.com.my/OCS_QUICK
 


2. Masukkan KOD STESEN dan NO AKAUN yang tertera pada bil elektrik korang.
 


3. Tanda "I am not robot" dan tekan "SEARCH" untuk semak. Korang akan nampak berapa pembayaran bulan lepas, jumlah bil elektrik sebelum diskaun dan jumlah yang perlu dibayar.

Contohnya bil elektrik sesb di atas adalah termasuk tunggakan. So, kelemahan semakan ini bagi aku korang tidak dapat lihat amaun bil semasa. Melainkan korang memang takda tunggakan lah.


Semoga perkongsian ini membantu memudahkan urusan korang.


Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi :

a) Talian SESB CARELINE 15454 atau 088-515 000, atau emel : komersil@sesb.com.my
b) Talian hotline myGCC 03-8000 8000
c) Talian hotline Sekretariat PRE2020 di 03-8882 9089


NEW UPDATED! 

Hai guys! Laman web nie dah tak dapat guna ya. So korang boleh bayar melalui Aplikasi MySESB. Aku dah buat tutorial Cara Semak & Bayar Bil SESB Secara Online Melalui MySESB. Jadi korang boleh baca kat SINI ya. 

Semoga bermanfaat! 


Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks | Sii Nurul

Assalamualaikum
Bismillah

Hai kalian. Dah nak hujung bulan ni, jangan lupa bayar bil air dan elektrik rumah. Jangan biarkan bil-bil tersebut tertunggak berbulan-bulan nanti diri sendiri yang penat membayar tau. Kadang-kadang dalam kesibukan kita bekerja, kita lupa nak bayar bil. Nak bayar di kaunter pembayaran pula, kena berbaris dan menunggu giliran.



Panas, sesak, ramai orang lagi, buang masa, tenaga dan minyak kereta ulang-alik bayar bil. Tetapi dengan kemudahan teknologi moden sekarang, dah ramai yang bayar bil secara online kerana ianya lebih mudah dan cepat. Semuanya di hujung jari. 

Baiklah, di sini aku ingin berkongsi Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks. Ikuti langkah yang berikut ya~



Langkah 1: Masukkan User ID CIMB Clicks korang dan kata laluan dengan betul


Langkah 2: Selepas log masuk ke akaun, korang akan dibawa ke muka hadapan CIMB Clicks. Klik pada menu "Pay Bills"


Langkah 3: Untuk pembayaran bil elektrik taip SESB untuk SABAH ELECTRICITY SDN BHD. Maukkan no akaun bil yang tertera pada bil. 

Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks
(Maaf yg nie bil bulan lepas, korang hanya rujuk KOD STESEN  & NO AKAUN sahaja)

Langkah 4: Masukkan nombor KOD STESEN dahulu, diikuti dengan nombor AKAUN. Contoh : 310110196905. Masukkan amaun yang ingin dibayar.


Langkah 5: Pastikan nama bil tersebut adalah betul iaitu merujuk kepada "Sabah Electricity Sdn Bhd(SESB)" serta nombor akaun untuk bil juga tepat. Klik "Make Payment" untuk confirm pembayaran.


DONE! Pembayaran Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks telah berjaya. 

Alhamdulillah, aku sekarang memang bayar bil elektrik secara online ja. Hopefully post ini sedikit sebanyak membantu korang. Kita mudahkan urusan orang, InsyaAllah, Allah permudahkan urusan kita. :)

Sekiranya korang ada masalah dengan tutorial ini, sila komen di bawah ya ^^ 



Daftar Akaun Online Customer Service (OCS) Untuk Semak Bil Elektrik (SESB)

Assalamualaikum
Bismillah

Cara Daftar Akaun OCS Untuk Semak Bil Elektrik (SESB)

Perasan tak berapa hari ini pekerja SESB tak datang pun untuk cek meter elektrik kita. Pasti korang tertanya-tanya kan berapa dah amaun bil elektrik korang untuk bulan lalu atau terkini. 

Sekarang korang boleh menyemak jumlah bil elektrik anda melalui aplikasi Online Customer Service (OCS) SESB tanpa perlu tunggu pekerja SESB datang. 


Klik di pautan tersebut Online Customer Service  https://ocs.sesb.com.my/

Klik pautan "create an account" bagi yang pengguna yang belum buat pendaftaran akaun OCS.


Isi maklumat yang dikehendaki di "Sign up for a new account" (Lihat gambar di bawah)

  • Email (pastikan email aktif)
  • Password (mengandungi huruf besar, huruf kecil dan simbol/nombor)
  • Confirm Password (ulang password)
  • Account Number (No akaun yang ada pada bil SESB)
  • IC Number (Registered customer only) - No Mykad pengguna yang tertera pada bil elektrik

Setelah itu, klik petak segi empat kecil untuk "Agree" dan "SIGN UP".

Semak email korang untuk aktifkan akaun SESB Online Customer Service. Klik link yang telah diberi. 



Korang boleh semak jumlah amaun bil elektrik terkini.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, boleh klik "Account number". 


Korang boleh lihat secara lebih terperinci amaun bil semasa dan jumlah bil yang perlu dibayar secara keseluruhan. 



Pembayaran boleh dibuat melalui Online Banking, E-Wallet, dan E-Pay.







Pengguna Domestik


i. Pengguna dengan bil bulanan RM500 dan ke bawah akan diberi diskaun 2% dan 28% iaitu sejumlah 30% bagi tempoh 3 bulan bermula April sehingga Jun 2020. Seterusnya diskaun sebanyak 2% akan diberikan bagi 3 bulan selanjutnya iaitu Julai sehingga September 2020.

ii. Pengguna dengan bil bulanan melebihi RM500 akan diberi diskaun 2% sepanjang tempoh 6 bulan, dari April sehingga September 2020.


Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi :

a) Talian SESB CARELINE 15454 atau 088-515 000, atau emel : komersil@sesb.com.my

b) Talian hotline myGCC 03-8000 8000

c) Talian hotline Sekretariat PRE2020 di 03-8882 9089


© all rights reserved
made with by templateszoo