Memaparkan catatan dengan label Study. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Study. Papar semua catatan

Komplikasi dalam Pembentukan Identiti ‘The Beloved’ di dalam buku "Heroes and Other Stories" Karya Karim Raslan

Assalamualaikum
Bismillah

Malam tadi aku check email, ternampak satu fail lama tentang tugasan yang aku pernah buat semasa di Universiti. Antara subjek elektif yang aku pernah ambil ialah "Sastera dan Gender". Subjek ini antara subjek yang menarik dan seronok bagi aku. 

Jadi aku mahu kongsikan di blog beberapa soalan tugasan sebagai kenangan semasa belajar dulu. Semoga bermanfaat buat mereka yang belajar subjek yang sama. 

‘The Beloved’ di dalam buku "Heroes and Other Stories" Karya Karim Raslan

Soalan 1 : Bincangkan komplikasi dalam pembentukan identiti Alissa dan Johari yang membuatkan mereka berpisah dan berkahwin dengan pasangan masing-masing.


Berdasarkan cerpen pendek yang bertajuk ‘The Beloved’ di dalam buku Heroes and Other
Stories karya Karim Raslan
yang mana cepen pendek ini meletakkan Johari dan Alissa sebagai
watak utama. 

Komplikasi pembentukan identiti di antara Johari dan Alissa telah menjadi penyebab kepada terputusnya hubungan percintaan mereka yang akhirnya membawa kepada perkahwinan pilihan pasangan mereka masing-masing. 

Perbezaan pembentukan identiti di antara mereka tidak berjaya mempertahankan kisah cinta mereka. Pembentukan identiti merujuk kepada suatu proses membina suatu identiti kendiri. Berdasarkan Azizi Hj Yahaya (2011) dalam kajiannya yang bertajuk “Definisi Remaja Dan Pembentukan Konsep Kendiri Dalam Hubungannya Dengan Keluarga” mengatakan bahawa Erikson (1968) dan Adler (1998) meletakkan remaja pada tahap kelima diantara lapan tahap yang dibentuk dalam Teori Krisis Psikisosial. Pada tahap ini juga kebanyakan remaja akan menghadapi komplikasi pembentukan
diri.

Pembentukan diri Alissa iaitu heroin dalam cerpen pendek ‘The Beloved’ bermula dengan
pembentukan identiti yang bermaksud seseorang itu tahu siapa diri dia sendiri dan mengetahui
apa yang perlu dilakukan berdasarkan maklumat yand diperoleh mengenai diri sendiri.

Berdasarkan cerpen tersebut pembentukan identiti Alissa bermula dengan beridentitikan seorang
perempuan atau wanita. Konsep identiti sebagai seorang perempuan atau wanita sering kali
dikaitkan dengan konsep feminin. 

Pengertian sebenar mengenai feminin sukarnya dijelaskan hal ini kerana terlalu banyak mengenai konsep feminin antaranya ialah ‘liberal feminism, development feminism dan marxist feminisme’ (Judith Lorber, 1997).

Feminin ialah sifat atau tingkah laku yang dikaitkan dengan budaya tertentu, seseorang wanita yang bersifat feminin sering dikaitakan dengan wanita yang pandai menggayakan pakaian yang dipakai serta sentiasa mengikuti trend fesyen terkini. 

Alissa dikaitakan sebagai seorang wanita yang feminin kerana Alisssa dibesarkan dengan keadaan di mana dia mampu memiliki setiap keperluan yang diinginkan. Heroin dalam cerpen pendek ‘The Beloved’ iaitu Alissa dibesarkan disebuah keluarga yang memilki status hidup yang baik iaitu antara keluarga yang kaya dan hidup serba mewah.

Manakala hero didalam cerpen tersebut dikenali sebagai Johari. Seorang penulis dan berindentitikan sebagai seorang lelaki. Konsep identiti sebagai seorang lelaki sering dikaitkan dengan sikap tertentu yang berbeza dengan seorang wanita, sebagai contoh sifat keberanian sering kali dikaitkan dengan lelaki. 

Identiti sebagai soerang lelaki juga selalu dipandang sebagai golongan yang berupaya melakukan pelbagai pekerjaan yang sesetengahnya tidak mampu dilakukan oleh golongan wanita khususnya pekerjaan yang berkaitan dengan kemahiran atau pekerjaan yang berat. 

Golongan lelaki juga sering dianggap sebagai ketua dalam pelbagai aspek termasuklah dari segi kepimpinan. Walau bagaimanapun, hero cerpen ‘The Beloved’ memilih untuk menjadi seorang penulis sebagai kerjayanya. Melalui kerjaya sebagai penulis juga, Johari sentiasa menulis Alissa sebagai sumber inspirasi untuk mendapatkan ilham bagi penulisannnnya.

Konsep heteroseksual juga antara konsep penting dalam pembentukan diri seseorang. Konsep ini merujuk kepada seseorang yang mana mempunyai orientasi seksual terhadap orang yang berlainan jantina. 

Dalam erti kata lain heteroseksual menunjukkan seseorang yang tertarik dengan orang lain sehingga timbulnya perasaan suka terhadap seseorang. Hal ini dapat dilihat apabila Johari tertarik dengan Alissa semasa awal pertemuan mereka, ini menunjukkan Johari memiliki heteroseksual begitu juga dengan Alissa sehingga akhirnya membawa kepada hubungan cinta mereka. 

Golongan yang memiliki sifat heteroseksual dianggap sebagai golongan yang normal dimata masyarakat kerana lelaki tertarik dengan wanita dan wanita tertarik dengan lelaki. Sebaliknya golongan yang tidak memiliki sifat heteroseksual dalam pembentukan identiti mereka akan membawa kepada konsep lain seperti gay, lesbian, transgender dan bisexual. (Hays dan Cates)

Selain itu, dalam pembentukan identiti juga, agama antara aspek yang perlu bagi menentukan cara seseorang hidup berdasarkan pegangan kepercayaaan sendiri. 

Agama dianggap sebagai suatu sistem kebudayaan yang ditandai dengan simbol-simbol citra keagamaan sesebuah masyarakat beragama (Yusri Mohamad Ramli, 2012). Islam, Kristian dan Buddha antara contoh agama besar yang banyak dianuti oleh masyarakat. 

Alissa dan Johari iaitu watak utama dalam cerpen The Beloved memilih Islam sebagai agama mereka. Mereka menjadikan Islam sebagai sistem kepercayaan mereka serta secara langsung menjdi panduan kehidupan mereka.

Selain berpegang kepada agama Islam Johari dan Alissa juga memiliki persamaan lain iaitu menggunakan bahasa pertuturan yang sama iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Walaupun mereka menetap di Malaysia yang mana bahasa Melayu sebagai bahasa utama pertuturan mereka namun keadaan itu tidak menghalang mereka untuk menguasai bahasa kebangsaan dunia (bahasa Inggeris). 

Keupayaan mereka bertutur dalam bahasa Inggeris memudahkan urusan pekerjaan mereka apatah lagi Alissa yang bekerja sebagai seorang peguam yang memerlukannya untuk menguasai bahasa Inggeris. Pekara ini juga memberi kelebihan kepada Johari bagi mempelbagaikan bahasa penulisannya dan secara langsung membolehkan kaum berbangsa lain memahami apa yang hendak disampaikan.

Komplikasi hubungan antara Johari dan Alissa berlaku apabila perbezaan pembentukan identiti melalui perbezaan kelas sosial. Kelas sosial bermaksud kedudukan seseorang berdasarkan pangkat dan kedudukan dalam lapisan masyarakat. 

Dalam cerpen The Beloved yang ditulis oleh Karim Raslan memaparkan kisah cinta antara Johari dan Alissa yang tidak dapat diteruskan disebabkan perbezaan kelas sosial yang mana Alissa dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya manakala Johari pula dilahirkan dalam sesebuah keluarga yang miskin. 

Kehidupan Alissa dan Johari jauh berbeza apabila Alissa mampu memiliki setiap benda yang diinginkan. Alissa mampu melanjutkan pengajiannya tanpa memerlukan bantuan dari mana-mana pihak
berbeza dengan Johari yang telah menerima bantuan biasiswa bagi melanjutkan pengajiannya.

Jurang perbezaan kelas sosial yang wujud antara mereka menghalang hubungan mereka untuk bertahan apabila Alissa tidak berani untuk hidup di kelas sosial yang rendah. Kehidupan yang serba mewah seperti menggunakan pakaian yang berjenama yang diimport dari Itali, serta menggayakan beg tangan berjenama seperti Channel menyebabkan Alissa memilih untuk hidup bersama pasangan lain yang mampu memberikannya kehidupan mewah. 

Jelaslah bahawa perbezaan kelas sosial menjadi penyebab utama kepada kisah cinta mereka yang tidak dapat bertahan lama.

P.S : Tak sangka ya pernah tulis esaimen macam nie. Rindu zaman belajar. Nampak sangat perbezaan gaya penulisan blog dengan ilmiah haha~ 

Kerja Sosial Gerontologi Lawatan Ke Comfort Aged Centre, Likas

Kerja Sosial Gerontologi Lawatan Ke Comfort Aged Centre, Likas

LATAR BELAKANG AGENSI AGED COMFORT CARE CENTRE LIKAS

Agensi Comfort Aged Care diasaskan oleh Encik Kent. Sebelum ini beliau merupakan pelajar yang mengambil jurusan Kimia Perindustrian di Singapura dan telah melanjutkan pelajaran pada tahun 1985. 

Agensi Comfort Aged Care Centre merupakan pusat jagaan harian kepada golongan yang berusia dimana ia terletak di kawasan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Agensi Comfort Aged Care Centre telah ditubuhkan sejak Julai 2016 di mana ia merupakan perkhidmatan pertama yang disediakan kepada klien atau pesakit yang mempunyai masalah demensia serta Alzheimer.

Encik Kent juga menyediakan perkhidmatan kepada warga tua yang mempunyai masalah kecacatan dari segi fizikal dan masalah neurologikal yang lain seperti warga berusia lanjut yang mempunyai masalah strok, dan penyakit Parkinson. 

Menurut Encik Kent semasa sesi lawatan, agensi ini merupakan pusat jagaan warga tua yang satu-satunya ditubuhkan khas kepada warga tua yang mengalami demensia. Penubuhan agensi ini adalah kerana beliau iaitu Encik Kent mempunyai seorang ibu yang menghidap penyakit demensia menyebabkan beliau cuba untuk mempelajari bidang Gerontologi serta membuat banyak kajian berkenaan demensia.



KEMUDAHAN & PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN 

  • Agensi ini mempunyai pelbagai golongan professional yang terdiri daripada jururawat dan psikoterapi yang diketuai oleh pengurus Agensi Comfort Aged Care Centre itu sendiri.

  • berkolaborasi dengan golongan professional dari luar negara yang mempunyai latihan dan kemahiran berkenaan dengan penjagaan warga tua. 

  • pusat jagaan ini juga dilengkapi dengan 16 buah CCTV.

  • menyediakan kemudahan seperti penghawa dingin, peralatan fisiterapi yang lengkap seperti di hospital, taman teraputik, dapur ruang tamu yang selesa dan luas kepada pesakit-pesakit beliau. 

PENGALAMAN MELAWAT AGENSI AGED COMFORT CARE CENTER LIKAS

Ini merupakan pengalaman kedua aku melawat agensi ini kerana pada semester sebelum ini kami pernah membuat lawatan ke agensi ini untuk tugasan berkumpulan dimana kami menemu bual Encik Kent iaitu pengasas kepada agensi ini tentang penderaan terhadap golongan warga tua

Daripada pengalaman yang lepas dari segi kemudahan fasiliti di dalam agensi ini tiada sebarang perubahan. Namun dari aspek lain seperti ahli terapi, jururawat mahupun golongan professional dilihat semakin bertambah daripada sebelumnya.

Selain itu, kami tidak mempunyai sebarang masalah ketika hendak ke lokasi agensi ini kerana pengalaman lawatan sebelum ini membantu saya untuk mudah mencari lokasi tersebut. Agensi ini dibuka pada setiap 8.00 Pagi sehingga 7.00 Malam. 


Pada hari lawatan tersebut, seramai 26 orang pelajar daripada Kursus HA20 Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga telah berkumpul di agensi tersebut sebelum jam 9.00 pagi. Setelah semua pelajar telah hadir, Encik Kent memberi taklimat ringkas berkenaan latar belakang Agensi Comfort Aged Care Centre. Selain itu, Encik Kent juga menerangkan kepada kami tentang maksud demensia serta faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya demensia.

Apa yang menarik perhatian saya semasa berada di agensi tersebut apabila salah seorang pelajar yang melawat tidak sengaja terbatuk. Lalu Encik Kent segera bertanya samada kami mengalami batuk mahupun selesema pada ketika itu. 

Hal ini demikian kerana, menurut beliau warga tua juga seperti kanak-kanak yang semakin lama semakin kurang imunisasi badan mereka menyebabkan mereka mudah untuk dijangkiti penyakit. Apabila pesakit-pesakit beliau mengalami demam ataupun batuk, maka Encik Kent akan menyuruh pesakit beliau untuk segera berjumpa dengan doktor ataupun tidak perlu ke agensi Comfort Aged Care Centre pada hari tersebut kerana beliau khuatir bahawa penyakit tersebut akan merebak kepada warga tua yang lain.

Setelah hampir 20 sehingga 30 minit menerangkan tentang etika semasa lawatan, latar belakang dan sejarah penubuhan dan sedikit pengalaman beliau, kami diminta untuk melihat kemudahan-kemudahan lain di dalam pusat jagaan tersebut. 

Kami tidak dapat melakukan banyak akitivit pada ketika itu kerana bilangan pelajar yang melawat yang terlalu ramai membataskan pergerakan kami. Jadi kami hanya mendengar sahaja cerita serta pengalaman beliau dalam penjagaan warga tua. Kami juga diberi peluang untuk bercerita dengan salah seorang daripada warga tua tersebut mengikut kumpulan.

Kerja Sosial Gerontologi Lawatan Ke Comfort Aged Centre, Likas


APA YANG DIPELAJARI SEMASA LAWATAN

Memandangkan ini adalah pengalaman kedua saya melawat ke agensi Comfort Aged Care, maka aku sudah mempunyai gambaran awal berkenaan dengan gerontologi, demensia dan juga apa sebenarnya yang dilakukan oleh seorang pekerja sosial gerontologi. 

Apa yang membezakan antara lawatan pertama saya adalah dimana kami hanya fokus kepada mencari maklumat berkenaan penderaan warga tua dan kurang memahami berkenaan penyakit demensia walaupun Encik Kent telah menerangkan kepada kami dengan lebih lanjut. Pada lawatan kedua kali ini, saya mula memahami lebih lagi berkaitan dengan demensia.

Menurut Encik Kent, setiap pesakit warga tua yang dihantar di sini tidak mempunyai masalah dari segi penderaan fizikal, emosi mahupun pengabaian. Hal ini kerana anak-anak mereka sendiri yang menghantar ke pusat jagaan tersebut agar ibu bapa mereka tidak diabaikan atau keboringan apabila bersendirian di rumah ketika anak-anak mereka sibuk bekerja. 

Beliau berpendapat sekiranya anak-anak pesakit warga tua tersebut diabaikan, maka anak-anak mereka tidak akan prihatin mahupun menjaga kebajikan ibu bapa mereka.

Oleh itu apa yang dapat saya pelajari bahawa menghantar ibu bapa ke pusat jagaan bukanlah suatu yang dianggap sebagai pengabaian, malah ia juga merupakan tanggungjawab untuk menjaga kebajikan orang tua apatah lagi sekiranya warga tua tersebut tinggal bersendirian di dalam rumah. 

Di agensi Comfort Aged Care menyediakan pelbagai jenis aktiviti bermanfaat mengikut jadual yang telah ditetapkan kepada warga tua agar mereka kekal aktif di samping meningkatkan kemahiran interaksi dan sosial pesakit warga tua.

Selain itu, apabila melawat ke pusat jagaan ini mengingatkan saya kepada nenek serta arwah datuk saya yang telah meninggal 5 tahun yang lalu. Aku faham bahawa menjaga seorang warga tua bukannya suatu kerja yang mudah kerana aku juga mempunyai pengalaman dengan nenek yang menghadapi masalah mental. 

Warga tua yang mempunyai masalah mental sangat berbeza dengan warga tua yang menghidap penyakit demensia. Hal ini demikian kerana apabila saya melihat pesakit warga tua di agensi ini walaupun ada segelintir warga tua telah berumur 90 tahun ke atas namun dari aspek kognitif mereka dilihat masih dalam keadaan baik dan paling tidak mempunyai masalah dalam pengurusan diri kerana tidak berupaya untuk melakukan banyak pergerakkan dengan usia yang begitu tua.

Oleh itu, bagi pendapat saya walaupun warga tua tersebut mengalami masalah demensia, Alzheimer mahupun kecacatan fizikal, dengan adanya agensi Comfort Aged Care, maka anak-anak boleh menghantar ibu bapa mereka ke sini agar mendapat rawatan yang sebaiknya. 

APAKAH PENYERTAAN DALAM LAWATAN MEMPENGARUHI ATAU MENGUBAH PEMIKIRAN DAN MATLAMAT DALAM PEKERJAAN?

Lawatan ini sedikit sebanyak mengubah pandangan aku terhadap bidang gerontologi kerana ia juga merupakan suatu pekerjaan yang mempunyai permintaan yang ramai. 

Department of Statistics Malaysia Official Website (2015) melaporkan bahawa jumlah penduduk yang telah lama atau mempunyai jangka hayat yang lama semakin bertambah dari 4.6% pada tahun 1957 kepada 5.7% pada tahun 1990. Selain itu, ia juga meramalkan bahawa kadar tersebut akan terus meningkat daripada 6.3% pada tahun 2000 kepada 12% pada tahun 2030. 

Ini menunjukkan sebilangan besar warga emas di Malaysia mengalami masalah kemerosotan fungsi kognitif atau menghidap penyakit demensia tanpa disedari. Apabila bilangan populasi warga emas di Malaysia meningkat 15% pada tahun 2030, maka bilangan pesakit demensia ini juga akan bertambah lebih besar lagi.

Namun begitu untuk menjadikan ia salah satu bidang dalam pekerjaan setakat ini belum banyak mempengaruhi pendirian untuk menjadi seorang pekerja sosial kanak-kanak atau ahli terapi kanak-kanak. 

Pendedahan terhadap bidang gerontologi sangat baik untuk menambah pengetahuan dalam aspek penjagaan warga tua. Suatu hari nanti setiap manusia juga semakin lama semakin lanjut usia dan amat penting untuk mempelajari kemahiran asas serta pengetahuan berkenaan dengan demensia agar apabila berada dalam situasi tersebut ataupun sekiranya ibu bapa mengalami demensia aku mempunyai pengetahuan asas terhadap penyakit ini.

Menjaga kebajikan orang tua merupakan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa seperti mana yang diajar dalam agama Islam. Oleh itu, perlu terapkan nilai kesabaran yang tinggi serta kasih sayang terhadap warga tua tidak kira samada ibu bapa kita ataupun warga tua yang lain.

Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa masalah yang dihadapi mereka sebenarnya turut memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak ataupun emosi kanak-kanak. Pengalaman pahit semasa kecil memberi kesedaran bahawa institusi keluarga yang stabil dapat mengurangkan masalah seperti yang kita lihat sendiri di kaca televisyen, laman sosial dan keratin akhbar banyak melaporkan kejadian remaja bawah umur yang lari dari rumah, kes penderaan kanak-kanak serta masalah sosial yang lain.

Sekiranya kanak-kanak sejak daripada kecil lagi tidak dijaga dengan baik samada dari aspek fizikal, emosi mahupun sosial, bagaimana suatu hari nanti anak-anak itu mahu menjaga ibu bapanya apabila mereka sudah tua nanti. 

Hal ini demikian kerana mungkin semasa kecil kanak-kanak sering diabaikan, didera dan sebagainya menyebabkan apabila kanak-kanak itu meningkat remaja sehingga dewasa mereka mungkin kurang mengambil berat terhadap orang tua mereka. Namun, aku tidak mengatakan bahawa semua orang mempunyai sifat sedemikian.

Pengetahuan dalam bidang psikologi kanak-kanak dan keluarga membuka minda bahawa menjaga seorang anak itu bukannya suatu pekerjaan yang mudah kerana anak-anak itu ibarat sebuah kain putih yang perlu dibentuk peribadinya. Dan pengetahuan dalam bidang gerontologi juga memberi  banyak manfaat yang sama dimana pentingnya kita menjaga kebajikan warga tua di samping berbakti kepada ibu bapa kita.

Walaupun begitu, sekiranya pada masa akan datang diberi peluang untuk menjadi seorang pekerja sosial warga tua, itu merupakan suatu peluang yang baik dalam pemilihan kerjaya walaupun aku lebih memilih untuk menjadi seorang ahli terapi kanak-kanak dimana sesuai dengan bidang yang diambil oleh saya ketika di universiti. Apapun pekerjaan pada masa akan datang yang penting adalah minat dan usaha kita untuk melakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Kesimpulannya, lawatan ini memberi banyak manfaat dan pengetahuan berkenaan warga tua serta penyakit yang berkaitan seperti demensia dan Alzheimer. 

Permintaan dalam bidang gerontologi ini sangat banyak tetapi disebabkan oleh kurangnya golongan professional dalam bidang ini di Malaysia menyebabkan kurang pendedahan yang lebih kepada masyarakat terhadap warga tua. Dan aku amat bersetuju sekiranya di universiti menyediakan kursus seperti gerontolgi kepada pelajar kerana ini merupakan pengetahuan asas yang patut dipelajari oleh semua orang. 

Dah Habis SPM? Lepas Ini Nak Sambung Mana....

Assalamualaikum
Bismillah

Sebelum ini aku pernah kongsi juga Hala Tuju Selepas SPM tetapi entri itu lebih kepada pengalaman aku nak sambung mana selepas habis SPM. Jadi mungkin adik-adik lepasan SPM yang baca sedikit kecewa sebab masih tak tahu nak sambung mana kan.

Aku pasti ramai yang bingung, keliru dan tak tahu kan. Cita-cita nak jadi guru tapi tak tahu nak sambung mana. Akhirnya, ramai yang salah pilih haluan selepas SPM. Akulah antara orang yang keliru nak sambung mana dulu..

Dah Habis SPM? Lepas Ini Nak Sambung Mana....

Yang kebanyakkan orang tahu habis belajar saja sambung Tingkatan 6, Diploma atau Matrikulasi kan. So, kali ini aku berkongsi panduan nak sambung mana selepas habis SPM. 

1. STPM (Tingkatan 6)

Mesti dah ramai tahu pasal Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kan. Yang berminat bolehlah sambung ke Tingkatan 6. Aku pun dulu bekas pelajar Tingkatan 6 juga. Form 6 dah tak macam dulu, sebab Tingkatan 6 dah dikategorikan sebagai Pra-Universiti. 

Peperiksaan pun dah tak macam dulu. Kalau gagal boleh repeat paper haha. Sesiapa yang memilih STPM juga korang boleh terus sambung Ijazah selepas habis belajar. Kiranya pilihan ini merupakan "Fast Track" nak masuk Universiti lah. Belajar pun tak lama, hanya setahun setengah sahaja berbanding diploma. 

Kelebihan masuk Tingkatan 6 juga adalah dari segi kos pengajian yang murah. Lagi-lagi kalau Pusat Tingkatan 6 korang berdekatan rumah, bertambahlah jimat poket korang. Selain itu, dari segi pakaian pun dah macam ala-ala di Universiti. Tak perlu pakai baju sekolah. Peluang pekerjaan untuk STPM juga ada just in case korang dah tak nak sambung Ijazah. 

2. STAM (Tingkatan 6)

Memandangkan aku bukanlah pilih STAM selepas SPM, aku pun tak berapa tahu sangat tentang Sijil Tertinggi Agama Malaysia (STAM). Bagi yang memilih haluan ini, kebanyakkan tertumpu kepada pelajar aliran agama. 

STAM ini sama saja dengan STPM, dah habis belajar boleh terus sambung ke peringkat Ijazah di universiti. Kalau keputusan STAM korang bagus, boleh juga sambung belajar di luar negara seperti Jordan dan Mesir. 


3. Matrikulasi

Kebanyakkan pelajar yang memilih aliran Matrikulasi ini lebih cenderung ke arah aliran kejuruteraan, perakaunan dan aliran sains tulen. Abang dan adik lelaki aku selepas SPM terus sambung Matrikulasi. Aku pula tak minat nak belajar sains walaupun aku daripada aliran sains tulen semasa SPM.

Ramai yang pilih haluan ini. Kebanyakkan pelajar cemerlang sahaja yang ditawarkan ke Matrikulasi. Sekiranya ditawarkan ke Matrikulasi, secara automatik memang tak dapatlah masuk Tingkatan 6. Matrikulasi ini bukan di sekolah lagi. 

Macam kat Sabah ini, Matrikulasi Labuan. Tempoh program matrikulasi bergantung dengan course yang diambil samada korang pilih program 1 atau 2 tahun. 

Selepas tamat pengajian di Matrikulasi korang boleh pilih mana-mana universiti awam di Malaysia. Cuma apa yang aku faham berdasarkan pengalaman adik aku yang belajar di Matrikulasi Labuan, bidang yang dipilih di universiti nanti berdasarkan keputusan matrikulasi korang.

Sesiapa yang pernah sambung matrikulasi bolehlah share di ruangan komen di bawah ya. Sama-sama kita bantu kongsi ilmu dan pengalaman supaya adik-adik kita ini boleh buat keputusan dengan baik nak sambung mana.

4. Asasi

Dulu aku tak berapa faham sangat dengan Asasi ni. Sekiranya korang nak sambung program Asasi ini pun bagus juga sebab Asasi sama juga seperti Matrikulasi. Cuma yang membezakan Asasi dengan Matrikulasi ialah ia dikendalikan oleh pihak universiti. Orang kata kalau pilih Asasi memang dah confirm dapat tempat di universiti.

Cuma sekiranya korang nak memilih asasi, pastikan korang dah tahu nak ambil course apa masa sambung Ijazah nanti. 

5. Diploma

Korang juga boleh memilih untuk meneruskan pengajian di peringkat diploma. Program diploma yang bestnya ada ditawarkan di univeristi awam, swasta dan mana-mana kolej yang berdekatan. Biasanya diploma akan mengambil masa dalam tempoh 2 tahun setengah atau 3 tahun. Bergantung lah dengan course yang korang ambil. 

Aku ada sepupu yang sambung Diploma dalam bidang perakaunan di MSU. Program pengajian dia hanya 2 tahun sahaja. Memandangkan program peringkat diploma ini telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Jadi, korang kena tahu dah apa pilihan course yang diminati.

Kalau minat nak jadi guru bolehlah ambil bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Minat memasak? Korang cari bidang Kulinari atau perhotelan. Jangan main-main tau dengan orang yang sambung peringkat diploma ni sebab kebanyakkan course yang ditawarkan mempunyai peluang yang baik untuk pasaran kerja akan datang. 

Pelajar lepasan Diploma juga boleh terus bekerja ataupun meneruskan pengajian Ijazah. Ada yang meneruskan pengajian dalam peringkat Ijazah dalam bidang yang sama. So, korang boleh melakukan pengecualian kredit supaya dapat memendekkan tempoh pengajian semasa degree nanti.

6. Politeknik

Hah.. yang tak berapa okay sangat akademik tetapi nak juga sambung belajar bolehlah pilih Politeknik. Politeknik ini pilihan yang sangat tepat buat pelajar lepasan SPM yang cenderung ke arah kemahiran. Ada orang dia mungkin tak berapa okay dari segi akademik, tetapi kemahiran dia power! 

Jangan ingat lepasan Politeknik ini tak laku kalau kerja. Berbanding graduan lepasan universiti, tahap kebolehpasaran graduan lepasan Politeknik ini lebih tinggi sebab korang bukan sahaja belajar teori, malah praktikal sekali.

Politeknik menerapkan pembelajaran 50% teori dan 50% praktikal, berbanding institut universiti yang hanya 80% teori dan 20% praktikal. Yuran pengajian juga murah berbanding universiti awam. Politeknik ini juga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).


7. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Siapa cita-cita nak jadi guru tu? Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin menjadi cikgu sekolah, inilah peluang korang untuk sambung pengajian dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Secara ringkasnya, PISMP merupakan program guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pelajar lepasan SPM.

Korang yang berminat dengan pilihan ini akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama setahun di IPG yang telah ditetapkan. Pelajar yang lulus akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan kemasukan ke PISMP selama 4 tahun secara sepenuh masa.

Bagi yang meminati sangat bidang perguruan, bolehlah memilih PISMP. Korang yang berumur tidak lebih dari 20 tahun layak memohon. Program ini melatih bakal-bakal guru lepasan SPM. Terdapat pelbagai program yang korang boleh pilih seperti Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan lain-lain lagi.

Apabila korang dah tamat pengajian akan mengajar di sekolah kebangsaan mengikut bidang yang diceburi. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di web rasmi PISMP. Bagi pemohon yang pertama kali perlulah mendaftar terlebih dahulu.


8. Latihan Separa Perubatan

Kalau korang berminat dalam bidang separa perubatan boleh memohon Latihan Separa Perubatan di laman web rasmi SPA. Sekiranya lulus exam online dan temuduga, segala kos pembelajaran ditanggung sepenuhnya oleh kementerian. Selain itu, sesiapa yang memasuki Latihan Separa Perubatan, korang dibayar untuk belajar. 

Apabila memasuki Latihan Separa Perubatan, sebaik sahaja habis belajar, peluang untuk terus diserap masuk sebagai penjawat awam sangat tinggi. Tetapi tiada jaminan akan akan dipanggil berkhidmat dengan KKM. Kerana sekarang ini masih ramai lepasan Latihan Separa Perubatan menunggu panggilan dipanggil untuk berkhidmat.

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun. Bagi pemohon yang baru pertama kali perlulah mendaftar terlebih dahulu di web rasmi SPA. Di SPA juga terdapat pelbagai jawatan lain seperti diperingkat PMR, SPM, Diploma/STPM mahupun Ijazah.



9. Latihan Kemahiran Malaysia

Bagi yang meminati bidang pelbagai kemahiran, korang boleh memohon samada Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Komuniti, Akademi Binaan Malaysia, Giatmara dan banyak lagi. Kursus juga banyak ditawarkan seperti automotif, menjahit, memasak dan lain-lain lagi. Ramai yang tak tahu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ini mempunyai beberapa tahap. 

10. Bekerja

Haa.. Yang tak minat nak sambung bolehlah terus bekerja. Cuma kalau nak terus bekerja tidak boleh terlalu memilih. Ambil pengalaman yang penting. Ramai je pelajar lepasan SPM yang lebih berjaya apabila memilih untuk bekerja. Tak masuk Universiti tidak semestinya tidak berjaya dalam hidup kan.


Fuh.. panjang gila nak menaip kali ini. 

Akhir kata, walau apa pun keputusan yang kamu pilih. Pilihlah dengan sebaik mungkin, kerana ini melibatkan masa depan kita sendiri. Kalau korang rasa sambung belajar itu lebih baik, maka sambunglah. Lagi-lagi yang ada minat. Insya'Allah Allah akan permudahkan setiap jalan yang kita pilih.

Kalau dengan bekerja itu korang rasa itulah pilihan yang lebih baik. Maka, teruskanlah dengan pilihan korang. Sebenarnya nak sambung atau tidak itu dari diri kita sendiri saja. Apa sahaja pilihan yang korang pilih tiada yang betul atau salah. 

Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com 



Subjek Yang Susah Adalah Membosankan

Assalamualaikum
Bismillah

Beberapa hari yang lalu, aku menerima satu email tentang seorang pelajar yang minat nak belajar psikologi tetapi tak nak belajar subjek yang susah ataupun dalam erti kata yang lain mahu mengelak daripada ambil subjek yang susah. Katanya, subjek yang susah adalah membosankan. 


Salah satu cara untuk mengelak diri kita daripada berasa bosan untuk mempelajari sesuatu subjek adalah dengan menanam perasaan minat terhadap subjek tersebut. Sesetengah pelajar merasakan sesuatu subjek itu adalah membosankan apabila mereka tidak memahami, lemah terhadap subjek tersebut dan malu untuk bertanya soalan. 

Walaupun ada sesetengah subjek adalah membosankan, kita terpaksa juga belajar dan memahami untuk skor dalam peperiksaan. You can't change the fact that the subject is offered and graded, but you can change your attitude.

Sekiranya anda mempunyai masa lapang yang banyak, adalah lebih baik sekiranya buat appointment dengan pensyarah dan bertanya tentang apa yang anda tidak fahami semasa dalam kuliah. Kalau anda berasa malu, ajak kawan yang kurang faham atau yang mempunyai masalah yang sama terhadap subjek tersebut. 

Do not feel shy to show your ignorance, a smart person is one who knows what he does not know. 

Sebagai seorang pelajar sudah menjadi perkara biasa apabila kita tidak tahu tentang sesuatu perkara. Being exposed to a new subject, any person will need some help at understanding it. 

You must have a good mindset when studying. Cuba buang ego tu dahulu. You gain nothing by being egoistic. Ramai pelajar yang merasakan kejayaan semasa sekolah dulu menjadikan diri mereka sombong untuk bertanya kerana mereka takut untuk melakukan kesilapan. 
Do not live in your past glory when you were the best student. It is okay to make mistakes while learning. This will prevent you from repeating the same mistakes later.

Praktikal atau Thesis? | Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga

Assalamualaikum
Bismillah

First of all thanks to my dear Junior for comment on my blog. Alhamdulillah kerana blog ini sedikit sebanyak memberi maklumat kepada para junior yang mengambil bidang psikologi, khususnya bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga. 


Back to question. Kepada para Junior yang masih tertanya-tanya bagaimana cara nak pilih samada nak ambil praktikal ataupun thesis? Di sini ada sedikit tips berdasarkan pengalaman aku sebagai senior yang ambil course child & family psychology. 

Thesis
Anda digalakkan untuk mengambil thesis atau latihan ilmiah sekiranya anda mempunyai keputusan yang baik sepanjang semester. Mostly, pelajar dekan ramai yang ambil thesis. 

Sekiranya anda bercadang untuk ambil thesis, disarankan agar pada semester 4 tahun 2 anda telah mempunyai tajuk ataupun tema untuk thesis anda. Banyakkan berjumpa dan bertanya dengan pensyarah untuk berbincang berkenaan thesis anda. 

JANGAN sesekali buat tajuk last minit. 

Praktikal
Baiklah, bagi anda yang bercadang mahu menjalankan Latihan Praktikal, anda digalakkan untuk senaraikan tempat-tempat praktikal yang anda mahu. Antara tempat yang disarankan untuk menjalankan latihan praktikal adalah :

1. Hospital (Bahagian Kanak-Kanak)
2. Pusat Pendidikan Khas 
3. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
4. Sekolah Pendidikan Khas
5. Sekolah Rendah 
6. Pusat Pemulihan atau Rumah Anak Yatim

Note : Anda dibolehkan untuk mencari tempat praktikal samada kerajaan mahupun swasta.

Syarat Latihan Praktikum:
1. Bekerja minimum 5 jam sehari atau lebih.

2. Bekerja sekurang-kurangnya 5 hari dalam seminggu.
3. Tempat praktikal mempunyai 20 orang kanak-kanak atau lebih
4. Pemilihan tempat berdasarkan pilihan (Mini kajian, Kajian Kes, Menjalankan Program)


Note : Syarat ini boleh berubah. Refer to Buku Manual Praktikum. 

Tugasan Yang Wajib Dibuat Semasa Praktikal
Sekiranya anda memilih Latihan Praktikal semasa internship, anda diberi 3 pilihan sebagai tugasan semasa praktikal. Anda diwajibkan untuk memilih salah satu tugasan :

1. Mini Kajian
2. Kajian Kes
3. Tiga (3) Program Jangka Pendek

Setakat ini, itu sahaja yang perlu dikongsi untuk memberi sedikit gambaran kepada para junior yang bakal menjalankan internship. Sebarang pertanyaan berkenaan Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga boleh email di nurulatikayunus23@gmail.com 

Final Exam Bahasa Jepun Tahap 3 [Semester Pendek]

Assalamualaikum
Bismillah



Sebenarnya kisah ni dah berlalu beberapa bulan yang lepas. Tetapi aku rasa nak kongsi juga pengalaman pahit manis dengan belajar Bahasa Jepun. 

Sebelum ini aku pernah berkongsi tentang pengalaman aku terpaksa mengulang Bahasa Jepun Tahap 3 sebanyak dua kali. Aku tidak ingat dari mana nak mulakan cerita. Yang aku tahu, setiap semester aku mesti tersangkut kat Bahasa Jepun Tahap 3. 

Sampaikan aku rasa nak putus asa sudah untuk ambil subjek ini.

google image

Akhirnya, pada tahun terakhir aku membuat keputusan untuk tidak mengulang Bahasa Jepun Tahap 3 dan fokus kepada subjek yang lain. Keputusan aku ini akan memberi kesan dimana aku terpaksa extend selama 1 semeter untuk mengulang Subjek Jepun sahaja. 

Aku rasa inilah keputusan yang terbaik aku telah lakukan. Aku berserah sahaja. Dalam fikiran aku, semester hadapan aku cuma fokus kepada subjek Jepun sahaja tanpa gangguan daripada subjek lain. It's okay

Biarlah graduate lewat. Yang penting aku mahu dapat keputusan yang terbaik. Tetapi kita hanya merancang sahaja. Allah yang tentukan semuanya. Apa yang dirancang tidak tercapai. Semasa praktikal aku terpaksa ke kelas untuk belajar Bahasa Jepun Tahap 3. 

Serius memang penat. Pagi kerja, petang pula menghadap lecture Jepun 3 jam. Kadang kala sampai 4 jam. Berasap otak masa tu. Walaupun begitu, aku sangat respect dengan pensyarah bahasa jepun aku. 

Semasa dalam proses semester pendek, aku diajar oleh 6 orang pensyarah Bahasa Jepun. Setiap minggu aku akan diajar oleh pensyarah yang berlainan. Ini adalah satu kelebihan buat aku yang mengulang semester pendek. Aku dapat pengalaman banyak daripada mereka. 

Aku sangat kagum dengan semangat mereka mengajar aku, sentiasa bagi sokongan dan kata-kata semangat. Terharu sebenarnya~ Aku rasa bodohnya semasa belajar bahasa jepun tu hahaha~ 

Tetapi pensyarah aku tetap sabar dan sentiasa usaha untuk cari kekuatan aku supaya boleh catch up dengan Bahasa Jepun.

Alhamdulillah, Oral dan Presentation dan selesai. Aku sangat berpuas hati. Final exam juga dah habis. Alhamdulillah, 7 Bulan aku hadapi semuanya dengan sabar. Berkat doa ibu bapa Allah permudahkan semuanya. 


Kalau ditanya, mahu belajar lagi Bahasa Jepun?
Of course. I loved too learn more about this language.

Subjek Yang Dipelajari Dalam Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, UMS

Assalamualaikum
Bismillah

Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga adalah program yang menawarkan kursus-kursus yang memberi pengetahuan mengenai kanak-kanak dan keluarga. Kanak-kanak dan keluarga digabungkan dalam program ini kerana perkembangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh keluarga dan perkitarannya. 

Subjek Yang Dipelajari Dalam Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, UMS

Fokus utama program ini adalah perkembangan bayi dan kanak-kanak, asuhan kanak-kanak dalam berbagai budaya, perkahwinan dan keluarga, keibubapaan, kanak-kanak dalam keluarga bermasalah serta analisis kepada ibubapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya. 

Program ini juga menawarkan fizikal dan kongnitif kanak-kanak serta beberapa teknik teraputik untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi fizikal, kognitif dan sosial.

Subjek Yang Dipelajari Dalam Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, UMS

Ini lebih kepada teras program UMS. maksudnya semua pelajar UMS diwajibkan untuk ambil subjek ini. Suka tak suka wajib belajar. Ada banyak pilihan subjek so kena pilih lah. Contoh program seperti Bahasa Asing, Kokurikulum, PPIB punya program.

Subjek Yang Dipelajari Dalam Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, UMS
Manakala ini pula teras program untuk pelajar Fakulti Psikologi. 


Antara subjek yang dipelajari selama 3 tahun, 6 semester di UMS adalah :

Semester 1
1. Pengenalan kepada Psikilogi Kanak-Kanak
2. Pengenalan Psikologi Perkembangan
3. Penghantar Psikologi

Semester 2
1. Psikolgi Perkembangan Bayi & Kanak-Kanak
2. Kaedah Penyelidikan
3.  Sistem & Teori
4. Personaliti & Perbezaan Individu

Semester 3
1. Perkahwinan & Keluarga
2. Kanak-Kanak dalam Keluarga Bermasalah
3. Psikologi Industri & Organisasi
4. Psikologi Organisasi
5. Statistik Sosial
6. Kemahiran Menemuduga & Pemerhatian

Semester 4
1. Pengenalan kepada Keibubapaan & Keluarga Bukan Tradisional
2. Isu-isu dalam Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga
3. Analisis Data
4. Penghantar Psikologi Eksperimen
5. Psikologi Fisiologi
6. Asas Perubahan Tingkah Laku

Semester 5
1. Asuhan Kanak-Kanak Pelbagai Budaya
2. Analisis Ibu Bapa Kepada Kanak-Kanak Kurang Upaya
3. Kerjaya & Penempatan
4. Kaunseling Industri
5. Psikologi Abnormal
6. Ujian & Pengukuran Psikologi

Semester 6
1. Penaksiran Fizikal & Kognitif Kanak-Kanak
2. Teknik Teraputik Dengan Kanak-Kanak
3. Kerja Sosial Gerontologi
4. Kerja Sosial Di Institusi Pemulihan
5. Psikologi Sosial
6. Psikologi Pembelajaran & Kognisi
7. Latihan Praktikum


Sebarang pertanyaan berkenaan Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga boleh email di nurulatikayunus23@gmail.com
 
Subjek Yang Dipelajari Dalam Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, UMS

Misi Mencari Tempat Praktikal Tamat! | Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, pada 04.06.2018 (Isnin) Misi Mencari Tempat Praktikal Tamat! Bemula dengan permohonan internship yang pertama ditolak sehinggalah pencarian tempat praktikal yang mengambil masa selama seminggu dan menunggu dengan sabar maklum balas daripada permohonan internship yang kedua selama lebih sebulan, akhirnya berakhir!


Perasaan apabila kau seorang saja yang belum dapat tempat tu hanya ALLAH sahaja yang tahu. Sampaikan semasa taklimat praktikum ketua program dah siapkan tempat backup buat pelajar yang masih belum ada tempat untuk internship. Sebenarnya bukan tidak boleh sabar. Cuma kadang-kadang annoying juga apabila ada sesetengah orang yang balik-balik tanya benda yang sama. 

"Apasal kau belum dapat?"
"Bukan hari tu dah diterima ke?"
"Aku memohon tak sampai seminggu dorang dah bagi feedback"
"Kenapa pula organisasi tu reject permohonan kau?"

Betul-betul menguji tahap kesabaran aku guys huhu~ Sometimes aku just diam saja. Kalau aku balas pun. "Tak tahulah, takda rezeki".  Setiap minggu pula aku kena update aku punya permohonan tu samada diterima atau tidak. Ramai juga yang risau dan prihatin tetapi masa tu kalau aku kena tanya ja pasal internship memang bad mood dan emotional~ So, kawan-kawan aku dan family just diam-diam saja tunggu sampai aku dapat tempat.

Ada yang dapat tempat tetapi jauh. Ada yang dapat tempat tiada elaun. Siap mahu tukar tempat lain lagi. Ya Allah, aku rasa kalau aku dah dapat tempat pun kira dah bersyukur. Sebab dorang tak tahu feeling orang yang masih tiada tempat. Jauh atau dekat tu dah tak kisah. Sebab nak cari tempat bukannya senang. Nak demand lagi susahlah. 

Alhamdulillah. Tiada kata yang terucap bila dah dapat. Aku rasa macam dalam drama pula tau. Menangis apabila aku call penyelia lapangan berkenaan tempat yang aku memohon tu bahawa mereka dah terima.

Penyelia lapangan aku pun tanya "Bila lagi memohon?" Aku kata "Sebelum PRU lagi aku dah memohon di tempat puan". 

Katanya dia rasa serba salah juga kerana terlalu lewat bagi maklum balas. Penyelia lapangan aku tak dimaklumkan berkenaan permohonan aku tu. Lagipun aku email kat organisasi punya email. Jadi dia minta maaf dan dia pun ambil cuti emergency juga masa tu. 

Bagi aku it's okaylah as long aku dah confirm diterima. Semoga pengalaman ini menjadi memori pahit dan manis aku sepanjang di Universiti. 

Akhir kata, wish me all the best in my internship~ :)

Belajar Daripada Kesilapan

Assalamualaikum
Bismillah

Ramai orang takut untuk silap. Silap dan salah kadang kala dipandang sebagai suatu yang amat negatif dalam kehidupan. Tetapi sebagai manusia, kita tidak mampu untuk mengelak daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. 


Tidak kira sehebat manapun persiapan yang dilakukan tetap akan wujud keadaan-keadaan di mana kita melakukan kesilapan.

Ramai yang takut berbuat salah atau silap kerana merasakan ada celoreng hitam dalam perjalanan hidup. Kadang kala kita perlu buka minda kita dan memandang kegagalan itu daripada sudut pandangan yang berbeza.

Ada ketika kita berasa bahawa kita sudah cukup bersedia sampaikan tahap yang kita sudah benar-benar memahami atau melakukan sesuatu perkara. Misalnya seseorang berasakan bahawa dia sudah boleh memahami setiap chapter yang dipelajari dan menghafalnya. Bagi tugasan kerja, dia merasakan bahawa dia sudah mampu untuk melakukan apa sahaja tugas-tugas yang mendatang.

Namun, tiba-tiba kita melakukan kesilapan. Apa yang kita faham adalah tidak tepat. Apa yang kita sudah siap sedia rupanya tidak kena dengan apa yang diinginkan dalam sesuatu pekerjaan. 

Kita tersalah.
Kita gagal mendapat keputusan yang cemerlang.
Kita gagal dalam melakukan kerja yang terbaik.

Jikalau keimanan itu bersama kita, kita akan bersangka baik dengan Allah SWT. 

Kita akan melihat semula kesalahan itu.

Mengapa aku silap?
Di mana aku silap?
Bagaimana aku boleh tersilap?

Apabila kita bermuhasabah, kita akan belajar sesuatu yang baru. Pengalaman dan pengajaran yang baru. Sekiranya Allah SWT izin kita tidak silap maka tidak mungkin kita akan mempelajari hikmah tersebut.

Namun dengan kasih sayang Allah SWT, Allah SWT ingin kita melihat sesuatu. Sebab itu disilapkan kita. Tidakkah kita memerhatikan?

Soalan-Soalan Lazim Kemasukan Ke Tingkatan Enam

Assalamualaikum
Bismillah

Soalan-Soalan Lazim Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam:

1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 selepas keputusan SPM diumumkan?

Tidak perlu adik-adik. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dibuat dalam laman web KPM selepas 30 hari keputusan SPM diumumkan.

2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?

Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak dari laman web KPM selepas 30 hari keputusan SPM diumumkan. Maklumat tawaran termasuk lain-lain maklumat yang berkaitan akan dinyatakan dalam surat tawaran yang dimuat turun.

Soalan-Soalan Lazim Kemasukan Ke Tingkatan Enam

3. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?

  1. Syarat am (kecuali Murid Berkeperluan Khas) adalah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. 
  2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2018. 
  3. Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di laman web KPM. 

Soalan-Soalan Lazim Kemasukan Ke Tingkatan Enam
Google image

4. Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya?

Calon yang layak dikehendaki mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu. Kemudian, lengkapkan Borang Permohonan Rayuan Tukar Jurusan Tingkatan Enam (T6BRTJ) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang moe.gov.my

Selepas lengkap diisi semua borang mesti mendapat pengesahan Pengetua sekolah asal. Alasan yang diberikan untuk bertukar jurusan perlu kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan. Alasan ‘Tidak Berminat' dan seumpamanya tidak diterima. 

Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui sekolah masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.


5. Sekiranya jumlah mata kognat melebihi sepatutnya (tidak layak), bolehkah merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?

Anda boleh membuat permohonan rayuan dengan menggunakan Borang Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan Enam Tahun 2018 Bagi Calon Sekolah Kerajaan Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK) yang diisi dalam laman sesawang moe.gov.my

Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Hantar borang yang lengkap melalui sekolah kepada: 
  1. Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi 
  2. Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu. 
  3. Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas 

6. Bolehkah lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam di sekolah kerajaan?

Lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan Enam Tahun 2018 Bagi Calon Persendirian, Sekolah Swasta & Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP).

Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Borang yang lengkap disi hendaklah dikembalikan kepada:
  1. Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi 
  2. (Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu. 
  3. Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas 

7. Seseorang yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk bertukar sekolah pusat atas sebab-sebab tertentu, seperti mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di sekolah tersebut dan sebagainya. Bagaimanakah caranya? 

Sila buat permohonan pertukaran murid secara biasa iaitu mengisi Borang PU(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara]. 

Serahkan borang tersebut kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing untuk pertimbangan. 

Sekiranya pertukaran melibatkan pertukaran daerah/ negeri, serahkan borang kepada JPN/ PPD di daerah sekolah yang ingin dimohon itu berada.
  1. Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi 
  2. Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu. 
  3. Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas. 


8. Apakah pakaian murid Tingkatan Enam?

Boleh dengan berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. 

Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stokin. Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/ jenis jubah/ maksi, two-piece/ three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. 

Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan. Jeans, cargo pants, seluar pendek, atau leggings tidak dibenarkan. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. 

Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas. Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terletak kepada murid).

Soalan-Soalan Lazim Kemasukan Ke Tingkatan Enam
Google image

9. Saya telah ditawarkan ke Tingkatan Enam, bolehkah saya memohon penangguhan kerana kerjaya/ kursus/ masalah peribadi/ kesihatan?

Tiada penangguhan/ pengulangan untuk masuk ke Tingkatan Enam. Calon hanya boleh masuk ke Tingkatan Enam bermula dengan Semester Satu (1) setiap tahun. Jika anda tidak menerima pada tawaran pada tahun semasa, bermakna anda menolak tawaran tersebut. 

Bagi calon yang menolak tawaran pada tahun semasa anda boleh membuat permohonan rayuan memasuki Tingkatan Enam pada tahun berikutnya tertakluk kepada syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan serta kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.


Permohonan Internship Ditolak

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku menerima berita buruk. Sebelum ini aku pernah berkongsi tentang Misi Mencari Tempat Praktikal  Perjalanan mencari tempat praktikal sangatlah memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi. Orang kata inilah permulaan kita untuk mencari pekerjaan walaupun sekadar praktikal. 


Berita buruk yang aku nak kongsi iaitu Permohonan Internship Ditolak. Sedih juga sebenarnya dan terkejut kerana pihak pejabat Fakulti aku yang tiba-tiba telefon dan menyampaikan berita buruk ini sejurus selepas aku habis Midterm Exam tadi. Dalam banyak-banyak tempat yang aku cari, hanya ini saja yang kata ada kekosongan untuk internship. Tetapi tak sangka pula ditolak. 


Sebelum ini aku memohon tempat praktikal di Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Cheshire Home). 2 hari selepas aku hantar email, pihak Cheshire terus memberi feedback kat Pejabat UMS, memaklumkan bahawa permohonan aku ditolak. So, misi mencari tempat praktikal Part 2 bermula lagi. Huhu. Doakan semoga urusan aku dipermudahkan. 



Banyak dah tempat aku email dan telefon tetapi malangnya ada sesetengah tempat dah penuh. Ada juga yang tidak menerima sebarang permohonan internship. Agak bad mood juga aku hari ini. Tetapi sabar ja lah. Cari dan terus cari sampai dapat kan. Mungkin sebelum ini ada senior yang ada pengalaman yang sama macam aku tapi relaks je. Aku saja yang melebih-lebih. Haha

Misi Mencari Tempat Praktikal | Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga

Assalamualaikum
Bismillah

As I mention before in my entry, I was so busy manage my internship placement. Calling sana sini, tanya itu ini. Hantar surat by email. Ada tempat yang nak kita hantar surat by manual. Lain lagi nak cari tempat yang sesuai dengan assignment for internship. Nak cari tempat yang dekat dengan rumah lagi memang sangatlah mencabar.


Hospital Queen Elizabeth II

Bagi pelajar yang mengambil Kursus Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga di UMS, you must choose the place for internship wisely because it will effect your grade for LP (Latihan Praktikum).

Selepas taklimat praktikal dijalankan bulan lepas, pelajar berebut mencari tempat praktikal kerana satu tempat hanya memuatkan 1 orang pelajar internship (Hanya pelajar psikologi kanak-kanak & keluarga sahaja). Seriously sangatlah susah nak cari tempat praktikal di bandar Kota Kinabalu ini. Tempat praktikal itu sangatlah banyak TETAPI mahu cari tempat yang menepati syarat itu sangatlah payah.

I'm writing this entry untuk panduan khusus kepada junior yang mengambil Kursus Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga di Universiti Malaysia Sabah. Hopefully dengan panduan ini sedikit sebanyak membantu korang untuk mencari tempat praktikal yang sesuai. Mungkin pada masa akan datang akan berlaku perubahan tetapi at least korang ada bayangan lah macam mana nak mengurus praktikal nanti.

Syarat Latihan Praktikum:
1. Bekerja minimum 5 jam sehari atau lebih.
2. Bekerja sekurang-kurangnya 5 hari dalam seminggu.
3. Tempat praktikal mempunyai 20 orang kanak-kanak atau lebih
4. Pemilihan tempat berdasarkan pilihan (Mini kajian, Kajian Kes, Menjalankan Program)



Pemilihan tempat berdasarkan pilihan (Mini kajian, Kajian Kes, Menjalankan Program) maksudnya, semasa menjalankan internship, korang bukan hanya bekerja gitu-gitu sahaja tau. Ada tugasan (task) yang perlu dibuat semasa praktikal. Tugasan korang berdasarkan 3 pilihan tersebut. 

Sekiranya korang pilih Mini Kajian, so pemilihan tempat praktikal itu mestilah sesuai dengan tugasan yang korang pilih di mana pelajar memerlukan ramai responden untuk menjalankan mini kajian (mengedarkan soal selidik) Sebagai contoh, sekiranya pelajar ingin membuat tugasan program, semasa menjalankan internship itu, pelajar dikehendaki untuk melaksanakan 3 program sebagai tugasan semasa praktikum. 

Dalam erti kata lain, korang bekerja seperti biasa tetapi dalam masa yang sama ada tugasan yang perlu diselesaikan. Thats why lah aku rasa sangat susah untuk mencari tempat yang sesuai untuk praktikal.

I'm not sure about others course, ada kursus yang tidak memerlukan syarat seperti di atas. Senior aku yang mengambil Kursus Perhutanan hanya perlu cari tempat yang sesuai dan kerja seperti biasa sahaja. Buat report thats all. Walaupun kursus yang aku ambil ini agak mencabar, tetapi aku anggap sahaja ini merupakan satu cabaran sebelum betul-betul berada di alam pekerjaan pada masa akan datang. 

Masa internship inilah kita kena betul-betul praktikkan apa yang dipelajari dan tunjukkan kemahiran yang kita ada. Bukan setakat praktikal then tunggu masa untuk graduate sahaja. Sekarang ini masih dalam pencarian mencari tempat praktikal yang sesuai. InsyaAllah semoga dipermudahkan. Doakan aku ya. 

Program Sehari Bersama Kanak-Kanak di Rumah Kanak-Kanak Beringgis, Papar.

Assalamualaikum
Bismillah

Agak lama juga kan tak sharing something di blog. Ini cerita semester lepas punya. Aku hanya berkongsi pengalaman selepas menjalani Program Sehari Bersama Kanak-Kanak di Rumah Kanak-Kanak Beringgis, Papar. Selepas mengikuti program ini aku berfikir tentang perkara yang paling menyedihkan bagi aku sebagai seorang pelajar. 


Apabila kita ada ilmu, tetapi kita tidak dapat mempraktikkan apa yang kita pelajari. Kita hafal pelbagai jenis teori tetapi apabila berhadapan dengan situasi tersebut kita hanya terkedu tanpa dapat memberi sebarang pertolongan.

Belajar psikologi selama hampir 3 tahun ini membuatkan aku bermuhasabah diri. Ya Allah, betapa ilmu yang kita ada ini ibarat ink pen yang dititiskan di lautan yang luas. Terlalu sedikit. 

Betapa jahilnya kita dalam pelbagai aspek kehidupan. Itu baru ilmu psikologi, belum termasuk ilmu akidah, akhlak, tajwid, muamalat, sains, matematik dan banyak lagi.

Dan hari ini aku rasa mahu menangis. Andai sahaja aku mampu beri lebih daripada DOA. Sejak aku mengikuti program tersebut di rumah kanak-kanak, akhirnya aku sedar ilmu psikologi yang dipelajari itu tidak cukup sekadar teori sebenarnya. 

Malahan apabila kita betul-betul memahami, kita akan dapat lebih daripada itu. Sangat banyak walaupun daripada ucapan seorang kanak-kanak.

Teringat aku semester sebelum ini kami belajar tentang "Dysfuctional Family" dalam erti kata lain, "Keluarga Bermasalah". Dan fokus kami adalah kanak-kanak.

Dysfuctional family is a family that is not function where there's a conflicts, misbehavior in a family members that occurs continually. Mostly the victim are children.

Apa kesan jangka pendek dan jangka panjang kanak-kanak dalam keluarga bermasalah ini? Apabila kita biarkan kanak-kanak tersebut, apabila mereka dah besar, kemungkinan besar untuk mereka mengulangi kesalahan yang sama dilakukan oleh ibu bapa mereka.

Sedih sebenarnya, semasa sesi luahan ada kanak-kanak yang diabaikan oleh ibu bapa mereka, ada yang ibu bapa dah bercerai, ada juga yang menjadi mangsa penderaan fizikal dan seksual. Masya'Allah. 

Bayangkan ujian yang mereka hadapi tidak sama dengan kanak-kanak yang lahir daripada keluarga yang kurang bermasalah. Ada kanak-kanak yang bertekad untuk membalas dendam terhadap keluarga mereka kerana menyebabkan mereka terumbang-ambing begitu. 

Ada juga yang mahu membuktikan bahawa mereka mampu hidup berdikari tanpa sokongan daripada keluarga sendiri.

Dan paling menyedihkan rumah kanak-kanak tersebut hanya menanggung mereka sehingga 18 tahun sahaja. Dan apabila mereka keluar dari sana mereka terpaksa hidup sendiri. 

Dan ada yang berat hati terpaksa pulang ke pangkuan ibu bapa yang mempunyai masalah seperti seorang yang kaki pukul, kaki mabuk dan macam-macam jenis lagi.

Aku tak tahu nak kongsi macam mana lagi tentang pengalaman selama 2 hari 1 malam tersebut. Sungguh! Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Dan hari ini juga aku lihat satu-persatu keluarga aku. Walaupun ada kala berlaku salah faham dalam keluarga, alhamdulillah aku tahu, masalah yang aku hadapi tidak seperti mereka hadapi.

Ada banyak perkara dalam hidup ini yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Setiap cerita kita tidak sama, setiap memori, pahit manis suka duka kita tak sama. Setiap apa yang berlaku yakinlah Allah tidak akan memberi ujian melebihi batas umatNya.

Cuba lihat susah payah kita dahulu yang kita rasa pada masa itu kita tak mampu untuk menghadapinya, tetapi Allah permudahkan segalanya.

SYUKUR..

Ya, sifat syukur itu yang kita susah nak terapkan dalam diri kita. Kita meminta, meminta dan terus meminta, tetapi jarang sekali bersyukur tentang apa yang Allah dah anugerahkan kepada kita. Kita rasa bahawa kita punya masalah yang besar, tetapi sebenarnya ada orang yang punya masalah yang lebih besar daripada kita.

Tidak kiralah betapa besar masalah dalam keluarga. Bersyukurlah, kerana kita masih ada ibu bapa yang sangat prihatin, sayang dan ambil berat terhadap kita. Once Allah tarik nikmat tersebut, kita takkan dapat merasai lagi kasih sayang itu.


© all rights reserved
made with by templateszoo