Bismillah
Alhamdulillah 'ala kulli hal. Akhirnya genap setahun perkahwinan kami. Banyak suka dan duka telah kami lalui. Aku percaya untuk tahun hadapan lebih banyak cabaran yang kami akan lalui bersama.
Cabaran Tahun Pertama Perkahwinan
1. Cabaran Kewangan
Tidak dinafikan masalah kewangan merupakan cabaran paling besar pada awal perkahwinan. Pada awal perkahwinan suami isteri kena merancang nak tinggal di mana selepas berkahwin.Ada pasangan yang tinggal dengan mertua, ada pasangan yang memiliki kediaman sendiri dan ada juga yang memilih untuk menyewa sahaja dulu. Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal buat isteri.
Selepas kami berkahwin, aku dan suami bahagikan masa untuk tinggal di rumah keluarga aku dan keluarga sebelah suami. Kami tidak menetap lama pun di Sabah sebab suami bekerja di Pontian.
Selepas sebulan, kami merantau dan memulakan kehidupan baharu sebagai pasangan suami isteri di Pontian. Alhamdulillah, rezeki kami dapat sewa rumah yang murah.
- Kos kediaman & Barang Keperluan Rumah
- Sewa + Deposit - RM1500 - RM2000 ( bergantung dengan sewa)
- Barang keperluan dalam rumah - RM2500 - RM3000 (Barangan elektrik / Peralatan memasak)
- Kos Perbelanjaan Dapur
- Kenderaan
- Jangan berhutang
- Simpanan