Memaparkan catatan dengan label Inspirasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Inspirasi. Papar semua catatan

10 Small Habits That Can Make a Big Difference in Your Life

Do you ever feel like you're stuck in a rut, and that your life could use a little sprucing up? It can be tempting to think that making big, sweeping changes is the only way to improve your life. 

But the truth is, small habits can make a big difference, too. By incorporating a few simple habits into your daily routine, you can improve your physical and mental health, increase your productivity, and enhance your overall well-being. 

quotes

10 Small Habits That Can Make a Big Difference in Your Life

Here are ten small habits that can make a big difference in your life.

1. Wake up earlier

Starting your day a little earlier can give you a head start on your tasks, allow you to have some much-needed "me" time, and make you feel more productive overall. 

Set your alarm just 10-15 minutes earlier each day until you reach your desired wake-up time.


2. Do your prayer or meditate daily

Pray or meditation can help reduce stress and anxiety, increase your focus, and promote better sleep. Start with just a few minutes a day and gradually increase your meditation time as you become more comfortable. You can do Tahajjud and Dhuha as well.

3. Drink more water

Staying hydrated can boost your energy levels, improve digestion, and even make your skin look clearer. Carry a refillable water bottle with you and set reminders to drink throughout the day.

4. Practice gratitude

Practicing gratitude can improve your mental health and increase your overall happiness. Take a few moments each day to write down what you're thankful for, or simply reflect on the good things in your life.

5. Move your body every day

Regular exercise can boost your energy, improve your mood, and help you sleep better. Even a few minutes of stretching or taking a short walk can make a big difference.

6. Read more books

Reading can increase your knowledge, empathy, and reduce stress. Set aside time each day to read, whether it's a physical book or an audiobook.

7. Practice good sleep hygiene

Getting good sleep is crucial for your physical and mental health. Stick to a consistent sleep schedule, avoid screens before bedtime, and create a relaxing bedtime routine.

8. Practice mindful eating

Eating mindfully can help you listen to your body's hunger and fullness cues, reduce emotional eating, and improve digestion. Try to eat without distractions and pay attention to the taste and texture of your food.

9. Spend time in nature

Spending time in nature can reduce stress, boost your mood, and improve immune function. Take a walk in a local park or go on a weekend hike.

10. Connect with others

Social connection is crucial for your mental health and well-being. Schedule regular phone or video chats with loved ones, or join a local social group to meet new people.


Incorporating these small habits into your daily routine can have a big impact on your overall well-being. Remember, it's okay to start small and gradually build up to bigger changes. By focusing on just a few small habits, you can create a more positive and fulfilling life.

Labur Duit Ke Kelas Bisnes, Pertimbangkan 9 Faktor Ini Dahulu

Adakah perlu habiskan wang untuk ke kelas bisnes? Jika baru mula bisnes, pasti kita inginkan ilmu. Ya, tetapi untuk menghabiskan wang, tidak semestinya. Kelas bisnes pun ada banyak jenis yang boleh kita sertai.

Sebelum memilih kelas bisnes yang ingin kita sertai, anda perlu tahu dahulu apa yang anda inginkan. Lebih mudah, pertimbangkan faktor ini sebelum masuk kelas bisnes. 

Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Labur Duit Ke Kelas Bisnes

  • Apa kepentingan yang perlu anda lakukan untuk bisnes anda sekarang, adakah perlu buat marketing dahulu, operasi, urus kewangan dan lain lagi? 
  • Kenalpasti perkara yang perlu anda fokus yang paling urgent.
  • Kenalpasti siapa yang bakal mengajar anda, selidik latar belakang mereka.
  • Kenalpasti apa yang akan dipelajari dalam kelas tersebut
  • Ketahui apakah kesan setelah menyertai kelas tersebut
  • Pastikan ada jaminan
  • Harga kelas adakah berbaloi dengan perkara yang bakal dipelajari
  • Adakah anda benar-benar perlukan kelas atau ilmu tersebut pada waktu ini
  • Adakah anda boleh komited untuk lakukan tugasan kelas dalam masa terdekat


Bagi anda yang perlukan ilmu perniagaan, anda boleh mencari kelas atau program seminar yang terbukti kesan. Caranya adalah pasti akan ada testimoni berkaitan kelas tersebut. Ini sangat membantu untuk anda buat keputusan.

Pada masa yang tepat nanti, anda akan mengikut keperluan bisnes anda dalam mengikuti mana-mana kelas atau program bimbingan usahawan. 


Asyraf Khalid, Anak Datuk K Ikuti Kelas Titanium RichWorks

Sekiranya anda tidak mempertimbangkan faktor pemilihan kelas tadi, pasti anda akan marah jika anda sendiri yang perlu mengikuti kelas Titanium RichWorks ini. Sungguhpun begitu, menjadi Titan Richworks adalah impian setiap usahawan yang ingin dibimbing secara dekat dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Setelah anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza ini mengikuti kelas titanium, beliau telah membuat perubahan yang tidak disangka-sangka. Hanya dalam masa 3 bulan sahaja tempoh, perniagaan Asyraf sangat meningkat baik dan begitu juga dengan kehidupannya. 


Datuk K Nak Ucap Sesuatu Kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman

Hal ini juga menarik hati Datuk K untuk mengucapkan sesuatu kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman. Asyraf berkata, ucapan ini dibuat pada hari mereka semua makan malam bersama sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lepas. 

Jom tonton video ini, ia telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. Laju betul ya orang nak tahu tentang Asyraf dan Datuk K. 



 "Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. 


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," 


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. 


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya. 



Nilai Kelas Bimbingan Usahawan RichWorks

Sebagai seorang yang dahulunya tidak berapa baik, pernah kecewakan bapa, Asyraf faham beliau perlu bermula dari bawah. Apabila dapat mengubah fikiran daripada negatif menjadi positif, beliau melihat banyak nilai yang dapat dari kelas bimbingan usahawan RichWorks ini.

  1. Richworks ajar bisnes, kepimpinan, perkara mengikut silibus atau kategori bisnes yang penting.
  2. RichWorks turut ajar perihal kehidupan, perhubungan sesama manusia dan hubungan dengan yang Maha Esa.
  3. RichWorks menerapkan nilai-nilai baik dalam anak didik mereka
  4. Circle usahawan tidak jemu berkongsi ilmu sesama sendiri
  5. Richworks membina usahawan menjadi jutawan
  6. Datuk Wira Dr Azizan Osman akan membimbing secara direct dengan usahawan titanium RichWorks.
  7. RichWorks selalu mengingatkan tentang akhirat seperti bayar zakat, sedekah, ibadah dan lain-lain.

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," - Asyraf 


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.” - Asyraf


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.  - Datuk K



Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. 

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.

Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan berjaya tidak akan mensia-siakan masa. Terdapat beberapa indvndividu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.


Akhir Kata,


Jika ada usahawan yang ingin melabur wang untuk ke kelas bisnes tidak mengapa tetapi pastikan ia benar-benar kelas yang mengajar tentang apa yang anda mahu. Jadi, tidaklah anda membazir masa dan tenaga.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.


Sekiranya anda ingin tahu Kelas RichWorks yang dianjurkan, anda boleh layari laman sesawang www.richworks.com

KEUTAMAAN SEDIKIT ANGAN-ANGAN (Kategori Manusia Berkaitan Dengan Angan-Angan)

Assalamualaikum
Bismillah


BAB II : KEUTAMAAN SEDIKIT ANGAN-ANGAN (Kategori Manusia Berkaitan Dengan Angan-Angan) 

Ketahuilah bahawa berkaitan dengan angan-angan ini dalam menhadapinya manusia yang memilikinya terbahagi kepada beberapa tingkatan.

1. Antara mereka ada orang yang berharap dapat hidup abadi di dunia dan menikmatinya untuk selama-lamanya. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah Ayat 96, "Masing-masing mereka ingin diberi umur seribu tahun." 

2. Ada juga orang berharap agar dapat hidup sampai lanjut usia semaksimal mungkin. Inilah jenis orang yang sangat mencintai dunia.

Terhadap golongan ini Rasulullah saw bersabda : "Dalam hal kecintaan mencari kesenangan duniawi, seorang tua menjadi muda kembali, sekalipun tulang lehernya sudah bengkok dimakan usia. Kecuali orang yang bertakwa, dan jumlah mereka ini sedikit."

3. Ada pula orang yang berharap dapat hidup setahun sahaja, sehingga dia enggan memikirkan yang lain-lain, kerana dia yakin bahawa tahun depan dia sudah tidak ada di dunia. Pada musim panas dia selalu dalam keadaan siap siaga menghadapi musim dingin, dan begitu juga sebaliknya. 

Dan jika sudah berhasil mengumpulkan bekalan keperluan hidupnya untuk selama waktu setahun, lalu dia hanya tumpukan untuk beribadah (hablul minallah) sahaja.

4. Antara mereka ada juga orang yang hanya berharap masih boleh hidup beberapa waktu saja pada musim panas atau musim dingin, sehingga pada musim panas dia tidak perlu menyimpan pakaian untuk musim dingin dan pada musim dingin dia tidak perlu menyimpan pakaian untuk musim panas.

5. Ada juga golongan yang hanya berharap untuk dapat hidup sehari semalam saja. Orang seperti ini hanya menyiapkan diri untuk waktu sehari sahaja bukan untuk esoknya.

6. Ada juga orang yang mengira usianya tidak lebih dari satu jam saja sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi saw : " Wahai Abdullah, jika kamu berada pada waktu pagi hari, jangan kamu berfikir tentang waktu petang hari. Dan jika kamu berada pada waktu petang hari, jangan kamu berfikir tentang waktu pagi hari."

7. Antara mereka ada pula orang yang merasa yakin bahawa usianya hanya tinggal satu saat sahaja. 

Seperti mana Rasulullah saw melakukan tayamum meskipun Baginda mampu mendapatkan air tidak lama lagi. Sabda Baginda : "Boleh jadi aku sudah tidak sempat mendapatkannya nanti."

8. Antara mereka ada juga orang yang merasakan kematian sudah berada di depan matanya. Bahkan seolah-olah kematian sedang menghampirinya, sehingga dia hanya tinggal menunggu sahaja. Orang seperti inilah yang selalu melakukan solat seakan-akan itu solat terakhir baginya. 

Itulah antara tingkatan-tingkatan manusia berkaitan dengan mengingati mati. Masing-masing mempunyai tingkatan di hadapan Allah. Orang yang merasakan harapannya hanya selama waktu satu bulan, tidak seperti orang yang harapannya masih selama satu bulan satu hari.

Allah berfirman : "Barangsiapa yang berbuat kebaikan  walaupun seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya." (Surah 99, al-Zalzalah : 7)

__________


Kesimpulannya....

Pengaruh dari sedikitnya angan-angan itu akan nampak pada sikap bergegas untuk melakukan amal kebajikan. 

Tanda bahawa  seseorang itu memperoleh pertolongan dari Allah ialah kalau dia merasa yakin kematian sudah berada di depan matanya, sehingga dia tidak akan lalai darinya walau sesaat pun. Oleh kerana itu, dia selalu siap menghadapi kematian itu bila-bila masa sahaja datang kepadanya. 

Kalau nyata dia dapat bertahan hidup sampai petang hari dia merasa bersyukur kepada Allah Taala dengan cara semakin rajin taat kepada-Nya. Dia merasa bahagia kerana tidak mensia-siakan waktu siangnya sebab dia telah memanfaatkannya sebaik mungkin sebagai simpanan bagi dirinya di akhirat nanti. 

Kemudian dia akan berbuat yang sama sampai pagi hari. Demikian seterusnya. Baginya kematian adalah kebahagiaan dan hidup adalah kesempatan untuk menambah amal kebajikan.

__________


Petikan daripada Buku "Menyingkap Rahsia Hakikat Kehidupan Sejati | Imam Al-Ghazali" Terjemahan oleh Abu Ahmadain - al Mujahiri.


THINGS YOU SHOULD TELL YOURSELF EVERYDAY [PART 1]

Assalamualaikum

Bismillah

THINGS YOU SHOULD TELL YOURSELF EVERYDAY [PART 1]

Apa yang kita fikirkan setiap hari akan mempengaruhi kehidupan harian kita. Ini kerana apa yang kita fikir itulah yang kita percaya. Oleh sebab itulah betapa pentingnya kita harus berfikiran positif tentang diri kita. 

1. Set a goal and take action.

Tetapkan matlamat (niat) dalam apa jua yang kita lakukan. Setiap perbuatan itu disertakan dengan niat. Niat merupakan perkara yang penting kerana ia akan menentukan hala tuju perbuatan kita. Ini kerana, niat tidak dapat dipisahkan daripada setiap perbuatan kita.

Daripada Umar bin al-Khattab RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

 Ø¥ِÙ†َّÙ…َا الأَعْÙ…َالُ بِالنِّÙŠَاتِ

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”. [Riwayat al-Bukhari (1)].

Sumber : IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-142: NIAT SEORANG MUKMIN LEBIH BAIK DARIPADA AMALANNYA


THINGS YOU SHOULD TELL YOURSELF EVERYDAY

Apabila kita meletakkan sesuatu matlamat maka kita akan sedaya upaya untuk melaksanakannya. Apabila niat berblog itu untuk mencari populariti maka itulah yang kita akan dapat. 

Sekiranya menulis blog semata-mata untuk hobi, maka pageviews tinggi atau rendah, ada income atau tiada tidak akan memberi kesan kepada kita. Hal ini demikian kerana dengan menulis saja pun kita sudah cukup gembira. 

Jadi tetapkan matlamat atau niat nak buat sesuatu itu kerana apa?


2. Do what you like not to impress people around.

Hidup ini tidak perlu cuba untuk puaskan hati orang lain. Perlukah kita mendapat "approval" daripada orang lain dalam setiap aspek kehidupan kia? 

Kalau korang rasakan dengan berkongsi itu dapat membuat diri menjadi senang, memberi inspirasi dan membuat diri anda menjadi lebih bahagia maka tidak salah untuk berkongsi.

Think of selfcare as also taking care of who you are inside. 

Hanya diri sendiri yang tahu betapa bekerja kerasnya kita sehingga berjaya sehingga ke saat ini. Hanya diri sendiri yang tahu bagaimana kita cuba kuat untuk terus bertahan dengan sesuatu untuk mencapai matlamat yang kita inginkan. 

Tak perlu orang lain untuk faham, kerana mereka takkan pernah faham.  It was exhausting really… then I realised, we all are doing our best, right?


THINGS YOU SHOULD TELL YOURSELF EVERYDAY

3. Believe in yourself have faith and stay strong!

Tiada siapa yang boleh percaya dengan diri anda melainkan diri anda sendiri. Kalau kita sendiri tidak yakin dengan kebolehan kita, bagaimana mahu meyakinkan orang lain? 

Macam begitu juga bila kita pergi interview kerja, kalau kita tidak yakin dengan jawapan yang kita berikan kepada panel, bagaimana syarikat nak ambil kita bekerja?

So just believe in yourself, do you your thing, and stay strong in what you believe in. Faith that it's not always in your hands or things don't always go the way you planned, but you have to have faith that there is a plan for you, and you must follow your heart and believe in yourself no matter what.


Talking to yourself is weird, but we all do it, don’t we?

The way you see yourself is crucial. You know exactly what you need and how you feel. Don’t let anyone else tell you different.

There can be millions of people telling you how great you are. It won’t make a difference if you are not feeling great yourself already.

However, if you are aware of how good you are and you know your worth, no words should affect you. Remember: regardless of what they say, know yourself the best!


Jom Menyumbang di Pertubuhan Kasih Umat Ebit Lew, Semoga Menjadi Bekalan Akhirat Kita

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi dengan kalian. Ustaz Ebit Lew, dermawan pemurah yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Aku percaya tiada yang tak kenal dengan Ebit Lew. Aku tak ingat sejak bila lagi aku selalu ikut perkembangan Ustaz Ebit Lew nie. 

Kalau tak silap aku sebelum PKP lagi rasanya. Aku suka cara Ustaz Ebit Lew menyampaikan dakwah. Aku sentiasa menonton video Ustaz Ebit Lew di Facebook. Cara ustaz mengajak kepada kebaikan dengan penuh kasih sayang tanpa mengira agama, jantina, bangsa mahupun latar belakang buat aku rasa kagum dan terharu. 

Nombor Akaun Pertubuhan Kasih Umat Ebit Lew

Aku suka lihat Ustaz jumpa gelandangan dan remaja bagi makan, bercerita, sentiasa pesan untuk jaga solat. Ustaz Ebit Lew pernah pergi lagi ke pusat tahanan, penjara dan jumpa banduan. Sedih gila lihat banduan terakhir. Aku kalau tengok video Ustaz Ebit kan tak pernah tak menangis. 

Pada masa awal pandemik ini, aku rasa Ustaz Ebit Lew lah yang paling menonjol sekali dalam bagi bantuan. Ada yang sampai pergi kat Pulau di Sabah, bahagian pedalaman, pergi Kuil, Gereja untuk bagi sumbangan. Bagi bantuan kewangan, tempat tinggal, bagi pendidikan kepada anak yatim ke Madrasah, tolong urus pelajar Universiti untuk pulang, sanggup pergi ke Afrika, dan terkini ke Palestin pula. 

Tak terkira betapa besarnya pengorbanan Ustaz Ebit Lew. Aku kan terbayang macam manalah ketika zaman Nabi dahulu, para sabahat sanggup menggadaikan harta semata-mata kerana ingin menyebarkan Islam. Allahu Akhbar. 

Baru-baru ini terlalu banyak kisah sedih yang lalu di timeline Facebook aku. Aku sebenarnya berfikir apalah yang aku boleh bantu? Nak jadi seperti Ustaz Ebit Lew tak mampu. Nak bantu dari segi bantuan kewangan memang tak mampu. 

Setiap hari aku rasa sedih sangat. Ramai ibu bapa yang mengadu tak cukup duit belikan pampers, susu anak. Ada yang kehilangan pekerjaan. Ada yang tak mampu nak bayar sewa rumah, bil air elektrik. Ada juga yang dihalau dari kediaman. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sedih dan teramat sedih apabila ada yang nekad untuk membunuh diri. Allahu~ Aku tahu ramai terkesan. Ramai yang susah. Nak mengadu susah. Tak mengadu pun susah. Yang mengadu susah, dan yang mendengar pula sama juga susah.

Sedihnya Ya Allah. Sedih sangat. 

Jom Menyumbang di Pertubuhan Kasih Umat Ebit Lew, Semoga Menjadi Bekalan Akhirat Kita

Oleh itu, aku terpanggil untuk buat entri ini. Aku ingin mengajak kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama menyumbang di Pertubuhan Kasih Umat. Aku tak mampu buat sesuatu keajaiban. Tetapi dengan cara ini sekurang-kurangnya ramai yang tahu dan mampu untuk menyumbang bolehlah memberi sumbangan. 

Semoga menjadi bekalan akhirat kita. Semoga dengan usaha kecil ini dapat membantu lebih ramai orang lagi. Jadikan amalan sedekah Subuh.

Korang boleh merancang setiap hari nak menyumbang berapa. Contohnya RM5, RM10, RM20 dan sebagainya. Add to favourite senang nak transfer. Ikut la nak letak berapa ringgit. Ataupun buat satu tabung. Hari-hari masukkan. Hujung bulan bank in atau bagi pada yang memerlukan. Sikit tapi istiqamah. Sambil masukkan duit niat yang baik-baik. In shaa Allah, semoga dipermudahkan urusan kita semua. Aamiin 😊

Ustaz Ebit Lew
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
No. Acc: 8603546376 (CIMB)


Cikgu Ling Fong Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Mencadangkan Shadow Theatre untuk Membentangkan Hasil Kerja Pelajar

Tahniah aku ucapkan kepada semua 25 pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 ni. Memang tak dinafikan semua 4,000 guru yang telah dicalonkan untuk anugerah ini memang luar biasa dan hebat-hebat belaka. Jasa mereka tidak ternilai jika dibandingkan dengan wang ringgit.

Sebelum ini aku ada ceritakan tentang 3 orang guru hebat yang telah dicalonkan untuk AGI2021 ini iaitu Cikgu Eva, guru yang ingin mewujudkan STEM Centre di SK Sipinong Sabah, sekolah yang terletak di dalam pulau.

Cikgu Mohd Hasnizan, guru yang digelar ayahanda di kalangan pelajar serta guru di SMA MAIWPL, Labuan kerana banyak peristiwa menyentuh hati terhadap bantuan yang disalurkan dari segi kewangan, inspirasi serta motivasi oleh beliau.

Cikgu Dahlia yang merupakan cikgu pra-sekolah di SK Kaingaran Tambunan yang terletak di pedalaman yang tidak mengeluh, malah bersemangat hadir dan mengajar murid-murid walaupun majoriti setiap hari kehadiran murid-murid kurang daripada 10 orang!

Rezeki berpihak kepada Cikgu Mohd Hasnizan kerana pada 31 Mei yang lepas, pihak McDonald’s telah mengumumkan bahawa Cikgu Mohd Hasnizan merupakan salah seorang daripada 25 orang guru yang menerima anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021. Tahniah Cikgu Mohd Hasnizan!

Seorang lagi penerima AGI2021 yang aku nak ceritakan di sini ialah Cikgu Ling Fong, guru di SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah. Di sini aku kongsikan kisah Cikgu Ling Fong yang sangat aku kagum dengan semangatnya kerana pada awalnya, beliau bukanlah seorang guru yang berlatarbelakangkan guru pendidikan khas.

Cikgu Ling Fong Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021

McDonald’s Mengumumkan Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021!

Pada 31 Mei 2021 yang lalu, McDonald's Malaysia mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi 2021, bersempena dengan sambutan Hari Guru Kebangsaan pada tahun ini. Anugerah edisi kelima ini menerima lebih daripada 4,000 pencalonan dari seluruh rakyat Malaysia yang bermula dari 2 April sehingga 18 April 2021. Daripada pencalonan yang menonjolkan guru luar biasa di seluruh negara ini, 25 guru dipilih sebagai penerima anugerah.

Penerima anugerah dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada wakil dari McDonald's, Kementerian Pendidikan dan media. Kriteria pemilihan dalam mengenalpasti guru yang dipilih termasuklah meningkatkan prestasi akademik para pelajar, menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan berfikir di luar kotak, melaksanakan kerja yang diluar daripada tugas untuk membantu pelajar dan perubahan positif pelajar kesan daripada pengajaran dan pembelajaran oleh guru terhadap pelajar.

Setiap daripada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 menerima hadiah wang tunai RM5,000, trofi dan sijil pengiktirafan, sementara pencalon guru tersebut menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.

Belajar Bahasa Isyarat Demi Anak Murid

Cikgu Ling Fong merupakan seorang guru yang berkelulusan dalam jurusan ekonomi. Cikgu Ling Fong bukanlah seorang guru yang berlatarbelakangkan guru pendidikan khas. Beliau tiada pengalaman mengajar pelajar-pelajar khas.

Disebabkan kegagalan penempatan akibat tiada kekosongan untuk guru ekonomi, Cikgu Ling Fing ditawarkan untuk mengajar pelajar pendidikan khas.

"Saya kagum dengan guru saya di mana dia datang ke sekolah ini tanpa kemahiran untuk berkomunikasi dalam bahasa isyarat tetapi telah berjuang untuk menguasai bahasa isyarat setelah 6 bulan berkhidmat," kata bekas pelajarnya, Jesnih.

Sumbangan dan Pencapaian Semasa Dalam Perkhidmatan

Peringkat Antarabangsa / Kebangsaan

• Pembentang Peringkat Negeri Sabah - Pencalonan Anugerah Princess Maha Cakri.
• Pertandingan International Young Scientist Innovation.
• Pingat Emas dan Perak Pertandingan Pencipta Inovasi.
• Pingat Emas dan anugerah khas Pertandingan International Young Scientist Innovation.
• Pertandingan Special Education International Conference.
• Sumbangan bahan pembelajaran subjek Matematik 'Ungkapan Algebra'.
• Sumbangan bahan pembelajaran subjek Matematik 'Kadaran'.
• Pertandingan Reka Cipta Poster UNITAR.

Peringkat Negeri / Daerah

• Membina Google Sites Pengajaran dan Pembelajaran Alternatif.
• Penceramah "Project Base Learning & Teknik Penulisan Modul".
• Kursus Bahasa Isyarat Bersama Persaruan Remaja Sda Kota Belud.
• Pertandingan Inovasi Dalam Pendidikan Sabah.
• Bengkel Sabah ICT Challenge.
• Penyelaras Program GForce PT3 & SPM.
• Peserta Peningkatan Bahasa Isyarat Malaysia.
• Penyelaras Program Outreach.
• Program ICT.
• Penceramah dalam Rancangan Pengajaran Individu - Jemputan sekolah-sekolah.
• Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif.

Peringkat Institusi / Sekolah

• Program GForce
• Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Penglibatan Cikgu Ling Fong Dalam Kokurikulum

Peringkat Antarabangsa / Kebangsaan

• Pertandingan Mysce - Pingat Emas Anugerah Khas
• Jurulatih Pertandingan Robocon Malaysia Junior Workshop - Johan

Peringkat Negeri / Daerah

• Pertandingan Ekad Hari Guru - Johan
• Iceaf Kdca - Pingat Emas
• Pertandingan melukis sketch gaya street (Pam) - Naib Johan

Peringkat Institusi / Sekolah

• Panji Lestari - Naib Johan


Cikgu Ling Fong Mencadangkan "Shadow Theatre" untuk Membentangkan Hasil Kerja Pelajar

Cikgu Ling Fong merupakan seorang guru yang peramah dan pandai bergaul dengan pelajar. Beliau tidak segan untuk belajar bahasa isyarat dengan para pelajarnya.

"Saya berasa sangat terinspirasi dengan Cikgu Ling Fong. Pada kami beliau sangat istimewa kerana beliau sentiasa memberi sokongan dan percaya bahawa kami boleh," kata Jesnih.

Semasa pertandingan membuat poster yang dianjurkan oleh UNITAR, pelajar dari SMK Datuk Peter Mojuntin yang dikelolakan oleh Cikgu Ling Fong menjadi Johan dalam pertandingan tersebut di peringkat negeri Sabah. Pelajar sekolah ini terpilih untuk mewakili UNITAR Sabah bertanding di Peringkat Nasional. SMK Datuk Peter Mojuntin mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

"Apa yang menggembirakan kami bukanlah pingat atau hadiah yang kami menangi tetapi kepercayaan yang diberikan olehnya," kata Jesnih.

Salah satu syarat pertandingan adalah pelajar dikehendaki membuat pembentangan untuk hasil poster. Pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin merupakan satu-satunya kumpulan peserta yang terdiri daripada pelajar khas. Cikgu Ling Fong memberitahu bahawa dia tidak dapat membantu menjadi penterjemah bahasa isyarat dan pelajarnya perlu yakin pada diri sendiri.

Cikgu Ling Fong mencadangkan untuk menghasilkan rakaman video "Shadow Theatre" untuk melakukan pembentangan poster tersebut. Pembentangan pelajar berjaya meyakinkan para juri dan mendapat pujian daripada banyak pihak.

"Memang kami tidak menyangka bahawa kecacatan kami sebenarnya merupakan kekuatan bagi kami. 'Shadow Theatre' adalah usaha cikgu, di mana beliau mendapat inspirasi daripada menonton rancangan televisyen 'British Got Talent'. 'Shadow Theatre' yang dipersembahkan tidak menggunakan suara tetapi berjaya memikat hati dan perasaan penonton," sambung Jesnih lagi.

Menubuhkan Kumpulan "Shadow Theatre" di Sekolah

Sejurus daripada pertandingan itu, Cikgu Ling Fong telah menubuhkan sekumpulan pelakon "Shadow Theatre" yang terdiri daripada murid pekak. Cikgu Ling Fong telah mendapat peruntukan untuk membeli LCD yang bertindak sebagai sumber cahaya dari belakang tabir dan kain putih dijahit untuk mendapatkan skrin mengikut ukuran yang diperlukan. 

Setiap posisi pergerakan untuk membentuk bentuk bayangan yang diingini, Cikgu Ling Fong mengkaji bersama-sama dengan pelajar dan hadir ke sekolah pada waktu malam untuk melakukan latihan bersama. Hasilnya, kumpulan "Shadow Theatre" SMK Datuk Peter Mojuntin selalu menerima undangan dari kerajaan dan NGO untuk membuat persembahan.

Membawa Pelajar Khas Melihat Dunia Luar Melalui Program "Deaf-Jam"

Cikgu Ling Fong mendorong pelajarnya supaya melihat dunia luar. Satu pengalaman yang paling menggembirakan kepada pelajarnya kerana dapat menaiki kapal terbang ke Semenanjung Malaysia. Bukan sahaja untuk bertanding tetapi Cikgu Ling Fong juga membawa pelajarnya melawat di sana apabila ada waktu senggang. Cikgu Ling Fong tidak pernah kedekut untuk belanja dan menghabiskan masa dengan pelajarnya.

Selain itu, beliau juga membawa pelajarnya ke program "Deaf-Jam" untuk melatih meningkatkan keyakinan diri. Program ini merupakan program persembahan lagu menggunakan bahasa isyarat, puisi dan juga bengkel bahasa isyarat bersama-sama orang ramai di tempat awam seperti hotel, sekolah, pantai atau pusat membeli-belah. Dengan adanya program seperti ini, masyarakat berpeluang mengenali mereka, bahasa isyarat dan juga merapatkan silaturrahim. Pada masa yang sama, dapat melatih sifat kepimpinan mereka.

Cikgu Ling Fong Menjadi Youtuber Ketika Musim Pandemik Covid-19

Akibat Pandemik Covid-19, semua sekolah terpaksa ditutup termasuklah SMK datuk Peter Mojuntin. Semua pelajaran dilaksanakan secara PDPR di mana belajar secara online. Bagi pelajar kurang upaya yang menpunyai masalah pendengaran, melaksanakan PdPR adalah sukar kerana pelajar belajar secara visual.

Cikgu Ling Fong yang kreatif sentiasa mencari penyelesaian kepada masalah tersebut dan menjadi sebagai youtuber dengan merakam dirinya mengajar menggunakan isyarat untuk membuat penerangan dan menghantar rakaman video kepada setiap pelajar. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan penggunaan data pelajar dan memudahkan pelajar memuat turun video tersebut. Tidak terhad setakat itu sahaja, beliau juga menyedikan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk power point, papan hitam, perakam dan sebagainya.

She Makes Our Disability To Ability - Jesnih

"Kadang kala, Cikgu Ling Fong mengorbankan waktu rehat dan masa percutiannya untuk membantu kami menyiapkan tugasan. Beliau dihormati bukan kerana ketegasannya sahaja malahan karakternya yang seperti seorang rakan kawan dan boleh bergurau dengan kami. Apa yang paling penting adalah "She makes our disability to ability," kata Jesnih.

Cikgu Ling Fong telah dianugerahkan sebagai Guru Cemerlang pada tahun 2011 dan 2019. Beliau juga mendapat anugerah sebagai Guru Pendidikan Khas Cemerlang di Peringkat Daerah pada tahun 2019 dan Guru Pendidikan Khas Tokoh di Peringkat Negeri pada tahun 2020.

Aku yang bukan anak muridnya pon merasa terharu menonton video yang dibuat khas untuk Cikgu Ling Fong oleh bekas pelajarnya, Jesnih.

Kisah Inspirasi 25 Pemenang Guru Inspirasi McDonalds 2021 yang Mengujakan!

Korang boleh baca semua kisah inspirasi 25 pemenang guru inspirasi di sini :

Video Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021) :


Sekali lagi aku ucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021. Tahniah juga kepada semua guru-guru yang dicalonkan untuk AGI2021. Semua jasa dan semangat guru-guru mendidik pelajar-pelajar mereka akan dikenang sampai bila-bila.

#AnugerahGuruInspirasiMcDonalds2021
#AnugerahGuruInspirasi2021
#AnugerahGuruInspirasiMcD
#HariGuruMcD
#TerimaKasihCikgu
#CikguLuarBiasa

Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 | Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman

Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 : Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman | Dah baca kisah inspirasi dua orang guru iaitu Cikgu Eva dan Cikgu Mohd Hasnizan yang aku kongsikan sebelum ini yang telah dicalonkan untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021? 

Kisah yang aku rasa sangat menyentuh hati dan memberikan inspirasi kepada guru-guru yang lain. Kisah calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 pada kali ini yang aku nak kongsikan adalah mengenai seorang guru pra sekolah iaitu Cikgu Dahlia. 

AnugeCabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman

Jika nak dibandingkan kisah di antara Cikgu Dahlia dengan Cikgu Eva dan Cikgu Mohd Hasnizan, pengalaman Cikgu Dahlia agak berbeza sedikit cabarannya kerana Cikgu Dahlia merupakan seorang guru pra sekolah SK Kaingaran Tambunan, Sabah yang terletak di pedalaman.

Latar Belakang Cikgu Dahlia

Nama penuh Cikgu Dahlia ialah Dahlia binti Ali. Cikgu Dahlia dilahirkan pada 22 Disember 1993. Usia Cikgu Dahlia sudah mencecah 28 tahun pada tahun ini. Cikgu Dahlia mempunyai kakak kembar iaitu Rahimah binti Ali Berasal dari Kampung Pantai Sipitang, tapi menetap di Kampung Laut Kinarut Papar. Cikgu Dahlia merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik..

Pendidikan Awal Sebelum Bergelar Guru

Cikgu Dahlia mendapat pendidikan awal di SK Pekan Putatan semasa beliau di sekolah rendah. Kemudian, beliau melanjutkan pelajarannya di SMKA Tun Dato Mustapha semasa di peringkat sekolah menengah. Cikgu Dahlia menyambung pengajiannya di Maktab Perguruan Keningau. Di sana beliau mengambil jurusan pra sekolah. Dan kini beliau mengajar dalam pendidikan Prasekolah.

"Sejurus tamat  pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, ambilan pada tahun kami  terus dipanggil untuk panggilan interim atas sebab pada tahun tersbut (2017) ramai guru memohon untuk pindah dan terlalu banyak kekosongan. Saya ditempatkan di kawasan sekolah pedalaman iaitu Sk Kaingaran, Tambunan dan menjalani perkhidmatan sebagai guru interim selama 4 bulan. Pada 2 Mei 2017, saya diserap semula menjadi guru tetap di sekolah yang sama sehinggalah ke hari ini." Kata Cikgu Dahlia semasa sesi interview bersama beliau dijalankan. 

Pencapaian Sepanjang Bergelar Guru Prasekolah
  • Tempat ke-5 individu dalam kejohanan catur PSKPP peringkat bahagian 2017
  • Menjadi juru utama daerah tambunan bagi standard kualiti pendidikan kebangsaan (2018)
  • Johan (kumpulan) kejohanan bola jaring PSKPP peringkat bahagian.

Aktiviti Yang Dijalankan di SK Kaingaran Tambunan

Program Sambutan Hari Jadi Murid SK Kaingaran Tambunan
Program Sambutan Hari Jadi Murid

Anugerah Guru Inspirasi McD 2021
Proram 3 dalam 1, Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan dan Hari Jadi Prasekolah 
Peringkat Sekolah

Penyampaian sijil tamat prasekolah peringkat daerah
Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah Peringkat Daerah

Sambutan Hari Sukan Sekolah

Lawatan sambil belajar murid dan ibu bapa prasekolah
Lawatan sambil belajar murid dan ibu bapa prasekolah


Rintangan yang Terpaksa Ditempuhi Ketika Menjadi Guru Pra Sekolah Di Pedalaman

Cikgu Dahlia telah mempunyai pengalaman mengajar menjadi seorang guru pra sekolah lebih kurang 5 tahun di SK Kaingaran Tambunan, Sabah.

Setiap hari Cikgu Dahlia akan berulang alik memandu kenderaannya sendiri dari rumah sewa ke sekolah. Perjalanan dari rumah sewa ke sekolah mengambil masa yang agak lama untuk tiba. Setiap kali memandu ke sekolah, Cikgu Dahlia terpaksa mengharungi jalan yang berlumpur dan berbatu. Liputan telekomunikasi di kawasan sekolah pon tidak begitu bagus, sekejap ada sekejap tiada.

"Rintangan paling mencabar yang pernah saya lalui apabila pertama kali saya dilantik sebagai guru interim. Pada ketika itu, saya menggantikan guru prsekolah yang telah diluluskan perpindahan beliau. cabaran dirasai apabila murid yang diajar beliau cuma sempat bersama saya selama setahun..dalam masa setahun itulah,saya perlu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap murid. dalam masa itu juga, saya didedahkan dan dilantik dengan tugas baru selain daripada guru prasekolah seperti setiausaha, guru pembimbing sukan dan sebagainya. pada ketika itu, cabaran tersebut merupakan cabaran yang sangat besar terutamanya bagi guru baharu". Kata Cikgu Dahlia.

Selain itu beliau juga menambah "Rintangan kedua adalah laluan kesekolah terutamanya ketika hujan yang mana kadangkala berlaku tanah runtuh, jalan tanah terlalu licin yang menghalang guru ke sekolah.. Tambahan lagi dengan keadaan jalan yang dahulunya batu-batu tajam yang boleh menyebabkan tayar kereta pancit. Tapi rintangan tersebut tidak pernah melunturkan semangat saya untuk pergi ke sekolah."

Tak dinafikan, menjadi seorang guru pra sekolah, agak mencabar. Cikgu-cikgu perlu menghadapi kerenah murid-murid yang berumur 5 dan 6 tahun. Tambahan pula, Cikgu Dahlia merupakan cikgu pra sekolah di sekolah pedalaman, situasinya amatlah mencabar.

Di SK Kaingaran Tambunan, kadangkala murid-murid yang hadir ke sekolah kurang daripada 10 orang sehari. Disebabkan semangat yang ada dalam diri untuk mendidik, Cikgu Dahlia sentiasa melakukan yang terbaik untuk anak muridnya walaupun jumlah murid yang hadir tidak ramai.

"Saya mencalonkan adik kembar saya sendiri untuk mendapat anugerah inspirasi ini, kerana adik saya seorang wanita yang berani dan cekal walaupun sebagai seorang wanita yang kudratnya tidak sekuat lelaki tapi mampu mengharungi perjalanan setiap hari ke sekolah dengan memandu kenderaan pacuan 4 roda sendiri dengan dugaan tayar pancit dan sebagainya," kata kakak kembarnya, Rahimah.

Cabaran yang Dihadapi Sepanjang Sebagai Guru di Pra Sekolah

Menjadi seorang guru pra sekolah bukanlah mudah seperti yang disangka. Aku percaya, kalau orang luar yang melihat kerjaya sebagai seorang cikgu pra sekolah ni mudah. Hanya ajar anak-anak murid apa itu A, B, C dan 1,2,3. Apalah sangatkan? Tapi, sebenarnya tanggungjawab cikgu pra sekolah ini lagi meluas.

Antara cabaran yang dihadapi sepanjang menjadi guru di SK Kaingaran Tambunan ialah masalah untuk mengakses internet dan kekurangan bahan mengajar. 

Beliau berkata "Saya sukar mencari maklumat secara pantas untuk dapatan pembelajaran murid. kekangan ini menjadi lebih sukar apabila murid- murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah yang mana menyukarkan lagi guru untuk berhubung dengan ibubapa dan murid-murid apatah lagi memberi tugasan. Memandangkan sekolah saya merupakan salah satu sekolah jenis pedalaman dan jauh dari bandar, sedikit sebanyak boleh menganggu proses pdp apabila bahan yang disediakan disekolah tidak cukup dan kurang sesuai untuk jangka masa lama. (mudah rosak)."

Tanpa guru pra sekolah, anak-anak tak kenal A, B, C dan 1, 2 ,3. Bagaimana hendak membaca dan mengira kalau tiada asas ini kan? Aku juga percaya, kerjaya sebagai cikgu pra sekolah bukan sekadar menjadi "guru" malahan menjadi seperti seorang ibu kepada anak-anak ini. Cikgu pra sekolah perlu melayan kerenah anak-anak yang menangis, perlu memujuk murid-murid, menguruskan urusan tandas dan pelbagai lagi situasi yang dihadapi oleh cikgu pra sekolah.

Strategi dan inisiatif yang dilakukan oleh cikgu untuk menarik minat murid datang ke sekolah/belajar.

"Saya mengaplikasikan beberapa program untuk menarik minat murid ke sekolah. salah satu daripadanya adalah sistem token. bintang kecil akan diberi kepada setiap hari bagi murid yang hadir. ianya dikumpul dan akan diberikan hadiah pada setiap bulan. semua murid tetap akan mendapat hadiah biarpun kehadiran cuma sedikit supaya dapat menarik lagi minat murid untuk terus hadir ke sekolah. Selain itu, saya juga sedaya upaya menyediakan bahan pdp yang melibatkan pelbagai aktiviti seperti seni,  kraftangan dan aktiviti kendiri dalam masa sama boleh menerapkan kemahiran 3M agar murid tidak bosan". Kata Cikgu Dahlia

Tugas seorang cikgu pra sekolah bukan hanya sekadar mengajar. Cikgu Dahlia setiap hari perlu berfikir tentang modul dan pelajaran yang harus diajar untuk kanak-kanak yang masih kecil ini dan yang baru mula pandai mengenal huruf dan membaca. Bukan senang hendak tarik perhatian supaya anak-anak ini untuk belajar dan memberikan tumpuan di dalam kelas. Cikgu Dahlia perlu sentiasa memikirkan idea yang kreatif supaya anak-anak ini minat untuk belajar.

"Saya hormat terhadap cikgu-cikgu yang bekerja sebagai cikgu kerana tahap kesabaran mereka sangatlah tinggi. Begitu jugalah dengan semangat yang ada pada Cikgu Dahlia Ali yang sentiasa berusaha untuk memberi ilmu kepada anak didiknya," kata Rahimah.

"Semoga ada rezeki buat adik kembar saya dan berharap pihak McDonalds dapat membuat lawatan ke pra sekolah SK Kaingaran Tambunan dan merasai sendiri pengalaman bagaimana hendak menyusuri perjalanan ke sekolah tersebut," kata Rahimah lagi.

Impian dan harapan Cikgu Dahlia hanya ingin melihat anak muridnya berjaya & tidak ketinggalan dalam pendidikan.

"Impian dan harapan utama saya pada masa akan datang adalah melihat anak-anak murid saya berjaya dan tidak ketinggalan dalam pendidikan. juteru, saya berharap pihak yang berkenaan dan terlibat bolehlah membantu untuk menaikkan lagi taraf kualiti pendidikan bagi kawasan pedalaman dan luar bandar iaitu dengan menambahbaik akses internet agar jurang capaian pendidikan sama rata antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan sepertimana yang di nyatakan dalam 5 aspirasi pendidikan yang mana salah satunya adalah ekuiti" Kata Cikgu Dahlia. Begitulah besarnya harapan beliau untuk melihat anak muridnya mendapat pendidikan yang sama seperti di luar bandar. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 (AGI 2021)

Anugerah Guru Inspirasi McDonalds (AGI 2021) tahun ini merupakan anugerah tahun yang kelima yang telah dilaksanakan oleh pihak McDonalds Malaysia. Anugerah ini diwujudkan bagi menghargai jasa-jasa guru yang senitiasa bersemangat dan berdedikasi membimbing anak-anak murid.

Untuk AGI 2021 ini, seramai 25 orang guru yang dipilih daripada ribuan pencalonan yang diterima. Guru yang memenangi anugerah ini akan menerima wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.


#AnugerahGuruInspirasiMcDonalds2021 
 #AnugerahGuruInspirasi2021 
 #HariGuruMcD 
#TerimaKasihCikgu 
#CikguLuarBiasa


Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 Kisah Cikgu Mohd Hasnizan Menyentuh Hati Guru dan Pelajar

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan Menyentuh Hati Guru dan Pelajar Apabila Membelanjakan Duitnya Sendiri Berjumlah RM6,000 Membeli Tiket Peserta Pertandingan Majlis Tadarus Al Quran yang Terlepas Penerbangan! | Sebelum ini aku ada kongsikan mengenai kisah calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 iaitu Cikgu Eva yang menyatakan hasratnya untuk mewujudkan STEM Centre di SK Sipinong supaya pelajar di pulau tidak ketinggalan dalam kepesatan teknologi. 

Lain pula dengan kisah Cikgu Mohd Hasnizan dari Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (SMA MAIWPL) yang digelar "Ayahanda" di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah ini. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan

Kali ini aku nak kongsikan kisah Cikgu Mohd Hasnizan menyentuh hati guru dan pelajar apabila membelanjakan duitnya sendiri berjumlah RM6,000 membeli tiket peserta Pertandingan Majlis Tadarus Al Quran yang terlepas penerbangan! 

"Banyak kekangan dan rintangan semasa mengajar termasuklah isu pelajar yang kurang menguasai sesuatu topik, gangguan kesihatan di kalangan pelajar, kekangan masa untuk menghabiskan silibus, gangguan ancaman pandemik Covid-19, kekangan pelbagai kehadiran mesyuarat dalam dan luar sekolah, jemputan pelbagai program dan aktiviti di dalam dan luar sekolah, tugasan segera arahan pihak atasan, pelbagai permasalahan pembelajaran secara Pdpr secara online, permasalahan talian internet yang sentiasa tidak stabil dan lain-lain." kata Cikgu Mohd Hasnizan.

Latar Belakang Cikgu Mohd Hasnizan

Guru yang memberi sumber inspirasi ini dilahirkan pada hari Khamis jam 10.00 malam bertarikh 8 Julai 1976. Beliau telah selamat dilahirkan di Hospital Kajang. Sepanjang beliau membesar, beliau diberikan didikan yang sempurna di samping dikelilingi oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekat daripada dunia pendidikan. Beliau telah berkeluarga dan mempunyai 4 orang cahaya mata.

Pendidikan Cikgu Mohd Hasnizan

Semasa beliau berada di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), Shah Alam, Selangor, beliau seorang yang aktif dalam pelbagai kegiatan akademik, kepimpinan, sahsiah diri dan ko-kurikulum di peringkat daerah, zon, negeri dan peringkat kebangsaan. Cita-cita beliau diteruskan ke pengajian di Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah dan Perundangan. 

Semangat keilmuan yang tinggi diteruskan oleh beliau untuk menyambung pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang Sains Teknologi Maklumat. Beliau juga merupakan pemegang Diploma Ikhtisas Pendidikan di Maktab Perguruan Islam, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Perjalanan Kerjaya Cikgu Mohd Hasnizan sehingga digelar "Ayahanda"

Cikgu Mohd Hasnizan mempunyai pengalaman kerja yang luas dalam pelbagai bidang hal ehwal pengurusan dan pendidikan. Kini beliau diamanahkan bertugas di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (SMA MAIWPL) sebagai seorang guru dan pentadbir sekolah. 

Cikgu Mohd Hasnizan mengajar matapelajaran Kurikulum Berasaskan Dinni yang terdiri daripada Lughatul Muasarah, Usul Ad-Din dan Al-Syariah Islamiah. Manakala matapelajaran Kurikulum Perdana pula ialah Pendidikan Seni Visual. Cikgu Mohd Hasnizan digelar “Ayahanda” di SMA MAIWP kerana ciri-ciri kebapaan yang penyayang, mudah didekati, mudah dibawa berbincang dan merupakan guru yang usia paling senior.

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan


Pencapaian Sepanjang Perkhidmatan Sebagai Seorang Guru

Peringkat Antarabangsa
  • Peserta International Chess 2020 anjuran Universiti Sabah Malaysia Kampus Antarabangsa Labuan (UMS).

  • Mengetuai kontigen Badan Beruniform Pengakap untuk First International Fun Walk For Peace 2019 sempena United Nations International Day of Peace 2019.

  • Mengetuai peserta untuk Wau International Training Programme 2019.

Peringkat Kebangsaan
  • Peserta Inovasi Perkongsian Pintar - Inovasi STEM Era Industri Revolusi 4.0 sempena Minggu Sains Negara 2021.

  • Mewakili delegasi Persekutuan Pengakap ke program 1st National Scoutmasters Summit.

  • Mendapat tempat kelima dalam perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat pada tahun 2018.
Peringkat Negeri/Sekolah

  • Menerima Anugerah Pemimpin Kumpulan Terbaik (Individu) anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan.

  • Naib Johan keseluruhan kategori Agensi Kerajaan dalam Perarakan Perbarisan sempena Sambutan Hari Malaysia 2018.

  • Menyertai pertandingan Global Zakat Game anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Labuan.

Gred Purata Sekolah Meningkat Setiap Tahun

Beliau berjaya membangunkan kecemerlangan yang seimbang dari segi akademik, sahsiah diri, kepimpinan, ko-kurikulum selama 10 tahun di SMA MAIWPL. Bermula daripada “Zero hingga menjadi Hero”. Setiap tahun, ramai pelajar SMA MAIWPL mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik terutamanya calon-calon SPM. 

Peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) sentiasa meningkat saban tahun dan tidak ketinggalan melahirkan pelajar yang mempunyai 9A secara konsisten setiap tahun. Impak kejayaan-kejayaan ini menyebabkan pelajar-pelajar akan menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi seperti Kolej Matrikulasi, Kolej Asasi, IPTA, IPTS dan juga Institut Pengajian Luar Negara seperti di Mesir dan Jordan. Setiap tahun SMA MAIWPL tidak ketandusan pelajar yang akan menyambung pengajian ke Timur Tengah.

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan

Semua kejayaan ini bukanlah kejayaan beliau seorang sahaja malah dibantu oleh semua warga pendidik SMA MAIWPL yang berada di bawah bimbingan dan penyeliaan beliau scara konsisten. Beliau juga amat menitikberatkan kemenjadian pelajar dari segi akhlak, disiplin dan kepimpinan. Semua pelajar sentiasa disarankan mempunyai sikap keyakinan diri yang tinggi dan semangat ingin mencuba dalam semua perkara yang positif. 

Beliau banyak memberi galakkan kepada semua pelajar untuk berani mencuba dan memberi peluang sama rata dengan seluas-luasnya kepada semua pelajar untuk menerokai bidang kepimpinan samada di sekolah mahupun di asrama.

Kata Cikgu Mohd Hasnizan, "Harapan saya terhadap guru adalah sentiasa mencari ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang efisyen, bersatu secara berpasukan menjalankan tanggungjawab, berintegriti dengan ilmu pengetahuan, berdisiplin menguruskan masa, sentiasa menjadi role model terbaik pada semua pelajar, sentiasa merebut peluang pelbagai kejayaan secara individu atau berkumpulan, sentiasa mendampingi komuniti masyarakat setempat dan sentiasa menjaga kebajikan setiap anak murid."

Sambungnya lagi, "Saya berharap murid sentiasa menghormati guru, ibu bapa dan masyarakat, berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap matapelajaran, mengekalkan tahap disiplin yang tinggi, sentiasa menyemaikan jati diri, berkarisma dalam kepimpinan, meningkatkan kualiti ibadah, mengamalkan ilmu pengetahuan yang ada dalam kehidupan seharian dan sentiasa berkeinginan mencipta ruang kejayaan dalam pelbagai dimensi."

Cikgu Mohd Hasnizan Memperkenalkan IHES yang Pertama di W.P Labuan

Cikgu Mohd Hasnizan telah membawa dan memperkenalkan Integrated Holistic Education System (IHES) yang pertama di W.P Labuan dan dijadikan modul utama pembentukan sahsiah dan jati diri bagi semua pelajar-pelajar SMA MAIWPL.

Kejayaan ko-kurikulum dan extra ko-kurikulum merupakan matlamat utama keseimbangan kejayaan setiap pelajar di bawah kepimpinan beliau. Pelbagai kejayaan telah dicapai sama ada di peringkat sekolah-sekolah menengah di W.P Labuan, peringkat negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Pelbagai koleksi himpunan piala, medal, sijil kemenangan berjaya dikumpulkan setiap tahun dan tersergam disusun di ruang galeri kejayaan SMA MAIWPL.

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan

Selain itu beliau juga amat menekankan penghayatan berjinak-jinak dengan pelbagai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Beliau juga amat aktif dan mempunyai “keistimewaan aura tersendiri” dikalangan masyarakat W.P Labuan. Beliau juga pernah dan turut memegang beberapa jawatan utama di W.P Labuan termasuk Bendahari Kehormat Jawatankuasa Ahli Majlis, Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan,Yang Di-Pertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang, Pengerusi Jawatankuasa Sukan Institusi-Institusi Agama W.P Labuan dan sebagainya.

Peristiwa Menyentuh Hati Sepanjang Perkhidmatan di SMA MAIWPL

"Sepanjang saya mengenali dan mendekati beliau sama ada dalam dan di luar sekolah, banyak kenangan dan peristiwa yang amat menyentuh hati dan saya serta kebanyakkan rakan-rakan yang lain menyuarakan perasaan yang sama iaitu terinspirasi dengan tindakan dan usaha yang dilakukan oleh beliau," kata rakan seperjuangannya Cikgu Muhammad Yatim.

"Dengan pencapaian, kredibiliti dan karisma kepimpinan beliau di atas, saya amat yakin bahawa beliau layak dipertimbangkan sebagai calon ikon “Cikgu Luar Biasa” bagi Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021," kata Cikgu Muhammad Yatim lagi.

Antara peristiwa yang menyentuh hati :

#1 Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran

Tindakan beliau yang pantas bagi menyelesaikan permasalahan di mana seramai 7 orang pelajar SMA MAIWPL yang mewakili negeri W.P Labuan ke Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan pada tahun 2014 telah terlepas menaiki jadual penerbangan asal kerana terdapat kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Melihat kepada kesuntukan masa yang tinggal dan tiada lagi jadual penerbangan pesawat daripada Labuan ke Kuala Lumpur pada hari tersebut.

Memandangkan pagi esok akan bermula acara pertandingan, guru ini telah memberi idea supaya pelajar-pelajar ini menggunakan jalan laut dan darat untuk pergi ke Kota Kinabalu, Sabah dan dari situ akan bergerak ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.

Memandangkan kos semakin bertambah, guru ini telah mengeluarkan semua perbelanjaan perjalanan laut dan darat ini menggunakan kad kredit beliau dianggarkan berjumlah RM 6,000.00. Kesemua kos ini ditanggung penuh oleh beliau tanpa perlu diganti, malah beliau beranggapan itu adalah sebagai amalan bersedekah daripada beliau kerana mengharumkan nama SMA MAIWPL di peringkat kebangsaan.

#2 Pelajar Nekad Melarikan Diri Dari Asrama. Ayahanda Menggunakan Pendekatan Secara Psikologi.

Semasa minggu pertama kemasukan pelajar baharu Tingkatan 1 ke asrama pada awal sesi persekolahan 2016. Tedapat seorang pelajar lelaki ini yang sentiasa murung dan sentiasa kelihatan sedih mulai dari hari pertama tinggal di asrama. Pelajar ini kerap menunggu di pintu utama pagar asrama setiap hari selepas balik daripada sesi persekolahan. Ramai pelajar senior dan warden mendekati pelajar ini untuk bertanya permasalahan utama pelajar ini. Namun pelajar ini tetap berdiam diri.

Cerita ini sampai ke pengetahuan “Ayahanda”. Beliau menggunakan pendekatan psikologi yang berbeza dengan membawa pelajar ini keluar daripada kawasan asrama seketika untuk mencari ketenangan dan membawa pelajar ini makan memandangkan pelajar ini tidak mempunyai selera makan beberapa hari semenjak duduk di asrama.

Akhirnya pelajar ini menceritakan segala permasalahannya kepada Ayahanda. Pelajar ini merasakan dirinya serba kekurangan dari segi persediaan kelengkapan pakaian dan pembelajaran disebabkan permasalahan kewangan keluarga pelajar ini. Pelajar ini tidak mempunyai bapa kerana telah meninggal dunia, manakala ibunya seorang yang bertugas sebagai pembantu tukang masak di restoran masakan yang memiliki pendapatan yang rendah. Manakala pelajar ini merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik.

Disebabkan kurang keyakinan diri dan merasai bahawa serba kekurangan berbanding rakan-rakan sebaya yang lain, pelajar ini nekad untuk melarikan diri daripada asrama.

Kepantasan Ayahanda bertindak dengan membawa pelajar ini untuk memenuhi segala kekurangan persediaan kelengkapan pakaian dan pembelajaran dengan menggunakan kewangan peribadi Ayahanda sendiri bagi membantu meringankan beban keluarga pelajar ini.

“Jika kita diuji dengan sedikit kelebihan, jangan kita lupa untuk membantu bagi mereka yang memerlukan,” kata Cikgu Mohd Hasnizan.


#3 Membelanjakan Duitnya Sendiri Sejumlah RM12,500 kerana Mencabar Pelajar!

Cikgu Mohd Hasnizan telah mencabar calon-calon SPM pada tahun 2016 dan 2017. Tujuan awal cabaran ini dilontarkan disebabkan keputusan peperiksaan percubaan SPM yang kurang memberangsangkan pada masa tersebut.

Khuatir dengan perkembangan ini, guru ini telah mencabar kepada semua calon yang dapat memperolehi keputusan 5A ke atas akan memperolehi ganjaran sebanyak RM 500.00 daripada sumbangan peribadi melalui duit gaji beliau sendiri.

Keputusannya, SPM sebenar telah berlaku peningkatan peningkatan pada kedua-dua tahun tersebut. Seramai 8 orang (calon SPM 2016) dan seramai 17 orang (calon SPM 2017) menjadikan 25 orang telah menerima sumbangan RM 500.00 setiap orang atas kejayaan ini. Bermakna guru ini telah membelanjakan sebanyak RM 12,500.00 daripada sumbangan gaji beliau kepada kejayaan pelajar-pelajar ini.

#4 Ayahanda Berunding Dengan Agensi Berkuasa Tempatan dan Negeri untuk Membawa Pulang Pelajar

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun 2020 dikuatkuasakan dimana sesi sekolah telah kembali dibuka mulai bulan Julai hingga November 2020. Permasalahan utama ketika ini adalah untuk membawa pulang pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak seramai 32 orang untuk merentasi negeri bagi pulang menghabiskan cuti persekolahan akhir tahun 2020.

Kerumitan ini disebabkan prosedur yang berbeza bagi kemasukkan orang luar ke Sabah dan Sarawak. Negeri Sarawak mengenakan amalan prosedur yang ketat untuk memasuki negeri tersebut. Oleh yang demikian pelajar-pelajar SMA MAIWPL terkandas di W.P Labuan selama hampir 2 minggu.

Memandangkan pengangkutan awam laut dan darat tidak beroperasi seperti biasa. Ini merumitkan lagi keadaan. Akhirnya guru ini cuba mencari solusi secara rundingan di atas meja melibatkan beberapa agensi-agensi berkuasa tempatan dan negeri dan akhirnya berjaya menyelesaikan permasalahan ini secara penyelarasan kerjasama. Semua ini dimulakan dengan pengorbanan usaha beliau untuk membantu kebajikan pelajar-pelajar sentiasa terjaga.

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan

Sempat Memberikan Motivasi Kepada Calon SPM Sebelum Menghabiskan Masanya di Hospital

Pada awal bulan Mac yang lalu, Cikgu Mohd Hasnizan telah dikejarkan ke Wad Kecemasan di Hospital Labuan sebanyak 2 kali. Beliau mengidap sakit tulang belakang (slip disc) daripada tahun 2007 lagi. Namun kecekalan beliau melawan penyakit ini selama 14 tahun dan menanggung kesakitan berpanjangan tanpa dimaklumkan kepada sesiapa.

Pada masa itu, Cikgu Mohd Hasnizan sempat melihat calon-calon peperiksaan SPM batch 2020 untuk 3 matapelajaran sahaja. Selebihnya guru ini menghabiskan masanya menerima rawatan di hospital. Guru ini juga sempat memberi suntikan motivasi kali terakhir kepada semua calon-calon SPM di SMA MAIWPL. Semua guru dan pelajar terkesan dan sedih setelah mendapat tahu guru ini akan melakukan pembedahan bila-bila masa daripada sekarang.

"Saya dan semua warga SMA MAIWP Labuan serta komuniti setempat sentiasa mendoakan agar guru ini pulih kembali dan dipermudahkan segala urusan beliau dan keluarga beliau," kata Cikgu Yatim.

Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 (AGI 2021)

Untuk pengetahuan korang, Anugerah Guru Inspirasi McDonalds ini telah diwujudkan bagi menghargai jasa-jasa guru yang tidak jemu membimbing anak-anak murid. Ini merupakan tahun yang kelima anugerah ini telah diwujudkan.

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan

25 orang guru yang terpilih daripada ribuan pencalonan akan menerima wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.

#AnugerahGuruInspirasiMcDonalds2021
#AnugerahGuruInspirasi2021 
 #HariGuruMcD 
#TerimaKasihCikgu 
#CikguLuarBiasa


© all rights reserved
made with by templateszoo