Memaparkan catatan dengan label Tempat Makan Best. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tempat Makan Best. Papar semua catatan

Kenali apa itu Matcha dan Di Mana Boleh Dapatkannya!

Salam sebagai pembuka kata. Jangan lupa sentiasa ikut SOP semasa Covid 19 ni tau! Okay, hari ni saya nak cerita tentang Matcha. Pernah dengar tentang Matcha tak? Untuk pengetahuan semua, Matcha ni dulu pernah terkenal di Indonesia. Matcha selalu ada dalam pelbagai bentuk makanan dan minuman di Indonesia. 

Kalau nak tahu, Matcha ni sebenarnya adalah teh hijau bubuk dari Jepun yang dibuat dari teh khusus dan diolah menggunakan method khusus. Baiklah, nak tahu mana nak dapatkan rasa matcha yang enak ini? Jom baca artikel ni sampai habis. 

1. Niko Neko Matcha

Kalau korang tinggal di KL dan peminat matcha, tempat ni adalah tempat yang korang mesti pergi! Tempat ni dapat banyak review dari orang ramai. Kalau tak percaya, cuba buka Trip Advisor. 

Bukan sahaja sedap, tapi tempat ni memang specialize dalam membuat minuman jenis matcha, dari jenis sejuk ke panas, semuanya menyelerakan. Tempat ni juga ada buat matcha dessert yang sangat sesuai minum dengan minuman. 

Jadi, korang boleh lawat tempat ni kalau korang pergi Kuala Lumpur.

Niko Neko Matcha

Alamat: 82A , Lorong Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur

2. Oh Cha Matcha

Ini tempat kedua untuk dilawat kalau nak rasa keenakan matcha yang sebenar. Tempat ni menyediakan pelbagai jenis minuman matcha termasuklah Ceremonial Matcha, yang dibuat hanya dengan air tau, Genmaicha, dibuat dengan roasted rice, dan Hojicha, dibuat dengan roasted green tea. 

Kalau korang minat dengan gaya estetik, boleh pergi tempat ni. Selain nak minum matcha, boleh ambik gambar lawa-lawa. 

Oh Cha Matcha

Alamat: 130, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

3. 108 Matcha Sero

Kalau kat tempat ni, dorang sediakan minuman dan dessert matcha yang sangat berkualiti tinggi. Nak tau kenapa? Sebab bahan-bahan yang dorang guna datang daripada Kyoto, Japan. 

Korang mesti beli dan rasa Obanyaki yang ada kat tempat ni, soft serve ice cream dan Matcha Parfait dorang. Kalau dah rasa, conform korang nak datang lagi next time.

Matcha Sero

Alamat: Lot 251, Level 2, Suria KLCC, 50088 Kuala Lumpur

4. Mei by Fat Spoon

Kalau korang minat pergi café, korang boleh try pergi dekat café ni yang ada Japan minimalis vibe. Sangat sesuai untuk ambik gambar lawa ataupun untuk lepak dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. 

Kalau kat sini, mesti cuba Mei by Fat Spoon yang dihidang dengan homemad green tea butter. Kalau dah cuba, mesti nak lagi!

Mei by Fat Spoon

Alamat: Hartamas: 22-G, Jalan 27/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur


5. Green Tea McFlurry @ Mc Donald

McDonald pun ada sediakan Ice Cream Matcha. Kalau tak minat minuman matcha, mungkin boleh try ice creamnya dulu. Green Tea McFlurry dari McDonald ni akan beri rasa manis dan sedap dari vanilla dengan green tea favorite korang. 

McDonald ni banyak cawangan, jadi kalau korang singgah McDonald, boleh try ice cream ni. Mesti nak lagi lepas tu. 

Green Tea McFlurry @ Mc Donald


6. Matcha Green Tea @Starbuck

Kat Starbuck pun, korang boleh rasa minuman Mactha yang penuh dengan khasiat ni. Kalau nak tahu, Matcha ni ada lebih banyak natural caffeine yang boleh orang rasa lebih bertenaga tanpa ada side effect. 

Korang boleh cuba menu Matcha Green Tea Latte, Matcha Lemonade, Iced Matcha Green Tea Latte, dan Matcha Green Tea Crème Frappuccino. Belum cuba belum tau rasanya. 

Matcha Green Tea @Starbuck

Baiklah, selesai sudah cerita tentang antara tempat yang korang boleh pergi untuk dapatkan rasa Matcha yang enak. Kalau takda masa nak pergi ke sana, jangan risau, Online Food Delivery kat Foodpanda. 

Hanya perlu download apps Foodpanda dan cari tempat kat atas untuk dapatkan Matcha anda. Kalau bukan sekarang bila lagi? Order dari Foodpanda dan stay jer kat rumah. Memandangkan musim Covid-19 belum selesai, mari sama-sama duduk rumah dan kurangkan penularan penyakit ni. Stay safe guys!

10 Menu Makanan Cina Boleh Cuba Di Kuala Lumpur

Berada di Kuala Lumpur, pelbagai makanan ada di depan mata. Pilih saja nak makan yang mana. Dan dalam banyak-banyak pilihan makanan, kita tidak hanya terikat pada menu masakan melayu tetapi boleh juga mencuba menu makanan cina, india, barat dan lain-lain lagi.

Untuk menu makanan cina ataupun chinese food ini, terdapat pelbagai jenis menu yang boleh di cuba. Antaranya adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini. 

1. Dim Sum

menu-makanan-cina-dim-sum

Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidangkan bersama teh cina. 

Ia biasanya dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas di mana hidangan ini disediakan sepanjang hari. 

Dim sum disediakan dalam bahagian kecil dan termasuklah daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga pencuci mulut dan buah-buahan.

Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Kebanyakan keluarga Cina suka berkumpul untuk menikmati hidangan dim sum ini pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina. 


2. Mee Wantan

mee-wantan

Mee wantan merupakan hidangan kantonis yang sangat terkenal di seluruh Asia. Hidangan ini biasanya dihidangkan dalam sup panas, dihias dengan sayur berdaun dan juga wantan. 

Jenis-jenis bagi sayur berdaun yang digunakan biasanya adalah kailan. Satu lagi jenis ladu dikenali sebagai shui jiao yang kadang kalanya disajikan bagi menggantikan wantan. 

Ia mengandungi udang, ayam atau daging, daun bawang dan juga terdapat beberapa tukang masak yang menambah cendawan dan kulat hitam.


3. Yee Sang @ Yusheng

yee-sang-makanan-cina

Yee sang juga dikenali sebagai Yusheng merupakan hidangan yang terdiri daripada pelbagai jenis salad dan ikan. 

Campuran kesemua bahan ini membuatkan hidangan ini berwarna-warni dan kelihatan menarik untuk dimakan. Hidangan ini biasanya dihidangkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Ia merupakan lambang kemakmuran, kemewahan dan juga kekayaan. 

Masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan merupakan pembawa rezeki dan juga hidangan yee sang telah wujud sejak Dinasti Song lagi. Ianya merupakan masakan yang semestinya akan dihidangkan sempena upacara keagamaan. 

Yee Sang diperbuat daripada potongan ikan terutamanya ikan salmon segar, kacang tanah, cili, lobak putih, lobak merah, halia, daun limau purut, daun parsli cina, biji bijan bakar dan udang kering goreng. Kuahnya atau penambah rasanya pula diperbuat daripada sos plum.


4. Kuih Bulan@Moon Cake

moon-cake

Kuih bulan biasanya boleh didapati menjelang musim perayaan pertengahan musim luruh ataupun Tahun Baru Cina. Kuih ini mempunyai rasa yang manis serta boleh dimakan begitu sahaja. 

Kuih ini berbentuk bulat dan juga segi empat yang terdiri daripada kuning telur itik (masin) serta bahan-bahan yang lain. 

Selain itu, kuih bulan mempunyai inti yang pelbagai di bahagian dalamnya. Intinya terdiri dari pes biji teratai, kacang merah, walnut, bijan, badam, benih labu dan biji tembikai. 

Terdapat juga inti lain seperti keladi, pandan dan juga durian selari dengan perubahan zaman. Dahulunya, banyak cerita mitos tentang kuih ini. Masyarakat Cina akan memakan kuih ini bagi memperingati sejarah seorang isteri raja yang telah berkorban demi rakyatnya.


5. Kuih Bakul@Nian Gao

kuih-bakul-nian-gao

Jika masyarakat Melayu popular dengan sajian dodol, kaum Cina pula tidak ketinggalan dengan hidangan kuih bakul. 

Kuih ini seakan-akan dodol, namun ianya lebih kenyal jika dibandingkan dengan dodol. Kuih bakul juga turut dikenali dengan nama lain iaitu nian gao. Proses untuk membuat kuih bakul ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Ianya perlu mengambil masa tiga hari untuk disiapkan. 

Berdasarkan sejarah, kuih ini dibuat khas oleh orang terdahulu untuk diberikan kepada ‘Tuhan Dapur’ agar ia tidak melaporkan perkara yang tidak baik kepada maharaja di syurga. 

Kuih ini juga membawa simbol tinggi iaitu ‘semakin tahun semakin tinggi’ di mana ia bermaksud bahawa semakin masa berlalu, semakin majulah mereka ke hadapan. Kuih ini juga sering dimakan dengan pelbagai cara iaitu dimakan bersama is kelapa, digoreng dengan ubi keladi atau ubi keledek dan boleh dimakan begitu sahaja.


6. Char Kuey Teow


Kita sering melihat hidangan char kuey teow ini dijual di mana sahaja sama ada di gerai kecil mahupun restoran yang terkenal. Namun, tahukah anda bahawa hadangan ini sebenarnya merupakan antara makanan tradisoanal yang berasal daripada Cina selama ini? Char kuey teow merupakan mee beras yang biasanya dimasak bersama kerang, udang dan juga telur. Hidangan ini telah dijual oleh para petani dan juga nelayan bagi mendapatkan pendapatan. 

Disebabkan char kuey teow ini kaya dengan sumber protein, fiber dan juga zat lain, maka tidak hairanlah jika para pekerja buruh pada zaman dahulu amat menggemarinya kerana ia dapat memberikan tenaga untuk kembali bekerja. Kehadiran tauge dan juga sayur-sayuran lain dalam hidangan ini telah menambahkan lagi rasa char kuey teow agar ianya menjadi lebih enak untuk dinikmati.

7. Yong Tau Foo
Yong Tau Foo adalah kegemaran ramai rakyat Malaysia dan Yong Tau Foo ini jika di cuba dapat dirasakan keaslian Hakka dengan sos kuah yang dihidangkan bersamanya. Jika sedang mencari pilihan makanan yang anda belum pernah cuba, mungkin menu ini boleh difikirkan. Harganya juga tidaklah mahal mana.


8. Tang Yuan 
Tang yuan merupakan hidangan pencuci mulut tradisional masyarakat Cina yang diperbuat daripada tepung beras. Secara tradisinya, hidangan ini biasa dinikmati semasa Yuanxiao ataupun Festival Tanglung. Namun ia juga sering dijadikan sebagai pencuci mulut semasa majlis perkahwinan. 

Pada sekali pandang, kuih ini dilihat seakan kuih puteri mandi, namun ianya mempunyai beberapa perbezaan. Tang yuan yang berbentuk bola kecil ini dihidangkan di dalam mangkuk dan dimakan bersama sirap manis. Hidangan ini pada kebiasaannya dinikmati pada musim sejuk di bulan Desember jika di negara China. 


9. Stir Turnip Fried Cake
Pada sekali pandang, hidangan ini tidak ubah seperti fish cake goreng. Ianya enak dimakan semasa ia masih panas kerana anda mungkin akan muak apabila ianya telah sejuk. Turnip Cake ataupun dikenali sebagai kek lobak ini dibuat dengan menggunakan lobak putih dan tepung beras. Kek lobak ini boleh dimakan terus bersama kicap, namun ia biasanya dimasak dahulu untuk menambah rasa tambahan.

Kek lobak dipotong menjadi kepingan segi empat tepat setelah disejukkan dan kemudiannya digoreng sehingga kedua-dua belah permukaannya menjadi perang keemasan. Ianya enak dimakan bersama sos cili atau juga sos hoisin sebagai perasa.


10. Nasi Ayam Claypot

Nasi ayam claypot merupakan hidangan makan malam di China Selatan dan juga di Asia Tenggara. Nasi ini dimasak menggunakan periuk tanah liat bersama-sama bahan lain seperti cendawan, ayam, ikan masin dan juga sayuran bersama sos soya. 

Kehadiran ikan masin dalam hidangan ini sememangnya meningkatkan lagi rasa nasi ayam ini. Pada waktu dahulu kala, hidangan ini dimasak dengan menggunakan dapur arang. Namun kini selari dengan peredaran masa hidangan ini telah dimasak dengan menggunakan dapur gas yang lebih menjimatkan masa. 

Terasa Nak Makan Menu Chinese Food Di Kuala Lumpur? Boleh Order Melalui Foodpanda! 

Walau kena duduk rumah tapi tetap boleh makan sedap tanpa perlu susah payah masak. Kiranya kalau malas pun tak apa! Terasa nak makan menu makanan cina seperti yang dinyatakan di atas juga boleh. Antara pihak yang ada sediakan servis food delivery menu chinese food begini adalah Foodpanda.


Lagi-lagi dalam musim covid19 yang penuh mencabar ni. Tak perlulah risikokan diri sendiri kerana masih ada pihak seperti Foodpanda yang sudi berkorban dalam membantu urusan kita.

Nasi Lemak Geng di McDonald's Pastinya Menaikkan Selera Anda

Siapa yang tak tahu Nasi lemak sudah menjadi salah satu makanan kegemaran orang Malaysia. Kalau pagi-pagi menyinggah gerai nasi lemak mesti korang perasan semua jenis kaum tengah beratur. Asasnya nasi lemak kita ni letak telur, timun, ikan bilis goreng,kacang goreng dan sambal. 

Namun sekarang ni, pelbagai hidangan yang disajikan bersama nasi lemak. Ada yang makan nasi lemak dengan ayam, daging, sotong, udang, dan hati lembu. Tambahan lagi dengan nasinya yang pelbagai warna dari putih kini biru, hijau, merah, kuning, semua ada. 

Punya nak kasi viral kan! Tapi apa-apapun, pergilah ke negeri mana sekalipun nasi lemak ‘biasa’ pasti menjadi pilihan semua.


Kita sedia maklum bahawa Nasi lemak ini sudah menjadi makanan ruji rakyat Malaysia. Tak kira bangsa agama mahupun latar belakang budaya. Nasi lemak selalunya dimakan untuk sarapan pagi. Namun trend sekarang masyarakat dah tak kisah kerana ia boleh dimakan pada waktu petang dan malam juga.

Mungkin juga disebabkan oleh kesibukan bekerja menjadikan nasi lemak ini makanan yang bersifat 'universal' yang mana sesuai dimakan bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. 

Nasi lemak boleh menjadi makanan yang tidak terlalu berat untuk dijadikan sarapan. Namun, ianya boleh menjadi makanan yang berat pada waktu lunch dan makan malam apabila ditambah dengan bermacam-macam jenis lauk. 

Kini McDonald's memperkenalkan siri Nasi Lemak Geng.


Kita semua tahu bahawa McDonald's boleh menjadi sangat kreatif dalam memasukkan rasa tempatan dengan menu barat mereka. Baru-baru ini, francais makanan segera yang popular muncul dengan Cendol McFlurry lengkap dengan sedikit kelapa dan cendol agar-agar. 

Kini mereka melakukannya lagi dengan rangkaian kombinasi nasi lemak yang menyelerakan yang pastinya anda tidak mahu ketinggalan. 

Anda boleh pilih antara Nasi Lemak Rendang Ayam, Nasi Lemak GCB, atau Nasi Lemak Spicy Chicken McDeluxe. Boleh didapati di semua jenis cawangan McDonald's di seluruh Malaysia. 


Nasi Lemak Geng McDonald's dengan tiga hidangan sampingan yang berbeza


Walaupun McDonald's terkenal dengan makanan barat, namun untuk meraihkan pelbagai rasa tempatan, McDonald's memperkenalkan Nasi Lemak McD dengan tiga hidangan sampingan yang berbeza untuk dipilih. 

Sudah semestinya rasanya mengikut selera kita orang tempatan. Nasi kelapa wangi, ikan bilis rangup, timun segar, dan telur goreng, di atas dengan sambal pedas. Aroma yang menggembirakan pasti akan menaikkan selera anda. 

Ia terdiri daripada semua elemen klasik yang membentuk nasi lemak yang hebat – nasi dengan santannya yang wangi dan cukup lemak, ikan bilis goreng rangup, telur goreng yang sempurna, dihiasi pula dengan sambal pedas, meletup!

Lebih hebat lagi, ia disajikan dengan Ayam Goreng McD! Perfect!

Anda boleh mendapatkan menu ini di mana-mana outlet. Tambahan, ia tersedia sepanjang hari! Dapatkannya untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam, atau makan malam, pilihan ada di tangan anda. 


Sementara itu kepada anda yang malas nak beratur untuk mencari nasi lemak sedap, bolehlah mencuba Nasi Lemak McD yang boleh didapati di semua cawangan McDonald di seluruh Malaysia.

Nak lagi mudah guna ja servis Food Delivary dari FoodPanda. Foodpanda ni, satu Malaysia ada. Merata negeri, merata ceruk dari Semenanjung sampai Sabah Sarawak. Sama macam McDonalds. Jadi kalau nak order menu McDonalds guna Foodpanda memang sesuai sangat.

Sekarang dah ada banyak servis delivery makanan dan salah satunya adalah servis Food Delivary dari FoodPanda. Hanya perlu order je dan makanan sampai depan pintu rumah. Tak perlu lagi hadap kesesakan jalan raya. Banyak membazir asa kat situ.

Bukan itu sahaja, sekiranya korang seorang yang berkerjaya dan jarang memasak, servis penghantaran makanan merupakan pilihan yang terbaik. Korang tak perlu buang tenaga nak beli barang basah dan sediakan makanan.

Jom pesan makanan dengan foodpanda!


Jangan ketinggalan! Satu rasa pelbagai selera hanya di McD, jom order sekarang di FoodPanda. Nasi Lemak McD baru pasti akan memuaskan pencinta nasi lemak, cubalah hari ini!


10 Makanan Paling Sedap Anda Wajib Cuba di PENANG

Assalamualaikum
Bismillah

Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang berasaskan rempah seperti nasi kandar, roti canai yang dimakan dengan kuah kari pekat, pasembur dan banyak lagi. Memang syurga makanan!


Aku telah senaraikan 10 Makanan Paling Sedap Anda Wajib Cuba di PENANG. Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut. 

1. Nasi Kandar Deen Maju

Kedai Nasi Kandar Deen Maju ini terletak di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan pasaraya Gama. Dibuka pada pukul 2.30 etang sehinggalah ke 11.00 malam. Kedai ini mendapat ramai feedback yang positif kerana ayam goreng rempahnya yang sangat sedap! Malah kadang-kala pukul 8 malam dah habis. Laku keras nampaknya.

Alamat : 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang


2. Hameed Pata Mee Sotong

Bagi korang yang gemar makan sotong, Mee Goreng Sotong dari Hameed Pata adalah pilihan yang terbaik. Restoran ini sudah mula beroperasi sejak tahun 1978 lagi! Selain Mee Goreng Sotong, minuman ini juga sangat laku di sini – Coconut Shake. Dah lah makanan pun sedap, kena lagi dengan coconut shake minum masa cuaca panas memang ummpp lah!

Alamat : 19, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang


3. Laksa Pokok Jangus Kampung Perlis Balik Pulau

Korang datang ja PENANG, mesti teringat Laksa Penang kan? Menu laksa sememangnya terkenal di Pulau Pinang. Jika di Pulau Pinang, kedai Laksa Pokok Jangguslah yang disyorkan untuk korang terjah. Apa yang istimewanya di sini selain laksa, korang juga boleh mencuba menu yang terlaris di sini iaitu ABC.

Alamat: Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang


4. Nurul Ikan Bakar Special

Untuk hidangan makan malam pula, kalau tekak korang tu tiba-tiba menyeru nak ikan bakar, ini lah tempat yang korang patut singgah. Ianya terletak berdekatan sahaja dengan lebuhraya pantai Pulau Pinang. 

Kedai Nurul Ikan Bakar Special antara kedai makanan yang menjadi pilihan ramai jika mereka singgah di sini. Korang nak makan di dalam ataupun di bawah redupan pokok pun boleh.  Suasana kedai makan yang cukup santai merupakan antara punca ianya begitu disukai ramai.

Alamat: Tun Dr. Lim Chong Eu Highway, 10100 Gelugor, Penang


5. Burger Ayam Goreng NJoy

Biasa tengok burger biasa je kan. Burger saiz king, black burger semua tu dah tak asing lagi. Yang istimewanya Burger Ayam Goreng NJoy sehingga menjadi bualan orang ramai ialah kerana burgernya yang dikatakan enak tak terrhingga. 

Bukan itu sahaja, rotinya juga berwarna-warni. Nampak menarik dari luarannya! Isi ayam yang lembut dan rangup di luarnya menjadi kunci utama menu ini begitu istimewa.

Alamat: 6, Lorong Kekabu 2, Taman Desa Wangsa, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang


6. D’Seafood Paradise

Nasi, ayam, sotong, ikan bakar dan burger pun dah. Tak lengkap tanpa syurga makanan laut kan? Aku pasti ramai di kalangan pembaca di sini yang menggemari makanan laut, bukan? 

Untuk mencuba makanan laut yang segar, singgah sahaja di D’Seafood Paradise. Pelbagai jenis ikan, kerang, sotong, udang, ketam dan banyak lagi jenis makanan laut ada disediakan di sini. 

Alamat: Jalan Teluk Tempoyak, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang


7. Sany Char Kuey Teow

Selain daripada makanan-makanan yang aku dah sebut kat atas tu, satu lagi makanan yang korang kena cuba kat Penang sudah semestinya Sani Char Kuey Teow. Ini salah satu kedai yang aku cadangkan untuk korang singgah.

Portion hidangan yang boleh dikatakan agak besar dan mampu mengenyangkan perut korang yang kelaparan dan ditambahkan pula kuah yang agak pekat. Pasti terangkat. Char kuey teow yang dihidangkan pula sudah tentunya lengkap dengan kerang, udang dan telur. Tapi kalau nak pilih salah satu pun tak ada masalah.

Char Kuey Teow merupakan antara menu yang paling terkenal di Pulau Pinang di samping nasi kandar dan roti canai. Di  Sani Char Koey Teow, anda pasti akan berpuas hati dengan Char Koey Teow yang disajikan. 

Saiz hidangan yang besar, lauk yang banyak dan kuah Char Kuey Teow yang pekat merupakan antara punca utama menu ini begitu digemari ramai. Anda wajib mencubanya sendiri, dijamin enak dan mengenyangkan!

Alamat: , Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang



8. Roti Canai Transfer Road

Satu lagi tempat makan di Penang yang wajib diterjah iaitu Roti Canai Transfer Road. Nama pun unik kan. Korang boleh mencuba roti canai yang tersedap sekitar sini. Menu yang boleh dicuba adalah ‘Roti Bakar Telur Goyang’.

Jangan sekadar mencuba roti bakarnya, menu utama roti canai wajib anda cuba. Memang berbeza dengan kuah kepekatannya yang biasa anda pernah makan.

Alamat:  114, 110, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang


9. Nasi Kandar Line Clear


Kalau korang memang pecinta nasi kandar, korang kena datang ke gerai nasi kandar ni. Nama dia memang line clear. Tapi bila korang datang nak beli, line dia tak pernah nak clear. Apa pun memang penantian tu sesuatu yang berbaloi. Nasi kandar ni didatangkan dengan pelbagai jenis lauk yang super sedap dan dengan harga yang berpatutan.

Bukan sahaja terkenal dengan nasi kandar yang beraneka lauknya, malah kari kepala ikan di sini juga memang tiada tandingan! Harga untuk menu kari kepala ikan ini berbeza mengikut saiznya, jadi pilihlah yang mana berkenan di hati ya. Anda juga boleh tambah lauk-lauk lain yang berbagai jenis, pasti ‘meriah’ pinggan anda!

Alamat: Beside 161 & 177 Penang Road, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang


10. Mee Kicap Masjid Bayan Baru

Jangan lupa juga untuk singgah di Mee Kicap Masjid Bayan Baru ini. Korang pasti akan suka dan menyesal tak rasa sendiri menu-menu yang disediakan di sini. Antara hidangan yang disediakan di sini ialah Mee Kari Ipoh, Mee Kicap dan Kuey Teow Kerang. Kesemuanya enak-enak dan digemari ramai, jadi pilihlah mana-mana yang anda suka!

Alamat:  2, Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang


Haaa. So apa macam? Orang Penang dah cuba ke semua makanan tu? Yang bukan stay kat Penang pula sangat susah hati guys, korang guna je servis 'FOOD DELIVARY PENANG' dari FoodPanda tu.


Kat website Foodpanda tu bermacam menu makanan ada termasuklah antara makanan sedap dan best yang terkenal di Penang. Ni kalau nak diikutkan banyak je lagi kedai dan gerai yang ada hidangan sedap-sedap. Tapi ni antara yang menarik buat aku.

Last pun not least #STAYATHOME je okay? Order ja melalui Foodpanda tu, tak payah nak degil sampai tak dengar cakap untuk keluar sana sini. Kita jaga kita, bukannya susah sangat nak faham kan?

Tempat Makan Paling Sedap di Penang

Assalamualaikum
Bismillah

Sempena dengan cuti sekolah ini ada merancang nak pergi mana-mana tak? Banyak tempat menarik di Malaysia ini sampai tak tahu nak pilih destinasi percutian? 

Sekiranya korang ingin bercuti di tempat yang mempunyai pasir putih beserta laut yang nyaman tetapi berkonsepkan bandar yang moden. Korang pasti tidak akan kecewa memilih Pulau Pinang. 


Siapa rakyat Malaysia yang tak kenal Pulau Pinang? Salah satu negeri yang mempunyai lapangan terbang kedua yang tersibuk di Malaysia. Keunikan dari segi budaya, makanan, tempat bersejarah, reka bentuk bangunan yang ada di sini juga telah menjadikan Penang sebagai pusat pelancongan yang terkenal di dalam dan juga di luar negara.

Dengan berbekalkan cheap Jetstar promo ticket, sesiapa pun boleh terbang ke Penang. Yang dari Sabah tu, jomlah bercuti di Penang. 

Bah yang nak ke Penang lepas ni boleh dah mula survey untuk book cheap flights from Kuala Lumpur to Penang. Manalah tau dapat tiket murah kan, bolehlah terus gerak ke Penang bercuti bersama keluarga. 

Di bawah adalah senarai tempat makan paling sedap di Penang.

Nasi Kandar Line Clear

Kalau korang memang pecinta nasi kandar, korang kena datang ke gerai nasi kandar ni. Nama dia memang line clear. Tapi bila korang datang nak beli, line dia tak pernah nak clear. Apa pun memang penantian tu sesuatu yang berbaloi. Nasi kandar ni didatangkan dengan pelbagai jenis lauk yang super sedap dan dengan harga yang berpatutan.




Antara lauk yang korang boleh pilih ialah kari ayam, ayam goreng, kari kepala ikan, sotong, kambing dan banyak lagi. Harga bagi kari kepala ikan mengikut saiz kepala ikan tu la. Apa yang lebih menarik, nasi kandar ni dibuka selama 24 jam. So korang boleh pilih nak datang bila-bila masa. Mai jangan tak mai.

Cucur Udang Chowrosta

Gerai cucur udang ini terletak di Lebuh Tamil. Kalau korang nak buat snek alas perut masa jalan-jalan tu, boleh singgah dan cuba sendiri cucur udang yang rangup dan taufu yang lembut kat kedai ni.



Di sajikan pula dengan kuah kacang yang enak, lagi menyempurnakan hidangan cucur udang tersebut. Aduh terliur pula rasa. Selain itu, gerai ni jugak ada sediakan minuman special. Sirap yang dicampur dengan biji selasih dan kelapa. Macam mana tu? Haa. Nak tau kena la datang sini!

Nurul Ikan Bakar Special 

Untuk hidangan makan malam pula, kalau tekak korang tu tiba-tiba menyeru nak ikan bakar, ini lah tempat yang korang patut singgah. Ianya terletak berdekatan sahaja dengan lebuhraya pantai Pulau Pinang.



Kalau susah sangat korang waze je lah. Zaman dah maju. Sebab apa korang kena singgah sini? Semua hidangan laut yang disajikan segar-segar. Korang order je nak masakan apa, aku jamin masakan yang keluar dari dapur kedai ni pasti menepati citarasa tekak korang.

Rockstarz Burger

Burger bukan sebarang burger, burger ni burger gergasi. Sekali cuber mesti nak lagi. Korang nak makan burger? Jangan lupa singgah Rockstarz Burger ni. Burger yang dihasilkan sendiri dengan ketebalan yang mampu membuatkan korang kekenyangan dengan sebiji burger sahaja.



Ditambah pula dengan sos dan mayonis yang menggunakan resipinya yang tersendiri. Tak perlu nak cari burger lain dah. Kalau korang sampai sini, korang boleh baca nama-nama burger yang ada. Semua unik-unik. Kedai burger ni terletak di Jalan Mayang pasir, Bandar Bayan Baru. Alang-alang sampai Penang, mai la singgah kedai burger ni.

Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk Madu Pak Ali tidak asing lagi bagi yang suka kan jeruk. Jeruk ini adalah slah satu makanan wajib yang korang kena beli untuk bawak balik. Pelbagai jenis jeruk yang korang boleh cuba.



Jeruk kedondong, manga, sengkuang, salak dan banyak lagi. Nak cari jeruk ni sangat mudah kalau dah sampai Penang sebab banyak je cawangan yang menjual jeruk ni di sekitar Penang. Tapi kalau dah sampai Georgetown, korang boleh terus je singgah di Pasar Chowrosta.

Sani Char Kuey Teow

Selain daripada makanan-makanan yang aku dah sebut kat atas tu, satu lagi makanan yang korang kena cuba kat Penang sudah semestinya Sani Char Kuey Teow. Ini salah satu kedai yang aku cadangkan untuk korang singgah.



Apa point tambahan yang ada kat kedai ni? Portion hidangan yang boleh dikatakan agak besar dan mampu mengenyangkan perut korang yang kelaparan dan ditambahkan pula kuah yang agak pekat. Pasti terangkat. Char kuey teow yang dihidangkan pula sudah tentunya lengkap dengan kerang, udang dan telur. Tapi kalau nak pilih salah satu pun tak ada masalah.

Nasi Campur Permai Tepian

Kenapa nak tunggu malam baru nak cari kedai best kalau siang dah ada? Haa. Nak rasa masakan melayu atau hidangan tradisional? Singgah dulu makan tengah hari kat sini. Kalau korang tengok, biasa je tempatnya. Macam kedai-kedai yang lain. Tapi ia berkonsepkan terbuka dan luas.



Lauk yang dihidangkan sangat banyak. Aku yakin korang mesti rambang mata nak makan mana 1. Kalau yang suka ulam-ulaman pun, jangan risau, dia ada sediakan jugak. Baru la melayu. Kedai ni terletak di Jalan Permatang Nibong, Kampung Pertama.

Waktu operasinya pula bermula dari sarapan pagi sampai lauk habis la yang tengah hari tu. Jangan lambat dan jangan datang hari Jumaat. Jumaat, dorang holiday.

Haaa. So apa macam? Dah ada plan nak ke Penang?

Boleh masuk singgah mana-mana kedai yang ada tu. Ni kalau nak diikutkan banyak je lagi kedai dan gerai yang ada hidangan sedap-sedap. Tapi ni antara yang menarik buat aku.

Kalau korang ada cadangan tempat makan yang sedap di Penang boleh komen di bawah ya~

© all rights reserved
made with by templateszoo