Dikuasakan oleh Blogger.

Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui MySPP

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, ada berita baik buat korang yang ingin memohon jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), kini pendaftaran tidak lagi dibuat di jobsmalaysia guys. 

Kalau korang lihat di entri aku tentang Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui JobsMalaysia ramai sangat yang komen dan mengadu mempunyai masalah pendaftaran. Sampai aku sendiri ni dah macam pekerja Jobsmalaysia ja menjawab segala pertanyaan korang. 

Yang peliknya, apabila aku daftarkan untuk orang okay ja pun. Bila orang yang buat ada ja yang tak kena. Padahal aku buat step by step kot tutorial tu. Alhamdulillah, akhirnya SPP telah upgrade sikit sekarang dan buat laman khas untuk memohon jawatan di Pendidikan. So okaylah. 

Tahniah buat SPP kerana telah mengambil alternatif untuk mewujudkan laman MySPP. Semoga ia dapat membantu lebih ramai orang lagi yang selama ini tidak berpeluang untuk memohon jawatan di SPP.

Mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan. Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP). Namun demikian, permohonan jawatan SPP melalui Portal Jobs Malaysia masih boleh diteruskan sehingga 31 Julai 2020.Maklumat lanjut berkaitan mySPP : Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (hanya akan mula beroperasi pada 15 Julai 2020)
Sumber : SPP

Baiklah, hari ini aku ajar step by step Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui MySPP

Langkah 1
Perlu diingat ya, Pendaftaran MyID hanya dilakukan sekali sahaja. Jadi mohon sangat guys, jangan SALAH ISI untuk pendaftaran okay. Banyak kali dah aku terjumpa orang yang salah isi ini. 

MyID adalah nombor kad pengenalan korang. Hanya perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu dengan menggunakan MyID sebelum mengisi mySPP.

Korang boleh mendaftar MyID dengan klik pada pautan "DAFTAR AKAUN BAHARU" di laman utama mySPP melalui alamat URL https://myspp.spp.gov.my

Korang digalakkan supaya menggunakan mySPP untuk permohonan jawatan SPP. Namun demikian, permohonan jawatan SPP melalui Portal JobsMalaysia masih diteruskan sehingga 31 Julai 2020 sahaja.

Jadi yang dah isi jawatan di Jobsmalaysia, korang kena daftar semula di MySPP okay. 

Langkah 2

Skrin Daftar Akaun Baharu akan dipaparkan seperti di bawah:



Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.

Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui telefon dan emel.

Sila pastikan korang mengingati soalan keselamatan kerana akan digunakan bagi tujuan reset kata laluan.

Langkah 3

Login https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp# Masukkan MyID dan Kata Laluan dan klik pada butang Log Masuk.

Pastikan maklumat yang dipaparkan seperti di bawah adalah BETUL. Pendaftaran MyID hanya dilakukan sekali sahaja. Jadi mohon sangat guys, jangan SALAH ISI untuk pendaftaran okay. Kalau salah isi tak boleh edit/ubah dah.

Pada bahagian MAKLUMAT PEMOHON dan skrin berikut akan dipaparkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses daftar akaun baharu.


Kena ingat korang perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).

Ketinggian adalah maklumat pilihan. Namun begitu terdapat beberapa jawatan yang memerlukan pemohon memasukkan maklumat Ketinggian.


Klik butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi.

Langkah 4

Sekiranya korang ingin menukar kata laluan & soalan keselamatan, korang hanya perlu klik pautan KATA LALUAN/SOALAN KESELAMATAN. Skrin Tukar Kata Laluan seperti di bawah akan dipaparkan.


Langkah 5

Pada bahagian MAKLUMAT AKADEMIK, bagi korang yang telah memohon SPP sebelum ini, korang telah mempunyai maklumat akademik sedia ada. Sila klik butang (-) terlebih dahulu untuk memadam maklumat tersebut, sebelum hendak mengemaskini.

PT3/PMR/SRP/LCE

Klik pada ruang Tahun dan masukkan Tahun Peperiksaan PT3/PMR/SRP/LCE yang diduduki.

Pastikan korang perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*) ya.

Pilih Mata Pelajaran dan Gred yang berkenaan. Jika korang mempunyai jumlah Mata Pelajaran melebihi daripada ruang yang disediakan, tekan butang “+ Tambah” sahaja.

Seterusnya tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi.



SPM/MCE/SPM(V)

Sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / MCE / SPM (V) / SPVM / SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) - Peperiksaan Kali Pertama.

Sila pilih Tahun & Jenis Sijil semasa menduduki peperiksaan. Pilih Pangkat yang diperolehi. Kosongkan ruang Pangkat bagi pemohon yang menduduki Peperiksaan SPM mengikut Sistem Terbuka.

Kemudian pilih Lulus atau Gagal bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia yang diperolehi dan kosongkan ruang tersebut bagi pemohon yang menduduki Peperiksaan SPM mengikut Sistem Terbuka.

Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dalam ruang Gred kerana subjek tersebut wajib diisi.

Seterusnya korang isi secara manual matapelajaran selain Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred.


Jika pemohon mempunyai jumlah Matapelajaran melebihi daripada ruang yang disediakan, tekan butang “+ Tambah”. 

Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

Seterusnya korang isi maklumat akademik untuk (sama ja seperti langkah di atas) :
  • STPM/STP/HSC
  • STAM

Pengajian Tinggi PHD/Sarjana/Ijazah/Diploma/Sijil

Bagi kolum Institusi yang mengeluarkan sijil adalah bermaksud: Institusi yang mengeluarkan sijil Ijazah / Diploma / Sijil yang diterima semasa graduasi dan BUKAN tempat Kolej / Universiti calon belajar.

Korang boleh memilih Bidang pengkhususan Pendidikan / Bukan Pendidikan / Semua bagi memudahkan carian pengkhususan.

Manakal sekiranya korang yang memiliki sijil Ijazah / Diploma / Iktisas pendidikan boleh tandakan bidang pengkhususan Pendidikan untuk menyenaraikan semua sijil berkaitan pendidikan.

Bagi yang memiliki sijil Ijazah / Diploma bukan pendidikan, boleh tandakan bidang pengkhususan Bukan Pendidikan untuk menyenaraikan semua sijil berkaitan bukan pendidikan.

Manakala, tandakan bidang pengkhususan Semua, untuk menyenaraikan semua sijil berkaitan pendidikan dan bukan pendidikan. 

Kemudian, tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

(Kalau tak faham boleh rujuk gambar di bawah)


Pada bahagian Keputusan - 2 atau Keputusan - 3 tu hanya kepada yang mempunyai lebih daripada satu (1) sijil Pengajian Tinggi. Kemudian ulangi langkah yang dinyatakan seperti di atas.

Jika mempunyai lebih daripada tiga (3) sijil Pengajian Tinggi, klik pada butang + bersebelahan dengan Keputusan – 3. Jumlah maksimum maklumat Pengajian Tinggi yang boleh dimasukkan adalah lima (5) sahaja.

Langkah 6

Seterusnya sila isi bahagian Maklumat Ko-Kurikulum dan Maklumat Tambahan (wajib isi)




Langkah 7

Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Klik pada JAWATAN DIMOHON. Calon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Pastikan jumlah jawatan keseluruhan adalah betul untuk memastikan jawatan dimohon tidak akan hilang apabila klik butang SIMPAN.


Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon.

Jika ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih jawatan tersebut di ruang Jawatan Yang Dipohon dan tekan butang <<

Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan. Dan tekan butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat yang telah diisi atau tekan butang BATAL untuk membatalkan maklumat yang telah dimasukkan.

Langkah 8 

PENGAKUAN PEMOHON

Sila pastikan semua maklumat yang telah diisi adalah betul. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.

Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses.

Korang boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.


PERINGATAN : Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang dimohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh daftar adalah sama. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai ke SPP. Jika tidak sama, sila semak semula padanan maklumat yang dimasukkan di setiap menu. Pastikan semua medan bertanda (*) diisi dan di SIMPAN. 

Langkah 8

STATUS PERMOHONAN

Korang boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon. Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).

Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.

Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan. 

Antaranya adalah kredit dalam matapelajaran tertentu. Dalam perkara ini, SPP menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan


Nota Tambahan 
  • Untuk paparan dan fungsi terbaik, sila gunakan Google Chrome Version 48.0.2564 ke atas, Mozilla Firefox 45.0 ke atas atau Internet Explorer (IE) 11.0.9600.18499 dengan resolusi minima skrin 1024 x 768. Anda juga perlu mengaktifkan javascript di Pelayar Web anda.
  • Pendaftaran mySPP tidak memerlukan pengaktifan melalui e-mel. Alamat E-mel hanya digunakan untuk pengumuman SPP atau panggilan temu duga atau keputusan temu duga.
  • Anda perlu mendaftar akaun baharu di mySPP dan perlu menggunakan alamat e-mel yang sama semasa pendaftaran di Portal JobsMalaysia.
  • Sekiranya anda tersilap memasukkan no. kad pengenalan semasa pendaftaran MyID, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP 03-8893 4019 / 4020 / 4021 / 4022 atau SISPAA-SPP


SELAMAT MENDAFTAR & GOOD LUCK!


8 ulasan:

  1. Thanks info, Nurul...lepas ni mau cuba nasib apply di situ, selama ni saya hanya menunggu nasib tawaran dari SPA saja,hihihii...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba 😊
      Manatau rezeki di spp kan..

      Padam
  2. Semoga berjaya pada yang memohon

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian ni..

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang bagus! Semoga sapa yang memohon lulus nnti Amin ✨🌸

    BalasPadam
  5. Alhamdulilah berjaya create akaun ni dengan baca info akak bagi nii tqq doakan rabia ya

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.