Persediaan Sebelum Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19

Assalamualaikum
Bismillah


Alhamdulillah, pada Bulan Mac yang lalu, permohonan aku dalam SPP telah diterima. Dan aku telah menerima SMS untuk menghadiri temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi jawatan Pembantu Pengurusan Murid N19. 

Ini adalah contoh SMS yang aku terima. 

Kalau ada di antara anda yang terpilih untuk menghadiri temuduga, aku pasti anda juga akan bingung dan tercari-cari maklumat berkenaan jawatan tersebut. Jangan risau, aku lagi panik apabila terima SMS ini yang datang secara mengejut.

Pada hari ini, aku ingin berkongsi tentang Persediaan Sebelum Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19.

1. Semak Tempat Temuduga
Perkara pertama sekali yang anda perlu lakukan adalah SEMAK TEMPAT serta TARIKH TEMUDUGA. Semakan boleh dibuat di → SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA


Masukkan NO KAD PENGENALAN

Pastikan anda semak :
  • Tarikh dan masa temuduga
  • Jawatan yang dipohon 
  • Tempat temuduga (cari di google maps sekiranya anda kurang pasti lokasi temuduga)
  • Cetak Slip Temuduga dan Senarai Semak

 Ini adalah contoh slip temuduga. Pastikan NAMA PENUH dan 
NO KAD PENGENALAN adalah betul.


Ini adalah contoh SENARAI SEMAK DOKUMEN yang perlu disediakan 
sebelum menghadiri temuduga.


2. Sediakan Dokumen Yang Diperlukan
Pertama sekali semak satu persatu senarai semak tersebut. Seperti yang dinyatakan di dalam senarai semak, anda perlu sediakan DOKUMEN ASAL (original) dan SALINAN (photocopy). 

Bagi yang bertanda (WAJIB), anda wajib membawa dokumen tersebut. Ketiadaan dokumen yang wajib boleh menyebabkan anda tidak dapat menjalani sesi temuduga. 

Sediakan dua keping gambar berukuran passport yang terkini. Susun semua dokumen mengikut urutan senarai semak. Masukkan semua dokumen di dalam clear file (apa-apa jenis fail pun boleh). 

Susunan fail adalah seperti berikut :
  1. Gambar Berukuran Pasport (dua keping) **
  2. Kad Pengenalan (WAJIB) **
  3. Sijil Kelahiran/ Sijil Pendaftaran Kelahiran/ Sijil Anak Angkat **
  4. Lesen Memandu (Bagi Jawatan Pemandu Kenderaan/ Pemandu Operasi)
  5. Slip Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau setaraf (WAJIB bagi jawatan Gred 11)
  6. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau setaraf (WAJIB) **
  7. Sijil Berhenti Sekolah **
  8. Sijil kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu peringkat SPM atau setaraf sekiranya berkaitan
  9. Sijil Penghargaan/ Penyertaan Kegiatan Luar (sekiranya ada) **
  10. Salinan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Nilaian Prestasi terkini yang disahkan Ketua Jabatan (bagi calon yang sedang berkhidmat secara tetap,kontrak atau sementara dalam perkhidmatan awam)
  11. Surat Sokongan Permohonan dan Kebenaran Menghadiri Temu Duga oleh Ketua Jabatan (bagi calon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam) (Format surat boleh diperolehi di portal www.spp.gov.my)
  12. Dokumen Pengesahan Status Orang Kurang Upaya (OKU)(sekiranya berkaitan)
  13. Surat Pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (sekiranya berkaitan)
Yang bertanda ** adalah dokumen yang aku sediakan. 

Buat satu salinan semua sijil tersebut dan susun sama seperti susunan Sijil Asal. Pastikan semua helai salinan hendaklah DISAHKAN oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa untuk mengesahkan dokumen.

(Aku tak sempat minta pengesahan dokumen masa tu, mujurlah dokumen aku diterima). Jadi untuk mengelakkan diri daripada tidak ditemuduga, adalah lebih baik buat pengesahan dokumen. Please, jangan tiru macam aku yang kurang persediaan. 
Ini adalah contoh BORANG MAKLUMAT CALON TEMU DUGA 
(SILA LENGKAPKAN BORANG INI DAN BAWA SEMASA TEMU DUGA)

Lengkapkan BORANG PENGAKUAN beserta TANDATANGAN.

Isi borang maklumat calon dan tampal sekeping gambar diruang yang disediakan. Pastikan anda mengisi pengalaman bekerja. Tidak kira pengalaman bekerja sendiri, berniaga ataupun part time. Sebaik-baiknya adalah yang berkaitan dengan jawatan Pembantu Pengurusan Murid.
NOTA TAMBAHAN : Semua sijil asal hendaklah disusun secara teratur mengikut turutan si atas menggunakan fail (folder) semasa pendaftaran. Kegagalan tuan/ puan mengemukakan dakumen WAJIB seperti di atas akan menyebabkan tuan/puan tidak dibenarkan menjalani sesi temu duga.
Masa ini jangan fikirkan pasal temuduga tu dulu kerana dokumen yang tidak lengkap akan menyusahkan diri sendiri pergi fotostat, print dan sebagainya. Pastikan semuanya lengkap dan tiada yang tercicir sebelum pergi temuduga.

3. Fahami Fungsi Jawatan
Cari sebanyak mana maklumat tentang Pembantu Pengurusan Murid. Banyakkan buat pembacaan tentang jawatan yang dipohon. Di bawah adalah beberapa info tentang Pembantu Pengurusan Murid :
  1. Ringkasan Perkhidmatan dan Skop Tugas PPM (PDF)
  2. PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PRASEKOLAH) N19
  3. PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PENDIDIKAN KHAS) GRED N19
  4. Profil kompetensi pembantu pengurusan murid (asrama) - KPM 

Tunjukkan bahawa anda sebenarnya telah betul-betul memahami tentang jawatan tersebut. Sekiranya anda tiada pengetahuan tentang jawatan tersebut, bagaimana mahu meyakinkan panel untuk mengambil anda bekerja? Prepare yourselves ^^ ~

4. Lengkapkan Diri Dengan Ilmu Pengetahuan serta Isu Semasa
Baca isu-isu semasa terkini samada di dalam atau luar negara, isu tentang pendidikan, dan dasar-dasar kerajaan. Selain itu, banyakkan juga pembacaan tentang kabinet-kabinet negara. Anda tidak tahu apa soalan yang bakal ditanya. Persediaan itu penting. 

Secara ringkas apa yang anda perlu baca :
  1. Pengetahuan am seperti Rukun Negara, sejarah negara, nama-nama Perdana Menteri Malaysia
  2. Nama-nama barisan kabinet terkini
  3. Nama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan negeri. (gelaran sehinggalah nama penuhnya)
  4. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 
  5. Sistem Pendidikan Malaysia
  6. Isu semasa : global warming, isu politik terkini & sebagainya

Itu sahaja yang dapat aku kongsikan. Semoga bermanfaat dan membantu korang semua. Good luck and all the best! 

Akan datang aku akan kongsi tentang pengalaman semasa temuduga dan soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga. 

#TemudugaSPP
#PembantuPengurusanMurid

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

Terbaru Lebih lama