Memaparkan catatan dengan label Tempat Menarik di Johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tempat Menarik di Johor. Papar semua catatan

POPULAR Bookstore di Paradigm Mall Johor Bahru

Assalamualaikum
Bismillah

Lamanya tak pergi Kedai Buku Popular. Kali terakhir pergi kedai buku rasanya sebelum graduate tahun 2018. Jadi blogger sepenuh masa banyak habiskan masa dalam rumah. Sekali sekala sahaja keluar untuk ambil angin dan segarkan fikiran.

Beberapa bulan kebelakangan ini memang struggle juga nak kekalkan momentum menulis blog dari segi pageviews dan income. Banyak sangat perubahan dunia internet. Ramai blogger beralih ke tiktok dan jadi content creator. 

Dan aku masih di sini menulis. 

Selepas aku dan suami dating di Hutan Bandar, Johor Bahru, kami terus ke Paradigm Mall. Kami menonton wayang Gran Turismo since suami minat sangat dengan motorsport. 

Movie tu based on true story dan cerita pun straight to the point. Memang banyak racing. Yang tak minat cerita pasal kereta pun boleh faham juga.

Dah tengok wayang aku terus ajak suami ke POPULAR Bookstore sebab dah lama sangat nak pergi cuma tiada kesempatan masa lagi. 

POPULAR Bookstore di Paradigm Mall Johor Bahru

POPULAR Bookstore di Paradigm Mall Johor Bahru

Seriously memang rindu sangat nak masuk kedai buku selain Watson, Guardian dan Kedai Eco hahaha. Sekarang ni dah pelbagai jenis barangan dan produk dijual di kedai buku. Bukan sahaja buku, aksesori seperti speaker, pendrive, peralatan tulis, dan printer pun ada. 

Malah dah upgrade siap jual produk makanan lagi. Dan paling menarik perhatian aku sudah tentulah bahagian Animation. Dulu jual manga komik sahaja. 

Sekarang dah ada penambahan jualan Animation DVD dan KPOP Album di Kedai Buku Popular. 

POPULAR Bookstore di Paradigm Mall Johor Bahru

Dah lama sangat tinggalkan dunia mengumpul koleksi bahan bacaan. Mungkin tahun ini kena mulakan balik hobi membaca macam dulu. 

Member card popular pun dah expired tahun 2018. Nak renew pun jarang juga dapat jalan ke Johor Bahru. Nanti kalau dah mula enjin membaca balik baru renew lah. 

Setiap kali masuk kedai buku confirm bawa balik barang. Banyak sangat jualan murah, kebetulan pergi masa MERDEKA SALE.

POPULAR Bookstore di Paradigm Mall Johor Bahru

Inilah hasil shopping di kedai buku tadi. Suami beli Multi-angle Car Holder (RM32.00), aku pula beli Coloring Books For Therapy (RM22.00) dan Stabilo Swan Arty 36 Colored Pencils (RM36.00).

Bagi yang berminat ke kedai buku jangan lupa singgah di POPULAR Bookstore@Paradigm Mall Johor Bahru.

Lokasi Alamat : Lot 3F-66, 3rd Floor, Paradigm Mall, Skudai Lbh, Taman Bukit Mewah, 81200 Johor Bahru.

Hutan Bandar Johor Bahru Tempat 'Healing' Bagi Yang Suka 'Nature'

Assalamualaikum
Bismillah

Beberapa hari sebelum ini memang rasa burnout sangat. Letih fikiran dan perlukan ketenangan dan udara segar di luar. Mengadu dengan suami nak keluar jalan ke Johor Bahru untuk cari tempat healing dan refreshing. 

Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Suami pun dapat bercuti sekejap semasa Hari Kemerdekaan. Suami isteri dah sama-sama burnout sangat dah hahaha.

Banyak jugalah tempat menarik di Johor Bahru yang aku google, cuma kebanyakkan tempat tersebut bukan tempat-tempat alam semula jadi. Sampailah aku terjumpa Hutan Bandar di Johor Bahru. 

Bila tengok review orang macam menarik dan percuma. So kami pun pergilah masa 31 Ogos 2023. Masa tu cuti umum, jadi risau jugalah manatau tutup. 

Perjalanan dari Pontian ke Hutan Bandar Johor Bahru mengambil masa sekitar 1 jam. Kami bertolak dari rumah jam 11.30 pagi dan sampai dalam jam 12.20 tengah hari.

Hutan Bandar MBJB, Johor Bahru ini adalah merupakan hutan di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru yang amat sesuai untuk tujuan riadah. Ia meliputi kawasan seluas 50 ekar. 

Banyak kemudahan disediakan di dalamnya termasuk laluan jogging, taman dengan alatan senaman, beberapa kolam ikan dan kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak.

Ramai penduduk tempatan datang ke sini untuk sekurang-kurangnya mengambil udara segar di bawah pepohon hijau, makan di restoran, dan melihat kecantikan orkid yang terdapat di Hutan Bandar MBJB ini.

Pemandangannya yang indah juga menyebabkan ramai pasangan pengantin juga suka untuk mengambil gambar hari bahagia mereka di sini.

Nak cari lokasi Hutan Bandar ini tak susah pun, just rujuk kat Google Maps saja. Harga tiket untuk masuk ke Hutan Bandar adalah PERCUMA. 

Hutan Bandar Johor Bahru

Ramai yang kata kalau datang kat sini awal pagi lagi best. Ramai yang joging dan berjalan ambil udara segar. Tenang sangat kalau dapat lihat pemandangan hijau. Apa yang best di sini ialah korang tak perlu risau pun kalau nak cari tempat makan. 

Terdapat banyak gerai makan di dalam dan di luar. Korang boleh pergi ke Anjung Selera Hutan Bandar untuk menikmati hidangan yang pelbagai dan murah. 

Selain itu juga, terdapat banyak kiosk dan gerai di dalam taman rekreasi. Ada juga yang menjual tudung dan sewa basikal. 

Hutan Bandar Johor Bahru

Hutan Bandar juga sesuai untuk keluarga yang ingin meluangkan masa bersama. Ada kolam untuk kanak-kanak bermain dan ianya percuma. Boleh buat picnic dan buka khemah sementara anak-anak bermain dan mandi di kolam. 

Terdapat pelbagai fasiliti permainan untuk kanak-kanak dan dewasa disediakan. Dimaklumkan juga ada aktiviti zumba pada hujung minggu. 

Hutan Bandar Johor Bahru

Bagi yang sukakan aktiviti lasak boleh mencuba hard rock climbing (cuma pastikan keselamatan terjaga) sebab tiada yang jaga. Jadi kena hati-hati. 

Selain itu, bagi yang gemar bermain skateboard, terdapat tempat untuk bermain skateboard juga. 

Hutan Bandar Johor Bahru

Hutan Bandar sangat sesuai sekiranya korang nak buat sesi photoshoot pengantin kerana banyak tempat yang menarik sesuai untuk bergambar terutama sekali berdekatan dengan tasik. Memang nyaman dan cantik pemandangannya. 

Hutan Bandar Johor Bahru

Aku dengan suami banyak habiskan masa berjalan dan bercerita (kononnya nak capai 5000 langkah hahaha) Dan tak sangka habiskan masa di sini 2 jam boleh capai 8000 langkah. Kalau hari-hari pergi sini confirm boleh kurus hahaha. 

Di dalam kolam banyak ikan talapia, ikan toman pun besar-besar, dan kura-kura. Biawak pun ada haha~

Hutan Bandar Johor Bahru

Sekiranya korang nak kurus Hutan Bandar adalah tempat yang sesuai sangat untuk berjoging kerana disediakan trek joging.

Bagi yang minat tengok bunga terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan bunga di kawasan ini. Ada bunga orkid, kalau mak mertua ada confirm dia suka. 

Dan yang paling penting tandas, shower banyak dan ada kemudahan surau bagi Muslim menunaikan solat. 

Secara keseluruhan, aku puas hati dengan tempat ini. Memang sesuai sangat kalau nak healing dan tenangkan fikiran dari kesibukan bandar. 

Dari segi cadangan penambahbaikan, ada kemudahan yang nampak kurang selamat untuk kanak-kanak. Selain itu, banyak juga permainan kanak-kanak yang kurang bersih. Mungkin kurangnya pembersihan di kawasan ini. 

Bahagian surau pula, telekung dan sejadah tidak dicuci. Kawasan juga tidak luas hanya cukup untuk 2 orang solat walaupun kawasan taman cukup dan luas. 

Yang lain semuanya okay. Lepas nie confirm datang lagi. Dah jadi port dating kami. 

Alamat         : Jalan Tasek Utara, Kolam Ayer, 80100 Johor Bahru, Johor
Harga Tiket : Percuma
Masa             : Dibuka setiap hari (7.00 AM - 11 PM)
Parking         : Percuma


© all rights reserved
made with by templateszoo