Assalamualaikum
Bismillah
Sedih aku nak menulis entri ni. Bulan Februari yang lalu aku dapat 4 ekor anak kucing yang diberi nama Neko, Chibi, Nino dan Kici.
Semoga setiap perbuatan yang dilakukan sepanjang menjaga dan membela mereka dikira sebagai ibadah dan pahala.
Bismillah
Sedih aku nak menulis entri ni. Bulan Februari yang lalu aku dapat 4 ekor anak kucing yang diberi nama Neko, Chibi, Nino dan Kici.
Hari Ahad yang lalu dua ekor kucing aku Neko dan Chibi jatuh sakit. Dorang tak makan dan minum. Neko muntah-muntah. Diberi makan pun muntah balik. Manakala Chibi pula tidak bermaya.
Belum sempat nak rawat Neko dah mati dalam sangkar. Dan Chibi pula menyusul pagi tadi, mati di dalam kotak.
Aku hanya dapat jaga 5 bulan sahaja. Hari-hari bagi makan dan minum. Dijaga, dibersihkan bulu, dan dibelikan tempat untuk bermain.
Sepanjang aku jaga kucing. Ini kali pertama aku menangis teresak-esak ibarat baru kehilangan anak. Sedih betul. Padahal kucing saja pun.
Tetapi merekalah yang menjadi teman aku di rumah ni ketika suami bekerja. Healing aku. Sangat terasa kehilangan dorang sebab Neko dan Chibi lah yang paling nakal.
Semoga setiap perbuatan yang dilakukan sepanjang menjaga dan membela mereka dikira sebagai ibadah dan pahala.