Memaparkan catatan dengan label Traveloka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Traveloka. Papar semua catatan

5 Hotel Yang Ada Private Pool Di Malaysia

Assalamualaikum
Bismillah

Dah mula bercuti ke tu? Rata-rata mesti dah bergerak rentas negeri, balik kampung jumpa ibu bapa, keluarga dan sanak saudara. Lepas dah melepaskan lelah rindu pada keluarga, bolehlah mulakan dengan percutian kan. 

So kat sini aku nak share kan senarai hotel yang menarik boleh dijadikan pilihan untuk percutian seisi keluarga.

Walaupun kita dah boleh rentas, tak bermaksud keadaan kembali macam dulu. Masih perlu beringat dan berjaga-jaga. Covid-19 masih belum ada penawar. 

Jadi, aku cadangkan bercuti di hotel yang mempunyai private pool untuk keluarga. Lebih selamat dan lebih privasi. Korang boleh check out sendiri hotel in Kuala Lumpur atau tengok senarai pilihan hotel yang ada ni.

5 Hotel Yang Ada Private Pool Di Malaysia

1. The Shorea, Negeri Sembilan

The Shorea ni jauh dari kawasan orang ramai, terletak di Hutan Berembun, Negeri Sembilan. Sesuai sangat percutian keluarga sambil menikmati keindahan alam semula jadi. 

Butik Eco-Resort ini mempunyai 8 villa dengan 15 bilik. Boleh duduk ramai-ramai sehingga 40 orang dewasa. Sangat sesuai untuk percutian keluarga besar.

Mempunyai dua bahagian, iaitu The Shorea Resort dan The Shorea Estate. Untuk pilihan private pool boleh lah membuat pilihan villa di The Shorea Estate.

the-shorea-pool
Sumber Gambar: Facebook The Shorea

2. La Villa, Langkawi

Jika destinasi korang Langkawi, bolehlah cuba percutian di La Villa Langkawi. Terletak di Pantai Tengah, La Villa mampu memberikan ketenangan kepada pengunjungnya. 

Selain lokasinya yang strategik, berdekatan dengan Pantai Cenang, dan 13 km dari bandar, La Villa merupakan penginapan yang moden dengan private pool serta pemandangan hijau semulajadi.

la-villa-hotel
Sumber Gambar: lavillalangkawi.com

3. Lexis Suites, Pulau Pinang

Lexis Suites terletak di Teluk Kumbar, Pulau Pinang dan jauh dari kesibukan pusat bandar.

Merupakan satu-satunya hotel yang menawarkan private pool dan bilik sauna di setiap unit. 

Lexis Suites menghadap laut Selat Melaka, jadi korang boleh menikmati pemandangan laut yang menakjubkan sambil mandi kolam atau berehat-rehat di balkoni.

lexis-suites-private-pool-hotel
Sumber Gambar: penangfoodie.com

4. Villa Samadhi, Kuala Lumpur

Villa Samadhi merupakan penginapan yang menarik untuk dikunjungi terutamanya kepada pasangan yang ingin berbulan madu. Terletak di Jalan Madge di kesibukan kota raya Kuala Lumpur. 

Setiap bilik direka berbeza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Bolehlah cuba datang berkali-kali dan cuba setiap bilik.

Villa Samadhi ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin bersama pasangan tanpa gangguan kerana kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk. 

Bagi pasangan pengantin baru terutamanya dan mahukan suasana seperti di Bali, boleh lah datang ke villa ini. Suasana romantik di Villa Samadhi yang dicipta mampu menambahkan makna dalam percutian bersama pasangan.

villa-samadhi-kl
Sumber Gambar: samadhiretreats.com

5. Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan

Grand Lexis Port Dickson merupakan salah satu resort yang terkemuka di Port Dickson dan dianugerahkan 'Most number of swimming pools in a resort' oleh Malaysia Book of Records. 

Resort yang berkonsep Bali ini bertaraf lima bintang dan setiap villa mempunyai private pool untuk dinikmati pengunjung bersama keluarga. Tak hairanlah jika korang ke sini dan habiskan masa dengan bercuti di Port Dickson hanya di hotel.

grand-lexis-port-dickson
Sumber Gambar: grandlexispd.com

Tetapi jika korang tak rasa nak berenang-renang di kolam renang, dan hanya nak berehat-rehat dalam bath tub, boleh la cuba hotel seperti Avillion Port Dickson

Avillion Port Dickson adalah hotel 5 bintang yang direka menyerupai kampung nelayan tradisional. 

Mempunyai 240 bilik yang direka khas dari chalet ke villa dan menghadap Selat Melaka. Aku cadangkan jika kesini, pilihlah chalet air yang menghadap laut. Sambil bermalam, sambil mendengar bunyi ombak.

Itu sahaja kali ini. Moga korang semua bercuti sambil menjaga SOP.

Hotel Murah Pilihan Ramai Untuk Percutian Di Langkawi

Assalamualaikum semua.

Korang semua pernah pergi Langkawi tak? Untuk pengetahuan korang, Langkawi ni ialah tempat yang kaya dengan keindahan semula jadi dan merupakan salah satu destinasi yang paling popular di Malaysia. Langkawi ni terletak di Kedah dan mempunyai banyak tempat yang boleh dilawat termasuklah Langkawi Sky Bridge, Tanjung Rhu, Muzium 3D Langkawi, Pantai Cenang dan banyak lagi.

Kalau korang berminat nak datang Langkawi, korang wajib jenguk tempat-tempat popular yang ada kat sana. Dah namanya datang Langkawi, mesti korang nak menginap untuk beberapa hari kan? Ha, kalau macam tu korang boleh cuba tengok senarai hotel murah di Langkawi yang aku nak senaraikan ni.

Banyak hotel murah yang korang boleh cuba kalau datang kat Langkawi. Lagipun, hotel-hotel ni dekat dengan destinasi menarik yang korang nak pergi. Baiklah, mari kita tengok senanai kat bawah ni.

1. Landcons Hotel

Terletak di seberang jalan dari Underwater World Langkawi, hotel santai ni hanya berjarak 7 minit berjalan kaki dari Pantai Cenang yang meriah dan 4.71km dari Langkawi International Airport.


Penginapan ni sediakan bilik yang ada hiasan ringkas dengan peti sejuk mini dan TV, serta kemudahan untuk buat the dan kopi. Selain tu, hotel ni ada ruang istirehat di lobi, 2 kolam renang luaran dan juga gelongsor air dan air pancut. Anak-anak mesti suka kalau bab main gelongsor ni kan?

2. The Villa Langkawi

Villa ni terletak di kawasan perumahan sebelah masjid dan di tengah kehijauan tropika. Hanya berjarak 14 minit dari Underwater World Langkawi dan 4.70km dari Langkawi International Airport.


Bilik-bilik kat villa ni dilengkapi dengan Wi-Fi percuma, TV dan mini bar. Sarapan pula disediakan secara percuma. Villa ni juga ada kolam renang luaran dengan tempat berjemur dan kerusi santai. Memang sangat sesuai kalau korang nak berehat lepas jauh perjalanan nak ke Langkawi.


3. Cenang View Hotel

Hotel ni pula dekat dengan kawasan ramai dan hanya 8 minit berjalan kaki dari Pantai Cenang dan 4.84k dari Langkawi International Airport. Hotel ni sediakan bilik yang lengkap dengan Wi-Fi percuma, TV dan kemudahan seperti kolam renang luaran, dan bar.


Kalau korang tengok review orang kalau korang buat carian hotel in langkawi, kebanyakannya positif terutama tentang servis dan pekerja yang friendly.

4. Sunset Beach Resort Langkawi


Resort santai ni terletak di tengah-tengah taman tropika dan berjarak 13km dari 99 East Golf Club. Kalau korang berniat nak main golf kat Langkawi, korang boleh try stay kat resort ni. Kat sini, korang boleh santai dengan taman yang rimbun dengan jalan yang berliku bersama dengan air pancut, air terjun dan kolam teratai. Resort ni sangat sesuai untuk pasangan yang nak berbulan madu.

5. Adya Hotel Langkawi

Kalau hotel ni pula, ia dekat dengan Patung Helang yang terkenal di Dataran Lang dan Muzium Galeria Perdana. Hotel ni sediakan Wi-Fi, TV, balkoni dengan pemandangan bandar atau laut dan kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah yang datang dengan ibu bapa boleh menginap tanpa bayaran.


Sarapan pula disediakan dalam bentuk buffet dan percuma pula tu! Kemudahan lain yang korang boleh dapat termasuklah gymnasium, spa, kolam renang luaran dan juga tertutup yang khusus untuk wanita. Ruang solat dan bilik tarian juga turut disediakan.


6. Langkawi Yacht Club Hotel

Hotel yang hanya berjarak 5 minit berjalan kaki dari terminal feri Langkawi ni sediakan bilik yang lengkap dengan Wi-Fi, TV, dan alat membuat kopi. Korang boleh pilih bilik mana yang korang suka. Hotel ni ada suite yang sediakan ruang tamu, dapur, dan tab mandi mandi panas. Selain tu, ada juga pondok yang mempunyai 3 bilik tidur.


Hotel ni ada suite yang sediakan ruang tamu, dapur, dan tab mandi mandi panas. Selain tu, ada juga pondok yang mempunyai 3 bilik tidur. Tempat ni ada pangkalan kapal persiaran, ada kolam renang luaran dan juga sarapan turut disediakan.


7. Bayview Hotel Langkawi

Dengan pemandangan Selat Melaka, hotel ni berjarak 1.14km dari Lagenda Park dan 1.36 dari Pantai Beringin. Hotel ni sediakan Wi-Fi percuma, dan TV. Bilik yang dinaik taraf pula ada pemandangan laut, da nada suite yang mempunyai ruang tamu yang berasingan.


Selain tu, ada kedai makan Cina dan kedai kopi kalau korang nak lepak dengan kawan-kawan. Bar pula sediakan hiburan secara ringkas da nada kolam renang luaran, tab mandi panas, spa dan juga pusat kecergasan. Sarapan juga disediakan tapi dengan bayaran.

Baiklah, sampai sudah kita di penghujungnya. Langkawi ni ada banyak lagi hotel lain, tapi kalau korang nak yang murah dan nak save bajet, korang boleh try stay kat hotel-hotel yang aku senaraikan kat atas. Korang search je hotel in Langkawi, korang boleh tengok lebih banyak maklumat tentang hotel-hotel di Langkawi terutama dari segi harga.

Sekarang mungkin agak sukar untuk pergi bercuti sebab keadaan tak mengizinkan sangat. Harap-harap Covid-19 ni akan berkurangan supaya kita boleh keluar dan lawat tempat-tempat yang kita nak pergi. In Sya Allah..


Tempat Makan Paling Sedap di Penang

Assalamualaikum
Bismillah

Sempena dengan cuti sekolah ini ada merancang nak pergi mana-mana tak? Banyak tempat menarik di Malaysia ini sampai tak tahu nak pilih destinasi percutian? 

Sekiranya korang ingin bercuti di tempat yang mempunyai pasir putih beserta laut yang nyaman tetapi berkonsepkan bandar yang moden. Korang pasti tidak akan kecewa memilih Pulau Pinang. 


Siapa rakyat Malaysia yang tak kenal Pulau Pinang? Salah satu negeri yang mempunyai lapangan terbang kedua yang tersibuk di Malaysia. Keunikan dari segi budaya, makanan, tempat bersejarah, reka bentuk bangunan yang ada di sini juga telah menjadikan Penang sebagai pusat pelancongan yang terkenal di dalam dan juga di luar negara.

Dengan berbekalkan cheap Jetstar promo ticket, sesiapa pun boleh terbang ke Penang. Yang dari Sabah tu, jomlah bercuti di Penang. 

Bah yang nak ke Penang lepas ni boleh dah mula survey untuk book cheap flights from Kuala Lumpur to Penang. Manalah tau dapat tiket murah kan, bolehlah terus gerak ke Penang bercuti bersama keluarga. 

Di bawah adalah senarai tempat makan paling sedap di Penang.

Nasi Kandar Line Clear

Kalau korang memang pecinta nasi kandar, korang kena datang ke gerai nasi kandar ni. Nama dia memang line clear. Tapi bila korang datang nak beli, line dia tak pernah nak clear. Apa pun memang penantian tu sesuatu yang berbaloi. Nasi kandar ni didatangkan dengan pelbagai jenis lauk yang super sedap dan dengan harga yang berpatutan.




Antara lauk yang korang boleh pilih ialah kari ayam, ayam goreng, kari kepala ikan, sotong, kambing dan banyak lagi. Harga bagi kari kepala ikan mengikut saiz kepala ikan tu la. Apa yang lebih menarik, nasi kandar ni dibuka selama 24 jam. So korang boleh pilih nak datang bila-bila masa. Mai jangan tak mai.

Cucur Udang Chowrosta

Gerai cucur udang ini terletak di Lebuh Tamil. Kalau korang nak buat snek alas perut masa jalan-jalan tu, boleh singgah dan cuba sendiri cucur udang yang rangup dan taufu yang lembut kat kedai ni.



Di sajikan pula dengan kuah kacang yang enak, lagi menyempurnakan hidangan cucur udang tersebut. Aduh terliur pula rasa. Selain itu, gerai ni jugak ada sediakan minuman special. Sirap yang dicampur dengan biji selasih dan kelapa. Macam mana tu? Haa. Nak tau kena la datang sini!

Nurul Ikan Bakar Special 

Untuk hidangan makan malam pula, kalau tekak korang tu tiba-tiba menyeru nak ikan bakar, ini lah tempat yang korang patut singgah. Ianya terletak berdekatan sahaja dengan lebuhraya pantai Pulau Pinang.



Kalau susah sangat korang waze je lah. Zaman dah maju. Sebab apa korang kena singgah sini? Semua hidangan laut yang disajikan segar-segar. Korang order je nak masakan apa, aku jamin masakan yang keluar dari dapur kedai ni pasti menepati citarasa tekak korang.

Rockstarz Burger

Burger bukan sebarang burger, burger ni burger gergasi. Sekali cuber mesti nak lagi. Korang nak makan burger? Jangan lupa singgah Rockstarz Burger ni. Burger yang dihasilkan sendiri dengan ketebalan yang mampu membuatkan korang kekenyangan dengan sebiji burger sahaja.



Ditambah pula dengan sos dan mayonis yang menggunakan resipinya yang tersendiri. Tak perlu nak cari burger lain dah. Kalau korang sampai sini, korang boleh baca nama-nama burger yang ada. Semua unik-unik. Kedai burger ni terletak di Jalan Mayang pasir, Bandar Bayan Baru. Alang-alang sampai Penang, mai la singgah kedai burger ni.

Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk Madu Pak Ali tidak asing lagi bagi yang suka kan jeruk. Jeruk ini adalah slah satu makanan wajib yang korang kena beli untuk bawak balik. Pelbagai jenis jeruk yang korang boleh cuba.



Jeruk kedondong, manga, sengkuang, salak dan banyak lagi. Nak cari jeruk ni sangat mudah kalau dah sampai Penang sebab banyak je cawangan yang menjual jeruk ni di sekitar Penang. Tapi kalau dah sampai Georgetown, korang boleh terus je singgah di Pasar Chowrosta.

Sani Char Kuey Teow

Selain daripada makanan-makanan yang aku dah sebut kat atas tu, satu lagi makanan yang korang kena cuba kat Penang sudah semestinya Sani Char Kuey Teow. Ini salah satu kedai yang aku cadangkan untuk korang singgah.



Apa point tambahan yang ada kat kedai ni? Portion hidangan yang boleh dikatakan agak besar dan mampu mengenyangkan perut korang yang kelaparan dan ditambahkan pula kuah yang agak pekat. Pasti terangkat. Char kuey teow yang dihidangkan pula sudah tentunya lengkap dengan kerang, udang dan telur. Tapi kalau nak pilih salah satu pun tak ada masalah.

Nasi Campur Permai Tepian

Kenapa nak tunggu malam baru nak cari kedai best kalau siang dah ada? Haa. Nak rasa masakan melayu atau hidangan tradisional? Singgah dulu makan tengah hari kat sini. Kalau korang tengok, biasa je tempatnya. Macam kedai-kedai yang lain. Tapi ia berkonsepkan terbuka dan luas.



Lauk yang dihidangkan sangat banyak. Aku yakin korang mesti rambang mata nak makan mana 1. Kalau yang suka ulam-ulaman pun, jangan risau, dia ada sediakan jugak. Baru la melayu. Kedai ni terletak di Jalan Permatang Nibong, Kampung Pertama.

Waktu operasinya pula bermula dari sarapan pagi sampai lauk habis la yang tengah hari tu. Jangan lambat dan jangan datang hari Jumaat. Jumaat, dorang holiday.

Haaa. So apa macam? Dah ada plan nak ke Penang?

Boleh masuk singgah mana-mana kedai yang ada tu. Ni kalau nak diikutkan banyak je lagi kedai dan gerai yang ada hidangan sedap-sedap. Tapi ni antara yang menarik buat aku.

Kalau korang ada cadangan tempat makan yang sedap di Penang boleh komen di bawah ya~

Mengapa Perlu Memilih Kuantan Sebagai Destinasi Percutian?

Assalamualaikum
Bismillah


Hari ini terdetik dihati mahu menulis tentang “Traveling”. Memandangkan aku tak pernah travel mana-mana even di negeri sendiri kat Sabah pun tak berpeluang untuk berjalan jauh but still aku ada keinginan juga nak berkunjung ke tempat selain Sabah. Sekali-sekala mahu juga travel ke negeri orang kan? Last sekali aku menjejakkan kaki di Semenanjung iaitu di Negeri Sembilan. Hahaha itupun tak sempat nak berjalan-jalan sebab padat dengan jadual dan aktiviti program.

Tak lama lagi cuti semester. Mungkin ada yang sudah plan nak buat apa semasa cuti. Mungkin ada yang belum ada perancangan lagi. Orang kata percutian itu salah satu terapi sebab bukan badan saja yang perlu direhatkan tetapi otak dan minda kita juga memerlukan ketenangan yang sangat minima. Tak payah bercuti jauh-jauh pun tak apa. 

Sekiranya berpeluang untuk bercuti, aku akan memilih Kuantan, Pahang sebagai destinasi percutian. Mengapa pula perlu memilih Kuantan sebagai destinasi percutian? Siapa orang Kuantan kat sini? Hmm… Apa yang menarik di Kuantan? Aishh, banyak sangat bha yang menarik dan diantaranya ialah pantai. Hehe sebab aku memang berminat sangat dengan laut dan pantai.

Tetapi kenapa mesti Kuantan? Banyak lagi tempat yang menarik kot. Suka hatilah, dah aku nak pilih kat sana. Hohoho Takda lah, aku ada member yang asal daripada Kuantan. So, adalah sedikit dia cerita tempat kelahiran dia. Insya’Allah, kalau ada rezeki mahu juga ke sana. Yang bestnya apabila memilih tempat percutian itu jauh dari pusat Bandar dan dekat dengan alam semulajadi.

Kalau merancang nak bercuti jauh nie mestilah pandai memilih tempat penginapan kan? Sebenarnya ada banyak tempat penginapan tetapi untuk memudahkan pencarian hotel yang sesuai, boleh cuba membuat carian secara online di laman web Traveloka dan terus membuat tempahan secara online di situ. Mudah dan cepat.

Percutian di Kuantan pula, tempat penginapan yang sesuai untuk bermalam adalah di Hotel Sentral Kuantan, Pahang. Penginapan ini terletak di tepi jalan dan menariknya lagi, dekat belakang penginapan ada Sungai Kuantan di mana merupakan tempat tarikan pengunjung untuk datang ke sini.




Ruangan lobi yang bertemakan moden kontemporari

Kalau nak senang, korang boleh cari dan book Hotel Kuantan on Traveloka. Mudah dan cepat. Hanya perlu masukkan tarikh dan pilih destinasi percutian. Bukan itu saja, korang juga boleh tengok senarai tempat-tempat menarik yang berdekatan dengan penginapan pilihan korang.

Penginapan ini juga menawarkan 97 buah bilik tetamu dengan pelbagai kemudahan seperti tuala, kopi segera percuma, TV, hair dryer, mini bar dan yang paling utama ada WIFI free di setiap bilik dan di tempat awam.

Kalau nak bawa anak-anak bercuti sekali memang sangat sesuai sebabnya ruangan biliknya sangat besar dan luas. Memang budak-budak puas lah nak berlari, berguling semua. Enjoy saja rasa, tidaklah bosan kalau nak stay dekat dalam bilik saja pun. Ruangan untuk buat kerja pun ada disediakan. 

Selain itu, apa yang menjadi daya tarikan pelancong adalah kerana persekitarannya yang sangat terjaga dan kedudukannya berhampiran dengan Masjid Sultan Ahmad Shah, Mahkota Square dan Kuantan Parade. Setiap negeri mempunyai keunikan Masjidnya yang tersendiri kan.


Selain itu, penginapan ni berdekatan dengan Pantai Teluk Cempedak. Kawasannya mungkin taklah besar sangat, tapi kata orang pantai ni sangat meriah dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Dah namapun pergi bercuti, kalau tak lepak tepi pantai memang tak sah lah kan.

Antara tarikan pelancong utama di Teluk Cempedak ni ialah mempunyai pantai yang menarik untuk bermandi-manda atau bersantai sambil menikmati bayu laut. Terdapat juga banyak deretan gerai di tepi pantai yang menjual pelbagai barangan seperti keychain, fridge magnet, gelang nama dan macam-macam lagi. Seperti yang aku nyatakan pada awal entry tadi, aku memang suka dengan pantai dan laut.


Jika korang bercuti bersama keluarga lebih-lebih lagi yang ada anak kecil, bolehlah singgah di Zoo Mini Taman Teruntum yang terletak tidak jauh saja dari Teluk Cempedak. Korang boleh pergi ke Blog AZHAFIZAH MD NOR kalau nak tahu lebih lanjut tentang Mini Zoo Taman Teruntum. Kata Sis Azhafizah,

Mini Zoo Taman Teruntum tak seperti Zoo yang biasa kita pergi tu. Kat sini kecil je sebab tu namanya mini. Zoo ni seperti dalam taman bukan macam dalam hutan zoo tu. Tempat ni lebih terbuka dan sesuai untuk aktiviti riadah/percutian keluarga. Tempat pun bersih.

Apabila baca Blog Azhafizah tue, di dalam Zoo nie terdapat beberapa jenis binatang seperti kura-kura gergasi, burung unta, kancil, arnab, buaya, landak dan banyak lagi. Pasti anak-anak akan rasa lebih seronok untuk mengenali dengan binatang tu.

Tambah lagi, disebabkan tak semua pantai di Malaysia ni ada penyu, ramai yang sarankan untuk ke Cherating Turtle Sanctuary. Ianya terletak berdekatan dengan Club Med. Dekat tempat ni, kita boleh tengok dan mengetahui segala jenis maklumat tentang penyu. Sangat sesuai jika anak-anak dibawa ke sini. Bukan itu saja, boleh tengok penyu bertelur! Haha aku tak pernah lagi tengok penyu bertelur.


Dari segi makanan pula, aku survey kat Google memang terdapat banyak deretan kedai makanan yang sedap-sedap dan antaranya ialah di Restoran Dallah yang menyajikan pelbagai pilihan menu masakan Arab. Sekali-sekala layan tekak pak arab, apa salahnya kan.

Lagipun, harga makanan di sini sangat affordable. Selain tu, korang juga boleh cuba ke Gerai Cendol Mustafa untuk merasai keunikkan cendolnya kerana segala jenis bahan-bahan untuk membuat cendol ni adalah dibuat sendiri oleh pengusaha kedai. Bukan setakat dua jenis cendol saja, malah terdapat lebih 13 jenis cendol yang korang boleh nikmati


Apapun yang paling best tetap pantai jugalah hahaha. Sekarang dah tahu kan mengapa perlu memilih Kuantan sebagai destinasi percutian? Kalau berminat nak ke sana bolehlah buat tempahan awal di laman web https://www.traveloka.com/en-my/hotel

Insya’Allah, ada rezeki nanti aku pula bakal menyusul hehe.

© all rights reserved
made with by templateszoo