Memaparkan catatan dengan label PTPTN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PTPTN. Papar semua catatan

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN melalui myPTPTN

Assalamualaikum
Bismillah

Alahmdulillah 'ala kulli hal. Baru sahaja selesai bayar pinjaman ptptn melalui myPTPTN. Sekarang nie ada diskaun tau. Bulan Mei 2023 last korang dapat diskaun untuk bayaran ptptn (tertakluk dengan syarat). 

Jadi jangan lepaskan peluang untuk bayar tau. At least berkurang jugalah angka hutang tu kan. Di bawah aku tunjukkan cara nak bayar. 

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN melalui myPTPTN

1. Login myPTPTN

2. Pergi ke bahagian AKAUN SAYA ⇒ PINJAMAN


3. Seterusnya, korang tekan bahagian kotak hijau yang telah dipaparkan seperti dibawah. 


4. Korang akan lihat dengan lebih terperinci pinjaman penuh PTPTN. 

5. Untuk bayar balik pinjaman PTPTN korang klik BAYAR. 
Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN melalui myPTPTN

6. Seterusnya, pada bahagian pembayaran pinjaman, korang perlu masukkan AMAUN (jumlah bayaran). (Minimum RM1.00)

Korang boleh abaikan sahaja Kod Eksekutif PTPTN sekiranya korang tak nak letak. 

kod eksekutif ptptn

7.  Kemudian pada bahagian pembayaran, korang boleh pilih samada nak bayar melalui FPX Online Banking atau Credit/Debit Card. 


8. Sebagai contoh aku pilih untuk bayar melalui FPX Online Banking iaitu CIMB Clicks. Kemudian, tekan SAH & BAYAR.

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN melalui myPTPTN

9. Dah selesai, korang boleh simpan resit untuk rujukan. Semak pembayaran sudah berjaya atau tidak melalui penyata pinjaman. 

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN melalui myPTPTN

Apa itu KOD Eksekutif PTPTN?

KOD Eksekutif PTPTN ialah nombor rujukan bagi staf atau Eksekutif Pemasaran PTPTN.

Wajib ke letak Kod Eksekutif PTPTN?

Jawapannya tidak wajib, tetapi digalakkan untuk letak bagi mendapatkan bantuan sokongan sekiranya berlaku 'error' semasa melakukan pembayaran. 

Maksudnya sekiranya berlaku apa-apa masalah korang boleh menghubungi secara langsung dengan staf eksekutif pemasaran ptptn. 

Boleh ke tak letak kod eksekutif PTPTN? Jawapannya boleh. 

Bagaimana cara nak dapatkan Kod Eksekutif PTPTN (ID Ejen)

Korang boleh Google sahaja. Ramai ejen PTPTN yang post nombor kod eksekutif mereka. 

Belanjawan 2023 PTPTN

  • Diskaun 5% Untuk Bayaran Balik Melalui Aplikasi myPTPTN
  • Diskaun 15% Untuk Bayaran Sekurang-Kurangnya 50% Daripada Baki Hutang Dalam Sekali Bayaran
  • Diskaun Bayaran Balik 20% Atas Baki Hutang Untuk Penyelesaian Penuh Keseluruhan Baki Hutang Pinjaman
Diskaun diberikan pada setiap hujung bulan. Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun dikemaskini. Semakan penyata pinjaman boleh dibuat melalui aplikasi myPTPTN atau Portal Rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman).


Untuk sebarang pertanyaan lanjut, peminjam juga boleh menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
  • Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000;
  • Live chat di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my);
  • Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/);
  • e-AduanPTPTN (https://eaduan.ptptn.gov.my); dan
  • Media sosial rasmi @PTPTNOfficial

Semakan Penyata Pinjaman PTPTN di myPTPTN

Assalamualaikum
Bismillah

myPTPTN adalah aplikasi mudah alih yang menawarkan perkhidmatan PTPTN secara dalam talian seperti semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, semakan penyata Simpan SSPN, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN serta permohonan potongan gaji dan Debit Terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.

Syarat untuk mendaftar myPTPTN

Pengguna mestilah Warganegara Malaysia berumur 18 tahun (dan ke atas) dan mempunyai nombor telefon serta alamat e-mel yang betul dan sah bagi tujuan pengesahan pendaftaran.

Kaedah untuk akses ke aplikasi myPTPTN.

Pertama: Memuat turun ke peranti; dan Sistem Operasi telefon bimbit mestilah iOS 11.0 dan ke atas atau versi Android 5.0 dan ke atas. 

Sila ke platform pengedaran digital seperti “App Store”, “Play Store” dan “Huawei AppGallery” untuk muat turun aplikasi myPTPTN di telefon mudah alih anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
  • Taip “myPTPTN ” di ruang carian;
  • Tekan ikon “myPTPTN”; dan
  • Tekan butang “Install” untuk muat turun;

Kedua: Melayari Web (https://myptptn.ptptn.gov.my)

myPTPTN boleh dilayari di kesemua pelayar web seperti Microsoft Edge, Internet Explorer, Google Chrome, Mozilla Firefox dan Apple Safari. Capaian terbaik adalah di Google Chrome dan Microsoft Edge.

Daftar myPTPTN

Buka aplikasi myPTPTN dan klik ‘Daftar Sekarang’

Semakan Penyata Pinjaman PTPTN di myPTPTN

Sebelum pendaftaran myPTPTN diteruskan, No. Kad Pengenalan anda akan disahkan terlebih dahulu

Masukkan (Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan) dan No Kad Pengenalan. Kemudian tekan SETERUSNYA.

PTPTN Login

Bagi yang dah mendaftar di myPTPTN, korang hanya perlu log masuk ke [myPTPTN]


1. Masukkan No. Kad Pengenalan korang 

2. Tekan YA pada frasa keselamatan korang yang betul. 

3. Masukkan Kata Laluan, kemudian tekan Log Masuk.


4. Pada bahagian halaman utama, korang tekan Semakan Penyata / Semakan Penyata Simpanan. (Rujuk gambar di bawah)


5. Seterusnya tekan Papar untuk melihat penyata pinjaman korang.


6. Penyata akan dipaparkan mengikut tahun semasa. Korang boleh Muat Turun (download) ataupun cetak untuk dijadikan rujukan. 

Semak No.Pinjaman PTPTN

1. Pada halaman utama, tekan bahagian AKAUN SAYA, kemudian klik PINJAMAN. 



2. Seterusnya, korang tekan bahagian kotak hijau yang telah dipaparkan seperti dibawah. 


3. Korang akan lihat dengan lebih terperinci pinjaman penuh PTPTN serta nombor pinjaman PTPTN. 


Semoga infomasi ini membantu korang untuk melunaskan baki hutang ptptn. 

Untuk maklumat lanjut :

Alamat : 
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN
Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur

Talian :
eaduan.ptptn.gov.my (03 – 2193 3000)


Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Selama 3 Bulan Bermula 1 Mac 2023

Assalamualaikum
Bismillah

bayaran-balik-ptptn
Sumber : https://www.ptptn.gov.my/belanjawan-2023-insentif-kepada-peminjam-ptptn/

Belanjawan 2023: Insentif Kepada Peminjam PTPTN

Pembentangan Belanjawan 2023 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada 24 Februari 2023 (Jumaat) memberikan pelbagai inisiatif kepada masyarakat Malaysia termasuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

PTPTN amat berterima kasih dan komited untuk melaksanakan inisiatif belanjawan tahun 2023 iaitu insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus selama tiga (3) bulan bermula 1 Mac 2023. 

PTPTN juga menyambut baik inisiatif penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam (6) bulan. 

Permohonan penangguhan boleh dibuat mulai 1 Mac 2023. Inisiatif ini menunjukkan keprihatin Kerajaan dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini sekali gus meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan. 

Justeru, pelaksanaan inisiatif ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.


PTPTN sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa komited dan bersedia untuk membantu peminjam selaras dengan inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan melalui Belanjawan 2023. 

Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:

Maklumat Lanjut

Sudah menjadi tanggungjawab kepada semua peminjam untuk bayar balik hutang pinjaman tersebut. Kerajaan sudah cukup baik rasanya memberikan penangguhan untuk bayar. Tetapi sebaik-baiknya usahakan untuk bayar.

Ramai yang salah faham, PTPTN kena bayar mengikut apa yang telah ditetapkan. Tetapi sebenarnya korang boleh sahaja bayar berapa yang korang mampu. 

Memanglah RM50 tidak banyak tetapi sekiranya setiap bulan korang konsisten bayar, InsyaAllah hutang tu pun akan semakin berkurang.

Aku tahu ramai yang mengadu gaji tak banyak, keperluan tak cukup. Tetapi usahakanlah untuk bayar dengan niat semoga Allah mudahkan semuanya. 








Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online

Assalamualaikum
Bismillah

Siapa yang masa study dulu ada buat pinjaman PTPTN? Korang dah bayar hutang tak? Alhamdulillah selepas aku habis belajar setakat ini aku tidak pernah lagi ponteng bayar balik ptptn nie. Dah banyak kaedah sudah yang aku buat untuk bayar.

Akhirnya aku buat keputusan untuk bayar balik PTPTN melalui Direct Debit Online. Aku rasa kaedah ini paling senang lah sebab tidak perlu risau fikir dah bayar bulan ini atau belum. Apabila menggunakan kaedah Direct Debit Online ni aku rasa lagi berdisiplin sikitlah nak bayar hutang.

Hal ini demikian kerana kalau tak bayar, korang akan diingatkan untuk bayar melalui emel. Jadi aku memang sentiasa letak baki yang cukup untuk bayar PTPTN. Ada jugalah sekali aku terlepas tarikh bayaran sebab aku lupa yang dalam masa terdekat tu nak bayar hutang. Hahaha.

Direct Debit Online

Dengan membuat potongan ansuran bulanan pinjaman pendidikan anda secara debit terus (direct debit), anda tidak perlu risau lagi untuk membuat bayaran secara kaedah manual atau ke kaunter. 

Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online


1. Pergi ke laman I-Online PTPTN

2. Kemudian masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan.

3. Seterusnya, pilih Penyata Baki. Dan klik Pendaftaran untuk Debit Terus.

4. Klik PERMOHONAN BARU. (Rujuk gambar di bawah)

Direct Debit Online
5. Pada bahagian MAKLUMAT PERIBADI, Pastikan NOMBOR KAD PENGENALAN dan NAMA PENUH adalah betul.

6. Isi butiran NOMBOR TELEFON dan EMEL. Kemudian, klik seterusnya.

Direct Debit Online
7. Pada bahagian MAKLUMAT PINJAMAN, anda akan melihat AMAUN POTONGAN DEBIT TERUS yang akan dipotong setiap bulan daripada akaun bank. Tidak boleh kurangkan amaun tersebut ya. 

Direct Debit Online
8. Pada bahagian MAKLUMAT PEMBAYARAN disertakan ID RUJUKAN dan caj bayaran deposit pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM1.00.

9. Sila sahkan permohonan di bahagian pengesahan permohonan. Kemudian klik seterusnya.

Direct Debit Online

10. Pada bahagian SEMAK & BAYAR, sila pastikan semua maklumat yang diisi adalah TEPAT & BENAR. Dan klik BAYAR.

Direct Debit Online

11. Anda dikehendaki untuk PILIH BANK UNTUK DIRECT DEBIT dan masukkan EMEL untuk terima notis pembayaran dan resit sebagai rujukan transaksi.

12. Klik "I agree with the FPX Terms & Conditions". Dan klik Bayar dengan FPX.

Direct Debit Online

13. Boleh tengok kat BANK masing-masing ya untuk bayar. Aku menggunakan CIMB BANK. Jadi caj RM1.00 akan dikenakan dahulu. PTPTN tidak akan terus tolak amaun pembayaran PTPTN anda. 

Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online
14. Pendaftaran untuk Direct Debit Online telah berjaya dibuat.

Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online
16. Resit: Dipaparkan selepas pembayaran selesai pada Urusniaga PTPTN Payment Gateway.

*Nota Penting: Sila cetak / simpan / screenshot paparan "Urusniaga PTPTN Payment Gateway" untuk simpanan atau rujukan akan datang.
Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online
17. Permohonan untuk Direct Debit Online telah diterima. 
Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online
17. Kemudian sila semak emel anda.

Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online
Pemotongan kali pertama itu akan di buat pada bulan berikutnya. Misalnya korang memohon untuk membuat bayaran PTPTN melalui Direct Debit pada bulan Ogos, maka pada bulan September barulah akan ditolak amaun di akaun bank yang telah didaftarkan.

Penetapan tarikh potongan Debit Terus (Direct Debit) adalah mengikut tarikh potongan terhampir iaitu pada 1hb/ 10hb/ 27hb selepas permohonan berjaya.

JIKA potongan BERJAYA. Sistem Debit Terus (Direct Debit) akan mengunci tarikh yang sama bagi potongan pada bulan berikutnya (Jika tiada KEGAGALAN potongan berlaku).

Sebagai contoh, potongan dibuat pada 1 Ogos, maka pada bulan seterusnya tarikh pemotongan akan jatuh pada 1 September. Tetapi sekiranya potongan dibuat pada 1 Ogos, tetapi pada 1 September amaun di bank korang tidak mencukupi, maka tarikh pemotongan akan ditunda ke 10hb atau 27hb.

Ini adalah contoh emel yang korang akan terima sekiranya pemotongan tidak berjaya dilakukan.
Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online

Pemotongan akan berlaku SEKALI sahaja dalam sebulan. Dan pada HARI BEKERJA SAHAJA. Sekiranya tarikh pemotongan berlaku pada bukan hari bekerja, maka PTPTN akan memilih tarikh pemotongan yang terhampir dengan tarikh yang telah ditetapkan.

LAKUKAN SEMAKAN SEGERA PERMOHONAN DEBIT TERUS

Kaedah 1 : E-mail

  • Tajuk E-mail: PTPTN-Semakan Permohonan Debit Terus
  • Alamat E-mail: alwani@ptptn.gov.my
  • Nota: Sila lampirkan / attach resit "Urusniaga PTPTN Payment Gateway " yang telah disimpan/ screenshot, serta No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit (tanpa simbol "-") dan hantarkan terus pada e-mail diatas.

Kaedah 2: Whatsapp

  • Tajuk Whatapps: PTPTN-Semakan Permohonan Debit Terus
  • No Tel Whatapps: +6011-20668660
  • Pautan Link WA: https://TanyaPTPTN1.wasap.my/
  • Nota: Sila lampirkan / attach resit "Urusniaga PTPTN Payment Gateway" yang telah disimpan/ screenshot serta No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit (tanpa simbol "-") dan hantarkan terus pada no. tel. whatsapp diatas.

Sekian itu sahaja, semoga info ini bermanfaat buat semua. Semoga korang semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat. InsyaAllah Aamiin..


Cara Semak Nombor Pinjaman PTPTN Secara Online

Assalamualaikum
Bismillah

Cara Semak Nombor Pinjaman PTPTN Online
Salah satu azam terbesar aku ialah melangsaikan hutang PTPTN secepat yang mungkin sekurang-kurangnya sebelum umur aku 30 tahun. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini agak sukar sebenarnya untuk bayar hutang sekaligus. 

Walaupun begitu, aku tetap juga pasang niat nak bayar hutang PTPTN. Alhamdulillah, walaupun bekerja sebagai blogger sepenuh masa aku masih mampu untuk bayar ansurans bulanan. Semoga Allah mudahkan semuanya. 

Macam mana kita nak tahu Nombor pinjaman PTPTN? Baiklah, bagi korang yang tak tahu apa nombor pinjaman PTPTN. Aku dah kongsikan cara di bawah : 

Cara Semak Nombor Pinjaman PTPTN Secara Online

Cara Pertama

1. Pergi ke link i-online ptptn

2.  Login permohonan pinjaman / semakan penyata

3. Sekiranya korang tidak ingat kata laluan. Just klik Lupa Kata Laluan untuk reset kata laluan. Password kini di reset dan password baru di hantar ke alamat email korang. Pastikan semak email yang korang daftarkan pertama kali semasa mohon PTPTN. 

4. Sekiranya tiada masalah untuk login. Boleh teruskan untuk langkah seterusnya. 


5.  Apabile korang dah berjaya login. Klik pada Penyata Baki. 

6.  Pada bahagian penyata ini, korang boleh nampak kat situ Semakan No Pinjaman. (Rujuk gambar di bawah)


7. Pada bahagian Maklumat No Pinjaman Peminjam, tertera butiran seperti :
  • No Pinjaman (Inilah no pinjaman PTPTN korang)
  • Peringkat Pengajian 
  • Nama Program 

Cara Kedua

Korang boleh menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 untuk dapatkan nombor pinjaman PTPTN. Nombor ini memang tersedia di portal PTPTN untuk mudah dirujuk oleh para peminjam.

Jadi, usahlah bertangguh-tangguh lagi untuk mendapatkan nombor pinjaman dan menyelesaikan hutang PTPTN. 

Semoga Allah bukakan jalan untuk kita bayar segala hutang yang tertangguh.


Cara Membuat Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)

Assalamualaikum
Bismillah

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0

Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri di dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sempena PKP 3.0, PTPTN menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam yang terkesan selama 3 bulan di antara Jun hingga Oktober 2021. Permohonan boleh dilakukan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2021.

Peminjam yang memenuhi kriteria berikut layak memohon:
  • Peminjam kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19
  • Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19.
Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.

Penangguhan tidak diberikan secara automatik ya. Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian juga untuk penangguhan bayaran balik PTPTN. Tiada sebarang dokumen yang perlu disediakan oleh peminjam untuk memohon penangguhan.

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Cara Membuat Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)



2. Sila masukkan NO KAD PENGENALAN dan NO PINJAMAN.

Cara Membuat Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)


3. Lengkapkan butiran di bawah seperti :
  • Alamat
  • Emel
  • No fon
  • Sebab permohonan 
  • Maklumat pekerjaan
Cara Membuat Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)

4. Seterusnya, pada bahagian PERAKUAN PEMINJAM tanda pada kotak merah (rujuk gambar). Dan tekan MOHON untuk menghantar permohonan.

Pastikan semua maklumat adalah tepat dan benar sebelum menghantar permohonan ya. 



**Kelulusan permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN (PKP 3.0) akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh 3 hari daripada tarikh permohonan.

CONTOH PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YANG DITERIMA MELALUI EMAIL

CONTOH PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YANG DITERIMA MELALUI EMAIL

Peminjam yang membuat potongan gaji, sila pastikan permohonan penangguhan dibuat sebelum penghantaran data potongan gaji kepada majikan untuk mengelakkan berlaku potongan dalam tempoh penangguhan. 

Tiada pemulangan semula (refund) akan dibuat ke atas bayaran balik yang diterima.


Untuk makluman :
Sebarang pertanyaan sila hubungi PTPTN melalui salah satu kaedah berikut:

i. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000.
ii. Live chat di Portal PTPTN (www.ptptn.gov.my)
iii. Mengemukakan pertanyaan di pautan eaduan.ptptn.gov.my. Pegawai PTPTN akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

Cara Bayar PTPTN Dengan e-Wallet Touch n Go

Assalamualaikum
Bismillah

Pertama sekali kalau korang nak bayar pinjaman PTPTN melalui e-Wallet tak kisah lah Touch n Go ke ataupun Boost. Korang kena dapatkan Nombor Akaun PTPTN dahulu. Cara-caranya mudah sahaja. Korang boleh rujuk entri Cara Semak Baki Hutang PTPTN Secara Online.


Cara Dapatkan Nombor Akaun Pinjaman PTPTN


1. Login PTPTN i-Online

2. Pilih PENYATA BAKI. 


3. Klik SEMAK NO PINJAMAN (Rujuk gambar) 



Dah dapat kan nnombor pinjaman PTPTN. Langkah seterusnya ialah korang login lah e-Wallet Touch n Go. Kalau nak bayar menggunakan Boost pun boleh juga. Sebab caranya sama sahaja yang penting no pinjaman ptptn korang dah tahu. 

4. Sila pilih PAY BILLS untuk bayar PTPTN. (Rujuk gambar dibawah)


5. Klik PTPTN Ujrah. Aku kurang pasti PTPTN Konvensional nie macam mana. Tapi kalau aku biasanya pilih Ujrah ja. 


6. Masukkan NO AKAUN (No pinjaman korang) dan AMAUN yang korang nak bayar. Aku bayar RM40 ja. 



7. Pembayaran telah berjaya. Dan baki e-Wallet korang telah ditolak.


Mudah sahaja bukan? Pembayaran akan ambil masa 5 - 7 hari bekerja juga barulah akan ditolak. Bukti pembayaran telah ditolak. (Rujuk gambar)


Pembayaran telah dikemaskini pada 10 Jun 2020. 



Antara semua cara yang aku pernah kongsikan. Cara manakah yang paling mudah bayar balik pinjaman PTPTN? Bagi aku paling senang sekali bayar menggunakan JOMPAY. 

Yang tak bestnya bayar menggunakan e-Wallet ni kan, korang nak bayar RM40 tetapi ada caj tambahan RM1 akan ditolak daripada pembayaran. Jadi, jumlah yang korang bayar tu sebenarnya RM39 je. 

Walaupun kerajaan dah bagi kelonggaran untuk para peminjam sepanjang PKP nie tak perlu bayar, tapi aku nampak hutang tetap berjalan. So aku bayar je lah dengan gaji berblog. At least berkuranglah juga tunggakan tu. 


Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Dengan JOMPAY

Assalamualaikum
Bismillah

Dah baca macam mana Cara Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Cimb Clicks Mungkin ada sesetengah orang tidak menggunakan Cimb Bank. So, aku bagi alternatif lain macam mana nak bayar PTPTN dengan JOMPAY pula. 

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Dengan JOMPAY 


1. Pertama sekali korang login ke laman web PTPTN. Klik https://www.ptptn.gov.my/ionline/  untuk login. Kalau lupa kata laluan boleh baca Cara Semak Baki Hutang PTPTN Secara Online


2. Dah login, korang terus ke PENYATA BAKI. Paparan akan menunjukkan Rujukan JomPAY peminjam.


3. Copy/Salin maklumat Biller Code, Ref-1 dan Ref 2 (No telefon anda). 




4. Setelah salin rujukan tersebut, korang login ke CIMB Clicks ataupun mana-mana perbankan internet. Klik JOMPAY. 

5. Taip Biller Code, Ref-1 dan Ref 2 (No Telefon anda)  seperti yang telah dinyatakan di atas.  Pastikan Ref-1 dan Ref-2 diisi dengan betul. Biller Code dan Ref-1 adalah berbeza mengikut produk ELMAS, ELMAS-i dan ESMAS

Masukkan amaun (RM) yang hendak di bayar. Klik Make Payment untuk teruskan pembayaran. 


6. Pastikan bayaran kepada adalah Betul. Klik Request bagi permintaan TAC Number. 

TAC Number akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank. Masukkan TAC Number tersebut dalam ruangan berkenaan. Klik Submit.


7. Pembayaran balik pinjaman PTPTN telah berjaya. Cetak resit untuk simpanan dan bukti pembayaran.

Pembayaran PTPTN melalui perbankan secara online tidak akan ditolak serta merta. Korang perlu tunggu dalam masa 3 - 5 hari bekerja. Setelah itu, korang boleh semak baki pinjaman di laman web rasmi PTPTN. 



Gambar di atas merupakan bukti pembayaran PTPTN telah berjaya ditolak. Semoga info ini membantu. Cara lain korang boleh terus ke kaunter PTPTN yang terdekat dan bayar menggunakan kad debit. 


© all rights reserved
made with by templateszoo