Memaparkan catatan dengan label Hotel di Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hotel di Malaysia. Papar semua catatan

Pengalaman Menginap di Regalo Hotel, Kota Laksamana Melaka

Assalamualaikum
Bismillah

Tahun ini tidak dapat balik Sabah untuk beraya, maka kami pun beraya di Melaka. Pertama kali sebenarnya menjejakkan kaki ke Bandar Bersejarah. Suami dah banyak kali ke sini. 

Perjalanan dari Pontian, Johor ke Melaka mengambil masa selama 2 jam 50 minit. Itu kalau kita ikut waze atau google maps lah. Bergantung juga dengan kesesakan lalu lintas. 

Kami bertolak dari rumah selepas zohor. Untuk lebih bajet, awal-awal lagi dah sarapan kat rumah. Dan terus masak tengah hari. Sampai ja Melaka boleh terus makan bekalan dari rumah. Jadi jimat sikitlah dari segi makan. 

Perjalanan sebenar dari Pontian ke Melaka mengambil masa selama 5 jam sebab terpaksa hadap kesesakan. Sampai saja di Pantai Klebang, kami terus makan tengah hari. Picnic tepi pantai sambil berehat melihat pemandangan. 

Kemudian, kami terus mencari tempat penginapan. Ipar aku suggest untuk kami menginap di Regalo Hotel, Melaka. Katanya hotel ini antara yang paling murah. 

Regalo Hotel, Kota Laksamana Melaka

Regalo Hotel, Melaka

Kalau korang dari Klebang Beach ke Regalo Hotel cuma mengambil masa selama 12 minit sahaja dalam 6.5 km berdekatan dengan Pusat Bandar. 

Lokasi alamat : No 17,19, Jalan KL 3/10a Taman kota laksamana, seksyen 3, 75200 Malacca

lokasi regalo hotel
Klik maps untuk lihat lokasi

Jenis & Harga Bilik

Terdapat 5 jenis bilik yang disediakan di Regalo Hotel. 
  1. Bilik Family
  2. Bilik Deluxe Double
  3. Bilik Deluxe Twin
  4. Bilik Standard Double
  5. Bilik Superior Double
Harga serendah RM79 untuk 1 malam. Bergantung dengan kekosongan bilik dan jenis bilik. Korang boleh book sedia di booking.com ataupun terus ke hotel. 

Kemudahan di Regalo Hotel

  • Aras atas boleh diakses dengan lif
  • Penyaman udara
  • Kalis bunyi
  • Kemudahan menyeterika
  • Lantai berkarpet
  • Cerek elektrik
  • Meja kerja
  • TV
  • Telefon
  • TV skrin rata
  • Soket dekat dengan katil
  • Rak baju
  • Setiap penginapan dilengkapi dengan penyaman udara peribadi
  • Meja kerja
  • Meja penyambut tamu 24/7
  • Parking percuma
  • Bilik bebas rokok
  • Khidmat bilik

regalo hotel

Review Regalo Hotel, Kota Laksamana Melaka

Pertama kali sampai kat sini, parking senang saja nak cari, cuma tidak banyak parking yang disediakan di kawasan hotel (tempahan tidak diperlukan). Sebelah malam parking cepat penuh. Jadi terpaksa parking tidak jauh jugalah dari hotel.

Staff kat sana nampak garang haha atau mungkin aku belum biasa dengan orang-orang Melaka kot. So far friendly jugalah. 

Memandangkan kami ada 4 orang. Jadi terpaksa booking 2 bilik sebab bilik family dah penuh. Kalau korang nak lagi murah dan save bajet bolehlah sewa bilik tanpa tingkap. 

Sebenarnya kami pun jenis tak kisah ada tingkap atau tidak sebab kami cuma mahu tempat untuk berehat dan tidur saja. 

Bilik yang kami sewa ialah Bilik Deluxe Double (tanpa tingkap). Jadi jumlah keseluruhan ialah RM202 untuk 2 bilik tanpa deposit. 

Untuk Bilik Deluxe Double for me okaylah. Cuma bilik yang ipar aku sewa pula ada masalah kad dan susah sikit nak kunci bilik apabila kami nak keluar. 

bilik regalo hotel

Antara kemudahan dalam bilik yang disediakan ialah :
  • Aircond
  • 2 Botol air
  • Lantai bercarpet
  • Meja kerja & kerusi
  • TV & Remote TV
  • Tiada remote aircond (kena adjust manual)
  • Soket berdekatan dengan meja kerja
  • Lampu bilik tidur
  • Tempat sangkut baju (Tapi tiada hanger)
  • 2 helai tuala mandi
  • Sabun dan shampoo
  • Berus gigi dan ubat gigi
  • Hair dryer

Tempat-tempat menarik yang popular berhampiran dengan Regalo Hotel Kota Laksamana

  • Jalan Jonker
  • Menara Taming Sari
  • Bangunan Stadthuys
  • Kota A Famosa
  • Mahkota Parade
  • Melaka 3D Street Art
Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang berdekatan. Kalau korang jalan sebelah pagi bolehlah melawat kat Muzium di sekitar Kota A Famosa. Kalau sebelah malam pula boleh pergi ke Menara Taming Sari. Boleh lihat pemandangan bandar Melaka. 

Secara keseluruhan, aku suka hotel ini. Mungkin tidaklah seperti hotel 4 atau 5 bintang. Tetapi sekiranya korang mencari hotel yang bajet dan murah Regalo Hotel adalah pilihan yang terbaik.

(Disclaimer : Photo semuanya adalah hak milik google yang diedit dan digabungkan. Lebih kurang sama saja sebenarnya bilik yang kami menginap tu. Aku tak sempat ambil apa-apa gambar kat hotel sebab masa nie tak terfikir pun nak buat review hotel kat blog). 


5 Hotel Yang Ada Private Pool Di Malaysia

Assalamualaikum
Bismillah

Dah mula bercuti ke tu? Rata-rata mesti dah bergerak rentas negeri, balik kampung jumpa ibu bapa, keluarga dan sanak saudara. Lepas dah melepaskan lelah rindu pada keluarga, bolehlah mulakan dengan percutian kan. 

So kat sini aku nak share kan senarai hotel yang menarik boleh dijadikan pilihan untuk percutian seisi keluarga.

Walaupun kita dah boleh rentas, tak bermaksud keadaan kembali macam dulu. Masih perlu beringat dan berjaga-jaga. Covid-19 masih belum ada penawar. 

Jadi, aku cadangkan bercuti di hotel yang mempunyai private pool untuk keluarga. Lebih selamat dan lebih privasi. Korang boleh check out sendiri hotel in Kuala Lumpur atau tengok senarai pilihan hotel yang ada ni.

5 Hotel Yang Ada Private Pool Di Malaysia

1. The Shorea, Negeri Sembilan

The Shorea ni jauh dari kawasan orang ramai, terletak di Hutan Berembun, Negeri Sembilan. Sesuai sangat percutian keluarga sambil menikmati keindahan alam semula jadi. 

Butik Eco-Resort ini mempunyai 8 villa dengan 15 bilik. Boleh duduk ramai-ramai sehingga 40 orang dewasa. Sangat sesuai untuk percutian keluarga besar.

Mempunyai dua bahagian, iaitu The Shorea Resort dan The Shorea Estate. Untuk pilihan private pool boleh lah membuat pilihan villa di The Shorea Estate.

the-shorea-pool
Sumber Gambar: Facebook The Shorea

2. La Villa, Langkawi

Jika destinasi korang Langkawi, bolehlah cuba percutian di La Villa Langkawi. Terletak di Pantai Tengah, La Villa mampu memberikan ketenangan kepada pengunjungnya. 

Selain lokasinya yang strategik, berdekatan dengan Pantai Cenang, dan 13 km dari bandar, La Villa merupakan penginapan yang moden dengan private pool serta pemandangan hijau semulajadi.

la-villa-hotel
Sumber Gambar: lavillalangkawi.com

3. Lexis Suites, Pulau Pinang

Lexis Suites terletak di Teluk Kumbar, Pulau Pinang dan jauh dari kesibukan pusat bandar.

Merupakan satu-satunya hotel yang menawarkan private pool dan bilik sauna di setiap unit. 

Lexis Suites menghadap laut Selat Melaka, jadi korang boleh menikmati pemandangan laut yang menakjubkan sambil mandi kolam atau berehat-rehat di balkoni.

lexis-suites-private-pool-hotel
Sumber Gambar: penangfoodie.com

4. Villa Samadhi, Kuala Lumpur

Villa Samadhi merupakan penginapan yang menarik untuk dikunjungi terutamanya kepada pasangan yang ingin berbulan madu. Terletak di Jalan Madge di kesibukan kota raya Kuala Lumpur. 

Setiap bilik direka berbeza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Bolehlah cuba datang berkali-kali dan cuba setiap bilik.

Villa Samadhi ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin bersama pasangan tanpa gangguan kerana kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk. 

Bagi pasangan pengantin baru terutamanya dan mahukan suasana seperti di Bali, boleh lah datang ke villa ini. Suasana romantik di Villa Samadhi yang dicipta mampu menambahkan makna dalam percutian bersama pasangan.

villa-samadhi-kl
Sumber Gambar: samadhiretreats.com

5. Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan

Grand Lexis Port Dickson merupakan salah satu resort yang terkemuka di Port Dickson dan dianugerahkan 'Most number of swimming pools in a resort' oleh Malaysia Book of Records. 

Resort yang berkonsep Bali ini bertaraf lima bintang dan setiap villa mempunyai private pool untuk dinikmati pengunjung bersama keluarga. Tak hairanlah jika korang ke sini dan habiskan masa dengan bercuti di Port Dickson hanya di hotel.

grand-lexis-port-dickson
Sumber Gambar: grandlexispd.com

Tetapi jika korang tak rasa nak berenang-renang di kolam renang, dan hanya nak berehat-rehat dalam bath tub, boleh la cuba hotel seperti Avillion Port Dickson

Avillion Port Dickson adalah hotel 5 bintang yang direka menyerupai kampung nelayan tradisional. 

Mempunyai 240 bilik yang direka khas dari chalet ke villa dan menghadap Selat Melaka. Aku cadangkan jika kesini, pilihlah chalet air yang menghadap laut. Sambil bermalam, sambil mendengar bunyi ombak.

Itu sahaja kali ini. Moga korang semua bercuti sambil menjaga SOP.

Hotel Murah Pilihan Ramai Untuk Percutian Di Langkawi

Assalamualaikum semua.

Korang semua pernah pergi Langkawi tak? Untuk pengetahuan korang, Langkawi ni ialah tempat yang kaya dengan keindahan semula jadi dan merupakan salah satu destinasi yang paling popular di Malaysia. Langkawi ni terletak di Kedah dan mempunyai banyak tempat yang boleh dilawat termasuklah Langkawi Sky Bridge, Tanjung Rhu, Muzium 3D Langkawi, Pantai Cenang dan banyak lagi.

Kalau korang berminat nak datang Langkawi, korang wajib jenguk tempat-tempat popular yang ada kat sana. Dah namanya datang Langkawi, mesti korang nak menginap untuk beberapa hari kan? Ha, kalau macam tu korang boleh cuba tengok senarai hotel murah di Langkawi yang aku nak senaraikan ni.

Banyak hotel murah yang korang boleh cuba kalau datang kat Langkawi. Lagipun, hotel-hotel ni dekat dengan destinasi menarik yang korang nak pergi. Baiklah, mari kita tengok senanai kat bawah ni.

1. Landcons Hotel

Terletak di seberang jalan dari Underwater World Langkawi, hotel santai ni hanya berjarak 7 minit berjalan kaki dari Pantai Cenang yang meriah dan 4.71km dari Langkawi International Airport.


Penginapan ni sediakan bilik yang ada hiasan ringkas dengan peti sejuk mini dan TV, serta kemudahan untuk buat the dan kopi. Selain tu, hotel ni ada ruang istirehat di lobi, 2 kolam renang luaran dan juga gelongsor air dan air pancut. Anak-anak mesti suka kalau bab main gelongsor ni kan?

2. The Villa Langkawi

Villa ni terletak di kawasan perumahan sebelah masjid dan di tengah kehijauan tropika. Hanya berjarak 14 minit dari Underwater World Langkawi dan 4.70km dari Langkawi International Airport.


Bilik-bilik kat villa ni dilengkapi dengan Wi-Fi percuma, TV dan mini bar. Sarapan pula disediakan secara percuma. Villa ni juga ada kolam renang luaran dengan tempat berjemur dan kerusi santai. Memang sangat sesuai kalau korang nak berehat lepas jauh perjalanan nak ke Langkawi.


3. Cenang View Hotel

Hotel ni pula dekat dengan kawasan ramai dan hanya 8 minit berjalan kaki dari Pantai Cenang dan 4.84k dari Langkawi International Airport. Hotel ni sediakan bilik yang lengkap dengan Wi-Fi percuma, TV dan kemudahan seperti kolam renang luaran, dan bar.


Kalau korang tengok review orang kalau korang buat carian hotel in langkawi, kebanyakannya positif terutama tentang servis dan pekerja yang friendly.

4. Sunset Beach Resort Langkawi


Resort santai ni terletak di tengah-tengah taman tropika dan berjarak 13km dari 99 East Golf Club. Kalau korang berniat nak main golf kat Langkawi, korang boleh try stay kat resort ni. Kat sini, korang boleh santai dengan taman yang rimbun dengan jalan yang berliku bersama dengan air pancut, air terjun dan kolam teratai. Resort ni sangat sesuai untuk pasangan yang nak berbulan madu.

5. Adya Hotel Langkawi

Kalau hotel ni pula, ia dekat dengan Patung Helang yang terkenal di Dataran Lang dan Muzium Galeria Perdana. Hotel ni sediakan Wi-Fi, TV, balkoni dengan pemandangan bandar atau laut dan kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah yang datang dengan ibu bapa boleh menginap tanpa bayaran.


Sarapan pula disediakan dalam bentuk buffet dan percuma pula tu! Kemudahan lain yang korang boleh dapat termasuklah gymnasium, spa, kolam renang luaran dan juga tertutup yang khusus untuk wanita. Ruang solat dan bilik tarian juga turut disediakan.


6. Langkawi Yacht Club Hotel

Hotel yang hanya berjarak 5 minit berjalan kaki dari terminal feri Langkawi ni sediakan bilik yang lengkap dengan Wi-Fi, TV, dan alat membuat kopi. Korang boleh pilih bilik mana yang korang suka. Hotel ni ada suite yang sediakan ruang tamu, dapur, dan tab mandi mandi panas. Selain tu, ada juga pondok yang mempunyai 3 bilik tidur.


Hotel ni ada suite yang sediakan ruang tamu, dapur, dan tab mandi mandi panas. Selain tu, ada juga pondok yang mempunyai 3 bilik tidur. Tempat ni ada pangkalan kapal persiaran, ada kolam renang luaran dan juga sarapan turut disediakan.


7. Bayview Hotel Langkawi

Dengan pemandangan Selat Melaka, hotel ni berjarak 1.14km dari Lagenda Park dan 1.36 dari Pantai Beringin. Hotel ni sediakan Wi-Fi percuma, dan TV. Bilik yang dinaik taraf pula ada pemandangan laut, da nada suite yang mempunyai ruang tamu yang berasingan.


Selain tu, ada kedai makan Cina dan kedai kopi kalau korang nak lepak dengan kawan-kawan. Bar pula sediakan hiburan secara ringkas da nada kolam renang luaran, tab mandi panas, spa dan juga pusat kecergasan. Sarapan juga disediakan tapi dengan bayaran.

Baiklah, sampai sudah kita di penghujungnya. Langkawi ni ada banyak lagi hotel lain, tapi kalau korang nak yang murah dan nak save bajet, korang boleh try stay kat hotel-hotel yang aku senaraikan kat atas. Korang search je hotel in Langkawi, korang boleh tengok lebih banyak maklumat tentang hotel-hotel di Langkawi terutama dari segi harga.

Sekarang mungkin agak sukar untuk pergi bercuti sebab keadaan tak mengizinkan sangat. Harap-harap Covid-19 ni akan berkurangan supaya kita boleh keluar dan lawat tempat-tempat yang kita nak pergi. In Sya Allah..


© all rights reserved
made with by templateszoo