Memaparkan catatan dengan label SPA8. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPA8. Papar semua catatan

Panduan Mengisi Permohonan SPA9 (Kemaskini Jawatan SPA8i)

Assalamualaikum
Bismillah

Panduan Mengisi Permohonan SPA9

Panduan Mengisi Permohonan SPA9 (Kemaskini Jawatan SPA8i)

Layari ke laman web SPA9 dan isikan borang jawatan SPA, klik → Pendaftaran Pengguna

Maklumat yang perlu anda lengkapkan dalam borang permohonan adalah seperti maklumat pemohon, maklumat kata laluan, soalan keselamatan & persetujuan. 

Panduan Mengisi Permohonan SPA9

Sila rujuk gambar di atas untuk lihat cara-cara mengisi SPA9 dengan betul. Lengkapkan maklumat tersebut :

1. Maklumat Pemohon

  • No. Kad Pengenalan (Tanpa -) *
  • Nama Penuh (Isi mengikut IC anda) *
  • No. Telefon Bimbit *
  • Alamat E-mel *

2. Maklumat Kata Laluan

  • Masukkan Kata Laluan * (Buat kata laluan anda)
  • Sahkan Kata Laluan * (Ulang kata laluan anda)
  • Kod Keselamatan * (Masukkan kod keselamatan yang tertera)

3. Soalan Keselamatan (Untuk tujuan reset kata laluan)

  • Nama Pertama Ibu Pemohon *
  • Negeri Kelahiran Pemohon *

4. Persetujuan

Klik petak kecil untuk persetujuan. Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum
menghantar pendaftaran tersebut. KLIK DAFTAR.

Nota : 
  • Bahagian yang bertanda * wajib diisi. 
  • Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja
Pendaftaran Pengguna Baru SPA9

Pendaftaran akaun yang telah berjaya, boleh terus login ke SPA9.
  • Sila masukkan No Kad Pengenalan anda
  • Masukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini.
  • Klik “Log Masuk”
Jika korang adalah pengguna kali pertama, sila klik “Pengguna Kali Pertama”

Jika korang ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata Laluan”

Panduan Mengisi Permohonan SPA9

MAKLUMAT PERIBADI

Klik pada pautan MAKLUMAT PERIBADI dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses “Daftar Akaun Baru”. 

Yang mana maklumat belum dilengkapkan, korang hendaklah lengkapkan. Sila isi semua maklmuat peribadi di ruang disediakan. (Rujuk gambar di atas).

Klik “Simpan” setelah semua maklumat lengkap diisi. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan tiada yang tertinggal sebelum disimpan.





MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK

Pada pautan MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK, sila isi mengikut tahap pendidikan korang masing-masing ya. 

Sila pilih Tahun, Peperiksaan, Mata Pelajaran, Gred dan klik “+Tambah” untuk tambah mata pelajaran di senarai mata pelajaran.

Sila isi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)

Sila pilih Tahun Graduasi, Masukkan CGPA (PNGK). Pilih Peringkat Pengajian, Peringkat Kelulusan, Institusi Mengeluarkan Sijil, Institusi Francais Luar Negara, Pengkhususan, Masukkan Nama Sijil, Tarikh Kelulusan Senat dan Biasiswa Pengajian. 

Klik “simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk memastikan maklumat tersebut disimpan. 

Sekiranya korang dah pernah mendaftar SPA8i sebelum ini, maklumat bagi tahap pendidikan anda akan dimasukkan secara automatik dalam sistem SPA9 yang baharu. 

Jadi sekiranya sebelum ini korang terlanjur letak tahap pendidikan Ijazah Sarjana Muda, maka korang dah tak boleh padam tahap pendidikan tersebut. 


Nota & Arahan:
  • Paparan keputusan Pengajian Tinggi mulai tahun 2010 adalah diperoleh dari Kementerian Pengajian Tinggi.

  • Pemohon perlu melengkapkan Pengkhususan, Tarikh Kelulusan Senat dan medan kosong yang bertanda *.

  • Bagi maksud pelantikan dalam Perkhidmatan Awam, pemohon hendaklah memiliki kelayakan akademik yang diiktiraf oleh Kerajaan.

  • Pemohon disarankan terlebih dahulu menyemak pengiktirafan kelayakan akademik yang diperoleh melalui Portal Rasmi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di pautan https://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau melalui Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) di pautan https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm.

  • Kelayakan akademik yang diiktiraf oleh Kerajaan sahaja akan disenaraikan dalam senarai pilihan Pengkhususan/Institusi Mengeluarkan Sijil.

  • Tarikh kelulusan Senat merujuk kepada tarikh Senat institusi pengajian tinggi pemohon meluluskan penganugerahan Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah anda. Sila rujuk pihak institusi pengajian tinggi mengenai tarikh kelulusan senat pemohon.

  • Sebarang kemas kini maklumat pengajian tinggi hendaklah dikemukakan ke alamat e-mel: spa9@spa.gov.my dan disertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, salinan sijil akademik dan transkrip akademik yang berkaitan untuk bantuan teknikal.

KEBOLEHAN BAHASA

Ruang Kebolehan Bahasa hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di bawah klasifikasi perkhidmatan Kebolehan Bahasa.

1. Pilih Bahasa/Dialek.
2. Pilih Penguasaan Bahasa - Bertutur / Menulis
3. Klik “+Tambah”.


Ambil serius pada ruangan “Kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu” pula wajib anda mengisi dengan “BAHASA INGGERIS”. Penguasaan “BERTUTUR DAN MENULIS”. Ia akan memberi kelebihan kepada permohonan anda berbanding calon lain. Jangan takut untuk mengisi jawapan pada soalan ini.

CARA MEMILIH JAWATAN YANG SESUAI DALAM SPA9


Pilih jawatan mengikut kelayakan akademik yang layak dipohon dan tekan “+Tambah”. Korang boleh pilih max 15 jawatan. 

Tips Semasa Memilih Jawatan Dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam :

  • Kalau boleh pilih jawatan yang sepadan dengan kelayakan anda.
  • Susun jawatan mengikut keutamaan (Jawatan yang anda mahu paling atas)
  • Perhatikan syarat bertulis dalam kurungan, sekiranya anda memiliki apa yang disebutkan sebagai keutamaan ini, jadikan jawatan tersebut salah satu daripada pilihan utama anda. 

PERAKUAN PEMOHON


Semakan Maklumat Permohonan
PERINGATAN: Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang di mohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh daftar adalah sama. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai ke SPA. Jika tidak sama, sila semak semula padanan maklumat yang dimasukkan di setiap menu. Pastikan semua medan bertanda (*) diisi dan di SIMPAN. 



Sila klik pada petak SETUJU dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. 

Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses. Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.


Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com

MAKLUMAN : 
  • Kalau salah isi bahagian MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK sila terus hubungi pihak SPA9 untuk maklumkan pembetulan. Tidak boleh ubah melalui online. 

  • Maklumat akademik yang kita dah isi dah ada dalam sistem. So kita tidak boleh delete sesuka hati sebab itu adanya PERAKUAN PEMOHON. Maksudnya KITA MENGAKUI MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR. 

  • SPA9 hanya ambil 2 pendidikan tertinggi untuk sebarang jawatan yang dimohon. Sekiranya korang mahu memohon jawatan SPM tetapi korang punya kelayakan akademik ialah SPM, STPM/Diploma dan Ijazah, maka 2 tahap pendidikan teratas sahaja yang kita boleh memohon jawatan iaitu STPM/Diploma & Ijazah. 
Tarikh Kelulusan Senat (Tarikh naib canselor luluskan graduasi yang ada di sijil)

  • Tarikh Kelulusan Senat (Tarikh naib canselor luluskan graduasi yang ada di sijil) boleh letak tarikh terima sijil graduasi (tengok di sijil korang ya). Kalau belum konvo aku galakkan korang jangan isi bahagian Ijazah dahulu sebab memang tak boleh isi selagi tak konvo. 

  • Letak saja tarikh terima sijil graduasi (tengok di sijil korang ya) walaupun korang cuma konvo online. 

  • Apa sahaja KESILAPAN semasa mengisi borang SPA9 ataupun KEMASKINI TETAPI TAK BOLEH UBAH ATAU PADAM, sila rujuk atau hubungi pihak SPA9 untuk sebarang pembetulan dan perubahan yang tak dapat diubah secara online. 

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, sejujurnya kan aku dah lama tak jenguk laman SPA9 nie. Tetapi setiap hari aku menerima banyak email dan mesej di media sosial tentang cara kemaskini dan padam jawatan SPA9. Actually aku dah pernah kongsikan sebelum ini.

Cuma cara tu merupakan cara kemaskini laman spa8 lagi. So nak tak tak aku kena update juga cara baru bagi menjawab pertanyaan pembaca sekalian.

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9 

Berikut adalah langkah demi langkah yang aku kongsikan untuk korang. 

1. Pertama sekali korang login dulu SPA9

2. Kemudian, masukkan ID / KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.

3. Seterusnya, semak tarikh permohonan bila kali terakhir anda memohon atau kemaskini. Aku lupa nak screenshot part ini. 

Korang boleh tengok di sebelah kanan atas ya ataupun di bahagian Semak Permohonan untuk lihat bila korang last update untuk jawatan yang dimohon. (Rujuk gambar di bawah)

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

So korang boleh nampak kan ada 7 jawatan yang dimohon. So sekarang aku akan padam ya jawatan yang tidak melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan. 

4. Kemudian, korang boleh pillih samada nak hapus semua ataupun hapus satu per satu jawatan. So, aku pilih hapus (delete) jawatan yang aku tak nak. Klik YA untuk hapus jawatan yang dimohon. (Rujuk gambar di bawah).

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

5. Korang just klik hapus sahaja. Akan muncul notifikasi warna hijau sebelah kanan atas apabila jawatan tersebut dihapus. Nampak tak jawatan yang aku tak nak dah takda dalam senarai di bawah. 

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

6. Aku rasa mungkin start dari bahagian sini yang ramai orang buat silap. Seterusnya korang hanya perlu klik "seterusnya" sahaja ya sampailah ijazah. Lepas tu klik sekali lagi "seterusnya" kepada SEMAKAN MAKLUMAT PERMOHONAN. 

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

7. Pada bahagian Semakan Maklumat Permohonan korang boleh lihat senarai jawatan yang dah dikemaskini dan dipadam sebentar tadi. So sekarang tinggal 3 jawatan sahaja yang aku mohon di SPA9. Klik "Seterusnya" kepada "Perakuan Pemohon"

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9


8. Pada bahagian Perakuan Pemohon, sila tick petak kecil untuk "Setuju" (Rujuk gambar dibawah)

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

9. Selagi tak muncul notifikasi permohonan SPA9 berjaya dihantar korang belum dikira kemaskini lagi ya. Pastikan ia jadi macam gambar di bawah ya.

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

10. Seterusnya, jangan lupa ya simpan slip permohonan SPA9 ni sebagai rujukan. Boleh tengok TARIKH & MASA tu dah dikemaskini dan jawatan lama dah dipadam.

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9



11. Semak tarikh permohonan untuk melihat bahawa permohonan anda telah dikemaskini. Permohonan jawatan lama telah dipadam dan permohonan telah dikemaskini. 

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

Alhamdulillah, selesai tulis tutorial. Semoga membantu kalian semua. Aku doakan semoga korang dimurahkan rezeki selalu, dipermudahkan urusan. InsyaAllah Aamiin... Good Luck and All The Best!

Sebarang masalah teknikal berhubung Sistem SPA9, sila e-mel ke spa9@spa.gov.my atau melalui sistem e-pertanyaan SPA (https://aduan.spa.gov.my/aduanv2/)

Cara Kemaskini Pemohonan SPA9 Untuk Maklumat Kelayakan Akademik

Assalamualaikum
Bismillah

Dalam blog ini paling ramailah yang tanya pasal permohonan SPA9. Sebenarnya aku dah tak kisah sangat dah pasal SPA9 ini. Dulu aku selalu buat artikel tantang permohonan jawatan dalam SPA9 sebab masa tu takda kerja lagi.

Sekarang ini, aku dah bekerja sebagai blogger sepenuh masa, jadi memang tak pernah dah tengok email pasal SPA9. Kadang tak update pun langsung. Cuma aku rasa perlu bertanggungjawab jugalah untuk ambil tahu dan usaha untuk cari jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang sering ditanya oleh pembaca blog ini.

Apabila ada yang komen tak dapat kemaskini bahagian kelayakan akademik lah. Ada yang salah isi lah. Aku kan susah juga nak bantu korang. Sebab permohonan aku tiada masalah. Tu yang jadi rumit sebab aku punya permohonan okay saja pula. 

Jadi, hari ini aku tunjukkan cara kemaskini permohonan SPA9 untuk maklumat kelayakan akedemik. InsyaAllah apa sahaja masalah dalam maklumat kelayakan akademik korang dalam spa9 korang boleh terus rujuk cara ini ya.


Cara Kemaskini Pemohonan SPA9 Untuk Maklumat Kelayakan Akademik

1. Pertama sekali pergi ke laman SPA9

2. Klik pada e-pertanyaan SPA


3. Pada bahagian ini korang pilih Aduan & Pertanyaan Baharu


4. Seterusnya pada bahagian Klarifikasi Masalah


Korang boleh isi ePertanyaan SPA ini sekiranya ingin membuat : 
  • Pertanyaan
  • Aduan 
  • Pendapat
  • Kritikan
Sekiranya korang mempunyai masalah seperti :
  • Borang online
  • Pendaftaran
  • Peperiksaan
  • Sedang berkhidmat
  • Portal SPA
  • Separa perubatan
  • Tatatertib
  • Surat tawaran
  • Temuduga
  • Pegawai Undang-Undang / SPKP
  • Status permohonan jawatan

Bolehlah kemukakan masalah korang di ePertanyaan SPA. 

Jadi untuk masalah Maklumat Kelayakan Akademik, korang boleh memilih Kategori Aduan.  Seterusnya pilih Borang Online. 

Tetapi setiap orang kan mungkin ada masalah yang berbeza. Jadi pilihlah ikut kategori masalah korang tu pasal apa. 

Setelah itu, klik Hantar Aduan. 

5. Sebaik sahaja pertanyaan dihantar, nombor rujukan akan dipaparkan dan dihantar kepada emel pengadu seperti yang didaftarkan semasa mengisi pertanyaan. Sila simpan atau cetak untuk rujukan.



6. Korang boleh semak status ePertanyaan korang tu pada bila-bila masa.

Untuk menyemak, sila masukkan nombor rujukan pertanyaan dalam ruangan di bahagian Semak Status Aduan dan masukkan Nombor Pertanyaan.

Itu sahaja. Aku harap entri ini dapat menjawab pertanyaan korang. Semoga dipermudahkan urusan kalian semua. Semoga murah rezeki selalu. Aamiin..


Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Assalamualaikum
Bismillah

Hi guys, hari ini aku ingin kongsikan pengalaman temuduga daripada Cik Chipsmore yang dikongsikan di laman Facebooknya. 

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit bayangan dan persediaan tentang bagaimana mahu menghadapi soalan temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.


Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29


1. Introduce yourself in English

2. Apa sumbangan kamu jika ditawarkan jawatan ini?

3. Apa kelebihan yang kamu ada dari calon yang lain? Macam mana kamu mahu pikat hati kami?

4. Apa kelemahan diri kamu?

5. Jika kamu berjaya temuduga kamu sanggupkah ditempatkan di mana-mana cawangan di seluruh Malaysia?

6. Berapa tahun pengalaman bekerja?

7. Sebelum ini kamu pernah berkhidmat di tempat lain? Di mana?

8. Ada apa-apa soalan?

a. Pada pandangan panel pengerusi apa kekurangan pada diri saya pada hari ini untuk saya perbaiki?

b. Adakah pegawai sedang berkhidmat mempunyai peluang untuk menjawat jawatan ini?


Tips Tambahan :

Sebelum hadirkan diri ke temuduga, pastikan anda membuat ersediaan rapi :

1. Kemaskini resume.

2. Kemaskan diri. Kalau lelaki pastikan memakai baju yang cerah, berambut pendek. (Gred S29 lebih baik memakai blazzer, tag nama jika ada). Manakala untuk perempuan pastikan rambut tidak bewarna (freehair) atau memakai tudung yang sesuai. Pemilihan baju yang sesuai tidak terlalu sendat dan bercorak.

3. Persiapan dari segi isu semasa di dalam dan luar negara. Dapatkan maklumat penting mengenai jabatan dan kementerian. Pastikan hafal. Boleh hadir ke organisasi untuk dapatkan kepastian maklumat.

4. Berdoa dan tawakal. Buat yang terbaik. Jangan terlalu berharap. Ada rezeki takkan ke mana.



Cara Kemaskini Permohonan SPA8i & Padam Permohonan Lama

Assalamualaikum
Bismillah


Hari ini aku akan kongsikan cara paling ringkas sekali tentang bagaimana mahu mengemaskini permohonan SPA8i serta cara untuk padam permohonan lama. 

Berikut adalah langkah-langkahnya :

1. Masukkan ID dan kata laluan. 


2. Seterusnya, semak tarikh permohonan bila kali terakhir anda memohon atau kemaskini.

3. Klik jawatan SPA. Seterusnya anda akan lihat halaman bagi jawatan yang telah dipohon.

4. Anda akan lihat senarai jawatan yang dipohon berada dalam kotak sebelah kanan.



5. Sekiranya anda ingin menukar ke jawatan ataupun padam jawatan yang tidak diingini, anda hanya perlu klik jawatan tersebut (seperti kurungan berwarna merah). Setelah itu, klik anak panah kiri untuk padam/tukar. Sekiranya ingin menambah jawatan baru, anda hanya perlu memilih mana-mana jawatan yang diminati di kotak sebelah kiri dan tekan anak panah kanan untuk memohon.

6. Simpan untuk dikemaskini

7. Semak semula perhonan anda.


8. Semak tarikh permohonan untuk melihat bahawa permohonan anda telah dikemaskini.

9. Permohonan jawatan baru telah dikemaskini dan didaftarkan. Anda boleh lihat senarai jawatan lama yang aku memohon sebelum ini telah dipadam. 

Sekian itu sahaja. Semoga membantu kalian semua. Aku doakan semoga anda dimurahkan rezeki. Amin...



Video ini adalah Cara Delete Permohonan SPA8. 
Semoga membantu :)

Q&A Peperiksaan Online Pegawai Psikologi Gred41

Assalamualaikum
Bismillah

Peperiksaan Online Pegawai Psikologi Gred41

1. Bila nak tahu tarikh peperiksaan online? 

Apabila permohonan anda telah melepasi syarat yang ditetapkan oleh SPA8, anda hanya perlu tunggu email sahaja. Tarikh dan masa peperiksaan akan diumumkan melalui email. 

Peperiksaan Online Pegawai Psikologi Gred41

2. Bagaimana peperiksaan online diadakan?

Sudah dinyatakan bahawa peperiksaan online, so korang hanya perlu laptop dan internet sahaja. Boleh jawab soalan peperiksaan sambil minum kopi. hehe

3. Contoh email peperiksaan online


Contoh email peperiksaan online

4. Keperluan asas sebelum menduduki peperiksaan

  • komputer, notebook atau telefon bimbit yang mempunyai rangkaian internet.
  • Sediakan kalculator untuk soalan matematik.
  • Calon boleh mengakses sistem peperiksaan online ini di mana-mana sahaja lokasi yang mempunyai kemudahan capaian internet tanpa perlu hadir ke Pusat SPA.
  • Calon yang tidak mengambil peperiksaan ini tidak akan disenaraihitamkan

5. Langkah untuk menjawab peperiksaan online

Langkah 1:
Sila layari pautan peperiksaan yang telah dinyatakan dalam paparan penjadualan peperiksaan (Contoh: examonline110.spa.gov.my) Pautan ini hanya akan dipaparkan 1 jam sebelum peperiksaan bermula.

Langkah 2:
Skrin “Sistem Peperiksaan Online” akan dipaparkan. Sila masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan. KATA LALUAN ADALAH ANGKA GILIRAN ANDA. Klik butang “Login

Langkah 3:
Skrin “Menunggu Persediaan Peperiksaan” akan dipaparkan. Pastikan anda bersedia 5-10 minit lebih awal sebelum peperiksaan dimulakan.

Peperiksaan Online Pegawai Psikologi Gred41

Langkah 4:
Sila baca arahan dan soalan dengan teliti. Jawab semua soalan dan tunggu sehingga masa peperiksaan tamat. Sekiranya habis menjawab lebih awal, semak jawapan dan pastikan semua soalan dijawab. 

Langkah 5:
Sila tunggu untuk memulakan seksyen yang berikutnya. Soalan hanya akan keluar mengikut masa yang telah ditetapkan. 

Langkah 6:
Skrin “Peperiksaan Tamat” akan dipaparkan setelah masa menjawab seksyen terakhir tamat. 

Sekian itu sahaja. Semoga membantu kalian semua.


PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (JABATAN PERKHIDMATAN AWAM)

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, hari ini kawan aku ada inform kat group whatsapp tarikh peperiksaan online Pegawai Psikologi Gred41 dah diumumkan pada 18 Julai 2019. Korang boleh semak melalui online di Portal Rasmi SPA atau periksa emel untuk ketahui lebih lanjut tentang exam. 


Korang boleh semak peperiksaan online Pegawai Psikologi Gred S41 di laman web SPA. 


ataupun melalui emel seperti di bawah :


All the best semua. Semoga dipermudahkan~
Wish me luck!

Pegawai Psikologi Gred S41 (SPA8i)

Assalamualaikum
Bismillah


Tadi petang, tengah skrol facebook ternampak coursemate post yang dia terlepas deadline kat SPA8i. Tiba-tiba aku tergerak hati pula nak semak status permohonan aku. 

Alhamdulillah, dalam banyak-banyak permohonan yang aku memohon Jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 berjaya melepasi syarat-syarat yang ditetapkan.

Aku confused sikit. Email dan SMS pun tak ada pula sampai. Apakah yang dimaksudkan dengan "Melepasi syarat-syarat"? 

Then aku teringat yang kawan aku ada dapat SPA8 hari tu. Katanya, aku kena tunggu tarikh untuk "peperiksaan". Selepas itu, barulah dipanggil temuduga. Dengar daripada pengalaman orang lain SPA8 ini banyak tapisan dan agak strict sikit. Ini pertama kali permohonan aku melepasi syarat, hahaha~ 
Yang pernah hadir temuduga atau melepasi syarat SPA8 dipersilakan untuk komen di ruangan di bawah. Sama-sama kita berkongsi. 

Panduan Mengisi Permohonan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) & Tips Memilih Jawatan Yang Betul

Assalamualaikum
Bismillah

Haritu ramai juga bertanya mengenai SPA. Malam ini baru sempat nak update maaf semua. Sebelum itu untuk mereka yang first time dengar SPA maksudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Permohonan SPA boleh diisi oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan PMR, SPM, STPM, Diploma dan Ijazah. Tidak semestinya anda kena ada degree then baru boleh apply SPA. 😉


Bagi anda yang ingin bekerja sektor kerajaan, inilah peluang terbaik anda untuk menjawat dalam perkhidmatan awam. Apa yang anda perlu buat adalah isikan maklumat lengkap dan boleh membuat pendaftaran SPA8i di portal rasmi SPA.

Sis ajar dulu cara isi borang permohonan. Berikut adalah Cara Mengisi Borang Permohonan SPA Menerusi Atas Talian (online) seperti di bawah;


1. Layari ke laman web SPA8i dan isikan borang jawatan SPA, klik → Pemohon Pekerjaan SPA.

2. Daftar akaun SPA dan login akaun tersebut untuk mengisi borang maklumat pendaftaran pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia dengan mengisi borang SPA8i, klik → Borang Permohonan SPA8i.

3. Maklumat yang perlu anda lengkapkan dalam borang permohonan SPA8i adalah kata laluan/ soalan keselamatan, maklumat pemohon, maklumat akademik, maklumat ko-kurikulum, jawatan dipohon, pengakuan pemohon dan semakan permohonan.

4. Selepas isi maklumat permohonan SPA8i dengan lengkap, anda boleh submit!

5. Permohonan anda telah dihantar dan sedang diproses.


Tips Kemaskini Jawatan Kosong SPA dengan Betul.


1. Pastikan semua maklumat diri anda yang diminta diisi dengan baik dan disimpan selepas membuat sebarang perubahan.

2. Masukkan semua peringkat tahap pendidikan yang anda ada pmr/spm/diploma/ijazah dan sebagainya dan pastikan kelayakan anda diiktiraf.

3. Harus diingatkan Pemegang Diploma dibenarkan untuk memohon jawatan bertaraf SPM/DIPLOMA manakala Pemegang Ijazah boleh memohon jawatan bertaraf Diploma/Ijazah. Kalau anda ada Ijazah tapi apply jawatan bertaraf SPM jangan hairan kalau sampai sekarang anda tak dipanggil.

4. Tiada Urusan Pengambilan Pada Masa ini adalah salah satu masalah yang paling banyak orang terima dan sebenarnya cara untuk menghilangkan masalah ini dan memberikan SPA menunjukkan result permohonan terkini anda.

Anda hanya perlu delete kesemua permohonan yang telah anda buat sebelum ini yang telah melebihi tempoh 1 tahun dan masukkan kembali jawatan-jawatan terkini yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

5. Selepas anda remove semua jawatan² yang anda mohon yang telah melebihi 1 tahun dan telah masukkan jawatan terkini yang mereka tawarkan pastikan anda klik pada pengakuan pemohon dan membuat pengesahan permohonan.

6. Anda boleh membuat 15 permohonan bagi setiap tempoh 1 tahun dan pastikan anda tidak memohon melebihi 15 jawatan.

7. Tidak Menepati syarat Pelantikan Jawatan. Masalah ini adalah berpunca daripada jawatan yang anda pohon tidak sesuai dengan kelayakan anda.

Pastikan anda baca syarat-syarat penuh pelantikan jawatan yang anda mohon. Jangan main hentam tak baca syarat.



8. Pastikan anda tidak tertinggal untuk mengisi mana-mana kotak yang ditandakan dengan simbol * kerana kesilapan tersebut akan menyebabkan permohonan anda ditolak oleh sistem laman web SPA.

Harus diingat bahawa sistem yang menyemak permohonan calon adalah arahan komputer yang telah disetkan. Sebarang kesilapan walaupun kecil akan di tolak terus oleh sistem.

9. Untuk bahagian alamat, saya sarankan anda menggunakan alamat yang selamat. Sebaik-baiknya adalah alamat yang mempunyai kotak pos (post box) berkunci.

Terdapat beberapa kes penyerahan surat Panggilan Temuduga tidak terserah kepada calon kerana alamat tidak lengkap atau calon tidak dimaklumkan oleh penerima tentang surat panggilan temuduga kerana menggunakan alamat orang lain.

10. Pastikan nombor telefon untuk dihubungi adalah nombor telefon bimbit anda sendiri YANG AKTIF. Kalau anda jenis yang suka tukar simkad pastikan update dekat profile.

Anda juga dinasihatkan memasukkan nombor telefon ahli keluarga anda yang diketahui tidak sering menukar nombor telefon mereka. Sebaiknya adalah ahli keluarga yang tinggal serumah dengan anda.

11. Pada ruangan email, saya nasihatkan anda membuka alamat email yang kelihatan professional dan meyakinkan. Walaupun perkara ini nampak remeh, namun ia memainkan peranan penting semasa pihak SPA menilai PERWATAKAN dan SAHSIAH calon.

Saya cadangkan anda membuat alamat email baru khas untuk temuduga. Ia bagi mengelakkan anda terlepas pandang email panggilan temuduga disebabkan oleh ratusan email dalam inbox email anda.


Tips Semasa Memilih Jawatan 

Sebaik-baiknya anda;

  • Memenuhi syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon – bermaksud sepadan 100% dengan kelayakan akademik anda. Klik pada maklumat Jawatan (Gaji/ Syarat Lantikan/Deskripsi Tugas) pada laman SPA untuk melihat kelayakan yang diperlukan.

  • Menyusun susunan pilihan jawatan dengan mendahulukan jawatan paling sepadan dengan kelayakkan anda di ruangan pilihan yang teratas.

  • Perhatikan juga syarat yang tertulis dalam kurungan contohnya (Keutamaan diberi pada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer), (Keutamaan diberi kepada calon yang lulus dalam salah satu daripada subjek Sains).

  • Sekiranya anda memiliki apa yang disebutkan sebagai keutamaan ini, jadikan jawatan tersebut salah satu daripada pilihan utama anda. Sebaliknya, sekiranya anda tidak memiliki apa yang disenaraikan, jadikan ia pilihan terakhir.

  • Peka dengan jawatan yang dipohon dan sebaik-baiknya pohon berdasarkan minat dan pengetahuan sedia ada anda. Ia akan banyak membantu semasa anda menghadapi temuduga nanti. Ini serius ya tak main-main. Semakin anda minat jawatan & bidang tersebut Insyaallah nak interview nanti pun senang nak jawab.

  • Lihat pada bahagian Ko-Kurikulum, masukkan sekurang-kurangnya dua aktiviti sukan dan persatuan yang pernah anda sertai. Bagi yang tidak aktif dalam kegiatan Ko-kurikulum, cuba ingat kembali apa sahaja penyertaan anda. Anda pasti pernah terlibat walaupun secara kecil-kecilan.

    (Pastikan anda mengisi bahagian ini kerana ia wajib bagi mendapatkan panggilan temuduga. Kerana terdapat syarat penilaian calon yang berbunyi “bukan berdasarkan kepada tahap kecemerlangan akademik semata-mata”).

  • Ambil serius pada ruangan “Kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu” pula wajib anda mengisi dengan “BAHASA INGGERIS”. Penguasaan “BERTUTUR DAN MENULIS”. Ia akan memberi kelebihan kepada permohonan anda berbanding calon lain. Jangan takut untuk mengisi jawapan pada soalan ini.

    (Temuduga dalam Kerajaan Malaysia masih menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar untuk urusan rasmi kerajaan. Soalan yang perlu anda jawab dengan bahasa Inggeris semasa temuduga sangat sedikit)

  • Menyemak butir-butir peribadi anda sekurang-kurangnya dua kali sebelum klik pada “Saya Setuju” dan menekan butang hantar. Setelah menghantar permohonan, semak inbox email anda untuk memastikan pihak SPA telah menghantar email sebagai pengesahan penerimaan pendaftaran anda.

    (
    Sekiranya belum, sila hantar sekali lagi. Ini mungkin disebabkan ‘server’ sedang sibuk atau talian tergendala).

  • Kemaskini permohonan anda sekurang-kurangnya setiap ENAM BULAN sekali.

INFO TAMBAHAN:

1. Gais, dunia telah maju. Tolong buka mata. Mohon lupakan hasrat nak guna orang dalam atau "kabel". Mohon juga berhenti menuduh orang lain menggunakan kabel. Sekarang semua sistem yang pilih. Anda salah isi, anda akan ditolak.

2. Bagi mengisi kekosongan JAWATAN TETAP kerajaan, semuanya perlu melalui satu sahaja laman web. Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Suruhanjaya ini bertanggungjawab dalam mengendalikan pengambilan kakitangan kerajaan yang tetap sepenuhnya.



BAGAIMANA HENDAK TAHU JAWATAN APA YANG KOSONG?

Jawapannya, anda tidak akan tahu. Kakitangan awam biasa juga takkan tahu. Boleh tanya guru besar di sekolah berhampiran, kalau² dia tahu berapa banyak kekosongan Pembantu Tadbir Gred N17. Jawapannya mungkin tidak tahu. Namun begitu, anda boleh membuat anggaran jawatan manakah yang akan diisi dengan banyak pada tahun ini.

4. Kekosongan jawatan kerajaan setiap tahun ditentukan oleh Waran Perjawatan bagi setiap jabatan. Jabatan Perkhidmatan Awam ialah badan yang bertanggungjawab menentukan hal ehwal penjawat awam dari segi perlantikan, gaji, persaraan, dan jumlah kekosongan setiap jabatan lain.

5. Waran Perjawatan ialah jumlah kakitangan yang boleh digaji oleh sesebuah jabatan. Waran diluluskan oleh kerajaan berdasarkan keperluan Jabatan terbabit untuk menjalankan tugas dan fungsinya. Di dalam waran perjawatan ada dijelaskan dengan terperinci jumlah orang, gred jawatan dan dimana dia akan bertugas. Setiap jabatan wajib mematuhi waran ini.

6. Jadi, kekosongan dalam perkhidmatan awam hanya akan berlaku atas tiga sebab;

1) Pertambahan Waran Perjawatan.
2) Kenaikan Pangkat.
3) Penamatan Perkidmatan.

Pertambahan waran berlaku sekiranya kerajaan berpendapat Jabatan tersebut memerlukan lebih banyak sumber manusia (man power) untuk berfungsi. Kenaikan pangkat dalam sesuatu organisasi akan menyebabkan kekosongan berlaku di gred yang ditinggalkan. Penamatan perkhidmatan pula berlaku apabila ada persaraan, kematian, atau ada penjawat awam yang menamatkan/ditamatkan perkhidmatannya.

7. Ada beberapa teknik untuk mengetahui jawatan mana yang sesuai dipohon bagi tahun semasa untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan kerja dalam sektor awam. Sila beri perhatian kerana ramai yang ambil mudah dan sekadar memohon secara rawak sahaja.

8. Kaedah paling mudah ialah dengan memerhatikan iklan di laman web SPA. Dari semasa ke semasa anda akan dapat melihat iklan kekosongan yang terpapar.

9. Kalau anda jenis yang malas ambil tahu atau tak alert pada iklan kekosongan jawatan di portal SPA, lebih baik menjadi mereka yang boleh mengagak dengan lebih awal jawatan yang akan diiklankan.

Caranya? Perhatikan pembentangan belanjawan bagi setiap tahun. Pembentangan belanjawan (budget) biasanya diadakan sekitar bulan Oktober. Abaikan pengumuman lain.

Tumpukan perhatian kepada pecahan agihan peruntukan kepada setiap kementerian dan jabatan. Jabatan yang memperoleh peruntukan paling banyak mempunyai kemungkinan paling besar untuk menambah kakitangan sedia ada.

10. Perhatikan juga sebarang projek besar kerajaan. Sebagai contoh, pengumuman rancangan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah membuatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuat pengambilan besar-besaran kearah menyediakan jabatan itu dalam perlaksanaan GST. Di sini anda sudah mengagak masih ramai kakitangan diperlukan.

11. Begitu juga dengan pengumuman projek pembinaan hospital, lapangan terbang atau lain lain projek mega kerajaan yang bakal dijalankan. Projek ini pastinya akan dan bakal mewujudkan banyak posisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Perhatikan bila projek itu akan dijangka siap, kerana pada tahun itulah pengambilan besar-besaran akan dilakukan.
Maklumat seperti ini boleh membantu anda untuk memilih jawatan mana yang sesuai dipohon BAGI TAHUN ITU untuk meningkatkan kemungkinan anda dipanggil bagi menduduki peperiksaan memasuki skim perkhidmatan awam.

12. Oh ya bagi iklan kekosongan jawatan swasta, memang benar, sekalipun anda berada sedikit di bawah kelayakan minima, anda digalakkan memohon. Masih ada peluang untuk dipanggil temuduga. Keadaan ini tidak sama bagi sistem online SPA. Jika tidak layak, nama anda akan digugurkan secara automatik.

Jangan buang masa memohon jawatan yang anda tidak dapat penuhi syarat minimanya. Memang anda boleh memasukkan maklumat palsu, tapi percayalah, anda akan disuruh pulang sebaik sahaja bila dipanggil interview nanti.

13. Keadaan ini benar-benar berlaku. Banyak kekosongan jawatan beruniform biasanya menjadikan had ketinggian, bukaan dada dan berat badan sebagai pra-syarat.

Jangan sangka dengan memasukkan maklumat palsu anda akan terlepas. Itulah perkara pertama yang akan disemak sekiranya anda dipanggil untuk temuduga atau ujian nanti.

14. Website SPA menyediakan senarai jawatan dan syarat minima yang diperlukan. Ambil masa untuk mengkaji dan menyenaraikan jawatan yang layak dipohon. Susun ikut keutamaan kelayakan akedemik anda. Maklumat ini boleh dicetak atau dituliskan terlebih dahulu sebelum anda mengisi borang online SPA8i.

Saya mampu kongsi setakat ini sahaja dulu.
Tips lulus exam, temuduga, ujian khas, etc yang tu pandai-pandai lah study sendiri. Jangan risau sekarang dah banyak jualan ebook tips lulus exam SPA, tips lulus temuduga kerajaan dan sebagainya. Berlambak, tinggal nak atau taknak je. 😂

Semoga bermanfaat.

Kredit to Nurul Hassanah.

Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com


© all rights reserved
made with by templateszoo