SOP Calon Temu Duga Secara Bersemuka SPP 2022

0

PROSEDUR OPERASI STANDARD URUSAN TEMU DUGA DI BAWAH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (NORMA BAHARU)

SOP ini merangkumi urusan temu duga secara bersemuka di semua pusat temu duga yang ditetapkan oleh SPP. 

SOP Calon Temu Duga Secara Bersemuka SPP 2022

1. Waktu operasi pusat temu duga adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

2. Bagi memastikan pematuhan kepada SOP yang telah ditetapkan, semua aspek susun atur tempat pendaftaran, ruang menunggu, bilik temu duga dan ruang rehat di pusat-pusat temu duga diselaraskan dengan mengambil kira penjarakan fizikal.

3. Semua pihak yang terlibat iaitu panel temu duga, calon serta urus setia mestilah mematuhi SOP standard iaitu :

  • mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera, 
  • sentiasa memakai pelitup muka (face mask), 
  • menggunakan cecair sanitasi tangan (hand sanitizer) dan 
  • pemeriksaan suhu badan serta gejala akan dibuat di tempat pendaftaran masuk ke pusat temu duga.

4. Individu yang tidak memakai pelitup muka tidak akan dibenarkan memasuki ke pusat temu duga.

5. Mana - mana individu yang positif COVID-19/berstatus kontak rapat atau mempunyai suhu badan yang melebihi 37.5'C atau mempunyai gejala COVID-19 seperti batuk, sakit tekak dan selesema tidak akan dibenarkan untuk memasuki ke pusat temu duga.

6. Selain itu, semua individu yang terlibat dengan urusan temu duga juga termasuk calon perlu melaksanakan ujian kendiri COVID-19 sekurang- kurangnya 30 minit sebelum urusan temu duga bermula 

7. Calon perlu mengemukakan kit keputusan ujian kepada urus setia temu duga semasa proses pendaftaran berlangsung. Mana-mana pihak yang didapati positif COVID-19 tidak dibenarkan sama sekali terlibat dengan urusan temu duga.

8. Calon juga tidak dibenarkan berhimpun semasa berada di pusat temu duga. Calon hanya dikehendaki hadir dan masuk ke pusat temu duga 30 minit sebelum waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan calon hadir lebih awal supaya tidak berlaku kesesakan di pusat temu duga. Ahli keluarga atau pengiring calon tidak dibenarkan memasuki ke pusat temu duga.

9. Selain itu, setiap individu perlu sentiasa memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu (1) meter sepanjang masa semasa berada di pusat temu duga dan dilarang bersalaman.

10. Bagi individu yang beragama Islam dikehendaki membawa peralatan untuk menunaikan solat masing - masing.

11. Bagi calon yang positif COVID-19/berstatus kontak rapat, salinan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Jangkitan Penyakit COVID-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] hendaklah dikemukakan kepada urus setia di alamat e-mel uscsabah@spp.gov.my


Sebelum Temu Duga

  • Muat turun panggilan temu duga serta dokumen yang disertakan.
  • Muat turun aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit masing – masing.
  • Lakukan ujian kendiri COVID-19 sekurang-kurangnya 30 minit sebelum urusan temu duga bermula dan mengemukakan kit keputusan ujian (pastikan dalam bekas tertutup) kepada urus setia temu duga.
  • Bawa alat tulis sendiri.

Semasa Temu Duga

  • Pakai pelitup muka sebelum memasuki pusat temu duga.
  • Menjalani pemeriksaan saringan suhu badan dan gejala di kaunter pendaftaran.
  • Daftar kehadiran melalui aplikasi MySejahtera atau Buku Log Kehadiran yang disediakan di kaunter pendaftaran.
  • Bagi calon (Orang Kurang Upaya) OKU, urusan pergerakan calon di pusat temu duga akan dibantu oleh urus setia sehingga selesai.
  • Amalkan membersihkan tangan dengan kerap menggunakan sabun atau cecair sanitasi tangan.

Selepas Temu Duga

Beredar dari pusat temu duga dengan kadar segera setelah selesai urusan.


PENETAPAN DASAR

Sekiranya calon didapati tidak melepasi pemeriksaan saringan kesihatan (positif COVID-19/berstatus kontak rapat/bergejala) calon akan dikategorikan sebagai “Hadir Tidak Ditemu Duga” dan penjadualan semula tarikh temu duga akan dibuat sebelum tarikh terakhir temu duga
bagi program berkenaan.

Calon – calon dari kawasan / tempat yang diwartakan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga tidak dibenarkan untuk menghadiri temu duga dan penjadualan semula tarikh temu duga akan dibuat sebelum tarikh terakhir temu duga bagi program berkenaan.

Sekiranya calon masih tidak dapat hadir untuk ditemu duga sehingga tarikh terakhir program berkenaan, calon perlu membuat permohonan semula (di mySPP) bagi dipanggil untuk sesi temu duga akan datang.

Semua urusan temu duga secara bersemuka yang dilaksanakan di bawah SPP di mana – mana pusat temu duga yang telah ditetapkan adalah tertakluk kepada pematuhan SOP ini. Walau bagaimanapun SOP ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan selaras dengan perubahan dasar, pekeliling dan peraturan baharu dari semasa ke semasa yang berkuat kuasa.

Sumber : MYSPP
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !