PEMBANTU PENGURUSAN MURID & SENARAI TUGAS PPM (PRASEKOLAH)

pembantu pengurusan murid prasekolah


Ringkasan Perkhidmatan & Skop Tugas PPM

  • Pembantu Pengurusan Murid Gred N19 (Kementerian Pendidikan Malaysia)

  • Kumpulan Perkhidmatan - Pelaksana

  • Klasifikasi Perkhidmatan - Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

  • Jadual Gaji

Syarat Lantikan
 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • (a) warganegara Malaysia;

  • (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

  • (c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

  • (d) kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Taraf Jawatan : Tetap


Senarai Tugas Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah)

Senarai Tugas Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah) adalah terbahagi kepada empat bahagian iaitu :

Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah

  • Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.

  • Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.

  • Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.

  • Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.

  • Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.

  • Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.

  • Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.

  • Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah.

  • Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah.

  • Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah.

Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah

  • Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.

  • Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat danmenggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.

  • Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untukmeneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah.

  • Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolahsupaya bersedia untuk belajar.

  • Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yangsesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.

  • Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.

  • Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.

  • Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaranprasekolah.

Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih

  • Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.

  • Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan,peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.

  • Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.

  • Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.

Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid

  • Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.

  • Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid darisegi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.

  • Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.

  • Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.

  • Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.

  • Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

2 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama