Senaman Ringan Hula Hoop Kurangkan Lemak di Bahagian Perut

Assalamualaikum
Bismillah

Hai semua, hari ini aku mahu kongsikan pengalaman sendiri melakukan senaman ringan hula hoop di rumah.

Sejak aku mendirikan rumah tangga, aku perasan berat badan aku semakin naik. Sebelum ini pun memang naik juga tetapi tak lama lepas tu turun balik. Dan paling berat sekali masa bujang pun sekitar 50kg - 55kg. Sekarang dah naik 5 kg hahaha~

Bukan itu sahaja, perut pun semakin hari semakin berlemak. Memang sangat membimbangkan. Kalau korang nak tahu, aku memang sangat liat sekali mahu bersenam. Ada banyak faktor jugalah selain daripada tidak menjaga pemakanan.

Oleh itu, tahun ini aku berazam mahu lebih produktif, sihat dan at least kuranglah sedikit berat badan. Tambahan lagi aku bekerja di rumah ni memang kurang sekali pergerakan. 

Jadi aku pun carilah kat youtube dan google senaman apa yang aku boleh buat sekurang-kurangnya nak kurangkan lemak di bahagian perut ni. 

Ada banyak sangat cuma untuk pemula seperti aku nak terus buat semua memang tak lah. Nak joging kat luar pun hmmm~ Aku baru ja pindah kat Johor dan tak familiar dengan kawasan sekitar rumah. Suami pun jarang ada di rumah. Memang aku tak keluarlah kalau suami tiada.

Aku cuma mahu buat senaman di rumah yang mana boleh keluar peluh sedikit. Oleh itu, aku memilih untuk melakukan senaman hula hoop.

hula-hoop-exercise

Kebaikan Senaman Dengan Hula Hoop

  • Hanya berlatih menggunakan gelung (hula hoop) tanpa alat sukan yang lain.
  • Tiada latihan khas dan tidak memerlukan apa-apa kemahiran. Anyone can do. 
  • Senaman yang baik untuk kardio
  • Melangsingkan pinggang dan mengurangkan lemak pada bahagian sisi perut
  • Melangsingkan paha, punggung dan menguatkan otot perut
  • Meningkatkan fungsi usus sambil membantu melegakan sembelit
  • Harga hula hoop murah dan mudah untuk didapati.


Senaman Ringan Hula Hoop Kurangkan Lemak di Bahagian Perut

Alhamdulillah setelah seminggu aku berjaya kurangkan 1 inci di bahagian pinggang. Setiap hari aku bersenam dengan hula hoop selama 15 minit. 

Pertama kali aku main hula hoop ambil masa 30 minit juga untuk dapatkan 1 pusingan haha. Aku cuma dapat tahan tak sampai 10 saat saja dengan gelung tu. Penat jugalah. 

Bagi orang yang tidak bersenam macam aku ni, memang kesan dia sakit badan teruk. Semua badan sakit. Kat pinggang pula ada kesan lebam. Tak larat lah nak stay up malam tu. Terus masuk tidur. 

Namun, aku nekad juga nak kurangkan lemak. Jadi pada hari kedua aku teruskan juga 15 minit bersenam dengan hula hoop. Pada masa ni, aku dah dapat buat pusingan selama 10 saat. Dan aku rasa lebih mudah nak buat berbanding kemarin.

Dan aku dapat rasakan perubahan pada bahagian perut walaupun tidak ketara. Bukan itu sahaja, aku rasa badan jadi lebih ringan setiap kali selepas bersenam. Memang bersemangatlah bersenam setiap hari. 

Selain itu, aku mula kurangkan minum manis dan lebih jaga pemakanan. I mean, aku mula ambil tahu apa yang aku makan. Dan untuk kurangkan rasa craving mahu makan snack tu aku gantikan dengan makan lebih banyak buah-buahan.

Tak sangka juga sebenarnya aku mula enjoy dengan senaman hula hoop nie. And now I start to look out for other sport stuff. 

Kesimpulan

Secara keseluruhan, senaman ini sangat membantu untuk mengurangkan lemak di bahagian perut dengan disertai latihan berterusan dan pemakanan yang seimbang. 

Bagi korang yang mahukan hasil yang cepat, senaman menggunakan gelung ini tidak membawa hasil yang cepat. Tetapi jika korang ingin mencari penurunan berat badan yang boleh dipercayai, beransur-ansur dan sihat, hula hoop adalah pilihan anda!

Sekiranya berminat mahu beli hula hoop, boleh dapatkan di shopee ya. Aku sertakan link shopee kat bawah. 

Home Workout Sports Hoop Exercise (RM20.90)

  • 8 Part Removable Sport Hoop (Woman Slimming Fitness Equipment, Weight Loss, Thin Waist, Abdominal Exercise, Gym Training Hoola Circle)
  • Snap: Snap design, safe and secure, easy to operate.
  • Color: Multicolor optional
  • Product name: Fitness sport hoop
  • Size: 8 sections, diameter 95cm, suitable for adults
  • Material: PP plastic + high density foam
  • 8 sections can be disassembled, adjustable size, stylish color, each section has 2 convex massage blocks, a total of 8 knots, one turn is equivalent to massage the waist 16 times


Cara Mudah Fix Core Web Vitals Google Search Console

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, Allah gerakkan hati dan mudahkan aku untuk menulis entri ini. Sebenarnya aku malas sangat-sangat mahu buat tutorial pasal ni.

Kalau buat tutorial ni banyak sangat mahu edit. Nak tulis tu boleh saja. Tapi mungkin ada sesetengah orang dia tak faham kalau tak tengok sendiri kan. 

Jadi, bersyukur sangat sebab tanpa bantuan dari Allah memang tak mampu nak buat entri ini. 

Hari ini apa yang aku mahu kongsikan dengan korang ialah macam mana mahu perbetulkan core web vitals kat Google Search Console. 


Untuk makluman korang, cara ini bukan dapat selesaikan masalah core web vitals 100% tau. Cara ini tidak semestinya berkesan sebab semuanya bergantung dengan issues yang ada pada blog masing-masing.

Setiap blog mempunyai type of issues yang berbeza. Jadi aku cuma kongsikan secara umum sahaja tau. Please and please fahamkan tutorial ini ya. Aku tunjukkan cara selesaikan masalah core web vitals di blog kedua aku ya. 

Cara Mudah Fix Core Web Vitals Google Search Console


1. Pertama sekali, pergi ke Blogger - Setting - Crawlers and indexing - Google Search Console

Google Search Console

2. Dah masuk kat Google Search Console, korang pergi Overview. Korang akan nampak bahagian Experience ada Page Experience, Core Web Vitals, dan Mobile Usability.


Core web vitals terbahagi kepada dua iaitu mobile dan desktop. Sekiranya korang fix mobile view, so korang hendaklah buka link artikel melalui mobile. Begitu juga dengan sebaliknya. 

Kalau korang nak fix desktop punya error, then boleh buka link artikel melalui pc atau laptop. Aku rasa dua bahagian inilah aku salah buat dulu. Oleh sebab itu tak dapat nak selesaikan issues kat core web vitals tu. 

3. Klik ja Core Web Vitals tu. Boleh nampaklah report dia macam mana. Boleh nampaklah ZERO Poor URLs and URLs NEED IMPROVEMENTS. Maksudnya tiada issues atau masalah artikel korang tu kat mobile. 


Once you get ZERO kat dua bahagian ini. Automatically korang passed core web vitals for mobile at Pagespeed Insight. Boleh rujuk gambar kat bawah. 


Memandangkan Blog Inspirasi Kami ini tidak mempunyai masalah di Mobile. Kita tengok bahagian Desktop pula. 


4. Jadi pada bahagian Desktop, ada 143 URLs Need Improvement. Kalau ada POOR URLs, korang utamakan fix untuk poor urls dahulu. 



Kat sini type of issues that you need to fix is CLS issue: more than 0.1 (desktop). Apabila korang belum buat apa-apa (belum start fix), bahagian validation tu akan keluar "Not Started".

Apakah yang dimaksudkan dengan Cumulative Layout Shift (CLS) ?

CLS is a measure of the largest burst of layout shift scores for every unexpected layout shift that occurs during the entire lifespan of a page. A layout shift occurs any time a visible element changes its position from one rendered frame to the next. 

Cumulative Layout Shift (CLS) is an important, user-centric metric for measuring visual stability because it helps quantify how often users experience unexpected layout shifts—a low CLS helps ensure that the page is delightful.

Sumber : https://web.dev/cls/

Secara ringkas untuk korang lebih faham, CLS ini ada kaitan dengan visual (Images) ataupun kita punya pandangan terhadap page website tersebut. 

Ini bukan maksud sebenar ya. Cuma aku mahu terangkan dalam ayat yang aku faham. Dalam erti kata lain, apabila kita masuk dalam website atau blog tersebut, dari segi visual apa yang mengganggu penglihatan kita terhadap halaman tersebut. 

Don't worry, aku tunjukkan juga contoh dia kat blog. 

5. Korang klik sahaja type of issues tu seperti CLS issue: more than 0.1 (desktop). Kat situ akan dipaparkan senarai URLs yang kita perlu perbaiki. 

Walaupun 143 URLs tu nampak banyak sebenarnya tak banyak pun. Hal ini demikian kerana dia dah compilekan 1 URLs tu mempunyai masalah yang sama untuk artikel yang lain juga.

Korang nampak kan gambar link artikel kat bawah? Aku dah highlight kan yang warna hijau. Jadi apabila kita fix link tersebut, jadi artikel lain yang ada problem yang sama juga automatik akan terus fix.

6. Jadi korang pergi ja buka link artikel tersebut. Jangan klik Pagespeed Insight ya. Aku ajar korang cara lain aku selalu buat.

Copy link artikel dan paste kat google macam biasa. Dan kenal pasti apa masalah kat artikel tersebut. Macam yang aku katakan CLS ini ada kaitan dengan visual (Images) ataupun kita punya pandangan terhadap page website tersebut. 

Jadi, korang fokus pada bahagian :
  • Imej
  • Saiz iklan
  • widget lain - Bloglist, Popular post, recent post dan sebagainya
  • Font & Saiz font 
So far yang tu sahaja lah dulu korang tengok. 

Macam mana mahu lihat apa masalah kat URLs (artikel tersebut)?

Aku bagi contoh salah satu artikel iaitu https://www.inspirasikami.com/2021/05/cara-mudah-buat-bisnes-bundle-bisnes.html

Jadi apabila korang buka saja link tu, masalah yang kita boleh lihat ialah pada bahagian Blog Achieved.

Nampak tak? Blog achieved tu mengganggu pandangan kita secara visual sebab dia list sampai kat bawah. Panjang betul list dia. Jadi aku kena fix part ini. 

So, cara aku fix adalah dengan buat Scroll bar achieved. Apabila dah fix, nampak senang mata memandang gitu. 


Hah! Lagi satu, cara nak fix problem ini semua korang kena cari sendiri tau. Yang penting kita dah tahu root of the problems tu saja. Mahu aku ajar juga memang susahlah. Hahaha~

Yang ini memang kena cari solusi sendiri. Sebab korang kena faham tau, setiap blog mempunyai design yang berbeza, walaupun kita guna template yang sama. 

7. Kemudian korang selesaikan satu persatu link tersebut. Dah settle baru validate fix. Aku sebenarnya penat mahu buat tutorial semua. Aku kongsikan secara ringkas sahaja masalah yang kebanyakkan blogger selalu buat.

Antara masalah lain yang korang kena fix ialah :

  • Bahagian imej tak lengkap - alt text, title text, tak set ke original imej
  • Bila imej terlalu besar - Tak compress atau resize (secara luaran nampak okay tapi file tersebut memberatkan halaman blog korang)
  • Bahagian search descriptions dan label tidak diisi.
  • Font yang bercampur aduk (Ada yang medium, large) - Kalau mahu lagi kemas dan nampak tersusun sila gunakan subheading, blod, italic atau format yang ada pada blog
  • Iklan menutup konten / Saiz tidak sesuai (Sebaik-baiknya guna responsive ads bukan fixed ads)
Dan banyak lagi masalah-masalah lain yang aku tidak dapat senaraikan. Tak boleh fikir dah.


Kesimpulannya

To be honest, ramai yang tanya Nurul macam mana nak fix yang nie, yang tu. Aku mahu sangat-sangat bantu korang. At the same time I just hope everyone should learn and know about this. Sekurang-kurangnya korang kena tahu sendiri jugalah apa masalah blog korang. 

Kalau korang upah orang, dia boleh fix untuk korang tapi punca korang tak tahu pun dari mana? End up korang akan buat benda yang sama again and again.. Kan dah buang duit kat situ. Lepas tu korang pun hairan kenapa blog masih slow dan sebagainya. 

Sebab masalah tu takkan selesai selagi kita sentiasa update blog. Akan sentiasa ada error. Nak tak nak memang kena buat juga at least sebulan sekali kita audit blog. 

Walaupun aku ada servis check blog atau tengok setting blog. I don't fix it for you guys. Aku cuma bagi nasihat dan cadangan sahaja macam mana nak buat untuk selesaikan masalah korang. Selebihnya korang kena buat sendiri. Korang tanyalah sesiapa yang pernah buat blog dengan aku memang tahu lah. 

Memang kena buat satu-satu. Tiada jalan shortcut. Banyaknya mahu buat? Yup memang banyak dan bertambah banyak kalau kita biarkan. Tapi hasilnya sangat puas hati. Korang yang akan dapat hasil bukan aku. 


Aku sentiasa ingatkan diri aku aku berblog bukan sebab income walaupun perlu juga income dari blog. Aku mahu korang rasa apa yang aku rasa sebagai blogger sepenuh masa ini. Bukan mudah sebenarnya jadi blogger. 

I really happy sebab dapat siapkan artikel ini. Alhamdulillah! 

Aku sangat-sangat gembira dan senang hati apabila kita semua dapat belajar sama-sama. Jadi blogger yang lebih baik. Berkongsi ilmu dan manfaat. I really love you guys, my readers, anyone who support this blog I really appreciate it!

Doakan semoga aku diberikan ilham untuk menulis lebih banyak manfaat kepada korang. Maaf atas kekurangan dan kelemahan dalam penulisan ini. Aku kongsikan setakat mana pengetahuan yang aku ada sahaja. 

Kalau ada apa-apa tambahan boleh komen ya. 





Panggilan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19 Kali Ke-3

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys lama dah tidak cerita pasal SPP kan. Alhamdulillah, aku dapat panggilan temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19 untuk kali ketiga. Masya'Allah. Rezeki betul dengan SPP nie.

Untuk temuduga kali ini, dukacita aku ingin maklumkan aku tak dapat pergi. Secara ringkas tidak mahu pergi sebenarnya. Aku menolak jawatan ini.

Pembantu Pengurusan Murid N19

Bukan sebab aku putus ada 2 kali gagal. Tetapi aku cuma rasa rezeki untuk kerja sebagai penjawat awam bukan untuk aku. 

Kalau ikutkan hati mahu juga pergi sebab mahu tahu apa soalan interview untuk kali ini. Haha~ Aku mahu sangat kongsi di blog sebagai rujukan pengalaman interview tu. Sebelum ini dah pernah kongsi juga. Alhamdulillah, ada calon yang berjaya ada juga tidak. 

Semuanya rezeki dari ALLAH SWT.

Mungkin niat masa tu bukan sebab mahu jawatan tu kot. Jadi aku pun tak dapat. Aku pergi interview sebab mahu rasai sendiri dan ceritakan kepada orang pengalaman tu sebagai rujukan (termasuklah bagi soalan-soalan bocor masa interview) hahaha~

Aku rasa kalau pergi interview kali ke-3 nie dan lulus belum tentu lagi aku happy. 

Pertama, sebab aku dah berkahwin. Suami lebih prefer aku kerja dari rumah. Dan aku sendiri lebih suka bekerja di rumah sebagai blogger sepenuh masa. Hal ini kerana aku bebas untuk urus masa sendiri. Tidak terikat dengan waktu pejabat. 

Dan suami aku pula jarang dapat balik. So, waktu kami berdua untuk spent masa bersama memang tak lama. Nanti kalau suami aku balik, aku pula takda kat rumah. So aku dengan rela ingin berkhidmat sebagai suri hati suami. Hahaha~

Kedua, mungkin ada yang tahu pasal masalah kesihatan aku sebelum ni. Memang aku masih sakit dan tak dapat kerja lama. Bila berblog ni aku bebas nak buat kerja bila-bila masa yang aku mahu. 

Kalau aku kerja di pejabat aku terikat dengan waktu. Nak rehat mungkin tak lama. I mean rehat yang aku maksudkan kat sini baring atau tidur. Dan bila badan aku penat, aku tak dapat buat banyak kerja. Kadang nak bangun pun payah. Huhu~ 

Mujurlah dah kahwin ada ringan sikit sebab ada suami yang selalu tolong. Kalau sakit ada yang jaga. 

Aku sebelum ini dah macam-macam jenis kerja juga aku buat. So aku faham sangat wanita yang bekerjaya ini penat dia lain. Apatah lagi yang dah kahwin dan ada anak. Penat kat luar belum hilang, penat di rumah lagi. 

Kerja blog sekarang pun sudah cukup memenatkan buat aku, apatah lagi kerja kat luar. Apapun I really respect wanita yang bekerjaya. 

Aku hargai sangat-sangat korang yang sudi baca blog aku. Khususnya buat calon-calon temuduga SPP ni. Ada yang email dan tanya pengalaman interview aku sebelum ini. Aku pun tak dapat nak bantu dan kongsi banyak sangat walaupun aku mahu juga tolong. 

Ada yang prihatin dan tanya aku dah berkhidmat tak sebagai PPM? Ada juga yang sanggup email dan say 'thank you' dan kongsikan pengalaman mereka lulus interview. 

Alhamdulillah, aku happy sangat-sangat buat calon-calon yang berjaya temuduga PPM ni. All the best buat korang yang dipanggil temuduga. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan korang dunia akhirat.

Semoga apa yang aku kongsikan di blog ini walau sepatah kata menjadi manfaat buat korang.





SOP Calon Temu Duga Secara Bersemuka SPP 2022

PROSEDUR OPERASI STANDARD URUSAN TEMU DUGA DI BAWAH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (NORMA BAHARU)

SOP ini merangkumi urusan temu duga secara bersemuka di semua pusat temu duga yang ditetapkan oleh SPP. 

SOP Calon Temu Duga Secara Bersemuka SPP 2022

1. Waktu operasi pusat temu duga adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

2. Bagi memastikan pematuhan kepada SOP yang telah ditetapkan, semua aspek susun atur tempat pendaftaran, ruang menunggu, bilik temu duga dan ruang rehat di pusat-pusat temu duga diselaraskan dengan mengambil kira penjarakan fizikal.

3. Semua pihak yang terlibat iaitu panel temu duga, calon serta urus setia mestilah mematuhi SOP standard iaitu :

  • mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera, 
  • sentiasa memakai pelitup muka (face mask), 
  • menggunakan cecair sanitasi tangan (hand sanitizer) dan 
  • pemeriksaan suhu badan serta gejala akan dibuat di tempat pendaftaran masuk ke pusat temu duga.

4. Individu yang tidak memakai pelitup muka tidak akan dibenarkan memasuki ke pusat temu duga.

5. Mana - mana individu yang positif COVID-19/berstatus kontak rapat atau mempunyai suhu badan yang melebihi 37.5'C atau mempunyai gejala COVID-19 seperti batuk, sakit tekak dan selesema tidak akan dibenarkan untuk memasuki ke pusat temu duga.

6. Selain itu, semua individu yang terlibat dengan urusan temu duga juga termasuk calon perlu melaksanakan ujian kendiri COVID-19 sekurang- kurangnya 30 minit sebelum urusan temu duga bermula 

7. Calon perlu mengemukakan kit keputusan ujian kepada urus setia temu duga semasa proses pendaftaran berlangsung. Mana-mana pihak yang didapati positif COVID-19 tidak dibenarkan sama sekali terlibat dengan urusan temu duga.

8. Calon juga tidak dibenarkan berhimpun semasa berada di pusat temu duga. Calon hanya dikehendaki hadir dan masuk ke pusat temu duga 30 minit sebelum waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan calon hadir lebih awal supaya tidak berlaku kesesakan di pusat temu duga. Ahli keluarga atau pengiring calon tidak dibenarkan memasuki ke pusat temu duga.

9. Selain itu, setiap individu perlu sentiasa memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu (1) meter sepanjang masa semasa berada di pusat temu duga dan dilarang bersalaman.

10. Bagi individu yang beragama Islam dikehendaki membawa peralatan untuk menunaikan solat masing - masing.

11. Bagi calon yang positif COVID-19/berstatus kontak rapat, salinan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Jangkitan Penyakit COVID-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] hendaklah dikemukakan kepada urus setia di alamat e-mel uscsabah@spp.gov.my


Sebelum Temu Duga

  • Muat turun panggilan temu duga serta dokumen yang disertakan.
  • Muat turun aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit masing – masing.
  • Lakukan ujian kendiri COVID-19 sekurang-kurangnya 30 minit sebelum urusan temu duga bermula dan mengemukakan kit keputusan ujian (pastikan dalam bekas tertutup) kepada urus setia temu duga.
  • Bawa alat tulis sendiri.

Semasa Temu Duga

  • Pakai pelitup muka sebelum memasuki pusat temu duga.
  • Menjalani pemeriksaan saringan suhu badan dan gejala di kaunter pendaftaran.
  • Daftar kehadiran melalui aplikasi MySejahtera atau Buku Log Kehadiran yang disediakan di kaunter pendaftaran.
  • Bagi calon (Orang Kurang Upaya) OKU, urusan pergerakan calon di pusat temu duga akan dibantu oleh urus setia sehingga selesai.
  • Amalkan membersihkan tangan dengan kerap menggunakan sabun atau cecair sanitasi tangan.

Selepas Temu Duga

Beredar dari pusat temu duga dengan kadar segera setelah selesai urusan.


PENETAPAN DASAR

Sekiranya calon didapati tidak melepasi pemeriksaan saringan kesihatan (positif COVID-19/berstatus kontak rapat/bergejala) calon akan dikategorikan sebagai “Hadir Tidak Ditemu Duga” dan penjadualan semula tarikh temu duga akan dibuat sebelum tarikh terakhir temu duga
bagi program berkenaan.

Calon – calon dari kawasan / tempat yang diwartakan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga tidak dibenarkan untuk menghadiri temu duga dan penjadualan semula tarikh temu duga akan dibuat sebelum tarikh terakhir temu duga bagi program berkenaan.

Sekiranya calon masih tidak dapat hadir untuk ditemu duga sehingga tarikh terakhir program berkenaan, calon perlu membuat permohonan semula (di mySPP) bagi dipanggil untuk sesi temu duga akan datang.

Semua urusan temu duga secara bersemuka yang dilaksanakan di bawah SPP di mana – mana pusat temu duga yang telah ditetapkan adalah tertakluk kepada pematuhan SOP ini. Walau bagaimanapun SOP ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan selaras dengan perubahan dasar, pekeliling dan peraturan baharu dari semasa ke semasa yang berkuat kuasa.

Sumber : MYSPP

Pemenang Segmen Giveaway Sii Nurul (Free Consultation)

Assalamualaikum
Bismillah

segmen-giveaway

Salam Ramadan dan selamat berpuasa semua. Hai korang ingat lagi tak segmen giveaway yang aku anjurkan pada bulan Februari? Pemenang segmen akan dapat hadiah template dan free consultation kan.

Alhamdulillah, pemenang untuk design template dah settle. Sekarang tiba masa untuk tentukan pemenang bagi Free Consultation pula.

Untuk konsultan ini susah sikit nak tentukan pemenang yang mana satu. Akhirnya aku dah tetapkan siapa 3 orang pemenang yang bertuah iaitu :


1. Blog Mamapipie
https://www.mamapipie.com/2022/03/giveaway-by-sii-nurul.html


2. Suria Amanda
http://www.suriaamanda.com/2022/03/segmen-giveaway-sii-nurul.html


3. Bonda Zaidalifah
https://www.bondezaidalifah.com/2022/03/segmen-giveaway-sii-nurul.html


Maaf atas keterlewatan untuk mengumumkan pemenang sebab aku pun baru siap kerja-kerja blog yang lain. InsyaAllah bulan Ramadan ini ada banyak masa untuk buat konsultan blog.


Dalam masa terdekat aku akan hubungi korang samada melalui email, facebook atau instagram ya. Terima kasih banyak kepada yang sudi join giveaway aku ni.

5 RESEPI PUDING PENCUCI MULUT BERBUKA PUASA

5 RESEPI PUDING PENCUCI MULUT BERBUKA PUASA

5 RESEPI PUDING PENCUCI MULUT BERBUKA PUASA

1. Puding Ais Krim Soda

puding-ais-krim-soda


Bahan-Bahan 

Bahan A –

  • Separuh agar-agar bertali (agar-agar bertali yang 20gm gunting tengah-tengah, bahagi 2, kalau boleh agar-agar tu rendam dulu 1 jam)
  • 1/2 cawan gula (Nak manis, tambah gula lagi)
  • 1 cawan air 1 tin susu cair
  • 1 cawan aiskrim soda F&N
  • Sedikit pewarna biru
  • Secubit garam

Cara-cara membuatnya 

1. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula, biar gula larut.

2. Masukkan aiskrim soda, kacau-kacau. Kemudian, masukkan susu cair dan bubuh pewarna biru.

3. Kacau-kacau hingga sebati, masukkan secubit garam. Kacau hingga mendidih baru tutup api.

4. Basahkan loyang dulu. Tuang agar-agar tu dalam loyang dan biarkan sederhana beku.


Bahan B –
  • Separuh lagi agar-agar bertali (yang di gunting tadi)
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula (Nak manis, tambah gula lagi)
  • 1 cawan aiskrim soda F&N
  • Pewarna ikut suka

Cara-cara membuatnya 

1. Masak agar-agar bertali dengan air hingga larut, masukkan gula. Masukkan aiskrim soda dan kacau rata hingga mendidih.

2. Kalau nak buat layer, bahagi adunan kepada 3 bekas sama banyak. Warnakan ikut suka, kalau tak nak buat, satu warna ikut suka pun boleh.

3. Kalau nak buat layer, tuang layer warna pertama perlahan-lahan atas agar-agar aiskrim soda. Biarkan sedikit beku, kemudian layer kedua dan ketiga. Bekukan.

4. Masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Boleh keluarkan, telangkupkan puding atas pinggan yang rata. Sedia untuk dipotong dan boleh makan.

Resepi : Zura Zul


2. Puding Karamel Tanpa Telur 

puding-karamel-tanpa-telur

UNTUK CARAMEL
  • 3 sb gula cairkan (ni cara saya, cairkan terus pada loyang lenggang atas api)
.
UNTUK PUDING
  • 6 cawan air
  • 1 tin susu cair @ 500g susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • 2sb gula
  • 3sb tepung custard
  • 1paket agar2 tali
.
CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan semua bahan puding dalam periuk @ kuali kacau hingga agar-agar larut sepenuhnya dengan menggunakan api sederhana.

2. Apabila dah larut dan mendidih, tutup api dan tuang ke dalam loyang berisi caramel tadi. Pastikan anda tapis ya.

3. Sejukkan adunan dan dah sejuk, boleh boh dalam peti ais 1jam- 1jam setengah.

4. Terbalikkan perlahan-lahan dan siap.

Resepi : Nomie Harun


3. Puding bandung cincau

puding-bandung-cincau

Bahan-bahan
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 800 ml air150 gram gula
  • 4-5 biji gula batu..yg kecil
  • 1 tin susu cair / susu segar
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit sirap ros
  • Cincau..di potong kecil-kecil
  • Loyang basahkan dengan sedikit air

Cara-cara membuatnya

1. Masak air dan serbuk agar-agar sehingga serbuk agar-agar betul-betul larut dan jernih.

2. Masukkan gula dan gula pasir, masak lagi sehingga gula larut

3. Kemudian masukkan susu cair dan tepung jagung, masak sehingga mendidih, tutup api

4. Asingkan 2 cawan larutan puding, letak sirap ros, dan kacau rata.

5. Sediakan loyang dan ambil 1 cawan larutan sirap ros (pink) masukkan dalam peti sejuk,biarkan sedikit mengeras.

6. Tuang pula larutan putih dalam periuk tadi ke atas lapisan pink, masukkan cincau, simpan dalam peti sejuk sehingga sedikit mengeras.

7. Kemudian masukkan baki 1 cawan larutan pink tadi di atas lapisan cincau, masukkan semula dalam peti sejuk sehingga puding mengeras. 

Note :
  • Jika larutan puding kelihatan mengeras,boleh di panaskan ats api yg kecil 
  • Sebelum menuang larutan puding, cakar sedikit permukaan atsnya dengan garpu supaya setiap lapisan melekat dengan elok dan tidak tertanggal. 

4. Puding Marie Trifle

puding-marie-trifle

Lapisan Bawah Biskut Marie
  • Biskut marie
  • 10grm agar2 serbuk
  • 1 ltr air
  • 1 cwn gula

Cara-cara membuatnya

1. Masukkan agar-agar dan air dalam periuk.

2. Masak atas api sederhana. Kacau sebati.

3. Masukkan gula dan kavau sehingga mendidih. Matikan api.

4. Susun biskut marie dalam acuan.

5. Tuang separuh adunan agar-agar dalam acuan biskut marie tadi.

6. Ketepikan. 

Lapisan Kastard
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/3 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn susu cair
  • 2 cwn air

Cara-cara membuatnya 

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk.

2. Masak guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak berketul.

3. Masak sehingga likat dan kilat. Tutup api.

4. Tuang kastard atas agar2 dan biskut marie tadi.

5. ketepikan. 

Lapisan Coklat
  • Separuh adunan agar-agar tadi
  • 1 sb serbuk koko

Cara-cara membuatnya 

1. Panaskan separuh lagi agar-agar tadi atas api sederhana.

2. Masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Matikan api.

3. Tuang adunan agar-agar koko atas kastard tadi.

4. Simpan dalam peti sejuk.

5. Bila adunan dah sejuk bolehlah dikluarkan dari acuan. "

Kredit Resepi : Azrina Len


5. Puding Buah Naga

puding-buah-naga


BAHAN-BAHAN:
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 750 ml air
  • 310 gm gula
  • 1 biji buah naga merah – kisar
  • 250 ml air – kisar
  • 1 biji jus limau nipis
.
CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar buah naga dan air hingga hancur.

2. Masak agar-agar dengan air, biarkan hingga hancur.

3. Masukkan gula dan gaul rata.

4. Kemudian masukkan buah naga yang telah dikisar dan kacau rata.

5. Tuangkan air limau nipis dan biarkan selama 15 minit.

6. Kacau rata dan tuangkan adunan ke dalam acuan. Sejukkan. Sedia dihidang

Kredit Resepi: Blog Saji


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



Resepi Kek Marble by Azlina Ina

Assalamualaikum
Bismillah

Aku sebenarnya nak tulis resepi kek marble Azlina Ina ini kat blog sebagai rujukan sahaja. Nanti ada masa free nak buat kek bolehlah rujuk kat resepi ini. Sekarang tak dapat nak buat sebab belum ada oven huhu. 

Resepi Kek Marble by Azlina Ina

Resepi Kek Marble by Azlina Ina

Bahan-bahannya:

Bahan A:

  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 sb ovelate
  • 1 sk esen vanila

- mix bahan di atas sampai kembang

Bahan B

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 sk baking powder

- ayak bahan tepung di atas


Bahan C

  • 250 grm butter
  • 5 sb susu pekat manis

- mix sampai kembang (bertukar warna pucat)


Cara-cara menyediakannya 

1. Masukkan bahan B (tepung) ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dan mix lagi lebih kurang 3 minit

ketepikan

 2. Kemudian masukkan pula adunan tadi ke dalam bahan C yang telah kembang tadi. kaup balik sahaja.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian campurkan 3 sb serbuk koko dan sebatikan adunan

4. Sediakan bekas aluminium saiz 7. Masukkan adunan berselang-seli cokelat dan putih. Ratakan adunan menggunakan aunan putih. Lorekan setelah letak adunan cokelat

5. Panaskan oven 170 selama lima minit.  Masukkan bekas dan turunkan suhu 160 dan bakar selama 45-50 minit bergantung oven masing-masing.

Resepi & foto : Azlina Ina



Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



Resepi Kuih Keria Paling Simple

Assalamualaikum
Bismillah


Resepi Kuih Keria Paling Simple


Bahan-bahan

  • 1 kg ubi keledek oren
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1/2 sudu marjerin @ planta
  • 1 sudu kecil garam

Bahan sira gula :
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air

Cara-cara menyediakannya 

1. Basuh, potong dan rebus keledek sampai empuk. Biarkan suam kemudian lenyekkan.

2. Masuk semua bahan-bahan lain ke dalam bekas keledek yang dilenyek tadi. Uli dengan tangan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.

3. Sapu tangan dengan minyak kemudian bulat-bulatkan kan doh keria tadi. Kemudian tekan buat lubang ditengah-tengah seperti membuat donut.

4. Buat sehingga adunan kuih keria habis.

5. Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana besar, kemudian goreng keria sampai nampak warna kuning keemasan.

6. Angkat dan toskan.

7. Untuk membuat sira gula, masuk semua bahan ke dalam kuali. Masak guna api sederhana hingga mendidih dan berbuih.

8. Kacau gula sampai pekat dan bertali kemudian tutup api.

9. Masuk kuih keria tadi gaul cepat-cepat supaya sira gula bersalut rata pada semua bahagian kuih keria.

10. Teruskan menggaul sampai gula tadi kering dan nampak kepingan putih gula bersalut pada kuih keria, siap untuk dinikmati.

*Jangan tutup bekas kuih keria yang sudah disalut dengan gula masa tengah panas ye nanti kuih jadi lembik dan gula cair.


Resepi & foto : Siti Husni


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



© all rights reserved
made with by templateszoo