Resepi Kuih Keria Paling Simple

Assalamualaikum
Bismillah


Resepi Kuih Keria Paling Simple


Bahan-bahan

  • 1 kg ubi keledek oren
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1/2 sudu marjerin @ planta
  • 1 sudu kecil garam

Bahan sira gula :
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air

Cara-cara menyediakannya 

1. Basuh, potong dan rebus keledek sampai empuk. Biarkan suam kemudian lenyekkan.

2. Masuk semua bahan-bahan lain ke dalam bekas keledek yang dilenyek tadi. Uli dengan tangan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.

3. Sapu tangan dengan minyak kemudian bulat-bulatkan kan doh keria tadi. Kemudian tekan buat lubang ditengah-tengah seperti membuat donut.

4. Buat sehingga adunan kuih keria habis.

5. Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana besar, kemudian goreng keria sampai nampak warna kuning keemasan.

6. Angkat dan toskan.

7. Untuk membuat sira gula, masuk semua bahan ke dalam kuali. Masak guna api sederhana hingga mendidih dan berbuih.

8. Kacau gula sampai pekat dan bertali kemudian tutup api.

9. Masuk kuih keria tadi gaul cepat-cepat supaya sira gula bersalut rata pada semua bahagian kuih keria.

10. Teruskan menggaul sampai gula tadi kering dan nampak kepingan putih gula bersalut pada kuih keria, siap untuk dinikmati.

*Jangan tutup bekas kuih keria yang sudah disalut dengan gula masa tengah panas ye nanti kuih jadi lembik dan gula cair.


Resepi & foto : Siti Husni


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

1 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama