SELAMAT TAHUN BARU 2026

SELAMAT TAHUN BARU 2026


Selamat tahun baru 2026. Masih belum terlambat kan nak ucap? Apa azam tahun baru korang? Azam tahun lepas dah tercapai ke, atau masih bawa azam 2025 masuk ke 2026 macam aku juga?

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk hidup, bernafas dan menulis. Itu pun satu nikmat yang besar sebenarnya.

Beberapa tahun kebelakangan ini, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku — ada yang indah, ada yang menguji, dan ada yang mengajar aku tentang sabar dan reda. 

Semoga tahun 2026 ini, diri aku menjadi versi yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Tak perlu sempurna, cukuplah bertambah baik sedikit demi sedikit.

Azam Tahun 2026

Untuk tahun ini, azam aku ringkas sahaja.

1. Belajar memandu.

Sebelum ini aku pernah kongsikan yang aku belum bersedia dan belum nampak keperluan untuk memandu. Tapi mungkin sekarang masa dan keperluan itu sudah sampai. Jadi tahun ini aku nekad untuk cuba.

Harap semuanya dipermudahkan, diberi keberanian dan keyakinan. Doakan ya 🤍


2. Balik Sabah

InsyaAllah, kalau tiada halangan, tahun ini aku akan balik ke Sabah. Kemungkinan cuti kali ini akan lebih lama berbanding sebelum-sebelum ini.

Rindu pada rumah, rindu pada suasana, rindu pada versi diri yang terasa lebih tenang bila berada di sana. Moga Allah izinkan.


3. Puasa Penuh Ramadan

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan.

Aku berdoa semoga tahun ini aku diberi kesihatan yang baik dan dapat berpuasa penuh sepanjang Ramadan. Itu pun satu nikmat yang besar.

Korang dah ganti puasa ke?


4. Doa Yang Masih Sama

Banyak lagi doa dan harapan yang aku panjatkan, terutamanya satu doa yang masih setia aku bawa sejak beberapa tahun lalu.

Semoga perjalanan TTC kami berakhir dengan berita gembira.

Kalau belum tahun ini, semoga Allah kuatkan hati kami untuk terus bersabar dan percaya. Aku yakin, setiap doa didengar — cuma waktunya sahaja berbeza.


Akhir kata, terima kasih buat korang yang masih sudi membaca dan singgah ke blog ini. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup aku, walaupun hanya sebagai pembaca setia.

Semoga tahun 2026 ini membawa lebih banyak ketenangan, kesihatan yang baik, rezeki yang berkat dan doa-doa yang dimakbulkan buat kita semua.

Selamat tahun baru 2026🤍

5 comments

  1. Selamat Tahun Baru! Semoga Allah kabulkan segala impian 😊

    ReplyDelete
  2. slmt tahun bru nurul, smoga dipermudahkan urusan..for me memandu sgt keperluan skg lagi2 suami kerja, so klu kemana2 atau hntr anak mmg akan pndu kereta sndiri, gud luck moga ada keberanian driving nnt heeee

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru nurul. drive la, nanti leh kita jumpa ngopi sesama. eh gurau. haha jauh tu.moga semua impian 2026 dimakbulkan Allah

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru Nurul. Semoga semua doa dan harapan Nurul pada 2026 Allah perkenankan. In sya Allah semoga 2026 kita semakin awesome yar

    ReplyDelete
  5. Salam Tahun Baru 2026... Semoga berjaya balik bercuti ke Sabah.. Kalau dah jauh tu mmg kena balik lama-lama baru puas.. apa pun semoga dipermudahkan segala urusan di tahun 2026 ini.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.