Kenapa Bloglist Tak Keluar Artikel? Ini Cara Pasang Widget Bloglist Yang Betul

cara pasang widget bloglist

Bagi menjawab pertanyaan Kak Mim tentang kenapa Bloglist tak keluar nama blog atau artikel, kali ini aku kongsikan cara pasang widget Blog List serta cara masukkan nama blog dengan betul supaya artikel terkini turut dipaparkan.


Tutorial Cara Pasang Widget Bloglist

1. Login Blogger

2. Pergi bahagian Layout →Add a Gadget

3. Pilih Blog List

4. Simpan tetapan widget

⚠️ Nota penting:

Maksimum hanya 10 blog sahaja yang akan dipaparkan. Jika lebih daripada 10, selebihnya akan hidden daripada senarai.



Cara Masukkan Nama Blog Dalam Bloglist

Selepas widget Bloglist dipasang:

1. Klik Add a New Item

2. Akan muncul ruangan Nama Blog dan URL Blog 

Sebenarnya, ada dua cara untuk masukkan blog ke dalam senarai:


Cara Pertama (Nama Blog Sahaja)

Jika korang pilih Nama Blog atau URL Blog yang sedia ada, sistem akan auto tarik nama blog.

➡️ Bila klik SAVE, hasilnya:

Hanya nama blog sahaja yang dipaparkan Artikel terkini tidak akan keluar



Cara Paparkan Nama Blog + Artikel Terkini

Kalau korang nak nama blog & entri terbaru dipaparkan, buat cara ini:

Pilihan 1

1. Copy & paste URL blog penuh

2. Biasanya akan keluar status CONTINUE





Pilihan 2 (Disarankan)

Tambah feeds/posts/default pada URL blog.

➡️ Bila disimpan, hasilnya:

Nama blog akan terpapar. Artikel terbaru turut dipaparkan dalam Bloglist




Harap tutorial ringkas ni dapat membantu yang masih keliru pasal widget Bloglist 😊

Kalau ada masalah lain berkaitan Blogger atau widget, tinggalkan je komen—nanti kita bincang sama-sama.

0 comments