Selama menetap di Pontian, Vendor Saka ni memang selalu aku lalu. Tapi biasalah, jenis suka perhati dari jauh je. Selalu nampak orang ramai, gerai pun banyak, tapi entah kenapa tak pernah ada rasa nak singgah.
Sampailah adik ipar aku bercuti di Johor, barulah ada alasan untuk kami singgah dan rasa sendiri. Lagi pula hari tu kami memang tengah cari tempat untuk sarapan pagi. Gerai nasi lemak yang aku dan suami selalu beli pula tutup, jadi inilah pilihan yang ada.
Apa yang buatkan Vendor Saka ni menarik adalah pilihan menu yang memang pelbagai. Dari makanan berat sampailah ke kudapan ringan, semuanya ada. Korang boleh jumpa nasi lemak, mee, spageti, kuih muih, dessert, minuman dan macam-macam lagi.
Yang bagusnya, senang nak pilih. Setiap orang boleh order benda yang berbeza ikut selera masing-masing. Jadi bila datang ramai-ramai, dapatlah merasa pelbagai jenis makanan tanpa perlu pergi tempat lain.
Dari segi harga, bagi aku masih dalam kategori berpatutan dan mampu milik. Semua menu harganya RM3.50. Cumanya, kena pandai pilih juga. Ada sesetengah menu yang portion dia aku rasa tak begitu sesuai dengan harga.
Tapi kalau sekadar nak merasa atau nak cari sarapan dan makan santai, masih boleh diterima. Lagipun pilihan banyak, jadi bolehlah cuba-cuba dulu mana yang kena dengan selera.
Aku tak pasti sama ada Vendor Saka ni buka setiap hari atau tidak, dan jam operasi yang tepat pun aku kurang jelas. Setakat yang aku tahu, ia dibuka dari pagi hingga ke petang.
Untuk lokasi pula, Vendor Saka terletak berhadapan dengan Econsave, jadi agak senang untuk dicari.


0 comments
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.