Here 4 Interesting Places in Port Dickson That Must Be Visited

Port Dickson is interesting for you to visit when spending the holidays with your family. There are many best tourist spots for you to explore in Port Dickson Negeri Sembilan for a family day. 

The best natural attractions are ready to hypnotize the tourists who come to travel to interesting and latest places in Port Dickson. Hotels like Ancasa Residences Port Dickson and Avillion Port Dickson can be your choice when visiting here.

There are many best tourist spots for you to explore in Port Dickson Negeri Sembilan for a family day. The best natural attractions are ready to hypnotize the tourists who come to travel to interesting and latest places in Port Dickson.

pulau-burung

Do you want to visit Port Dickson but are still confused about where to go? Here is a list of the best attractions in Port Dickson.

1. Pulau Burung

Many PD tourist destinations present special places to enjoy the hidden beauty of Malaysia's nature. The beauty of Pulau Burung will spoil the tourists when they come to visit it with their loved ones.

The diving activity is the main attraction of this interesting place in Port Dickson for you to explore its beauty. In addition, enjoy taking pictures by exploring the instagenic angle of the best vacation spot in Port Dickson.

The beach from Pulau Burung is also recommended to relax and enjoy the atmosphere and fresh air that soothes the soul. When you plan to travel to Pulau Burung, visitors should cross using a miner's boat from Jeti PD.

2. Baitul Hilal Complex

Port Dickson Square presents many interesting places that are recommended to be visited when traveling. One of them is the Baitul Hilal Complex which presents a spot to see the outer world, really an interesting experience isn't it?

Visit the holiday attractions in PD with your family for a vacation while learning about astronomy. Enjoy the various interesting activities offered by this PD’s tourists destination for a better-quality vacation. 

The location of this one Port Dickson tourist spot can be visited easily using a private vehicle.

3. Eco Park region

The natural beauty of Rantau Eco Park is attractive for recreation with the family while on vacation in Port Dickson. Its charm and panorama will pamper tourists when they visit and enjoy the peace with their loved ones.

Visiting Taman Tasik Rantau, there are many interesting activities that you can explore and do together with your family. Such as picnics, taking pictures, camping, and playing on all kinds of exciting water rides in this place. 

A vacation in Port Dickson Negeri Sembilan is not complete when you don't come to Taman Tasik Rantau Eco Park.

Rantau-Eco-Park-credit-to-Dinohauz.
Rantau Eco Park credit to Dinohauz.

4. Tanjung Tuan Lighthouse

The tourist attractions in Port Dickson are endless, one of the newest destinations to visit is the Tanjung Tuan Lighthouse. The newest interesting place in Port Dickson is suitable for you to visit for a family day at the weekend.

There are many exciting activities that you can enjoy when you come on vacation to enjoy the best charm of this PD’s destination. Such as enjoying the peaceful atmosphere, outbound camping, and taking photos by hunting for photo spots at the Tanjung Tuan Lighthouse.

For those of you who want to enjoy the beauty of the best sunrise and sunset, come to this place at the best time.

Interested in visiting Port Dickson? The natural beauty of this island in Negeri Sembilan will accompany quality holiday activities for soul and mind healing. 

Get a more unforgettable holiday experience by spending a holiday with your family here. Explore every corner of Malaysia with accommodation from Traveloka. Find interesting promos and special discounts for you.

Mengimbau Kenangan Bersama Nuffnang Selepas 6 Tahun

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini nak tulis santai sikit. Waktu pagi macam sekarang nie aku memang suka blogwalking sambil cari idea apa nak tulis hati ini. 

Seronok sangat membaca, kemudian tiba-tiba terbaca satu posting berkenaan Nuffnang. Terdetik pula nak tanya khabar akaun Nuffnang aku. 

Mengimbau Kenangan Bersama Nuffnang Selepas 6 Tahun

Setelah 6 tahun berlalu, baru hari ini nak tengok apa perubahan dalam Nuffnang. Manalah tau dah upgrade.

Aku masih ingat lagi email yang aku guna, cuma password aku dah lupa. Jadi terpaksa reset password tu balik. 


Sedih sangat tengok akaun Nuffnang. Bagaimana kali terakhir aku lihat rupa Nuffnang, begitu juga rupa akaun aku sekarang. 

Aku buat akaun Nuffnang dari tahun 2016, dan aku pasang iklannya di blog sehingga tahun 2019. Tetapi sendu sangat earnings Nuffnang walaupun trafik makin meningkat hari demi hari.

Mungkin memang rezeki aku bukan kat sini. 

Aku tengok blogger yang sharing berkenaan Nuffnang pun sampai tahun 2019 sahaja. Tahun 2020 dah kurang cerita pasal Nuffnang. 

Siapa yang masih pasang iklan Nuffnang kat blog?


Patutkah Aku Berhenti Buat Kerja Servis Blog?

Assalamualaikum
Bismillah

Aku berfikir sebenarnya nak teruskan buat artikel pasal ini atau tidak? Aku rasa selagi aku tak buat artikel ini selagi tu juga aku rasa tak senang.

Agak lama juga berfikir macam mana mahu menyusun ayat untuk menaip artikel ni.

Korang pernah tak rasa macam mana mahu capai keikhlasan dalam menulis? Bukan sekadar kepuasan tetapi ikhlas dalam memberi dan berkongsi sesuatu kepada orang lain.

Susahnya nak ekspress perasaan tu macam mana. 

Seperti yang korang sedia maklum, aku dah buat blog yang ketiga iaitu Belajar Buat Blog. Kat blog tu aku kongsikan pengalaman berblog, tips dan kemahiran yang aku ada. 

Cuma ada sesuatu yang menghalang aku.

Dan aku rasa aku kena berhenti buat kerja servis blog kalau aku mahu teruskan niat aku menulis di Belajar Buat Blog. 

Apa Maksud Kerja Servis Blog?

Servis blog ialah kerja yang menawarkan perkhidmatan kemahiran blog yang ada kepada orang yang memerlukan servis berkenaan blog. 

Antara kerja servis blog yang aku buat ialah :
  • Servis design blog - design template blog, servis pemasangan, coding template, selesaikan masalah template blog.

  • Servis berkenaan domain - beli domain, pasang domain blog, selesaikan masalah berkenaan domain.

  • Servis Google Adsense - Daftar dan manage Google Adsense, tingkatkan pendapatan Google Adsense, selesaikan isu berkenaan Google Adsense, cari punca masalah Google Adsense.

  • Servis Setting Blog & Google Search Console - Bagaimana setting blogger & Google Search Console, Fix error and issues dan masalah yang berkaitan.

  • Servis Penulisan Review - Tulis review produk & servis, pengiklanan dan pengalaman menggunakan produk/servis.

  • Servis Penulisan Artikel SEO - Tulis artikel SEO (depend niche, panjang artikel, berapa banyak artikel)

  • Servis Konsultan - Semak masalah blog, bagi cadangan dan jalan untuk capai matlamat blog
Ada banyak lagi yang aku buat cuma itu adalah antara servis yang paling banyak aku buat sepanjang berblog. Antara yang paling lumayan of course penulisan artikel SEO. 

Tanpa mengira pendapatan dari Google Adsense, sebulan boleh mencecah sehingga RM2000+ Dan boleh dapat lebih dari 10 servis blog dalam sebulan. 

Itu kalau main kira-kira lah. 

Patutkah Aku Berhenti Buat Kerja Servis Blog?

Kenapa Buat Kerja Servis Blog?

Aku masih berbelah bahagi juga nak berhenti buat servis blog ni sampailah aku buat blog ketiga. Aku tak tahulah bagi orang lain. Tetapi bagi aku selain konsisten menulis, nak berkongsi dengan orang pun banyak benda yang menghalang aku. 

Aku rasa down sangat-sangat. Rasa nak menangis apabila ada bisikan yang tak baik datang. 

Kenapa aku nak cerita semua nie?

Sebab tidak ramai yang betul-betul berkongsi apa yang mereka tahu. Kalau adapun yang tahu, pasti mereka akan gunakan kemahiran dan ilmu itu kepada servis. Dalam erti kata lain, korang kena bayar. 

Salahkah? Tak salah pun. Sebab bukan semua orang tahu dan ada orang dia memang nak bayar asalkan masalah itu selesai dengan cepat. 

Ada orang cuma fokus nak menulis sahaja. Masalah-masalah blog yang lain dorang tak sempat nak tengok. Kalau ada bajet, upahlah orang. Lagi memudahkan kerja. 

Itulah tujuan aku buat servis blog dulu. Nak mudahkan kerja orang lain sambil jana pendapatan. 

Patutkah Aku Berhenti Buat Kerja Servis Blog?

Jadi sekarang apa masalahnya?

Aku berfikir adakah patut aku berhenti buat kerja servis blog? Aku rasa aku tak dapat nak menulis di Belajar Buat Blog sebab aku buat servis blog tu. 

Dalam erti kata lain, servis blog itulah yang aku nak kongsi dengan orang.

Jadi kalau aku kongsi maksudnya aku tak perlu lagilah nak buat servis blog sebab korang dah boleh buat sendiri nanti. Sebagai contoh sebelum nie upah aku nak design blog, beli domain, setting blog dan sebagainya. 

Korang tak perlu lagi bayar semua servis tu. Hanya perlu baca blog Belajar Buat Blog saja. 

Korang tak perlu susah-susah pun bayar. Apa yang aku tahu aku kongsi di blog. Cuma mungkin ambil masa untuk kongsi semuanya. 

Itulah yang buat hati aku berbelah bahagi. 

Kadang ada yang tanya aku pasal blog. Bukan tak nak kongsi tetapi aku cuba untuk manage topik-topik yang aku mahu kongsikan di blog. Ada ramai yang tanya pasal keyword, macam mana nak naikkan adsense dan banyak lagi.

Aku mahu tolong tetapi tak semudah bagi jawapan. Aku mahu mudahkan pembaca dan orang yang betul-betul mahu belajar tentang blog. 

Let's say macam ni tau. 10 orang email semua tanya benda yang sama. Jadi untuk lebih memudahkan lebih baik aku buat artikel terus supaya semua orang dapat manfaatnya gitu

Sebab kadang nak ajar sorang-sorang tu agak rumit juga sebenarnya. Oleh sebab itulah ada certain isu aku terpaksa mengenakan caj servis blog. Ada orang nak settle masalah cepat. Ada orang yang nak tahu cara bagaimana nak settle masalah. 

Hmmm ..Entahlah.. Aku pun tak tahu macam mana. 
Agaknya korang faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan?


Membakar Hobi & Minat Ibarat Membakar Bakat Yang Ada

Assalamualaikum
Bismillah

Aku tak nak ulas berkenaan cerita viral. Apa yang aku nak kongsikan ialah setiap orang mempunyai hobi masing-masing. 

Mempunyai hobi merupakan suatu perkara yang baik cuma jangan sampai memudaratkan diri sendiri dan orang lain. 

Aku percaya setiap orang mempunyai minat masing-masing. Aku sendiri sejak dari kecil sudah mempunyai hobi menulis. 

hobi dan minat

Dan antara kesukaan orang yang minat menulis ini dia cenderung untuk simpan koleksi seperti :
  • Peralatan menulis - Pen, warna, highliter, pembaris, pensel dll
  • Buku - Kertas warna, buku nota, buku ring, buku cover keras dll.
  • Stickers - Pelbagai jenis stickers jurnal 
  • Washi tape
  • Gunting, gam, double side tape, selotape
  • Desk organizer - 
  • Rak-rak buku
  • Lampu perhiasan 
  • Aksesori laptop
Sebenarnya ada banyak lagi yang hanya orang yang betul-betul minat menulis sahaja tahu. Nampak barang tu tak banyak mana pun. 

Sekecil-kecil barang RM2 kalau dibeli 1 plastik memang makan puluhan ringgit juga. Malah ada yang sampai ratusan ringgit.

Cuma yang mak aku tak suka tu, aku suka sepahkan barang dengan kertas sampah. Selepas menulis dan hias buku nota aku tak kemas. Part ini aku memang kena bebel habislah. 

Seiring dengan peningkatan usia hobi dan minat ini boleh berubah.
 
Aku dulu memang minat menulis cuma mampu beli buku nota sahaja. TETAPI SEBAB HOBI & MINAT, aku sanggup kumpul duit beli peralatan untuk menulis.

Bulan ni beli kertas warna, bulan depan beli pen warna walaupun pen aku dah banyak. Hahaha~

Nak sesuatu tetapi tak mampu nak beli pada ketika itu sebab masih sekolah. Duit belanja pun minta ibu bapa. Nak guna duit ibu bapa pun kadang berfikir kali-kali sebab sebagai anak pun faham, ibu bapa dah susah kerja untuk kita. 

Sekarang kerja pun berdasarkan minat juga. Dah boleh beli laptop, meja, alat aksesori dan peralatan menulis sendiri. 

Selain minat menulis, aku juga suka menonton Anime. Disebabkan kami adik beradik minat anime, di rumah ada koleksi 6 hardisk. 

Tetapi hobi atau minat sesuatu perkara yang kita tak boleh nak halang. 

Adakah menggunakan cara yang HALAL atau HARAM untuk memenuhi keinginan kita?

Apabila sesuatu perkara yang kita minat dan mahukan tu kita tak dapat. Kita pasti akan cuba cara lain untuk dapatkan apa yang kita mahu.

Dan di sinilah yang kita perlu ambil perhatian! 

Cara Yang Haram

Untuk mendapatkan apa yang diinginkan, boleh jadi kita mencuri barang orang lain.

Nampak macam mudah kan? Tetapi ianya benar-benar berlaku. Sebagai contoh, di sekolah pada ketika itu 'trend' semua minat Anime. 

Semua orang ada koleksi barang anime. Nanti akan ada sifat cemburu dan iri hati antara kawan-kawan sebaya. Hal ini demikian kerana tidak semua orang mampu miliki apa yang orang lain ada.

Sama-sama pun minat juga, tetapi tak mampu. Akhirnya sebab nak dapatkan apa yang diinginkan sampai mencuri barang orang lain.

Kalau tak curi barang kawan, mungkin mencuri duit ibu bapa sendiri. Kita tak tahu apa yang anak-anak kita fikir tau.

Sekali mencuri kalau tak tertangkap, ia akan jadi terbiasa untuk mencuri kali kedua.. ketiga dan seterusnya..

Cara Yang Halal

Bagi sokongan dan dorongan dengan bersyarat

Apabila anak minat sesuatu tak salah untuk bagi sokongan dan dorongan dengan apa yang mereka minat cuma dengan bersyarat. 

Sebagai contoh, kalau exam nanti dapat result lebih baik dari sebelum nie. Naikkan duit belanja. 

Ataupun apa yang anak kita tak suka buat, kita bagi reward dengan hadiahkan apa yang mereka suka. 

Sebagai contoh, kita hadiahkan 'meja belajar' kalau anak hafal 1 juz Quran. Kita hadiahkan 'Buku Kitab' kalau anak dapat puasa penuh Ramadan.

Kalau anak minat kumpul koleksi kpop, poster dan sebagainya. Tak salah yang penting kita sendiri pantau minat anak. Sentiasa ingatkan anak untuk solat 5 waktu, jaga aurat, dan jangan taksub. 

Aku faham ada sesetengah ibu bapa tak mampu nak penuhi keinginan anak. Aku sendiri datang daripada keluarga yang susah. Apa yang aku mahu beli aku cuba untuk usaha seperti kerja part-time, jual keropok, buat kerja freelance.

Kalau ada kemahiran tertentu seperti menjahit, memasak, servis kereta, servis laptop boleh jadikan kemahiran tersebut untuk jana pendapatan.

Membakar Hobi Ibarat Membakar Bakat Yang Ada

Bagi aku membakar hobi ibarat membakar bakat yang ada. Waktu remaja kita suka mencuba banyak benda, terikut dengan trend, dan rasa tak nak ketinggalan. 

Pada waktu ini kebanyakkan remaja sedang mencari hala tuju mereka. Siapa diri mereka? Jadi jiwa remaja mudah untuk terpengaruh dengan keadaan sekeliling. 

'Perasaan suka mencuba' yang membuak-buak.

Kalau tidak dipantau dan didorong minat mereka ke arah sesuatu yang lebih baik, kemungkinan besar untuk terjebak ke arah sesuatu yang tak baik.

Zaman kita tak sama dengan zaman anak-anak kita sekarang. 

Daripada hobi dan minat itu kita boleh lihat sendiri potensi atau bakat yang mereka ada. 

Aku ada 8 orang adik-beradik, semua mempunyai minat yang berbeza. 

Adik lelaki aku mempunyai hobi dan minat sebagai photographer & videographer. Dan hobi dia nie memang antara hobi yang mahal antara kami semua. Nak beli camera bukan murah! Beli kamera pun dengan duit biasiswa. 

Ibu bapa tak halang cuma tak mampu nak support minat adik sebab nak beli aksesori kamera dia pun boleh habis duit gaji. 

Aku memang selalu bagi dorongan dan sokongan dengan apa yang adik aku suka. Aku selalu kata minat dia boleh jana pendapatan pada masa akan datang kalau dia betul-betul ada passion dengan apa yang dia minat. 

Adik aku seorang pula suka memasak, melukis dan buat jurnal.

Disebabkan adik aku baru Tingkatan 2, jadi kebanyakkan peralatan berkenaan hobi aku yang belikan. Pada masa lapang, memang kerja dia buat jurnal dan melukis. Selain itu, dia juga suka buat aksesori seperti keychain. 

Malah, ada beberapa keychain yang adik aku jual sebab ramai permintaan dari kawan-kawan dia. 

Adik aku lelaki yang dah bekerja pula suka main game. Aku tak tahu sangat pasal game Mobile Legend. Tidak dinafikan kalau adik aku main game kadang sampai tak ingat makan. 

Tetapi sebagai kakak juga aku selalu ingatkan adik-adik aku apapun yang dorang suka dan minat tiada halangan yang penting jaga kesihatan dan jangan buat ibu bapa risau. 

Apabila minat yang melibatkan duit (contohnya bayar domain blog, beli aksesori kamera, beli diamond dan sebagainya) apa yang penting sekali pastikan ada kerja sendiri. Kalau tak mampu untuk beli, beli apa yang mampu sahaja dulu. 

Kalau ibu bapa support apa yang kita minat tu bersyukurlah dan jagalah hati orang tua kita. 

Benda yang orang nampak remeh ni jangan buat main tau. Kalau orang tegur minat atau hobi kita pun bukan main kita sakit hati kan.

Apapun yang kita buat dan minat, ingatlah peranan dan tanggungjawab kita sendiri sebagai anak, ibu bapa, suami, dan isteri. 

Apapun masing-masing punya minat kan. Kalau tak suka, nasihat dengan cara berhikmah.

Sekadar perkongsian pendapat. Lain orang lain caranya kan.



Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, sejujurnya kan aku dah lama tak jenguk laman SPA9 nie. Tetapi setiap hari aku menerima banyak email dan mesej di media sosial tentang cara kemaskini dan padam jawatan SPA9. Actually aku dah pernah kongsikan sebelum ini.

Cuma cara tu merupakan cara kemaskini laman spa8 lagi. So nak tak tak aku kena update juga cara baru bagi menjawab pertanyaan pembaca sekalian.

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9 

Berikut adalah langkah demi langkah yang aku kongsikan untuk korang. 

1. Pertama sekali korang login dulu SPA9

2. Kemudian, masukkan ID / KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.

3. Seterusnya, semak tarikh permohonan bila kali terakhir anda memohon atau kemaskini. Aku lupa nak screenshot part ini. 

Korang boleh tengok di sebelah kanan atas ya ataupun di bahagian Semak Permohonan untuk lihat bila korang last update untuk jawatan yang dimohon. (Rujuk gambar di bawah)

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

So korang boleh nampak kan ada 7 jawatan yang dimohon. So sekarang aku akan padam ya jawatan yang tidak melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan. 

4. Kemudian, korang boleh pillih samada nak hapus semua ataupun hapus satu per satu jawatan. So, aku pilih hapus (delete) jawatan yang aku tak nak. Klik YA untuk hapus jawatan yang dimohon. (Rujuk gambar di bawah).

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

5. Korang just klik hapus sahaja. Akan muncul notifikasi warna hijau sebelah kanan atas apabila jawatan tersebut dihapus. Nampak tak jawatan yang aku tak nak dah takda dalam senarai di bawah. 

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

6. Aku rasa mungkin start dari bahagian sini yang ramai orang buat silap. Seterusnya korang hanya perlu klik "seterusnya" sahaja ya sampailah ijazah. Lepas tu klik sekali lagi "seterusnya" kepada SEMAKAN MAKLUMAT PERMOHONAN. 

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

7. Pada bahagian Semakan Maklumat Permohonan korang boleh lihat senarai jawatan yang dah dikemaskini dan dipadam sebentar tadi. So sekarang tinggal 3 jawatan sahaja yang aku mohon di SPA9. Klik "Seterusnya" kepada "Perakuan Pemohon"

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9


8. Pada bahagian Perakuan Pemohon, sila tick petak kecil untuk "Setuju" (Rujuk gambar dibawah)

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

9. Selagi tak muncul notifikasi permohonan SPA9 berjaya dihantar korang belum dikira kemaskini lagi ya. Pastikan ia jadi macam gambar di bawah ya.

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

10. Seterusnya, jangan lupa ya simpan slip permohonan SPA9 ni sebagai rujukan. Boleh tengok TARIKH & MASA tu dah dikemaskini dan jawatan lama dah dipadam.

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9



11. Semak tarikh permohonan untuk melihat bahawa permohonan anda telah dikemaskini. Permohonan jawatan lama telah dipadam dan permohonan telah dikemaskini. 

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

Alhamdulillah, selesai tulis tutorial. Semoga membantu kalian semua. Aku doakan semoga korang dimurahkan rezeki selalu, dipermudahkan urusan. InsyaAllah Aamiin... Good Luck and All The Best!

Sebarang masalah teknikal berhubung Sistem SPA9, sila e-mel ke spa9@spa.gov.my atau melalui sistem e-pertanyaan SPA (https://aduan.spa.gov.my/aduanv2/)

5 Aneka Resepi Ayam Bakar Wajib Dicuba

5 Aneka Resepi Ayam Bakar Wajib Dicuba

resepi-ayam-bakar

1. Resepi Ayam Bakar Madu 

Bahan A
  • 1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan
Bahan B
  • 1 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
Boleh kisar atau tumbuk.


Bahan C (kuantiti sesuai selera ya)
  • Sedikit sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Serbuk kunyit
  • Lada hitam serbuk
  • Lada hitam hancur
  • Sedikit lada putih
  • Garam
  • Sedikit minyak masak @ minyak bijan
  • Lebih kurang 1 sudu besar planta

Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30 minit.

Bahan D

Gula atau madu. Boleh skip kalau tak suka. Letak madu supaya tak de la nanti rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perapan tadi.

Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10 -15minit nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.

Bakar dalam oven ikut suhu masing² ya. Guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30 minit. Selamat mencuba!

ayam-bakar-madu

2. Resepi Ayam Bakar BBQ

Bahan perap ayam bakar
  • 3 biji bawang - kisar
  • 2 batang serai - kisar
  • 5 ulas bawang putih - kisar
  • 1 senduk cili kering yg dikisar
  • 1 sudu lada hitam
  • 4 sudu sos BBQ
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos blackpepper
  • 4 sudu kicap manis
  • 1 sudu gula pasir
  • 3 sudu minyak masak
  • Sedikit Rosemary
  • Sedikit serbuk cili

Campur semua bahan & perap ayam selama 1 jam minimum atau semalaman.

Bakar dalam oven suhu 200'c api atas bawah selama 40 minit.. Lepas tu terbalikkn ayam & buka api atas selama 20 minit

Kredit Resepi : Ida Zairi

resepi-ayam-bakar-bbq

3. Resepi Ayam Bakar Berempah 

Bahan A 
  • 1 ekor ayam (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)

Bahan-bahan dikisar 
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ayam
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat 
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air

Cara-cara menyediakannya :

1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.

2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ayam di tengah-tengah kertas foil. 

3. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. 

4. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak.

resepi-ayam-bakar-berempah

4. Resepi Ayam Bakar Simple 

Bahan-bahan 
  • 500 g ayam
  • 2 biji lemon - dipotong 
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus 
  • 1 sudu besar minyak zaitun (olive oil) 
  • 1 sudu besar oregano flakes 
  • 2 sudu kecil sweet paprika 
  • 1 sudu kecil cayenne pepper 
  • 1 sudu kecil garam 
Cara-cara menyediakannya :

1. Perah 2-3 potongan lemon dan sapu pada ayam.

2. Campurkan minyak zaitun, bawang putih, oregano, paprika, cayenne pepper dan garam. 

3. Perap ayam dengan campuran ini selama 5-10 minit. Bakar ayam dan potongan lemon di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 celcius selama 45 minit.

4. Pastikan kulit ayam keperangan dan isi dalamnya masak sebelum dihidangkan. 

ayam-bakar-simple

5. Ayam Bakar Madu Merah Pasar Malam

Bahan-bahan
  • 20 ketul ayam (size sederhana) 
  • 2 sdb Serbuk Cili Baba's
  • 5 sdb Gula
  • 2 sdk Garam
  • 2 sdb Maggie cukup rasa
  • 1 sdk Serbuk Black pepper
  • 2 sdb Madu.(guna sudu plastik)
  • Sedikit ajinomoto (optional)

Cara-cara menyediakannya :

1. Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam bekas / tupperware bertutup kecuali ayam.

2. Gaul semua bahan bagi sebati.

3. Masukkan ayam yang telah di basuh bersih ke dalam bekas / tupperware dan perap selama 4 jam.

4. Keluarkan ayam dan bakar dalam pemanggang ajaib sehingga masak sekata guna api yang perlahan.

5. Selalu pusing / kalih ayam madu tu takut cepat hangit/hangus. Selamat mencuba

Kredit : Nieza Rahim.

resepi-ayam-bakar-madu-merah-pasar-malam



Beli Meja Kerja & Kerusi Lipat Murah di Shopee

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal, hari ini aku happy sangat sebab dapat beli meja idaman warna putih dan kerusi lipat untuk ruang kerja di rumah.

Sebenarnya memang dah lama sangat nak ada meja sendiri untuk buat kerja blog. Even masa bujang lagi nak ada tempat khas untuk berblog. Semasa bujang boleh beli meja cuma rumah kawasan rendah selalu kena banjir.

Jadi niat nak beli meja pun simpan saja dalam hati. Apabila dah kahwin masih juga nak ada meja untuk kerja hahaha~



Alhamdulillah, suami pun support juga bini beli meja kesukaan hehe~ Bilik pun kat tingkat atas, jadi tak risau sangat kalau banjir. 

Aku kalau buat kerja memang buat kat katil ataupun meja lipat kecil. Dari segi keselesaan memang selesa sampai tertidur depan laptop haha. Cuma kalau buat kerja memang badan cepat lenguh dan kaki cepat rasa kebas. 

Postur badan pun tak berapa baik kalau buat kerja tidak duduk di atas kerusi. Sebab tak dapat menyokong bahagian belakang badan.

Jadi untuk keselesaan dan kesihatan yang lebih baik aku buat keputusan untuk beli meja dan kerusi. Aku dah round area Pontian nie tak banyak pilihan untuk meja kerja. Jadi shopping meja kat Shopee ja.

Beli Meja Belajar / Kerja Warna Putih di Kedai Shopee Amy Mall

Kenapa Beli Meja di Kedai Shopee Amy Mall?

Aku suka beli di sini sebab ada banyak pilihan meja korang boleh pilih. Perabot di kedai ini kebanyakkan mempunyai harga yang murah dan mampu milik. 

meja-kerja-belajar-murah

Nak beli meja kerja di Shopee banyak sangat pilihan dan tak tahu nak pilih macam mana. Aku pilih ikut bajet. Aku juga nak meja yang sesuai untuk ruang kerja di bilik. 

Akhirnya, aku beli meja Saiz 100CM + 2 rak pintu (Warna Putih)


Harga Meja Kerja / Belajar (Warna Putih) - RM65.00 (tidak termasuk penghantaran)
Saiz 100cm x 48cm x 120cm

meja-kerja-belajar-putih

Review Beli Meja Kerja Murah di Shopee

Review & Rating Pembeli :  Sebelum beli meja biasanya aku tengok review pembeli dahulu. Boleh tahan jugalah ramai juga yang beli dan review. Kebanyakkan bagi rating 5/5.

Penghantaran : Dari segi penghantaran agak sedikit lambat shipping sebab barang PRE-ORDER. Aku beli 6 September, sampai di rumah 16 September. Penghantaran melalui Shopee Xpress. 

beli-meja-kerja

Packaging : Packaging dari seller hanya dibungkus dengan kotak (tanpa bubble wrap). Tiada sticker fragile. Not very secure, risau juga rosak dari kurier. Tapi Alhamdulillah, barang sampai dengan selamat dan tiada kerosakkan. Jadi Puas hati jugalah.

Seller : Very responsive dan seller sangat bagus sebab menjawab semua pertanyaan. 

Material : Barang sampai dengan cukup, sekali dengan skru, paku, skru-driver dan manual. Material jenis MDF / Fiberboard. 

My Review :
  • Saiz meja untuk 100 cm tidak terlalu besar atau kecil. Saiz sederhana besar dan sangat sesuai untuk diletakkan di ruang kerja yang kecil. Memang nice lah untuk bilik kami.

  • 2 rak pintu sebesar saiz gelas (Boleh masuk 3 buah gelas)

  • Bawah meja boleh letak barang / kotak

  • Bahagian atas boleh letak hiasan pasu bunga, buku atau barang-barang alat tulis. 

  • Dari segi pemasangan agak rumit, terpaksa minta tolong suami sebab aku tak reti tengok manual tu.

  • Meja sangat kukuh, yang penting jangan duduk atas meja dah.

  • Sesuai untuk letak laptop dan printer, tetapi kalau ada PC sebaik-baiknya beli meja yang lebih besar atau lain design. Kalau meja ini untuk PC kurang sesuai.

  • Material bukan kayu tetapi tahan. Meja kena air pun senang nak lap. Buju meja tak tajam (corner shape)

Secara keseluruhan sangat berpuas hati dengan kualiti meja dengan harga yang sangat murah iaitu RM65.00 sahaja.

Barang ini jenis PRE-ORDER, so sekiranya korang nak beli meja secepatnya kena tunggu beberapa minggu juga. 

Dan manual agak susah nak faham sebab dalam bahasa Chinese menyebabkan pemasangan agak rumit sedikit. Apapun memang recommended buat pelajar ataupun korang yang bekerja dari rumah.

Beli Kerusi Lipat Warna Putih di Shopee

Aku order kerusi dan meja secara berasingan. Aku beli kerusi lipat di Kedai Shopee BahEmas Aku tengok kat Shopee banyak yang jual kerusi Eames. Dan aku tak berapa berkenan dengan kerusi macam tu. 

Kebanyakkan kerusi lipat yang dijual agak mahal. Dan kedai shopee ini antara yang termurah. 

kerusi-lipat-shopee
Harga kerusi lipat (Warna putih) - RM31.99 (Tidak termasuk penghantaran)

Review Kerusi Lipat Murah di Shopee

Review & Rating Pembeli : Kebanyakkan bagi review 4 & 5 bintang oleh pembeli. Nampak ramai yang bagi komen positif untuk kerusi lipat. 

Penghantaran : Dari segi delivery memang cepat oleh seller. Penghantaran menggunakan J&T Express. Aku beli 9 September sampai kat rumah 10 September.

review-kerusi-lipat

Packaging : Seller bungkus memang terbaik. Siap ada sticker fragile dan bubble wrap tebal. Memang puas hatilah.

Seller : Aku tiada chat seller sebab dia ship out parcel pun cepat. So far nampak responsif dan tiada masalah lagi. 

Material : Kerusi mudah lipat, material plastik dan kaki jenis besi. Barang sama seperti yang di iklankan. 

My Review : 
  • Aku suka beli kerusi lipat sebab boleh lipat dan menjimatkan ruang. Sesuai untuk ruang bilik yang kecil.

  • Kerusi juga kukuh dan boleh menampung sehingga 100kg. 

  • Kerusi sesuai digunakan untuk kerja ofis, travel, pelajar, kerusi untuk meja makan dan sebagainya. 

  • Material kaki kerusi besi tebal, tempat duduk pun luas dan boleh menyandar.

  • Kerusi senang nak lipat dan mudah di bawah ke mana sahaja sebab ringan sahaja.

Secara keseluruhan memang kerusi idaman pilihan hati. Murah pula tu. Harga kerusi lipat hanya RM31.99 sahaja. Ada banyak warna pilihan cuma aku pilih warna putih untuk dipadankan dengan meja kerja. 

Final Look Ruang Kerja Untuk Berblog

Alhamdulillah, inilah ruang kerja untuk blogger sepenuh masa macam aku. Just simple sahaja. Tak hias apa-apa lagi. 

deko-ruang-kerja

InsyaAllah dari semasa ke semasa akan dicantikkan lagi ruangan ini. Semoga dengan adanya meja ini rasa semangat dan lebih produktif dalam menulis blog. 

Sekiranya korang berminat untuk beli meja ini korang boleh beli di Shopee. Aku sertakan link di bawah ya.

Nota : Ini bukan review berbayar. Review ini jujur dan ditulis mengikut pengalaman sendiri menggunakan produk tersebut. Aku tulis kelebihan dan kekurangan produk bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, tetapi sebagai penambahbaikan buat seller dan pihak kurier agar pembeli lebih bijak dalam membeli. Semoga bermanfaat buat semua. 


My Life as Fulltime Blogger.. Is It Hard to be a Blogger?

Assalamualaikum
Bismillah

My Life as Fulltime Blogger.. Is It Hard to be a Blogger?

Yes! It takes a lot of hard work and plenty of time. It is not an easy job to do. Blogging is for everyone, but still it is not everyone's cup of tea. 


Kenapa menulis blog itu susah?

Menulis blog merupakan sesuatu hal yang memenatkan. Menulis blog saja sudah banyak kerja. Malah ditambah lagi dengan kerja-kerja sampingan berblog yang lain.

Hal ini demikian kerana untuk membina blog yang berjaya memerlukan kerja keras, kesabaran dan ketahanan mental dan emosi. Berblog suatu aktiviti yang memerlukan masa yang panjang. 

Berblog bukan cara singkat untuk jadi kaya. Nak jana pendapatan dengan blog itu tidak mustahil, tetapi juga bukan mudah. Sekiranya seorang blogger berfikir dengan menulis blog boleh jadi kaya, bersiap sedia untuk kecewa. 

Ya aku pernah jumpa blogger yang mempunyai income yang banyak. Tetapi mampukah kita jadi seperti mereka?

Menulis blog kena sentiasa konsisten. Untuk menulis sesuatu yang konsisten perlu ada minat untuk menulis. 

Menulis blog bukan sekadar untuk kepuasan diri tetapi untuk memberi manfaat kepada orang lain. Dalam erti kata lain, perlu menulis untuk orang lain juga. You have to get good at writing in a relatable way. You have to write for other people.

Menulis blog itu susah kerana tidak semua orang berjaya capai matlamat berblog. Menulis kerana ingin menjana pendapatan, tetapi tidak semua blogger yang berjaya menjana pendapatan dengan konsisten di blog. Making it successful takes a lot of effort.

Working alone is tough. Walaupun ramai rakan blogger yang bagi tips tentang blog. Pada akhirnya korang yang kena buat semuanya sendiri. Tiada siapa yang boleh bantu korang selain diri sendiri. 

Jadi blogger kena sentiasa fleksibel, mahu belajar dan bersedia dengan perubahan. Seiring dengan perubahan masa, banyak perubahan yang berlaku dengan dunia internet. Oleh itu, korang kena sentiasa update dengan perubahan semasa seperti google algorithm. 

My Life as Fulltime Blogger.. Is It Hard to be a Blogger?

Kisah Ringkas Perjalanan Sebagai Blogger Sepenuh Masa

Tahun 2015 - Mula berblog (Pageviews kurang dari 100)

Blog ditubuhkan sebagai online diari. Pada ketika ini aku baru masuk tahun pertama di Universiti. Dengan pinjaman PTPTN dapatlah beli sebuah laptop. Berblog sekadar untuk mengisi masa lapang dan menjadi tempat luahan peribadi aku semasa masih belajar. 

Pada masa ini aku belum tahu apa-apa lagi tentang blogwalking. Aku tidak tahu pun di Malaysia ini terdapat ramai orang yang menulis di blog. Aku ingat blog ini tidak dibaca oleh orang lain. 

Kebanyakkan artikel yang ditulis berbentuk peribadi dan kisah semasa di universiti. Apa-apa berkenaan blog aku langsung tak tahu. Aku cuma tulis apa yang aku suka. 


Tahun 2016 - Belajar Tentang Blog (Pageviews 32,000)

Aku mula kenal beberapa orang blogger dan tahu cara untuk berblog. Apabila blogwalking ke blog orang lain pula rasa amazing sangat sebab tak pernah tahu ada ramai blogger macam aku.

Dari sana aku mula follow ramai blogger. Aku belajar istilah blogwalking, tambah kenalan blog, buat tutorial dan hias blog. 

Pada ketika itu, siapa yang hias blog cantik memang jadi kegilaan ramai lah. Aku habiskan berjam-jam semata-mata untuk belajar design blog. 

Dari segi konten blog, aku masih mengekalkan penulisan yang berbentuk peribadi. Tanpa memikirkan kesan kepada pembaca dan identiti aku. Tulis ikut suka, copy paste jadi perkara biasa. Bahkan yang paling teruk apabila menjadikan blog sebagai tempat luahan perasaan dan rasa ketidakpuasan hati. 

Blog aku, suka hati aku. Itulah prinsip aku dulu. 

Tahun 2017 - Menulis Blog Untuk Berkongsi (Pageviews 217,000)

Sampailah pada suatu hari, aku menulis pengalaman tentang Kad Siswa pelajar yang masa tu tengah viral.Tak sampai beberapa hari, pageviews naik mendadak dari 3,000 sehingga mencecah 80,000 dalam masa sebulan. 

Penangan hebat keyword dan SEO mengena. Setiap hari terima email dan komen dari pembaca bertanya soalan. 

Pengalaman itu sesuatu yang aku tidak boleh lupa seumur hidup kerana pada ketika itu penggunaan media sosial tidak seperti sekarang. Setelah lama berblog aku pernah dapat pageviews sehingga 400,000 sebulan tetapi perasaan itu tidak sama seperti mula-mula berblog. 

Dalam masa yang sama juga, semakin tinggi trafik, semakin banyaklah juga komen yang positif dan negatif di blog. 

Pada suatu hari, aku menerima komen "hati-hati dengan apa yang kita tulis, bimbang termakan oleh kata-kata sendiri"
Kata-kata yang begitu menusuk ke hati. Satu teguran yang buat aku sedar, tidak kiralah samada bicara lisan mahupun tulisan. Hendaklah sentiasa menjaga setiap bait perkataan kita kerana apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan. 

Disebabkan itulah, artikel tahun 2015 - 2016 korang tak nampak di blog. Aku dah padam permanently.

Dwal tahun 2017, aku mula menukar cara penulisan. Sejak beberapa artikel blog menjadi trending dalam carian google. Aku mula menulis banyak artikel tentang pendidikan seperti pengalaman belajar, cara isi borang UPU dan sedikit tips belajar di universiti. 

Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Sejak dari itulah aku mula menulis untuk berkongsi. Aku dapat rasa satu kepuasan dalam menulis apabila apa yang aku kongsikan itu bermanfaat untuk orang lain. 

Ia sebagai peringatan kepada diri sendiri untuk sentiasa menulis perkara-perkara kebaikan dan bermanfaat. Aku tidak mahu ada penyesalan dengan apa yang aku tulis di kemudian hari. 

Tahun 2017 permulaan yang baru buat aku dalam dunia blogging.
Total artikel : 44 artikel ditulis
Total Pageview Blog : 249,000
Google Adense : 7USD

Tahun 2018 - Realiti Kehidupan & Cabaran Hidup (Pageviews 141,000)

Pada tahun ini aku dalam fasa-fasa akhir belajar dan mahu ke dunia pekerjaan. Tahun ini juga aku konvo dalam bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga. Blog lebih banyak konten pasal lirik lagu saja. Yang penting asalkan blog berupdate.

Tekanan perasaan dan agak depresi dengan diri sendiri. Dengan masalah kesihatan pada ketika itu betul-betul rasa stress. Risau dengan kehidupan yang mendatang. Apa yang akan jadi selepas aku habis belajar? 

Konten blog boleh aku simpulkan hanya banyak pada kuantiti tetapi tidak pada kualiti. Lagipun masa ini memang sibuk dengan Latihan Praktikal. 

Walaupun keinginan menulis membuak-buak tetapi aku cuma mampu luahkan perasaan aku di buku sahaja. Aku dah berjanji untuk tidak menulis hal-hal peribadi yang pada aku tidak mempunyai manfaat buat pembaca. 

Sampailah aku habis belajar aku masih mencari hala tuju dalam kerjaya. Tetapi disebabkan minat yang mendalam dalam aktiviti menulis blog, aku teruskan menulis blog sebagai part-time. Cuma pada ketika ini aku tidak tahu cara bagaimana untuk jana pendapatan melalui blog.

Yang aku tahu cumalah Google Adsense sahaja. Pada ketika itu income aku cuma 14USD yang terkumpul dari tahun 2017. 
Total artikel : 71 artikel ditulis
Total Pageview Blog : 390,000
Google Adense : 14USD


Tahun 2019 - Awal Kerjaya Sebagai Blogger Sepenuh Masa (Pageviews 624,000)

Banyak yang telah aku lalui tetapi hidup perlu diteruskan tidak kira sukar macam mana pun. Kadang kala sedih dengan diri sendiri. Apabila fikirkan balik masa tu memang boleh dikatakan hari-hari juga menangis.

Menganggur betul-betul menjadikan aku tekanan cuma dengan menulis buat aku rasa nyaman. Oleh sebab itulah aku sukar untuk berhenti dari menulis blog. Walaupun aku masih tidak tahu apa jadi dengan masa depan aku ketika itu. 

Hanya mampu berdoa, berusaha mencari kerja, percaya dengan rezeki Allah bagi sahaja. Kesihatan aku semakin hari semakin membimbangkan. Tiada perubahan malah semakin teruk. Nak buat apapun secara fizikal cepat letih dan penat.

Banyak resume dan beratus email dihantar. Rezeki pekerjaan banyak yang aku dapat tidak kira swasta mahupun kerajaan tetapi terpaksa ditolak kerana faktor kesihatan. Aku terpaksa terima kenyataan aku tidak boleh bekerja di luar. 

Dalam masa yang sama aku banyak belajar pasal blog. Aku banyak baca tips-tips blogging untuk tarik trafik blog, cara jana pendapatan, cara mahu dapatkan kerja-kerja menulis blog. Pelbagai cara aku buat, try and error di blog. 

Akhirnya, setelah berfikir panjang dan berdoa minta petunjuk Allah. Aku buat keputusan untuk jadikan blog sebagai kerjaya pada September 2019. Bukan senang nak buat keputusan yang menentukan masa depan kerjaya aku. 

Boleh dikatakan keputusan berani mati tanggung risiko apapun yang jadi. Hanya mampu tawakal sahaja. Setiap hari aku menulis tidak kira di laptop ataupun di buku nota. 

Untuk membuktikan bahawa aku benar-benar serius dengan matlamat berblog aku buat keputusan untuk menukar domain ke www.siinurul.com pada akhir tahun 2019. Dengan adanya domain aku rasa lebih komited untuk menulis blog. 
Total artikel : 112 artikel ditulis
Total Pageview Blog : 1,014602
Google Adense : 108USD

Tahun 2020 - Kumpul Pengalaman Berblog (Pageviews 3,163,125)

Pada tahun ini aku banyak mencuba sebab nak kumpul pengalaman berblog. Aku belajar tentang naikkan trafik blog, cara menulis blog, bagaimana mahu menulis artikel yang baik dan dapat menarik perhatian pembaca.

Matlamat utama aku supaya aku dapat jana pendapatan melalui blog. Aku belajar pasal mendalam tentang Google Adsense. Selain itu juga aku pelbagaikan konten untuk menarik trafik blog. Aku join affiliates, cari platform yang boleh jana income dengan menulis seperti Sushivid (Masa tu memang ramai yang join).

Struggle naikkan trafik blog akhirnya membuahkan hasil. Aku dapat job pertama menulis review produk. Disebabkan trafik blog tinggi, aku dapat payment agak tinggi juga untuk 1 artikel sahaja. 

Alhamdulillah, rezeki bertambah dengan menulis review dan permintaan untuk design blog juga tak putus-putus. Trafik blog meningkat dan income Google Adsense juga naik. 

Dan aku buat keputusan untuk buat blog kedua. Aku ingin mencuba niche selain niche blog ini. Di samping itu juga menambah pendapatan blog. 

Total artikel : 144 artikel ditulis
Total Pageview Blog : 4,177727
Google Adense : 3 kali cashout
Kerja blogging : 34 Job Blog


Tahun 2021 - 'Peak' of My Career as Fulltime Blogger (Pageviews 3,887,593)

 Alhamdulillah, tahun 2021 bagi aku merupakan the highest or most successful point for me as blogger. Kenapa? Aku dapat banyak job blog, google adsense mula stabil, dan trafik semakin meningkat dan konsisten.


Kegagalan mengajar aku banyak benda. Dengan ilmu dan pengalaman itulah menjadikan blog aku ke tahap ini. Dan sudah semestinya dengan izin Allah aku dapat merasa betapa menulis blog sesuatu yang begitu berharga dalam hidup aku. 


Untuk mengukuhkan personal branding, aku tetapkan matlamat menulis untuk berkongsi seperti yang korang nampak kat header blog. Aku buat logo dan Facebook Pages. Dan tahun ini juga aku banyak belajar pasal penulisan SEO. 


Aku praktikkan penulisan SEO dalam blog, belajar tentang keywords, dan Google Search Console. Aku mula menulis yang berfokus kepada niche blogging. Setiap hari baca dan cari info tentang blogging. 


Setiap hari menulis tajuk baru dan kata kunci. Aku selalu praktikkan menulis tajuk dan keyword blog dahulu sebelum buat kerangka blog. Dalam erti kata lain, aku sentiasa ada idea untuk menulis. Cuma tinggal kembangkan idea itu sahaja. Oleh sebab itulah aku kerap bagi 'keyword' dan 'idea menulis' di facebook. 


Alhamdulillah 'ala kulli hal dalam masa setahun Google Adsense blog kedua pun lulus. Trafik blog untuk blog kedua juga semakin baik dan konsisten walaupun tidak seperti blog ini. 

Total artikel : 143 artikel ditulis
Total Pageview Blog : 8,065,320
Google Adense : Terima bayaran setiap bulan
Kerja blogging : 80 Job Blog (Tidak termasuk komisen affiliates)


Tahun 2022 - Menulis Untuk Kepuasan Lebih Penting (Pageviews 1,118,182 sehingga Ogos)

Seperti yang korang sedia maklum. Selepas aku berumahtangga banyak yang berubah. Ketika mula stabil dan berada di atas (peak of success), aku buat keputusan untuk kurangkan aktiviti berblog. 


Bayangkan, aku dah dapat income setiap bulan, trafik blog yang konsisten, job blog tak henti-henti. Pada akhirnya aku cuma mahu kepuasan dalam berblog. Aku sedar duit bukan segalanya buat aku.

 

Aku cuma mahu gembira dengan apa yang aku buat. Adakah selama aku berblog aku tidak happy? Aku happy sangat-sangat!


Cuma selepas mendirikan rumahtangga, tujuan aku bukan lagi nak jana pendapatan. Waktu belum berkahwin memang susah apabila tidak bekerja. 


Selepas berkahwin, suami aku suka aku di rumah. Dan aku lagilah suka duduk di rumah berblog. Suami pun sentiasa bagi sokongan dan dorongan dengan aktiviti berblog. 


Bezanya sekarang dari semasa aku bujang ialah aku tidak perlu push diri untuk kerja-kerja blogging. Aku tidak terlalu memikirkan tentang income, trafik dan performance blog. 


Aku lebih senang menulis dan berkongsi. Aku tidak rasa burnout dengan kerja blog walaupun aku memang suka sangat berblog. Tetapi tidak dinafikan, menulis blog merupakan kerjaya yang memenatkan mental dan fizikal. 


Kerana minat dan passion, aku masih bertahan sehingga sekarang. Sekarang aku cuma mahu menulis untuk kepuasan diri dan berbagi manfaat kepada korang samada dari segi ilmu, pengalaman, mahupun kisah hidup. 


Sejujurnya aku dah tak ambil kerja menulis artikel SEO dan review. Malahan kerja servis blog seperti design, setting blog, manage google adsense pun aku dah kurangkan juga. Disebabkan itulah aku buat lagi blog ketiga yang berfokus dengan niche blogging iaitu Belajar Buat Blog. 


Aku mahu kongsikan apa yang aku belajar selama berblog. Aku mahu kongsikan dengan blogger di luar sana pengalaman berblog dengan harapan korang mendapat manfaatnya tidak kira dari segi trafik, income, bisnes dan sebagainya. 


Jadi trafik blog dan income bukanlah menjadi keutamaan buat aku sekarang.

Total artikel : 105 artikel ditulis
Total Pageview Blog : 9,207,895 (terkini)
Google Adense : Terima bayaran setiap bulan
Kerja blogging : 35 Job Blog (Tidak termasuk komisen affiliates)


Kesimpulannya

Alhamdulillah, perjalanan blog masih panjang. 7 tahun banyak mengajar tentang kehidupan susah dan senang. Berblog sudah jadi sebahagian dari hidup aku. Blog merupakan teman aku dari zaman belajar sampailah dah bergelar isteri. 


Jadi blogger tulislah sesuatu yang bermanfaat buat diri kamu dan orang lain. Kerana tulisan yang baik akan mendapat pahala. 


Dan tulisan yang bermanfaat dapat mempermudahkan urusan orang lain, memberi insight yang mungkin orang lain tak nampak dan memberi inspirasi serta idea kepada orang lain supaya jadi lebih baik. 


Akhir kata, jadi seorang blogger ini...

Jadilah diri sendiri dan tulis sesuatu yang membuatkan diri rasa nyaman. Hidup bukan perlumbaan kerana semua orang mempunyai jalan masing-masing. Setiap orang akan punya waktunya sendiri. Jadi jangan pernah bandingkan dirimu dengan orang lain. You just have to believe. You will be shine and bloom at your own time. Apabila kamu mengerti tujuan hidupmu. Maka tiada satupun manusia yang boleh merebut kebahagiaan di hatimu. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. 


Kerja Dari Rumah Menulis Blog Kerja Paling Senang

Assalamualaikum
Bismillah

Menarik tak tajuk hari ini? Hari ini aku nak kongsi dengan korang apa kelebihan dan cabaran jadi blogger ni. 

Entri ini khas buat mereka yang nak jadi blogger tetapi nak senang. Kalau orang cakap dengan aku kerja blog ini senang. Ya memang senang kalau main cakap saja. Tidak dinafikan banyak kelebihan kerja dari rumah. 

Kerja Dari Rumah Menulis Blog Kerja Paling Senang

Kelebihan Kerja Dari Rumah Menulis Blog

1. Mempunyai masa bekerja yang fleksibel

Antara beberapa sebab kenapa kebanyakkan orang suka bekerja dari rumah, salah satunya ialah mempunyai masa bekerja yang fleksibel. Korang boleh start kerja bila-bila masa yang korang nak.

Ada yang berblog pada waktu pagi, petang dan malam. Korang boleh berblog selepas buat kerja-kerja di rumah.

Bukan itu sahaja, bekerja menulis blog ini tidak mempunyai masa yang tetap. Nak kerja 30 minit, 1 jam atau 2 jam terpulang dengan korang.

2. Bebas & tidak terikat dengan peraturan

Kelebihan kerja dari rumah ni korang tak perlu bersiap pakai baju kerja dan hadap kesesakan lalu lintas setiap pagi dan petang. Korang bebas dan tidak terikat dengan masa dan peraturan. Tiada bos yang marah korang lambat datang ofis.

Tak perlu nak fikir hari ni nak pakai baju apa. Tak perlu nak iron baju atau tudung bagai. Korang hanya perlu buka laptop dan terus boleh buat kerja.

3. Tidak perlu berhadapan dengan orang lain / majikan

Selain itu, korang juga tidak perlu berhadapan dengan majikan mahupun kawan sekerja. Malah sekiranya dapat klien untuk produk review misalnya, hanya perlu berurusan secara online.

Kerja menulis blog tidak perlu menjalankan meeting kerana ia tidak melibatkan mana-mana syarikat. Melainkan korang mempunyai pekerja untuk handle blog.

Salah satu sebab kenapa aku lebih suka kerja sendiri sebab tak nak hadap semua tu. Aku pernah kerja di luar sebelum jadi blogger sepenuh masa. Jadi memang agak tekanan juga kalau ada masalah di tempat kerja dengan pekerja ataupun majikan. 

Ramai orang yang berhenti kerja kerana tidak tahan dengan persekitaran tempat kerja.

4. Dapat luangkan masa dengan keluarga

Bukan itu sahaja, korang juga dapat luangkan masa bersama keluarga. Bukannya kerja di luar tak dapat luangkan masa dengan keluarga, cuma bekerja dari rumah lebih banyak luangkan masa bersama anak-anak, pasangan dan ibu bapa.

Korang tak perlu fikir nak ambil cuti kalau balik raya. Tak perlu minta MC kalau sakit. Dan sekiranya ada apa-apa kecemasan, korang ada masa dengan keluarga.

Korang dapat bagi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak dan pasangan bagai menatang minyak yang penuh gitu.   


Cabaran Kerja Dari Rumah Sebagai Blogger

Walaupun begitu, setiap pekerjaan pasti punya cabaran tersendiri. Kerja dari rumah menulis blog kerja paling senang. Memang senang kalau main cakap saja. Haha Hakikatnya kalau nak buat kerja dari rumah ni pun banyak cabarannya. Antaranya ialah :

1. Pengurusan masa

Sebagai blogger sepenuh masa, pengurusan masa adalah sangat penting sekali. Ya betul korang boleh bekerja bila-bila masa tetapi untuk memastikan blog sentiasa dikemaskini dengan konten terbaru, korang perlu urus masa dengan baik untuk menulis entri.

Sekiranya masih bujang, korang mungkin banyak spent masa dengan blog tetapi dalam masa yang sama juga cenderung untuk bekerja terlebih masa (work overtime).

Sekiranya korang sudah berkahwin, korang mungkin akan lebih sibuk dengan kerja rumah, anak-anak dan pasangan. Jadi kemungkinan untuk luangkan masa menulis blog semakin kurang.

Dan sekiranya korang blogger bekerjaya, korang terpaksa curi masa menulis blog di tempat kerja. Nanti sampai rumah tiada masa dah nak layan blog sebab nak urus hal-hal di rumah lagi.

Jadi kat sini korang memang kena belajar untuk pengurusan masa sendiri. Kalau sibuk kena luangkan sedikit masa juga dengan blog. Kalau tak dapat luangkan masa untuk update setiap hari, boleh update setiap minggu.

Dan kalau sibuk juga sekurang-kurangnya update sebulan sekali sudah memadai. Itu baru fikir update blog saja. 

Kalau korang fulltime blogger bukannya kerja update blog saja. Banyak lagi kerja yang nak dibuat seperti audit, pengurusan media sosial, design, job menulis review, artikel SEO, affiliates, jana income dengan iklan, asah kemahiran dan timbah ilmu blogging. 

2. Pendapatan tidak tetap

Kerja menulis blog juga tidak mempunyai pendapatan secara tetap. Ada masa income naik meroket, ada masa tiada sama sekali.

Pendapatan blogger bergantung dengan produk review, penulisan artikel, event, pengiklanan di blog, servis blog, affiliates dan sebagainya. Menulis blog saja pun sudah banyak kerja, apatah lagi ditambah dengan kerja-kerja yang lain.

Bayangkan nak cari idea menulis dan nak update blog sahaja pun kadang tak menyempat. Malah bertambah lagi dengan kerja-kerja sampingan blog yang lain. 

Jadi blogger sepenuh masa memang sedia maklum bahawa nak jana pendapatan dari blog bukannya senang. 

Nak jana income dari adsense saja pun, menulis 100 artikel sebulan belum tentu lagi dapat capai target nak cashout. Jadi nak tak nak kena cari altenatif lain untuk cover pendapatan adsense. 

Ada yang jadi content creator di tiktok, facebook, dan instagram. Ada yang jadi youtuber. Apa yang aku maksudkan di sini. Asalnya seorang blogger tetapi sebab income tak cukup kena jadi youtuber dan content creator lagi.

Jadi kerja bertambah-tambah sebab seorang blogger tahu nak fokus dengan kerja menulis blog saja tak cukup. 

3. Disiplin & menulis dengan konsisten

Selain pengurusan masa, disiplin bekerja juga sangat penting. Kerja menulis blog memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi. Ramai blogger termasuklah aku sendiri yang kadang malas nak update blog.

Semua orang boleh buat blog dan menulis blog. Tetapi cabaran yang paling berat sekali ialah sentiasa menulis dengan konsisten. Kerja menulis blog tidak sama dengan kerja di luar.

Sebagai contoh korang bekerja di ofis. Malas dan penat macam mana pun korang tetap akan paksa diri untuk bangun dan pergi kerja. Hal ini demikian kerana korang dibayar gaji oleh majikan. Kalau tak datang kerja tanpa alasan nanti dibuang kerja.

Berbeza sekali dengan kerja menulis blog. Korang malas dan tak nak update tiada bos yang nak marah korang. Dan apabila malas korang sendiri kena hadap trafik blog yang menjunam dan pendapatan adsense kemungkinan akan merosot.

Apabila prestasi blog menurun, korang terpaksa usaha 2x ganda lagi untuk naikkan dan kekalkan prestasi blog. Mood menulis blog pun turun naik, seperti iman kita yang turun naik. Nak konsisten menulis memang cabaran besar bagi seorang blogger.

4. Ruang kerja yang terhad

Sebagai blogger sepenuh masa, tidak dinafikan bahawa ruang kerja yang terhad mempengaruhi mood menulis blog.

Meja makan jadi tempat kerja menulis. Sanalah terhidang makanan di sana jugalah laptop dan buku nota. Ada juga yang jadikan tempat tidur sebagai tempat menulis blog. Akulah salah satunya. Kadang tidur dengan laptop sekali.

Dari segi keselesaan memang agak kurang selesa sebenarnya. Apabila buat kerja di katil nie rasa macam mahu tidur saja. Hahaha~ Jadi sebaik-baiknya sediakan tempat khas untuk menulis blog seperti meja belajar dan kerusi.

Jadi cari ruang untuk menulis blog yang korang rasa selesa menulis supaya kerja lebih produktif dan efisien.   

6. Kos bil elektrik, air dan internet

Memang betul kerja dari rumah senang je. Tak perlu buang minyak kereta, tak perlu hadap kesesakan lalu lintas, tak perlu buang duit makan kat luar. 

Tetapi korang kena ingat. Duduk di rumah pun makan, mandi, cas laptop & handphone. Semuanya memerlukan kos bil elektrik, air dan internet.

Belum masuk kos sewa rumah dan kos perbelanjaan dapur. Kalau stress nak juga santai keluar rumah ambil angin juga memerlukan kos. Takkan nak duduk rumah terus hadap kerja 24/7 kan?

Jadi duit yang masuk tu pun ada keperluan dan kehendak yang nak dipenuhi. Kita pun nak juga nak kirim mak ayah. 

Kesimpulannya

Kerja menulis blog memang senang dan santai sebenarnya. Aku tak tipu pun. Tetapi banyak juga cabaran apabila jadi blogger. 

Korang bayang sendirilah sebelum PKP ramai yang nak kerja dari rumah. Tetapi bila dah betul-betul kerja dari rumah, ramai yang tak tahan. Di sanalah baru kita menghargai kerja seorang suri rumah yang hadap anak-anak 24 jam.

Di sanalah baru kita faham perasaan suami & isteri yang bekerja sambil jaga anak-anak macam mana. Di sana barulah majikan faham betapa susahnya nak buat meeting online dari rumah.

Apa aku nak sampaikan di sini tiada kerja dari rumah yang senang. Memang ramai yang jana income ribuan dari rumah tetapi ia tidak semudah yang kita lihat. 

Kalau kerja menulis blog itu senang, dah ramai yang jadi blogger sepenuh masa.


© all rights reserved
made with by templateszoo