Diari TTC: Perjalanan Emosi Yang Panjang

Sebelum aku berkongsi tentang perjalanan TTC, aku selalu membaca tentang pengalaman pasangan lain yang menginginkan zuriat.

Setiap orang ada pengalaman dorang sendiri untuk berusaha supaya hamil. Dulu ketika masih bujang aku selalu dengar kisah-kisah pasangan yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata.

Bab zuriat sebenarnya topik yang sangat sensitif, terutamanya buat pasangan yang dah lama menanti. Aku hanya mula benar-benar mengerti apabila aku sendiri melalui fasa ini.

Diari TTC


Tahun 2025 ini dah masuk 4 tahun perkahwinan kami. Tak sangka cepatnya masa berlalu. Dari mula kami diijab kabul, aku dan suami tidak pernah merancang pun tentang zuriat.Malah, aku sendiri menjangkakan mungkin beberapa bulan selepas berkahwin aku akan mengandung.

Takdirnya, tidak seperti jangkaan kami. Sepanjang tahun pertama perkahwinan aku dengan suami sentiasa menanti bila kami ada anak. Mulanya aku tidak ambil kisah sangat. Takpa kalau tiada rezeki lagi. Dapat juga spent masa dengan suami berdua.

Tapi rupanya ia tidak semudah itu. Setiap bulan aku diuji. Setiap kali period lewat, keresahan mula datang — adakah aku mengandung atau tidak? Emosi aku berubah. Aku jadi cepat marah, mudah menangis, dan mudah tersinggung.

Jika period lewat seminggu, sepanjang seminggu itulah emosi aku tak stabil sehingga akhirnya aku didatangi haid. Dalam tempoh itu juga aku berkali-kali melakukan pregnancy test. Penat. Stres.

Mungkin bagi orang lain aku terlalu sensitif. Apabila aku cuba untuk kawal emosi, air mata pula mudah tumpah. Tahun pertama perkahwinan kami suami banyak diuji dengan ragam serta emosi aku yang sukar diramal.

Kebanyakan lelaki mungkin sukar memahami emosi isteri. Tapi isu kelewatan haid dan hormon yang tidak stabil bukan perkara kecil — lebih-lebih lagi bagi pasangan yang mengharapkan cahaya mata. Suami memang kena main peranan penting untuk jaga emosi isteri.

Apabila masuk tahun kedua, aku dah mula kurang check pregnancy test setiap kali lewat haid. Tetapi bila aku lewat period sampai sebulan emosi aku akan cepat berubah dan stress. Aku rasa seperti ini mungkin disebabkan hormon aku yang tidak stabil.

Masuk tahun kedua aku mempunyai masalah tidur, stres dan sedikit murung. Aku sendiri dapat rasa dengan perubahan diri apatah lagi bila sendirian di rumah. Disebabkan keadaan mental aku yang tidak begitu baik, aku memilih untuk memadam semua akaun media sosial.

Ini real. Bukan kerana cemburu. Tetapi melihat perkongsian tentang anak-anak daripada kawan, sepupu atau saudara-mara benar-benar mengganggu emosi aku. Jadi, aku pilih untuk menjauh demi menjaga diri sendiri.

Sebelum kahwin aku dah buat checkup untuk rahim. Alhamdulillah semuanya okay. Selepas kahwin aku dah buat medical checkup juga. Semuanya normal. 

Sampailah masuk tahun ketiga, antara perubahan paling ketara aku rasa ialah berat badan aku naik mendadak walaupun aku tak banyak makan. Aku rasa mungkin sebab aku duduk di rumah ja kot. Jarang keluar. 

Dengan masalah insomnia, emosi yang turun naik, aku memang syak aku ada masalah hormon. Kemungkinan juga PCOS. Cuma aku tak ke klinik untuk check. Sepanjang tahun tu aku cuba jaga pemakanan, tidur, makan supplement dan sebagainya. Tetapi jujurnya, emosi aku terasa semakin teruk.

Buku jurnal menjadi tempat aku meluah segalanya.

Sepanjang tempoh ini, suamilah orang yang paling banyak mendengar luahan dan tangisan aku. Dialah yang paling memahami dan memberi sokongan tanpa jemu.

Kenapa kami belum mendapatkan rawatan klinikal? Pertama, kekangan masa. Kedua, faktor kewangan. Jadi aku dan suami memilih untuk berusaha setakat kemampuan yang ada.

Empat tahun TTC bukan perjalanan yang singkat. Sepanjang tempoh itu, aku cuba menjaga diri sebaik mungkin — mengambil magnesium dan asid folik secara konsisten, menjaga berat badan dan pemakanan walaupun perlahan, membaiki pola tidur serta mengawal emosi meskipun tidak selalu berjaya, berurut apabila badan dan jiwa terlalu penat, dan juga mencuba rawatan tradisional sebagai satu ikhtiar.

Selebihnya kami berdoa dan berserah kepada ALLAH swt.

Buat semua yang sedang TTC, kalian Semoga Allah kurniakan kita rezeki zuriat yang baik pada waktu yang tepat, dan memberi ketabahan dalam setiap langkah perjalanan ini.


0 comments