Pengalaman Menetap di Pontian, Johor

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku nak berkongsi cerita santai sikitlah tentang pengalaman menetap di Pontian, Johor selama hampir setahun. Apa yang aku nak kongsikan di sini ialah perbezaan antara di Pontian dan Sabah dari segi budaya, makanan, persekitaran dan sebagainya. 

Aku tak mention Johor sebab aku belum pernah pergi ke semua daerah di Johor lagi. 

Dari perspektif aku sendiri sebagai orang Sabah yang menetap di Pontian ni memang banyak sangatlah perbezaan. The good and the bad. So, hopefully korang boleh berfikiran terbukalah ya. 

johor

1. Tidak bagi signal kereta

Sorry to say kebanyakkan orang di sini aku tengok tidak menggunakan signal kereta setiap kali nak masuk simpang. 

Di sabah pun memang ada juga yang tidak bagi signal kereta. Tetapi di sini banyak sangat kereta tak bagi signal. 

Setiap kali jalan, setiap kali tu juga aku nampak. Aku tak naklah cakap pasal signal ni sebenarnya cuma memang nampak sangat perbezaan orang di sini apabila berada di jalan raya.

Aku tinggal di kawasan bandar di Kota Kinabalu jadi setiap hari berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. Kalau di Sabah memang ada yang tidak bagi signal tetapi boleh dikira lagi. 

Kebanyakkan pengguna jalan raya di sini agak kurang sabar berbanding di Sabah. Lambat sikit kena hon. 

For those yang tidak pernah lagi pergi Sabah, sesak macam mana pun jalan raya tu, lambat 10 saat di trafik light tu jaranglah kena hon oleh orang lain. 

Paling pun orang Sabah maki dalam kereta sahaja. Hahaha~ Tidak kiralah di Johor ataupun Sabah, orang Melayu, Cina India, Dusun ka. Please use your signal. 

2. Cuti Hari Jumaat & Sabtu

Aku sampai sekarang masih binggung lagi dengan hari di sini. Kalau di Sabah cuti weekends setiap hari Sabtu dan Ahad. Memandangkan aku pun just stay di rumah sahaja dan jarang keluar rumah jadi aku tidak terasa sangat juga pun. 

Cuma setiap kali ada urusan tu pandai terlupa juga bab cuti weekends tu. Sampai pejabat sahaja tutup sebab cuti hahaha. 

3. Waktu Solat

Yang nie memang kebanyakkan orang tahu lah memang waktu solat di Sabh dan Johor tak sama. Di pontian waktu solat ada beza sejam. Kalau di Sabah dah masuk Isyak, kat sini baru Maghrib.

Apatah lagi kalau puasa Ramadan memang terasa sangatlah perbezaan waktu. Video call dengan family, dorang dah start sungkai, kami di sini belum lagi berbuka puasa. Hahaha

4. Peluang Pekerjaan

To be honest, peluang pekerjaan di sini lebih banyak berbanding di Sabah. Oleh sebab itulah orang Sabah banyak merantau ke Semenanjung. 

Di Pontian nie aku tengok ramai cashier dalam kalangan lelaki, even Cina dan India pun ada. Kalau korang pergi Sabah, jarang ya nampak cashier lelaki. Ada tapi tidak ramai. Apatah lagi di supermarket memang jaranglah.

Even kedai kasut perempuan pun orang lelaki yang jaga. Memang rasa kecewa jugalah dengan peluang pekerjaan di Sabah.

Jangan cakap soal gajilah, di Sabah ada majikan yang tawarkan gaji RM500 sahaja. Korang boleh bayang tak dengan kos sara hidup di Sabah yang lagi tinggi berbanding di Johor.

5. Kos Sara Hidup

Kos sara hidup di sini jauh lebih rendah berbanding di Sabah. Harga rumah teres boleh dalam sekitar RM500 - RM1000.

Korang carilah di Sabah rumah teres harga macam tu. Memang korang tak jumpa. Paling rendah korang boleh dapat RM900 - RM1800 sebulan. 

Bayangkan gaji rendah, kos sara hidup tinggi. Tidak hairanlah di Sabah ramai yang golongan berpendapatan rendah dan miskin. 

Dan oleh sebab itu juga orang sini ramai yang mampu beli kereta. Jadi bersyukurlah korang bukan tinggal di Sabah. 

Dari segi perbelanjaan pun memang jauh beza. Di semenanjung setiap kali harga naik mesti terasa kan? Bayangkan harga naik tu baru sikit sahaja di bandingkan dengan harga naik di Sabah. 

Kalau di sini harga barang naik RM2-RM5, kalau di sabah 2x ganda lagi dari harga di sini. Bayangkan duit RM300 boleh beli barang 1 troli. 

Bila call Mama, RM650 baru dapat beli barang sampai 1 troli. Itupun barang keperluan asas. Bukan barang sampingan. 

Sedih tau sebenarnya. Semuanya salah pemimpin. Tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, sama sahaja. Tiada kemajuan dan perubahan untuk rakyat Sabah.

Rakyat semakin ditindas. Geram tau!

6. Pantai & Sunset

Antara benda yang aku paling rindu sekali ialah pantai dan sunset di Sabah. Di pontian ni tiada pantai. Kalau nak pergi pantai kena pergi Desaru atau Mersing. Aku dah pernah pergi Desaru juga memang lawa juga. 

Bukan tak boleh pergi, cuma tiada masa nak pergi. Dan perlukan bajet juga. Hahaha

Kalau di Kota Kinabalu, korang nak pergi Tanjung Lipat atau Tanjung Aru setiap hari pun tiada masalah. Tak perlu bermalam di hotel atau homestay. 

Dari segi keindahan alam, tidak dapat menandingi Sabah lagi lah. Just my opinion.

7. Pisang Goreng & Martabak

Memang banyak makanan yang sedap di Pontian. Tetapi lagi sedap kalau ada pisang goreng dan martabak. Hahaha

Pisang goreng di Pontian tak sama dengan pisang goreng di Sabah. Apa yang aku maksudkan di sini ialah cara goreng tu tak sama. 

Nak beli pisang saba pun susah huhu. Terpaksa tunggu lelong setiap hari Isnin & Jumaat baru dapat beli pisang saba.

Martabak di Pontian pun tak sama. Jadi susahlah nak cari makanan yang diidamkan setiap kali rindu kampung halaman haha. 


Rasanya itulah pengalaman yang aku dapat kongsikan selama hampir setahun aku menetap di Pontian. Don't get me wrong, I really love Pontian! Apa yang aku kongsikan di sini cuma perspektif aku sebagai seorang perantau yang menetap di Negeri orang. 

Mungkin ada yang berasa kurang senang dengan apa yang aku tulis. Korang just ambil yang positif sahaja okay.

At least korang boleh tahu apa yang orang lain fikir tentang Negeri mereka kan?

Ayat Al-Quran Menghilangkan Kesedihan (Surah Adh-Dhuha & Ash-Syarh)

Ayat Al-Quran Menghilangkan Kesedihan (Surah Adh-Dhuha & Ash-Syarh) | Dalam banyak ayat al-Quran, dua surah ini antara surah yang menyenangkan hati aku setiap kali dalam kesulitan ataupun kesedihan. 

Apabila menonton penjelasan daripada Ustadz Adi Hidayat berkenaan ayat ini diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad SAW menambahkan lagi rasa sayu, tenang, dan nyaman. 

Surah Adh-Dhuha (Ayat 1 - 11)

Surah Adh-Dhuha (Ayat 1 - 11)

[1] Demi waktu dhuha,

[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi

[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Surah Ash-Syarh (Ayat 1 - 8)

Surah Ash-Syarh (Ayat 1 - 8)

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).




Target 200k Pageviews Blog Kembali

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Lamanya tidak semangat menulis macam dulu. Haha. Hebat betul pukulan pengantin baru. Hampir setahun juga nak dapatkan mood menulis macam dulu. 

Sejujurnya agak struggle juga untuk aku maintain pageviews selepas kahwin. Banyak sangat halangan dan motivasi menulis memang menurun menyebabkan aku tidak dapat update blog pada awal tahun. 

Bulan Mac pula aku pindah rumah jadi banyak keperluan rumah harus disediakan. Apabila dah pindah rumah baru ni, ambil masa nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru.Kemudian nak susun masa yang sesuai.

Eh lepas tu puasa pula. Then Raya lagi. Hahaha

Sekitar bulan Ogos juga baru aku rasa macam semangat betul nak menulis blog kembali. Apabila dah semangat ni pula, rasa macam nak buat blog baru lagi dengan fokus kepada satu niche. Jadi terbinalah Belajar Buat Blog

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan walaupun pada mulanya banyak sangat kekangan. Sepanjang 10 bulan ini memang banyak sangatlah perubahan dengan blog. 

blog-pageviews

Target 200k Pageviews Blog Kembali

Walaupun aku suka menulis dengan santai. Memang tak best kalau tak buat target setiap bulan. Jadi azam blog aku tahun ni nak target 200k pageviews blog setiap bulan. 

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab selama 10 bulan ini aku konsisten menulis sekurang-kurangnya 10 artikel setiap bulan. Konsisten adalah kunci utama dalam berblog. 

Untuk dapatkan 200k pageviews blog memang kena konsisten. 




Hukum Memberi Salam & Jawab Salam Berlainan Jantina

Assalamualaikum
Bismillah

Dulu masa sekolah apabila lalu kat sekumpulan lelaki kalau boleh orang perempuan nie nak buat pusingan U-turn asalkan tak lalu dekat lelaki. 

Dan korang mesti pernah kena usik oleh lelaki seperti memberi salam 'assalamualaikum'. Kita yang perempuan ni pun rasa serba salah nak jawab salam ke atau tidak. 

Ada lah yang kata 'tak jawab salam berdosa'. Tetapi sebenarnya wajib ke perempuan jawab salam lelaki? Apakah hukum berkenaan salam? 

jawab salam lelaki


AL-KAFI #666 : HUKUM MEMBERI SALAM BERLAINAN JANTINA

Firman Allah Taala:

فَإِذَا دَخَلْتُم بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِندِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً ۚ
Maksudnya: “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” (Surah al-Nur: 61)

Firman Allah Taala:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا
Maksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Nur: 86)



Hukum memberi salam asalnya ialah sunat yang sangat dituntut. Adapun menjawabnya adalah wajib.

Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: “Hukum memulakan salam itu adalah sunat muakkadah. Berkata ashab mazhab kami, ia adalah sunat kifayah jika sekolompok jamaah lalu di hadapan seorang lelaki atau jamaah lain kemudian salah seorang daripada kelompok pertama memberikan salam maka terhasil hukum sunat. Adapun hukum menjawab salam adalah fardu atau wajib secara ijma’. Sekiranya seseorang memberi salam kepada seseorang yang lain maka yang kedua itu wajib menjawabnya sebagai fardu ain. Manakala sekiranya diberi salam kepada sekelompok manusia, maka menjawabnya menjadi fardu kifayah.” Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/493-494)



Persoalan ditimbulkan berkenaan hukum lelaki dan wanita yang ajnabi (asing) memberi salam antara satu sama lain.  Perkara ini ada dibincangkan oleh para ulama. Imam al-Nawawi menyebut dalam al-Majmu` (4/601-602) :


“Hukum memberi salam kaum wanita dengan wanita lain adalah sama hukumnya antara lelaki dengan lelaki. Para ashab (ulama) mazhab kita mengatakan, jikalau seorang lelaki memberi salam ke atas seorang perempuan atau perempuan memberi salam kepada lelaki, sekiranya di antara mereka berdua terdapat hubungan mahram atau perkahwinan, atau hamba, maka hukumnya adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Namun, sekiranya tiada hubungan tersebut, maka tidak wajib menjawabnya. Sekiranya wanita tersebut sudah tua renta, maka boleh kerana dia keluar daripada punca fitnah.


Berkata al-Mutawalli: “Jika seorang lelaki memberi salam kepada seorang pemudi yang asing tidak boleh baginya untuk menjawabnya. Kalau pemudi itu yang memberi salam, makruh bagi lelaki itu untuk menjawabnya.”


Sekiranya sekelompok wanita memberi salam kepada seorang lelaki atau sekelompok lelaki memberi salam kepada seorang wanita maka hukumnya adalah sunat jika tidak ditakuti bagi kelompok lelaki dan wanita sebarang fitnah. 

Ini berdasarkan hadis Asma’ bin Yazid R.anha yang berkata:

مَرَّ عَلَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي نِسْوَةٍ فَسَلَّمَ عَلَيْنَا
Maksudnya: “Nabi SAW berjalan berhampiran kami dan mengucapkan salam kepada kami.” Riwayat Abu Daud dan al-Tirmidhi. Kata al-Tirmidhi: “Hadisnya hasan”.

Begitu juga hadis Sahl bin Sa`d RA berkata:

كَانَتْ فِينَا امْرَأَةٌ وَفِي رِوَايَةٍ كَانَتْ لَنَا عَجُوزٌ تَأْخُذُ مِنْ أُصُولِ السَّلْقِ فتطرحه في القدر وتكركر حبات من شعير فَإِذَا صَلَّيْنَا الْجُمُعَةَ انْصَرَفْنَا نُسَلِّمُ عَلَيْهَا فَتُقَدِّمُهُ إلَيْنَا

Maksudnya: “Dalam kalangan kami ada seorang wanita tua yang selalu mencabut pokok Silq daripada akarnya lalu memasukkannya ke dalam periuk dan menambahkan serbuk barli ke dalamnya. Apabila kami selesai solat Jumaat, kami beredar dan memberi salam kepada wanita tersebut dan beliau memberi kami makanan yang dimasaknya.” Riwayat al-Bukhari


Daripada Umm Hani’ R.Anha berkata:

أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْفَتْحِ وَهُوَ يَغْتَسِلُ وَفَاطِمَةُ تَسْتُرهُ فَسَلَّمْتُ

Maksudnya: “Aku berjumpa Rasulullah SAW pada hari Fath al-Makkah. Ketika itu Baginda sedang mandi dan Fatimah menghadanginya. Lalu aku memberi salam kepada Baginda.” Riwayat Muslim

Hal ini juga dikuatkan dengan kenyataan Syeikh Zain al-Din al-Malibari dalam Fath al-Muin(ms. 274): “Adapun musytahah (wanita asing) yang tiada bersama dia wanita lain maka haram dia menjawab salam lelaki asing dan memulakan salam. Begitu juga makruh baginya untuk menjawab salam wanita itu dan haram bagi lelaki itu untuk memulakan salam.”

Berdasarkan kenyataan di atas, jelas kepada kita bahawa hukum memberi salam antara lelaki dan wanita adalah diharuskan dengan syarat yang ditetapkan iaitu, aman daripada fitnah. Syarat ini pula diikat oleh para ulama dengan hubungan mahram.


Kesimpulannya :

1. Memberi salam antara kaum wanita dengan wanita adalah sama hukumnya antara lelaki dengan lelaki. Sunat yang sangat dituntut dan wajib menjawab salam.

2. Lelaki memberi salam kepada seorang perempuan atau perempuan memberi salam kepada lelaki (Sekiranya antara mereka terdapat hubungan mahram atau perkahwinan / hamba). Sunat yang sangat dituntut dan wajib menjawab salam.

3. Lelaki memberi salam kepada seorang perempuan atau perempuan memberi salam kepada lelaki (Sekiranya antara mereka bukan mahram atau mempunyai perkahwinan / hamba). Tidak wajib menjawab salam.

4. Sekiranya wanita sudah tua yang boleh menghindari fitnah. Boleh menjawab salam.

5. Lelaki memberi salam kepada pemudi asing atau sebaliknya. Makruh menjawab salam.

6. Sekolompok lelaki/wanita memberi salam kepada seorang lelaki/wanita. Sunat memberi salam jika tidak ditakuti bagi kelompok lelaki dan wanita sebarang fitnah. 

7. Wanita asing yang tiada bersama dia wanita lain. Haram menjawab salam lelaki asing dan memulakan salam. 

8. Lelaki asing yang tiada bersama dia lelaki lain. Makruh menjawab salam dan haram memulakan salam. 


Antara bentuk-bentuk memberi salam yang dibenarkan jua ialah apabila berkait dengan keperluan atau hajat yang tidak membawa kepada syahwat. 

Contohnya, anak murid perempuan memberi salam kepada guru lelaki, ketika di pasar, pekerja di kaunter, meminta fatwa daripada seorang alim dan lain-lain.

Semoga Allah SWT memberikan keselamatan dan kebaikan kepada kita semua. Amin.


RUJUKAN : AL-KAFI #666 : HUKUM MEMBERI SALAM BERLAINAN JANTINA


Permohonan Bantuan Zakat MUIS (Sabah) Secara Online

Assalamualaikum
Bismillah

Aku baru tahu ya sekarang boleh buat permohonan bantuan zakat MUIS Sabah secara online. Dulu masa mula masuk Universiti terpaksa pergi kaunter untuk ambil borang permohonan zakat untuk memohon bantuan zakat pendidikan.

Dan aku pun baru tahu juga rupanya banyak jenis bantuan zakat selain zakat pendidikan. Bagus sangat alternatif ini dibuat untuk memudahkan para pemohon yang ingin memohon bantuan zakat. 

Pendaftaran Bantuan Zakat MUIS Sabah Secara Online

1. Korang pergi ke laman Bahagian Zakat & Fitrah MUIS

2. Klik DAFTAR SEKARANG (Bagi yang belum mendaftar)

bantuan-zakat-sabah-online

3. Masukkan ID (Kad Pengenalan) korang. Sebagai contoh 95010312XXXX

memohon-bantuan-zakat-sabah-online

4. Isi butiran maklumat pendaftaran seperti :
  • Nama penuh
  • Jenis ID
  • Kewarganegaraan
  • Status Sosial
  • Jantina
  • Alamat surat menyurat
  • Nyatakan negara/negeri sekiranya bukan warganegara
  • No telefon
  • Kata Laluan
  • Emel
  • Kata kunci keselamatan
apps.zakatsabah.gov.my

5. Setelah permohon berjaya. Korang login kembali. Korang akan dibawa ke halaman utama. Klik MOHON BANTUAN.

apps.zakatsabah.gov.my

6. Seterusnya korang boleh memohon bantuan mengikut kategori yang sesuai dengan korang. 

7. Setelah korang memohon mana-mana bantuan zakat, korang hendaklah mencetak borang tersebut dan sertakan dokumen sokongan yang berkaitan. 

8. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar melalui kaunter agihan atau email berkaitan :

BORANG PERMOHONAN DAN DOKUMEN SOKONGAN PERLU DIHANTAR MELALUI
  • Kaunter Agihan.
  • Emel: agihan.zakatsabah@gmail.com
  • Emel: agihanmualaf.zakatsabah@gmail.com (Bagi Permohonan Mualaf).
  • Emel: dermasiswa.zakatsabah@gmail.com (Bagi Permohonan Dermasiswa).
  • Emel: pendidikan.zakatsabah@gmail.com (Bagi Permohonan Pendidikan).
HANYA BORANG PERMOHONAN DAN DOKUMEN YANG LENGKAP SAHAJA AKAN DIPROSES
PERHATIAN : Borang permohonan yang di emel dalam format .pdf sahaja akan diterima

Jenis Bantuan Zakat Sabah

Terdapat 3 kategori skim bantuan zakat sabah, antaranya ialah :

1. Sosio & Ekonomi
2. Pendidikan & Dermasiswa
3. Mualaf

Kategori Sosio & Ekonomi

1. Bantuan Am
Syarat memohon Bantuan Am Zakat Sabah
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Keutamaan diberi kepada penduduk asal Negeri Sabah.
  • Tidak mempunyai pendapatan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak mencukupi.
  • Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.

2. Bantuan Perubatan
Bantuan perubatan terbahagi kepada tiga kategori iaitu bantuan kewangan, bantuan peralatan dan bantuan tiket & tambang. 


Bantuan Kewangan
Syarat memohon bantuan perubatan kewangan :
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Keutamaan diberi kepada penduduk asal Negeri Sabah.
  • Tidak mempunyai pendapatan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak mencukupi.
  • Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.

Bantuan Peralatan
Syarat memohon bantuan peralatan :
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Keutamaan diberi kepada penduduk asal Negeri Sabah.
  • Had umur bagi bantuan peralatan adalah 65 tahun dan tidak menghidap sakit kronik.
  • Tidak mempunyai pendapatan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak mencukupi.
  • Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.

Bantuan Tiket & Tambang
Syarat memohon bantuan tiket & tambang
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Keutamaan diberi kepada penduduk asal Negeri Sabah.
  • Tidak mempunyai pendapatan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak mencukupi.
  • Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.

3. Bantuan Bencana Alam
Syarat memohon bantuan bencana alam :
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Keutamaan diberi kepada penduduk asal Negeri Sabah.
  • Tidak mempunyai pendapatan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak mencukupi.
  • Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.
  • Permohonan Bantuan Bencana Alam hanya tertakluk kepada bencana seperti kebakaran rumah dan kemusnahan akibat angin ribut. Permohonan atas sebab Covid-19 tidak akan diterima.
  • Tarikh Kejadian Bencana berlaku.

4. Bantuan Pengurusan Jenazah
Syarat memohon bantuan pengurusan jenazah :
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Keutamaan diberi kepada penduduk asal Negeri Sabah.
  • Tidak mempunyai pendapatan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak mencukupi.
  • Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.


Kategori Pendidikan & Dermasiswa

1. Yuran & Tiket

Yuran Pendaftaran 
Syarat memohon sebagai pemohon bantuan yuran pendaftaran awal pengajian :
  • Had umur pemohon Minimum : 18 Tahun 
  • Had umur pemohon Maksimum : 28 Tahun
  • Permohonan hendaklah tidak melebihi tempoh (6) bulan daripada tarikh pendaftaran semester pertama
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap
  • Borang yang lengkap sahaja akan diproses dan dipertimbangkan
  • Permohonan ini dipohon sekali sahaja untuk sepanjang tempoh pengajian
  • Peringkat pengajian : Sijil, Kursus, Matrikulasi, Asasi, Pra Diploma, Diploma, Ijazah Pertama

2. Tiket & Penerbangan
Syarat memohon sebagai pemohon bantuan tiket penerbangan :
  • Had umur pemohon Minimum : 18 Tahun 
  • Had umur pemohon Maksimum : 28 Tahun
  • Permohonan hendaklah tidak melebihi tempoh (6) bulan daripada tarikh pendaftaran semester pertama
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap
  • Borang yang lengkap sahaja akan diproses dan dipertimbangkan
  • Permohonan ini dipohon sekali sahaja untuk sepanjang tempoh pengajian
  • Peringkat pengajian : Sijil, Kursus, Matrikulasi, Asasi, Pra Diploma, Diploma, Ijazah Pertama
  • Jenis bantuan - Mohon Tiket / Tuntutan Tiket

2. Dermasiswa

Permohonan Dermasiswa Tajaan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

1. Adakah anda penuntut program Sijil/ Asasi/ Diploma/ Ijazah Pertama Sepenuh Masa bagi jurusan Kursus Pengajian Islam?

2. Adakah anda penuntut program Sijil/ Asasi/ Diploma/ Ijazah Pertama Sepenuh Masa yang berkaitan Kursus Pengajian Islam?
Permohonan ini hanya untuk program Sijil/ Asasi/ Diploma/ Ijazah Pertama Sepenuh Masa bagi Kursus Pengajian Islam sahaja.

Kategori Mualaf

Bantuan Am Mualaf
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan telah memeluk Islam dari tahun 2000.
  • Hanya borang yang lengkap sahaja yang akan diproses dan dipertimbangkan.
  • Tahun Memeluk Islam?

Maklumat lanjut tentang Bahaguan Zakat & Fitrah :

MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH (MUIS)
  • Tingkat 5, Blok A, Wisma MUIS, Peti Surat 11666, 88818 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.
  • Telefon: 088-279100
  • Faks: 088-267093/094
  • E-mel: muis@sabah.gov.my

Lukisan Digital Cuya - Lukisan Tanpa Muka

Assalamualaikum
Bismillah

Korang ada join tak Giveaway Contengan Cuya? Alhamdulillah, rezeki tahun 2022 menang giveaway. Dah lama tak join dan memang jaranglah menang hahaha xD

Tidak mengharap juga pun menang sebab nak support member blogger saja. Tetapi tak sangka juga terpilih. Apapun bersyukur sebab bukan senang juga nak buat lukisan digital ni. 

Lukisan Digital Cuya - Lukisan Tanpa Muka

Aku memilih lukisan tanpa muka untuk hadiah giveaway. Mulanya nak lukisan potret berwajah tetapi tak jumpa gambar yang sesuai. 

Inilah hasil tangan Cuya ~

Lukisan Digital Cuya - Lukisan Tanpa Muka


Sekiranya korang berminat dengan lukisan digital korang boleh beli kat Kedai Shopee Cuya ya. Lukisan serendah 0.50 sehingga RM9.00 sahaja. 

Apa itu Insomnia, penyebab dan cara mengatasinya

insomnia

Ada masanya, anda akan berdepan kesukaran untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti dan akhirnya, ia akan menyebabkan anda berasa kelesuan apabila bangun pagi tanpa mengetahui punca insomnia terjadi.

Tentang insomnia

Apa itu insomnia? Insomnia adalah istilah perubatan yang digunakan bagi merujuk kepada masalah berkaitan dengan tidur.

Terdapat beberapa keadaan yang sering dikaitkan dengan masalah insomnia. Antaranya adalah:
  • Sukar untuk tidur
  • Sukar untuk kekal tidur (kerap terjaga)
  • Bangun terlalu awal
  • Bangun dan berasa letih
Menurut Persatuan Psikiatri Amerika (APA), insomnia adalah masalah tidur yang lazim dialami oleh individu di seluruh dunia.
Malah, menurut APA, 1/3 daripada keseluruhan populasi orang dewasa melaporkan mereka mengalami simptom yang berkaitan dengan insomnia. Namun, daripada jumlah tersebut, hanya 6 hingga 10% yang serius sehingga didiagnosis dengan masalah insomnia.

Jika dilihat dari perspektif klinikal, masalah insomnia hanya didiagnosis jika penghidap memenuhi kedua-dua kriteria berikut:
  • Sukar untuk tidur berlaku sekurang-kurangnya 3 malam seminggu dalam tempoh minimum 3 bulan.
  • Kesukaran tidur tersebut mempengaruhi prestasi anda untuk menjalani kehidupan harian.
Insomnia bukanlah sejenis penyakit yang boleh didiagnosis tanpa bantuan doktor. Namun, simptom dan rasa penat setelah bangun tidur boleh memberi klu kepada anda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Rujukan kepada doktor sangat penting memandangkan insomnia boleh menjadi simptom kepada pelbagai jenis penyakit kronik dan mental.

Apakah Penyebab Insomnia?

Oleh itu, mari kita fahami apa itu punca-punca terjadinya masalah insomnia?

1. Tekanan dan kebimbangan

Insomnia boleh muncul apabila anda mengalami tekanan. Masalah di tempat kerja atau sekolah dan kebimbangan tentang pekerjaan, kesihatan, kewangan, keluarga, rakan, atau hubungan boleh menjejaskan tidur anda.

Penyakit yang dihidapi atau kematian orang tersayang atau mungkin isu yang melanda perkahwinan anda – antara isu dan masalah yang membuatkan otak anda bekerja pada waktu malam walaupun anda sedang berbaring di tempat tidur anda.

Dan apabila otak tidak dapat berehat, tidur adalah satu perkara yang mustahil dan menjadi punca insomnia.

Lebih memburukkan keadaan, masalah tidak mendapat tidur yang berkualiti boleh berterusan walaupun selepas masalah anda berlalu.

2. Perjalanan atau jadual kerja

Circadian rhythm mengawal kitaran bangun-tidur anda, membolehkan anda tidur dan bangun.

Sesetengah masalah boleh mengganggu fungsi ini, yang menyebabkan insomnia.

Sebagai contoh, anda melancong melalui pelbagai zon masa yang berbeza, dan anda mengalami jet lag yang teruk; anda bekerja hingga lewat malam atau anda memulakan kerja terlalu awal.

Disebabkan itu, adalah penting untuk merangka jadual waktu kerja yang sihat dan mengambil langkah untuk melegakan simptom jet lag.

Oleh itu, perbanyakan minum air.

3. Tabiat pemakanan

Minum kopi, teh, teh susu atau minuman tenaga pada waktu petang; atau makan terlalu banyak pada lewat makan boleh menimbulkan masalah untuk tidur.

Mengapa? Kafein boleh menyebabkan anda berjaga. Amalkan snek ringan sebelum tidur kerana jika anda makan terlalu banyak, ia akan menyebabkan perut anda tidak selesa apabila anda berbaring.

4. Persekitaran tidur yang tidak selesa

Persekitaran yang tidak selesa juga boleh menyumbang kepada punca insomnia.

Katil atau bantal yang tidak selesa, mahupun bilik yang terlalu panas, sejuk, bising dan cerah juga boleh membuatkan anda sukar tidur.

Oleh itu, cuba ubah keadaan dan persekitaran tidur anda jika boleh. Tutup lampu, beli katil lain, tambahkan selimut lain, atau mungkin hidupkan penyaman udara.

5. Masalah kesihatan

Sesetengah masalah kesihatan boleh menyebabkan insomnia, seperti:
  • Masalah kesihatan mental seperti tekanan, gangguan bipolar, gangguan panik, gangguan tekanan pasca trauma, atau skizofren.
  • Masalah kesihatan fizikal seperti penyakit kronik, penyakit jantung, kanser, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), diabetes, tiroid yang terlalu aktif, arthritis, asma, penyakit parkinson, penyakit alzheimer, dengkuran, tidur berjalan, dan tidur apnea.

6. Ubat-ubatan

Ubat yang anda ambil mungkin mendatangkan kesan sampingan, termasuk insomnia.

Ubat-ubatan ini termasuk jenis antidepresen tertentu, ubat untuk tekanan darah tinggi, ubat sakit, ubat alergi, produk penurunan berat badan, ubat-ubatan untuk merawat asma, dan ubat perangsang yang digunakan untuk merawat gangguan hiperaktif (ADHD) atau narcolepsy.

7. Usia

Apabila meningkat usia, akan berlaku perubahan pada tubuh. Dan masalah insomnia menjadi satu perkara biasa.

Perkara yang berlaku di sekitar anda boleh membuatkan anda lebih mudah terjaga.

Anda juga akan cenderung menjadi tidak aktif apabila sudah meningkat usia. Kekurangan aktiviti boleh menyumbang kepada kurang tidur, dan boleh menyebabkan masalah kesihatan kronik yang lain.

insomnia

Tidak Boleh Tidur Punca Murung Dan 'Anxiety'?

Rasa resah gelisah sebenarnya adalah tindak balas semula jadi badan terhadap tekanan di mana anda berasa takut akan apa yang mungkin terjadi seterusnya.

Keadaan ini menyebabkan simptom umum seperti:
  • Peningkatan kadar degupan jantung
  • Pernafasan menjadi laju
  • Rasa letih
  • Sukar menumpukan perhatian
  • Sukar untuk tidur

Apabila masalah resah gelisah itu tidak dapat dikawal dan mula mempengaruhi aktiviti harian anda, ia boleh jadi penyakit resah yang turut dimanifestasikan dengan:
  • Simptom resah yang ekstrem
  • Mengalaminya lebih dari 6 bulan
  • Mengganggu hubungan sosial dan romantik anda

Menurut Persatuan Kesihatan Mental Amerika, dianggarkan 2/3 rakyat Amerika mengalami stres sehingga menyebabkan mereka susah tidur. 

Mereka juga mendapati bahawa kesukaran untuk tidur boleh menyebabkan masalah seperti kemurungan dan keresahan.

Menurut Terbitan Kesihatan Harvard, masalah tidur mempengaruhi lebih daripada 50% orang dewasa yang didiagnosis dengan masalah keresahan umum.

Tidak cukup tidur boleh menyebabkan masalah keresahan, dan insomnia boleh menyebabkan simptom keresahan menjadi semakin teruk. Apa yang lebih menakutkan lagi adalah, masalah tidur seperti insomnia dan mimpi ngeri boleh berlaku disebabkan oleh keresahan.

Cara Mengatasi Insomnia

Insomnia atau masalah tidur malam sering berlaku terutamanya dalam kalangan masyarakat. Kehidupan bandar yang semakin aktif pada hari ini membuatkan insomnia semakin berleluasa.

Jika tidak diuruskan, dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan tidak cukup tidur kronik yang tentunya memberikan impak pada psikologi dan fizikal. Tanpa tidur yang cukup, otak tidak dapat berfungsi sepenuhnya dan hari-hari yang dijalani menjadi kurang produktif.

Lalu, apa cara untuk mengatasi insomnia? 

1. Bangun & kekal aktif

Jika anda tidak boleh tidur, daripada terus baring di atas katil, anda boleh bangun dan lakukan aktiviti lain seperti membaca atau mendengar musik yang menenangkan. Elakkan bermain telefon bimbit atau menonton televisyen kerana cahaya akan membuatkan anda lebih segar.

Melakukan aktiviti fizikal dapat membantu anda untuk tidur lebih cepat dan lebih baik. Melakukan 30 minit aktiviti berjalan atau berbasikal antara idea yang baik. 

Tetapi elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti berat terlalu hampir dengan waktu tidur kerana ia akan menyebabkan tubuh anda bertenaga dan mengakibatkan anda tidak boleh tidur awal.

3. Amalkan pemakanan sihat dan senaman

Pemakanan yang sihat dan senaman berkala membantu anda tidur dengan lebih mudah. Terlalu banyak makanan bergula atau bergaram boleh merangsang metabolisme anda, seterusnya mengganggu tidur.

Sudah tentu! Kafein sebelum tidur perlu dielakkan. Selain membantu mudah tidur, mengambil minuman bergula secara umumnya tidak sihat sebelum tidur.

Setiap apa yang anda makan dan juga minum turut boleh mengganggu tidur anda.
  • Elakkan kopi atau teh beberapa jam sebelum waktu tidur.
  • Seimbangkan air yang anda ambil. Tidak mengambil air yang secukupnya boleh menyebabkan anda haus, manakala, mengambil terlebih air akan membuatkan kerap pergi ke tandas.
  • Hindari minuman beralkohol.
  • Jangan makan makanan yang berat sebelum tidur. Ini boleh membuatkan anda tidak selesa untuk berbaring. Pilih snek ringan untuk elakkan dari daripada lapar.

4. Hentikan suara-suara dalaman

Kebiasaannya, anda terlalu banyak berfikir tentang masalah kerja, keluarga atau perubadi. Bahkan berfikir tentang insomnia juga boleh menyebabkan insomnia. Sila ingat bahawa minda yang aktif tidak akan membenarkan badan anda tidur. Cuba hilangkan atau lupakan fikiran tersebut sebelum tidur.

Teknik relaksasi seperti senaman pernafasan dan relaksasi otot secara progresif. Kaedah tersebut boleh merendahkan tahap keresahan seseorang semasa hendak tidur. Teknik relaksasi lain adalah mandi menggunakan air panas dan meditasi.

5. Berkongsi

Akhir sekali, jika semua usaha anda masih gagal, kongsikan dengan orang terdekat sama ada keluarga, kawan-kawan atau doktor. Berkongsi masalah boleh membantu fikiran anda untuk lebih tenang. Selain mencari solusi, berkongsi itu sendiri mungkin merupakan solusi kepada insomnia yang anda sedang hadapi.

6. Tukar tabiat tidur

Cuba untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Amalkan setiap hari selama seminggu; pada hujung minggu, atau pada hari kerja biasa, walaupun anda merasakan anda tidak mendapat tidur yang secukupnya.

Ada masanya, adalah lebih baik untuk anda tidur hanya ketika anda keletihan. Anda juga boleh tidur lebih lambat dari biasa jika ia membantu anda tidur dengan lebih cepat.

Elakkan menonton televisyen, menggunakan telefon, tablet atau komputer sebelum tidur. Ia akan menyebabkan otak akan bekerja walaupun anda sudah berbaring. 

Sebaiknya, cuba untuk rehatkan tubuh dan minda. Anda boleh mandi dengan air panas, mendengar muzik, atau minum segelas susu panas, ini antara aktiviti yang dapat meningkatkan kualiti tidur anda.

Jangan terlalu memaksa diri untuk tidur, hindari dari terlalu melihat jam. Jika anda tidak boleh tidur, bangun dan cuba untuk membaca buku, ia mungkin dapat membantu anda tidur lebih cepat.

7. Cipta persekitaran tidur yang lebih baik

Persekitaran tidur juga boleh menjejaskan tidur anda. Oleh itu, sebaiknya ubah suai suasana bilik tidur agar lebih menenangkan.
  • Gunakan topeng mata (eye mask) untuk mengelakkan cahaya.
  • Pastikan suhu bilik bersesuaian, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
  • Pertimbangkan untuk memakai fon telinga (ear phone) jika bilik anda bising.
  • Gunakan tilam dan bantal yang anda gemari.
  • Jika anda tidur bersama individu lain, pastikan anda berdua selesa.

8. Kurangkan tidur waktu siang

Tidur waktu siang mempunyai kaitan dengan tidur malam. Jika anda terlebih tidur pada waktu siang, anda akan mendapat kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Jika anda perlu dan ingin tidur pada waktu siang, pastikan ia adalah sekejap.

Kesimpulannya

Insomnia adalah masalah yang lazim dialami terutamanya jika seseorang itu menghidap penyakit kronik atau mental.

Bergantung kepada simptom mana yang dialami dahulu, seseorang itu mungkin berasa resah kerana tidak boleh tidur atau mereka tidak boleh tidur kerana berasa resah.

Sekiranya anda mengalami masalah yang sama, rujuk doktor perubatan bertauliah untuk tindakan selanjutnya.


Rujukan :

Tetap Anak Mak Walaupun Dah Bergelar Isteri

Assalamualaikum
Bismillah

Dah nak hampir setahun berumah tangga dan bergelar isteri. Memang banyak sangat perubahan setelah menjadi seorang isteri. Dulu bujang nampak mak yang urus keperluan rumah dan sebagainya. Apabila dah bergelar isteri apa yang mak buat dulu itulah yang aku buat sekarang.

Tetap Anak Mak Walaupun Dah Bergelar Isteri

Bila fikirkan kami 8 orang adik-beradik betapa kuatnya mak dan banyak sangat pengorbanan yang mak buat untuk kami semua. Begitu juga dengan pengorbanan ayah. Pengorbanan ayah yang betul-betul merasainya sudah tentulah suami. 

Selain itu, aku juga menantu kepada mertua. Memang tak sama didikan ibu kita sendiri dengan ibu mertua kita. Jadi sudah tentunya didikan suami juga berbeza. Cara suami pun berbeza. 

27 tahun hidup dengan keluarga. 27 tahun suami hidup dengan keluarganya. Sekali berkahwin dan tinggal serumah. Usia perkahwinan tak sampai setahun memang tak boleh expect suami isteri terus adapt dengan perubahan.

Alhamdulillah syukur sangat sebab mak mertua sangat memahami, penyayang dan layan menantu ibarat anaknya juga. Walaupun kami suami isteri berjauhan dengan keluarga tetapi kami sentiasa menghubungi mereka.

Itulah ibu - tetap anak mak walaupun dah bergelar isteri.

Siang malam tanya khabar anak sihat atau tidak. Dah makan atau belum. Cuaca okay atau tidak. Selalu kirim pesan selalu jangan kuat tidur haha. 

Bukan aku saja. 

Mak mertua juga sama, selalu bertanya khabar suami. Kerja suami okay atau tidak. Dah makan atau belum. Tetap anak mak juga walaupun dah pegang gelaran suami.

Betapa indahnya ikatan keluarga tu kan.

Saja nak cerita santai. Baru saja chat dengan mak.


Pengalaman Tampal Gigi Klinik Pergigian Izzah di Pontian Johor

Assalamualaikum
Bismillah

Ini kali ketiga aku ke klinik pergigian swasta Izzah. Kali ini aku pergi bersama suami. Suami dah lama sakit gigi, cuma tiada kesempatan masa untuk pergi klinik pergigian lagi.

Alhamdulillah, hari Jumaat lalu kami dapat pergi ke klinik. Suami bercadang untuk cabut gigi, manakala aku pula nak tampal gigi.

Memang dah lama bercadang nak tampal selepas aku scalling beberapa bulan yang lalu. Aku rasa tidak selesa sebab setiap kali nak makan pasti sisa makanan tu melekat kat lubang gigi.

Sebelum ini lubang gigi tak besar sangat, tetapi apabila selalu mengunyah semakin hari lubang tu pun semakin membesar.

Setelah selesai pendaftaran, nama aku dipanggil dahulu. 

tampal-gigi-klinik-swasta

Pengalaman Tampal Gigi Klinik Pergigian Dr Izzah di Pontian Johor

Pertama sekali doktor Izzah akan buat pemeriksaan gigi dahulu untuk lihat bahagian mana yang perlu ditampal. Biasanya doktor akan terangkan dahulu kesihatan gigi pesakit macam mana.

Misalnya macam aku, ada 3 batang gigi yang perlu ditampal. Tetapi aku memilih untuk tampal 2 batang gigi sahaja. Gigi yang berlubang tu tak sakit lagi. Kiranya lubang belum sampai ke gusi atau permukaan akar.

Semasa proses tampalan, pesakit akan dipakaikan cermin mata (goggles). Aku memang tak rasa sakit semasa proses tampalan gigi tu. Doktor mengambil masa selama 20 - 30 minit juga untuk tampal 2 batang gigi. 

Aku memang tak rasa apa-apa walaupun lubang gigi aku dikorek-korek haha. Mungkin sebab lubang gigi aku belum teruk kot. 

Seperti biasa servis Doktor Izzah memang terbaik! Pembantu doktor juga memang cekap. 

Dah siap tampal. Giliran suami aku pula cabut giginya. Tak sampai 10 minit suami dah keluar. Memang cepat. 

Aku tanya suami, sakit tak? Katanya tak sakit dan dia puji Doktor Izzah sebab tidak rasa apapun walaupun sewaktu dibius. So katanya memang bagus servis Klinik Pergigian Dr Izzah.


Harga Rawatan di Klinik Pergigian Izzah

  • Examination / Check up & Consultation : RM20 - 30
  • X-Ray : RM50

Scaling & Polishing

  • Children : RM40 - 80
  • Adult : RM90 - 200

Extraction Adult (Cabut Gigi Dewasa)

* Fee includes local anaesthesia & analgesic : RM80 - RM200
  • Surgical extraction : RM210 - 400
  • Additional local anaesthesia (Bius) : RM10
  • Antibiotic : RM20
  • Analgesic (painkillers) : RM15

Extraction Children (Cabut Gigi Kanak-Kanak)

  • Topical : RM50
  • Local anaesthesia (bius) : RM60 -70

Minor Oral Surgery

* Fee includes local anaesthesia & antibiotic/analgesic
  • Dry socket treatment :RM 60
  • Management of post operative bleeding : RM70
  • Incision and drainage : RM100
  • Impacted Wisdom Tooth : RM700 - RM1200

Filling Adult

  • Temporary dressing : RM60 - RM70
  • Permanent filling :
  • - RIVA : RM80 - RM150
  • - Composite : RM100 - RM200
  • Composite Veneer : RM350
  • Glass Veneer : RM600

Filling Children

  • Temporary dressing : RM40 - RM50
  • Permanent filling :
  • - Anterior (Gigi hadapan) : RM70
  • - Posterior (Gigi belakang) : RM60

Preventive Treatment

  • Topical Fluride Application : RM20 - RM30
  • Fissure Sealant : RM80

Root Canal Treatment (RCT)

  • Pulpotomy for deciduous tooth : RM150
  • Anterior : RM600 - RM700
  • Premolar : RM700 - RM800
  • Molar : RM850 - RM1200

Crown and Bridges

  • Re-cementing crown / bridge : RM50
  • Post (fibre post / paracore cement : RM100 - RM300
  • Fibre - Reinforced crown / bridge (FRC) : RM600
  • Bridge per unit :
  • - Porcelain bonded to non - previous metal (PFM) : RM800
  • - Full Porcelain (E Max) : RM1100

Secara keseluruhan harga untuk tampal gigi ialah RM80. Jadi untuk tampal 2 batang gigi adalah sebanyak RM160. Manakala harga rawatan untuk cabut gigi geraham bongsu ialah RM140. 

Jumlah keseluruhan yang dibayar ialah RM300 (termasuk ubat tahan sakit & kapas).

Aku memang puas hati mendapatkan rawatan gigi di Klinik Pergigian Dr Izzah. Aku memang cadangkan juga kepada warga Pontian untuk singgah ke sini.


Untuk maklumat lanjut :

Klinik Pergigian Izzah, di Pontian Johor
Alamat: 
1, Jalan Emas 3, 
Pusat Perniagaan Kota Emas, 
82000 Pontian, Johor

Waktu Rawatan 
Isnin - Ahad : 9.00 Pagi - 6.00 Petang (Buka Setiap Hari)
Rehat : 1.00 - 2.30 Petang

TUTUP PADA CUTI UMUM

No Untuk Dihubungi / Tel
  • Email : izzahdental@gmail.com
  • +607-678 3063
  • +6012-7117464

Website 
  • klinikpergigianizzah.com

Tips Untuk Mengelak Daripada Malas Berblogging

Assalamualaikum
Bismillah

Kebelakangan ini ada tak perasaan malas berblogging dan berasa kurang produktif dalam menulis blog? Biasalah, menulis ini pun ada kalanya mood macam roller coaster ada turun naiknya.

Tapi kalau malas sampaikan blog bersarang labah-labah tak ber'update, then you need to do something. 

Tips Untuk Mengelak Daripada Malas Berblogging

Tetapi salah satu sebab mengapa kebanyakkan bloggers gagal dalam berblog adalah kerana sikap MALAS itu sendiri.

Gagal dalam berblog di sini bermaksud "tutup blog" ataupun "berhenti berblog". Memang betul, ada kalanya kita ketandusan idea dan berasa kurang motivasi untuk menulis sesuatu. Dan kalau korang berada dalam situasi begini, jangan risau. 

Di sini aku ada beberapa tips untuk mengelak daripada malas berblogging. Antaranya ialah :

1. Dapatkan sumber atau idea untuk menulis

Alasan kebanyakkan blogger jadi malas untuk berblog adalah kerana kekurangan idea dan tak tahu nak tulis apa di blog.

Ada banyak cara untuk kita mendapatkan sumber atau idea untuk menulis. Salah satunya adalah dengan blogwalking kat blog orang lain. Daripada entry bloggers lain pun kita boleh jana idea baharu, TETAPI JANGAN PLAGIAT! 

Selain itu, kita juga boleh mendapat ilham untuk menulis berdasarkan pengalaman yang pernah kita alami. Contohnya seperti pengalaman bercuti ke suatu tempat yang menarik. 

Bukan itu saja, kita boleh dapatkan sumber daripada menonton televisyen dan juga membaca. 

Dengan tips ini kita akan dapat mengelakkan diri daripada malas berblogging sebab kebanyakkan blogger kekurangan idea dan sumber untuk menulis menyebabkan mereka kurang bermotivasi untuk menulis.

2. Tetapkan Masa Untuk Menulis

Dalam penulisan blog juga amatlah penting sekiranya blogger menetapkan berapa masa yang diperuntukkan untuk sesuatu artikel. Apabila kita telah menetapkan masa untuk menulis, maka kita akan jadi berdisiplin dan konsisten.

Dan sekiranya kita tidak sempat untuk publish entri, sekurang-kurangnya kita sudah punya bayangan tentang apa yang kita mahu kongsi dalam blog.

Salah satu tips untuk aku tetapkan masa adalah dengan membahagikan waktu tertentu untuk aktiviti berblog. Sebagai contoh, tetapkan berapa lama masa untuk menulis sesuatu entri? Berapa tempoh masa untuk blogwalking dan beramah-mesra dengan bloggers lain?

Tetapkan masa untuk membalas komen para pembaca yang setia dan juga berapa lama masa yang diperlukan untuk kerja-kerja penambahbaikan dalam blog?

Korang kena cari masa bila korang rasa motivasi untuk menulis blog. Sebagai contoh, korang peruntukkan selama 30 minit untuk blogwalking. Dengan membaca blog rakan yang lain mungkin korang akan lebih bermotivasi untuk menulis.

3. Ingat Kembali Matlamat Menulis Blog

Cuba kenang dan throwback kembali zaman-zaman keghairahan untuk menulis blog. Apakah faktor yang mendorong kita pada suatu ketika dahulu untuk menulis blog? Adakah sekadar untuk suka-suka? Adakah kerana ingin mendapatkan pendapatan sampingan?

Adakah kerana minat dan hobi? Dan sebagainya. Fikirkan kembali matlamat kita menulis blog, Insya'Allah kita akan kembali bersemangat dan bermotivasi untuk menulis.

Matlamat aku berblog adalah menjadikan blog sebagai medan perkongsian ilmu disamping memperbaiki cara penulisan blog.

4. Tulis Apa Yang Korang Suka

Abaikan apa yang orang lain fikir dan tulis apa yang kita suka dan buat kita rasa nyaman. Kadang kala apabila tengok blog orang lain pageview dah berjuta, income dah puluhan USD tu just abaikan sahaja. 

Perbandingan membuatkan kita rasa semakin ketinggalan. Tidak salah untuk jadikan sesebuah blog itu sebagai motivasi untuk capai seperti blogger tersebut. 

Tetapi jangan sesekali membandingkan blog kita dengan blog orang lain. Percayalah blog kita ada keunikan dan personalitinya tersendiri. Tulislah apa yang kita suka walaupun mungkin topik yang kita pilih tidak dibaca oleh ramai orang. 

5. Berehat dan Jangan Paksa Diri Untuk Menulis

Sesuatu yang dipaksa ini tidak akan bertahan. Sekali sekala ambil masa untuk berehat dari dunia blog. Tutup laptop dan buat aktiviti yang korang suka. Luangkan masa dengan keluarga dan sahabat.

Salah satu cara aku selalu buat adalah menonton anime kegemaran aku. Selain itu aku suka menonton channel youtube reaction untuk kurangkan rasa stress apabila seharian penat menghadap laptop.

Idea kebanyakkan akan muncul apabila kita rasa senang dan gembira. 

6. Post Artikel Secara Berjadual

Ramai blogger yang buat schedule posting. Apabila ada idea yang datang mencurah-curah mereka terus tulis dan tetapkan masa bila untuk post artikel tersebut di blog.

Cara ini akan menjimatkan masa korang untuk menulis. Bahkan sekiranya korang tiada masa ataupun sibuk, korang dah ada artikel yang nak diterbitkan. 

Ada beberapa orang blogger yang aku kenal menggunakan cara ini. Mereka tetapkan posting jam 8 pagi setiap hari. Kemudian dorang boleh buat apa yang dorang suka sepanjang hari dan tak perlu fikir sangat dah update blog atau belum.

7. Enjoy Your Blogging!

Come on! Blogging nie bukanlah perlu serius setiap saat. Nanti akan bertambah kedut di muka. Hehe~ Cuba untuk rasa seronok apabila menulis blog. Bayangkan yang kita sedang bercerita dengan seseorang. Be passionate about the topics you would like to share!

Jadilah seorang yang optimistik dalam berblog. Terdapat bloggers di luar sana yang berhenti blogging kerana mereka terlalu fokus untuk mendapatkan hasil ataupun outcome dalam berblogging.

Contohnya, blogger yang menetapkan matlamat untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Apabila mereka tidak mendapat income atau mencapai matlamat yang ditetapkan maka mereka berhenti berblog.
Remember, profitable blogs are not made overnight (don't try to be fooled by those "guru" telling you to be rich overnight)

Ada banyak lagi tips blogging sebenanya, tetapi TIADA SIAPA YANG DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK BERHENTI MENJADI MALAS MELAINKAN DIRI ANDA SENDIRI. 

Mungkin korang ada lebih banyak idea ataupun cara yang lebih baik berbanding ini tentang cara-cara untuk mengelak diri daripada malas berblogging. Bolehlah share tips kat komen untuk bertukar-tukar pendapat dan idea.

So, korang pula bagaimana cara mengatasi masalah malas dalam berblogging nie?

Cara Renew Debit Card Cimb Expired (Tukar Kad ATM Cimb di Kaunter/Online)

Assalamualaikum
Bismillah

Korang dah semak tarikh expired kad cimb? Adakah kad cimb korang dah tamat tempoh? Ada beberapa cara untuk renew kad debit/atm iaitu secara online atau pergi ke cawangan Cimb yang terdekat. 

Sekiranya debit card cimb korang nak tamat tempoh dalam masa 3 bulan korang dah boleh memohon tukar kad debit/atm yang baru.

Cara Renew Debit Card Cimb Secara Online

1. Isi borang di CIMB Debit Card Renewal

2. Masukkan 6 nombor digit terakhir IC korang (Last 6-Digit of NRIC Number). Contoh : 101234

3. Masukkan 4 nombir digit terakhir kad debit/atm korang. (Last 4-Digit of Debit Card Number). 

4. Kemudian tekan butang ‘PROCEED’

5. Korang akan menerima OTP (One-Time Password) melalui SMS. Masukkan OTP dan tekan butang CONFIRM untuk tujuan verifikasi.

6. Seterusnya, pilih ‘Renew my debit card and deliver it to me’. Tekan butang ‘PROCEED’ untuk ke langkah seterusnya.

7. Untuk langkah seterusnya, korang perlu semak alamat terkini. Jika alamat yang dipaparkan adalah berbeza dengan alamat terkini, pilih ‘Mailing Address’ dan masukkan alamat di mana korang inginkan kad dihantar.

8. Semak alamat untuk kali terakhir dan tekan butang  ‘YES’ untuk sahkan permohonan. Korang akan terima kad debit CIMB yang baru dalam tempoh 14 hari bekerja.

Pada mulanya aku guna cara secara online tetapi maklumat nombor telefon pula masih menggunakan nombor telefon lama dan belum dikemaskini. Jadi aku terpaksa ke kaunter Cimb untuk tukar kad debit/atm yang dah tamat tempoh.

Cara Renew Debit Card Cimb Expired (Tukar Kad ATM Cimb di Kaunter/Online)

Cara Renew Debit Card Cimb di Kaunter Cimb Bank

Aku tukar kad debit cimb di cawangan Cimb Bank Pontian Kechil. Aku pergi dalam jam 4 petang. Masa nie memang tak ramai orang. Tak perlu ambil nombor sebab ada pegawai yang akan guide korang juga.

Korang akan diberi 1 borang untuk diisi. Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti :
  • Nama penuh
  • No kad pengenalan
  • Nombor Kad Debit/ATM
  • Nombor akaun bank 
  • Tarikh expired kad
Dah siap isi. Korang tunggu giliran untuk dipanggil ke kaunter. Sediakan Kad Pengenalan untuk pengesahan jap cari di kaunter.

Borang korang akan dikembalikan dan korang akan diminta untuk ke kaunter pegawai lain yang akan bagi kad debit/ATM baru.

Pegawai tu akan bagi kertas yang mempunyai Nombor Keselamatan (PIN Kod ATM sementara). Dalam masa 24 jam korang kena tukar PIN ke Nombor PIN ATM baru. 

Korang masukkan Kad Debit/ATM baru ke Mesin ATM. → Pilih bahasa → Masukkan nombor keselamatan (yang pegawai bagi). Kemudian, tukar PIN ke Nombor PIN korang sendiri. Dah siap resit akan diprint sebagai rujukan.

Sekiranya korang menggunakan aplikasi Cimb Clicks, korang kena kemaskini nombor kad debit dan nombor pin ATM di laman Cimb Clicks dahulu baru korang boleh login di apps cimb clicks macam biasa. 

Cara Renew Debit Card Cimb Expired (Tukar Kad ATM Cimb di Kaunter/Online)
1. Login Cimb Clicks (view dekstop ya)

2. Masukkan nombor kad debit yang baru serta nombor pin atm.

3. Klik 'agree and continue'. Dah siap!


Pada pendapat aku, tukar di kaunter lebih baik sebab kita terus dapat kad baru dan boleh ke mesin ATM untuk tukar nombor pin atm. 

Jadi kalau korang renew kad debit/atm secara online ada kemungkinan risiko untuk kad hilang semasa proses penghantaran. 

Tidak dinafikan renew secara online sangat memudahkan tetapi untuk urusan penting yang melibatkan kad pengenalan atau kad atm aku lagi prefer pergi ke kaunter supaya lebih selamat dan terjamin. 

Apapun inisiatif untuk renew kad yang expired secara online nie sangat bagus bagi mereka yang memang tiada masa untuk ke kaunter. 


Untuk maklumat lanjut :

Sila hubungi CIMB di +603 6204 7788 (tempatan atau luar negara) atau kunjungi mana-mana cawangan CIMB Bank untuk membuat laporan dengan segera jika mengetahui bahawa CIMB Debit Mastercard anda hilang atau dicuri.

Lokasi CIMB Terdekat

Jika korang ingin mengunjungi kaunter CIMB terdekat, sila rujuk lokasi melalui senarai ini:


Hadiahkan Suami SonicGear Titan 7 Pro BTMI Bluetooth Speaker

Assalamualaikum
Bismillah

Pada mulanya aku tidak plan pun nak beli speaker. Aku cuma nak beli mini bluetooth speaker yang murah-murah saja untuk laptop aku since earphone aku rosak. 

Kemudian, suami excited jugalah tunjukkan speaker favourite dia hahaha~ Aku memang ada terfikir jugalah nak hadiahkan suami speaker favourite dia. Tetapi to be honest aku takut beli barang-barang elektrik yang mahal secara online. 

Harga tu tiada masalah juga tetapi kalau tengok review dan servis penghantaran yang kurang baik daripada feedback pembeli. Aku cancel beli speaker yang suami mahu tetapi aku nak juga beli speaker. 

So suami cadangkan beli yang lagi murah tetapi brand yang sama.

Setelah buat beberapa perbandingan harga dan review. Aku buat keputusan untuk belikan suami SonicGear Titan 7 Pro BTMI Bluetooth Speaker.

SonicGear Titan 7 Pro BTMI Bluetooth Speaker

SonicGear Titan 7 Pro BTMI Bluetooth Speaker 7 Light Effect 

  • Audio Compatibility : Mobile, PC & Laptop
  • Warranty Duration : 12 Months
  • Warranty Type : Manufacturer Warranty
  • Input Connectivity : Auxillary Input, Stereo, USB
  • Bluetooth Function : Yes
  • Smart Speaker : No
  • Speaker Type : Computer Speakers
  • Connection Type : Wired

Specification

  • Bluetooth 4.2
  • Aux in
  • FM radio
  • USB input
  • SD Card
Satellite's Driver size: 2 x 3"
  • Satellite's Frequency Response: 180Hz - 20KHz
  • Satellite's Output Power (RMS): 5W x 2
  • Satellite's Impedance: 4 Ω
  • Subwoofer's Driver size: 5"
Subwoofer's Frequency Response: 40Hz - 200Hz
  • Subwoofer's Output Power (RMS): 15 W
  • Subwoofer's Impedance: 4 Ω
  • Total system power: 50 W
  • Pure system power (RMS): 25 W
  • 1 year warranty
Sumber : Sonic Gear

Review SonicGear Titan 7 Pro BTMI Bluetooth Speaker with Aux, SD Card, FM Radio, USB


Review & Rating Pembeli : 4.9 out of 5 / Kebanyakkan bagi feedback yang positif beli speaker di DMB TECH SDN BHD. Apabila ramai yang bagi positif review nie rasa yakin sikit nak beli di kedai shopee nie.

Penghantaran : Dari segi penghantaran pula, aku order barang pada 03 October dan seller shipping barang pada hari yang sama juga. Memang pantas! Penghantaran menggunakan Shopee Xpress (West Malaysia). Sampai kat rumah pada 05 October. Memang terbaiklah!

SonicGear Titan 7 Pro BTMI Bluetooth Speaker

Packaging : Dari segi pembungkusan memang terbaik!  Siap ada sticker fragile dan bubble wrap tebal. Memang puas hatilah. Ada sticker untuk kita rakam semasa unboxing, bukti sekiranya berlaku kerosakan. Jadi, tiada masalah kalau nak refund.

Seller : Disebabkan seller sangat cepat dan efisien, jadi memang no komen untuk seller. Sangat responsif dan pantas setakat ini.

My Review :
Aku tak berapa pandai sangat buat review gadget ni. Setelah barang dah sampai kat rumah, selepas unboxing, Alhamdulillah tiada sebarang kerosakan dari luar. Barang sampai dengan baik dan cepat tak sampai 3 hari.

Disertakan sekali card warranty dan free gift. Barang lengkap dan tiada yang kurang. Speaker sampai sama seperti yang diiklankan di shopee. 


Kalau tengok dalam gambar korang boleh nampak ada MODE untuk bluetooth dan radio. Boleh masukkan SD Card dan USB Input / Pendrive. On/Off power button dan audio input/output ada di belakang Subwoofer.


Untuk plug pula jenis Plug 2 Pin. Seller sertakan juga AUX Cable untuk sambung ke laptop atau handphone sekiranya korang tak guna bluetooth. 

Ada yang kata boleh sambung ke TV tetapi di rumah aku tiada TV. Jadi tak dapat nak cuba. LED light effect berfungsi dengan baik. Boleh tukar warna sangat menarik dan best kalau guna pada waktu malam. 

Dari segi kualiti bunyi pula, kalau pendapat aku boleh tahan jugalah kuat dan bass pun mantap. Cuma kalau dari perspektif suami pula katanya banyak jugalah kekurangan dia. Kalau setakat nak dengar lagu dan pasang movie tu so far okay jugalah.

Aku pun memang tak memilih sangat juga pun. Tetapi kalau nak kualiti lagi baik better beli SonicGear Titan 11. Kami pun guna untuk dengar lagu saja. Memang sesuai jugalah untuk bilik yang kecil. 

Alhamdulillah, suami suka juga. 

Aku memang recommend juga korang untuk beli sekiranya korang nak speaker yang murah dan berkualiti. Memang berbaloi beli di Kedai Shopee DMB TECH SDN BHD

Sekiranya korang berminat untuk SonicGear Titan 7 Pro BTMI, boleh beli di Shopee. Aku sertakan link di bawah ya.

© all rights reserved
made with by templateszoo