2026 Reading Challenge: Hidupkan Semula Minat Membaca

 

2026 Reading Challenge


Tahun 2026 datang dengan semangat baru, dan bagi sesiapa yang minat membaca, ia adalah peluang terbaik untuk menstrukturkan kembali hobi lama ini.

Korang macam aku tak—suka beli buku, tapi membaca kadang-kadang tertangguh? Haha, aku memang gitu. 🤭

Aku ni jenis yang baca perlahan. Ada buku yang ambil masa berbulan-bulan nak habis, terutama buku bukan fiksyen atau buku ilmiah yang memerlukan fokus lebih. Tapi kalau novel atau buku cerpen, cepat je habis sebab ceritanya mengalir dan lebih seronok.

Cuma aku dah kurang minat ke arah buku fiksyen.

Salah satu cabaran terbesar bagi aku adalah konsisten membaca. Masa sekolah dulu, membaca jadi rutin harian — sama ada sebab ada tugasan atau memang minat. Lepas tu, bila masuk alam kerja atau dah dewasa, buku kadang-kadang cuma jadi hiasan rak je, cantik je tersusun tapi tak disentuh.

Mungkin ramai yang alami situasi sama: beli buku lebih senang daripada habiskan buku. Dalam dunia moden ni, memang godaan digital banyak — media sosial, video pendek, hiburan online lain. 

Semua tu cepat ja tarik perhatian kita. 

Oleh sebab tu, aku rasa tahun 2026 ni peluang terbaik untuk bangunkan balik disiplin membaca. Bukan soal berapa banyak buku habis, tapi tentang pengalaman, pengetahuan, dan keseronokan yang kita dapat sepanjang membaca.

Aku nak baca dengan lebih santai, nikmati setiap perkataan, tapi tetap konsisten. Tahun ni aku nak rasa semula keseronokan membaca macam dulu, masa sekolah dulu.

Btw jangan lupa follow aku sini ya Goodreads


2 comments

  1. Good luck, entri terbaik..membaca itu jambatan ilmu..harus membaca, pasi membaca informasi dari phone atau buku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Betul tu 👍 membaca memang jambatan ilmu, tak kisah dari buku atau phone, asalkan kita dapat manfaat

      Delete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.