Kalau ikutkan azam tahun ini, aku nak lebih rajin blogwalking, komen, dan update blog sendiri. Tapi aku sedar sesuatu: bila blogging dah jadi kerja atau sumber pendapatan, interaksi dengan kawan-kawan blog seriously berkurang.
Otak ni selalu fokus cari idea nak menulis, fikir konten yang boleh menarik traffic atau engagement. Itulah kesan selepas aku berhenti menulis sebagai blogger sepenuh masa.
Mindset ni berbeza dengan mereka yang menulis sekadar hobi. Bila hobi jadi kerja, perkara yang dulu menyeronokkan kadang jadi rumit. Nak tulis entri simple pun rasa macam “tak cukup bagus” atau “kurang content”.
Mindset ni berbeza dengan mereka yang menulis sekadar hobi. Bila hobi jadi kerja, perkara yang dulu menyeronokkan kadang jadi rumit. Nak tulis entri simple pun rasa macam “tak cukup bagus” atau “kurang content”.
Macam tadi, aku cuma nak tulis ringkas dan pendek, tapi akhirnya jadi panjang juga sebab rasa tak selesa bila menulis pendek saja.
Orang luar mungkin tak nampak kesan bila blogging dah jadi kerjaya. Kita kena fikir strategi, idea, SEO, engagement, kadang-kadang sampai lupa nikmati proses menulis. Tapi bila mood blogwalking ON, rasa balik macam dulu-dulu: tulis sebab suka, baca blog kawan sebab nak tahu cerita mereka, bukan sebab KPI atau target.
Hari ni aku banyak baca artikel kengkawan. Ada yang menulis setiap hari, ada yang jarang-jarang, dan ada yang aku tengok dah lama tak update blog. Tapi satu benda yang menarik perhatian aku ialah blog yang letak widget top commentators.
Macam mana korang boleh komen sampai puluh-puluh dan ratusan dalam sebulan? Respect sangat! Aku kalau nak komen 1-5 entri pun rasa macam banyak dah.
Nak tanya korang kalau blogwalking berapa blog korang baca? Kadang sehari aku cuma sempat baca 1-5 blog sahaja. Aku suka baca artikel yang kena dan related dengan diri aku. Baru semangat sikit nak komen walaupun entri tu 5 atau 10 tahun lepas.

0 comments
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.