Sejujurnya, aku baru-baru ni je kenal blog KSarie. Itupun selepas blogwalking dan ternampak nama beliau di ruangan komen kawan-kawan blog yang lain.
Bila blogwalking ke blog KSarie, barulah perasan rupanya aku masih belum follow blog ni. Aku memang suka baca artikel berkaitan buku. Tahun ni pula aku berazam nak aktif balik dan kemas kini Reading Challenge Goodreads. Tahun lepas aku join juga, tapi langsung tak update.
Bila tengok KSarie post tentang bacaan tahun 2025, terus rasa tertarik nak membaca kembali.
Beberapa hari yang lalu, KSarie ada tinggalkan komen di blog aku untuk bertanya tentang servis upgrade blog. Jadi aku pun tinggalkan emel sekiranya beliau berminat nak buat servis blog.
Walaupun aku dah beberapa bulan tinggalkan kerjaya sepenuh masa, tapi kalau kawan-kawan blogger bertanya tentang blog atau servis berkaitan, aku masih lagi open untuk itu.
Selepas berbincang dan bertukar idea, inilah hasil template baharu Blog Bidasari.
Dari segi warna dan konsep, Blog Bidasari masih kekal dengan identiti lembut dan feminin, tapi kali ni nampak lebih moden. Tak terlalu sarat dengan elemen yang berat, jadi loading blog pun rasa lebih laju dan ringan bila diakses.
Bahagian sidebar pula disusun ringkas—tak terlalu penuh, tapi cukup untuk paparkan widget penting seperti profil ringkas, senarai artikel dan label asas. Susunan ni memudahkan pembaca untuk kenal penulis serta jelajah kandungan lain dalam blog tanpa rasa serabut.
Apa yang aku paling suka, KSarie sangat terbuka untuk berbincang dan berkongsi pendapat sepanjang proses upgrade ni. Senang bekerjasama dan jelas dengan apa yang dia mahukan untuk blog sendiri. Bila pemilik blog tahu hala tuju blog mereka, proses nak siapkan template pun jadi jauh lebih lancar.
Secara keseluruhan, Blog Bidasari sebenarnya memang dah berada pada tahap yang baik. Cuma kali ni aku lebih fokus kepada naik taraf dari segi teknikal, seperti pemasangan Google Analytics, Google Search Console, serta kemas kini berkaitan Google AdSense supaya blog lebih bersedia dari sudut prestasi dan pemantauan.
Aku doakan Blog Bidasari terus berkembang dan konsisten berkongsi entri menarik selepas ni ✨Korang jangan lupa follow dan singgah Blog Bidasari tau!

0 comments
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.