Awal lagi mood nak menulis. Baru ja siap blogwalking blog kawan-kawan yang lain. Tahun ini nak lebih aktif berinteraksi dengan blogger yang lain. Mungkin juga akan aktif menulis review blog. Nak kenal lebih ramai blogger lagi.
Aku tak pastilah kalau korang perasan, sejak kemunculan AI dan perubahan algorithm yang mendadak nie, environment blogger pun dah berubah. More to menulis macam blogging dulu-dulu. Sedikit kurang yang menulis ala-ala seo nie.
Even blogger baru pun mostly dah senang nak lulus adsense. Malah ada yang tak ber'domain tapi senang naik ke enjin carian asalkan konsisten update.
It's a good thing right? Ada kebaikan juga—blogging jadi lebih “natural” sebab ramai dah tulis ikut minat, pengalaman, atau story sendiri, bukan sekadar SEO keyword-stuffed. Jadi, pembaca dapat content yang lebih authentic.
Cuma berbeza dengan rakan blogger yang dari dulu menulis dan berharap kepada income dari platfor menulis terutama blog. Aku dah ramai kenalan yang dahulu menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sekarang dah beralih ke media sosial.
Kalau nak harap blog macam dulu memang susah sikit nak survive.
Macam yang orang lain selalu kata, menulis ja tak perlu fikir trafik dan income. Hmm for me bolehlah kalau orang yang tidak fokus menulis untuk sumber pendapatan. Ada kerja tetap yang lain yang boleh cover perbelanjaan bulanan dan tanggungan kita.
Tapi kalau kita bergantung pada blog untuk pendapatan, memang lain ceritanya. Bila ada tanggungan atau komitmen kewangan, setiap post terasa macam “perlu perform” sebab ia boleh terus beri impact pada income.
Kalau ada kerja tetap atau sumber kewangan lain, menulis boleh jadi lebih santai—boleh explore topik yang kita minat, cuba gaya penulisan baru, atau hanya kongsi pengalaman tanpa risau SEO atau jumlah visitor. Kadang-kadang, menulis dengan hati yang tenang pun lebih seronok, dan pembaca pun boleh rasa keikhlasan tu.
Apabila jadi blogger sepenuh masa, perjalanan untuk dapat income tetap setiap bulan mengambil masa bertahun-tahun. Aku mengambil masa 5 tahun untuk dapatkan income setiap bulan.
Dan aku belajar pasal blog, algoritma, seo selama 7 tahun untuk naikkan trafik blog serta income sampailah aku dapat job menulis dari luar negara.
Apabila perubahan teknologi dan internet berubah begitu pantas, blogger yang harap kepada sumber menulis paling terkesan sekali.
Bayangkan kali terakhir terima payment 2024. Hampir 21 bulan aku tiada gaji walaupun aku konsisten menulis blog. 21 bulan tanpa payment walaupun menulis—itu memang tekanan besar. Ia bukan sekadar tentang duit, tapi juga soal motivasi, keyakinan diri, dan masa depan kerjaya.
Disebabkan penurunan trafik juga, permintaan job menulis semakin berkurang. Malah servis tentang blog juga tidak serancak dulu. Permintaan job menulis menurun sebab brand atau client sekarang lebih fokus pada social media, content pendek, dan affiliate marketing yang cepat dapat reach.
Blog yang dulu jadi “mata pencarian” utama orang pun dah kurang relevan untuk brand promotion, sebab algoritma dan cara orang consume content berubah. Ada pun cuma Press Release Free je memanjang.
Di sinilah yang buat aku terfikir adakah "menulis sebagai blogger sepenuh masa masih berbaloi?" Mungkin berbaloi untuk blogger yang bukan fokus kepada niche blogging (SEO, tips blogging) macam aku.
Sekarang cuma menulis gitu-gitu aja. Walaupun kadang masih sedih apabila baca entri dulu-dulu (yang kini dah banyak di draftkan).


0 comments
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.