Tart Telur dari Sabah

Dah lama sebenarnya aku mengidam nak makan tart telur dari Sabah ni. Setiap kali teringat, mesti rasa teringin balik. Masalahnya, di Johor ni (setakat tempat yang aku pernah pergi)  kebanyakannya jual tart telur Portuguese saja. Bukanlah tak sedap, cuma tekak aku memang tak berapa ngam dengan versi tu.

Aku lebih sukakan tart telur klasik — kulit rapuh, inti lembut, manis sederhana dan tak muak.

Tart Telur dari Sabah


Alhamdulillah, rezeki malam tadi. Sepupu suami baru sahaja balik dari Sabah, jadi kami pun sempat kirim pesan tart telur. Lebih istimewa, tart telur tu dibuat sendiri oleh mak mertua.

Terus rasa terharu dan rindu nak balik Sabah. Bukan selalu dapat makan tart telur air tangan orang tua, lagi-lagi yang memang tahu selera kita.

Kalau di Sabah, tart telur versi klasik ni memang paling laku keras berbanding tart telur Portuguese. Masuk saja kedai bakeri, selalunya cepat sold out. Kadang-kadang belum tengah hari dah habis.

Aku suka sangat sebab kulit tart rangup dan rapuh, inti lembut tak bau hanyir dan tak terlalu manis.

Kalau di Sabah, antara tart telur yang aku paling suka ialah tart telur MultiBake. Rasa dia konsisten, inti cukup lemak dan kulit tart dia memang jadi kegemaran.

Setiap kali ke Sabah, memang akan cari MultiBake dulu. Kalau bernasib baik, dapatlah merasa. Kalau tak, kena redha sebab selalunya sold out.

Paling best kali ni, mak mertua memang tahu buat sendiri tart telur ni. Lebih sedap sebab dibuat dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah, terlunas juga nak makan tart telur.

Kalau korang tau kat mana jual tart telur nie komen je. 

17 comments

  1. sedapnya tat telur. nampak lembut je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lydia! Tart telur ni memang lembut dan cair di mulut. Seronok kalau dapat makan panas-panas terus dari oven 😋.

      Delete
  2. dulu2 tak suka tart telur sebab takut hanyir ke apa. bila dah rasa sedap jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Kadang-kadang takut rasa hanyir dulu, tapi bila cuba yang betul-betul sedap, terus jatuh hati..

      Delete
  3. Wahhh pandainya mak mertua Nurul buat tart telur. Dia ada buat untuk jualan juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, mak mertua memang pandai buat! Buat masa ini untuk keluarga je..

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih, Rabiahtul! Memang sedap bila masih panas dari oven... tp sebab dari jauh sampai je dah sejuk... tapi still sedap hehe

      Delete
  5. Kat tempat saya banyak jumpa tart telur portugis je. Sedap tart telur ni, lama tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Tot! Tart telur Portugis pun sedap, tapi versi ni ada rasa unik tersendiri. Lama tak makan, memang rindu rasa ni...

      Delete
  6. Ada tat telur jenis lain ya. Rasanya saya makan tat telur Portugis. Tidak jumpa pula yang siinurul cerita ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul! Ada pelbagai jenis tart telur. Versi ni lain dari Portugis, lebih lembut dan manisnya just nice. Kalau ada peluang cuba, mesti suka... Sy mencari juga kalau ada jual kat Johor nie tetapi belum jumpa lagi..

      Delete
  7. nampak sedap tart telur sabah baitu., hehe

    ReplyDelete
  8. MA pun pilih2 tart telur ni..Ibu suka, kalau beli pun selalu utk Ibu..MA kureng sikit

    ReplyDelete
  9. nurul xsama ka tart telur d semanjung sama d sabah? sha xpernah lagi makan yang belah sana..tapi tart telur sabah yang sha perasan mmg agak moist sikit..kan..kan

    ReplyDelete
  10. Nampak macam sedap .. CCL tak pernah makan tart telur takut bau hanyir

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.