The Ultimate Photography Companion: Vivo V27’s IMX766V Sensor and Aura Light Portrait

Vivo-V27-price

Kuala Lumpur, 27 March 2023 –The newest member of the vivo V series, the vivo V27, is set to be released in Malaysia on 30 March 2023. Along with vivo's exclusive colour-changing design, another noteworthy aspect of the vivo V27 is its photography capability.

Vivo V27 is equipped with IMX 766V flagship sensor and Aura Light Portrait system that allow users to capture stunning night portraits. vivo builds an aura light using nanoscale light guide technology on the vivo V27 that is inspired by the common ring light. 

The vivo V27 Aura Light Portrait system, in contrast to the typical ring light, emits harsh flash, providing gentle glow and intelligently adjusts the light brightness in accordance with ambient light.

Vivo V27 is capable in transforming any environment into a studio-like setting to showcase beauty of the users through the camera lens.

The Sony IMX766V sensor, which was previously exclusive to vivo flagship models, is also included in the vivo V27. The sensor size has increased by 59% in comparison to the previous generation, reaching a size of 1/1.56 inches. 

In order to make nighttime photos appear more vivid and dazzling, optical image stabilisation (OIS) lengthens exposure and increases light intake by six times.

As for the front cameras, the vivo V27 comes with 50MP front camera that has Auto Focus (AF) with improved focus algorithm, resulting in faster focus and sharper selfies that look more distinctive, vibrant and full of fine details.

Vivo V27 is available for pre-order now until 31 March at any vivo concept store. Consumers who purchase vivo V27 12+256GB are entitled for free gifts worth up to RM1097.

For more information, follow vivo Malaysia’s official Facebook Page.


Cara Memohon Program Perumahan Rakyat (PPR) Secara Manual (PPR Lama/Pengisian Semula)


Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan salah satu usaha kerajaan dalam menyediakan unit rumah yang mampu untuk disewa bagi mereka yang berkelayakan dan berpendapatan rendah.

Program PPR telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar minima RM124.00 sebulan.

Daripada 38 Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dilaksanakan, 32 PPR telah disiapkan dengan baki 6 PPR masih di tahap pembangunan.

permohonan-rumah-pprt

Cara Memohon Program Perumahan Rakyat (PPR) / Rumah Mesra Rakyat (RMR) Secara Manual (PPR Lama/Pengisian Semula)

Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan menggunakan borang yang disediakan oleh PBT dan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang berikut :
  • Gambar berukuran passport
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon tidak kurang daripada 21 tahun
  • Salinan kad pengenalan, surat lahir termasuk pasangan dan tanggungan (disahkan JPN)
  • Salinan sijil nikah (disahkan oleh jabatan/agensi berkenaan)
  • Salinan Kad Kelainan Upaya (OKU) (Disahkan oleh Jabatan/Agensi berkenaan)
  • Salinan Slip Pendapatan Ketua Isi Ruma (KIR)
  • Surat Akuan Bersumpah (Tidak memiliki slip pendapatan)
  • Lain-lain dokumen berkaitan jika ada :
    - Salinan sijil cerai (Jika ibu tunggal)
    - Sijil Kematian pasangan
    - Kad kelainan upaya (OKU)
(Note : Perlu disahkan oleh jabatan/agensi berkenaan)

Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada PBT untuk rekod. 

Kriteria Pemilihan Penghuni 

1. Penduduk belum memiliki rumah

2. Pendapatan Kasar Isi Rumah tidak melebihi RM3000 dan tidak kurang dari RM700

3. Ibu tunggal / balu / janda

4. Orang Kurang Upaya (OKU)

5. Bujang dengan tanggungan (Ibu, bapa, adik-beradik, atok, nenek)

6. Sekiranya permohonan berstatus setinggan atau mengalami musibah bencana alam, akan dibincangkan dalam mesyuarat konsultatif @ Consultative Committee.



Senarai Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sabah

PPR DAERAH SANDAKAN

1. PPR TMN MESRA
2. PPR TMN GUM GUM JAYA
3. TAMAN MURNI
4. PPR SUNGAI MANILA
5. PPR TMN MUHIBBAH
6. PPR TMN BATU SAPI
7. PPR TAMAN HARMONI SANDAKAN
8. PPR TMN BATU PUTIH
9. PPR LINTAS SIBUGA

PPR DAERAH TAWAU

1. PPR TAMAN SRI BALUNG,TAWAU
2. PPR TMN SRI TITINGAN, TAWAU
3. TAMAN SRI APAS
4. PPR SRI SEMARAK, TAWAU
5. PPR TMN SRI BUKIT TAWAU

PPR DAERAH KUDAT

1. PPR TMN EHSAN

PPR DAERAH PITAS

1. PPR PITAS, SABAH

PPR DAERAH SEMPORNA

1. PPR BUBUL RIA
2. PPR TAGASAN, SABAH

PPR DAERAH LAHAD DATU

1. PANGSAPURI MUTIARA KASIH
2. PPR SEPAGAYA
3. PPR JALAN TUNGKU, LAHAD DATU, SABAH

PPR DAERAH KUNAK

1. PPR TMN SRI PANGKALAN

PPR DAERAH KINABATANGAN

1. TAMAN SG LABUK

PPR DAERAH KOTA MARUDU

1. PPR KERONGKOM JAYA

PPR DAERAH KOTA BELUD

1. PPR ULU PIRASAN

PPR DAERAH TUARAN

1. PPR TMN TELIPOK RIA
2. PPR TMN SRI RUGADING
3. PPR TMN SRI GAYANG
4. PPR GAYANG II, TUARAN, SABAH

PPR DAERAH PENAMPANG

1. PPR KIBABAIG (BLOK G, H)
2. PPR KIBABAIG (BELUM SIAP)

PPR DAERAH KOTA KINABALU

1. PPR KIONSOM, INANAM, SABAH (BELUM SIAP)
2. TAMAN PURI WARISAN (BELUM SIAP)

PPR DAERAH PUTATAN

1. PPR TMN SRI KERAMAT
2. PPR TMN SRI SERIGAI

PPR DAERAH PAPAR

1. PPR TMN SRI SAGINDAI
2. PPR TMN KINARUT RIA

PPR DAERAH KENINGAU

1. PPR TMN ANGGERIK

PPR DAERAH BEAUFORT

1. PPR TMN SELAGON


Sumber : Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan

Lirik Lagu Syair Cinta by Salsabilla Ainun


Lirik Lagu Syair Cinta by Salsabilla Ainun


Ku merangkai kata-kata dalam jiwa

Mengalun sejuta rasa yang telah ada

Menyusun nada-nada rindu di hati

Menguntai bait cinta untukMu


Cinta bukan sekedar kata terucap

Cinta bukan sekedar kata diungkap

Tapi cinta lahir dari lubuk hati

Yang menjadi rahasia Ilahi


Syair cinta kutuliskan hanyalah untukMu

Jiwa dan raga ku persembahkan kepadaMu

Cintaku membuahkan segumpal rindu

Di dalam hidupku


Ku merangkai kata-kata dalam jiwa

Mengalun sejuta rasa yang telah ada

Menyusun nada-nada rindu di hati

Menguntai bait cinta untukMu


Syair cinta kutuliskan hanyalah untukMu

Jiwa dan raga ku persembahkan kepadaMu

Cintaku membuahkan segumpal rindu

Di dalam hidupku


Melodi hatiku merangai sebuah lagu

Sukmaku terbuai hangatnya cintaMu

Kasih sayangMu seluas samudera biru

Syair cintaku untukMu

Syair cintaku untukMu



Dapatkan Sampel Percuma Dishwash & Softener di SproutMe

Assalamualaikum
Bsimillah

Pagi tadi check email nampak ada notifikasi SproutMe. Dah lama rasanya tak jenguk laman ini. Kalau dulu aku suka login setiap hari sebab setiap kali login dapat 100 points. Untuk dapatkan sampel kena cukupkan points dahulu supaya dapat tebus sampel percuma. 

sampel-percuma


Setiap points yang terkumpul akan dibahagikan kepada beberapa peringkat :
  • Level 1 (Newbie Sampler) 1,500 points - 1 sample per week

  • Level 2 (Newbie Sampler) 5,000 points - 1 sample per day

  • Level 3 (Super Sampler Club) 10,000 points - 1 sample per day & access to SproutMe Reward Promotion.

  • Level 4 (Super Sampler Club) 50,000 points - 1 sample per day, access to SproutMe Reward Promotion & eligible to participate in exclusive samples and rewards.

  • Level 5 (Super Sampler Club) 100,000 points - 1 sample per day, access to SproutMe Reward Promotion, eligible to participate in exclusive samples and rewards & eligible for a free grocery voucher each time the Member accrues an additional 25,000 points above its 100,000 points.
sproutme

Cara Nak Dapatkan Sampel Percuma di SproutMe 

1. Sign Up di http://www.sproutme.my/

2. Pilih produk yang available, submit borang. Sampel akan dihantar ke rumah. 

3. Apabila barang dah sampai, korang hendaklah cuba dan bagi feedback di SproutMe. Dan korang akan diberikan ganjaran. 



Dulu masa belajar di Uni aku selalu join sampel percuma. Pernah juga sekali dapat Softener, Colgate dan banyak lagilah. Sekarang nie rasa macam nak aktif balik join sampel percuma. Manatau ada rezeki dapat tebus sampel percuma. 

Salam Ramadan Kareem 1444H / 2023

 

salam-ramadan-2023

Salam Ramadan kepada semua umat Islam. 
Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadan. 
Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua. 

Raih peluang untuk memperbanyakkan amal soleh ketika di bulan yang mulia ini. 
Semoga Allah terima semua amalan dan puasa kita. 

Gaxodus Supplement Bantu Mengurangkan Masalah Sembelit

Apa itu Gaxodus?

Gaxodus ialah sejenis Probiotik yang dinamakan (lactobacillus acidophilus) yang memberi manfaat kesihatan dan biasa terdapat di dalam usus yang mana penting untuk kesihatan usus dan menyokong penghadaman. 

Ia menghasilkan enzim Laktase yang memecahkan gula (laktosa) kepada asid laktik. (1)

Gaxodus adalah sebuah suplemen cecair yang mempunyai fungsi utama untuk membantu masalah sembelit yang diperbuat daripada 100% bahan semulajadi tanpa pewarna dan pengawet.

Selain itu, supplement ini juga sangat sesuai untuk anda yang mungkin tidak suka atau sukar untuk menelan supplement dalam bentuk pil. kenapa?

Ini kerana Gaxodus hadir dalam bentuk cecair jadi ia lebih mudah untuk dimakan dan diketahui mempunyai penyerapan yang lebih baik.

Gaxodus Supplement Bantu Mengurangkan Masalah Sembelit

Siapa yang sesuai untuk mengambil Gaxodus?

Supplement sihat ini sebenarnya boleh diambil oleh sesiapa sahaja, baik wanita, lelaki dan juga kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas.

Antara fakta yang menarik korang nak tahu imuniti badan yang menurun (badan mudah terkena penyakit) adalah akibat daripada usus yang rosak. (2) Menurut kajian yang dijalankan bahawa 70% daripada usus yang tidak baik boleh secara drastik mengurangkan imuniti badan.

Selain itu, supplement ini ternyata mampu membantu mengatasi masalah badan yang sedang dialami oleh ramai orang.

Beberapa masalah yang dikatakan boleh dibantu dengan mengambil suplemen Gaxodus boleh termasuklah:
  • Mengalami sakit perut sentiasa.
  • Sering berasa letih.
  • Mengidam makanan yang mengandungi banyak gula.
  • Mengalami masalah tidur (3)
  • Mengalami kenaikan atau penurunan berat badan yang tidak disengajakan.

Mungkin ramai yang terfikir adakah boleh memakan Gaxodus walaupun tiada simptom yang dinyatakan di atas?

Jawapannya sudah tentu ya! Kerana bahan-bahannya adalah semulajadi, ia sangat baik untuk dimakan walaupun setiap hari.



Bahan yang terkandung dalam Gaxodus

1. Guar gum

  •  Ia adalah polisakarida galaktomanan yang diekstrak daripada kacang guar dan mempunyai sifat pemekat dan penstabil yang berguna dalam makanan (4)
  • Mempunyai sifat antibakteria : boleh melawan jangkitan kulat.
  • Mengurangkan masalah sembelit dan berfungsi sebagai julap
  • Mengurangkan kolesterol.
  • Merawat cirit-birit

2. Curcumin

  • Ia adalah bahan kimia kuning yang dihasilkan oleh tumbuhan spesies Curcuma longa, ahli keluarga halia.
  • Melawan patogen asing dan membantu mengurangkan keradangan kronik
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Meningkatkan fungsi saluran darah dan menurunkan paras kolesterol dengan meningkatkan aliran darah.

3. Pektin epal

  • Serat jenis ini berasaskan buah-buahan dan diketahui dapat meningkatkan kesihatan usus dan meningkatkan tahap asid. (5)
  • Ramuan ini juga dianggap mempunyai peranan probiotik kerana ia boleh menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya.

4. Prun

  • Buah yang satu ini adalah sejenis plum kering yang memang dikenal kaya dengan vitamin dan serat.
  • Dapat membantu melancarkan pembuangan air besar.

5. Biji cassia

  • Jamu ini diketahui sangat berkesan untuk merawat penyakit berkaitan penghadaman, usus, penurunan berat badan dan sendi. (6)
  • Dapat membantu memudahkan seseorang untuk membuang air besar.

6. Cordyceps

  • Cordyceps adalah sejenis cendawan yang telah lama digunakan untuk pelbagai masalah kesihatan.
  • Tumbuhan yang berasal dari pergunungan tinggi China ini dipercayai mempunyai kesan untuk meningkatkan sistem imun.
  • Membantu melawan anti-penuaan dan boleh membantu mengawal diabetes jenis dua.

7. Multivitamin

  • Multivitamin yang terkandung dalam Gaxodus terdiri daripada pelbagai mineral dan vitamin penting seperti vitamin A, B2, K, D, E dan banyak lagi.
  • Meningkatkan penghadaman
  • Menyokong penyerapan nutrien makanan
  • Mengurangkan masalah perut seperti loya, selsema perut, dan lain-lain lagi.

8. Mixed berries

  • Dalam satu sachet Gaxodus, terdapat banyak jenis beri campuran yang diketahui sangat baik untuk masalah perut. (7)
  • Beri hitam, beri biru, elderberi dan raspberi diketahui kaya dengan serat antioksidan
  • Boleh membantu melawan keradangan dan semua itu termasuk dalam satu sachet Gaxodus.

Ternyata banyak bahan semulajadi dan bagus yang terkandung dalam Gaxodus. Beri campuran yang diekstrak juga merupakan salah satu sebab mengapa kanak-kanak sangat suka mengambil Gaxodus.




5 Sebab Gaxodus adalah suplemen usus terbaik

Mengapa korang sangat memerlukan Gaxodus sebagai pengambilan harian. Tanpa berlengah lagi, mari kita lihat di bawah, seperti:

1. Menguruskan perut kembung & sembelit dengan cekap

Perut buncit diketahui boleh disebabkan oleh masalah usus seperti gastrik. Sekarang gastrik itu sendiri adalah keadaan keradangan pada lapisan pelindung perut dan biasanya berlangsung dalam masa yang singkat dan berlaku secara tiba-tiba.

Perut mempunyai lapisan yang melindunginya daripada asid perut yang mempunyai fungsi untuk mencerna makanan. Untuk sekarang, lapisan ini dipanggil mukosa dan jika lapisan ini rosak atau meradang, gastrik akan berlaku. (8)

Salah satu simptom yang boleh disebabkan oleh gastrik ialah perut buncit.

Untuk membantu mengatasi masalah sembelit dan kembung perut, anda boleh cuba minum banyak air, minum minuman probiotik dan banyakkan bersenam.

Seperti yang sedia maklum, Gaxodus adalah minuman probiotik dan sangat sesuai untuk korang yang mempunyai masalah perut.

2. Meningkatkan penyerapan nutrien

Ramai yang sudah mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat tetapi merasakan badan masih tidak bersemangat dan tiada perubahan.

Ini mungkin disebabkan badan tidak menyerap nutrien dan nutrien dengan betul daripada makanan yang diambil. (9)

Beberapa faktor boleh mengehadkan penyerapan nutrien seperti makan terlalu cepat, tidak mengunyah makanan dengan betul dan lain-lain.

Ada juga antara individu yang mungkin tidak dapat makan dengan perlahan kerana terkejar-kejar masa dan tabiat.

Tapi jangan risau, kita boleh atasinya dengan cuba menambah satu sachet Gaxodus ke dalam pengambilan makanan kita setiap hari.

Ini kerana bahan-bahan yang terkandung dalam Gaxodus diketahui secara khusus membantu proses penyerapan nutrien dalam usus menjadi lebih cekap dan berkesan.

3. Memperbaiki mikroflora usus

Mikroflora usus adalah kumpulan pelbagai mikrob di dalam usus, sama ada dalam bentuk bakteria atau kulat.

Dalam sistem pencernaan manusia, terdapat kira-kira 10 hingga 100 trilion sel mikrob pelbagai jenis.

Lactobacillus acidophilus ialah probiotik atau bakteria baik yang biasanya hidup di dalam usus atau saluran penghadaman. (10)

Perlu diingatkan bahawa bahan yang paling terkenal dalam Gaxodus adalah lactobacillus acidophilus.

Nah, lactobacillus acidophilus diketahui baik untuk kesihatan usus kerana ia boleh melindungi lapisan usus, menyokong sistem imun dan meningkatkan bakteria sihat dalam usus.



4. Melegakan ketidakselesaan perut ketika membuang air besar

Mengalami pedih ulu hati, makanan pedas, berlemak, tekanan yang teruk dan penggunaan alkohol yang berlebihan boleh merengsakan mukosa dan perut.

Gaxodus dikenali untuk membantu mengurangkan jumlah asid dalam perut, melegakan sakit gastrik, dan membolehkan mukosa sembuh.

Ini disebabkan oleh kehadiran pektin epal dan juga aloe vera yang sangat terkenal untuk membantu melegakan perut.

Lidah buaya diketahui sangat baik untuk mengawal masalah penghadaman, mencegah sembelit dan serat kolagen yang terdapat dalam lidah buaya boleh mencipta halangan pelindung di dalam usus.

Selain itu, pektin epal juga berperanan sebagai probiotik, memperbaiki refluks asid dan membantu melambatkan penghadaman.

5. Menguatkan sistem imun

Selain daripada kebaikan di atas, Gaxodus yang mengandungi pelbagai jenis buah beri juga diketahui dapat meningkatkan imunisasi badan.

Seperti yang kita tahu, komponen utama Gaxodus adalah elderberry, blueberry dan strawberi.

Buah-buahan ini diketahui mengandungi antioksidan yang kuat, vitamin dan juga boleh membantu dalam mengurangkan tahap tekanan serta anti-radang.

Selain itu, beberapa kajian memang memberikan fakta tentang blueberry sebagai makanan superhero dalam meningkatkan imuniti. (11)

Bukan itu sahaja, buah dalam kandungan Gaxodus juga kaya dengan vitamin C yang juga mempunyai fungsi untuk membantu meningkatkan sistem imun badan dan dapat melawan radikal bebas.

Kesimpulan

Gaxodus adalah salah satu suplemen paling popular di pasaran hari ini dengan beribu-ribu pelanggan mendakwa ia membantu masalah perut mereka.

Dikatakan harga jualan yang dimiliki oleh Gaxodus agak tinggi, namun ini kerana bahan yang terkandung mempunyai bahan premium yang baik untuk badan.

Selain itu, berita baik dari Gaxodus adalah sangat selamat untuk penghidap diabetes atau kencing manis untuk mengambil suplemen ini.

Jadi, sehingga kini masih tiada bukti alahan semasa pengambilan, tetapi perlu diingat bahawa jika gejala alahan berlaku, segera dapatkan nasihat doktor.


Maklumat lanjut :

Website : https://gaxodus.com/ingredients/
Contact : +60177027577 (whatsapp)
Email : client@gaxodus.com
Lokasi : Malaysia: Oval Damansara, TTDI, Kuala Lumpur

Tips Mudah Simpan Duit Untuk Suri Rumah Boleh Simpan Sehingga 4 Angka Setahun

Selepas mendirikan rumah tangga, sangat penting buat suami isteri merancang kewangan dan perbelanjaan. Apatah lagi ketika belum dikurniakan cahaya mata. Pada masa inilah peluang untuk buat simpanan. 

Pada awal perkahwinan, pelbagai kaedah yang kami lakukan untuk mengurus bajet perbelanjaan isi rumah. Nak cari kaedah yang lebih teratur dan mudah tu pun susah juga. Menyimpan masa bujang tak sama dengan sudah berkahwin.

tips-simpan-duit-gaji

Setelah mencuba beberapa kaedah, berikut adalah tips mudah simpan duit untuk suri rumah yang paling berkesan (at least for me).

Tips Mudah Simpan Duit Untuk Suri Rumah Paling Berkesan

1. Cash Planner

Cash planner sangat membantu aku sebagai suri rumah untuk mengurus perbelanjaan dan kewangan rumah tangga. Idea ini asalnya aku peroleh daripada Kak Elly Matin

Korang boleh beli cash planner di shopee. [Link Shopee]

Dah ada planner korang labelkan mengikut keperluan seperti :
  • Belanja dapur, 
  • Sewa rumah, 
  • Kereta (minyak, kos servis), 
  • Bil elektrik dan air 
  • Nafkah isteri / keperluan anak
  • Simpanan (pastikan ada simpanan tau!)

Kemudian setiap kali gaji atau korang dapat duit (tak kira korang berniaga ke) terus korang asingkan mengikut keperluan. Dan pastikan ada baki untuk simpanan. 

cash-planner

Sebagai contoh gaji suami korang dalam RM1500 sebulan. Asingkan keperluan yang penting dahulu. 
  • Sewa rumah - RM500
  • Belanja dapur - RM300
  • Kereta (minyak, kos servis) - RM100
  • Bil elektrik dan air - RM60
  • Nafkah isteri / keperluan anak - RM200
  • Keperluan suami - RM100
  • Belanja Family - RM120
  • Simpanan - RM120
Jadi simpanan setiap bulan RM120 x 12 bulan = RM1440 (Jumlah simpanan setahun)

Dengan adanya cash planner korang jadi lebih cermat dalam berbelanja. Hal ini demikian kerana korang telah asingkan duit mengikut keperluan. 

Bagi aku cara begini sangat berkesan buat aku dan suami kerana apabila dah asing semua perbelanjaan kami hanya menggunakan duit belanja sendiri sahaja untuk beli keperluan diri. Jadi nafsu nak makan luar dan shopping memang terkawal. 

Alhamdulillah syukur walaupun duduk di rumah sebagai suri rumah, aku dapat juga bantu suami dengan jana pendapatan sebagai blogger sepenuh masa. Dengan pasif income aku dapat belanja family, beli keperluan diri dan kadang belikan hadiahkan untuk suami. 

Rezeki ini bukannya datang dari duit gaji kita. Gaji itu sebahagian daripada rezeki. Badan yang sihat itu rezeki, dapat sedekah makanan dari jiran juga rezeki, kereta tak meragam juga rezeki. Family sihat walafiat juga rezeki. 

Kaedah cash planner lebih organize dan yang bestnya korang boleh tracking berapa banyak wang yang telah dibelanjakan untuk keperluan rumah. Sekiranya korang banyak gunakan wang untuk belanja dapur, boleh kurangkan perbelanjaan untuk keperluan lain. 

2. Buat Senarai Keperluan Sebelum Berbelanja

Biasanya aku akan senaraikan keperluan sebelum berbelanja. Aku asingkan antara bahan basah dengan kering. 

Biasanya bahan kering ini lambat habis seperti garam, gula, sos, kicap dan lain-lain. Manakala bahan basah seperti sayur, ayam, telur, ikan dan lain-lain perlu dibeli secara mingguan. 

Dan cara aku asingkan adalah dengan menggunakan Notes dan Group Telegram. 

Kami ada Group Telegram khusus untuk belanja rumah yang mana suami akan nampak apa perbelanjaan kami pada bulan tersebut. Dan Notes pula adalah senarai barang sebelum pergi berbelanja. 

Sebagai seorang isteri yang memegang amanah untuk pegang duit gaji suami, bagi aku sangat penting untuk suami tahu ke mana pergi duit gaji tersebut. 

Aku tak pastilah bagi pasangan yang lain, tetapi bagi aku dengan cara ini merupakan tanda aku sebagai seorang isteri menghormati dan menjaga harta suami yang diamanahkan kepada aku. 

Walaupun suami kadang tak kisah pun aku guna duit untuk keperluan rumah cuma sebaik-baiknya aku akan minta izin dahulu. Tetapi kalau duit gaji aku sendiri aku memang belanja ikut suka aku. Hahaha~

2. Sampul RM5 & RM20

Sediakan sampul khas untuk simpanan RM5 & RM20. Setiap kali korang berbelanja, sila asingkan duit RM5 dan RM20 dalam sampul. 

Semasa berbelanja keperluan dapur, baki duit RM5 & RM20 aku akan asingkan ke sampul sekiranya ada. Cara ini sangat berkesan kalau nak buat simpanan setiap bulan. 

simpan-duit-dalam-sampul

Pada akhir tahun korang boleh kira dan gunakan wang untuk dimasukkan ke dalam akaun bank ataupun sebagai reward diri seperti bercuti dengan pasangan. 

Alhamdulillah tahun lalu kami dapat kumpul dalam RM6++ lebih juga. Wang itulah yang kami gunakan untuk balik bercuti ke Sabah. 

4. Tabung Syiling

Selain itu juga, aku ada sediakan tabung syiling khas di rumah. Apabila beli belanja pasti akan terselit juga duit-duit syiling dalam dompet. Biasanya aku akan asingkan terus duit syiling dari dompet selepas beli barang. 

Ada orang suka bawa duit syiling. Kalau aku pula tak suka dompet penuh dengan duit syiling. Jadi aku selalu simpan terus dalam tabung. 

tabung-syiling

Duit syiling ini aku akan kira sekali dengan duit sampul RM5 & RM20. Kalau banyak sangat duit syiling aku akan tukar ke kedai runcit sahaja. 

5. Simpanan ASB / Tabung Haji / Emas

asb-tabung-haji-emas
Akhir sekali simpanan yang dikumpul melalui cash planner, sampul RM5 & RM20 serta duit syiling akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan ASB, Tabung Haji ataupun beli emas. 

Suami ada simpanan sendiri, aku juga ada simpanan sendiri. Biasanya kami akan berbincang dahulu nak buat apa dengan simpanan tu. 

Kesimpulannya :

Kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Apa yang aku kongsikan adalah pengalaman aku sendiri bagaimana nak mengurus perbelanjaaan rumah dengan simpanan. Cara ini sekurang-kurangnya berkesan untuk mengatur kewangan kami. 

Mungkin cara ini kurang berkesan sekiranya mempunyai anak sebab buat masa sekarang kehidupan kami cuma berdua. Sekiranya Allah kurniakan kami cahaya mata pengurusan kewangan pun mungkin dah tak sama. 

Cara hidup, latar belakang, dan pekerjaan sangat mempengaruhi bagaimana cara kita berbelanja dan menyimpan juga. 

Ada orang gaji besar tetapi tidak dapat menyimpan kerana mempunyai komitmen yang besar. Ada yang gaji sedikit tidak dapat menyimpan kerana kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Memang cukup-cukup makan sahaja. 

Masing-masing punya cara kan. Apapun simpan dan berbelanjalah mengikut kemampuan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada semua. InsyaAllah..


Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Seluruh Negeri Sabah Tahun 1444H / 2023M

jadual-berbuka-puasa-sabah

Tarikh awal Ramadhan dan permulaan Puasa Ramadan tahun ini jatuh pada hari Khamis, 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadan 1444 Hijrah.

Tarikh permulaan puasa Ramadhan yang dinyatakan adalah berdasarkan tarikh-tarikh penting dalam Islam sepertimana yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak JAKIM. Tarikh rasmi adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Sumber : Jadual JAKIM Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Ramadhan Tahun 2023 / 1444H Seluruh Negeri


Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Seluruh Negeri Sabah Tahun 1444H / 2023M 

Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa Sabah dan Waktu Imsak tahun 2023 bersamaan dengan tahun 1444 Hijrah buat panduan seluruh warga Sabah.

Zon I : Bahagian Sandakan (Timur) : Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan Samawang, Kota Kinabatangan Dan Bukit Garam.

jadual-buka-puasa-sandakan-sabah

Zon II : Bahagian Sandakan (Barat) : Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod Dan Pinangah.

jadual-buka-puasa-sandakan-sabah

Zon III : Bahagian Tawau (Timur) : Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak, Dan Lahad Datu

jadual-buka-puasa-tawau-sabah


Zon IV: Bahagian Tawau (Barat) : Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai Dan Kalabakan.

jadual-buka-puasa-tawau

Zon V : Bahagian Kudat : Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong, Dan Kudat.

jadual-buka-puasa-kudat

Zon VI : Gunung Kinabalu (Ketinggian 4,101M)

jadual-buka-puasa-gunung-kinabalu

Zon VII: Bahagian Pantai Barat : Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan Dan Papar.

jadual-buka-puasa-sabah-2023

Zon VIII: Bahagian Pedalaman (Atas) : Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan,Dan Keningau
jadual-buka-puasa-sabah-2023

Zon IX; Bahagian Pedalaman (Bawah) : Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok Dan Sipitang

jadual-buka-puasa-sabah-2023




SUMBER : JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Kongsi Keberkatan Bersama Mereka yang Memerlukan di Bulan Ramadan yang Mulia ini dengan Tawaran Hebat daripada Foodpanda

Foodpanda Ramadan

Kuala Lumpur, 13 Mac 2023 — Menjelang bulan yang mulia ini, foodpanda Malaysia, platform penghantaran makanan terkemuka di negara ini, menyambut ketibaan Ramadan dengan pelbagai penawaran menarik bersama harapan untuk membawa keberkatan ke dalam kehidupan setiap rakyat Malaysia.

“Di foodpanda Malaysia, kami bersyukur dan berasa rendah diri atas segala sokongan yang diberikan selama ini daripada pelanggan kami yang dikasihi, dan oleh itu, kami ingin berkongsi kasih sayang dan nikmat di sepanjang bulan yang penuh dengan keberkatan ini bersama dengan mereka yang memerlukan. 

Selain daripada itu, walaupun Malaysia telah beralih kepada fasa endemik baru-baru ini, saya yakin bahawa kebanyakan rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan amalan memesan barangan secara dalam talian kerana ianya lebih memudahkan. 

Kami gembira dan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pelbagai rakan restoran dalam memperkenalkan satu lagi Bazar Ramadan maya tahun ini, dan membawakan kegembiraan kepada setiap rakyat Malaysia”, kata Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda Malaysia, Sayantan Das.



Para pelanggan kini boleh berehat dan meluangkan lebih banyak masa dengan orang yang tersayang, sambil membuat pesanan dari Cafe Chef Wan, FamilyMart, Tambah Lah!, Jackson’s Fried Chicken dan banyak lagi. 

Restoran-restoran ini telah menyediakan pelbagai menu dan kombo istimewa Ramadan, khusus untuk pelanggan foodpanda, seperti kotak moreh Ramadan dari Cafe Chef Wan dan Kombo Ramadan dari FamilyMart, antara lainnya. 

Jangan lupa untuk menggunakan kod PINKPUASA dan nikmati diskaun 20%, dihadkan pada RM5 dengan nilai pesanan minimum RM25 daripada restoran-restoran terpilih.

Dengan semangat untuk membantu mereka yang memerlukan, foodpanda Malaysia menganjurkan beberapa inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam usahanya untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti. Kongsi keberkatan bersama orang lain menerusi:

  • Inisiatif CSR Oh Kasih
Pelanggan digalakkan untuk menggunakan kod PANDA di sepanjang bulan Ramadan, di mana dengan penebusan satu kod baucar, satu hidangan akan disumbangkan kepada PERTIWI Soup Kitchen.

  • Belanja Abang dan Kakak Rider
Pelanggan boleh memilih tawaran kombo istimewa, di mana mereka boleh membelanja penunggang dengan hidangan daripada kategori ‘For Riders’, dari restoran-restoran yang mengambil bahagian - It’s a Wrap, Jacksons Fried Chicken, Mix & Match, Dataran Masakan Oomph, Nasi Kukus Meletop!, Nasi Ayam Station, Bungkus Bowl, Bekal Box, Bowlehlah, Kenyang Box, Nasi Lemak Jalan 223, DAMN! Burgers dan Tambah Lah! 

Foodpanda memahami kekecewaan yang dialami oleh pelanggan kami terutamanya apabila mereka sentiasa sibuk sepanjang hari dan terpaksa bergelut untuk mencari masa antara memasak atau membeli makanan untuk iftar. 

Kami menggalakkan pelanggan agar membuat pesanan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika hendak berbuka puasa. Anda juga boleh memaksimumkan penjimatan dengan promosi berikut yang bermula dari 23 Mac hingga 20 April:
  • Guna kod ALLDAY dan nikmati diskaun RM7 dengan nilai pesanan minimum RM25. Kod ini boleh didapati sepanjang hari, sepanjang musim pra-Ramadan.

  • Nikmati potongan RM7 dengan kod BUKA7 dari 3:00 petang hingga 5:00 petang, dengan nilai pesanan minimum RM25.

  • Jangan lupa untuk memasukkan kod DINNER, bermula 5:00 petang untuk menikmati potongan RM8.50, dengan nilai pesanan minimum RM30 untuk musim pra-Ramadan.

  • Jika anda mahu mengambil sendiri pesanan anda, guna kod PICKUP dan nikmati potongan 20%, dihadkan pada RM7 untuk nilai pesanan minimum RM35, dari 4:00 petang hingga 9:00 malam.

Bukan itu sahaja! Kami ada banyak lagi untuk anda nikmati di kedai dan pandamart juga! Dapatkan barangan keperluan Ramadan anda seperti buah kurma, kordial F&N Sarsaparilla, dan cecair pencuci mulut dari pandamart, Lotus’s, Watsons, HeroMarket, dan 7-Eleven, dengan diskaun hebat:
  • Guna kod SHOP10 dan dapatkan potongan RM10 dengan nilai pesanan minimum RM50 hingga penghujung Mac untuk semua kedai yang ada di dalam foodpanda.

  • Dapatkan diskaun RM4 untuk caj penghantaran anda apabila anda berbelanja, sekurang-kurangnya RM50 dari kedai-kedai yang mengambil bahagian. Sah hingga 20 April.

  • Juga nikmati potongan RM10 dengan nilai pesanan minimum RM60 hingga penghujung bulan ini apabila anda menggunakan kod TENMART untuk pandamart.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi foodpanda yang sedang berlangsung sila layari laman tawaran.

Lirik Lagu Santai - Faizal Tahir

Lirik Lagu Santai - Faizal Tahir

Lirik Lagu Santai - Faizal Tahir

Hidup ini semua nak cepat
Siapa yang suka lambat-lambat
Bercinta biar sampai dapat
Tapi mesti pilihan tepat

Cepat kaya, cepat cantik, cepat kurus, cepat putih
Yang gelap nak putih yang putih nak gelap

Manusia takkan pernah puas
Kadang macam binatang buas
Sedang lautan sangat luas
Tak payah takut terlepas

Wang ringgit, harta pangkat, kereta mewah, bini empat
InsyaAllah tak mengaburi mataku

Engkau yang terindah di mataku
Engkau yang menawan di hatiku
Janganlah resah jangan terburu-buru

Santai-santailah sayangku
Pergi mana laju laju
Ini bukan kereta baru
Asalkan aku dengan mu

Santai-santailah sayangku
Ikut aku usah ragu
Kuda tua mungkin tak laju
Masih steady masih padu

Bisik syaitan di telingamu
Kan buat kau terburu-buru
Buat saja jangan fikir panjang
Buat dulu sesal kemudian

Kemudian, kemudian, kemudian…



Istilah Nusyuz Hanya Untuk Isteri? Wujudkah Istilah Nusyuz Bagi Seorang Suami?

Assalamualaikum
Bismillah

Selalu istilah 'nusyuz' ini dikaitkan dengan wanita sahaja kan. Tetapi adakah wujud istilah nusyuz bagi seorang suami? Adakah nusyuz seorang suami sama seperti nusyuz seorang isteri?

Dalam artikle kali ini aku mahu kongsikan apa yang dimaksudkan dengan nusyuz dan dalam situasi apakah isteri dan suami itu digelar sebagai nusyuz?

Tugas seorang suami adalah memimpin rumah tangga serta membimbing ahli keluarganya mengikut panduan yang ditetapkan syara’.

Firman Allah SWT:
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ
Maksudnya: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa (Surah Taha, Ayat 132)


Perkahwinan merupakan satu institusi yang memerlukan perlaksaan tanggungjawab dan kewajipan di atas hak sebagai suami dan isteri.

Selain itu, panduan yang diajar oleh agama Islam supaya sentiasa bergaul dan bertoleransi di antara keduanya bagi melahirkan hubungan yang mahabbah.

Ini kerana pasangan suami isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain. 

Firman Allah SWT:
هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ
Maksudnya: Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. (Surah al-Baqarah, Ayat 187)


Begitu juga kewajipan seorang suami adalah menunaikan nafkah dari segi zahir atau batin kepada isteri dan anak-anaknya. 

Ini sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya bahawa para fuqaha bersepakat kewajipan suami memberi nafkah terhadap isterinya, tanpa ada perselisihan pandangan terhadapnya. (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/277)

Firman Allah SWT
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّـهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. (Surah al-Nisa’, Ayat 34)


Dr. Wahbah Zuhaili menafsirkan ayat ini dengan menyatakan, seseorang lelaki itu dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah serta tempat tinggal kepada Isterinya... dan bagi lelaki ia merupakan ketua bagi memudahkan urusan kekeluargaan. (Lihat al-Tafsir al-Wasit li Zuhaili, 1/316-317)


Firman Allah SWT:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. (Surah al-Baqarah, Ayat 233)


Syeikh al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan, tanggungjawab isteri adalah mengandung dan melahirkan serta menyusukan anak. 

Manakala tanggungjawab suami adalah menyediakan kelengkapan dari segi makanan, minuman dan pakaian untuk melaksanakan tugas sebagai isteri. Begitu juga menjaga keselamatan dan segala urusannya. 

Nafkah yang diberikan berdasarkan kiraan mengikut kebiasaan masyarakat setempat seseorang perempuan itu (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/187)


Suami Wajib Memberi Nafkah Kepada Isteri

Tanggungjawab seorang suami dalam melayari bahtera rumah tangga adalah dengan menunaikan nafkah dari segi zahir dan batin serta melayani isteri dengan keadaan yang baik.

Oleh itu, kewajipan sorang suami di dalam membayar nafkah adalah selepas berlakunya akad nikah serta isteri menunaikan syaratnya iaitu:
  • Merelakan dirinya untuk bermesra dan bersetubuh dalan keadaan yang diizinkan syara’.
  • Isteri mengikut suaminya tinggal di dalam rumah yang dipilih suaminya dan keadaan rumah itu sesuai didiaminya mengikut syara’

Jika kedua syarat ini dipenuhi isterinya, maka wajib bagi suami untuk menunaikan setiap nafkah yang diperlukan oleh isterinya. (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/278-280)


Dalam kontek kemampuan suami memberi nafkah kepada isterinya, al-Fiqh al-Manhaji menggariskan bahawa di antara perkara yang waijb diberikan suami kepada isteri adalah:
  • Makanan asasi penduduk tempatan pada setiap hari mengikut keperluan untuk dijadikan makanan. Hal ini berdasarkan kemampuan bagi seorang suami sama ada ia kaya, sederhana dan miskin.
  • Lauk yang menjadi kebiasaan masyarakat umum mengikut kemampuan suami
  • Pakaian yang bersesuaian mengikut syara’ dan menutup aurat serta tempat tinggal dan perkakas dapur mengikut kemampuan suami dan keperluan isteri.
Selain itu, sebagai tambahan kepada nafkah Isteri dan perlu mengambil kira kemampuan suami adalah sepert iberikut:
  • Rumah dan tempat tinggal yang bersesuaian dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan asas yang sewajarnya.
  • Peralatan bertujuan kebersihan tempat tinggal. Begitu juga alat perhiasan diri sekiranya suami meminta untuk isterinya berhias.
  • Pembantu rumah sekiranya isterinya mempunyai pembantu rumah sebelum ia berkahwin. Oleh itu suami perlu menyediakan khidmat pembantu rumah sekadar mengikut keperluan isterinya.
(Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/281-284 dan al-Fiqh al-Manhaji, 4/182-184)


Pemberian nafkah suami kepada isterinya adalah bergantung kepada kemampuan dan pendapatan seorang suami. Ini seperti mana hadis daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya:


أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقُلْتُ مَا تَقُولُ فِي نِسَائِنَا قَالَ: أَطْعِمُوهُنَّ مِمَّا تَأْكُلُونَ وَاكْسُوهُنَّ مِمَّا تَكْتَسُونَ وَلاَ تَضْرِبُوهُنَّ وَلاَ تُقَبِّحُوهُنَّ
Maksudnya: Aku menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Apakah pandanganmu tentang isteri-isteri kami?” Rasulullah SAW menjawab: “Berilah mereka makan, sama seperti yang kamu makan, berilah mereka pakaian, sama seperti yang kamu pakai dan janganlah pukul serta hina mereka [Riwayat Abu Daud (2144)]

MAKSUD NUSYUZ

Para fuqaha’ berpendapat perbuatan nusyuz seseorang isteri kepada suaminya adalah diharamkan, begitu juga sebaliknya. 

suami-nusyuz


Ini disebabkan kedua-duanya tidak menunaikan tanggungjawab mereka terhadap pasangan masing-masing. 

Nusyuz seseorang itu memberi kesan selepas selesainya akad nikah. Dan ia juga membabitkan ke atas lelaki dan juga perempuan.

Dr Muhammad Zuhaili memberi takrifan nusyuz di dalam kitabnya: “Nusyuz bermaksud derhaka dan kebiasaannya dilakukan oleh wanita. Seseorang perempuan nusyuz itu ialah derhaka kepada suaminya dengan mengingkari ketaatan terhadap suaminya. Selain itu, nusyuz bagi suami ke atas isterinya adalah meninggalkan tanggungjawabnya serta menyakiti pasangannya”. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e: 4/90)


Firman Allah SWT:
وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا
Maksudnya: Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya) (Surah al-Nisa’, 128)




Mengikut keterangan daripada firman Allah SWT, Syeikh Sya’rawi menyatakan bahawa terdapat nusyuz bagi seseorang lelaki terhadap isterinya (Lihat Tafsir al-Sya’rawi, 5/2682)

Syeikah al-Maraghi menerangkan ayat di atas dengan menyatakan, “Yang dimaksudkan ayat di atas kebimbangan seorang isteri akan berlakunya nusyuz suami terhadap dirinya, iaitu suami menghalang kehendak dirinya, nafkahnya dan kasih sayangnya terhadap isterinya atau menzaliminya dengan memukul serta melakukan kekerasan yang lain.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 5/171)


Nusyuz Seorang Suami

Hukum nusyuz tidak tertakluk kepada isteri sahaja, malah ia juga berlaku kepada seorang suami. Ini seperti apabila seseorang suami itu tidak memberi hak dan tanggungjawab kepada isterinya dari segi zahir dan batin seperti tidak memberi nafkah serta melakukan kezaliman.

Hal ini dinyatakan di dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan, “Suami yang menganiaya isteri dan tidak menyukainya, seperti tidak memberikannya giliran bermalam, nafkah atau mengasarinya dengan perkataan atau perbuatan, isteri hendaklah menasihati suami dan mengingatkan tanggungjawab” (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/109)

Syeikh Ibrahim Baijuri menceritakan tentang nusyuz bagi suami di dalam kitabnya, bahawa nusyuz bagi seorang suami adalah tidak melakukan tanggunjawab yang wajib terhadap isterinya iaitu menggaulinya dengan baik, memberikan giliran bermalam sekiranya beristeri ramai, memberi mahar, memberi nafkah, pakaian dan keperluan hidup yang laiN.

Sekiranya suami itu seorang yang berakhlak buruk dan melakukan kekerasan seperti memukulnya tanpa sebab, dibenarkan untuk mengadu kepada hakim untuk memberikan hukuman ta’zir terhadapnya. (Lihat Hasyiah Syeikh Ibrahim al-Baijuri, 2251)


Tindakan Isteri Kepada Suami Yang Nusyuz

Sekiranya seseorang suami itu nusyuz terhadap isterinya, maka isteri hendaklah bersabar serta menasihati dan memperingati tindakan yang dilakukan oleh suaminya dengan menceritakan firman Allah SWT tentang kewajipan seorang suami untuk menggauli isterinya dengan cara yang baik. 

Ini seperti firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّـهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرً
Maksudnya: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (Surah al-Nisa’, Ayat 19)


Jika keadaan masih lagi belum berubah dan tidak Berjaya menasihatinya, maka isteri boleh mengadu kepada hakim atau pemerintah di atas apa yang dilakukan oleh suaminya terhadap dirinya. Ini seperti yang dinyatakan Dr Muhammad Zuhaili serta terdapat di dalam al-Fiqh al-Manhaji:

“Isteri juga hendaklah memberi amaran kepada suami tentang balasan perbuatan zalimnya. Jika suami berubah baik, itulah sebaik-baiknya. Jika tidak, dia hendaklah mengadu kepada hakim untuk mendapat haknya. Ini kerana hakim diwujudkan untuk mengembalikan hak kepada yang berhak disebabkan isteri tidak mampu mendapatkan haknya bersendirian… jika suami masih lagi mengulangi perbuatannya, maka isteri boleh meminta hakim mengenakan hukuman terhadap suaminya.” (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/109-110 dan al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/95)


Namun, sekiranya masih lagi tidak dapat diselesaikan maka wakil bagi kedua-dua belah pihak hendaklah dihantar supaya diadakan perbincangan berkenaan hala tuju rumahtangga pasangan tersebut. Dr Muhamma Zuhaili menyebut di dalam kitabnya:

“Sekiranya peranan hakim masih lagi tidak dapat mendamaikan keduanya, maka hendaklah memanggil wakil yang dipercayai dari kedua-dua pihak bagi menyelesaikan permasalah ini sama ada mendamaikan keduanya atau memisahkannya...untuk menjatuhkan hukuman terhadap pasangan itu wajib dilakukan oleh qadi atau hakim.” (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/95)


Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT:
وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَمًا مِّنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِّنْ أَهْلِهَا إِن يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّـهُ بَيْنَهُمَا ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا
Maksudnya: Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Nisa’, Ayat 35)


Kesimpulan

Berdasarkan kepada persoalan dan penerangan yang diberikan, sekiranya permasalah ini masih berlanjutan, beberapa langkah perlu dilakukan seperti :
  • Isteri boleh menasihati suami tentang tanggungjawabnya dan memberi amaran kepadanya tentang balasan Allah SWT dengan perbuatan zalimnya.

  • Selain itu, sekiranya suami masih tidak berubah maka isteri boleh meminta hakim mengenakan tindakan yang sesuai untuk memperbaikinya.

  • Sekiranya belum mampu mengubahnya, kedua-dua belah pihak boleh menghantar wakil sebagai orang tengah untuk mendamaikan atau memisahkan mereka.

  • Sebaiknya di dalam permasalahan rumah tangga hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berautoriti di dalam membantu menyelesaikan permasalah ini seperti mahkamah syariah. Perkara ini bertujuan untuk menjalankan proses sulh yang terdapat dalam enakmen undang-undang keluarga islam di setiap negeri. Hal ini bertujuan mengadakan perbincangan damai serta menyelesaikan perselisihan rumah tangga.

RUJUKAN :
  • IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-371: NUSYUZ BAGI SEORANG SUAMI

Tugas suami isteri itu sungguh berat amanahnya. Suami yang faham tentang agama akan menjalankan tanggungjawabkan terhadap isterinya dengan sebaik-baiknya. 

Namun, aku begitu kesal dan sedih terkadang apabila melihat ramai suami yang mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap isteri. Malah menggunakan "kuasa" sebagai "aku suami, isteri mesti taat, kalau tak jadi isteri derhaka" dan sebaginya sedangkan suami sendiri menzalimi isterinya.

Begitu juga dengan isteri. Berat amanah menjadi seorang isteri ini. Apabila ada salah faham dalam rumahtangga naluri wanita itu sangat suka berkongsi. Apabila suami sendiri tidak sudi untuk mendengar, akan membuka ruang untuk isteri menyebarkan aib-aib dalam rumahtangga. 

Kongsi di media sosial, meluah dengan rakan terdekat, berkongsi dengan keluarga dan sebagainya. Itulah ujian untuk wanita yang bergelar isteri. Bukan senang nak bersabar dan menasihati pasangan kita.

Aku sendiri baru setahun jagung dalam bahtera perkahwinan memang terasa liku-liku dan ombaknya. Sentiasa bermuhasabah diri dan memohon kepada Allah untuk kuatkan diri aku serta pasangan untuk menghadapi semua ujian dalam rumahtangga sehingga akhir hayat kami. 

Sedih melihat ramai orang yang berkongsi aib rumahtangga. Aku yang membacanya jadi malu. Dan sangat sedih melihat kawan-kawan yang post di facebook, share dan komen sindir menyindir, cela-mencela, memburukkan pasangan orang lain. 

Diri kita sendiri banyak sangat kekurangan dan dosa, cuma Allah Yang Maha Baik menutup aib-aib kita. Aku hanya mampu melihat sahaja tidak mampu untuk menegahnya dengan tangan. Begitu nipisnya iman sehinggakan nak menegur kawan-kawan disekeliling pun tak mampu. Sedih sangat dengan diri sendiri. 

Oleh sebab itu aku kongsikan di blog ini. Mudah-mudahan ALLAH menjaga diri dan keluarga kita semua. 

Pengalaman Beli Baju Blouse & Kemeja Murah di Shopee Live

Assalamualaikum
Bismillah

Beberapa hari ini aku selalu tengok Shopee Live sebab nak cari kalau ada blouse dan baju kurung yang murah-murah. Pertama kali aku beli barang kat Shopee Live pada tahun lalu. Aku beli sling beg dengan harga yang sangat murah dan kualiti beg pun tip top!

Memandangkan baju aku kebanyakkan dah sendat, aku cubalah pula usha baju blouse kat Shopee Live manatau ada yang jual dengan harga murah. 

Beli beg tak sama dengan beli pakaian. Kena tengok material kain jenis apa, kena tahu berapa ukuran badan kita seperti dada, pinggang, punggung, labuh dan bahu. Selain itu kena tahu pakai pit berapa. 

Kemeja Murah di Shopee

Aku masa nak beli baju live tu, bingung jugalah apabila seller tanya 'Nurul nak pit berapa?" Aku jawab, "Nak saiz L". Terus seller kata "kalau nak saiz L pit 20-21". Hahaha. 

Kata seller, tak semua pakaian ada tulis saiz, jadi dorang kena ukur pit baju. Tahukah apa itu ‘pit to pit’. ‘Pit to pit’ itu adalah ukuran cm atau inci pada dada korang. Maksudnya, ukuran dari hujung dada kanan ke hujung dada kiri.

Jadi, untuk mengelak daripada tersalah saiz, adalah lebih baik ukur ‘pit to pit’ badan terlebih dahulu sebelum membeli baju. 

ukuran pit baju
Photo : Fb BH Bundle

ukuran pit baju
Photo : Fb BH Bundle


Sejak mula berjinak dengan Shopee Live nie banyak juga rupanya jenis kain dan fesyen yang aku tak tahu. Ada yang material jenis rayon, ice silk cotton, polyester, spandex dan pelbagai jenis lagi. Mungkin sebab aku bukanlah jenis yang berfesyen. Jadi aku tak ambil tahu sangat juga fesyen terkini macam mana. 

Beli Baju Blouse Murah di Shopee Live 

Selalu sangat layan shopee live akhirnya aku borang 17 helai baju. Hahaha~  Dan ada yang dapat free beberapa helai baju. Tak sedar melayang jugalah RM180 hahaha~ Godaan besar betul shopee live ni. Mujurlah suami okay sahaja. Asalkan isteri happy katanya haha~

Beli Baju Blouse Murah di Shopee Live

Harga blouse dan kemeja ni tak mahal pun. Dalam RM5 - RM10 untuk sehelai. Memang murah tetapi kalau dah beli lebih dari 10 helai pun memang banyak jugalah keluar modal. Alhamdulillah baju yang diterima semuanya memang lawa dan kualiti pun masih okay dan nampak macam baru. 

Shopping kat Shoppe Live ni aku paling suka seller up pakaian secara random sebab seller akan buat full review. Jadi mana yang berkenan tu terus saja lock. Kalau tak reti macam mana nak beli kat live, biasanya seller akan ajar cara macam mana nak lock baju dan buat payment selepas lock. 

Cara Beli Baju di Shopee Live

Pertama sekali korang masuk kat Shopee Apps. Kemudian cari Shopee Live. Korang boleh pilih mana-mana kedai yang tengah buat live. 

Cara Beli Baju di Shopee Live

Korang kena dengar apa yang seller terangkan masa buat live terutama berkenaan dengan material dan saiz baju yang direview. 

Sekiranya ada baju yang kita berkenan boleh komen 'Nak'. Ada seller yang gunakan tukul (auction), ada yang gunakan kod untuk lock baju. Apabila ramai yang nak baju yang sama kena berebut dengan pembeli yang lain. 

Cara Beli Baju di Shopee Live

Kalau seller guna kod, seller akan sebut kod nombor, dan korang tulis kod di ruangan komen. Siapa yang duluan komen dialah yang dapat baju tu. Kalau seller guna auction / tukul. Cepat-cepat klik join now. 

Sekiranya korang dapat baju tu, cuma perlu screenshot gambar beserta harga dan komen dss (dah screenshot) di ruangan komen. Bergantung dengan seller ada yang nak terus bayar selepas lock (beli). Ada juga yang kena bayar selepas habis live. 

cara lock baju shopee live

Jangan lupa  untuk chat dengan seller & bagi gambar-gambar barang yang dah berjaya lock (beli). Seller akan bagi link untuk payment. Sekiranya tak faham seller akan ajar bagaimana cara nak buat payment.

Pengalaman Beli Baju Blouse & Kemeja Murah di Shopee Live 

Pengalaman aku beli baju di Shopee Live setakat ini memang best. Alhamdulillah seller pun mostly peramah dan baik-baik semuanya. Beli secara live tak susah pun cuma perlu sabar menunggu sahaja sebab kena layan ramai request pembeli. 

Kelemahannya kita tak dapat nak pegang sahaja baju tu. Dan bergantung dengan kelajuan internet korang semasa live. 

Dari segi kualiti baju bergantung dengan kedai. Korang sendiri pilih nak preloved, bundle, bale baru, baju butik, atau baju premium. Harga pun banyak yang murah. Sekiranya korang berkenan dengan baju terpakai ni cubalah beli kat Shopee Live.

© all rights reserved
made with by templateszoo