Siinurul.com Blog Performance April 2023

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli haal.. Prestasi blog untuk bulan April menunjukkan penurunan yang ketara sekali dari segi web clicks, impressions dan pages with first impressions berbanding bulan Mac lalu.

Apa yang aku dapat perhatikan sepanjang bulan Apri ini, antara faktor yang menyebabkan penurunan prestasi blog ialah :

1. Kurangnya update konten baharu

Bulan April aku jarang update blog. Aku hanya menulis 14 artikel sahaja berbanding bulan sebelumnya. Oleh sebab itulah pentingnya menulis di blog dengan konsisten. Menulis di blog dengan konsisten memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. 

blog-performance

Menulis dengan konsisten dapat meningkatkan jumlah trafik (audiens) yang setia.  Bukan itu sahaja, menulis di blog dengan konsisten juga dapat meningkatkan impressions kerana search engine (Google) sangat suka konten yang sentiasa dikemaskini. 

Ini akan membuka peluang kepada mesin pencari untuk menemukan dan mengindeks blog kita dengan lebih baik supaya dapat membantu menarik lebih banyak pengunjung.

2. Musim Perayaan

Pada bulan April merupakan musim perayaan Aidilfitri, kebiasaannya pada musim perayaan trafik blog sangat rendah kerana berlaku penurunan dalam aktiviti online. Semasa musim perayaan kebanyakkan orang sibuk untuk membuat persiapan dan mengalihkan perhatian mereka daripada melakukan aktiviti online. 

Selain itu juga, semasa musim perayaan minat dan preferensi pengguna berubah dan mungkin lebih tertarik pada topik-topik yang berkaitan dengan perayaan sementara topik yang biasanya ditulis di blog mungkin tidak sesuai dengan orang pada masa ini. 

Oleh sebab itulah pada bulan Ramadan dan Aildilfitri, blog yang banyak berkongsi tentang resepi mendapat trafik yang lebih tinggi daripada kebiasaan. Dan pada bulan April ini pula aku kurang sekali berkongsi resepi serta hal-hal yang berkaitan musim perayaan.

Kesimpulannya 

Sekiranya blog tidak dikemaskini secara berkala, pembaca akan mulai kehilangan minat atau rasa tertarik untuk kembali ke blog. Hal ini demikian kerana biasanya pembaca mencari konten yang segar, relevan dan bermanfaat untuk dibaca.

Oleh itu, sekiranya blog tidak menghasilkan konten baharu pembaca akan beralih ke blog yang lebih aktif dan memberikan infomasi yang baru. 

Selain itu, bagi blog yang berfokus kepada sumber pendapatan melalui iklan seperti Google Adsense akan memberikan kesan negatif kepada earning kerana iklan (sponsor) mungkin enggan beriklan di blog yang kurang aktif atau memiliki trafik yang rendah. 

Oleh itu, ia dapat menyekat peluang untuk mempromosikan produk atau iklan terbaru mereka. Jadi jangan hairan juga sekiranya CTR korang menurun. Kalaupun ada iklan yang berlegar di blog, kemungkinan nilai CPC untuk iklan tersebut adalah rendah.

Aku akui prestasi blog kali ini menurun disebabkan oleh sikap aku sendiri (Malas). Sejujurnya bukan senang ya nak konsisten menulis di blog. Selain itu, pada bulan April juga aku tidak membuat perancangan untuk menghasilkan konten di blog, tidak seperti bulan sebelumnya. 

Aku cuma kongsi pengalaman dan info tentang blog. Mungkin dengan prestasi blog ini dapat memberi manfaat kepada korang untuk menulis blog dengan lebih baik. 


Panduan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online

Pengumuman tarikh permohonan pendaftaran Tahun 1 sesi 2024 /2025 dibuka dari 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023. Permohonan terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

Permohonan boleh dibuat menerusi [Sistem Pengurusan IDentiti (idMe)]

Panduan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online

Bagi ibu bapa yang belum mendaftar, korang kena daftar sebagai pengguna dahulu di https://idme.moe.gov.my/daftarawam

pendaftaran-murid-tahun-1

Pada bahagian daftar pengguna korang hanya perlu mengisi :
  • Kategori Kad : Kad Pengenalan/No Tentera/No Polis/No Pasport
  • Nama : Nama Seperti Dalam Kad Pengenalan
  • Emel : Emel yang dimasukkan hendaklah aktif dan sah 
  • Pengesahan Emel : Emel yang dimasukkan hendaklah aktif dan sah
  • No Telefon 

Sekiranya telah mendaftar, korang hanya perlu daftar masuk dengan masukkan No Kad Pengenalan/Passport. 

Setelah daftar masuk, korang akan terus ke halaman dashboard. Pergi bahagian PENGURUSAN AWAM. 

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online

Sila lengkapkan atau kemaskini profile yang terdiri daripada :
  • Maklumat peribadi
  • Maklumat alamat
  • Maklumat pasangan
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online

Pada bahagian Maklumat Anak Jagaan, sila klik TAMBAH ANAK/JAGAAN (Jika belum wujud)

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online

Seterusnya, masukkan Jenis Pengenalan Anak, Nombor pengenalan serta Nama Penuh. Kemudian tekan CARI. 

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online

Maklumat anak korang akan dipaparkan seperti di bawah. Sila lengkapkan maklumat anak/jagaan korang seperti :
  • Profil
  • Penjaga
  • Ibu/Bapa
  • Tinggal bersama
  • Alamat
  • Kesihatan
  • Pengesahan
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online

Apabila dah lengkapkan dan buat pengesahan. Korang boleh pergi bahagian PERMOHONAN KEMASUKAN. Kemudian, tekan PENDAFTARAN TAHUN 1 2024

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online

Seterusnya bagi yang belum mendaftar, korang akan lihat STATUS BELUM MEMOHON. Seterusnya klik MOHON.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online
Pada bahagian permohohan tahun satu KPM terdapat 3 langkah iaitu SEMAKAN PROFIL, PILIHAN SEKOLAH & PERAKUAN. 

Pastikan bahagian profil anak adalah betul dan tepat. Kemudian klik SETERUSNYA. 

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online

Pada bahagian PILIHAN SEKOLAH, lengkapkan NEGERI, PPD, PILIHAN SEKOLAH dan ANGGARAN JARAK RUMAH KE SEKOLAH. Klik SETERUSNYA. 

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online

Akhir sekali, TANDAKAN (/) bahagian PERAKUAN. Sila baca dengan teliti perakuan sebelum hantar permohonan. 

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online

Permohonan pendaftaran tahun 1 telah berjaya dibuat. 

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online

Setelah permohonan dihantar. Korang perlu CETAK BORANG :
  • Borang Permohonan
  • Borang Pemeriksaan Kesihatan
  • Borang Rawatan Pergigian
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online

Contoh Senarai Semak Dokumen Pendaftaran Tahun 1

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online
  • Sila hantar pengesahan ke sekolah yang dipohon dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan (rujuk senarai semak di atas)
  • Untuk makluman keputusan penempatan murid ke sekolah adalah bergantung kepada kekosongan sekolah dan bukan berdasarkan sekolah yang dipilih.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ibu bapa untuk mendaftar anak-anak korang. Semoga dipermudahkan semuanya. 




Road to 11M Pageviews Achieved!

Assalamualaikum
Bismillah


Bulan ini tak banyak update. Nak kata sibuk tu tak juga. Cuma rasa slump sikit. Alhamdulillah selepas 5 bulan akhirnya capai 11 Juta Pageviews. Sejujurnya performance blog tersangatlah menurun. Terlalu banyak perubahan dunia sekarang termasuk dunia maya. 


Sebenarnya penat nak follow dengan trend semasa. Aku cuma nak tenang menulis saja. Tetapi apakan daya, hanya dengan berblog ini sahaja sumber pendapatan aku. 

Entahlah. Be strong and keep it up dear-self!

Trend Buka Aib Suami Isteri Dalam Rumahtangga

Assalamualaikum
Bismillah

Semakin hari semakin ramai juga yang galak berkongsi aib dan kekurangan pasangan masing-masing.

Sekarang, nak bersembang dengan jari pun boleh. Nak tabur fitnah dan aib senang sahaja. Dalam bilik pun dah boleh buat. Dari bangun tidur sampailah nak tidur kita kumpul dosa jariah.

Di tambah pula dengan butang "share" dan penambah rasa "caption" yang mengundang orang lain untuk turut serta mengumpat dan bergosip.

Dan paling menyedihkan apabila kita sendiri membuka ruang untuk orang bercerita tentang aib dan keburukan diri kita.

Buat video, kongsi video.
Tak pun kongsi video orang lain.

Allah dah tutup rapat-rapat aib kita. Tetapi kita sendiri pamerkan dengan orang.

Sesungguhnya lisan dan tulisan kita nie banyak mengundang penyesalan di kemudian hari. Kadang kala mampu menuturkan dengan lurus dan teratur tetapi sering kali juga terbabas.

Terpesong sana sini, malah disengajakan dan dinormalisasikan dengan cacian, makian, lagha, mengumpat dan fitnah.

Bahaya lisan bukan lagi pada lisan (mulut) yang berkata-kata. Tetapi tangan yang mengambil alih perbuatan lisan. Kini yang liar itu adalah tangan.

Mudahkah untuk diam? Susah kawan-kawan!

Mudahkah untuk diam sekiranya kita ada pendapat dan tidak menyatakannya? Rasa seperti dada itu hendak meletup, membuak-buak mahu bercakap.

Ia bukan lagi pertarungan antara diam dan berkata-kata. Kini, ia pertarungan antara tidak menulis dengan menulis.



Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا، يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِ

Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.” Riwayat al-Tirmizi (2314)

Berdasarkan hadith ini, al-Imam al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa sebahagian manusia memandang remeh perkataan yang diucapkannya sehingga dia tidak menyangka perkataan tersebut menjadi penyebab kepada dia dihumban ke neraka. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 12/79)

Islam sangat marah terhadap orang yang gemar mendengar perkataan yang buruk, lalu segera menyampaikan kepada orang lain untuk bermusuh-musuhan atau kerana ingin menimbulkan fitnah, atau bertujuan untuk memporak perandakan hubungan antara satu sama yang lain supaya hancur binasa.

Orang seperti ini tidak hanya cukup untuk menyampaikan apa yang didengarnya sahaja, malahan perasaan ingin memporak perandakan yang ada pada diri mereka itu akan mendorong mereka untuk menambah sesuatu benda yang lain daripada apa yang mereka dengar, iaitu dengan mencipta sesuatu yang tidak didengarnya itu.

إِنْ يَسْمَعُوا الخَيْرَ أَخْفَوْهُ, وَإِنْ سَمِعُوا شَرّاً أَذَاعُوا وَإِنْ لَمْ يَسْمَعُوا كَذِبُوا

Maksudnya: “Jika dengar baik mereka sembunyikan, sebaliknya dengar yang buruk mereka hebahkan, jika tidak dengar, lalu dusta.” (Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 606)

Dalam sebuah hadith daripada Ibn Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ المُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang Muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya. Riwayat al-Tirmizi (2032)

Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyi’ah (sunnah yang keji dan buruk) yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain. Daripada Jarir bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

Maksudnya: Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya, dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barangsiapa yang memulakan dalam Islam suatu sunnah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun. Riwayat Muslim (1017)


Selalulah kita berdoa agar Allah pelihara aib kita daripada tersebar. Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW sering mengulang-ulang doa ini para waktu pagi dan petang:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ، وَأَهْلِي وَمَالِي. اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي. اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ مِنْ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Maksudnya: Ya Allah aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kepada-Mu kemaafan dan keselamatan pada agamaku dan duniaku, pada ahli keluargaku dan hata bendaku. Ya Allah tutuplah auratku (aib dan kelemahan), dan amankanlah ketakutanku. Ya Allah peliharalah aku daripada bahaya yang datang dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kriku, dari atasku, dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada tergelincir daripada bawahku. Hadis riwayat Imam al-Bukhari (2100) dalam Adab al-Mufrad

Suami adalah pakaian bagi isteri. Dan isteri adalah pakaian bagi suami. 

Dan aku juga menyeru kepada rakan-rakan yang lain untuk berhenti mengulas soal rumahtangga dan aib orang lain. Tidak kiralah tentang rumahtangga atau apa sahaja perkara sekalipun. 

Orang yang menutup aib saudaranya, InsyaAllah di akhirat kelak Allah akan menutup aib dan mengampunkan dosa-dosa kita. Semoga Allah sentiasa jaga lisan dan tangan kita.

Lima Kudapan Unik dari Sabah dan Sarawak Yang Wajib Dicuba

Kemeriahan menjelang tiba di Malaysia Timur apabila warga tempatan bakal meraikan dua perayaan terbesar mereka. Di Sabah dan Labuan, Tadau Kaamatan disambut setiap tahun pada 30 dan 31 Mei, manakala suku Dayak di Sarawak menyambut Hari Gawai pada 1 dan 2 Jun.

Sungguhpun Tadau Kaamatan dan Hari Gawai meraikan tamatnya musim menuai padi, sebenarnya terdapat perbezaan ketara dari segi tradisi dan upacara antara dua perayaan ini. 

Tadau Kaamatan meraikan hubungan antara Pencipta dan Ciptaan, yang diceritakan melalui lagenda pengorbanan Huminodun - seorang gadis cantik yang sanggup mengubah tubuhnya menjadi makanan dan tanaman subur bagi menyelamatkan manusia daripada kebuluran. 

Lima Kudapan Unik dari Sabah dan Sarawak Yang Wajib Dicuba

Hari Gawai pula bertumpu pada persembahan dan upacara yang menzahirkan kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah ruah, di samping meraikan umat manusia, ‘semangat’ padi, dan unsur-unsur lain yang melambangkan alam semula jadi.

Memandangkan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai sinonim dengan hasil tuaian lumayan, tidak hairanlah makanan merupakan antara aspek yang paling dinanti-nantikan. 

Sempena cuti perayaan ini, pastinya ramai di antara kita yang tidak sabar lagi untuk berkumpul dengan keluarga serta sahabat karib sambil menikmati pelbagai makanan lazat. 

Namun, harus diingat bahawa pemakanan tanpa kawalan semasa perayaan boleh menyebabkan peningkatan berat badan, tekanan dan kegelisahan. 

Kerana itu, pengamalan snek bijak yang merujuk kepada tabiat makan dengan niat dan perhatian, memfokuskan pada detik sekarang, dan menikmati makanan dengan semua pancaindera untuk mengelakkan terlebih makan amatlah disarankan.

Lima Kudapan Unik dari Sabah dan Sarawak Yang Wajib Dicuba

Di sini, mari kenali lima kudapan unik dari Sabah dan Sarawak yang wajib anda cuba, dan sambil itu terapkan juga amalan snek bijak ketika menikmatinya:

1. Kuih Sarang Semut atau Kuih Jala

Sarang Semut dari Sarawak yang mirip dengan Kuih Karas dari Semenanjung Malaysia ini diperbuat daripada adunan tepung pulut, tepung ubi kayu, dan gula. Ia digoreng panjang dan nipis, dan memiliki tekstur yang lembut dan sedikit kenyal. 

kuih jala
Sumber: Pengguna Facebook - Senia Raniah

Kuih ini turut dikenali sebagai Kuih Jala, dan menjadi kegemaran kanak-kanak mahupun orang dewasa kerana tekstur dan rasanya yang lazat. Ketika menikmatinya, kami mencadangkan agar anda menghayati setiap gigitan, kunyahan dan rasa kuih Sarang Semut yang rangup ini untuk meningkatkan meningkatkan kepuasan makan anda.

2. Penganan atau Penyaram 

Penganan dari Sarawak atau istilah Sabah pula Penyaram merupakan makanan tradisional yang dibuat dengan menggoreng adunan tepung beras, gula, dan santan. 

penganan-penyaram
Sumber: Hantara Blog – Che Nom

‘Kek mini’ ini rasanya manis-manis dan sedikit masin, dengan memiliki bahagian luar yang rangup namun bahagian dalam yang lembut lagi kenyal. Ia sesuai dijamah ketika masih panas, tapi disebabkan ianya makanan bergoreng, amalkan
kesederhanaan dan kawalan porsi dengan menikmati sekeping sahaja pada satu-satu masa.

3. Hinompuka (Kuih pulut kukus)

Hinopuka merupakan makanan tradisi Kadazan yang lazat. Kuih pulut kukus melekit yang dibalut dengan daun pisang ini manis dan lemak berkrim dengan tekstur kenyal. Sesetengah resipi menggunakan santan untuk meningkatkan lagi rasa lemak berkrim, dan ada juga yang
menggunakan gula merah untuk menambahkan rasa manis. 

hinompuka
Sumber : Hinompuka - SV Kitchen

Rasanya yang unik juga terhasil daripada penambahan ekstrak pandan, pisang atau keladi parut ke dalam adunan, menjadikannya pemanis atau kudapan yang sesuai bagi anda yang menggemari perisa yang lebih halus. 

Selain mengawal kuantiti makanan, tingkatkanlah kepuasan deria anda dengan mengelakkan gangguan dan nikmati makanan anda dengan perlahan-lahan. Sebelum mencapai kepingan hinompuka yang seterusnya, semak dengan diri sama ada anda sebenarnya sudah puas dengan kuantiti yang dimakan tadi.

4. Tebaloi atau biskut sagu

Tebaloi atau biskut sagu merupakan makanan tradisional masyarakat Melanau, namun turut
mendapat permintaan tinggi dari serata Borneo. Diperbuat dari tepung sagu, kelapa, gula dan telur,
tebaloi boleh didapati dalam pelbagai perisa dan warna-warna menarik. 

tebaloi-sarawak

Nikmati kepingan tebaloi anda dalam porsi yang sederhana sambil menghayati tekstur, warna serta rasanya yang unik hasil dari panggangan kayu api untuk meningkatkan pengalaman gastronomi anda.

5. Bambangan

Buah istimewa dari kepulauan Borneo ini sering dikelirukan dengan mangga. Ia memiliki kulit coklat tebal dan haruman yang tersendiri, dan boleh dimakan masak atau dituai mentah untuk dijeruk dengan garam, parut biji bambangan, dan potongan cili untuk menghasilkan hidangan seperti Hinava Ginapan untuk Tadau Kaamatan. 

bambangan-jeruk-bambangan
Sumber: Pengguna Shopee – astcatalieya

Jika dimakan begitu sahaja, bambangan mempunyai rasa masam dan unik yang serupa dengan mangga atau nangka. Sama ada dinikmati mentah, dimasak atau dijeruk, nikmatilah setiap kunyahan dengan penuh perhatian dan lebih perlahan untuk meningkatkan kepuasan makan anda.

Mencuba kudapan-kudapan lazat ini merupakan cara terbaik untuk menghayati kekayaan warisan budaya sambutan Kaamatan dan Gawai, sambil memuaskan selera makan anda. 

Dengan begitu banyak makanan lazat untuk dinikmati bersama orang tersayang, jangan lupa untuk mengamalkan tabiat snek bijak – bahagikan porsi kudapan sebelum makan, dan kurangkan atau elakkan gangguan untuk menumpukan sepenuh perhatian pada nikmat makanan anda. 

Amalan snek bijak ini sebenarnya boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja, tidak kira di mana jua, dan pada bila bila masa. Amalan snek bijak semasa musim perayaan bukan sahaja membolehkan anda menikmati makanan anda dengan sepenuh hati, tetapi juga membantu anda menjalani gaya hidup lebih sihat. 

Menurut satu laporan tentang tabiat snek global oleh Mondelēz International, 78% orang pada hari ini lebih cenderung mengambil masa untuk menikmati snek mereka, manakala 61% berkongsi mereka meluangkan masa untuk membahagikan porsi makanan sebelum makan. 

Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kenali amalan snek bijak serta manfaat-manfaatnya di
www.snackmindful.com

Pertama Kali Order Makanan Melalui Aplikasi GrabFood

Assalamualaikum
Bismillah

Walaupun GrabFood telah lama beroperasi di Malaysia, percaya atau tidak. Hari ini baru pertama kali aku menggunakan aplikasi GrabFood

Selama ini memang tak pernah order delivery food ke? 

Ya. Memang tak pernah. 

Hari ini baru rasa terdetik nak order sebab cuaca panas sangat nak keluar rumah. 

Aku jarang beli makanan kat luar. Biasanya aku beli barang basah dan masak kat rumah sahaja. Aku lagi suka memasak.

Cuma kebelakangan ini aku rasa craving nak makan makanan luar. Tetapi nak keluar jalan pula cuaca panas. Lagipun tinggal sendiri memang rasa malas nak jalan tanpa suami. 

grabfood

Pengalaman Menggunakan Aplikasi GrabFood

Pertama kali order makanan dengan GrabFood memang mudah dan senang untuk difahami. Pilihan makanan dan minuman yang banyak bergantung dengan kawasan korang. 

Kalau di Pontian ini memang banyak jugalah tempat kalau nak beli makanan. 

Dari segi penghantaran makanan juga memang cepat. Untuk pertama kali aku bayar secara cash sahaja kepada rider tu. 

Alhamdulillah so far tiada masalah lagi dengan servis GrabFood.

Bila dah ada aplikasi ini rasa craving pula nak minum macam-macam. Untuk yang baru daftar aplikasi GrabFood memang dapat grabfood promo. 

Apapun tak boleh juga beli selalu sebab biasanya order makanan delivery ni lagi mahal berbanding beli sendiri haha. 

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

 

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Assalamualaikum 

Sahabat dunia akhirat aku baru sahaja kehilangan seorang ayah tercinta. Mohon doakan semoga arwah ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

AL-FATIHAH.

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN melalui myPTPTN

Assalamualaikum
Bismillah

Alahmdulillah 'ala kulli hal. Baru sahaja selesai bayar pinjaman ptptn melalui myPTPTN. Sekarang nie ada diskaun tau. Bulan Mei 2023 last korang dapat diskaun untuk bayaran ptptn (tertakluk dengan syarat). 

Jadi jangan lepaskan peluang untuk bayar tau. At least berkurang jugalah angka hutang tu kan. Di bawah aku tunjukkan cara nak bayar. 

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN melalui myPTPTN

1. Login myPTPTN

2. Pergi ke bahagian AKAUN SAYA ⇒ PINJAMAN


3. Seterusnya, korang tekan bahagian kotak hijau yang telah dipaparkan seperti dibawah. 


4. Korang akan lihat dengan lebih terperinci pinjaman penuh PTPTN. 

5. Untuk bayar balik pinjaman PTPTN korang klik BAYAR. 
Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN melalui myPTPTN

6. Seterusnya, pada bahagian pembayaran pinjaman, korang perlu masukkan AMAUN (jumlah bayaran). (Minimum RM1.00)

Korang boleh abaikan sahaja Kod Eksekutif PTPTN sekiranya korang tak nak letak. 

kod eksekutif ptptn

7.  Kemudian pada bahagian pembayaran, korang boleh pilih samada nak bayar melalui FPX Online Banking atau Credit/Debit Card. 


8. Sebagai contoh aku pilih untuk bayar melalui FPX Online Banking iaitu CIMB Clicks. Kemudian, tekan SAH & BAYAR.

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN melalui myPTPTN

9. Dah selesai, korang boleh simpan resit untuk rujukan. Semak pembayaran sudah berjaya atau tidak melalui penyata pinjaman. 

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN melalui myPTPTN

Apa itu KOD Eksekutif PTPTN?

KOD Eksekutif PTPTN ialah nombor rujukan bagi staf atau Eksekutif Pemasaran PTPTN.

Wajib ke letak Kod Eksekutif PTPTN?

Jawapannya tidak wajib, tetapi digalakkan untuk letak bagi mendapatkan bantuan sokongan sekiranya berlaku 'error' semasa melakukan pembayaran. 

Maksudnya sekiranya berlaku apa-apa masalah korang boleh menghubungi secara langsung dengan staf eksekutif pemasaran ptptn. 

Boleh ke tak letak kod eksekutif PTPTN? Jawapannya boleh. 

Bagaimana cara nak dapatkan Kod Eksekutif PTPTN (ID Ejen)

Korang boleh Google sahaja. Ramai ejen PTPTN yang post nombor kod eksekutif mereka. 

Belanjawan 2023 PTPTN

  • Diskaun 5% Untuk Bayaran Balik Melalui Aplikasi myPTPTN
  • Diskaun 15% Untuk Bayaran Sekurang-Kurangnya 50% Daripada Baki Hutang Dalam Sekali Bayaran
  • Diskaun Bayaran Balik 20% Atas Baki Hutang Untuk Penyelesaian Penuh Keseluruhan Baki Hutang Pinjaman
Diskaun diberikan pada setiap hujung bulan. Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun dikemaskini. Semakan penyata pinjaman boleh dibuat melalui aplikasi myPTPTN atau Portal Rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman).


Untuk sebarang pertanyaan lanjut, peminjam juga boleh menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
  • Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000;
  • Live chat di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my);
  • Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/);
  • e-AduanPTPTN (https://eaduan.ptptn.gov.my); dan
  • Media sosial rasmi @PTPTNOfficial

Semakan Penyata Pinjaman PTPTN di myPTPTN

Assalamualaikum
Bismillah

myPTPTN adalah aplikasi mudah alih yang menawarkan perkhidmatan PTPTN secara dalam talian seperti semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, semakan penyata Simpan SSPN, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN serta permohonan potongan gaji dan Debit Terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.

Syarat untuk mendaftar myPTPTN

Pengguna mestilah Warganegara Malaysia berumur 18 tahun (dan ke atas) dan mempunyai nombor telefon serta alamat e-mel yang betul dan sah bagi tujuan pengesahan pendaftaran.

Kaedah untuk akses ke aplikasi myPTPTN.

Pertama: Memuat turun ke peranti; dan Sistem Operasi telefon bimbit mestilah iOS 11.0 dan ke atas atau versi Android 5.0 dan ke atas. 

Sila ke platform pengedaran digital seperti “App Store”, “Play Store” dan “Huawei AppGallery” untuk muat turun aplikasi myPTPTN di telefon mudah alih anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
  • Taip “myPTPTN ” di ruang carian;
  • Tekan ikon “myPTPTN”; dan
  • Tekan butang “Install” untuk muat turun;

Kedua: Melayari Web (https://myptptn.ptptn.gov.my)

myPTPTN boleh dilayari di kesemua pelayar web seperti Microsoft Edge, Internet Explorer, Google Chrome, Mozilla Firefox dan Apple Safari. Capaian terbaik adalah di Google Chrome dan Microsoft Edge.

Daftar myPTPTN

Buka aplikasi myPTPTN dan klik ‘Daftar Sekarang’

Semakan Penyata Pinjaman PTPTN di myPTPTN

Sebelum pendaftaran myPTPTN diteruskan, No. Kad Pengenalan anda akan disahkan terlebih dahulu

Masukkan (Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan) dan No Kad Pengenalan. Kemudian tekan SETERUSNYA.

PTPTN Login

Bagi yang dah mendaftar di myPTPTN, korang hanya perlu log masuk ke [myPTPTN]


1. Masukkan No. Kad Pengenalan korang 

2. Tekan YA pada frasa keselamatan korang yang betul. 

3. Masukkan Kata Laluan, kemudian tekan Log Masuk.


4. Pada bahagian halaman utama, korang tekan Semakan Penyata / Semakan Penyata Simpanan. (Rujuk gambar di bawah)


5. Seterusnya tekan Papar untuk melihat penyata pinjaman korang.


6. Penyata akan dipaparkan mengikut tahun semasa. Korang boleh Muat Turun (download) ataupun cetak untuk dijadikan rujukan. 

Semak No.Pinjaman PTPTN

1. Pada halaman utama, tekan bahagian AKAUN SAYA, kemudian klik PINJAMAN. 



2. Seterusnya, korang tekan bahagian kotak hijau yang telah dipaparkan seperti dibawah. 


3. Korang akan lihat dengan lebih terperinci pinjaman penuh PTPTN serta nombor pinjaman PTPTN. 


Semoga infomasi ini membantu korang untuk melunaskan baki hutang ptptn. 

Untuk maklumat lanjut :

Alamat : 
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN
Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur

Talian :
eaduan.ptptn.gov.my (03 – 2193 3000)


© all rights reserved
made with by templateszoo