10 AMALAN DOA-DOA PILIHAN HARI ARAFAH OLEH USTAZAH ASMA' HARUN

Doa-doa-hari-arafah

Saat ini para jemaah haji sedang bersedia untuk melaksanakan salah satu rukun dalam ibadah haji iaitu wukuf di padang Arafah.

Detik ini ialah detik yang paling dinanti-nantikan kerana mustajabnya doa yang dipanjatkan. Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”(HR Tirmizi, hadis hasan)

Sahabat semua yang berada di Malaysia, usah lepaskan peluang ini untuk menggandakan amal dan doa juga. Wukuf di Arafah jatuh pada hari Selasa, 27 Jun 2023 bersamaan waktu di Malaysia iaitu jam 5.23 petang sehingga jam 12.06 pagi ini. 

Berdoa dan beramallah dengan sungguh-sungguh dalam waktu yang barakah ini. 🤲

AMALKAN DOA-DOA PILIHAN HARI ARAFAH OLEH USTAZAH ASMA' HARUN

Antara zikir dan doa pilihan yang boleh dibaca ialah seperti berikut:

1) ZIKIR NABI SAW SEMASA HARI ARAFAH

Daripada Abdullah bin 'Amr, Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari 'Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: "Tiada Tuhan melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu." (HR Tirmizi, hadis hasan)

doa-hari-arafah

KELEBIHAN MEMBACA ZIKIR INI 100 KALI:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ

Maksudnya: "Barang siapa yang membaca

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ'

'Laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariika lahuu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in qodir'

(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu),

Sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 ORANG HAMBA, ditetapkan baginya 100 KEBAIKAN dan dijauhkan daripadanya 100 KEBURUKAN dan baginya perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat mengamalkan lebih banyak zikir ini". (HR Bukhari, hadis sahih)

2) DOA PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH

doa-hari-arafah

Daripada Ali Bin Abi Thalib beliau berkata: Kebanyakan doa yang diucapkan Rasulullah SAW pada hari Arafah di tempat wuquf adalah:

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كَالَّذِي نَقُولُ وَخَيْرًا مِمَّا نَقُولُ اللَّهُمَّ لَكَ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي وَإِلَيْكَ مَآبِي وَلَكَ رَبِّ تُرَاثِي اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَوَسْوَسَةِ الصَّدْرِ وَشَتَاتِ الْأَمْرِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا تَجِيءُ بِهِ الرِّيحُ

Maksudnya: “Ya Allah, segala puji bagi-Mu seperti yang kami ucapkan, dan lebih baik daripada apa yang kami ucapkan. Ya Allah, untuk-Mu solatku, ibadah hajiku, hidupku dan matiku. Kepada-Mu aku akan kembali, dan milik-Mu wahai Tuhanku kekayaanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan kubur, keraguan hati, serta kekacauan urusanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang dibawa oleh angin.” (HR Tirmidzi, hadis gharib)

3) SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)

Daripada Syaddad bin Aus r.a., Rasulullah SAW bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Sayyidul Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. (HR Bukhari, hadis sahih)

SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)

KELEBIHAN SAYYIDUL ISTIGHFAR

Nabi Muhammad SAW bersabda:

«وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ»

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyidul Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga” (HR Bukhari, hadis sahih)

4) DOA MEMOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT

doa-hari-arafah-memohon-keampunan

Abu Bakar as-Siddiq r.a. pernah meminta Nabi Muhammad SAW mengajarkan satu doa kepadanya. Lalu baginda SAW bersabda:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku dengan banyak kezaliman dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan sebuah pengampunan dari sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’’ (HR Bukhari, hadis sahih)

5) DOA MEMOHON KEAMPUNAN BAGI KEDUA IBU BAPA

doa-hari-arafah


Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.” (Surah Ibrahim 14: 41)

6) DOA MEMOHON RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT

doa-hari-arafah


Firman Allah SWT:

رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰحِمِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.” (Surah al-Mukminun 23:109)


7) DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN

DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.” (Surah Ali ‘Imran 3: 8 )

8 ) DOA AGAR DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG MENYEJUKKAN MATA

doa-dikurniakan-zuriat

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.” (Surah al-Furqan 25: 74)

9) DOA AGAR MENJADI HAMBA-NYA YANG SENTIASA BERSYUKUR

doa hari arafah

Firman Allah SWT:

رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّلِحِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Surah al-Naml 27: 19)

10) DOA DIJAUHI RASA HASAD DENGKI

doa-dijauhi-hasad-dengki

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ

وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang. (Surah al-Hasyr 59:10)

Mari sahabat semua, ajak seluruh keluarga dan sahabat untuk sama berdoa dengan penuh sungguh dan harap, mudah-mudahan Allah SWT mendengar setiap rintihan dan rayuan dari para hamba yang sedang meminta kepada-Nya. Allahumma ameen.

Sumber : Ustazah Asma' Harun

KELEBIHAN HARI ARAFAH DAN HARI RAYA AIDILADHA

kelebihan-hari-arafah

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim, daripada Umar bin al-Khattab RA, terdapat seorang lelaki dalam kalangan Yahudi berkata kepadanya, ''Wahai pemimpin orang yang beriman! Terdapat ayat dalam kitab kamu yang jika diturunkan kepada kami orang Yahudi, sudah tentu kami akan jadikannya sebagai hari raya kami.” Umar SAW bertanya, “Ayat yang mana satu?'' Dia menjawab

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: 'Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan ) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa ( maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'' (Surah al-Ma'idah: 3)


Umar berkata lagi, ''Sesungguhnya aku mengetahui hari dan tempat yang telah diturunkan tentangnya iaitu ketika Rasulullah SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat.'' Diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Ibnu Abbas dan seumpamanya, beliau telah berkata ,''Ia telah diturunkan pada dua hari raya; hari Jumaat dan juga pada hari Arafah.''

Hari Raya Korban (Aidiladha)

Hari Raya Korban (Aidiladha) iaitu hari raya yang paling besar dan banyak kelebihannya. Hari raya ini dilakukan setelah kita sempurna menyelesaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang kelima.

 Apabila orang Islam selesai menunaikan haji mereka, maka diampunakan segala dosa mereka. Sesungguhnya menyempurnakan haji dengan wukuf di padang Arafah merupakan rukun haji yang sangat agung seperti sabda Rasulullah SAW:

الْحَجُّ عَرَفَةُ

Maksudnya: ''Haji itu berada di Arafah.''

Riwayat Ibnu Majah (3015),al-Nasaie (3016),Ibnu Khuzaimah (2822) di dalam Sohihnya,Imam Ahmad (18774) di dalam Musnad

Hari Arafah merupakan hari pelepasan daripada api neraka dengan Allah melepaskan daripada azab api neraka bagi mereka yang wukuf di Arafah dan kaum muslimin di negara lain yang tidak berwuquf. 

Oleh itu, hari yang selepasnya dijadikan hari perayaan bagi semua kaum Muslimin di tempat masing-masing, sama ada mereka yang pergi menunaikan haji atau tidak, disebabkan kesemuanya layak mendapat keampunan dosa dan terlepas daripada azab api neraka pada hari Arafah.

Sesungguhnya ibadah Haji tidak diwajibkan kepada semua orang Islam setiap tahun sebagai keringganan terhadap hamba-hamba-Nya. Haji ialah fardu kifayah ke atas seluruh kaum muslimin pada setiap tahun. 

Berlainan pula dengan puasa Ramadhan yang wajib dilakukan pada setiap tahun atas setiap umat Islam. Apabila selesai melakukan ibadat di Arafah, maka terlepaslah orang-orang beriman itu daripada azab api neraka dan selepas itu semua umat Islam menyambut hari raya.

Disyaratkan ke atas umat Islam untuk melakukan penyembelihan iatu dengan menumpahkan darah mana-mana binatang yang dibenarkan untuk dikorbankan. 

Bagi yang menunaikan haji, mereka selanjutnya melontar jamrah, disyariatkan juga ke atas mereka untuk bertahallul daripada perkara yang diharamkan haji, melakukan sunat haji, menunaikan nazar mereka, menyembelih binatang untuk dikorbankan kemudian melakukan tawaf di Baitul ‘Atiq (Kaabah). 

Kaum muslimin yang lain pula berkumpul untuk melakukan zikir, takbir dan solat sunat hari raya. Mikhnaf bin Sulaim, Beliau dalam kalangan sahabat, meraikan Hari Raya Aidilfitri seperti melakukan Umrah, meraikan Hari Raya Aidiladha seperti melakukan Haji. 

Selepas itu mereka melakukan korban sebagai mensyukuri segala nikmat yang diberikan. Solat dan korban pada Aidiladha adalah lebih mulia daripada solat dan sedekah pada Hari Raya Aidilfitri. 

Untuk ini, Rasulullah SAW disuruh melakukan solat dan penyembelihan selepas diberikan al-Kautsar, dan dikatakan,

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya: ''Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk pencipta sekalian alam.'' (Surah Al-An'am :162)

Oleh itu, kita disuruh untuk membaca ayat ini ketika melakukan penyembelihan korban. Korban merupakan sunnah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW. 

Sesungguhnya Allah mensyariatkan ke atas Nabi Ibrahim ketika Allah menebus anak Nabi Ibrahim dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dalam hadis riwayat Zaid bin Arqam, dikatakan kepada Rasulullah SAW:

قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا هَذِهِ الْأَضَاحِيُّ قَالَ سُنَّةُ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ قَالُوا مَا لَنَا مِنْهَا قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ حَسَنَةٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَالصُّوفُ قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ مِنْ الصُّوفِ حَسَنَةٌ

Maksudnya: ''Apa itu korban?.'' Baginda bersabda, ''Ia sunnah bapa kamu, iaitu Nabi Ibrahim,'' Beliau bertanya lagi, ''Apakah padanya kebaikan kepada kami wahai Rasulullah ?'' Baginda bersabda,''Setiap helai rambut adalah pahala.'' Katanya lagi, ''Bagaimana pula dengan bulunya?'' Baginda bersabda, ''Setiap helaian rambut daripada bulunya ialah pahala.''

Riwayat Imam Ahmad (19283), al-Baihaqi (19489) di dalam Sunan al-Kubra,Ibnu Majah (3217)

Ini adalah hari raya yang diraikan oleh seluruh umat Islam di dunia ini selepas menyempurnakan perintah Tuhan mereka Yang Maha Memiliki lagi Maha Memberi. Juga sebagai pemberian daripada apa yang telah dijanjikan oleh Allah dalam bentuk ganjaran serta pahala. 

Suatu kumpulan telah terserempak dengan seorang pendeta di kawasan penyembahan. Mereka berkata kepadanya, ''Bilakah hari perayaan penduduk kawasan ini?'' Jawabnya, ''Hari yang diampunkan dosa para penduduknya.''

Hari raya bukan hari untuk kita memakai pakaian baharu tetapi hari untuk mereka yang bertambahnya ketaatan dalam menyempurnakan suruhan Tuhan. 

Hari raya bukan hari untuk menunjuk pakaian yang cantik dan kenderaan yang mewah tetapi hari yang diampunkan segala dosa. 

Pada hari malam raya, diagihkannya tanda kebebasan dan pengampunan ke atas hamba. Sesiapa yang memperolehnya, ia akan merasai nikmat perayaan itu. Sesiapa yang tidak meraihnya, maka ia telah terusir jauh daripada sifat tersebut.

Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, penduduk Madinah telah menyambut dua hari raya.

Maka Rasulullah SAW telah bersabda,

فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ

Maksudnya : ''Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.'' Riwayat Imam Ahmad (12362)

Allah telah menggantikan kepada umat-Nya dua hari untuk berseronok kosong dan lalai pada hari itu dengan hari untuk kita bersyukur,memohon keampunan dan kemaafan antara satu sama lain.

KELEBIHAN HARI ARAFAH

Hari Arafah banyak kelebihan, antaranya:
  • Hari penyempurnaan agama dan nikmat
  • Hari raya bagi seluruh umat Islam.
  • Hari Arafah merupakan genap (as-Shafa') dalam surah al-Fajr.
  • Sebaik-baik hari
  • Menyamai 10 000 hari
  • Haji yang Agung
  • Puasanya akan menghapuskan dosa untuk dua tahun
  • Hari pengampunan dosa, pelepasan azab api neraka dan kemegahan bagi orang berwuquf di Arafah
  • Berpuasa pada hari itu

SUMBER : BAYAN LINNAS SIRI KE-110 : KELEBIHAN HARI ARAFAH DAN HARI RAYA AIDILADHA

Lyndung | Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah Untuk Bil Perubatan

Tentang Syarikat Lyndung Sdn Bhd

Program Perkongsian Komuniti untuk Bil Perubatan merupakan sebuah perkhidmatan yang ditadbir oleh Lyndung Sdn. Bhd. (1454883-V) yang ditubuhkan pada 14 Mac 2022. 

Lyndung Sdn. Bhd. (Lyndung) adalah sebuah anak syarikat kepada iSaham Sdn. Bhd. (1257515-W), penaraju kepada portal analisis pelaburan berasaskan data di Malaysia.

Untuk pengetahuan korang,  Lyndung Sdn. Bhd. bukan sebuah syarikat insurans/takaful dan tidak menawarkan sebarang produk insurans/takaful. 

Apa itu Lyndung?

Secara ringkasnya, Lyndung ialah program perkongsian komuniti patuh syariah untul bil perubatan yang mana membantu rakyat Malaysia terutamanya yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan akses kepada fasiliti perubatan. 

Melalui Program Perkongsian Komuniti Lyndung, ahli komuniti kini dapat menikmati fasiliti perubatan pada harga yang mampu milik serendah RM10 sebulan. 

Hal ini kerana, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk mendapatkan sebarang jenis perlindungan perubatan disebabkan oleh kos sara hidup yang semakin meningkat. 

Lyndung juga adalah sebuah program perkongsian dimana ahli komuniti Lyndung akan membantu satu sama lain dengan berkongsi bil perubatan mereka secara sama rata. 

Sebagai contoh dengan jika jumlah ahli seramai 2,000 orang, jika ada ahli dimasukkan ke hospital dan jumlah bil perubatan yang dikenakan adalah sebanyak RM30,000, maka jumlah bil itu akan dibahagikan sesama ahli.

Formula : 30000 / 2000 = RM15 jumlah yang perlu dibayar oleh ahli. 

Jumlah maksimum sumbangan perkongsian bulanan adalah sebanyak RM50. Sekiranya perkongsian bulanan melebihi RM50, baki sumbangan perkongsian akan dibawa ke bulan seterusnya.


lyndung

Perkongsian komuniti yang berpatutan dan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana manakala manfaat perubatan yang ditawarkan oleh Lyndung adalah hampir sama seperti syarikat insurans atau takaful yang lain. 

Dengan hanya RM10 setiap bulan, orang ramai dapat menikmati manfaat perlindungan perubatan dan rawatan di hospital.  Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang sihat tanpa penyakit sedia ada berusia dari 18 hingga 40 tahun dengan pendaftaran dibuat secara dalam talian menerusi e-Kyc.

Manfaat Program Perkongsian Komuniti Lyndung Kepada Individu

manfaat-lyndung
Sumber : https://lyndung.my/news/waiting-period

1. Bil Perubatan Kemalangan
RM20,000 bil perubatan akibat kemalangan layak untuk dikongsi untuk 60 hari pertama.

2. RM1 Juta Bil Perubatan
RM1 juta bil perubatan termasuk kemalangan layak untuk dikongsi

3. 200 Hospital Panel
Lebih daripada 200 hospital panel termasuk Sabah dan Sarawak.

4. Rawatan Kanser Dan Dialisis Buah Pinggang
RM100,000 maksimum sepanjang hayat layak untuk dikongsi untuk rawatan kanser bagi pesakit luar dan dialisis buah pinggang.

5. Pemindahan Organ
RM20,000 maksimum untuk pemindahan organ sekiranya ahli sebagai Penerima, sekali seumur hidup.

6. Khairat Kematian
RM5,000 Khairat Kematian untuk Waris

7. Servis Ambulans
Perkhidmatan ambulans untuk kecemasan maksimum sebanyak RM250

8. Bilik dan Makanan Hospital
Maksimum RM150 sehari untuk bilik dan penginapan hospital

9. Pendapat Kedua untuk Pembedahan
Caj pendapat kedua yang layak untuk dikongsi adalah 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital


Lyndung juga terbuka kepada syarikat SME yang ingin memberikan manfaat perubatan kepada pekerja mereka. Dengan Lyndung, majikan boleh menyediakan manfaat ini dengan harga yang mampu milik tanpa membebankan kewangan syarikat.

Manfaat Program Perkongsian Komuniti Lyndung Kepada SME & Pemilik Perniagaan

  • Fi keahlian tahunan yang rendah, hanya RM120 untuk seorang pekerja.

  • Perkongsian bil perubatan secara sama rata bersama Ahli Komuniti Lyndung yang lain.

  • Pekerja boleh memilih untuk menukar keahlian mereka kepada pelan program individu setelah tidak lagi bekerja di syarikat anda

Faedah menyertai Program Perkongsian Komuniti Lyndung:-

  • Yuran Keahlian yang rendah iaitu RM10 sebulan atau RM120 setahun.

  • Ahli komuniti akan berkongsi bil perubatan untuk membantu ahli komuniti yang kurang bernasib baik.

  • Kemasukan ke hospital, termasuk penilaian perubatan dan audit tuntutan diuruskan oleh syarikat Juruaudit Perubatan Profesional Pihak Ketiga (TPA) yang bereputasi tinggi, Eximius Medical Administration Sdn. Bhd. dengan talian sokongan 24 jam.

  • Lebih dari 200 panel hospital termasuk Sabah dan Sarawak. Klik untuk lihat ⏩Senarai Hospital Panel

  • Amanah Warisan Berhad sebagai syarikat pemegang amanah untuk menguruskan Sumbangan Perkongsian.

  • Ahli komuniti berpeluang untuk terus beramal dengan cara membantu ahli lain yang memerlukan rawatan perubatan.

  • Lyndung adalah platform perkongsian komuniti digital sepenuhnya.

Yuran Keahlian Bulanan /Tahunan

yuran-lyndung
Sumber : https://lyndung.my/pricing/bm

harga-lyndung
Sumber : https://lyndung.my/pricing/bm

lyndung
Nota: Angka pada ilustrasi di atas seperti yuran keahlian, 
Sumbangan Perkongsian Awal, sumbangan perkongsian perubatan dan lain-lain, adalah contoh sahaja.


Secara kesimpulannya, apa yang aku faham tentang Lyndung ia adalah program perkongsian, semakin bertambah bil perubatan semakin bertambah juga bayaran bulanan yang dibayar oleh ahli. Cuma yang bagusnya mereka telah tetapkan maksimum bayaran sebanyak RM50 sebulan.

Sekiranya tiada claim, maka tiada caj yang perlu dikenakan cuma korang kena bayar RM10 (harga basic). Jadi semakin ramai ahli, maka semakin murahlah bayaran bulanan (sekiranya claim tidak tinggi).

Bagi aku banyak manfaat juga sebenarnya, kita join Lyndung untuk perkongsian bukan mengharap pulangan. Sekiranya kita ditimpa musibah seperti kemalangan, sakit dan sebagainya sekaligus dapat meringankan beban dan mendapat kemudahan rawatan. 

Lyndung nie lebih kurang konsep Khairat Kematian tetapi untuk kos perubatan. Sekurang-kurangnya dengan program Lyndung mereka yang sebelum ini ingin mendapatkan perlindungan perubatan tetapi tidak mampu maka Lyndung adalah alternatif terbaik dengan tawaran harga marhaen. 

Bahkan korang juga boleh jadikan ia sebagai “backup” kepada medical sedia ada. Bukan itu sahaja, ianya juga berpatutan dengan sumbangan yang dibayar, mampu milik, sesuai untuk semua golongan, patuh Syariah dan ada panel hospital di seluruh Malaysia.

Maklumat Lanjut

Hubungi : 
  • Waktu Operasi : 10:00 AM - 5:00 PM (Isnin hingga Jumaat)
    Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Direktori : 
Lyndung Sdn. Bhd. 18A, Jalan Pinggiran Putra 4a/4, Desa Pinggiran Putra, 4300 Kajang, Selangor


Talian Hotline 24 Jam :
Untuk hal-hal berkaitan kemasukan ke hospital dan surat jaminan (GL) sahaja
  • Hotline e-MAS : 03-27790012
  • WhatsApp e-MAS : 018-7883627

Bantuan & Sokongan

28 Years Old | 23.06.2023

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Syukur dengan segala nikmat Allah atas semuanya. Nikmat terbesar kerana masih diberikan kesempatan hidup di muka bumi ini. 

Alhamdulillah kerana Allah masih berikan peluang untuk bersama dengan orang yang tersayang. Alhamdulillah kerana diberikan kesihatan dan rezeki buat diriku serta kedua orang tua, suami dan juga keluarga tersayang. 

happy-birthday-images

Seperti tahun-tahun sebelumnya aku jenis yang tidak menyambut hari ulang tahun kelahiran. Dan aku juga private kan tarikh lahir di facebook. Jadi biasanya memang tiada yang ucap selamat hari lahir melainkan orang yang betul-betul ingat hari jadi aku. Hahaha~

Dan memang tiada seorang pun yang ingat sebenarnya hari kelahiran aku. 

Yang ingat hanyalah suami seorang sahaja. Dan dialah orang pertama yang akan ucap. 

Aku sebenarnya gembira sangat kerana suami sanggup pulang awal untuk spent masa bersama. Tidak pernah minta untuk sambutan hari jadi yang meriah, hadiah, bunga dan kejutan. Cukuplah dapat luangkan bersama.

Hari ini dapat luangkan masa bersama suami seharian, jalan-jalan beli takoyaki dan dating di seaside sambil bercerita (curhat). Sudah cukup 'healing' buat isterinya. 

Dan malam hari jadi ini juga suami turun kerja dah. Aku bersyukur sebab dapat luangkan masa walaupun sekejap. Dan terharu kerana melihat pengorbanan besar suami untuk menafkahi dan memenuhi tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki yang berkat, permudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang baik buat suami. Aamiin. 

Doaku semoga perkahwinan kami sentiasa dalam rahmat Allah dan kasih sayangNya. 

The Rise of Solar Panel Installations in Malaysia

In recent years, Malaysia has witnessed a remarkable growth in the adoption of solar panels as a sustainable energy solution. 

As the country strives to reduce its reliance on fossil fuels and mitigate climate change, solar panels have emerged as a viable alternative for generating clean and renewable electricity. 

This article explores the benefits of installing solar panels in Malaysia, the number of panels required to power a typical house, and the cost-effectiveness of such installations.

Solar panel in Malaysia

The Power Equation: How Many Solar Panels Does It Take to Power a House in Malaysia?

The number of solar panels needed to power a house in Malaysia depends on several factors, including the household's energy consumption, roof size, and orientation. 

On average, a typical residential solar panel system in Malaysia ranges from 3 kW to 10 kW, with 1 kW typically comprising four solar panels.

Considering the average household electricity consumption in Malaysia, which is approximately 500 kWh per month, a 3 kW solar panel system would be sufficient to meet the energy needs of many homes. 

However, it is important to conduct an energy audit and consult with a solar panel installer to determine the optimal system size for individual households.

Cost of Solar Panel Installation in Malaysia

The illustration below showcases an estimated cost for a standard solar system installation in Malaysian landed properties. Remember that the installation costs may vary depending on the factors mentioned above and the chosen solar provider. 

Cost of Solar Panel Installation in Malaysia
Photo : https://www.progressturesolar.com/post/solar-panels-installation-in-malaysia


Understanding the Cost: How Much is a Single Solar Panel?

The cost of a solar panel in Malaysia can vary depending on factors such as the panel's efficiency, brand, and installation complexity. 

On average, the price of a single solar panel in Malaysia ranges from RM800 to RM1,500. However, it's important to note that the cost per panel decreases as the system size increases.

To calculate the total cost of installing solar panels, it's necessary to consider additional expenses, such as inverters, mounting equipment, wiring, and installation labor. 

Fortunately, the declining costs of solar panel technology, coupled with government incentives and financing options, have made solar installations more affordable for homeowners in Malaysia.


Is It Worth Installing Solar Panels in Malaysia?

The decision to install solar panels in Malaysia can yield numerous benefits for homeowners and the environment. Here are some key advantages:


1. Cost Savings: By harnessing solar energy, homeowners can significantly reduce their monthly electricity bills. Malaysia's abundant sunlight resources make solar power an attractive long-term investment, as it provides a stable and predictable energy source.


2. Environmentally Friendly:
Solar panels produce clean electricity, reducing reliance on fossil fuels and decreasing carbon emissions. By adopting solar energy, homeowners contribute to mitigating climate change and promoting a sustainable future.


3. Government Incentives: The Malaysian government has introduced several incentives to promote solar panel installations. These include feed-in tariffs, tax exemptions, and grants, which further enhance the financial viability of going solar.


4. Energy Independence: Solar panels provide homeowners with a sense of energy independence. By generating their own electricity, homeowners are less susceptible to rising utility prices and power outages.


5. Increased Property Value:
A solar panel installation can increase the market value of a property. Homebuyers are increasingly recognizing the benefits of renewable energy, and properties with existing solar installations can command higher selling prices.


Conclusion:

Solar panels offer a promising solution to Malaysia's energy needs, providing homeowners with cost savings, environmental benefits, and energy independence. 

While the number of solar panels required to power a house depends on individual energy consumption, a 3 kW to 10 kW system is typically sufficient for many households.

Although the initial investment cost may seem significant, the long-term savings, government incentives, and increased property value make solar panel installations in Malaysia worthwhile. As the country continues to prioritize sustainability and renewable energy, installing solar panels has become an increasingly attractive and viable option for homeowners across the nation.



Elevate Your Brand with Professional Logos Created on LogoMaker.net

In today's highly competitive business landscape, it's crucial to have a strong and recognizable brand identity. A well-designed logo plays a pivotal role in establishing your brand's presence and making a lasting impression on your target audience. 

With the advent of technology, online logo makers have become popular tools for entrepreneurs, small businesses, and individuals looking to create professional logos quickly and affordably. 

In this article, we'll explore the features and benefits of LogoMaker.net, a platform dedicated to helping you craft stunning logos that represent your brand effectively.

1. Intuitive and User-Friendly Interface

LogoMaker.net boasts an intuitive and user-friendly interface that makes logo creation a breeze. Even if you have no design experience, you can easily navigate the platform and create a visually appealing logo. The drag-and-drop functionality allows you to experiment with various elements, fonts, and colors, giving you complete creative control.


2. Extensive Library of Design Assets

LogoMaker.net offers a vast library of design assets, including icons, shapes, symbols, and fonts, enabling you to personalize your logo to align with your brand's unique identity. Whether you're looking for a sleek and modern design or a more playful and vibrant logo, you'll find an array of options to choose from.


3. Customization Options

The platform provides a range of customization options to help you fine-tune your logo design. You can adjust the size, position, and orientation of elements, experiment with different color palettes, and add text to complement your visual representation. This flexibility ensures that your logo truly reflects your brand's personality and resonates with your target audience.


4. High-Quality Output:

LogoMaker.net generates high-resolution logo files, ensuring that your brand's visual representation remains crisp and professional across various mediums. Whether you plan to use your logo online, in print materials, or on merchandise, you can rest assured that the quality will be top-notch.


5. Cost-Effective Solution:

Hiring a professional designer to create a logo can be expensive, especially for startups and small businesses operating on a tight budget. LogoMaker.net offers a cost-effective alternative by providing an affordable platform where you can design your own logo without compromising on quality. You can save both time and money by utilizing this DIY approach.


6. Time Efficiency:

With LogoMaker.net, you can create a logo in a matter of minutes. The platform streamlines the design process, eliminating the need for lengthy back-and-forths with a designer. By taking matters into your own hands, you can expedite the logo creation process and have your brand up and running in no time.


Here are fews example of logo :

free-business-logo

free-business-logo
best-free-logo-maker

best-free-logo-maker

Conclusion

LogoMaker.net empowers individuals and businesses to create professional logos without the need for extensive design knowledge or a large budget. 

With its user-friendly interface, vast design assets, customization options, and high-quality output, LogoMaker.net provides a convenient and affordable solution for crafting a visually striking logo that represents your brand effectively. 

Elevate your brand's identity today and leave a lasting impression on your target audience with the help of LogoMaker.net.

FSJ Shoes: A Stylish Journey for Fashion Enthusiasts

In the world of fashion, shoes hold a special place as a key element of any stylish ensemble. Whether you're searching for a classic pair of heels, trendy boots, or unique flats, FSJ Shoes has emerged as a go-to destination for footwear enthusiasts.


With a wide range of designs, quality craftsmanship, and a commitment to customer satisfaction, FSJ Shoes has quickly gained popularity as an online retailer that caters to diverse fashion preferences.


In this article, we delve into the features and offerings of FSJ Shoes, highlighting why it has become a favored choice for those seeking fashionable footwear.

FSJ Shoes
Black Suede Rhinestones T-Strap Platform Wedge Thong Sandal

1. A Plethora of Styles:

FSJ Shoes proudly presents an extensive collection of footwear, designed to meet the needs and desires of fashion-forward individuals. 

From timeless classics to cutting-edge trends, FSJ Shoes offers an array of options to suit every taste and occasion. 

Whether you're looking for elegant pumps for a special event, comfortable flats for everyday wear, or statement boots to make a bold fashion statement, FSJ Shoes has it all. 

Their inventory encompasses an impressive variety of styles, colors, and materials, ensuring that you'll find the perfect pair to complete your look.


2. Uncompromising Quality:

When it comes to footwear, quality is paramount, and FSJ Shoes understands this well. The brand maintains a strict commitment to crafting shoes that combine style with durability. 

Each pair is meticulously designed and created using high-quality materials, ensuring that they not only look great but also stand the test of time. 

From the stitching to the soles, every detail is carefully executed to deliver a product that exudes excellence.

Custom Made White Bow Ankle Strap Sandals

3. Customization Options:

FSJ Shoes offers a unique feature that sets them apart from other shoe retailers—an option for customization. 

With their Custom Made service, customers can unleash their creativity and design their own shoes. Whether you have a specific color combination in mind, prefer a particular heel height, or desire a one-of-a-kind embellishment, FSJ Shoes allows you to bring your vision to life. 

This personalized touch enhances the overall shopping experience and allows customers to express their individuality through their footwear.


4. User-Friendly Website:

Navigating the FSJ Shoes website is a breeze, thanks to its user-friendly interface. The site is thoughtfully organized, with intuitive menus and filters that enable customers to swiftly locate their desired styles. 

Detailed product descriptions, including size charts and materials, are provided for each item, assisting buyers in making informed decisions. Furthermore, the website offers a seamless and secure checkout process, ensuring a hassle-free shopping experience from start to finish.


5. Exceptional Customer Service:

FSJ Shoes prides itself on providing exceptional customer service. Their knowledgeable and friendly support team is readily available to address any queries or concerns promptly. 

Whether you need assistance with sizing, customization options, or tracking your order, FSJ Shoes' customer service team is dedicated to ensuring that your experience with them is nothing short of excellent.


Conclusion

FSJ Shoes has emerged as a fashion-forward destination for shoe enthusiasts, offering a vast selection of styles to suit every taste and occasion. 

With a focus on quality craftsmanship, customization options, a user-friendly website, and exceptional customer service, FSJ Shoes has garnered a loyal following of fashion lovers worldwide. 

Whether you're looking for a classic pair of heels or seeking to express your unique style through customized footwear, FSJ Shoes is a trusted name that delivers on both style and substance. 

Embark on a stylish journey with FSJ Shoes and step up your fashion game today.

9 Penipuan Baharu Dalam Talian dan Telefon Yang Kerap Berlaku Di Malaysia

Assalamualaikum
Bismillah

Berhati-hati dengan penipuan dalam talian. Laporan penipuan dan jenayah siber semakin meningkat, dan pelaku mencari cara baharu untuk mengambil kesempatan ke atas orang biasa. Untuk melindungi diri anda, belajar cara mengenal pasti penipuan dalam talian yang biasa berlaku di Malaysia.

beware-of-scammers

1. Pengklonan SIM

Pengklonan SIM ialah isu serius di mana penipu mencipta pendua kad SIM anda untuk mengakses maklumat yang disimpan dalam telefon anda.

Contohnya, anda menerima notifikasi tentang aktiviti luar biasa pada akaun anda. Ternyata kad SIM anda telah disalin, memberi penipu akses kepada data peribadi dan nombor mudah alih anda, mungkin mengakibatkan kerugian kewangan, kecurian identiti dan penggunaan tanpa kebenaran nombor telefon anda.


2. Penipuan Wi-Fi Awam

Penipuan WiFi awam ialah apabila penjenayah mencipta rangkaian WiFi awam palsu yang kelihatan sah untuk mencuri maklumat peribadi daripada pengguna yang tidak curiga. Selain itu, walaupun sambungan WiFi awam yang sah boleh menimbulkan risiko keselamatan kerana ia boleh digodam dengan mudah.

Contohnya, anda menyambung ke rangkaian WiFi di kafe untuk membuat pembelian dalam talian. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak menyedari bahawa penyerang sedang mengumpul bukti kelayakan log masuk anda, maklumat kad kredit dan data sensitif yang lain.


3. Penipuan Melalui Kod QR

Penipuan kod QR ialah apabila penjenayah mencipta kod QR palsu yang kelihatan sah untuk mencuri maklumat peribadi atau wang.

Contohnya, anda mengimbas kod QR di restoran dan memasukkan maklumat anda untuk memesan makanan dan membuat pembayaran. Tetapi kod QR itu palsu dan maklumat anda sebenarnya dihantar kepada penyerang.

Oleh itu dinasihatkan kepada pengguna untuk mengesahkan sumber kod QR. Hanya imbas kod daripada sumber yang dipercayai dan berhati-hati terhadap permintaan yang tidak dijangka untuk maklumat peribadi atau pembayaran.

4. Penipuan Skim Kebajikan Masyarakat

Penipuan skim kebajikan sosial ialah tempat penipu menghantar mesej teks yang menyamar sebagai organisasi yang boleh dipercayai dan menawarkan bantuan kewangan. Mereka mungkin meminta maklumat seperti nombor akaun bank, menyebabkan mangsa kehilangan wang atau menjadi mangsa kecurian identiti.

Contohnya seperti anda menerima SMS menawarkan bantuan kewangan e-dompet RM500, tetapi sebagai balasan, mangsa diminta memberikan butiran bank mereka yang membawa kepada transaksi tanpa kebenaran.

Oleh itu sentiasa berwaspada terhadap penipuan kebajikan sosial. Jangan dedahkan maklumat peribadi kepada sumber yang tidak diketahui dan lindungi diri dengan mengesahkan sumber maklumat.

5. Penipuan Wangiri

Anda pernah terlepas panggilan daripada nombor antarabangsa yang tidak dikenali? Ini adalah taktik panggilan penipuan yang dilakukan penjenayah. 

Mereka akan menghubungi anda dan akan terus meletakkan panggilan sebelum ia dijawab dengan harapan anda akan menghubungi mereka semula. Kadar panggilan ke nombor ini adalah pada kadar premium dan pengguna yang menghubungi mereka semula akan dicaj dengan harga tinggi.

Pastikan anda tidak menghubungi semula nombor antarabangsa yang tidak dikenali.


6. Penipuan Pelayar & Pop Timbul

Semasa menyemak imbas web, anda mungkin menemui tetingkap timbul yang meminta anda mengklik pada pautan untuk mengisi tinjauan atau memilih kotak hadiah untuk memenangi "hadiah" (seperti telefon, peranti elektronik atau aksesori). 

Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman pembayaran di mana anda perlu "menebus hadiah" dengan membayar sejumlah kecil melalui kad kredit, atau masukkan butiran peribadi atau butiran bank anda.

Setiap telco tidak akan sesekali meminta anda mengisi borang dengan maklumat peribadi. Jika anda melayari laman web dan menerima pesanan ini, sila tutup laman tersebut serta-merta.


7. SMS, WhatsApp & E-mel Pancingan Data

Penjenayah selalunya akan menyamar sebagai perniagaan rasmi seperti Maxis menggunakan taktik pemancingan data melalui e-mel, SMS atau WhatsApp. 

Ia selalunya akan mengandungi pautan yang akan membawa anda ke laman web palsu yang nampak seperti laman web rasmi di mana maklumat peribadi anda akan diminta. Ini akan menyebabkan berlakunya kes kecurian identiti dan akses tanpa kebenaran ke akaun bank anda.

Setiap telco tidak akan meminta butiran kad kredit atau nombor PIN pelanggan melalui e-mel.


8. Penipuan TAC

Transaction Authorisation Codes (TAC) adalah langkah keselamatan bagi mencegah transaksi dan aktiviti tanpa kebenaran, akan tetapi penjenayah kini telah berjaya menemui cara untuk mengatasi masalah ini.

Misalnya, penjenayah tersebut akan mendapatkan kod TAC ini menggunakan taktik penyamaran sebagai seorang pekerja dan akan menghubungi mangsa bagi memberi "hadiah" berbentuk data atau kredit percuma. 

Mangsa yang tidak sedar ini akan diminta untuk memberikan kod TAC yang diterima melalui SMS sebelum menerima hadiah mereka tetapi apabila mereka membuat sedemikan, kredit mereka akan ditolak daripada akaun prabayar.

Bahkan taktik ini juga boleh digunakan untuk akaun bank anda.

9. Penipuan Aplikasi Android

Taktik ini disasarkan kepada pengguna aplikasi beli-belah atas talian. Taktik ini memerlukan penjenayah untuk menipu mangsa bagi memuat turun fail APK ke telefon mereka bagi mendapatkan maklumat peribadi.

Penjenayah selalunya menggunakan platform media sosial untuk mengiklankan perkhidmatan mereka. Setelah dipersetujui, mangsa akan diminta untuk memuat turun fail APK dan diminta untuk mendaftar maklumat peribadi, e-mel malah nombor kad kredit mereka. 

Status 'laman ralat' akan diterima sejurus pendaftaran dan penjenayah tersebut akan menggunakan peluang ini untuk mencuri wang daripada akaun bank mangsa.

Oleh itu, elakkan memuat turun fail APK, terutamanya daripada sumber yang tidak disahkan.

Sumber : https://www.maxis.com.my/ms/bewareofscams/

Bagaimana Nak Mula Bertudung Labuh & Berpurdah

Assalamualaikum
Bismillah

Bukan mudah sebenarnya berhijrah apatah lagi istiqamah dalam kebaikan. 

Hari ini terdetik dalam hati nak berkongsi pengalaman. Sebenarnya dari dulu lagi aku memang mahu menutup aurat tetapi susah sangat-sangat. Susah sebab aku bukannya dikelilingi oleh sanak-saudara yang menutup aurat dengan sempurna juga.  

Kebanyakkan orang sabah nie walaupun Muslim, ramai jugalah yang tidak menjaga aurat (termasuk diri aku juga dulu). 

Ramai orang fikir menutup aurat itu ialah pakai tudung.  Sedangkan orang yang memakai tudung belum tentu menutup auratnya dengan sempurna. 

Bagaimana Nak Mula Bertudung Labuh & Berpurdah


Aurat adalah angggota badan yang tidak boleh dinampakkan dan diperlihatkan oleh lelaki atau perempuan kepada orang lain. Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (31/44).

Wanita Muslimah diwajibkan untuk menutup aurat mereka sepertimana yang telah disepakati oleh para ulama’ berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan as-Sunnah, di antaranya ialah:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ

Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak suruhan yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita” (Surah an-Nur: Ayat 31)


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ

Maksudnya: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman bahawa hendaklah mereka melabuhkan jilbab (pakaian yang dipakai di atas baju dan tudung) mereka ke seluruh tubuh mereka, Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, maka mereka tidak akan diganggu” (Surah al-Ahzab: Ayat 59)

Nabi SAW telah bersabda:

المرأةُ عورةٌ وإنَّها إذا خرَجتْ استشرَفها الشَّيطانُ

Maksudnya: “Wanita itu adalah aurat, jika ia keluar rumah, maka syaitan akan menghiasinya” Riwayat ibn Hibban (5598), Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan perawi-perawi hadith ini thiqah(dipercayai).

SUMBER : TASHIH AL-MAFAHIM #12: BENARKAH PEREMPUAN YANG SUDAH TUA TIDAK DIWAJIBKAN UNTUK MEMAKAI TUDUNG?



Bagaimana Nak Mula Bertudung Labuh & Berpurdah

1. Padam Gambar Yang Tidak Menutup Aurat

Perkara pertama sekali yang aku lakukan sebelum mula memakai tudung labuh ialah aku padam gambar yang tidak menutup aurat di media sosial dan blog. 

Benda inilah yang aku susah sekali nak buat. Bayangkan gambar dah banyak post di facebook, instagran dan blog. Memang ambil masa nak padam. 

Benda nampak simple kan. Tetapi perkara inilah yang paling berat sekali nak buat.  Menurut Natsu Dragneel dalam anime Fairy Tail “Don't give up, the beginning is always the hard...”

Apa kaitan gambar yang di upload dengan menutup aurat? 

Gambar yang diperlihatkan tersebut gambar untuk menarik perhatian orang lain. Menampakkan perhiasan dan kecantikan kepada umum (bukan mahram). 

Walaupun aku tidak bermekap dan pakaian sebelum bertudung labuh juga menutup aurat tetapi mata-mata orang lelaki nie susah juga. Ada lelaki yang tertarik dengan perempuan yang bertudung. Ada juga yang tertarik dengan tidak bertudung. 

Sedaya upaya macam mana pun hati kata "Aku post bukannya untuk menarik perhatian" tetapi hakikatnya tetap akan menarik perhatian juga sebab "wanita itu aurat". 

Nampak benda ini remeh saja kan, tetapi itulah hakikatnya buat semua para wanita. 

2. Beli Pakaian & Tudung Labuh

Perkara kedua aku buat ialah aku beli pakaian labuh dan tudung labuh sebelum mula berhijrah. Macam mana kita nak bertudung labuh sekiranya dalam almari kita masih banyak pakaian yang ketat dan tidak menutup aurat? 

Oleh sebab itulah aku perlahan-lahan beli pakaian muslimah dan tudung labuh bidang 55 dan 60. Aku banyak beli tudung bawal bidang 60. Tetatpi sekarang aku lagi senang dan selesa pakai tudung labuh koshibo. 

Masa ini aku belum mula bertudung labuh lagi. Aku cuba kumpul beberapa helai pakaian dahulu. 

3. Guna Handsock & Stokin

Biasakan pakai handsock dan stokin setiap kali keluar rumah. Mulanya memang berat dan kurang selesa. Alhamdulillah sekarang dah tak boleh tinggal stokin dan handsock. 

Ramai wanita yang memakai handsock tetapi lupa nak memakai stokin. Kaki juga adalah aurat. Sekarang nie ada banyak jenis stokin yang dijual. Jadi pilihlah mana yang kita rasa selesa.

4. Pakai Tudung Setiap Kali Keluar Rumah

Secara jujurnya sebelum berhijrah untuk bertudung labuh aku bukanlah sejenis yang menutup aurat juga terutama sekali apabila dekat rumah. Nak keluar pergi kedai depan rumah pun free hair. Nak pergi rumah sepupu pun tidak menutup aurat. 

Sebelum aku nekad untuk pakai tudung labuh, aku usaha dan paksa diri untuk pakai tudung setiap kali berada di luar rumah walaupun sekadar jemur kain. 

Aku tidak mahu menutup aurat sekadar berbasa-basi. 

5. Pakai Tudung Setiap Kali Ada Tetamu ke Rumah

Seringkali perkara ini diremehkan oleh kebanyakkan para wanita. Setiap kali tetamu berkunjung ke rumah kadangkala kita terlupa untuk menutup aurat. 

Alasannya sebab di rumah juga. Apatah lagi tetamu yang datang pula adalah dalam kalangan kaum kerabat kita juga. Oleh itu, mulakan dengan menjaga aurat setiap kali ada tetamu berkunjung ke rumah.



6. Jaga Solat 5 Waktu

Cara untuk menjaga diri agar terus istiqamah dalam menutup aurat ialah dengan menunaikan solat 5 waktu.

Ramai yang kata "walaupun tak bertudung asalkan solat". Sebenarnya pendapat itu adalah salah. Menutup aurat dan solat adalah perkara yang wajib dan tidak boleh tinggal salah satu. 

Bagi aku antara sebab kenapa susah nak jaga aurat sebab tidak jaga solat dengan baik. 

Mungkin solat tetapi melengahkan waktu solat.
Mungkin solat tetapi solat di akhir waktu.

Bagaimana pula dengan wanita yang solat tetapi tidak menutup aurat? 

Kata ustaz Adi Hidayat sekiranya seseorang itu mengerjakan solat tetapi tidak menutup aurat pasti ada yang salah pada solatnya kerana orang yang menjaga solat tidak akan sesekali tidak menutup aurat kerana takut dengan Allah.

Begitu juga wanita yang menutup aurat tetapi mencela orang lain juga. Yang diperbaiki bukan tudungnya tetapi solatnya. Hal ini kerana orang yang mengerjakan solat dengan benar tidak akan mencela orang lain. 

7. Dekati Sahabat Yang Solehah

Dekati sahabat yang solehah. Bergaul lah dengan kawan-kawan yang sering mengingatkan diri kita kepada kebaikan dan akhirat, kerana sahabat yang solehah akan sentiasa mengingatkan kita untuk menutup aurat. 

Sahabat yang baik sentiasa mendoakan kebaikan sahabatnya yang lain. Mungkin saja doa-doa mereka yang melembutkan hati kita untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Mintalah doa dari sahabat yang solehah agar diri kita sentiasa dalam kebaikan dan hidayah Allah. 

8. Dapatkan Sokongan Dari Orang Yang Terdekat

Cuba dapatkan sokongan daripada orang terdekat seperti keluarga, sepupu, kawan-kawan dan sanak-saudara. 

Pada mula penghijrahan, aku banyak berkongsi dengan sepupu. Minta doa mereka supaya istiqamah dalam penghijrahan aku. Alhamdulillah sepupu dan sahabat aku banyak bagi kata-kata motivasi untuk aku.

Sebelum aku berkahwin pun suami aku banyak bagi galakan untuk aku usaha menutup aurat. Suami aku sangat suka melihat aku berpakaian menutup aurat. Jadi dia banyak hadiahkan aku pakaian-pakaian muslimah serta tudung labuh. 

Bukan itu sahaja ibu bapa dan adik-beradik aku juga sentiasa bagi galakan dan sokongan untuk aku berhijrah. 



9. Putuskan Hubungan Yang Haram 

Sesungguhnya yang menghalang kebanyakkan para wanita untuk berhijrah adalah kerana masih dalam hubungan yang haram. Bercouple adalah sesuatu yang dilarang. Dan cara yang lebih baik ialah dengan menikah (menghalalkan hubungan).

Sebaik-baiknya jauhi hubungan yang tidak pasti. Tiada istilah couple islamik. Buat para lelaki, sekiranya korang tidak bersedia untuk menghalalkan hubungan dengan para wanita, jangan sesekali pernah untuk dekati wanita tersebut. 

Jika suka sila sediakan diri korang dan jumpa dengan keluarga wanita sekiranya mahu menghalalkannya. 

Apa kaitannya menutup aurat dengan hubungan percintaan? 

Berapa ramai wanita yang mahu berhijrah untuk menutup aurat dengan sempurna tetapi terhalang niatnya kerana bercinta tanpa tujuan (ke arah perkahwinan). Bayangkan sekiranya perempuan menutup aurat dengan baik, pasti lelaki pun segan dan malu untuk mempunyai hubungan percintaan. 

Sekiranya tidak menutup aurat orang lelaki akan sesuka hatinya untuk berbuat perkara-perkara yang dilarang. Memanglah tidak semua lelaki tetapi kebanyakkan lelaki. 

Bercinta tidak salah, tetapi ramai yang menyalahgunakan makna sesebuah percintaan untuk melakukan perkara yang ditegah oleh hukum syarak. 

Bertemu janji atau “dating” dalam gambaran yang mudah difahami hari ini, merupakan amalan yang sangat bertentangan dengan hukum Islam. Niat tidak pernah menghalalkan cara, apatah lagi jika niat itu sendiri sudah terpesong berkiblatkan nafsu serta bertopengkan tipu daya syaitan.

Hati-hati dengan makhluk yang bernama syaitan ini, dia amat licik. Andai dia tidak mampu menghasut kita ke jalan maksiat, dia mungkin akan memanipulasikan taktik halus dengan menyuntik racun berhalusinasikan agama pada sanubari kita, supaya di mata kita tidak nampak perbuatan itu salah.

Macam mana kita usaha mahu berhijrah tapi akan terhalang kerana perhubungan seperti ini. Hal ini kerana kita dah sayang dengan orang tu. 


10. Jangan Peduli Apa Orang Nak Kata

Sekiranya korang rasa dah buat semua perkara di atas, jangan bertangguh lagi dengan niat baik tersebut kerana ianya ialah hidayah Allah.

Jangan peduli dengan apa orang nak kata. Biarlah orang kata kita ni "Ustazah". Biarlah orang kata kita berhijrah mungkin tidak akan bertahan lama. 

Pedulikan orang sekeliling kerana apa yang penting ialah jaga hubungan kita dengan Allah. Biarlah sejuta manusia membenci asalkan Allah cinta, InsyaAllah penghinaan dan celaan orang lain tidak memberi kesan apapun dengan diri kita. 

11. Selalu Berdoa Untuk Istiqamah

Nak mula menutup aurat itu senang sahaja. Tetapi nak terus istiqamah dengan penghijrahan itu bukannya senang. Aku sendiri juga masih banyak kekurangan dan kelemahan. 

Ujian orang yang usaha untuk menjaga auratnya sangat banyak. Banyak sangat kerana wanita itu fitrahnya suka kelihatan cantik dan memperlihatkan kecantikannya. 

Betapa ramai wanita yang dah menutup aurat tetapi kembali untuk menanggalkan tudungnya kerana tidak tahan dengan mulut-mulut orang lain. 

Oleh itu berdoalah kepada Allah supaya ditetapkan hati kita dalam kebaikan. 

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Robbanaa laa tuzighquluubanaa ba’da idz hadaitanaa wahablanaa min ladunka rohmah, innaka antal wahhaab

“Wahai Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran ayat 8)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ

Yaa Muqollibal quluub, tsabbit qolbii ‘alaa diinik

“Wahai Dzat yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu.”

اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Alloohumma a’innii ‘alaa dzikrika wasyukrika wa husni ‘ibaadatik

“Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatMu, bersyukur kepadaMu dan memperbaiki ibadahku.” Hadits riwayat Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud dan Ahmad

Semoga dengan mengamalkan doa tersebut, kita dapat istiqomah di jalan kebaikan. Insya Allah.

Akhir sekali, aku doakan semoga Allah memberikan taufiq dan hidayahNya kepada kita semua untuk sentiasa taat dengan perintahNya dan menjauhi laranaganNya. Kalau bukan sekarang nak berubah, bila lagi kan?

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri aku sendiri. 

Putri Ariani - Loneliness Lyrics [Golden Buzzer America's Got Talent]


Putri Ariani - Loneliness Lyrics

Verse1

I remember when we still one
Your laugh, your voice and your bright eyes
We together in this love
Promise wil forever


Verse 2

And now you left me alone
Cause You find someone better
You're in that way with her
And one think I know



Reff

You break my heart
Break my hope
make me so down
In a lonelyness
You left me when I deep
Thought you are
My best scene
Being my prince
but I was wrong
Baby, You change a pink into the blue.



Verse3

And what does means all the things
That we have written
The great conversations and that beautiful future
perfect definition
Of sadly flower.



Outro:

I was wrong, I was wrong
I was wrong, I was wrong
Oh, why do I fall in you?

4 Resipi Sarapan Terbaik Untuk Menurunkan Berat Badan

Apabila ingin menurunkan berat badan dengan cepat, anda mungkin berfikir melewatkan sarapan adalah cara yang baik untuk menjimatkan kalori.

Ternyata pemikiran ini adalah salah sama sekali! Sebenarnya, ‘makanan pertama’ anda dapat bantu membakar lebih banyak kalori pada jam-jam berikutnya.

Ia juga dapat menghentikan rasa lapar atau mengidam makanan berkalori tinggi sepanjang hari tersebut, lantas membuatkan kalian tidak cenderung untuk makan banyak.

Tetapi, apakah sarapan terbaik untuk menurunkan berat badan?

4 Resipi Sarapan Terbaik Untuk Menurunkan Berat Badan

Di bawah ini, penulis akan berkongsi 4 resipi sarapan yang mudah dibuat dan sesuai diamalkan untuk menguruskan badan oleh Pakar Pemakanan, Rick Hay.

1. PROATS

Usah terkejut dengan namanya yang aneh, proats hanyalah gabungan oat dengan serbuk protein.

Terdapat banyak sebab proats adalah cara yang baik untuk memulakan hari anda jika ingin menurunkan berat badan…

Menurut Hay, kandungan serat oat dapat membantu sistem pencernaan dan memberikan rasa kenyang bagi masa yang lama.

Tambah beliau lagi, gabungan makanan ini turut bantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan metabolisme.

Resipi Hay, termasuklah 1 sudu teh kayu manis bagi mendapatkan rasa dan manfaat kesihatannya.

Menambah kayu manis dapat menyokong penurunan berat badan, mengurangkan keinginan dan bahkan membantu anda menghilangkan lemak viseral (lemak yang disimpan di sekitar organ dalaman).

RESEPI PROATS

1. Campurkan bersama 1/2 cawan oat, 1 cawan air dan 1/2 sudu teh kayu manis ke dalam periuk.

2. Setelah dimasak, campurkan 1 hidangan serbuk protein dan sertakan buah-buahan segar.

2. ZOATS

Namanya semakin pelik, bukan? Namun, ini adalah semangkuk oat yang akan membuat anda kenyang hingga waktu makan tengah hari, di samping membekalkan badan banyak nutrien.

Hay menjelaskan, zoats dibuat dengan oat, zukini dan telur. Gabungan protein, karbohidrat dan lemak baik yang sempurna ini akan membuat anda kenyang lebih lama!

zoats


Anda juga mendapat manfaat tambahan vitamin dan mineral di dalam zukini, termasuk vitamin A, C, serta magnesium, tambah Hay.

Magnesium memainkan peranan penting dalam mengubah makanan kita menjadi tenaga, manakala vitamin C baik untuk sistem imunisasi tubuh dan vitamin A dapat membantu penglihatan dan kulit, serta melawan penyakit!

RESEPI ZOATS

1. Hanya campurkan 1/2 cawan oat, 200ml air, 1 cawan zukini diparut (diperah semua cecair) dan 1 telur organik.

2. Masukkan garam secukup rasa kemudian panaskan ke dalam ketuhar gelombang mikro atau di atas dapur selama 2 minit.


3 BUAH BERI, YOGURT GREEK & BIJI CHIA

Biji-bijian, seperti sudah kita sedia maklum adalah sangat baik untuk kesihatan, terutamanya biji chia. Biji chia adalah salah satu makanan padat nutrien dengan kalori yang sangat sedikit.

Tambah Hay, biji chia juga sarat dengan antioksidan dan protein berkualiti tinggi. Kandungan serat tinggi yang digabungkan dengan protein berkualiti seperti yogurt Greek dapat membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat!

Lebih-lebih lagi, tambahan buahan beri, membantu meningkatkan lagi tahap vitamin C. Selain menghasilkan sarapan pagi untuk menurunkan berat badan, anda juga membantu sistem pencernaan, dan memperoleh sumber vitamin K, yang cukup penting untuk penyembuhan luka.

RESEPI 

1. Cara pembuatannya, hanya campurkan 200ml yogurt Greek, 2 sudu besar biji chia dan 4 sudu susu badam.

4. GRANOLA LIMAU GEDAN

Anda mungkin pernah mendengar bahawa limau gedang bagus untuk menurunkan berat badan, kan? Buah rendah kalori ini telah didapati baik dalam membantu mengawal peningkatan selera makan.

Malah, sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nutrition & Metabolism menyimpulkan, pengambilan limau gedang sebagai sebahagian daripada diet mampu menjadi strategi penurunan berat badan yang efektif untuk kategori orang dewasa yang gemuk.

granola


Limau gedang yang dimakan bersama granola rendah gula, yogurt badam, dan flaxseed boleh menjadikan pilihan sarapan yang padat nutrien, menurut Hay.

Granola menyediakan serat dan bersama-sama badam atau yogurt kelapa, ia membantu menghasilkan sarapan pagi yang memuaskan dan mengurangkan rasa mengidam yang merepek.

Lebih-lebih lagi, flaxseed sarat dengan nutrien dan merupakan makanan omega-3 yang tinggi. Ia juga merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan yang hebat!

RESEPI 

1. Campurkan 1/2 limau gedang, kupas dan potong dadu, dengan 120g badam atau yogurt kelapa.

2. Hidangkan dengan 120g granola rendah gula dan 1 sudu flaxseed.


KESIMPULANYA

Ternyata menyediakan sarapan pagi yang berkhasiat dan mengenyangkan tidak sesukar yang anda fikirkan!

Kini anda tidak ada lagi alasan untuk skip sarapan semata-mata hendak kurus ya, kerana ia ternyata membantu menurunkan berat badan.

Semoga idea-idea resipi di atas sedikit sebanyak membantu dan memudahkan urusan kalian yang sedang berusaha mencapai berat badan idaman. Selamat mencuba!


Sumber : https://hellodoktor.com/pemakanan/resipi-sihat/menurunkan-berat-sarapan-pagi/
© all rights reserved
made with by templateszoo