Photo by Aleksandra Khoroshykh on Unsplash
Assalamualaikum dan salam sejahtera Aku nak minta sedikit pertolongan daripada rakan-rakan blogger.
InsyaAllah, jika ada rezeki bulan Ogos nanti kami bercadang untuk bercuti ke Melaka. Disebabkan sudah lama tidak ke sana, aku sedang mencari homestay yang selesa dan berhampiran dengan tempat-tempat menarik di sekitar Melaka.
Homestay untuk 4-5 orang ja. Sebab tak ramai pun. Nak cari homestay pun sebab senang nak masak.
Kalau korang pernah menginap di homestay sekitar Melaka, bolehlah kongsikan cadangan di ruangan komen. Kalau korang pernah buat review tentang penginapan di Melaka, sudilah tinggalkan link entri blog korang sekali. Nanti senang aku singgah baca.
Kalau boleh, kongsikan sekali:
Kalau korang pernah menginap di homestay sekitar Melaka, bolehlah kongsikan cadangan di ruangan komen. Kalau korang pernah buat review tentang penginapan di Melaka, sudilah tinggalkan link entri blog korang sekali. Nanti senang aku singgah baca.
Kalau boleh, kongsikan sekali:
- Nama homestay
- Kawasan homestay
- Link Facebook, TikTok atau nombor telefon jika ada.
Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi. Semoga perkongsian ini bukan sahaja membantu kami merancang percutian nanti, malah boleh menjadi rujukan kepada pembaca blog lain yang sedang mencari homestay di Melaka.
P/S: Tak semestinya homestay ya. Kalau ada cadangan hotel, guest house atau chalet yang best di Melaka pun boleh juga kongsi. 😊

D'Selat Homestay 3. Cantik, view laut. 10 minit je dari Bandar Hilir.
ReplyDeleteNurul try Rumah Mak Embun. Faa tanya husb sebab family husb penah buat family day situ.
ReplyDeleteselalu duduk chalet yang tak boleh masak2.. jadi tak tahu sangat...
ReplyDeleteSemoga dimudahkan urusan bercuti di Melaka ya..
ReplyDeleteSama juga nak ke Melaka jika ada peluang..
ReplyDeleteReunion kami baru ni, kawan2 di Melaka book kan Villa D'Acqua. Cantik luas, besar biliknya tapi jauh dari bandar Melaka.
ReplyDeleteBoleh cuba cari Atlantis Residence atau homestay kawasan Kota Laksamana, Nurul. Lokasi strategik dekat kedai makan, lengkap dapur untuk memasak dan sesuai untuk penginapan keluarga 4-5 orang!
ReplyDeletewah boleh sama sama survey gak ni. lama tak gi melaka dan plan hujung tahun nak bawa mak ke sana
ReplyDeleteTak biasa juga ke Melaka.
ReplyDeleteThank you for sharing this. Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 🇨🇦
ReplyDelete