La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by Anies

Assalamualaikum
Bismillah

La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by Anies
Klik link http://aniesandyou.blogspot.com/2023/02/la-gourmet-hydration-bottle-giveaway-by.html


SYARAT UNTUK GIVEAWAY :

1) FOLLOW BLOG INI. insya Allah anies akan follow back.

2) GA INI TERBUKA KEPADA MALAYSIAN BLOGGER ONLY
(minta maaf banyak-banyak kepada non-Malaysian blogger kerana buat terma & syarat ini. tapi jangan risau. insya Allah akan datang ada rezeki, anies buat GA lagi tanpa T&C sebegini.)

3)BUAT SATU ENTRY BERTAJUK: La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by anies.

4) MASUKKAN BANNER DI ATAS DALAM ENTRY ANDA & BACK LINK KE BLOG INI.

5)TAG 3 rakan blogger pilihan anda.

6) SERTAKAN LINK ENTRY DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH SEBAGAI BUKTI PENYERTAAN.

7) TARIKH & MASA TAMAT GA: 28 FEBRUARI 2023 @ 11.59PM.

8) PENYERTAAN YANG TIDAK MEMENUHI T&C INI, AKAN DIBATALKAN.

9) Sebarang pertanyaan berkait GA ini, sila WA anies di SINI .

10) Pemenang akan diumumkan pada 8 MAC 2023 .


HADIAH :

  • Utama : 1x 1 liter La gourmet® hydration bottle X 1x pemenang
  • Saguhati : 3x 500 ml La gourmet® hydration bottle X 3x pemenang


Jomlah memeriahkan giveaway ini. Hari ini last dah! 

Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Selama 3 Bulan Bermula 1 Mac 2023

Assalamualaikum
Bismillah

bayaran-balik-ptptn
Sumber : https://www.ptptn.gov.my/belanjawan-2023-insentif-kepada-peminjam-ptptn/

Belanjawan 2023: Insentif Kepada Peminjam PTPTN

Pembentangan Belanjawan 2023 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada 24 Februari 2023 (Jumaat) memberikan pelbagai inisiatif kepada masyarakat Malaysia termasuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

PTPTN amat berterima kasih dan komited untuk melaksanakan inisiatif belanjawan tahun 2023 iaitu insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus selama tiga (3) bulan bermula 1 Mac 2023. 

PTPTN juga menyambut baik inisiatif penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam (6) bulan. 

Permohonan penangguhan boleh dibuat mulai 1 Mac 2023. Inisiatif ini menunjukkan keprihatin Kerajaan dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini sekali gus meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan. 

Justeru, pelaksanaan inisiatif ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.


PTPTN sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa komited dan bersedia untuk membantu peminjam selaras dengan inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan melalui Belanjawan 2023. 

Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:

Maklumat Lanjut

Sudah menjadi tanggungjawab kepada semua peminjam untuk bayar balik hutang pinjaman tersebut. Kerajaan sudah cukup baik rasanya memberikan penangguhan untuk bayar. Tetapi sebaik-baiknya usahakan untuk bayar.

Ramai yang salah faham, PTPTN kena bayar mengikut apa yang telah ditetapkan. Tetapi sebenarnya korang boleh sahaja bayar berapa yang korang mampu. 

Memanglah RM50 tidak banyak tetapi sekiranya setiap bulan korang konsisten bayar, InsyaAllah hutang tu pun akan semakin berkurang.

Aku tahu ramai yang mengadu gaji tak banyak, keperluan tak cukup. Tetapi usahakanlah untuk bayar dengan niat semoga Allah mudahkan semuanya. 








JANGAN TINGGALKAN DOA PADA WAKTU PAGI

Assalamualaikum
Bismillah

Allah SWT juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya:

 وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah al-Ghafir:60)



Imam Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya mengatakan bahawa pada ayat ini adalah dalil bahawa Allah SWT menuntut hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf di antara orang islam. [Lihat: Tafsir Ibn ‘Asyur, 183/24]

Sebelum mulakan aktiviti hari ni, mulakan dengan doa ini. 

DOA PADA WAKTU PAGI


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa

"Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima." [Riwayat Ibnu as-Sunni dan Ibn Majah]




DOA PADA WAKTU PAGI

Jangan tinggalkan doa ini setelah solat Subuh. 

RUJUKAN :
  • IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-349: CARA PENERIMAAN DOA

Bacaan Sayyidul Istighfar Memohon Keampunan Allah SWT

Assalamualaikum
Bismillah

Di dalam kehidupan kita, kita perlulah banyak beristighfar kepada Allah SWT iaitu memohon ampun kepada-Nya di atas segala dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan. 

Ini kerana, Nabi SAW yang diketahui bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang tidak pernah meninggalkan istighfar ini. 

doa-sayyidul-istighfar

Di dalam sebuah hadith, diceritakan bahawa Nabi SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam al-Bukhari:

 Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
 
وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [Riwayat al-Bukhari (6307)]
 

"Sayyidul Istighfar" adalah doa istighfar yang dianggap sebagai "pemimpin" atau "raja" dari segala istighfar. Berikut adalah teks bacaannya:

للَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
"ALLAAHUMMA ANTAA RABBIY, LAA ILAAHA ILLAA ANTA, KHOLAQTANII WA ANAA 'ABDUKA, WA ANAA 'ALAA 'AHDIKA WA WA'DIKA MAA AS-TATHA'THU, A'UUDZU BIKA MIN SYARRI MAA SHANA'THU, ABUU-U LAKA BINI'MATIKA 'ALAYYA, WA ABUU-U BIDZAMBIY, FAGHFIR LII, FA-INNAHU LAA YAGHFIRUDZ-DZUNUUBA ILLAA ANTA." 

Ertinya:
"Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau."



Demikian menunjukkan akan pentingnya istighfar di dalam kehidupan seharian kita. Terdapat hadith yang menceritakan berkaitan Penghulu Istighfar atau ia dinamakan sebagai Sayyid al-Istighfar.
 

Daripada Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. [Riwayat al-Bukhari (6306)]


Di dalam Fath al-Bari, Imam Ibn Hajar menaqalkan perkataan Ibn Jamrah yang mengatakan bahawa di dalam hadith ini, Nabi SAW telah menghimpunkan seni makna-makna serta lafaz-lafaz yang indah dan dengan itu melayakkan ia digelar sebagai penghulu segala istighfar. Di samping itu juga, terdapat padanya ikrar kepada Allah yang Esa akan keEsaan-Nya dan juga Ubudiyyah kepada-Nya (yang hanya berhak disembah). Tambahan pula, di dalamnya terdapat pengiktirafan (daripada hamba) bahawa Allah adalah pencipta dan beriqrar dengan janji yang diambil oleh Allah ke atasnya. Selain itu, berserah dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepadanya serta memohon perlindungan (daripada Allah) dari segala kejahatan yang dilakukan oleh seseorang hamba itu terhadap dirinya. Di dalamnya juga terdapat sandaran kesenangan kepada pencipta-Nya dan juga sandaran dosa kepada diri pelakunya serta keinginannya untuk memohon ampun dan pengiktirafan akan dosa yang telah dilakukannya bahawa tiada yang mampu untuk mengampunkan dosa-dosa tersebut melainkan Allah SWT. [Lihat: Fath al-Bari, 100/11]


Di dalam hadith ini juga, Nabi SAW menyatakan akan kelebihan bagi sesiapa yang beramal dengan Sayyid al-Istighfar.

Sabda Baginda SAW lagi di dalam hadith yang sama:
 
وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyid al-Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”.


Oleh itu, membaca sayyidul istighfar selepas solat adalah suatu amalan yang sangat dianjurkan kerana ia mempunyai banyak manfaat kepada kita. Dengan membaca doa ini secara rutin, InsyaAllah kita akan merasa lebih tenang dan meningkatkan kualiti keimanan kita kepada Allah SWT. 

Semoga bermanfaat~


RUJUKAN :
  • IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-168: PENGHULU SEGALA ISTIGHFAR


Kemudahan Tuntutan yang Mudah dan Pantas dengan Etiqa Motor Takaful

Assalamualaikum
Bismillah

Setiap tahun, pemilik kenderaan perlu memperbaharui takaful dan cukai jalan mereka. Ini adalah proses yang penting untuk memastikan kenderaan korang sentiasa dilindungi dan anda mematuhi undang-undang yang berkaitan dengan pengendalian kenderaan di jalan raya. 

Adakah korang sudah memperbaharui takaful dan cukai jalan kenderaan? Bagi memastikan kenderaan dilindungi dengan baik adalah sesuatu yang perlu dilakukan setiap tahun. 

Namun, ramai yang mengabaikan kepentingan ini dan memilih untuk bertangguh. Sebenarnya, memperbaharui takaful dan cukai jalan adalah langkah yang penting untuk memastikan keselamatan kenderaan dan mengelakkan risiko yang tidak diingini di masa depan.

Etiqa Motor Takaful

Mengapa Memperbaharui Takaful dan Cukai Jalan Adalah Penting?

Takaful dan cukai jalan adalah dua perkara yang berkait rapat dengan perlindungan kenderaan korang. Takaful adalah satu bentuk insurans yang melindungi kenderaan daripada risiko seperti kemalangan, kecurian dan kebakaran. 

Manakala cukai jalan pula adalah yuran yang perlu dibayar setiap tahun untuk mendapatkan kebenaran untuk memandu kenderaan di jalan raya. Jika korang gagal memperbaharui takaful dan cukai jalan, kemungkinan korang akan menghadapi beberapa risiko seperti:

1. Denda: Dikenakan denda oleh pihak berkuasa jika memandu kenderaan tanpa cukai jalan yang sah.

2. Risiko tidak diinsuranskan: Jika terlibat dalam kemalangan atau kenderaan dicuri dan korang tidak mempunyai perlindungan takaful yang mencukupi, maka korangf akan menghadapi risiko kehilangan wang yang besar untuk membaiki atau menggantikan kenderaan.

3. Kehilangan kebenaran memandu: Jika gagal memperbaharui cukai jalan, pihak berkuasa boleh membatalkan kebenaran korang untuk memandu kenderaan.


Mengapa Memilih Etiqa Motor Takaful untuk Memperbaharui Takaful Anda?

Jika korang  sedang mencari perlindungan takaful yang berkualiti, Etiqa Motor Takaful adalah jawapannya. 

Etiqa Motor Takaful menawarkan pelbagai jenis pelan takaful yang sesuai dengan keperluan kenderaan korang. 

Pelan Etiqa memberikan perlindungan yang meluas termasuk risiko seperti kemalangan, kecurian dan kebakaran. 

Selain itu, pelan Etiqa juga melindungi pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan dan menanggung kos rawatan untuk kecederaan badan.


Kelebihan Memperbaharui Takaful dan Cukai Jalan dengan Etiqa Motor Takaful

1. Kadar premium yang berpatutan

Etiqa Motor Takaful menawarkan kadar premium yang berpatutan untuk semua jenis kenderaan serta disesuaikan dengan jenis kenderaan. Pemilik kenderaan ingin mendapatkan perlindungan yang lengkap dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, Etiqa Motor Takaful menawarkan kadar premium yang kompetitif untuk memastikan pelanggan mendapat perlindungan yang terbaik tanpa membebani kewangan mereka.

2. Perlindungan yang meluas

Perlindungan yang lengkap termasuk kemalangan, kecurian dan kebakaran. Etiqa Motor Takaful menawarkan pelan takaful yang fleksibel dan sesuai untuk semua jenis kenderaan. 

3. Perlindungan tanpa had

Etiqa Motor Takaful menyediakan perlindungan tanpa had yang meliputi kerugian pihak ketiga dan kecederaan badan. Korang boleh berjalan dengan yakin dan tenang, kerana kenderaan dilindungi secara penuh oleh Etiqa Motor Takaful.

4. Kemudahan tuntutan

Kemudahan tuntutan yang mudah dan pantas melalui Etiqa Oneline atau cawangan yang berdekatan. Korang tidak perlu bimbang tentang proses tuntutan yang rumit atau lambat. Etiqa Motor Takaful sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan.

5. Memperbaharui Cukai Jalan dengan Mudah

Selain itu, di Etiqa Motor Takaful juga menawarkan kemudahan untuk memperbaharui cukai jalan secara atas talian atau melalui cawangan yang berdekatan. Oleh itu, korang tidak perlu risau tentang kelewatan dalam memperbaharui cukai jalan kerana mereka menyediakan kemudahan yang mudah dan pantas.

Etiqa Motor Takaful

Perbaharui Takaful & Cukai Jalan Secara Online di ETIQA MOTOR TAKAFUL


Kesimpulannya

Memperbaharui takaful dan cukai jalan kenderaan adalah suatu yang penting untuk memastikan kenderaan sentiasa dilindungi dan mematuhi undang-undang berkaitan. 

Di Etiqa Motor Takaful, menawarkan pelan takaful yang fleksibel dan sesuai untuk semua jenis kenderaan, kadar premium yang kompetitif, kemudahan tuntutan yang mudah dan pantas, serta kemudahan memperbaharui cukai jalan secara mudah.

Untuk maklumat lanjut :
Tel : 1-300-13-8888
Email : info@etiqa.com.my

Lafaz Niat Bagi Puasa Ganti

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, kita telah memasuki bulan Sya'ban dan tak lama lagi akan menghampiri bulan Ramadan. Bagi kaum wanita yang tidak dapat berpuasa penuh, jangan lupa untuk ganti puasa ya. 

Antara syarat niat bagi puasa Ramadan dan puasa wajib yang lain (puasa qada dan nazar) ialah berniat di malam hari. Oleh itu, puasa hendak diniatkan sebelum terbit fajar keesokan harinya bagi puasa wajib.

Tuntutan berniat ialah dengan berniat di dalam hati. Adapun hukum melafazkan niat dengan lisan adalah sunat supaya dapat membantu untuk menetapkan niat di dalam hati.

niat-puasa-ganti


Manakala bagi lafaz niat puasa ganti pula hendaklah ditukarkan lafaz أَدَاءِ (tunai) dengan lafaz قَضَاءِ (ganti). 

Oleh yang demikian, lafaz niat bagi puasa ganti ialah seperti berikut:


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ لِلَّه تَعَالَى
Nawaitu Shouma Ghodin ‘An Qodoo’in Fardho Romadoona Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari bagi qada (menggantikan) fardu puasa bulan Ramadan kerana Allah SWT.

lafaz-niat-puasa-ganti

Qadha puasa atau ganti puasa Ramadan boleh dilakukan seawal 2 Syawal sehinggalah sebelum masuk Ramadan pada tahun berikutnya.

Jika korang gagal melakukan puasa ganti sepanjang tempoh tersebut, maka anda diwajibkan untuk membayar fidyah.

Asma Harun berkata, haram dan berdosa besar bagi sesiapa yang melewat qada' atau ganti puasa sehingga masuk bulan Ramadan berikutnya, sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya.

Meninggalkan puasa dengan sengaja, tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar. Ibnu Hajar al-Haithami menyenaraikan di dalam kitabnya, mereka yang berbuka puasa dengan berjima’ atau selainnya tanpa sebarang keuzuran seperti sakit atau musafir termasuk dalam orang yang telah melakukan dosa-dosa besar. [Lihat : al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair (1/323)]

Jika cuai dan tidak mengqadha’nya sehinggalah tiba bulan Ramadhan yang berikutnya, dia berdosa dan wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan golongan fakir sehari secupak makanan kebiasaan penduduk negeri setempat dan hendaklah menggandakan fidyah tersebut mengikut bilangan tahun yang dilangkaunya.

Hal ini adalah berdasarkan kepada athar daripada Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Abu Hurairah R.A bahawasanya mereka telah berkata :

فيمَنْ عليهِ صومٌ فَلم يَصُمْهُ حتّى أدركهُ رمضانُ آخَرُ، يُطعِمُ عنِ الأوَّلِ
Maksudnya : “Sesiapa yang ada puasa ganti, tetapi dia tidak menggantikannya lagi sehinggalah tiba bulan Ramadhan yang berikutnya, hendaklah dia beri makan (fidyah) bagi yang awal (Ramadhan yang lepas)” [Dr. Muhammad al-Zuhaili menyatakan bahawa athar-athar ini telah diriwayatkan oleh al-Darqutni dengan sanad yang sahih]

Rujukan :
  • AL-KAFI #1798 : APAKAH LAFAZ NIAT PUASA GANTI?

Buat Duit Dengan Jawab Survey Online Terbukti Memang Legit | VASE SURVEYS

Assalamualaikum
Bismillah

Korang pernah tak terima email untuk jawab surveys? Setiap surveys yang korang jawab akan diberikan rewards dalam bentuk points. 

Apabila cukup points, korang boleh menebusnya dengan wang ringgit. Biasanya rewards dalam bentuk cash akan di transfer ke akaun bank kita. 

Buat Duit Dengan Jawab Survey Online

Buat Duit Dengan Jawab Survey Online Terbukti Memang Legit | VASE SURVEYS

Dalam banyak surveys yang aku pernah join, Vase Surveys antara surveys yang aku paling suka. Jawapan betul atau tidak tetap korang akan terima points tersebut. Tetapi biasanya surveys ini tiada jawapan betul atau salah pun. 

Buat Duit Dengan Jawab Survey Online

Setelah mendaftar korang akan menerima email untuk jawab survey secara online. Points bergantung dengan masa yang diperuntukkan untuk jawab survey. Semakin lama masa yang diberikan semakin besar points yang diberikan.

Aku mula mendaftar survey ini pada tahun 2020. Sehingga kini aku telah menjawab sebanyak 34 survey. Boleh dikatakan sebulan sekali lah dapat soalan-soalan survey. 

Buat Duit Dengan Jawab Survey Online

Dan aku juga telah berjaya cashout sebanyak 5 kali. Walaupun tidaklah banyak sangat, tetapi Alhamdulillah adalah juga bikin beli beras sikit. 

Di bawah ialah bukti resit pembayaran dari Vase Survey yang berjaya dikreditkan ke akaun bank.

vase-survey-online

Cara nak Redeem Points Vase Survey pun mudah sahaja. Korang boleh klik bahagian Redeem dan pilih berapa korang nak cashout. 

FAQ VASE SURVEY :

1. Bagaimana Vase Survey berfungsi?

Selepas anda mendaftar, secara automatiknya kaji selidik akan dihantar ke e-mel anda. Sebelum anda menjawab kaji selidik, ganjaran & anggaran masa yang diperlukan akan dinyatakan di dalam e-mel
jemputan kaji selidik supaya anda boleh menentukan sama ada ianya berbaloi untuk anda menjawab kaji selidik atau tidak. 

2. Apakah ganjaran yang diterima apabila menjawab kaji selidik?

Ianya bergantung pada kaji selidik itu sendiri, sesetengan kaji selidik memberi ganjaran wang, yang lain memberikan ganjaran produk. Ganjaran akan diberitahu sebelum anda menjawab kaji selidik.

3. Bagaimana saya akan menerima ganjaran tunai?

Kami akan menghantar ganjaran tunai melalui bank-in ke akaun bank anda. Anda boleh mengeluarkan wang apabila anda mempunyai minimum RM 0.11 untuk pengeluaran pertama anda. Semua pengeluaran selepas pengeluaran pertama memerlukan sekurangkurangnya RM 3.00.

4. Bilakah saya akan menerima kaji selidik untuk dijawab? 

Kaji selidik tersedia yang akan dihantar ke e-mel anda bergantung pada demografik anda (jantina, umur, lokasi dll).

5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut

Sila layari laman ini untuk soalan lazim. Jika anda ada sebarang soalan lain, sila hubungi wecare@getvase.com, kami akan menjawab pertanyaan anda secepat mungkin.

SIGN UP untuk mendaftar sekarang!

Thrice The Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM


Klik banner untuk join


Syarat-syarat penyertaan:

  • Follow blog Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
  • Copy dan paste banner di atas dan buat satu entri di blog anda bertajuk "Thrice The Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM"
  • Backlink entri anda ke salah satu blog di atas
  • Tinggalkan link entri giveaway anda di ruangan komen salah satu blog di atas (nak komen dekat tiga-tiga blog pun boleh, tapi tetap dikira satu penyertaan sahaja)

Tarikh penyertaan:
  • 15 Februari 2023 - 15 Mac 2023

Hadiah giveaway:

(1) helai tudung (Waarna)
(2) balang chocojar (Mouthgasm)
(2) botol popcorn (Eng's popcorn)


Jom memeriahkan segmen ini~

Segmen Pencarian Model Lukisan Digital by Cuya

 

Segmen Pencarian Model Lukisan Digital by Cuya

Klik banner untuk join

Sebenarnya segmen Cuya nie dah banyak kali juga aku join. Pernah menang sekali juga lukisan digital cuya. Dan bulan nie Cuya ada buat segmen lagi. 

Jadi memandangkan banyak masa senggang dan nak memperbanyakkan entri bulan nie sambil memberikan sokongan kepada rakan blog juga. Jomlah join segmen ini.

Syarat-syaratnya:

  • Follow Blog Cuya
  • Buat entri bertajuk " Pencarian Model Lukisan Digital by Cuya"
  • Copy banner di atas dan backlink ke blog Cuya
  • Komen link di bawah.
  • Lepas dah dapat lukisan digital, buat entri baru untuk lukisan digital Cuya tu.
Jangan lupa join tau!

Miley Cyrus - Flowers Lyrics

i-can-buy-myself-flowers

Miley Cyrus - Flowers Lyrics

We were good
We were gold
Kind of dream that can't be sold
We were right til we weren't 
Build a home and watched it burn

Mmm I didn't wanna leave you
I didn't wanna lie
Stated to cry but then remembered I...

I can buy myself flowers
Write my name in the sand
Talk to myself for hours
Say things you don't understand

I can take myself dancing
And I can hold my own hand
Yeah, I can love me better than you can

Can love me better
I can love me better baby
Can love me better
I can love me better baby

Paint my nails cherry red
Match the roses that you left
No remorse, no regret
I forgive every word you said

Ohh I didn't wanna leave you baby
I didn't wanna fight
Stated to cry but then remembered I...

I can buy myself flowers
Write my name in the sand
Talk to myself for hours
Say things you don't understand

I can take myself dancing
And I can hold my own hand
Yeah, I can love me better than you can

Can love me better
I can love me better baby
Can love me better
I can love me better baby

Ohh I didn't wanna leave you
I didn't wanna fight
Stated to cry but then remembered I...

I can buy myself flowers
Write my name in the sand
Talk to myself for hours
Say things you don't understand

I can take myself dancing
And I can hold my own hand
Yeah, I can love me better than you can

Can love me better
I can love me better baby
Can love me better
I can love me better baby


Bagaimana Buat Duit Dengan Servis Blog Berdasarkan Pengalaman

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku nak kongsi sedikit tentang kerjaya aku sebagai blogger sepenuh masa. Ramai yang tanya macam mana nak jana pendapatan dengan menyediakan 'servis blog'?

Sebelum itu, kenapa aku memilih untuk membuat servis blog? Hal ini demikian kerana pada awal aku jadi blogger sepenuh masa banyak perkara yang aku tak tahu seperti SEO, masalah tentang Google Adsense, teknikal blog dan lain-lain. 

Dan tidak ramai yang mahu tolong hahaha~ Bukanlah aku kata kawan blogger yang lain tak nak tolong, tetapi kebanyakkan dorang sendiri kurang tahu nak selesaikan sesuatu masalah dalam blog. 

Dan aku pula segan nak tanya orang banyak kali. Hahaha~ Baru aku jenis tak nak tanya sekali saja. Kalau boleh banyak benda aku nak tanya dan belajar. 

Tetapi kadang orang pun rimas kan asyik kena tanya saja. Jalan terakhir adalah dengan 'belajar' sendiri. Dan belajar dari rakan blogger yang berkongsi tips tentang blog. 

Alhamdulillah setelah beberapa tahun, ada beberapa orang yang contact nak minta tolong selesaikan masalah blog. Dari sanalah bermulanya kerja servis blog.

servis-blog

Bagaimana Jana Pendapatan Dengan Servis Blog Sebagai Blogger Sepenuh Masa?

1. Kumpul pengalaman dengan bereksperimen di blog sendiri

Sejak aku memilih untuk jadi blogger sepenuh masa, servis blog antara kerja yang aku buat setelah beberapa tahun aku berblog. 

Dulu aku langsung tidak terfikir pun nak buat servis blog kat orang. Sejujurnya aku memang tidak berani. 

Hal ini demikian kerana banyak sangat risiko sekiranya kurang pengalaman dan pengetahuan untuk buat servis blog seperti masalah template, pageviews menjunam, iklan blog hilang, loading blog lambat dan kemungkinan besar artikel mempunyai masalah crawling dan indeks.

Apa yang aku buat ialah aku banyak melakukan try and error di blog sendiri. 

Antaranya ialah :
  • Belajar bagaimana nak design dan edit template
  • Kenal pasti masalah-masalah blog
  • Berani ambil risiko untuk mencuba perkara baru 
  • Belajar bagaimana memilih template mengikut niche
  • Kenal pasti kekuatan & kelemahan blog
  • Belajar menulis keywords & SEO
  • Sentiasa melakukan audit blog
  • Mengikuti perkembangan SEO & Google Algorithm
Sebenarnya ada banyak lagi yang aku buat. Pada awal aku putuskan untuk jadi blogger sepenuh masa aku dapat banyak job penulisan review. Kemudian aku mula belajar untuk design template blog. 

Aku banyak belajar tentang cara pilih template yang sesuai untuk blog. Aku belajar bagaimana memilih template yang dapat naikkan prestasi blog. Dari sana juga aku tahu serba sedikit tentang Google Search Console. 

Apabila godek Google Search Console nie rupanya banyak lagi benda yang aku tak tahu. Disebabkan nak tahu solusi kepada masalah teknikal blog, slowly blog aku mula meningkat prestasinya. 

Melalui pengalaman itulah aku jadikan ia sebagai servis blog. Apa yang aku tahu dan perkara tersebut membantu naikkan prestasi blog aku akan buat kat blog orang lain. 

2. Bantu Selesaikan Masalah Blog 

Pada mulanya aku cuma bantu rakan-rakan blogger untuk selesaikan masalah blog. Dan aku memang banyak offer rakan-rakan yang lain sekiranya ada masalah dengan blog, boleh contact saja. 

Tujuannya adalah untuk kumpul banyak pengalaman. Dan lagi complicated masalah blog tu lagi aku suka untuk bantu. Dah banyak jenis masalah yang aku jumpa. Dari sekecil-kecil perkara sehingga yang paling rumit. 

Malah, ada yang aku sampai 'give up' dah sebab tak tahu apa jalan penyelesaiannya. Dan menjadi satu kepuasan apabila berjaya mencari solusi untuk sesuatu masalah. 

Antara kerja yang aku pernah buat :
  • Daftar dan memohon Google Adsense sehingga lulus
  • Setting blog, Google Analytics, Google Search Console
  • Tulis artikel SEO mengikut niche
  • Design template blog
  • Selesaikan masalah yang berkaitan dengan domain
  • Semak masalah blog
  • Buat plan rancangan untuk blog
  • Konsult blog
Aku akan usahakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak klien sekadar yang aku mampu. Aku tidak buat kerja yang aku tak tahu. 


3. Berkongsi tips tentang blog

Kebanyakkan tips blogging yang aku kongsikan di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan servis blog yang aku pernah buat. 

Setiap kali aku belajar sesuatu yang baru aku akan kongsikan di blog untuk dijadikan rujukan. Malah aku sendiri jadikan blog aku sebagai rujukan. 

Sebagai contoh aku nak memohon Google Adsense aku akan catat apa yang aku perlu buat sebelum memohon Google Adsense. 
  • Tips sebelum memohon Google Adsense
  • Cara memohon Google Adsense
  • Bagaimana proses untuk dapatkan PIN
  • Cara isi form untuk payment Google Adsense
Semua proses aku akan tulis untuk dijadikan rujukan. Bukan itu sahaja, setiap kali aku belajar benda baru melalui servis blog yang aku buat, aku akan tulis di blog ini. 

4. Personal Branding

Bagi aku personal branding adalah sangat penting. Personal branding adalah suatu proses untuk membina identiti diri yang kuat dan unik. Apabila personal branding kita kukuh, orang lain lebih percaya dengan kepakaran, ilmu dan kemahiran kita. 

Cara untuk meningkatkan personal branding adalah melalui media sosial. Aku banyak kongsikan kerja-kerja blog aku di facebook. Mulanya aku cuma berkongsi supaya orang lain pun boleh mendapat manfaat juga. 

Alhamdulillah, rezeki Allah selalu datang tak diduga. Ramai yang hubungi dan email untuk minta servis blog dari aku. 

5. Bina Portfolio Untuk Servis Blog

Portfolio sangat penting sekiranya kita menjalankan servis blog. Hal ini demikian kerana orang lain nak tengok hasil kerja kita sebelumnya. 

Apa yang perlu ada dalam portfolio?
  • Ringkasan tentang blog
  • Kepakaran atau kemahiran yang kita ada
  • Statistik data - Trafik dari blog, google analytics
  • Servis yang ditawarkan
  • Hasil kerja (Testimoni/Review/Komen orang tentang servis)
  • Rate card 
  • Terma & Syarat
Portfolio ini korang boleh buat sendiri secara kreatif. Biasanya klien cuma nak tengok apa yang kita tawarkan kepada mereka serta harga servis yang ditawarkan.

Korang juga bebas untuk tentukan harga untuk servis yang korang buat. Sepanjang aku buat servis blog apa yang penting bagi aku adalah kepuasan klien. 

Apabila dorang berpuas hati dengan servis kita, dorang akan rekomenkan dengan orang lain. Malah ada yang memang tak nak servis orang lain dah. 

Apa yang aku boleh katakan, nak buat servis blog kena ada ilmu, kemahiran dan pengalaman. Lagi banyak kita belajar tentang blog lagi banyak servis yang kita boleh tawarkan dengan klien. 

10 Small Habits That Can Make a Big Difference in Your Life

Do you ever feel like you're stuck in a rut, and that your life could use a little sprucing up? It can be tempting to think that making big, sweeping changes is the only way to improve your life. 

But the truth is, small habits can make a big difference, too. By incorporating a few simple habits into your daily routine, you can improve your physical and mental health, increase your productivity, and enhance your overall well-being. 

quotes

10 Small Habits That Can Make a Big Difference in Your Life

Here are ten small habits that can make a big difference in your life.

1. Wake up earlier

Starting your day a little earlier can give you a head start on your tasks, allow you to have some much-needed "me" time, and make you feel more productive overall. 

Set your alarm just 10-15 minutes earlier each day until you reach your desired wake-up time.


2. Do your prayer or meditate daily

Pray or meditation can help reduce stress and anxiety, increase your focus, and promote better sleep. Start with just a few minutes a day and gradually increase your meditation time as you become more comfortable. You can do Tahajjud and Dhuha as well.

3. Drink more water

Staying hydrated can boost your energy levels, improve digestion, and even make your skin look clearer. Carry a refillable water bottle with you and set reminders to drink throughout the day.

4. Practice gratitude

Practicing gratitude can improve your mental health and increase your overall happiness. Take a few moments each day to write down what you're thankful for, or simply reflect on the good things in your life.

5. Move your body every day

Regular exercise can boost your energy, improve your mood, and help you sleep better. Even a few minutes of stretching or taking a short walk can make a big difference.

6. Read more books

Reading can increase your knowledge, empathy, and reduce stress. Set aside time each day to read, whether it's a physical book or an audiobook.

7. Practice good sleep hygiene

Getting good sleep is crucial for your physical and mental health. Stick to a consistent sleep schedule, avoid screens before bedtime, and create a relaxing bedtime routine.

8. Practice mindful eating

Eating mindfully can help you listen to your body's hunger and fullness cues, reduce emotional eating, and improve digestion. Try to eat without distractions and pay attention to the taste and texture of your food.

9. Spend time in nature

Spending time in nature can reduce stress, boost your mood, and improve immune function. Take a walk in a local park or go on a weekend hike.

10. Connect with others

Social connection is crucial for your mental health and well-being. Schedule regular phone or video chats with loved ones, or join a local social group to meet new people.


Incorporating these small habits into your daily routine can have a big impact on your overall well-being. Remember, it's okay to start small and gradually build up to bigger changes. By focusing on just a few small habits, you can create a more positive and fulfilling life.

Salam Israk dan Mikraj 2023

Assalamualaikum
Bismillah

Di antara peristiwa yang sering terjadi perdebatan adalah peristiwa Isra’ dan Mikraj. Pada asasnya, peristiwa Isra’ dan Mi’raj diceritakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. 

Peristiwa ini bukan sahaja berlaku dengan roh Nabi SAW semata-mata seperti mana yang didakwa oleh sebahagian pihak, namun ia juga berlaku pada roh dan jasad Firman Allah :

سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ
Maksudnya : “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Isra’ : Ayat 1)
Salam Israk dan Mikraj 2023

Imam Al-Tabari menyebut di dalam tafsirnya  menyebut tentang pandangan-pandangan bagaimana sifat Israk dan Mi’raj Nabi SAW. Ada yang menyebut bahawa israk dan mikraj Nabi SAW berlaku dengan roh dan jasad. Ada juga yang berpandangan bahawa peristiwa Israk dan Mi’raj berlaku hanya dengan roh.

Imam Al-Tabari memilih pandangan bahawa Israk dan Mi’raj berlaku dengan jasad dan roh Nabi SAW. 

Beliau berkata, sesungguhnya Allah SWT memperjalankan hambanya iaitu Nabi Muhammad SAW daripada Masjidil Haram menuju ke Masjidil Aqsa seperti mana yang telah diberitahu oleh Allah dan apa yang zahir yang telah disebutkan oleh Nabi SAW. Allah SWT memperjalankan Nabi dengan menyediakan Buraq dan solat di mana tempat para Nabi dan Rasul terdahulu solat. Baginda SAW juga melihat beberapa tanda-tanda kebesaran. Oleh kerana itu, tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa perjalanan Israk dan Mi’raj hanya berlaku degan roh. Bahkan yang benar perjalanan tersebut berlaku dengan roh dan juga jasad. Jika perjalanan tersebut hanya berlaku dengan roh sahaja sudah pasti ianya tidak akan menjadi dalil akan kenabian dan kerasulan Nabi SAW. Bahkan tidak mungkin menjadi hujah bagi risalah yang dibawa oleh Baginda. (Rujuk Jami’ Al-Bayan Fi Ta’wil Ayi Al-Quran, 4/446).

Sheikh Tohir Bin ‘Asyur menyebut bahawa perjalanan Israk dan Mi’raj adalah merupakan peristiwa yang mencarik adat (satu mukjizat) yang mana perjalanannya dari awal sehinggalah akhir hanya memakan masa sebahagian malam. (Rujuk Tahrir Al-Ma’na Al-Sadid Wa Tanwir Al-‘Aql Al-Jadid Fi Tafsir Al-Quran Al-Majid, 14/10).

Bahkan  peristiwa ini adalah merupakan satu ujian  kepada orang yang mengaku beriman kepada Nabi SAW. Sama ada mereka betul-betul beriman ataupun tidak. Ini dinyatakan oleh Allah SWT :

وَمَا جَعَلْنَا ٱلرُّءْيَا ٱلَّتِىٓ أَرَيْنَـٰكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ وَٱلشَّجَرَةَ ٱلْمَلْعُونَةَ فِى ٱلْقُرْءَانِ ۚ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَـٰنًا كَبِيرًا
Maksudnya : “Dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau.” (Surah Al-Isra’ : Ayat 60)

Sheikh Amin Al-Syanqiti menyebut bahawa Allah menjadikan apa yang diperlihatkan kepada Nabi SAW daripada perkara dan peristiwa yang pelik dan ajaib pada malam Israk dan Mi’raj adalah sebagai satu ujian kepada orang ramai. 
Ini kerana ada di antara yang tidak langsung mempercayai apa yang dikhabarkan oleh Nabi SAW.  Ada yang mengatakan bahawa ianya tidak mungkin berlaku. Mereka mengatakan juga bagaiman mungkin Baginda solat di Baitul Maqdis dan pergi ke tujuh tingkatan langit serta melihat keseluruhannya pada satu malam sahaja kemudian pada waktu pagi berada di Mekah. Inilah satu ujian kepada mereka yang ragu-ragu. (Rujuk Adwa’ Al-Bayan Fi Idhah Al-Quran Bi Al-Quran, 3/236).

Tambahan pula, kisah peristiwa Israk dan Mi’raj adalah kisah yang mutawatir yang tidak boleh disangkal lagi. 

Sheikh Amin Al-Syanqiti menyebut peristiwa berkenaan Israk dan Mi’raj adalah kisah yang mutawatir.(Rujuk Adwa’ A-Bayan Fi Idhah Al-Quran Bi Al-Quran,3/101). 

Ini bermakna sesiapa yang menyangkal peristiwa  ini dia termasuk di dalam orang yang kufur.  Bahkan Allah SWT menyangkal orang yang menafikan peristiwa ini. Firman Allah SWT :

أَفَتُمَـٰرُونَهُۥ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ
Maksudnya : “Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?” (Surah Al-Najm : Ayat 12)

Peristiwa Penting Israk & Mikraj Tentang Perintah Solat

Di antara peristiwa penting yang berlaku di dalam Israk dan Mi’raj ialah perintah solat secara khusus. 

Kisah ini diceritakan di dalam hadis sahih berkenaan Israk Mi’raj yang panjang. Kata Anas Bin Malik bahawa ketika Nabi SAW menceritakan tentang peristiwa isra’ dan mi’raj, Baginda menyebut juga :

ثُمَّ فُرِضَتْ عَلَيَّ الصَّلَوَاتُ (الصَّلَاةُ) خَمْسِينَ صَلَاةً كُلَّ يَوْمٍ فَرَجَعْتُ فَمَرَرْتُ عَلَى مُوسَى فَقَالَ بِمَ (بِمَا) أُمِرْتَ قَالَ أُمِرْتُ بِخَمْسِينَ صَلَاةً كُلَّ يَوْمٍ قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا تَسْتَطِيعُ خَمْسِينَ صَلَاةً كُلَّ يَوْمٍ وَإِنِّي وَاللهِ قَدْ جَرَّبْتُ النَّاسَ قَبْلَكَ وَعَالَجْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَشَدَّ الْمُعَالَجَةِ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ لِأُمَّتِكَ فَرَجَعْتُ فَوَضَعَ عَنِّي عَشْرًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ مِثْلَهُ فَرَجَعْتُ فَوَضَعَ عَنِّي عَشْرًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ مِثْلَهُ فَرَجَعْتُ فَوَضَعَ عَنِّي عَشْرًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ مِثْلَهُ فَرَجَعْتُ فَأُمِرْتُ بِعَشْرِ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ فَرَجَعْتُ فَقَالَ مِثْلَهُ فَرَجَعْتُ فَأُمِرْتُ بِخَمْسِ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ بِمَ (بِمَا) أُمِرْتَ قُلْتُ أُمِرْتُ بِخَمْسِ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا تَسْتَطِيعُ خَمْسَ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَإِنِّي قَدْ جَرَّبْتُ النَّاسَ قَبْلَكَ وَعَالَجْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَشَدَّ الْمُعَالَجَةِ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ لِأُمَّتِكَ قَالَ سَأَلْتُ رَبِّي حَتَّى اسْتَحْيَيْتُ وَلَكِنِّي (وَلَكِنْ) أَرْضَى وَأُسَلِّمُ قَالَ فَلَمَّا جَاوَزْتُ نَادَى مُنَادٍ أَمْضَيْتُ فَرِيضَتِي وَخَفَّفْتُ عَنْ عِبَادِي

Maksudnya : “ Kemudian diwajibkan ke atas aku 50 kali solat setiap waktu. Maka aku kembali dan melepasi Musa. Maka Nabi Musa bertanya apa yang telah diperintahkan terhadap engkau?. Nabi SAW menjawab : Aku diperintahkan dengan 50 kali solat pada setiap hari. Kata Nabi Musa : Sesungguhnya umat engkau tidak akan mampu untuk melakukan 50 kali solat pada setiap hari. Aku telah cuba pada orang sebelum engkau dan aku telah cuba dengan semaksimum mungkin pada  Bani Israil. Kembalilah semula pada Allah dan minta keringanan daripada-Nya untuk umatmu. Kata Nabi SAW : Maka aku kembali lalu Allah kurangkan sepuluh daripada jumlah yang diberikan. Nabi SAW menyebut : Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda sebut perkara yang sama. Lalu aku kembali kepada Allah dan Dia mengurangkan sepuluh lagi. Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda menyebutkan lagi perkara yang sama. Lalu aku kembali lagi kepada Allah dan Dia mengurangkan lagi sepuluh. Aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda menyebutkan perkara yang sama. Lalu aku kembali semula kepada Allah dan aku diperintahkan dengan 10 kali solat setiap hari. Aku kembali lagi dan Nabi Musa menyebut perkara yang sama. Aku kembali menemui Allah dan aku diperintahkan dengan solat 5 kali pada setiap hari. Maka aku kembali kepada Nabi Musa. Nabi Musa berkata : Wahai Muhammad, engkau diperintahkan dengan apa?. Kata Nabi SAW : Aku diperintahkan dengan solat 5 kali setiap hari. Nabi Musa berkata: Sesungguhnya umat engkau tidak akan mampu untuk melakukan 5 kali solat setiap hari. Aku telah cuba pada orang sebelum engkau dan aku telah cuba untuk melakukannya pada Bani Israil semaksimum mungkin. Kembalilah kepada Allah dan mintalah keringanan daripada-Nya untuk umatmu. Nabi SAW bersabda : Aku telah minta sehingga aku menjadi malu untuk meminta kurang akan tetapi aku redha dan aku berserah. Apabila aku berlalu ada suara yang menyeru : Aku telah jalankan kewajipanku dan Aku telah kurangkan bebanan hamba-Ku.” Riwayat Al-Bukhari (3887)

Potongan daripada hadis yang panjang ini menjelaskan bagaimana perintah solat 5 waktu sehari semalam diwajibkan.

Dari satu sudut yang lain, tidakkah ini menunjukkan hikmah daripada Allah bahawa pengurangan solat sehingga menjadi 5 waktu menjadikan agama ini mudah untuk diamalkan. Ini bertepatan dengan apa yang telah Allah SWT jelaskan di dalam Al-Quran :

مَا يُرِيدُ ٱللَّـهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ
Maksudnya : “Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)” (Surah Al-Maidah : Ayat 6)

Di dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman :

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى ٱلدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
Maksudnya : “Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” (Surah Al-Hajj : Ayat 78)

Perkara ini dikuatkan lagi di dalam ayat yang lain. Firman Allah :

يُرِيدُ ٱللَّـهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ

Maksudnya : “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 185)

Inilah di antara hikmah yang Allah SWT ingin tonjolkan iaitu menjadikan agama ini mudah untuk diamalkan dan tidak memberatkan. Bahkan menonjolkan sifat agama ini yang sentiasa menyenangkan bukan menyusahkan. 

Bayangkan jika solat 50 waktu dilaksanakan, sudah pasti akan mewujudkan perasaan yang berat di kalangan umat islam dan menyebabkan adanya kecuaian terhadap perintah-perintah lain khususnya mengimarahkan bumi. 

Pengurangan sehingga menjadi 5 kali solat setiap hari menjadikan umat Islam lebih produktif dan tidak ada alasan lagi untuk tidak melaksanakan perintah solat.

Rujukan :
  • TASHIH AL-MAFAHIM #17 : KISAH ISRAK DAN MI'RAJ PALSU KERANA MENZAHIRKAN KELEMAHAN NABI SAW?

Akhir kata, salam Israk dan Mikraj. Semoga Allah memberikan keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua. Marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan.

Pada hari Israk dan Mikraj ini, marilah kita memohon keampunan Allah SWT dan bertekad untuk meningkatkan kualiti iman dan taqwa.


What is Real Estate, Types and Ways to Make Money From Real Estate Investment

real-estate-investment

What is real estate?

Real estate refers to the property consisting of land, buildings, and other improvements that are attached to or located on the land. 

This includes both residential and commercial properties, such as houses, apartment buildings, office buildings, shopping centers, and warehouses. 

Real estate can also include natural resources such as minerals, crops, or water, as well as any legal rights or interests associated with the property, such as easements or mortgages.

Real estate can be bought, sold, leased, or rented, and its value is often determined by location, condition, and market demand. 

It is a major sector of the economy and plays an important role in the lives of individuals and businesses, providing housing and workspace, as well as investment opportunities.

real-estate

Types of Real Estate

There are several types of real estate properties in Malaysia. Here are some of the most common ones:

1. Residential properties

These are properties that are used for living purposes, such as apartments, condominiums, landed houses, townhouses, and bungalows.

2. Commercial properties

These are properties that are used for business or commercial purposes, such as offices, shops, retail outlets, and warehouses.


3. Industrial properties

These are properties that are used for manufacturing or production purposes, such as factories, plants, and industrial parks.

4. Agricultural properties

These are properties that are used for farming or agricultural purposes, such as farms, plantations, and orchards.


5. Special use properties

These are properties that are designed for specific uses, such as hospitals, schools, hotels, resorts, and religious institutions.


6. Mixed-use properties

These are properties that combine different uses, such as residential and commercial or residential and industrial.


There may be some overlap between these categories, and some properties may fit into multiple categories.

Ways to Make Money From Real Estate Investment

Real estate investment is the practice of buying, owning, managing, renting, or selling real estate for the purpose of generating income or profit. 

Real estate investments can take many forms, including buying and selling individual properties, investing in real estate investment trusts (REITs), or investing in real estate funds or partnerships.

One of the primary motivations for investing in real estate is the potential for long-term capital appreciation, which can occur as the value of the property increases over time. 

In addition, real estate can also generate income through rental income or through the sale of the property.

Real estate investing can offer several benefits, including potential income and capital appreciation, diversification of investment portfolio, and a hedge against inflation. 

However, it can also be risky and require significant capital upfront for purchasing and managing the property. It is important for real estate investors to thoroughly research and analyze potential investment opportunities before making any decisions

Real Estate Investment

There are several ways to make money from real estate investments. Here are some of the most common methods:

1. Rental income

Owning a rental property and generating regular income from tenants is a popular way to make money from real estate. The rental income can provide a steady stream of passive income.

2. Capital appreciation

Real estate values may increase over time, and owning a property can allow you to benefit from capital appreciation. When the property is sold, the owner can make a profit based on the difference between the purchase price and the sale price.

3. Flipping

Buying a property, renovating it, and then selling it quickly for a profit is known as flipping. Flipping can be profitable, but it requires a significant amount of work and investment upfront.

4. Real estate investment trusts (REITs)

Investing in a REIT allows you to earn a portion of the income produced by a pool of real estate properties without actually owning the properties yourself.

5. Real estate crowdfunding

Real estate crowdfunding platforms allow investors to pool their money together to invest in larger real estate projects, providing the opportunity to earn a return on investment from real estate without owning the property outright.


As a conclusion, It is important to remember that real estate investing can be risky and requires careful research and due diligence before making any investments.

It is recommended to seek the advice of a professional financial advisor before making any investment decisions.


Review NUVITON™ Boost Testosterone Levels

Assalamualaikum
Bismillah

NUVITON™ ialah suplemen semulajadi yang dikeluarkan oleh Yummylooks Sdn Bhd yang mendakwa dapat meningkatkan tahap testosteron dan membalikkan kesan testosteron rendah. 

NUVITON™ didatangkan dalam kapsul yang mengandungi bahan semula jadi seperti Tongkat Ali, Ginseng, Maca Root, Cordyceps, Horny Goat Weed dan Tribulus Terrestris.

Sebenarnya produk ini telah berada di pasaran selama lebih dua tahun.

Review NUVITON™ Boost Testosterone Levels

Kebaikan Nuviton Boost Testosterone Levels

  • Membina jisim otot tanpa lemak dan meningkatkan kekuatan.
  • Meningkatkan libido
  • Meningkatkan tenaga fizikal dan mental
  • Meningkatkan mood dan keyakinan
  • Membantu proses pembakaran lemak yang lebih baik.

Packaging & Teksture

Dari segi packaging kotaknya kelihatan eksklusif dan premium. Setiap botol mengandungi 30 kapsul yang berwarna coklat perang. Mudah untuk ditelan dan ringan untuk dibawa ke mana sahaja. 

Cara Pengambilan Nuviton

Korang boleh mengambil NUVITON™ sebelum bersarapan atau makanan pertama korang pada hari itu. Sebaiknya elakkan mengambil ini semasa perut kosong. 

Hanya perlu makan 1-2 tablet setiap hari secara konsisten untuk kesan yang optimum. Setiap botol mengandungi bekalan untuk sebulan atau 30 kapsul.

Review NUVITON™ Boost Testosterone Levels

Review NUVITON™ Boost Testosterone Levels

Berdasarkan review daripada suami, katanya antara perubahan yang ketara selepas mengamalkan Nuviton selama seminggu ialah pengurangan berat badan. Sebenarnya aku sendiri tidak percaya berat suami menurun. Bukan itu sahaja, suami nampak lebih fit mungkin kerana berlaku penyingkirkan lemak perut yang degil. 

Dalam bilik kami memang menyediakan timbangan khas, jadi boleh dikatakan setiap hari kami timbang berat badan. Tujuannya sebab nak diet dan kontrol makan. Selepas mengamalkan Nuviton, berat badan suami menurun dari 69kg ke 67kg selama seminggu. 

Selain itu juga, antara kesan yang paling ketara sekali ialah suami nampak lebih cergas dan sihat. Setiap kali balik dari kerja laut, aku nampak suami selalu tidak cukup tidur dan berasa keletihan. 

Kerja di laut bukannya dapat rehat secukupnya dengan cuaca yang tidak menentu dan kena sentiasa alert. Setelah mengamalkan Nuviton, apa yang aku nampak suami kelihatan lebih cergas dan kurang lesu. 

Malah suami sendiri mengakui bahawa dia berasa kurang penat dan letih walaupun seharian bekerja. Bahkan dia berasa lebih bertenaga, tahap kekuatan dan stamina meningkat. Suami dapat rasakan perubahan apabila mengerjakan kerja-kerja yang berat di laut.

Dari segi kesan sampingan, selama makan suplemen ini suami tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Ada beberapa produk yang berupa suplemen yang suami pernah beli memberikan kesan sampingan seperti pening dan sakit kepala. 

Alhamdulillah produk Nuviton ini tidak memberikan kesan sampingan seperti sakit kepala, muntah, pening dan sebagainya. 

Produk ini telah membantu meningkatkan tenaga, mood, dan tahap testosteron suami. Aku beli 2 botol Nuviton. Jadi kena tunggu selama 2 bulan untuk dapat melihat hasilnya secara menyeluruh. 

Secara keseluruhan produk ini memberikan kesan yang positif. Dan sekiranya diamalkan dengan konsisten dengan gaya hidup, pemakanan yang seimbang dan senaman yang baik, aku percaya ia dapat memberikan kesan yang lebih baik kepada tahap testosterone setiap lelaki. 

Review NUVITON™ Boost Testosterone Levels

Di Mana Nak Beli NUVITON™?

Suplemen NUVITON™ hanya tersedia di laman web rasmi NUVITON™ ataupun di laman Shopee/Lazada official distributor mereka. 

Berhati-hati dengan penjual dalam talian atau kedai runcit lain yang menawarkan NUVITON™, kerana produk itu mungkin palsu atau rosak.

Untuk maklumat lanjut :
© all rights reserved
made with by templateszoo