Kalau di Pontian, tanya saja orang tempatan tentang roti kosong yang sedap, pasti ramai akan rekomen Asam Pedas D’Kukus. Dari pengalaman aku sendiri, restoran ini memang menjadi pilihan utama setiap kali teringin nak menikmati roti kosong.
Aku tinggal di Pontian, dan sepanjang mencuba beberapa tempat lain, menu roti di Asam Pedas D’Kukus tetap yang paling sedap. Apa yang menarik perhatian aku adalah rotinya yang rangup di luar tapi lembut di dalam, disertai kuah kari yang pekat dan wangi.
Restoran lain yang pernah aku cuba kadang-kadang roti kosongnya liat, masin atau terlalu rasa tepung. Tapi di sini, setiap kali datang, roti kosong yang dihidangkan sentiasa konsisten kualitinya. Itulah sebabnya setiap kali kami terasa nak makan roti kosong, Asam Pedas D’Kukus jadi destinasi wajib.
Owner restoran pun dah kenal kami sebab kami antara pelanggan tetap mereka.
Kalau korang berada di Pontian dan ingin mencuba roti kosong yang sedap dengan kuah kari yang mantap, Asam Pedas D’Kukus memang tidak mengecewakan.

0 comments
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.