Sejujurnya, aku bukanlah orang yang arif sangat pasal kereta. Ini merupakan kereta kedua kami selepas Proton Saga. Kami beli Wira 1.8 ni untuk memudahkan perjalanan jauh. Setakat ini, antara destinasi paling jauh yang pernah kami pergi ialah Kuala Lumpur, Melaka dan Mersing, Johor.
Dari segi kondisi, sebenarnya kereta ini masih okay. Cuma dari sudut nilai sentimental, ia agak kurang kerana terlalu banyak memori pahit yang terikat dengannya.
Bab kos pula, inilah kereta yang paling banyak kami modified. Malangnya, inilah juga kereta yang paling banyak menyebabkan kami ditipu oleh bengkel. Bahkan proses untuk menjual kereta ini pun agak rumit dan memakan kos.
Apa pun, kereta ini telah mengajar kami banyak perkara.

Apa pun uncle suka kombinasi grey & hitam kereta tu... Sport gayanya!
ReplyDelete