Alhamdulillah, rezeki tak pernah putus. Baru-baru ni kami berpeluang merasa mangga dari tuan rumah kami. Hari tu owner rumah kata kalau husband datang cepat sikit, memang boleh dapat satu bakul penuh mangga. Tetapi memandangkan husband kerja kami dapat 1 plastik buah mangga. Banyak jugalah dalam 10 biji macam tu.
Memang teruja juga dengar, tapi kalau dapat satu bakul penuh memang confirm tak sempat nak habiskan berdua dengan husband. Kalau ada rezeki lebih, biasanya diberikan kepada jiran sebelah sahaja.
Selama empat tahun kami menyewa di Johor, tuan rumah memang pemurah hati. Pelbagai jenis buah-buahan pernah diberi kepada kami; ada mangga, cempedak, jambu batu, dan jambu air. Memang jarang kami beli buah-buahan ni di kedai sebab selalu dapat dari tuan rumah. Kalau nak beli pun, biasanya hanya tembikai sahaja yang masuk troli.
Baru-baru ni pula, rezeki datang dalam bentuk sayur pula – pucuk ubi manis. Jarang tau dapat sayur. Katanya dia beli di pasar 2 ikat, jadi dibagi dengan kami 1 ikat. Kali pertama juga kami masak pucuk ubi manis ni sampai terpaksa call mama di Sabah untuk tanya cara masak. Hahaha! Rupanya cara masaknya mudah sahaja, tak susah pun.
Selain itu, musim cempedak memang paling ditunggu-tunggu. Setiap kali musim cempedak tiba, tuan rumah pasti ingat untuk bagi kami. Nak beli cempedak di kedai pun mahal, jadi memang bersyukur sangat bila dapat secara percuma.
Alhamdulillah, sepanjang menyewa di sini, kami rasa bertuah kerana sentiasa diberi rezeki dari tuan rumah. Semoga rezeki tuan rumah pun dilipatgandakan dan sentiasa diberkati. 🤲🏻

Beruntung dapat tuan rumah pemurah macam tu. Mungkin tuan rumahnya rajin berkebun agaknya. Cempedak memang mahal betul sekarang ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeletesatu rezeki pd owner yang baik dan pemurah mcm ni tau..
Alhamdulillah rezeki dapat tuan rumah banyak hasil tanaman dan suka berkongsi rezeki.
ReplyDeletePucuk ubi manis…akak cuma tau pucuk ubi biasa tu je. Agaknya cara masak sama jelah kan?
alhamdulilllah rezeki dapat tuan rumah yg baik! mangga tu sedapnyaa
ReplyDelete