Tekanan Dengan Giveaway SGshop

Assalamualaikum
Bismillah

Setiap kali blogging ramai yang aku tengok blogger join Giveaway SGshop. Dalam group Whatsapp Sabahan Blogger pun bukan main rancak lagi yang terpilih sebagai pemenang. Dan aku pun semakin tekanan dengan Giveaway SGshop nie sebab aku tak boleh register SGshop. huhu T-T




Aku pun tak tahu apa masalahnya. Siapa juga yang tidak mahu join giveaway tu kan. Manalah tahu ada rezeki aku, mahu juga berbelanja untuk raya. Dahlah tekanan tak dapat balik kampung raya tahun ini. Haha ini mahu melepaskan tension tak dapat balik kampung lahr nie.


Setiap kali aku register SGshop, akan ada masalah bahagian "SEND CODE". Walaupun aku dah tukar nombor phone lain pun, tetap aku tak terima mesej untuk verification code tu. Lepas tu, aku cuba link sign up blogger lain bagi pun tetap sama juga. 

Aku cuba pula register dengan facebook masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Aku cuba guna second email dan ubah username pun, nasib tidak menyebelahi aku. Dan akhirnya aku give up ja dengan semua giveaway ini. huhu~~