Proton Saga: Kereta Pertama Selepas Kahwin

Sii Nurul
By -
0

Aku bukanlah jenis yang minat kereta. Nak kenal jenama pun kadang-kadang tak tahu. Tetapi sejak berkahwin dengan suami, ada sebuah kereta yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidup aku—sebuah Proton Saga.


proton saga kereta lama


Kereta inilah yang suami aku gunakan untuk mencari rezeki, untuk memudahkan kami membeli belanja rumah, dan tempat suami membawa aku berjalan sekitar Pontian.

Pada pandangan orang lain, mungkin kereta ini sekadar kereta lama yang sering rosak. Tetapi bagi aku, ia lebih daripada itu. Ia simbol pengorbanan, kesabaran, dan permulaan kehidupan baru.

Banyak sudah kos yang kami keluarkan untuk membaikinya. Pernah mati di tengah jalan, berulang kali masuk bengkel, bateri kong, aircond rosak, tukar ekzos—semua pengalaman itu kini jadi kenangan yang buat aku tersenyum setiap kali teringat.

proton saga kereta lama


Alhamdulillah, kini kereta kami dah bertukar ke Satria pula. Proton Saga lama itu sudah pun berpindah tangan. Walaupun bukan kereta pilihan nombor satu suami, tetapi bagi aku, nilainya jauh lebih besar daripada sekadar sebuah kenderaan. Ia telah berjasa, dan akan terus kekal dalam memori kami sebagai kereta pertama selepas kahwin.


Tags:

Post a Comment

0 Comments

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Out
Ok, Go it!