Pengalaman Kerja di Taska

Assalamualaikum
Bismillah

Pada bulan Disember tahun lalu, aku ada memohon kerja sebagai pembantu guru di sebuah Taska. Alhamdulillah, selepas temuduga aku diminta untuk datang sebagai percubaan selama sehari. 

Tetapi pada keesokkan harinya aku tidak dapat datang kerana tidak mempunyai kenderaan dan tambang ke Taska tersebut. Aku memang tiada persediaan dari segi kenderaan ketika itu. Ada grab tapi tiada duit pula. Parents pula belum gaji. So aku anggap je lah rezeki aku bukan kat Taska tu.


Namun, pada hari pertunangan cousin aku. Aku mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. So, aku terus call sebab aku risau panggilan daripada mana-mana tempat yang aku pernah isi borang permohonan kerja.

Tak sangka, tempat yang aku memohon di taska tu call aku. Majikan tu offer kerja sebagai pembantu guru dengan latihan selama 3 bulan dan elaun sebanyak RM920. 

Memandangkan aku ada pengalaman praktikal di sebuah sekolah pendidikan khas, so aku tidak perlu percubaan lagi. Katanya, selepas 3 bulan aku akan diberikan jawatan yang tetap dan gaji berserta bonus.

Alhamdulillah rezeki. Walaupun begitu, dugaan sebenar aku adalah ketika mula bekerja di taska tersebut.

Hari pertama aku bekerja aku sesat haha. Jadi aku datang agak lewat dalam 10 minit. Sampai saja ke taska aku diarah untuk menyambut kanak-kanak yang baru sampai. Periksa suhu bayi ataupun kanak-kanak kerana sekiranya anak itu mengalami demam panas, maka ibu bapa tidak digalakkan untuk menghantar anak mereka ke taska pada hari tersebut. Dikhuatiri akan memberi kesan kepada bayi atau kanak-kanak yang lain.

Setelah itu, aku diarahkan untuk periksa beg bayi atau kanak-kanak dan memastikan baju atau seluar lebih ada disediakan, pampers dan susu. Suasana di taska pada waktu itu sangatlah sibuk dengan tangisan bayi dan kanak-kanak. Hahaha. Agak bingung tetapi masih dalam kawalan.

Waktu pagi, bayi dan kanak-kanak akan diberi sarapan pagi serta dimandikan bagi ibu bapa yang tidak sempat mengurus anak mereka. Kerja aku waktu itu hanya memastikan kanak-kanak berada di kawasan mereka sahaja. Pekerja yang lain pula, terutama yang pengasuh bayi memang lebih banyak kerja sedikit berbanding jaga kanak-kanak yang berumur 1 - 4 tahun.

Dalam jam 8 pagi begitu, aktiviti dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan iaitu Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku. Ini memberi gambaran dan pendedahan kepada kanak-kanak untuk mengenali Lagu Kebangsaan sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar. Kemudian, aktiviti senaman ringan seperti senamrobik dengan iringan lagu kanak-kanak dilakukan.

Pada pukul 9 lebih pula setiap guru akan membuat aktiviti dengan alat bantu mengajar. Aktiviti yang dilakukan merangkumi aktiviti kognitif, fizikal, komunikasi, dan sosio-emosi kanak-kanak.




Aku diberi sedikit taklimat ringkas bahawa semasa waktu bekerja diwajibkan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, pada setiap minggu setiap pekerja akan membuat alat bantu mengajar mengikut tema yang diberikan. Sebenarnya apabila dibandingkan waktu belajar kat Universiti dulu, kerja ini boleh dikatakan agak senang dan boleh dibuat. Yang mencabar adalah bagaimana kita nak menjaga, mengawal dan mengajar kanak-kanak yang sangat banyak ragamnya.

Siapa yang boleh sabar bekerja 8 jam dengan tangisan budak dari pagi sampai petang? Hahaha.. Budak yang satu diam, satu lagi menangis. Lain lagi yang hyperaktif, kuat mengganggu kanak-kanak yang lain, attention seeker, manja melebih-lebih dan macam-macam lagi lah. Sampaikan satu tahap aku rasa kasihan dengan bayi dan kanak-kanak tu tidak dapat dilayan semuanya. Bayangkan setiap guru atau pengasuh sekurang-kurangnya menjaga 6-10 orang kanak-kanak.

Kerja sebagai pembantu guru taska ataupun pengasuh bayi sangat mencabar, menguji kesabaran dan memenatkan. Walaupun begitu, aku sangat gembira dapat bekerja di taska ini walaupun hanya sehari.

Aku terpaksa berhenti kerana masalah kesihatan yang aku pernah ceritakan sebelum ini. Yeaa, aku hanya bekerja selama sehari sahaja. Dan aku berasa sedih kerana aku terpaksa lepaskan pekerjaan yang aku sangat minati atas sebab masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Majikan aku sangat baik dan sudi beri penginapan untuk aku, tetapi mungkin sampai disitu saja pengalaman kerja aku sebagai pembantu guru taska.

Aku sedih kerana sejak aku graduate, aku tidak dapat bekerja kerana mudah penat dan sakit badan. Inilah ujian dalam hidup aku selepas bergelar graduan. Memang ada banyak lagi kerja tetapi sukar untuk aku ungkapkan perasaan aku dan betapa sakitnya aku apabila aku bekerja.

Aku sedih sebab dah banyak menyusahkan keluarga aku. Aku berharap apabila dah habis degree aku dapatlah bantu ringankan beban kewangan dengan bekerja part time walaupun gaji tidak banyak. Tetapi masalah kesihatan tidak mengizinkan aku untuk bekerja lagi.

Aku harap aku kuat.


Top 8 Entry Dalam Carian Google

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, selama hampir 3 tahun berblog, ini adalah salah satu pencapaian aku sebagai seorang blogger di mana terdapat 8 entry yang sering menjadi carian google (google search) para pembaca.

Top 8 Entry Dalam Carian Google 


1. Lirik Lagu Anta Permana - Dato Sri Siti Nurhaliza

Keyword : lagu anta permana


2. Lirik Lagu Original Sabahan by Atmosfera ft. Floor 88

Keyword : lagu original sabahan


3. Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks 

Keyword : bayar elektrik online

 

4. Resepi Telur Rebus Masak Sos

Keyword : telur rebus sos


5. Lirik Lagu Roadblock Hatiku by Baby Shima & Floor 88

Keyword : roadblock hatiku


6. DIY Gambar Polaroid

Keyword : gambar polaroid


7. Tips Cinta: 8 Cara Pikat Kembali Bekas Kekasih

Keyword : cara pikat ex 


8. Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi?

Keyword : belajar psikologi 


Semoga blog ini terus memberikan ilmu serta info yang bermanfaat buat para pembaca. 

Praktikal atau Thesis? | Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga

Assalamualaikum
Bismillah

First of all thanks to my dear Junior for comment on my blog. Alhamdulillah kerana blog ini sedikit sebanyak memberi maklumat kepada para junior yang mengambil bidang psikologi, khususnya bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga. 


Back to question. Kepada para Junior yang masih tertanya-tanya bagaimana cara nak pilih samada nak ambil praktikal ataupun thesis? Di sini ada sedikit tips berdasarkan pengalaman aku sebagai senior yang ambil course child & family psychology. 

Thesis
Anda digalakkan untuk mengambil thesis atau latihan ilmiah sekiranya anda mempunyai keputusan yang baik sepanjang semester. Mostly, pelajar dekan ramai yang ambil thesis. 

Sekiranya anda bercadang untuk ambil thesis, disarankan agar pada semester 4 tahun 2 anda telah mempunyai tajuk ataupun tema untuk thesis anda. Banyakkan berjumpa dan bertanya dengan pensyarah untuk berbincang berkenaan thesis anda. 

JANGAN sesekali buat tajuk last minit. 

Praktikal
Baiklah, bagi anda yang bercadang mahu menjalankan Latihan Praktikal, anda digalakkan untuk senaraikan tempat-tempat praktikal yang anda mahu. Antara tempat yang disarankan untuk menjalankan latihan praktikal adalah :

1. Hospital (Bahagian Kanak-Kanak)
2. Pusat Pendidikan Khas 
3. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
4. Sekolah Pendidikan Khas
5. Sekolah Rendah 
6. Pusat Pemulihan atau Rumah Anak Yatim

Note : Anda dibolehkan untuk mencari tempat praktikal samada kerajaan mahupun swasta.

Syarat Latihan Praktikum:
1. Bekerja minimum 5 jam sehari atau lebih.

2. Bekerja sekurang-kurangnya 5 hari dalam seminggu.
3. Tempat praktikal mempunyai 20 orang kanak-kanak atau lebih
4. Pemilihan tempat berdasarkan pilihan (Mini kajian, Kajian Kes, Menjalankan Program)


Note : Syarat ini boleh berubah. Refer to Buku Manual Praktikum. 

Tugasan Yang Wajib Dibuat Semasa Praktikal
Sekiranya anda memilih Latihan Praktikal semasa internship, anda diberi 3 pilihan sebagai tugasan semasa praktikal. Anda diwajibkan untuk memilih salah satu tugasan :

1. Mini Kajian
2. Kajian Kes
3. Tiga (3) Program Jangka Pendek

Setakat ini, itu sahaja yang perlu dikongsi untuk memberi sedikit gambaran kepada para junior yang bakal menjalankan internship. Sebarang pertanyaan berkenaan Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga boleh email di nurulatikayunus23@gmail.com 

Perlu Ke Tukar Domain Blog?

Assalamualaikum
Bismillah

Sejak masuk Tahun 2019 ni, banyak benda aku nak tukar. Salah satunya adalah domain blog. Benda ni aku dah fikir lama dah, dari tahun lalu lagi. Yang menjadi masalah aku tak tahu nak guna URL apa untuk menggantikan HTTPS://CIKNURUL23.BLOGSPOT.COM


Mungkin dalam masa yang terdekat aku tak terfikir lagi nak tukar domain sebab sejak beberapa bulan ni pun aku dah jarang update blog. InsyaAllah, lepas adik aku habis study kat Matrikulasi, Labuan kot baru aku aktif balik. Laptop kan dia yang pinjam~

Perlu Ke Tukar Domain Blog?

Aku ada juga terbaca kesan apabila bertukar domain, seperti pageview jatuh mendadak, masalah google adsense dan sebagainya. Mungkin korang ada tips bagaimana nak elakkan sekiranya terjadi begitu. Boleh share kat komen. 

Template blog ini pun aku nak tukar juga. Korang rasa template nie dah okay ke? atau perlu penambahbaikan lagi? 

Dan of course content dan cara penulisan ini perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Hmm~ Aku harap apa yang aku kongsi dalam blog ini bermanfaat buat pembaca. Kadang-kala aku rasa aku banyak merapu saja dalam blog. 

Apapun, kalau aku nak tukar domain, agak-agak apa URL yang sesuai ya?

www.nurulatikayunus.com
www.siinurul.com
www.blogsiinurul.com
© all rights reserved
made with by templateszoo